Dalam kes ini, Tertuduh (OKT B1) menghadapi pertuduhan berikut dalam kes CH-82-1-2/2020 PERTUDUHAN “Bahawa kamu pada 03/02/2019, jam lebih kurang pukul 11.00 pagi di rumah tidak bernombor Kampung Lanjut Kuala Rompin, di dalam daerah Rompin, di dalam negeri Pahang, telah bersubahat dengan membenarkan Harith Zaim bin Zainudin (No. K/P: 890705-05-5173) menggunakan dan melepaskan tembakan menggunakan senjata iaitu sepucuk pistol jenis Walther P99 AS RMP 14236 yang dikeluarkan kepada kamu dan dalam kawalan dan jagaan kamu. Oleh yang demikian itu kamu telah melakukan satu kesalahan di dibawah Seksyen 39(a) Akta Senjata 1960 dan dibaca bersama Seksyen 41 Akta Senjata 1960 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 43 Akta yang sama. HUKUMAN Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, dan untuknya tiada penalty khas diperuntukkan, hendaklah, jika disabitkan, dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit, atau kedua-duanya sekali." S/N yrtnVue/C0ehFi8OVpG9oA PERTUDUHAN PILIHAN “Bahawa kamu pada 03/02/2019, jam lebih kurang di antara 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi bertempat di rumah tidak bernombor Kampung Lanjut Kuala Rompin, di dalam daerah Rompin, di dalam negeri Pahang, sebagai seorang pegawai polis berpangkat Inspektor iaitu orang yang diberi kuasa sah untuk memiliki senjata iaitu sepucuk pistol jenis Walther P99 AS RMP 14236 yang dikeluarkan kepada kamu telah menyebabkan kehilangan senjata tersebut. Oleh yang demikian itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 35 Akta Senjata 1960. HUKUMAN Mana-mana orang yang diberi kuasa sah untuk memiliki atau berada dalam jagaannya atau di bawah kawalannya apa-apa senjata atau amunisi hendaklah, jika senjata atau mana-mana bahagiannya hilang atau dicuri, hendaklah dikenakan, jika disabitkan, melainkan ia boleh membuktikan bahawa ia telah mengambil semua tindakan berjaga-jaga yang munasabah terhadap kehilangan atau kecurian, hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit, atau kedua-duanya sekali.