(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.” [7] Oleh itu, berdasarkan prinsip-prinsip di atas, pada tahap ini, Mahkamah ini akan menimbangkan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh atau tidak. [8] Elemen-elemen kesalahan di bawah Seksyen 323 KK adalah: a. Tertuduh telah menyebabkan kecederaan (“hurt”) kepada mangsa; b. Tertuduh melakukan perbuatan tersebut dengan niat untuk mencederakan mangsa; dan c. Kecederaan mangsa tidak disebabkan oleh bangkitan marah yang besar dan mengejut mengikut peruntukan Seksyen 334 KK. [9] Memandangkan pertuduhan ini turut dibaca bersama Seksyen 326A KK, pihak pendakwaan juga perlu membuktikan bahawa Tertuduh dan mangsa merupakan suami isteri atau bekas suami isteri. KES PIHAK PENDAKWAAN [10] Pada 23.10.2021, jam lebih kurang 6.00petang, satu pertengkaran telah berlaku antara mangsa (“SP3”) dan Tertuduh di dalam motokar. Tertuduh dan SP3 masih lagi berkahwin sebagai suami dan isteri setakat tarikh ini berdasarkan kepada P3 (Surat Akuan Penceraian). [11] Tertuduh telah menyuruh SP3 untuk menghubungi ibu dan ayah SP3 bagi menjemput SP3 balik ke rumah ibu dan ayah SP3. [12] Sesampai di rumah Tertuduh dan SP3, SP3 telah mengemas barang dan bersedia untuk diambil oleh ibu dan ayah SP3. [13] Kejadian yang membawa kepada pertuduhan kes ini adalah apabila SP3 hendak mengambil anak mereka yang berusia 1 tahun 2 bulan dari bilik tidur rumah tersebut. Tertuduh menghalang SP3 daripada mengambil anak tersebut. [14] SP3 bertindak mengeraskan badan dan enggan keluar daripada bilik tersebut. Tertuduh kemudiannya bertindak menolak SP3. Akibat tolakan tersebut, SP3 telah jatuh ke lantai. [15] Sewaktu SP3 jatuh, SP3 telah menahan jatuh tersebut dengan tangan kanannya. Akibat daripada itu, berdasarkan kepada Laporan Perubatan P1, SP3 telah mengalami kecederaan tisu lembut pada bahu kanan, fraktur tertutup unikortikal pada pertengahan batang radius kanan dan luka lelasan pada lengan bawah kanan. ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH PEMBELAAN [16] Isu-isu utama yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan pada akhir kes pembelaan boleh dirumuskan seperti berikut: a. Kecederaan yang dialami oleh SP3 boleh disebabkan oleh diri sendiri (“self-inflicted injury”) dan kejadian yang mana SP3 jatuh adalah satu kemalangan. b. Tertuduh tiada niat untuk mencederakan SP3 kerana tidak mengambil kesempatan untuk terus mencederakan SP3 sebaik sahaja SP3 jatuh. Pihak pembelaan menghujahkan bahawa ketiadaan kesan tarikan seperti lebam atau terseliuh juga pada tangan SP3 juga menunjukkan bahawa Tertuduh tidak mempunyai niat untuk mencederakan SP3. c. Bangkitan marah (“provocation”) oleh SP3 bermula sejak hari sebelumnya lagi apabila SP3 menegur Tertuduh kerana tidak solat Jumaat dan terdapat pertikaian kerja-kerja di rumah. DAPATAN MAHKAMAH AKHIR KES PENDAKWAAN [17] Semasa pemeriksaan balas SP1 iaitu doktor yang menyediakan laporan perubatan P1, beliau bersetuju dengan pihak pembelaan bahawa kecederaan yang dialami oleh SP3 mungkin juga boleh disebabkan oleh diri sendiri. [18] Mahkamah ini merujuk kepada kes Nordin bin Noor lwn Pendakwa Raya [2022] MLJU 3217 yang mana menyatakan: “[71] … pengataan bahawa kecederaan SP2 adalah “self inflicted” tidak bersandarkan apa-apa keterangan sokongan melainkan pendapat umum daripada SP4. SP4 adalah seorang doktor dan beliau tidak berada di tempat kejadian dan sudah tentulah beliau tidak melihat kejadian yang membawa kepada kecederaan SP2. Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa kecederaan sebegitu boleh disebabkan oleh “self inflicted”, keterangan beliau bukanlah mengesahkan 100% kecederaan itu disebabkan oleh “self inflicted”. … [73] Dalam kes ini, keterangan yang dikemukakan menunjukkan bahawa SP2 mendapat kecederaan akibat ditumbuk adalah lebih “probable” berbanding akibat “self inflicted”.” [19] Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, walaupun keterangan telah diberikan bahawa kecederaan yang dialami oleh SP3 mungkin juga boleh disebabkan oleh diri sendiri, kejadian bahawa SP3 sebenarnya jatuh tidak dipertikaikan oleh pihak pembelaan. SP1 juga tidak menyaksikan kejadian yang berlaku. Oleh itu, adalah lebih munasabah untuk kecederaan yang dialami oleh Tertuduh adalah akibat terjatuh daripada apa-apa kecederaan “self-inflicted”. [20] Pada tahap ini, Mahkamah ini juga menolak cadangan pihak pembelaan bahawa Tertuduh tiada niat untuk mencederakan SP3 kerana tidak mencederakan SP3 lagi sebaik sahaja SP3 jatuh dan tiada kesan tarikan pada tangan SP3. Hanya kerana SP3 tidak dicederakan lagi dan tiada kesan tarikan pada tangan SP3, ia tidak bermakna kejadian SP3 jatuh tidak mendatangkan kecederaan kepada SP3. [21] Berkenaan hujahan pihak pembelaan bahawa terdapat bangkitan marah daripada SP3, Mahkamah ini merujuk kepada kes Public Prosecutor v Abdul Razak bin Dalek [2007] 2 MLJ 255 yang mana Jeffrey Tan H telah menyatakan seperti berikut: “There is no such thing as a series of provocation to be accumulated and therefore to amount to grave and sudden provocation. … In any event, to be within exception 1, the accused must say that he was provoked and that he lost control. … It is not conceded that the deceased said ‘kita bukan suami isteri, kawan sahaja’. But even had she said so, it was not any grave and sudden provocation. Matrimonial differences are common. Whatever happened [between Rozita and accused] would not provoke a ‘reasonable man’. … If at all the deceased said ‘kita bukan suami/isteri’, it was said in the house of the accused, and there was an interval of time before the incident. There was a cooling off period, if the accused were provoked in the first place. … Even in D38, the accused did not state that he lost self-control. In court, the accused never said he lost self-control. The exception had not been proved. There is no doubt to the prosecution case.” [22] Begitu juga dalam kes ini, Mahkamah ini juga mendapati bahawa teguran kerana tidak solat Jumaat dan pertikaian kerja-kerja di rumah bukan merupakan satu bangkitan marah yang besar dan mengejut. Ia setakat perselisihan rumah tangga (“matrimonial differences”) dan tidak boleh disifatkan sebagai sesuatu yang akan membangkitkan kemarahan seseorang yang munasabah. Selain itu, masa teguran tersebut berlaku satu hari sebelum kejadian. Bangkitan marah, sekiranya wujud dalam kes ini pun, bukanlah satu bangkitan marah yang mengejut. [23] Oleh itu, berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan, eksibit-eksibit yang dikemukakan dan hujahan bertulis yang dibentangkan, atas penilaian maksima, Mahkamah mendapati satu kes prima facie berjaya dibuktikan terhadap Tertuduh atas alasan-alasan berikut: a. SP3 telah disahkan mengalami kecederaan dan perkara ini tidak dipertikaikan oleh pihak Tertuduh; b. Mahkamah mendapati Tertuduh mempunyai pengetahuan bahawa tindakannya ada kemungkinan menyebabkan kecederaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 321 KK; c. Kecederaan yang dialami oleh SP3 tidak disebabkan oleh bangkitan marah yang besar dan mengejut sepertimana yang diperuntukkan Dalam Seksyen 334 KK; dan d. Pada tarikh kejadian, Tertuduh dan SP3 masih lagi berkahwin sebagai suami isteri berdasarkan kepada P3. [24] Tertuduh dipanggil untuk membela diri. Mahkamah ini telah membaca dan menerangkan kepada Tertuduh berkenaan 3 pilihan yang boleh dibuat oleh Tertuduh sepertimana yang terkandung dalam Seksyen 173(ha) KTJ dan Tertuduh telah memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi. TUGAS MAHKAMAH PADA AKHIR KES PERBICARAAN PENUH [25] Dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. PP [2006] 1 CLJ 857, Arifin Zakaria HMP menyatakan seperti berikut: “In our criminal law at the close of the defence case what the court needs to decide is whether the defence had succeeded to raise any reasonable doubt on the prosecution case. If the answer is in the positive then the accused person is without more entitled to his acquittal. It has to be remembered always that at no time, except in special circumstances, the burden of proof is cast on the defence: the burden rest all throughout on the prosecution to prove its case beyond any reasonable doubt. (See Mohamad Radhi bin Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311). The issue here is whether the accused had in the circumstances raised a reasonable doubt on the prosecution case.” [26] Oleh itu, adalah jelas tugas mahkamah pada tahap ini adalah untuk menentukan sama ada Tertuduh telah berjaya menimbulkan satu keraguan munasabah atau sebaliknya. KES PEMBELAAN [27] Selain Tertuduh yang memberikan keterangan bersumpah daripada kendang saksi, tiada saksi lain dipanggil oleh pihak pembelaan. [28] Secara ringkasnya, Tertuduh telah menyatakan ada menolak SP3. Beliau menyatakan bahawa beliau hanya melakukan sebegitu kerana SP3 pada masa kejadian sedang memukul Tertuduh dan Tertuduh cuba memberhentikannya. Tertuduh hanya memegang kedua-dua tangan SP3 dan menolak SP3 ke arah katil. Namun begitu, tangan kanan SP3 terkena meja sisi di tepi katil tersebut. [29] Ini menunjukkan bahawa terdapat pengakuan atau pengiktirafan daripada Tertuduh bahawa perlakuan beliau telah membawa kepada kejadian SP3 terjatuh. Namun begitu, apa yang dinafikan oleh Tertuduh adalah bahawa Tertuduh mempunyai niat untuk mencederakan SP3 dan juga tempat SP3 jatuh. DAPATAN DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH PADA AKHIR KES PEMBELAAN [30] Sepanjang hujahan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan, pembelaan yang dikemukakan adalah bahawa Tertuduh tiada niat untuk mencederakan Tertuduh dan tindakan Tertuduh menolak SP3 ke arah katil hanyalah untuk mengelakkan SP3 daripada terus memukul Tertuduh. Namun begitu, pihak pembelaan semasa diminta klarifikasi oleh Mahkamah mengesahkan bahawa Tertuduh tidak memplid satu pembelaan hak pertahanan persendirian (“right of private defence”). [31] Oleh itu, tindakan yang dibuat oleh Tertuduh iaitu menolak SP3 ke arah katil boleh disifatkan sebagai satu perbuatan sedar (“conscious act”) yang diambil oleh Tertuduh. [32] Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini haruslah menilai sama ada perbuatan Tertuduh menolak SP3 adalah dengan mengetahui bahawa beliau akan menyebabkan kecederaan kepada SP3. [33] Pengetahuan adalah suatu yang tidak dapat dibuktikan melalui keterangan langsung. Pembuktian pengetahuan hanya bolehlah dibuktikan atau disimpulkan melalui keadaan sekeliling dan dalam kes ini melalui tindakan Tertuduh (kes Emmanuel Yaw Teiku v Public Prosecutor [2006] 5 MLJ 209 dan Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237 dirujuk). [34] Dalam kes ini, tindakan Tertuduh iaitu menolak SP3 (sama ada ke arah katil atau ke arah mana-manapun) boleh disimpulkan sebagai satu perbuatan yang sedar dan agresif, walau apa sebab sekalipun. [35] Adalah mustahil dan tidak munasabah untuk Tertuduh menyatakan bahawa tindakan satu tolakan itu tidak akan mendatangkan kecederaan kepada orang yang ditolak meskipun arah tolakan adalah ke arah tilam yang dikatakan lembut. [36] Walaupun tilam itu lembut sekalipun, ia tetap mempunyai risiko untuk kecederaan, sama ada terhantuk/terkena barang di sekeliling tilam itu (seperti yang didakwa Tertuduh dalam kes ini) atau terkehel mana-mana tulang semasa mendarat atas tilam tersebut. [37] Sebagai seorang suami dan lelaki yang mempunyai kekuatan fizikal yang lebih berbanding SP3, Tertuduh tidak dapat dikecualikan daripada satu perbuatan sedar iaitu menolak SP3 dan menyatakan bahawa beliau berbuat demikian dan pada masa yang sama tidak menjangkakan atau mempunyai niat untuk mengakibatkan apa-apa kecederaan. [38] Pada pandangan Mahkamah, tolakan melibatkan daya (“force”). Akibat daripada tolakan daripada seseorang yang lebih kuat fizikal badan adalah sama ada dianjak dari tempat atau jatuh. Kedua-dua akibat ini tidak akan mendatangkan apa-apa yang positif kepada keadaan orang yang ditolak itu. [39] Dapatan Mahkamah ini adalah mustahil untuk Tertuduh untuk menolak SP3 tanpa mengetahui ianya akan menyebabkan kecederaan kepada SP3. Pada masa yang sama, adalah tidak berasas untuk Tertuduh menyatakan menolak SP3 dan menjangkakan tiada akibat yang buruk yang mungkin berlaku. [40] Dengan itu, berdasarkan keterangan yang dikemukakan di mahkamah, Mahkamah ini tidak menerima penjelasan Tertuduh dan berpandangan bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan bahawa tindakannya akan menyebabkan kecederaan kepada SP3. [41] Berpandukan kes Mat v PP [1963] MLJ 263, memandangkan Mahkamah ini tidak menerima atau mempercayai penjelasan Tertuduh serta penjelasan tersebut tidak menimbulkan apa-apa keraguan munasabah terhadap kesalahan Tertuduh dalam minda saya (I do not accept or believe the accused's explanation and that explanation does not raise in my mind a reasonable doubt as to his guilt), langkah seterusnya adalah untuk mensabitkan Tertuduh. [42] Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa Tertuduh telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah. Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan. Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan seperti dalam pertuduhan yang dipertuduhkan di Mahkamah ini. MITIGASI, PEMBERATAN DAN HUKUMAN [43] Peruntukan hukuman di bawah seksyen 323 KK adalah penjara selama tempoh yang boleh sampai satu (1) tahun atau dengan denda tidak melebihi dua ribu ringgit (RM2,000.00) atau kedua-duanya. Seksyen 326A KK pula memperuntukan Tertuduh yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 323 KK terhadap isteri atau bekas isteri hendaklah dihukum penjara sehingga dua kali ganda tempoh pemenjaraan yang diperuntukan dalam seksyen 323 KK. [44] Bagi rayuan hukuman, peguambela menyatakan bahawa Tertuduh: a. berumur 36 tahun; b. bekerja sebagai pendidik di Kolej Vokasional Sanggang; c. mempunyai ibu bapa yang kerap kali perlu dibawa ke hospital; dan d. amat kesal dengan perbuatan yang telah dilakukan; [45] Pihak pembelaan juga menghujahkan bahawa kecederaan yang dialami oleh SP3 telah pulih sepenuhnya dan sebenarnya merupakan satu kecederaan yang boleh pulih dalam masa 2 minggu. Kecederaan yang dialami oleh SP3 juga tidak mendatangkan apa-apa kecacatan tetap. Selain itu, pihak pembelaan menyatakan bahawa walaupun hubungan perkahwinan SP3 dan Tertuduh telah berakhir, mereka mempunyai hubungan yang baik. Sebagai kesimpulan, pihak pembelaan memohon satu hukuman denda minima tanpa hukuman pemenjaraan agar hukuman tersebut tidak memberikan kesan kepada kerjaya Tertuduh. [46] Hujahan pemberatan pihak pendakwaan pula boleh dirumuskan seperti yang berikut: a. hukuman yang maksima harus dikenakan mangambil kira perbicaraan yang telah dijalankan; b. mahkamah juga perlu mengambil kira status Tertuduh yang merupakan suami yang sah semasa kejadian berlaku; c. seorang suami sepatutnya menjadi pelindung kepada isteri, d. kecederaan yang dialami walaupun ringan, ia tidak boleh dipandang remeh kerana boleh menjejaskan kehidupan harian SP3 semasa proses pulih daripada kecederaan tersebut. [47] Sebelum menjatuhkan hukuman, Mahkamah ini telah merujuk kes Lim Guan Eng v. PP & Other Appeals [1998] 3 CLJ 769; [1998] 3 MLJ 14, yang mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperi berikut: - “The principles governing sentencing have been stated on numerous occasions and we think no assistance is to be had by going through all the authorities on the subject. Suffice to say that a court should, when sentencing an accused, take into account all considerations relevant to the case, including the gravity of the offence, the circumstances surrounding the commission of the offence, the antecedents of the accused, the deterrent effect that punishment is to have, any factor that warrants special attention either in favour or against the accused and above all the public interest.” [48] Faktor-faktor yang seharusnya dipertimbangkan oleh mahkamah semasa menjatuhkan hukuman telah dirumuskan oleh kes Mahkamah Rayuan dalam Public Prosecutor v Morah Chekwube Chukwudi [2017] 1 LNS 864; [2017] MLJU 958 yang menyatakan: “Jurisprudence relating to sentence [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: