Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR [CB-83D-739-06/2022] PENDAKWA RAYA
CB-83D-739-06/2022
Magistrates Court of Malaysia10 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“l number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 “…the correct test to be applied in determining whether a prima facie case has been made out under s. 180 of the Criminal Procedure Code (and this would apply to a trial under s. 173 of the Code) is that as encapsulated in the judgmen”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.”. [7] Oleh itu, berdasarkan prinsip-prinsip di atas, pada tahap ini, Mahkamah ini akan menimbangkan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhada”
“duh menegaskan bahawa SP3 merupakan pemilik barang kes dadah yang dirampas daripada motokar WLK169. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [48] Dalam kes Public Prosecutor v Somasundram A/L Rajasegaran & Anor [2016] MLJU 619, Collin Lawrence Sequerah PK telah menyatakan: S/N vtX2d2EUjUm87nu9HRfeZw **Note : Serial number will be”
“dang-undang yang mewajibkan pengemukaan keterangan ini yang hanya bersifat keterangan sokongan (“corroborative”) sahaja (kes Mazlani v PP [2013] 1 LNS 1292, Mahendran Arivalan v PP [2020] 1 LNS 1278; [2020] MLRAU 279 dan kes Mahkamah Rayuan Seyedmohsen Namazivaj Seyedreza v PP & Other Appeals [2024] CLJU 123 dirujuk).”
“(“corroborative”) sahaja (kes Mazlani v PP [2013] 1 LNS 1292, Mahendran Arivalan v PP [2020] 1 LNS 1278; [2020] MLRAU 279 dan kes Mahkamah Rayuan Seyedmohsen Namazivaj Seyedreza v PP & Other Appeals [2024] CLJU 123 dirujuk). Ketiadaan keterangan-keterangan tersebut tidaklah menyebabkan kes pihak pendakwaan tidak dapat”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR [CB-83D-739-06/2022] PENDAKWA RAYA
1
Tertuduh dalam kes ini dituduh untuk satu kesalahan di bawah subseksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”) yang hendaklah dihukum di bawah subseksyen 39A(1) ADB. Pertuduhan adalah seperti berikut: “BAHAWA KAMU PADA 1HB JUN 2022 JAM LEBIH KURANG 3:00 PETANG, DI HADAPAN BENGKEL MEMBAIKI JENTERA BERALAMAT PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM BAITUL MAKHAZIN LOT C6112 JALAN MARAN BATU 5 SIMPANG CHARUK PUTTING 28000 TEMERLOH PAHANG DALAM DAERAH TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR S/N vtX2d2EUjUm87nu9HRfeZw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 TELAH DIDAPATI DALAM MILIKAN KAMU DADAH BERBAHAYA JENIS METHAMPHETAMINE SEBERAT BERSIH 6.46 GRAM TANPA MEMILIKI KEBENARAN YANG SAH. OLEH YANG DEMIKIAN, KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 12 (2) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 39A (1) AKTA YANG SAMA.”
2
Tertuduh tidak mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut dan telah mohon untuk dibicarakan.
3
Berdasarkan perenggan 173(h)(i) KTJ, mahkamah seharusnya memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh. Perenggan 173(h)(i) KTJ juga memperuntukkan bahawa beban pembuktian pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan adalah suatu kes prima facie. Perenggan 173(h)(iii) KTJ selanjutnya menjelaskan bahawa satu kes prima facie wujud apabila bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan mewajarkan satu sabitan kes atas Tertuduh sekiranya tidak disangkal oleh Tertuduh. Sekiranya kes prima facie dibuktikan oleh pihak pendakwaan, maka Tertuduh akan dipanggil untuk membela diri.
4
Di dalam kes Looi Kow Chai v. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa: S/N vtX2d2EUjUm87nu9HRfeZw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 “…the correct test to be applied in determining whether a prima facie case has been made out under s. 180 of the Criminal Procedure Code (and this would apply to a trial under s. 173 of the Code) is that as encapsulated in the judgment of Hashim Yeop Sani FJ (as he then was) in Dato' Mokhtar bin Hashim & Anor v. Public Prosecutor [1983] 1 CLJ 138 ... It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal.”.
5
Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Augustine Paul HMR telah mengikut autoriti yang diketengahkan di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734 dan selanjutnya menyatakan seperti yang berikut: “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal... The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to S/N vtX2d2EUjUm87nu9HRfeZw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established... The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out.”.
6
Langkah-langkah yang harus diambil oleh mahkamah pada akhir kes pendakwaan juga telah disimpulkan di dalam kes PP v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, yang mana Mahkamah Persekutuan telah menyatakan seperti yang berikut: “For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable S/N vtX2d2EUjUm87nu9HRfeZw inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is "Yes", then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is "No" then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.”. [7] Oleh itu, berdasarkan prinsip-prinsip di atas, pada tahap ini, Mahkamah ini akan menimbangkan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh atau tidak. FAKTA KES [8] Pihak pendakwaan telah memanggil sebanyak 5 orang saksi dalam kes ini iaitu: SP1 - L/Kpl Nor Amyliah binti Md Som (Jurustor) SP2 - Insp Khairi Muzhafar bin Kamal (Pegawai Tangkapan & Serbuan) S/N vtX2d2EUjUm87nu9HRfeZw SP3 - Mohd Azuan bin Omar (Saksi awam) SP-A - Insp Nik Helmy bin Nik Hassan (Pegawai Perakam SP3) SP4 - SM Afif Dzaim Fakhrey bin Omar Bakey (Pegawai Penyiasat) [9] Ahli kimia telah dipersetujui oleh pihak pendakwaan dan pihak pembelaan untuk dikecualikan daripada dipanggil sebagai saksi dan semua eksibit yang berkaitan dengan ahli kimia dikemukakan melalui SP4. [10] SP2 di dalam keterangannya telah menyatakan bahawa pada 1 Jun 2022 lebih kurang 2.45 p.m., beliau tiba di sebuah bengkel membaiki jentera beralamat di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Baitul Makhazin Lot C6112, Jalan Maran Batu 5, Simpang Charuk Puting, Temerloh, Pahang bersama-sama anggota-anggota operasi. Pemerhatian terhadap bengkel tersebut dibuat dari jalan masuk ke bengkel dan didapati terdapat dua individu berada di bengkel tersebut. Pencahayaan adalah jelas dan terang kerana hari masih siang dan keadaan cuaca pada ketika itu baik dan panas terik. [11] Pada lebih kurang 3.00 p.m., SP3 bersama anggota operasi telah menyerbu bengkel tersebut dan menahan dua lelaki Melayu di kawasan bengkel tersebut iaitu Tertuduh dan SP3. Pemeriksaan badan ke atas Tertuduh telah menjumpai satu rangkai anak kunci motokar di dalam kocek sebelah kanan seluar yang dipakai oleh Tertuduh. Sebuah Proton Wira (“motokar WLK169”) yang diparkir di hadapan bengkel tersebut pula dibuka dengan menggunakan anak S/N vtX2d2EUjUm87nu9HRfeZw kunci yang diperolehi daripada kocek Tertuduh. Di dalam motokar WLK169 tersebut telah dijumpai beg berzip berwarna hijau bertulisan “SEEINGLY” yang mengandungi 20 paket plastik lutsinar dan 1 tiub straw berwarna merah jambu yang berisi serbuk dan ketulan kristal (“barang kes dadah”). [12] SP3 menyatakan bahawa semasa barang kes dadah dijumpai, Tertuduh berada dalam keadaan terkejut dan berpeluh-peluh dalam ketakutan. [13] Kesemua barang kes dirampas dan tangkapan dibuat terhadap Tertuduh dan juga SP3. [14] Barang kes dadah kemudiannya dianalisa oleh ahli kimia dan hasil analisa dalam laporan kimia (P25) adalah serbuk dan ketulan kristal telah dianalisa dan disahkan mengandungi 6.46 gram methamphetamine. [15] Motokar WLK169 juga didaftarkan atas nama Tertuduh sebagai pemilik sah dalam carian maklumat terperinci kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (P23). KES PADA AKHIR KES PENDAKWAAN [16] Dalam kes ini, pihak pendakwaan perlulah membuktikan: a. Barang kes dadah yang dijumpai adalah milik Tertuduh; dan b. Barang kes dadah yang dirampas adalah barang yang tersenarai sebagai dadah berbahaya dalam Jadual Pertama, ADB. S/N vtX2d2EUjUm87nu9HRfeZw
a
Barang kes dadah yang dijumpai dimiliki oleh Tertuduh [17] Abdul Aziz Mohamad HMP dalam kes Mahkamah Persekutuan PP v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 telah menjelaskan prinsip mantap bahawa untuk membuktikan elemen milikan, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa Tertuduh mempunyai kawalan (“control”) atau jagaan (“custody”) dan juga pengetahuan (“knowledge”) terhadap sesuatu barang tersebut. [18] Kes Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] 1 LNS 17 menyatakan juga seperti berikut berkenaan milikan: ““Possession” itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen’s Digest (9th Ed), p 304): “A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.” To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. S/N vtX2d2EUjUm87nu9HRfeZw Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case.” [19] Berkenaan elemen pengetahuan, kes Mahkamah Rayuan dalam kes Pendakwa Raya v Lim Chsung Meng & Anor [2015] 1 LNS 1226 menyatakan seperti berikut: “Knowledge refers to a mental state of awareness of a fact. Since courts cannot penetrate the mind of an accused and thereafter state its perceptions with certainty, resort to other evidence is necessary. Animus possidendi, as a state of mind, may be determined on a case-to-case basis by taking into consideration the surrounding circumstances. (See Ong Ah Chuan v P.P [1981] 1 MLJ 64; P.P v Mohd Farid bin Mohd Sukis & Anor [2002] 3 MLJ 401; Surentheran Selvaraja v P.P [2005] 2 CLJ 264].” [20] Dalam kes ini, Tertuduh satu-satunya individu yang mempunyai akses kepada kereta semasa serbuan dibuat memandangkan anak kunci yang boleh membuka pintu motokar WLK169 dijumpai pada badan Tertuduh. Di bawah brek tangan dalam motokar WLK169 pula dijumpai barang kes dadah iaitu disifatkan sebagai satu tempat yang terbuka dan tidak disorok dalam motokar tersebut. Tertuduh juga merupakan pemilik motokar WLK169 di sisi undang-undang (“legal owner of the motor car”). Keadaan ini menyebabkan Tertuduh boleh disifatkan sebagai “has the power to deal with it as owner to the S/N vtX2d2EUjUm87nu9HRfeZw exclusion of all others, and when the circumstances are such he may be presumed to intend to do so in case of need”. [21] Berdasarkan kepada keterangan-keterangan ini, Mahkamah ini mendapati bahawa barang kes dadah dimiliki oleh Tertuduh. Mahkamah ini mendapati Tertuduh mempunyai kuasa untuk mengendalikan barang kes dadah sebagai pemilik dengan pengecualian orang-orang lain. Tertuduh juga tidak memiliki kebenaran yang sah untuk memiliki barang kes dadah.
b
Barang kes dadah adalah barang yang tersenarai sebagai dadah berbahaya dalam Jadual Pertama, ADB [22] Keterangan Laporan Kimia (P25) membuktikan elemen kedua dan bahawa barang kes dadah adalah barang yang tersenarai sebagai dadah berbahaya dalam Jadual Pertama, ADB. Hasil analisa barangan yang dirampas adalah 1 tiub straw yang berisi serbuk dan ketulan kristal disahkan mengandungi 6.46 gram methamphetamine. Methamphetamine tersenarai sebagai dadah berbahaya dalam
Schedule
Jadual Pertama, ADB. [23] Mahkamah ini juga memutuskan kesinambungan rantaian barang kes di dalam kes ini adalah tidak terputus berdasarkan keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan. S/N vtX2d2EUjUm87nu9HRfeZw IMPEACHMENT PROCEEDINGS TERHADAP SP3 [24] Dalam kes ini, rakan sekerja Tertuduh, SP3 juga ditangkap bersama Tertuduh semasa serbuan dibuat. SP3 berada di tempat kejadian membaiki sebuah motolori bersama Tertuduh. [25] Semasa memberikan keterangan bersumpah di kandang saksi pada peringkat kes pendakwaan, SP3 telah menyatakan bahawa barang kes dadah yang dirampas daripada motokar WLK169 merupakan milik beliau. SP3 menyatakan bahawa sebelum serbuan, beliau menggunakan motokar WLK169 milik Tertuduh untuk membeli makanan tetapi juga telah pergi membeli barang kes dadah selepas itu. Setelah memperolehi barang kes dadah tersebut, beliau meletakkannya di bahagian brek tangan motokar WLK169. Apabila tiba kembali ke bengkel, beliau meletakkan rangkai anak kunci motokar WLK169 tersebut di atas meja bersama makanan yang telah dibeli tetapi telah meninggalkan barang kes dadah di dalam motokar WLK169. Beliau menyatakan bahawa barang kes dadah yang dijumpai di dalam motokar WLK169 merupakan dadah yang sama seperti yang dibeli oleh beliau. [26] Susulan daripada SP3 memberikan keterangan sebegitu, pihak pendakwaan telah memulakan prosiding untuk mencabar kebolehpercayaan (“impeachment proceedings”) terhadap SP3. [27] Satu rakaman percakapan dalam pemeriksaan yang diambil daripada SP3 oleh SP-A telah ditunjukkan kepada SP3 serta dikemukakan kepada mahkamah untuk dibaca. Rakaman percakapan dalam pemeriksaan ini ditandakan sebagai P-A. S/N vtX2d2EUjUm87nu9HRfeZw [28] Dalam P-A, terdapat kenyataan daripada SP3 yang menyatakan bahawa barang kes dadah yang dirampas daripada kenderaan WLK169 adalah milik Tertuduh dan barang kes dadah tersebut bukan milik SP3. Beliau juga menyatakan pada hari tersebut, Tertuduh tidak membeli dadah dan dibelanja oleh Tertuduh untuk menghisap dadah. [29] Sewaktu ditunjukkan P-A, SP3 bertegas bahawa tidak pernah memberikan kenyataan sebegitu dan tidak pernah memberikan apa-apa rakaman percakapan dalam pemeriksaan. [30] Oleh itu, satu satu perbicaraan dalam perbicaraan dimulakan dan SP-A sebagai pegawai perakam P-A dipanggil untuk memberikan keterangan berkenaan pengambilan P-A. SP-A menyatakan bahawa beliau ada mengambil keterangan daripada SP3 dan menulis butiran yang diambil daripada SP3 di atas borang pemeriksaan awal dan kembali ke pejabatnya untuk menaip P-A. P-A kemudiannya ditunjukkan kepada SP3. SP-A menyatakan bahawa SP3 menandatangani P-A selepas membacanya. Oleh itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa P-A sememangnya telah diambil oleh SP-A daripada SP3. [31] Selepas SP-A dilepaskan dan dibebaskan, SP3 naik ke kandang saksi semula dan diberikan peluang menjelaskan kenyataan yang bercanggah dalam P-A. Apabila ditunjukkan dan ditanya berkenaan percanggahan tersebut, SP3 hanya bertegas bahawa beliau tidak diambil apa-apa rakaman percakapan dalam pemeriksaan dan sekiranya ada pun, beliau hanya diminta untuk tandatangan P-A. Mahkamah ini memutuskan bahawa penjelasan yang diberikan ini S/N vtX2d2EUjUm87nu9HRfeZw tidak memuaskan dan akibat itu, cabaran kebolehpercayaan terhadap SP3 telah berjaya. [32] Oleh itu, keterangan diberikan oleh SP3 di mahkamah menjadi tidak bernilai dan dikeluarkan keseluruhannya. ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH PIHAK PEMBELAAN [33] Pihak pembelaan dalam hujahannya telah membangkitkan beberapa isu pada akhir kes pendakwaan. [34] Pihak pembelaan telah berhujah bahawa tiada ujian kesan cap jari dibuat. Bagi isu ini, Mahkamah ini memutuskan bahawa ketiadaan keterangan tersebut tidak mengugat kes pihak pendakwaan. Tiada peruntukkan undang-undang mahupun nas undang-undang yang mewajibkan pengemukaan keterangan ini yang hanya bersifat keterangan sokongan (“corroborative”) sahaja (kes Mazlani v PP [2013] 1 LNS 1292, Mahendran Arivalan v PP [2020] 1 LNS 1278; [2020] MLRAU 279 dan kes Mahkamah Rayuan Seyedmohsen Namazivaj Seyedreza v PP & Other Appeals [2024] CLJU 123 dirujuk). Ketiadaan keterangan-keterangan tersebut tidaklah menyebabkan kes pihak pendakwaan tidak dapat ditegakkan. [35] Pihak pembelaan juga mempertikaikan seluar yang dirampas (P14) yang mana berdasarkan kepada pemeriksaan balas pihak pembelaan, Tertuduh memakai seluar pendek semasa serbuan dibuat tetapi seluar yang dirampas adalah sepasang seluar panjang hitam. Pihak pembelaan juga mempertikaikan pegawai yang merampas seluar Tertuduh kerana SP2 sebagai pegawai serbuan S/N vtX2d2EUjUm87nu9HRfeZw tidak merekodkan dalam mana-mana dokumen mahupun keterangan di mahkamah bahawa beliau pernah merampas P14. [36] Berkenaan isu ini, Mahkamah ini memutuskan bahawa keterangan rampasan seluar hanya berbentuk corroborative atau sokongan sahaja. Ketiadaan rampasan seluar sekalipun tidak mengugat kes pihak pendakwaan. Hakikatnya, keterangan bahawa anak kunci P13 dirampas daripada kocek Tertuduh pada tahap ini adalah mencukupi untuk menunjukkan bahawa anak kunci yang dirampas daripada Tertuduh digunakan untuk membuka pintu motokar WLK169. [37] Mahkamah ini juga berpendapat pada tahap ini, tiada alasan untuk memutuskan bahawa terdapat kelemahan siasatan yang dilakukan oleh pegawai penyiasat SP4. DAPATAN MAHKAMAH AKHIR KES PENDAKWAAN [38] Setelah mendengar pemeriksaan dan mempertimbangkan kredibiliti semua saksi pendakwaan, mendengar dan mempertimbangkan hujahan-hujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah ini mendapati bahawa milikan barang kes dadah oleh Tertuduh telah dibuktikan serta kesinambungan rantaian barang kes di dalam kes ini adalah tidak terputus. Oleh itu, Mahkamah ini berpuas hati bahawa elemen-elemen di bawah subseksyen 12(2) ADB telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan untuk satu pertuduhan setelah membuat penilaian secara maksima terhadap keterangan-keterangan yang dikemukakan. S/N vtX2d2EUjUm87nu9HRfeZw [39] Dengan itu, Mahkamah ini telah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh dan memanggil Tertuduh untuk membela diri. [40] Setelah Mahkamah ini memberikan keputusan di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah membaca dan menerangkan kepada Tertuduh berkenaan tiga pilihan yang boleh dibuat oleh Tertuduh sepertimana yang terkandung dalam subseksyen 173(ha) KTJ iaitu: i. memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi; ii. memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh; atau iii. berdiam diri. [41] Tertuduh dalam kes ini telah memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi. TUGAS MAHKAMAH PADA AKHIR KES PERBICARAAN PENUH [42] Mahkamah Agong dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ (Rep) 311; [1991] 3 MLJ 169 telah menjelaskan seperti berikut: “To earn an acquittal, the court may not be convinced of the truth of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the court to be convinced that the defence version is true, in which case the court must order S/N vtX2d2EUjUm87nu9HRfeZw an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the court must not convict until it asks a further question, that even if the court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority of judges rightly prefer to adopt straightaway the legally established 'reasonable doubt' test, rather than to delve in the 'believable and convincing' test before applying the 'reasonable doubt' test.”. [43] Dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. PP [2006] 1 CLJ 857, Arifin Zakaria HMP menyatakan seperti berikut: “In our criminal law at the close of the defence case what the court needs to decide is whether the defence had succeeded to raise any reasonable doubt on the prosecution case. If the answer is in the positive then the accused person is without more entitled to his acquittal. It has to be remembered always that at no time, except in special circumstances, the burden of proof is cast on the defence: the burden rest all throughout on the prosecution to prove its case beyond any reasonable doubt. (See Mohamad Radhi bin Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311). The issue here is whether the accused had in the circumstances raised a reasonable doubt on the prosecution case.” S/N vtX2d2EUjUm87nu9HRfeZw [44] Oleh itu, adalah jelas tugas mahkamah pada tahap ini adalah untuk menentukan sama ada Tertuduh telah berjaya menimbulkan satu keraguan munasabah atau tidak. KES PEMBELAAN [45] Hanya Tertuduh sendiri sahaja yang memberikan keterangan bersumpah dan pihak pembelaan tidak memanggil mana-mana saksi lain untuk memberikan keterangan. [46] Tertuduh menyatakan bahawa SP3 menggunakan motokar WLK169 untuk pergi membeli makanan dan juga telah membeli barang kes dadah daripada individu dengan panggilan “Budak Jengka 14”. Tertuduh menegaskan bahawa orang yang terakhir menggunakan motokar WLK169 itu adalah SP3. Tertuduh juga menyatakan beliau tidak pernah melihat barang kes dadah yang dijumpai sebelum masa serbuan dan rampasan. Anak kunci motokar WLK169 juga tidak dirampas daripada kocek Tertuduh tetapi berada di atas meja berhampiran. [47] Berdasarkan kepada keterangan-keterangan ini, Tertuduh menegaskan bahawa SP3 merupakan pemilik barang kes dadah yang dirampas daripada motokar WLK169. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [48] Dalam kes Public Prosecutor v Somasundram A/L Rajasegaran & Anor [2016] MLJU 619, Collin Lawrence Sequerah PK telah menyatakan: S/N vtX2d2EUjUm87nu9HRfeZw “Apart from the duty imposed upon a trial court at the conclusion of the whole case as described already, a trial court must carry out a maximum re-evaluation of the prosecution’s case but this time considered and tested as against the sworn evidence given by the accused. This was of course, something that was not possible to do at the close of the prosecution case.” [49] Invididu yang boleh menyangkal atau menyokong keterangan Tertuduh adalah SP3 sendiri. Beliau merupakan saksi material bukan sahaja kepada pihak pembelaan malah juga kepada pihak pendakwaan. SP3 satu-satunya yang boleh menyatakan sama ada barang kes dadah berada di dalam motokar WLK169 semasa beliau menggunakannya mahupun sama ada benar beliau menggunakan motokar WLK169 sebelum serbuan dibuat. Beliau juga dapat mengesahkan dari mana anak kunci motokar WLK169 dirampas. [50] Memandangkan impeachment proceedings terhadap SP3 telah berjaya, maka keseluruhan keterangan yang diberikan oleh SP3 haruslah dan telahpun diabaikan oleh Mahkamah ini. Oleh itu, ia seolah-olah SP3 tidak memberikan apa-apa keterangan di mahkamah. [51] Dalam ketiadaan keterangan SP3, Mahkamah ini tidak berupaya untuk menimbang dan menilai penglibatan SP3 terhadap keterangan bersumpah yang diberikan oleh Tertuduh. [52] Selain itu, dalam kes Nagappan Kuppusamy v. PP [1988] 1 CLJ Rep 229, Mahkamah Agong telah memutuskan seperti berikut: S/N vtX2d2EUjUm87nu9HRfeZw “In a criminal proceeding, the onus on the prosecution throughout is to prove beyond reasonable doubt. From the beginning to the end, the burden remains on the prosecution to prove the guilt of the accused. At the close of the whole case, the court has to consider all the evidence adduced by both the prosecution and the defence and has to be satisfied that the case has been proved beyond reasonable doubt. In other words, at the close of the whole case, the court has to consider all the evidence before it whether they satisfy all the ingredients of the offence. If upon the whole evidence the court is left in a real state of doubt, the prosecution is said to have failed to satisfy the onus of proof which lies upon it.” (penekanan ditambah) [53] Berpandukan kepada nas undang-undang ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa pihak pendakwaan mempunyai beban untuk menyisihkan kemungkinan (“exclude possibilities”) bahawa SP3 juga mempunyai akses kepada barang kes dadah dalam motokar WLK169. Mahkamah ini berpendapat bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk melunaskan beban tersebut akibat impeachment proceedings terhadap SP3 yang berjaya. [54] Oleh itu, Mahkamah ini mendapati versi Tertuduh bahawa barang kes dadah yang dirampas diletakkan oleh SP3 di dalam motokar S/N vtX2d2EUjUm87nu9HRfeZw WLK169 dan sebenarnya milik SP3 merupakan salah satu inferens yang sah. Sekiranya wujud dua atau lebih inferens yang berbeza, Mahkamah ini haruslah memberikan faedah keraguan (“benefit of the doubt”) kepada Tertuduh dan memilih inferens yang paling menyebelahi Tertuduh. [55] Kes Ganapathy Rengasamy v PP [1998] 2 MLJ 557 menyatakan seperti berikut: - “It needs to be remembered that however weak a defence may be, trial judges being judges of both fact and law should not just brush aside the defence on the basis that the prosecution witnesses are to be believed and not the defence. Where the law casts the onus of giving an explanation upon an accused person, and the explanation is given, which is consistent with innocence, the court is duty bound to consider whether it might reasonably be true, although not convinced of its truth.” [56] Dalam mempertimbangkan penjelasan daripada Tertuduh, Mahkamah ini tidak yakin akan kebenaran (“convinced of its truth”) keseluruhan pembelaan Tertuduh. Namun begitu, Mahkamah ini mendapati pembelaan yang dikemukakan berkemungkinan benar (“might reasonably be true”). [57] Versi kes pembelaan juga telah dibangkitkan semasa peringkat kes pendakwaan. Demikian, pembelaan ini bukanlah suatu pemikiran kemudian (“afterthought”) yang hanya dikemukakan semasa peringkat kes pembelaan. S/N vtX2d2EUjUm87nu9HRfeZw [58] Oleh itu, setelah penilaian semula maksimum kes pendakwaan terhadap kes pembelaan Tertuduh, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan satu keraguan yang munasabah. Pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. [59] Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan yang dipertuduhkan di Mahkamah ini. Wang jaminan dikembalikan. TAN CHIEW KING Majistret Mahkamah Majistret (1) Temerloh 18 Jun 2025 Pihak-pihak: Adriana binti Azrin (Timbalan Pendakwa Raya) untuk pihak pendakwaan Aedi bin Tajudin (Aedi & Ooi) untuk Tertuduh S/N vtX2d2EUjUm87nu9HRfeZw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.