Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR [CB-82-2-09/2023] PENDAKWA RAYA LAWAN KHAIRUL AZWAN BIN CHE ISMAIL [NO. K/P: 820111-03-5083] ALASAN PENGHAKIMAN
CB-82-2-09/2023
Magistrates Court of Malaysia17 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“17. Kes Samuel John Marisinapen v PP [2018] 6 CLJ 526 menyatakan seperti yang berikut: “In proving a charge under section 354 of the Penal Code against the accused, the following ingredients must be proved:”
“mesti menerima atau memutuskan bahawa pembelaan ini adalah sesuatu yang benar dan Tertuduh merupakan seorang saksi yang bercakap benar. Rujukan dibuat kepada kes Ishak bin Haji Shaari v Pendakwa Raya [2006] MLJU 89 yang mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan: “The degree of credence that a court is reasonably expected t”
“k mencabul kehormatan SP4 boleh disimpulkan daripada perbuatan atau kelakuan Tertuduh. Ahmadi Bin Haji Asnawi PK membuat rumusan tentang perkara ini dengan jelas dalam kes Pendakwa Raya v Foo Ing Hwa [2009] MLJU 48. Beliau menyatakan: “It is next to impossible to gauge one’s intention, what more to procure direct evide”
“. Faktor-faktor yang seharusnya dipertimbangkan oleh Mahkamah semasa menjatuhkan hukuman telah dirumuskan oleh kes Mahkamah Rayuan dalam Public Prosecutor v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] 1 LNS 864; [2017] MLJU 958 yang menyatakan: “Jurisprudence relating to sentence [5] It is well established that there are a number”
“27. Mahkamah ini juga dibimbing oleh kes Mohd Ikhsan bin Ramli v Pendakwa Raya [2018] MLJU 2071 berkenaan niat Tertuduh untuk mencabul kehormatan SP4 yang mana Ahmad Fairuz bin Zainol Abidin PK menyatakan: “Any action calculated to forcefully touch or hold any part of a woman’s body without co”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR [CB-82-2-09/2023] PENDAKWA RAYA LAWAN KHAIRUL AZWAN BIN CHE ISMAIL [NO. K/P: 820111-03-5083] ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tertuduh dalam kes ini dituduh untuk satu kesalahan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan (“KK”). Pertuduhan tersebut adalah seperti berikut: Pertuduhan “BAHAWA KAMU PADA 28/09/2022 JAM LEBIH KURANG 1530 HRS, SEMASA BERADA DI DALAM KENDERAAN MEMANDU UJIAN LITAR, NO. PENDAFTARAN: CAQ 1166 DARI JELAPANG TEGUH MELALUI JALAN BUKIT KELULUT, 28000 TEMERLOH, DI DALAM DAERAH TEMERLOH DI DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, TELAH MENCABUL KEHORMATAN PENAMA DQN, KPT: XXXXXX-XX-XXXX1 DENGAN CARA MELETAKKAN TANGANNYA KE ATAS PEHA KIRI MANGSA DAN MENGGOSOK PEHA MANGSA SEHINGGA KE CELAH KANGKANG. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU MELAKUKAN SATU KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 354 KANUN KESEKSAAN.”
2
Tertuduh tidak mengaku salah terhadap pertuduhan dan telah mohon untuk dibicarakan.
3
Selepas pihak pendakwaan menutup kes dan sebelum Mahkamah memberikan keputusan akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah meminda pertuduhan seperti berikut di bawah seksyen 158 Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”) atas permohonan pihak pendakwaan: Pertuduhan Pindaan “BAHAWA KAMU PADA 28/09/2022 JAM LEBIH KURANG 1530 HRS, SEMASA BERADA DI DALAM KENDERAAN MEMANDU UJIAN LITAR, NO PENDAFTARAN CAQ 1166 DARI JELAPANG TEGUH MELALUI JALAN BUKIT KELULUT, 28000 TEMERLOH, DI DALAM DEARAH TEMERLOH DI DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, TELAH 1 Nama penuh dan nombor kad pengenalan mangsa dirahsiakan. MELAKUKAN KEKERASAN JENAYAH TERHADAP PENAMA DQN, KPT: XXXXXX-XX-XXXX DENGAN CARA MELETAKKAN TANGANNYA KE ATAS PEHA KIRI MANGSA DAN MENGGOSOK PEHA MANGSA SEHNGGA KE CELAH KANGKANG DENGAN NIAT UNTUK MENCABUL KEHORMATANNYA. OLEH YANG DEMIKIAN, KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 354 KANUN KESEKSAAN.”
4
Tertuduh masih lagi tidak mengaku salah dan pihak-pihak telah nyatakan tiada keperluan untuk mana-mana saksi dipanggil untuk diperiksa semula. Pada akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah memanggil Tertuduh untuk membela diri terhadap pertuduhan pindaan tersebut.
5
Tertuduh telah memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi dan memanggil 2 orang lagi saksi pada peringkat pembelaan. Pada akhir kes, Mahkamah ini telah mensabitkan Tertuduh seperti pertuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara terhadap Tertuduh.
6
Berdasarkan perenggan 173(h)(i) KTJ, Mahkamah seharusnya memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh. Perenggan 173(h)(i) KTJ juga memperuntukkan bahawa beban pembuktian pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan adalah suatu kes prima facie. Perenggan 173(h)(iii) KTJ selanjutnya menjelaskan bahawa satu kes prima facie wujud apabila bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan mewajarkan satu sabitan kes atas Tertuduh sekiranya tidak disangkal oleh Tertuduh. Sekiranya kes prima facie dibuktikan oleh pihak pendakwaan, maka Tertuduh akan dipanggil untuk membela diri.
7
Mahkamah ini juga sedia maklum dengan prinsip-prinsip di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734, PP v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 dan Dato' Mokhtar bin Hashim & Anor v. Public Prosecutor [1983] 1 CLJ 138 berkenaan tugas Mahkamah ini pada akhir kes pendakwaan.
8
Oleh itu, Mahkamah ini akan menimbangkan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh atau tidak dengan menilai keterangan pihak pendakwaan secara maksimum dan bertanya kepada dirinya sendiri: sekiranya Mahkamah ini memutuskan untuk memanggil tertuduh membela diri dan dia memilih untuk berdiam diri, adakah Mahkamah bersedia untuk mensabitkannya berdasarkan keseluruhan keterangan yang terkandung dalam kes pendakwaan?
9
Pihak pendakwaan telah memanggil sebanyak 6 orang saksi dalam kes ini iaitu: SP1: Insp Muhammad Faizal bin Md Dali – Pegawai Tangkapan SP2: Noor Azura Abdul Rahman – Guru Memandu SP3: Nozihan binti Ahmad – Ibu mangsa SP4: DQN – Mangsa wanita SP5: Mohd Rahim bin Ishak – Ketua Pegawai Penguji JPJ Cawangan Temerloh SP6: Sjn Nadia binti Mat Nasir – Pegawai Penyiasat
10
Mangsa dalam kes ni iaitu SP4 merupakan seorang calon ujian memandu motokar manual yang berjantina wanita di Pusat Latihan Memandu Jelapang Teguh (“Pusat Latihan”). Tertuduh merupakan seorang pegawai penguji ujian memandu yang berjantina lelaki daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (“JPJ”) Cawangan Temerloh yang bertugas pada hari kejadian.
11
SP4 menyatakan bahawa pada 28 September 2022 jam lebih kurang 3.30 p.m., semasa SP4 menjalani Ujian Memandu Bahagian III yang diuji oleh Tertuduh, Tertuduh telah meletakkan tangan kanannya di atas paha kiri SP4 dan menggosok-gosok paha SP4 hingga ke celah kangkang SP4. Kenderaan memandu ujian tersebut adalah sebuah motokar Perodua Axia manual dengan nombor pendaftaran CAQ1166 (“motokar”).
12
Semasa Tertuduh melakukan sebegitu terhadap SP4, SP4 telah menolak tangan Tertuduh dengan menggunakan tangan kiri dan meneruskan pemanduannya sehingga ujian tersebut tamat. Pada akhir ujian, Tertuduh telah meluluskan SP4 untuk ujian memandu tersebut. Tertuduh juga ada menawarkan untuk memberikan RM50 kepada SP4 di tandas Pusat Latihan selepas ujian memandu selesai. Namun begitu, SP4 tidak mengambil RM50 tersebut mahupun berjumpa dengan Tertuduh selepas tamat ujian memandu.
13
Selepas tamat ujian memandu tersebut, SP2 sebagai guru memandu SP4 menghantar SP4 dan beberapa pelajar memandu yang lain pulang ke tempat yang mereka ingin pergi dengan kenderaannya. Destinasi SP4 adalah ke Star Mall, Mentakab untuk dijemput oleh ibunya, SP3.
14
Setelah penumpang-penumpang lain dalam kenderaan turun daripada kenderaan dan SP2 serta SP4 bersendirian, SP4 memaklumkan apa yang telah dilakukan oleh Tertuduh kepadanya kepada SP2.
15
Selepas dijemput SP3, SP4 juga telah memaklumkan perkara ini kepada SP3. Laporan polis TEMERLOH/006528/22 (“P3”) dibuat oleh SP4 pada malam yang sama.
16
Tertuduh kemudiannya ditangkap oleh SP1. SP5 mengesahkan bahawa Tertuduh ditugaskan sebagai penguji SP4 pada hari kejadian. Pihak pendakwaan juga mengemukakan SOP Aktiviti Pengurusan Pengujian Pemandu (“P6”). P6 inter alia menyatakan bahawa pegawai penguji adalah dilarang menyentuh seorang calon.
17
Kes Samuel John Marisinapen v PP [2018] 6 CLJ 526 menyatakan seperti yang berikut: “In proving a charge under section 354 of the Penal Code against the accused, the following ingredients must be proved:
a
There must have been assault or use of criminal force; and
b
The assault or criminal force must have been made with the intention to outrage the persons modesty or with the knowledge that the person’s modesty was likely to be outraged.”.
18
Oleh itu, dalam kes ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan: a. Tertuduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa; dan b. Kekerasan jenayah tersebut dibuat dengan niat untuk mencabul kehormatan mangsa.
19
Memandangkan hanya Tertuduh dan pengadu SP4 sahaja yang berada di tempat kejadian semasa kejadian, Mahkamah ini sedar dan mengingatkan diri bahawa adalah tidak selamat untuk mensabitkan Tertuduh hanya berdasarkan kepada keterangan pengadu sendiri. Sabitan hanya adalah selamat sekiranya pengadu luar biasa meyakinkan (unusually convincing) atau terdapat keterangan sokongan (corroboration) terhadap keterangan pengadu. Kes PP v. Mardai [1949] 1 MLJ 33 dirujuk yang mana Mahkamah telah menyatakan: “Whilst there is no rule of law in this country that in sexual offences the evidence of the complainant must be corroborated; nevertheless, it appears to me, as a matter of common sense, to be unsafe to convict in cases of this kind unless either the evidence of the complainant is unusually convincing or there is some corroboration of the complainant’s story.”.
20
Terma “unusually convincing” juga telah diterangkan dalam kes PP v Mohammed Liton Mohammed Syeed Malik [2008] 1 SLR 601 yang menyatakan seperti berikut: “… testimony that, when weighed against the overall backdrop of the available facts and circumstances, contains that ring of truth which leaves the court satisfied that no reasonable doubt exists in favour of the accused.”.
21
Oleh itu, pada tahap ini, Mahkamah ini juga perlu menilai sama ada SP4 dalam kes ini adalah satu keterangan yang luar biasa meyakinkan atau terdapat keterangan sokongan terhadap keterangan SP4. DAPATAN MAHKAMAH AKHIR KES PENDAKWAAN A. Tertuduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa SP4
22
“Kekerasan” (“force” dalam bahasa teks sahih) ditakrifkan di bawah seksyen 349 KK seperti berikut: “A person is said to use force to another if he causes motion, change of motion, or cessation of motion to that other, or if he causes to any substance such motion, or change of motion, or cessation of motion as brings that substance into contact with any part of that other’s body, or with anything which that other is wearing or carrying, or with anything so situated that such contact affects that other’s sense of feeling: Provided that the person causing the motion, or change of motion, or cessation of motion, causes that motion, change of motion, or cessation of motion in one of the three ways hereinafter described—
a
by his own bodily power;
b
by disposing any substance in such a manner that the motion, or change or cessation of motion, takes place without any further act on his part, or on the part of any other person;
c
by inducing any animal to move, to change its motion, or to cease to move.”
23
“Kekerasan jenayah” (“Criminal force” dalam bahasa teks sahih) pula ditakrifkan di bawah seksyen 350 KK dan berbunyi seperti berikut: “Whoever intentionally uses force to any person, without that person’s consent, in order to cause the committing of any offence, or intending by the use of such force illegally to cause, or knowing it to be likely that by the use of such force he will illegally cause injury, fear, or annoyance to the person to whom the force is used, is said to use criminal force to that other.”
24
Keterangan daripada SP4 menunjukkan bahawa Tertuduh telah meletakkan tangan kanannya di atas paha kiri SP4 dan menggosok-gosok paha SP4 hingga ke celah kangkang SP4.
25
Tindakan Tertuduh boleh disifatkan sebagai satu tindakan kekerasan jenayah terhadap SP4 kerana menggunakan tangan sendiri (own bodily power) untuk menggosok-gosok paha SP4 hingga ke celah kangkang SP4 (motion) tanpa kebenaran SP4 (without that person’s consent). B. Kekerasan jenayah tersebut dibuat dengan niat untuk mencabul kehormatan SP4.
26
Sama ada kekerasan jenayah tersebut dibuat dengan niat untuk mencabul kehormatan SP4 boleh disimpulkan daripada perbuatan atau kelakuan Tertuduh. Ahmadi Bin Haji Asnawi PK membuat rumusan tentang perkara ini dengan jelas dalam kes Pendakwa Raya v Foo Ing Hwa [2009] MLJU 48. Beliau menyatakan: “It is next to impossible to gauge one’s intention, what more to procure direct evidence to prove one’s intention. Rather, intention is a matter for the court to infer from the act or conduct of the person in a given set of fact or circumstances before, during or after the occurrence of the particular event or incident.”.
27
Mahkamah ini juga dibimbing oleh kes Mohd Ikhsan bin Ramli v Pendakwa Raya [2018] MLJU 2071 berkenaan niat Tertuduh untuk mencabul kehormatan SP4 yang mana Ahmad Fairuz bin Zainol Abidin PK menyatakan: “Any action calculated to forcefully touch or hold any part of a woman’s body without consent either for sexual fulfillment or perversity must certainly outrage the modesty of a woman. There was clear intent on the part of the Appellant to do so in this case.”.
28
Dalam hal ini, Mahkamah ini memutuskan bahawa perbuatan Tertuduh meletakkan tangan kanannya ke atas paha SP4 dan menggosoknya sehingga ke celah kangkang SP4 menunjukkan bahawa Tertuduh berbuat begitu dengan niat untuk mencabul kehormatan SP4 sebagai seorang wanita.
29
Tindakan tawaran Tertuduh untuk memberikan RM50 kepada SP4 selepas kejadian juga barangkali boleh disimpulkan sebagai percubaan Tertuduh untuk meredakan (“appease”) SP4 supaya tidak melaporkan perkara ini kepada sesiapa. SAMA ADA KETERANGAN SP4 AMAT MEYAKINKAN (“UNUSUALLY CONVINCING”) ATAU TERDAPAT KETERANGAN SOKONGAN (“CORROBORATION”) TERHADAP KETERANGAN
30
Mahkamah ini sedia maklum bahawa semasa kejadian, hanya SP4 dan Tertuduh berada di dalam motokar tersebut. Dalam menerima keterangan yang diberikan oleh SP4 ini, Mahkamah ini memberikan amaran kepada diri sendiri berkenaan bahayanya mensabitkan Tertuduh hanya berdasarkan kepada satu-satu keterangan SP4 sahaja. Keterangan ini hanya boleh diterima sekiranya keterangan ini adalah luar biasa meyakinkan.
31
Berkenaan isu ini, Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan yang diberikan oleh SP4 ini alalah satu keterangan yang luar biasa meyakinkan atas alasan-alasan berikut: a. SP4 langsung tidak mengenali Tertuduh secara peribadi sebelum kejadian. Sebelum bertemu Pusat Latihan yang mana hubungan antara SP4 dan Tertuduh adalah sebagai pegawai penguji dan calon yang diuji, kedua-dua mereka tidak mempunyai hubungan lain. Tiada alasan untuk SP4 menganiaya dan mengenakan Tertuduh; dan b. Fakta bahawa Tertuduh telah meluluskan SP4 dalam ujian memandu memberikan Mahkamah satu lagi alasan untuk mempercayai bahawa SP4 tidak ada alasan untuk menganiaya Tertuduh. Tiada motif berunsurkan pembalasan dendam boleh dikesan dalam tindakan SP4 melaporkan kelakuan Tertuduh selain daripada bahawa beliau benar-benar telah dilakukan sebegitu oleh Tertuduh dan mahukan keadilan.
32
Mahkamah ini juga mendapati bahawa tiada apa-apa keterangan yang mencurigakan atau terdapat kemusykilan di dalam keterangan yang diberikan oleh SP4. Oleh yang demikian, tiada alasan untuk Mahkamah ini tidak mempercayainya.
33
Berkenaan isu sama ada terdapat keterangan sokongan terhadap keterangan SP4, Mahkamah ini sekali lagi merujuk kepada kes PP v. Mardai (supra) yang mana Spenser-Wilkinson H menyatakan seperti berikut: “It would be sufficient, in my view, if that corrobration consisted only of a subsequent complaint by the complainant herself provided that the statement implicated the accused and was made at the first reasonable opportunity after the commission of the offence.”.
34
Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, tindakan SP4 memberitahu SP2 berkenaan apa yang telah berlaku terhadapnya sebaik sahaja bersendirian dengan SP2, memberitahu SP3 sebaik sahaja berjumpa dengannya serta membuat laporan polis P3 pada malam yang sama boleh dikira sebagai keterangan sokongan (“corroboration”).
35
Setelah mendengar pemeriksaan saksi-saksi yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan serta mempertimbangkan kredibiliti mereka, mendengar dan mempertimbangkan hujahan-hujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah ini berpuas hati bahawa elemen-elemen untuk kesalahan di bawah seksyen 354 KK telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap pertuduhan yang dipertuduhkan setelah membuat penilaian secara maksima terhadap keterangan-keterangan yang dikemukakan yang mana: a. Tertuduh telah menggunakan kekerasan jenayah iaitu meletakkan tangan kanannya ke atas paha SP4 dan menggosoknya sehingga ke celah kangkang; dan b. Perbuatan sedemikian dibuat oleh Tertuduh dengan niat untuk mencabul kehormatan SP4.
36
Dengan itu, Mahkamah ini telah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh dan memanggil Tertuduh untuk membela diri.
37
Setelah Mahkamah ini memberikan keputusan di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah membaca dan menerangkan kepada Tertuduh berkenaan tiga pilihan yang boleh dibuat oleh Tertuduh sepertimana yang terkandung dalam subseksyen 173(ha) KTJ iaitu: a. untuk memberikan keterangan bersumpah dalam kandang saksi; b. untuk memberikan pernyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh; atau c. untuk berdiam diri.
38
Tertuduh dalam kes ini telah memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi.
39
Pihak pembelaan telah memanggil 3 saksi iaitu Tertuduh sendiri serta 2 kakitangan JPJ yang lain.
40
Pada peringkat pembelaan, Tertuduh memberikan keterangan bahawa Tertuduh hanya menepuk paha kiri SP4 supaya SP4 mengangkat kakinya daripada terus menekan klac (clutch) motokar semasa motokar sedang mengundur ke belakang. Tertuduh menyatakan bahawa dia tidak menekan brek kaki bahagian penguji kerana brek ini hanya berfungsi memperlahankan motokar dan tidak berdaya memberhentikan motokar mahupun menarik brek tangan kerana menarik brek tangan akan mengakibatkan impak berhenti secara tiba-tiba yang mungkin boleh membawa kepada kecederaan SP4. Tertuduh juga menyatakan bahawa dia tidak menarik brek tangan kerana khuatir SP4 tidak dapat turunkan brek tangan semula selepas brek tangan ditarik oleh Tertuduh dengan kuat yang akhirnya akan mengakibatkan SP4 gagal ujian memandu tersebut.
41
Tertuduh juga mengemukakan percakapan dalam pemeriksaannya (“D10”) yang inter alia menjelaskan perkara yang lebih kurang sama.
42
SD2 sebagai pegawai penguji SP4 untuk Ujian Memandu
Part
Bahagian II (ujian memandu bahagian lain yang bukan diperiksa oleh Tertuduh) memberikan keterangan bahawa SP4 telah gagal
Content
Ujian Memandu Bahagian II tersebut. SD2 juga memberikan pandangannya bahawa sebagai pegawai penguji Ujian Memandu Bahagian III, beliau juga akan membuat sentuhan fizikal ke atas kaki calon yang diuji bagi calon yang tidak cekap dalam keadaan panik yang mana motokar dalam situasi enjin mati, klac masih ditekan dan motokar dalam keadaan mengundur untuk menyuruh calon tersebut melepaskan klac. Beliau juga menyatakan tindakan alternatif untuk menarik brek tangan adalah amat “berbahaya”.
43
SD3 sebagai Timbalan Ketua Cawangan JPJ Temerloh semasa kejadian pula memberikan keterangan bahawa beliau tidak menerima apa-apa aduan daripada sesiapa berkenaan apa-apa salahlaku yang melibatkan kakitangan JPJ. Beliau hanya dimaklumkan oleh pihak polis berkenaan perkara ini beberapa hari selepas kejadian.
44
Ketiga-tiga Tertuduh, SD2 dan SD3 juga merujuk kepada SOP Aktiviti Pengurusan Pengujian Pemandu (P6). Ketiga-tiga saksi ini menyatakan bahawa SOP tersebut hanya merupakan garis panduan yang mesti diikuti dalam keadaan biasa sahaja dan seorang penguji boleh menggunakan budi bicara mereka untuk menyentuh seorang calon demi mengelakkan kemalangan atau kecederaan serta tidak terikat sepenuhnya kepada SOP ini.
45
Hujahan peguambela Tertuduh pada akhir kes pembelaan juga menghujahkan bahawa pihak pendakwaan gagal menyoal balas Tertuduh berkenaan isu intipati serta elemen pertuduhan iaitu gagal membuat soal balas terhadap pernyataan “Antaranya saya tidak pernah pada bila-bila masa menggosok peha kiri Pengadu sehingga ke celah kangkangnya”.
46
Perenggan 173 (m) (i) KTJ jelas menyatakan tugas Mahkamah pada penutupan perbicaraan iaitu Mahkamah hendaklah menimbangkan segala keterangan yang dikemukakan di hadapannya dan hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya tanpa keraguan yang munasabah.
47
Mahkamah Agong dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ (Rep) 311; [1991] 3 MLJ 169 juga telah menjelaskan seperti berikut: “To earn an acquittal, the court may not be convinced of the truth of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the court to be convinced that the defence version is true, in which case the court must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the court must not convict until it asks a further question, that even if the court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority of judges rightly prefer to adopt straightaway the legally established 'reasonable doubt' test, rather than to delve in the 'believable and convincing' test before applying the 'reasonable doubt' test.”.
48
Dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. PP [2006] 1 CLJ 857, Arifin Zakaria HMP menyatakan seperti berikut: “In our criminal law at the close of the defence case what the court needs to decide is whether the defence had succeeded to raise any reasonable doubt on the prosecution case. If the answer is in the positive then the accused person is without more entitled to his acquittal. It has to be remembered always that at no time, except in special circumstances, the burden of proof is cast on the defence: the burden rest all throughout on the prosecution to prove its case beyond any reasonable doubt. (See Mohamad Radhi bin Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311). The issue here is whether the accused had in the circumstances raised a reasonable doubt on the prosecution case.”.
49
Oleh itu, adalah jelas tugas Mahkamah pada tahap ini adalah untuk menentukan sama ada Tertuduh telah berjaya menimbulkan satu keraguan munasabah atau tidak.
50
Mahkamah ini berpandangan bahawa pembelaan Tertuduh bahawa Tertuduh hanya menepuk paha kiri SP4 supaya SP4 mengangkat kakinya daripada terus menekan klac ini kurang masuk akal (lacking common sense). Daripada 3 tindakan yang boleh dibuat oleh Tertuduh (iaitu menarik brek tangan, menekan brek kaki bahagian penguji atau menepuk paha calon), tindakan menepuk paha SP4 sepatutnya merupakan satu tindakan pilihan akhir (last resort) kerana tindakan itu meletakkan hasil (outcome) pemberhentian motokar itu kepada faktor luar kawalan Tertuduh (a factor beyond the Accused’s control), iaitu tindakan SP4 untuk melepaskan klac.
51
Mahkamah ini menerima bahawa brek kaki pada bahagian penguji hanya boleh memperlahankan motokar dan tidak boleh membawa kepada satu pemberhentian terus. Oleh itu, Mahkamah ini bersetuju bahawa cara untuk memberhentikan motokar dengan menggunakan kaedah ini kurang sesuai.
52
Namun begitu, Mahkamah ini berpandangan bahawa pilihan menggunakan brek tangan adalah lebih selamat dan berpatutan dalam hal keadaan fakta ini kerana keupayaan untuk memberhentikan motokar itu adalah terletak pada tangan Tertuduh. Sebagai penguji, Tertuduh boleh dan sepatutnya menggunakan brek tangan untuk mengawal motokar serta mengawal situasi yang Tertuduh sendiri mengakui sebagai “cemas dan merbahaya”, langsung menjaga keselamatan semua pihak.
53
Mahkamah ini berpandangan alasan bahawa Tertuduh menepuk paha SP4 adalah semata-mata kerana ingin SP4 sedar bahawa SP4 sendirilah yang telah menyebabkan pemberhentian motokar tersebut adalah tidak munasabah. Begitu juga dengan penjelasan Tertuduh (yang juga dinyatakan oleh SD2) yang menyatakan dia tidak menarik brek tangan untuk memberhentikan motokar itu kerana khuatir ia akan menyebabkan kecederaan kepada SP4.
54
Ini adalah kerana SP4 telah hilang kawalan motokar tersebut dan tidak sedar bahawa tindakan beliau untuk terus menekan klac telah menyebabkan motokar itu mengundur ke belakang. Jelas, SP4 juga tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk memberhentikan motokar itu. Apa sahaja yang diarahkan oleh Tertuduh (sekiranya dipatuhi) adalah mengikut secara membuta tuli sahaja. Kesan pemberhentian mengejut juga tetap akan dialami oleh SP4 walau apa carapun motokar tersebut dihentikan.
55
Mahkamah ini juga berpandangan bahawa pelepasan klac motokar jenis manual oleh SP4 ketika motokar itu sedang mengundur dalam keadaan enjin mati akan menyebabkan pemberhentian yang sama atau lebih mengejut lagi jika dibandingkan dengan pemberhentian menggunakan brek tangan oleh Tertuduh.
56
Seterusnya, penjelasan bahawa SP4 akan panik dan tidak dapat turunkan brek tangan semula selepas brek tangan ditarik oleh Tertuduh juga merupakan penjelasan yang tidak munasabah. Dalam situasi yang “cemas dan merbahaya” ini, keutamaan Tertuduh sepatutnya adalah untuk memastikan keselamatan SP4 serta pengguna-pengguna jalan raya yang lain dan bukannya sama ada SP4 akan gagal atau lulus dalam ujian memandu pada hari tersebut.
57
Alasan bahawa SD3 tidak menerima apa-apa aduan daripada sesiapa berkenaan apa-apa salahlaku yang melibatkan kakitangan JPJ pada tarikh kejadian dan beberapa hari selepas itu juga tidak mengubah fakta bahawa SP4 telah membuat aduan kepada SP2 dan SP3 serta membuat laporan polis P3 pada malam yang sama.
58
Selain itu, Mahkamah ini tidak menerima hujahan peguambela Tertuduh yang menyatakan bahawa pihak pendakwaan gagal menyoal balas Tertuduh berkenaan isu intipati serta elemen pertuduhan. Mahkamah ini bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa soalbalas berkenaan isu ini telahpun dibuat melalui soalan-soalan berkenaan kejadian dalam motokar serta perbuatan Tertuduh terhadap SP4.
59
Mahkamah ini juga tidak mengabaikan percakapan dalam pemeriksaan Tertuduh semasa siasatan dibuat pada 29 September 2022 (D10). Percakapan dalam pemeriksaan ini telah dikemukakan oleh Tertuduh sebagai sebahagian pembelaan Tertuduh.
60
Tidak dapat dinafikan dalam percakapan dalam pemeriksaan ini, naratif bahawa Tertuduh hanya menepuk paha kiri SP4 supaya SP4 mengangkat kakinya daripada terus menekan klac motokar semasa motokar sedang mengundur ke belakang yang dikemukakan ini sama dengan pembelaan Tertuduh yang dikemukakan di mahkamah.
61
Berkenaan isu ini, Mahkamah ini memutuskan bahawa walaupun naratif yang dikemukakan adalah konsisten daripada awal siasatan kes ini sehingga pengemukaan pembelaan Tertuduh, ia tidak bermaksud Mahkamah ini mesti menerima atau memutuskan bahawa pembelaan ini adalah sesuatu yang benar dan Tertuduh merupakan seorang saksi yang bercakap benar. Rujukan dibuat kepada kes Ishak bin Haji Shaari v Pendakwa Raya [2006] MLJU 89 yang mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan: “The degree of credence that a court is reasonably expected to assign to a particular version of events depends on the facts and circumstances of each case. And, the mere fact that an accused’s evidence is consistent with his or earlier out of court statements does not require a court in every case to hold that he or she is a witness of truth. Were it otherwise, the assessment of oral testimony would become a robotic function. But the judicial appreciation of evidence is a human and not a robotic function. There are no fixed rules about it: only general guidelines. That much is made clear by numerous judgments of our courts.”. (penekanan ditambah)
62
Hakikatnya, Mahkamah ini memutuskan bahawa pembelaan Tertuduh di mahkamah bahawa Tertuduh hanya menepuk paha kiri SP4 supaya SP4 mengangkat kakinya daripada terus menekan klac motokar semasa motokar sedang mengundur ke belakang adalah tidak munasabah serta merupakan satu penafian semata-mata.
63
Bagi isu SOP yang mana Tertuduh dan SD2 menyatakan bahawa pegawai penguji boleh menyentuh seorang calon dalam sesetengah situasi, Mahkamah ini mendapati bahawa kewujudan dan pematuhan SOP tersebut adalah tidak material kepada kes ini. Sama ada SOP tersebut perlu dipatuhi dengan ketat oleh pegawai penguji atau tidak bukanlah satu pembelaan kepada tindakan Tertuduh meletakkan tangan kanannya di atas paha kiri SP4 dan menggosok-gosok paha SP4 hingga ke celah kangkang SP4. Pertuduhan terhadap Tertuduh adalah satu pertuduhan mencabul kehormatan SP4 dan bukan kesalahan tidak mematuhi SOP.
64
Berdasarkan kes Ganapathy Rengasamy v. PP [1998] 2 MLJ 557, Mahkamah ini tidak yakin akan kebenaran (convinced of its truth) keseluruhan pembelaan Tertuduh mahupun mendapati pembelaan yang dikemukakan berkemungkinan benar (might reasonably be true).
65
Oleh itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan satu keraguan yang munasabah. Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya tanpa keraguan yang munasabah.
66
Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan seperti dalam pertuduhan pindaan.
67
Peruntukan hukuman di bawah seksyen 354 KK adalah pemenjaraan yang boleh sampai 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada 2 hukuman tersebut.
68
Bagi rayuan mitigasi terhadap hukuman, peguambela Tertuduh menyatakan bahawa Tertuduh berumur 43 tahun, telah mendirikan rumah tangga dan menanggung 3 anak yang masih kecil dan bersekolah. Sebelum ini, Tertuduh bekerja sebagai kakitangan awam di JPJ Temerloh dengan gaji kasar sebanyak RM3420. Tertuduh juga menanggung ayah dan ibu mertua yang telah lanjut usia. Tertuduh merupakan penanggung nafkah tunggal keluarganya. Tertuduh juga telah memberikan kerjasama yang baik kepada semua pihak yang jelas dibuktikan dengan kehadirannya setiap kali ke mahkamah. Ini juga merupakan kesalahan pertama Tertuduh. Peguambela Tertuduh memohon satu denda yang minima sahaja diberikan kepada Tertuduh.
69
Pihak pendakwaan pula memohon hukuman yang berat mengambil kira perbicaraan penuh serta trauma yang dialami oleh mangsa yang ketika kejadian masih muda. Pihak pendakwaan juga memohon hukuman yang berbentuk pengajaran serta pencegahan supaya kesalahan seperti ini tidak diulangi oleh sesiapa. Pihak pendakwaan memohon juga mahkamah ini mengambil kira posisi Tertuduh sebagai pegawai penguatkuasa yang seharusnya menunjukkan contoh yang baik dan tidak menyalahgunakan posisinya. Pihak pendakwaan memohon agar hukuman pemenjaraan diberikan terhadap Tertuduh.
70
Sebelum menjatuhkan hukuman, Mahkamah ini telah merujuk kes Lim Guan Eng v. PP & Other Appeals [1998] 3 CLJ 769; [1998] 3 MLJ 14, yang mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “The principles governing sentencing have been stated on numerous occasions and we think no assistance is to be had by going through all the authorities on the subject. Suffice to say that a court should, when sentencing an accused, take into account all considerations relevant to the case, including the gravity of the offence, the circumstances surrounding the commission of the offence, the antecedents of the accused, the deterrent effect that punishment is to have, any factor that warrants special attention either in favour or against the accused and above all the public interest.”.
71
Faktor-faktor yang seharusnya dipertimbangkan oleh Mahkamah semasa menjatuhkan hukuman telah dirumuskan oleh kes Mahkamah Rayuan dalam Public Prosecutor v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] 1 LNS 864; [2017] MLJU 958 yang menyatakan: “Jurisprudence relating to sentence [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows:
a
the gravity or severity of the facts constituting the offence;
b
the circumstances in which it was committed;
c
the rampancy of such offence in the area;
d
the offender’s previous record;
e
the offender’s contribution and support to his family members;
f
the offenders means;
g
the effect of conviction and sentence on his job opportunities;
h
the age and health of the accused;
i
whether it is his first offence;
j
whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence;
k
whether the accused had pleaded guilty;
i
status of the accused;
m
whether there was violence during the crime;
n
public interest, etc.”.
72
Faktor-faktor yang disenaraikan di atas telah diambil kira oleh Mahkamah ini sebelum menjatuhkan hukuman terutamanya hukuman mengikut peruntukan undang-undang, kepentingan awam, keseriusan kesalahan, hujahan mitigasi oleh peguambela Tertuduh, hujahan pemberatan Timbalan Pendakwa Raya, latar belakang Tertuduh dan faktor pencegahan.
73
Selain itu, semasa kejadian berlaku, kedua-dua Tertuduh dan SP4 berada di dalam satu ruang tertutup (enclosed space) yang mana SP4 tidak mempunyai apa-apa cara untuk melepaskan atau melarikan diri daripada situasi itu. SP4 boleh dikatakan terperangkap dalam situasi tersebut.
74
Mahkamah ini mengambil kira bahawa Tertuduh merupakan seorang penjawat awam yang ditugaskan sebagai pegawai penguji yang mempunyai kuasa untuk meluluskan atau menggagalkan keputusan ujian memandu SP4 sedangkan mangsa SP4 merupakan seorang wanita yang hanya berumur 18 tahun semasa kejadian. Jurang kuasa ini diambil kira oleh Mahkamah ini semasa menjatuhkan hukuman.
75
Sebagai penjawat awam yang diamanahkan untuk melakukan sesuatu tugas, Tertuduh sepatutnya melaksanakan tugas tersebut dengan sempurna tanpa mengambil kesempatan daripada situasi tersebut. Satu hukuman berbentuk pencegahan wajar dikenakan sebagai peringatan tegas kepada bakal pesalah yang menyalahgunakan kedudukan serta kuasa demi memenuhi nafsu dan kehendak seksual yang tidak wajar (inappropriate sexual desire).
76
Setelah mempertimbangkan faktor-faktor yang telah dinyatakan di atas, Mahkamah ini berpandangan satu hukuman denda sahaja, walau setinggi manapun jumlahnya, tetap merupakan satu hukuman yang terlalu ringan (a slap on the wrist). Maruah seorang wanita yang tidak bersalah (innocent) telah dicemari dan dicabul.
77
Mahkamah ini berpandangan hukuman yang wajar diberikan kepada Tertuduh adalah 13 bulan penjara dan memerintahkan sedemikian. Tempoh pemenjaraan diperintahkan untuk berjalan dari tarikh sabitan.
78
Akhirnya, permohonan Tertuduh untuk satu penangguhan pelaksanaan bagi hukuman pemenjaraan tidak dibenarkan. Bertarikh 11hb November 2025 TAN CHIEW KING MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET (1) TEMERLOH PAHANG Pihak-pihak: Pihak Pendakwaan: Adriana binti Azrin (Timbalan Pendakwa Raya) Peguambela bagi Aedi bin Tajudin Tertuduh: (Aedi & Ooi)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.