Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR [CB-83D-1364-08/2023] [CB-83D-1910-11/2023] PENDAKWA RAYA LAWAN KAMARUDIN BIN ABDULLAH … TERTUDUH PERTAMA NIK ZAIDAH BINTI NIK LONG … TERTUDUH KEDUA PENGHAKIMAN (Keputusan pada akhir kes pendakwaan secara lisan*) Dalam kes ini, Pegawai Serbuan (“SP2”) telah menahan kedua-dua Tertuduh yang berada di sebuah motokar di mana Tertuduh Pertama berada di tempat duduk pemandu manakala Tertuduh Kedua berada di tempat duduk penumpang hadapan. Barang kes dadah dijumpai di bahagian brek tangan secara terbuka di dalam motokar tersebut, iaitu di antara kedua-dua Tertuduh. SP2 semasa pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas telah menyatakan bahawa beliau tidak mengisi borang bongkar pada masa S/N qeOm0bo/0kyvqOOMulEIJg dan di tempat serbuan dibuat. Barang rampasan juga tidak ditanda pada masa dan di tempat serbuan. Kedua-dua perkara ini tidak dipertikaikan. Penandaan pada barang rampasan serta pengisian borang bongkar hanya dilakukan bilamana SP2 tiba di Pejabat BSJND Temerloh selepas serbuan. Masa bila borang bongkar ini diisi dan barang rampasan ditanda tidak dinyatakan dengat tepatnya. SP2 dalam keterangannya menyatakan bahawa dalam tempoh masa antara barang rampasan ini dirampas dan ditanda, barang-barang tersebut berada dengan beliau. Bagaimana beliau menyimpan barang rampasan kes ini tidak dinyatakan dengan jelas. SP2 hanya menyatakan barang rampasan dibawa balik dengan kenderaan yang terlibat dengan serbuan iaitu sebuah motokar Toyota Vios. Semasa pemeriksaan utama, SP2 juga menyatakan bahawa sebelum Tertuduh-tertuduh ini ditahan, terdapat juga tangkapan-tangkapan lain di kawasan tersebut. Butiran dan bilangan tangkapan tidak dinyatakan dengan jelas. Semasa pemeriksaan balas, SP2 menyatakan bahawa tangkapan yang dibuat adalah lebih kurang 2 hingga 3 orang. SP2 juga bersetuju bahawa bilangan orang yang ditangkap adalah lebih daripada seorang. Bagi jenis kesalahan pula, SP2 menyatakan bahawa kesalahan sekurang-kurangnya salah satu tangkapan tersebut adalah kesalahan “memiliki” yang boleh ditafsirkan sebagai kesalahan “memiliki” dadah berbahaya. Untuk tangkapan-tangkapan ini, tiada keterangan yang jelas menyatakan bahawa SP2 merupakan ketua pasukan serbuan. Namun begitu, S/N qeOm0bo/0kyvqOOMulEIJg terdapat kebarangkalian bahawa SP2 juga merupakan ketua pasukan serbuan untuk tangkapan-tangkapan tersebut kerana SP2 merupakan pegawai serbuan yang memberikan taklimat kepada pasukan serbuan sebelum pasukan serbuan berlepas dari JSJN IPK Pahang. Apa yang jelas dan tidak dapat dinafikan daripada keterangan ini adalah bahawa SP2 sendiri terlibat dalam lebih daripada satu tangkapan yang melibatkan barang kes dadah sebelum tangkapan terhadap Tertuduh-Tertuduh dibuat. Tangkapan yang melibatkan kesalahan memiliki dadah berbahaya semestinya melibatkan rampasan barang kes dadah dan dalam ketiadaan sebarang keterangan yang menyatakan sebaliknya, adalah adalah wajar untuk menganggap barang kes dadah juga disimpan dan berada dengan SP2 sebagai ketua pasukan serbuan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat kes kelak. Barang-barang rampasan yang dirampas daripada tangkapan sebelum serbuan terhadap Tertuduh-tertuduh tidak dinyatakan dengan jelas sama ada tidak ditanda atau ditanda. Oleh itu, terdapat satu keraguan bagaimana SP2 mengenal pasti setiap barang rampasan yang dirampas di tempat kawasan tersebut sedangkan terdapat lebih daripada 1 tangkapan/rampasan pada hari tersebut. Seperti yang telah dinyatakan oleh Mahkamah ini dalam penghakiman lisan kes Pendakwa Raya lwn. Mohamad Nazri bin Ali [2024] MLJU 3833, sistem terbaik yang sepatutnya digunakan adalah untuk barang rampasan ditanda sebaik sahaja dirampas di S/N qeOm0bo/0kyvqOOMulEIJg tempat serbuan dan sebelum disimpan di mana-mana agar identiti barang rampasan dapat dikenalpasti dengan jelas serta tidak bercampur dengan barang rampasan lain. Sistem penandaan ini tidak digunakan oleh SP2. Keadaan ini diburukkan lagi dengan ketiadaan borang bongkar yang diisi di tempat kejadian. Sehubungan dengan itu, terdapat keraguan berkenaan barang yang benar-benar dirampas daripada Tertuduh-Tertuduh di tempat kejadian memandangkan terdapat lebih daripada satu tangakapan/rampasan pada hari tersebut yang diketuai oleh SP2. Terdapat kemungkinan barang-barang yang disenaraikan di borang bongkar P17 bukan barang-barang yang dirampas daripada Tertuduh-Tertuduh. Dalam kes PP v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 FC telah dinyatakan: - “at the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused.”. Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah ini membuat dan menerima inferens yang paling menyebelahi Tertuduh-Tertuduh iaitu terdapat inferens bahawa barang kes dadah yang diserahkan kepada Pegawai Penyiasat (“SP5”) yang dianalisa oleh Ahli Kimia (“SP1”) bukan merupakan barang kes dadah yang dirampas daripada S/N qeOm0bo/0kyvqOOMulEIJg Tertuduh-Tertuduh oleh SP2. Oleh itu, Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh-Tertuduh berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan sebentar tadi. Adalah tidak selamat untuk memanggil Tertuduh-Tertuduh untuk membela diri terhadap pertuduhan-pertuduhan kes ini dan Mahkamah ini tidak bersedia untuk mensabitkan Tertuduh-Tertuduh jika pembelaan dipanggil dan Tertuduh-Tertuduh memilih untuk berdiam diri. Maka, Tertuduh-Tertuduh adalah dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan tanpa dipanggil untuk membela diri. Wang jaminan dikembalikan. Bertarikh 18hb November 2025 TAN CHIEW KING MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET (1) TEMERLOH PAHANG *Penghakiman ini diberikan secara lisan pada 18 November 2025 dan bukanlah alasan keputusan penuh Mahkamah ini. Alasan keputusan bertulis penuh akan disediakan sekiranya rayuan difailkan. S/N qeOm0bo/0kyvqOOMulEIJg Pihak-pihak: Pihak Pendakwaan: Adriana binti Azrin (Timbalan Pendakwa Raya) Peguambela bagi Richard Bong Chong Fook & OKT: Bong Hongjie, Ivan (Bong & Co.) S/N qeOm0bo/0kyvqOOMulEIJg