Content
AP-MM-DG-83-10-01/2023 PR Lwn Muhammad Haiqal bin Mohd Sanudin 1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA KRAI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES NO : DG-83-10-01/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD HAIQAL BIN MOHD SANUDIN
DG-83-10-01/2023
Magistrates Court of Malaysia5 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“46. Mahkamah turut merujuk kepada kes CHAN SIT HOONG v. PUBLIC PROSECUTOR [1974] CLJU 19, [1974] 1 LNS 19 di mana YA Hakim telah menyatakan sebagaimana berikut: “A first offender, be he on a drug charge or some other criminal charge, should be dealt with by the imposition of a fine or b”
“engimbangkan mitigasi yang dikemukakan dengan hujahan pemberatan agar satu hukuman yang berpadanan dan bersesuaian dapat diberikan. Mahkamah merujuk kepada kes RAJA IZZUDDIN SHAH v. PUBLIC PROSECUTOR [1978] CLJU 165; [1978] 1 LNS 165; [1979] 1 MLJ 270 yang menyatakan sebagaimana berikut : “In his grounds of judgment th”
“43. Dalam menjatuhkan hukuman, mahkamah telah merujuk panduan yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v. MORAH CHEKWUBE CHUKWUDI [2017] CLJU 864; [2017] 1 LNS 864 bagi menentukan apakah faktor-faktor yang harus dipertimbang oleh mahkamah ini. Mahkamah Rayuan di dalam kes di atas telah menyatakan seperti ber”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
AP-MM-DG-83-10-01/2023 PR Lwn Muhammad Haiqal bin Mohd Sanudin 1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA KRAI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES NO : DG-83-10-01/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD HAIQAL BIN MOHD SANUDIN
1
A. PENDAHULUAN Tertuduh telah hadir ke mahkamah ini pada 17.1.2023 bagi satu pertuduhan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.
2
Pertuduhan ke atas tertuduh adalah seperti mana berikut: “Bahawa kamu pada 24/1/2020 jam l/kurang 0830 pagi, di KM 99 Jalan Kota Bharu – Gua Musang di Dalam Daerah Kuala Krai, di dalam negeri Kelantan, sebagai pemandu motokar no. Pendaftaran W5004V telah memandu kenderaan tersebut di atas jalan raya dengan cara yang yang setelah mengambil perhatian tentang segala hal keadaan (termasuk jenis, keadaan, saiz jalan dan kesesakan lalulintas yang dijangkakan yang ada atau mungkin ada di jalan itu) adalah merbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian ke atas Tuan Nur Asyiqin binti Tuan Azaha No. K/P: 090428-03-0326 dan oleh yang AP-MM-DG-83-10-01/2023 PR Lwn Muhammad Haiqal bin Mohd Sanudin 2 demikian kamu telah melakukan dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987”. Hukuman: Penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.
3
Tertuduh telah memohon untuk dibicarakan atas pertuduhan tersebut. Pihak pendakwaan telah memanggil enam orang saksi untuk memberikan keterangan bagi membuktikan kes pendakwaan. Di akhir kes pendakwaan, mahkamah telah membuat dapatan bahawa pihak Pendakwaan gagal untuk membuktikan kes prima facie di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ). Namun mahkamah berpandangan, elemen di bawah Seksyen 43(1) APJ iaitu memandu tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya telah berjaya dibuktikan.
4
Oleh yang demikian itu, mahkamah telah memanggil tertuduh membela diri di bawah Seksyen 43(1) APJ. Pertuduhan pindaan telah dibacakan kepada Tertuduh dan Tertuduh telah menukar pengakuan kepada bersalah di bawah pertuduhan Seksyen 43(1) APJ.
5
Setelah mahkamah mendengar hujahan mitigasi dan hujahan pemberatan daripada kedua belah, mahkamah telah membuat dapatan salah dan mensabitkan Tertuduh atas pertuduhan. Tertuduh kemudiannya dijatuhi hukuman denda RM 4000 jika gagal bayar 6 bulan penjara. Mahkamah juga telah memerintahkan agar tertuduh membayar AP-MM-DG-83-10-01/2023 PR Lwn Muhammad Haiqal bin Mohd Sanudin 3 pampasan kepada keluarga mangsa sebanyak RM 6000 di bawah Seksyen 426 Kanun Tatacara Jenayah. Selain itu mahkamah turut memerintahkan kesalahan ini diendors pada lesen memandu tertuduh dan perintah gantung lesen memandu dibatalkan.
6
Pihak pendakwaan tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut dan merayu terhadap sabitan dan hukuman yang diberikan.
7
B. FAKTA KES Pada tarikh 24.1.2020, SP1 bersama SP4 dan tiga orang anak mereka iaitu Tuan Nur Amalina Binti Tuan Azaha, Tuan Nur Asyiqin Binti Tuan Azaha (si mati) dan Tuan Nur Nadhira Binti Tuan Azaha dalam perjalanan dari Kota Bharu menuju ke Rawang menaiki kereta jenis Grand Livina nombor pendaftaran WQX7875 yang dipandu oleh SP1.
8
Pada jam lebih kurang 8.30 pagi apabila sampai di tempat kejadian, SP1 nampak sebuah kereta Honda City bernombor pendaftaran W5004V dari laluan bertentangan keluar dengan tiba-tiba dan memasuki laluan sah SP1. Berdasarkan keterangan SP1, dia menyatakan bahawa dia melihat kereta Honda City tersebut seperti ingin memotong kenderaan di hadapannya namun dia tidak pasti kenderaan apa yang ingin dipotong oleh Honda City tersebut. Kereta Honda City tersebut telah keluar dari garisan laluannya (garisan tengah jalan) dan pada masa tersebut, tiada sebarang kenderaan di hadapan kereta yang dipandu SP1. SP1 cuba mengelak tetapi kereta tersebut melanggar juga pada bahagian pintu kanan kereta dipandu SP1. AP-MM-DG-83-10-01/2023 PR Lwn Muhammad Haiqal bin Mohd Sanudin 4
9
Akibat daripada perlanggaran tersebut kereta Grand Livina yang dipandu SP1, telah berpusing dan memasuki laluan bertentangan. Setelah itu, kenderaan SP1 telah dirempuh oleh sebuah motovan jenis Toyota Vellfire yang dipandu oleh SP2 yang datang dari arah Gua Musang menuju ke Kota Bharu. SP2 telah membrek dan mengelak ke tepi tetapi namun berlanggar juga dengan motokar SP1 tersebut. Akibat daripada perlanggaran tersebut, motokar SP1 telah terbalik dan berguling di atas jalan tar menyebabkan bahagian kiri motokar terseret di atas jalan tar.
10
Berdasarkan keterangan SP1, dia tidak sedar bahawa keretanya juga turut berlanggar dengan Motovan Toyota Vellfire yang dipandu SP2 setelah dia berlanggar dengan motokar tertuduh. SP2 pula menyatakan bahawa dia hanya melihat objek hitam datang ke arahnya dengan tiba-tiba dan laju. Dia hanya mengetahui objek tersebut merupakan motokar SP1 setelah kemalangan berlaku.
11
Kedudukan terakhir motokar SP1 setelah kemalangan berlaku ialah dalam keadaan mengiring di mana bahagian sebelah kiri motokar berada di bawah. Menurut SP1, kepala si mati telah tersepit di antara motokarnya dan jalan tar dan telah terseret bersama. Motokar tersebut terpaksa ditolak naik ke kedudukan asal oleh orang awam yang datang membantu sebelum SP1 boleh mengeluarkan jasad si mati. Si mati telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
12
Siasatan telah dilakukan oleh SP6. Berdasarkan siasatannya, SP6 menyatakan bahawa, cuaca pada masa kejadian adalah cerah dan AP-MM-DG-83-10-01/2023 PR Lwn Muhammad Haiqal bin Mohd Sanudin 5 tidak berkabus serta terdapat banyak kenderaan di aliran trafik. Selain itu, jalan di kawasan kemalangan berada dalam keadaan elok dan kering. Di kawasan tersebut jalan adalah berselekoh dan terdapat garisan berkembar. Laluan menghala ke Gua Musang (arah laluan SP1 dan si mati) dalam keadaan menaiki bukit manakala laluan menghala ke Kota Bharu dalam keadaan menuruni bukit (arah laluan tertuduh dan SP2). SP6 telah membuat siasatan lanjut dengan menghantar kenderaan-kenderaan terlibat ke puspakom untuk pemeriksaan dan laporan puspakom telah dikeluarkan oleh SP5 (Exhibit P11A-C).
13
Selain itu, mayat si mati telah dihantar ke bahagian forensik hospital untuk mendapatkan punca kematian. Berdasarkan Laporan Pemeriksaan Mayat (Eskhibit P10), punca kematian si mati telah disahkan sebagai “severe head injury”. Punca kematian ini iaitu kecederaan pada bahagian kepala si mati adalah selari dengan kesan geseran pada permukaan yang kesat dan kasar.
14
ELEMEN PERTUDUHAN DAN DAPATAN MAHKAMAH Pihak pendakwaan telah menuduh tertuduh selaku pemandu motokar jenis Honda City nombor pendaftaran W5004V, telah memandu secara berbahaya setelah mengambil kira hal keadaan jalan dan lalulintas di kawasan tersebut sehingga menyebabkan kematian kepada Tuan Nur Asyiqin binti Tuan Azaha.
15
Bagi membuktikan pertuduhan ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan beberapa elemen iaitu Tertuduh yang memandu motokar AP-MM-DG-83-10-01/2023 PR Lwn Muhammad Haiqal bin Mohd Sanudin 6 W5004V tersebut, Tertuduh telah memandu motokar tersebut dengan cara yang setelah mengambilkira hal keadaan jalan adalah berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain dan cara pemanduan berbahaya Tertuduh itu telah menyebabkan kematian simati dalam kes ini.
16
Bagi elemen pertama, mahkamah percaya ianya adalah satu fakta yang jelas dari keterangan yang diberikan bahawa tertuduh merupakan pemandu motokar jenis Honda City W5004V. Mahkamah merujuk kepada pengecaman yang dibuat pegawai penyiasat SP6 dan saksi awam SP1 yang mengecamkan dan mengesahkan tertuduh sebagai pemandu motokar tersebut.
17
Pengecaman ini pada pandangan mahkamah adalah satu keterangan yang mencukupi bagi membuktikan elemen pertama pertuduhan. Malahan sepanjang kes ini dibicarakan fakta ini tidak pernah dinafikan oleh tertuduh. Tambahan daripada itu, tertuduh sendiri ada membuat satu laporan polis yang telah dikemukakan sebagai ekshibit P12. Tertuduh di dalam laporan polisnya iaitu ekshibit P12 telah menyatakan bahawa semasa dia memandu motokar jenis Honda City bernombor W5004V, dia telah terlelap seketika apabila sampai di kawasan selekoh, seterusnya telah melanggar sisi kereta Grand Livina dipandu oleh SP1. Oleh itu, berdasarkan kepada keterangan-keterangan ini mahkamah berpuas hati bahawa elemen pertama telah dipenuhi.
18
Seterusnya elemen kedua yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan ialah Tertuduh, setelah mengambil perhatian tentang segala hal keadaan termasuk jenis, keadaan dan saiz jalan, dan AP-MM-DG-83-10-01/2023 PR Lwn Muhammad Haiqal bin Mohd Sanudin 7 kesesakan lalu lintas yang dijangkakan ada di jalan itu telah memandu motokarnya secara berbahaya di atas jalan raya sehingga menyebabkan kematian kepada si mati.
19
Di dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ), maksud pemanduan secara melulu atau berbahaya tidak dijelaskan. Oleh yang demikian mahkamah telah merujuk kepada kes-kes yang telah diputuskan untuk menentukan apakah yang dimaksudkan dengan pemanduan secara berbahaya.
20
Mahkamah ini telah merujuk kepada kes PP V BALA A/L ARULAPPAN [2007] 9 CLJ 521 di mana YA Pesuruhjaya Kehakiman telah merujuk kepada beberapa kes dalam mentakrifkan pemanduan berbahaya. Di dalam kes tersebut mahkamah telah menyatakan bahawa; “Di dalam APJ definisi pemanduan yang berbahaya kepada orang awam tidak dijelaskan, namun pengertiannya telah diperjelaskan di dalam kes Lim Chin Poh v. PP [1969] 1 LNS 92; [1969] 2 MLJ 159. Di dalam kes ini Hakim Choor Singh memutuskan: “In my opinion the expression driving in a manner which is dangerous to the public indicates some dangerous act or manoeuvre on the part of the driver of a vehicle, eg, overtaking a vehicle on the wrong side of it, or overtaking in the face of oncoming traffic or overtaking when unable to see oncoming traffic, or crossing a junction against traffic light, and so on. There must be some positive act on the part of the driver which is dangerous having regard to all circumstances. AP-MM-DG-83-10-01/2023 PR Lwn Muhammad Haiqal bin Mohd Sanudin 8 Prinsip yang sama di gariskan di dalam kes PP v. Ong Kia Chian [2006] 4 CLJ 334 yang diputuskan oleh Hakim Low Hop Bing ketika itu seperti berikut: In a case of dangerous driving, the prosecution must establish that:
a
a situation created by the accused is dangerous eg, turning right into the side road without stopping to give way to through traffic; and
b
when creating such a situation the accused was at fault. Fault involves a failure; a failing below the care and skill of a competent and experienced driver in relation to the manner of driving and the relevant circumstances (per Raja Azlan Shah) in Ramiah v. Public
21
Prosecutor at pp. 258-259.” Berdasarkan kepada panduan yang diberikan di dalam kes-kes di atas, bagi membuktikan pemanduan secara berbahaya, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa tertuduh telah menimbulkan satu situasi yang berbahaya setelah dia mengambil kira semua keadaan yang sepatutnya dan situasi itu timbul akibat dari tindakan yang salah dipihak tertuduh (at fault).
22
Jika dilihat di dalam kes yang dirujuk diatas, tindakan salah termasuk apabila seorang pemandu memandu di bawah kemahiran yang sepatutnya ada bagi seorang pemandu yang berpengalaman jika pemandu tersebut berada di situasi berkenaan.
23
Bagi membuktikan elemen kedua, pihak pendakwaan telah berhujah bahawa tertuduh telah menimbulkan situasi yang berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan dan kematian apabila telah masuk ke laluan SP1. Perbuatan tertuduh yang masuk ke laluan AP-MM-DG-83-10-01/2023 PR Lwn Muhammad Haiqal bin Mohd Sanudin 9 tersebut telah menyebabkan motokar yang dipandu SP1 telah berlanggar dengan motokar tertuduh. Pihak pendakwaan turut menghujahkan bahawa berdasarkan kepada kerosakan pada motokar Honda City, jelas menunjukkan SP1 telah cuba untuk mengelak motokar tertuduh namun tidak berjaya. Rentetan daripada perlanggaran ini, motokar SP1 telah berpusing dan masuk ke laluan bertentangan sehingga dirempuh oleh motovan yang dipandu oleh SP2. Rempuhan kedua ini telah menyebabkan motokar SP1 berpusing dan bergeser di atas tar. Oleh itu pihak pendakwaan menghujahkan bahawa kedua-dua perlanggaran tidak akan berlaku sekiranya tiada pemanduan berbahaya daripada tertuduh.
24
Selain itu, pihak pendakwaan juga hujahkan bahawa tiada keterangan yang menunjukkan tertuduh ada mengelak atau membrek ketika masuk ke laluan bertentangan. Ini menunjukkan bahawa tertuduh telah gagal mengamalkan cara pemanduan yang selamat dan telah melanggar duty of care yang sepatutnya diamalkan oleh pemandu yang kompeten sehingga mewujudkan suatu situasi yang berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain secara khususnya SP1 dan keluarga. Ini juga menunjukkan tertuduh gagal untuk memberikan perhatian sewajarnya semasa memandu di atas jalan raya.
25
Pihak Pembelaan pula menghujahkan bahawa pemanduan oleh tertuduh tidak menyebabkan kematian kepada si mati. Ini kerana semasa perlanggaran pertama, ianya hanya melibatkan kerosakan kenderaan. Berdasarkan kerosakan pada kenderaan Honda City AP-MM-DG-83-10-01/2023 PR Lwn Muhammad Haiqal bin Mohd Sanudin 10 W5004V, jelas menunjukkan bahawa hanya berlaku pergeseran antara motokar SP1 dan tertuduh. Oleh itu, pada ketika ini, kemalangan hanya menyebabkan kerosakan pada kedua-dua kenderaan. Kematian si mati hanya berlaku setelah perlanggaran kedua berlaku iaitu apabila motokar SP1 yang dinaiki oleh si mati berlanggar dengan motovan SP2 sehingga menyebabkan motokar SP1 berpusing dan bergeser di atas permukaan tar. Keadaan jalan yang berselekoh juga menjadi punca SP2 tidak dapat melihat motokar SP1 yang masuk ke laluannnya. Ini disokong dengan keterangan SP2 yang menyatakan dia hanya nampak objek berwarna hitam terbang ke arahnya dan hanya mengetahui ianya adalah motokar si mati setelah kemalangan berlaku.
26
Mahkamah telah meneliti segala keterangan yang diberikan dan juga hujahan dari kedua belah pihak dan berpandangan bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan elemen kedua dan ketiga pertuduhan iaitu tertuduh telah memandu secara berbahaya setelah mengambil perhatian terhadap segala keadaan hal di atas jalan tersebut dan pemanduan tertuduh tersebut telah menyebabkan kematian kepada si mati.
27
SP1 di dalam keterangannya telah menimbulkan beberapa fakta yang berbeza berkenaan versi kemalangan. Pada awalnya dia menyatakan bahawa selepas perlanggaran dengan motokar tertuduh, tayar belakang motokarnya telah tercabut dan motokarnya terlah berpusing, terbalik dan kemudiannya menggelongsor. SP1 seterusnya menyatakan bahawa beg udara motokarnya telah terbuka AP-MM-DG-83-10-01/2023 PR Lwn Muhammad Haiqal bin Mohd Sanudin 11 dan dia tidak dapat melihat kenderaan. Semasa soal balas pula SP1 menyatakan bahawa setelah berlanggar dengan motokar tertuduh, dia tidak sedar dia turut berlanggar dengan motovan Vellfire yang dipandu SP2. Namun dia bersetuju bahawa motokarnya hanya terbalik setelah berlanggar dengan motovan Vellfire. Semasa pemeriksaan semula juga SP1 sekali lagi mengesahkan bahawa kereta telah berpusing setelah berlanggar dengan motokar tertuduh sehingga menyebabkan ia berlanggar dengan motovan Vellfire dan terbalik dan terseret.
28
Daripada keterangan ini, mahkamah berpandangan, motokar SP1 hanya terbalik dan terseret di atas jalan tar setelah dirempuh oleh motovan Vellfire yang dipandu SP2. Mahkamah bersetuju dengan hujahan pembelaan bahawa semasa kemalangan pertama berlaku di antara motokar tertuduh dan SP1, ia hanya melibatkan kerosakan pada kedua-dua kenderaan sahaja dan belum menyebabkan kematian. Kematian si mati menyusul setelah motokar si mati dirempuh motovan SP2.
29
Selain daripada itu, mahkamah turut meneliti laporan bedah siasat dan juga gambar simati dan berpendapat, berdasarkan kepada gambar kecederaan mangsa, kecederaan sebegitu hanya boleh berlaku akibat daripada geseran pada permukaan yang kesat dan kasar. Ini juga disahkan oleh SP3, pegawai perubatan yang menjalankan bedah siasat, semasa memberikan keterangan. Keterangan-keterangan ini pada pandangan mahkamah AP-MM-DG-83-10-01/2023 PR Lwn Muhammad Haiqal bin Mohd Sanudin 12 menunjukkan bahawa kematian hanya berlaku setelah motokar SP1 dirempuh oleh motovan SP2.
30
Mahkamah merujuk kepada kes Yee Kar Heng v PP, [2022] 1 LNS 2159 di mana YA Hakim telah menyatakan sebagaimana berikut: “The magistrate too had failed to consider the apparent fact, whether death of the victims whom were in the car was immediately caused by the accused who is alleged to have driven his lorry dangerously or was it only a remote cause…”
31
Di dalam kes di hadapan mahkamah ini terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa terdapat rempuhan yang berlaku antara motokar SP1 dan motovan SP2. Keterangan ini juga disokong oleh SP6, iaitu pegawai penyiasat yang menjalankan siasatan. SP6 menyatakan bahawa berdasarkan kepada kesan kerosakan, diam percaya kemalangan berlaku sebagaimana yang dinyatakan oleh SP1. Oleh itu telah wujud kemungkinan bahawa kematian si mati adalah disebabkan rempuhan kedua ini. Setelah menilai secara menyeluruh kepada keterangan-keterangan yang ada di mahkamah, maka mahkamah berpandangan, adalah tidak selamat untuk mengatakan bahawa tertuduh telah memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian kepada si mati.
32
Mahkamah ini merujuk kepada panduan oleh YA Hakim di dalam kes Yee Kar Heng v PP, supra berkenaan tanggungjawab mahkamah dalam menilai keterangan-keterangan yang dikemukakan. AP-MM-DG-83-10-01/2023 PR Lwn Muhammad Haiqal bin Mohd Sanudin 13 “The trial magistrate is duty bound to have considered the evidence available in its entirely and not to pick and choose evidence tending to conviction of the accused”. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah ini untuk menilai keterangan secara menyeluruh sebelum membuat dapatan fakta dalam sesuatu kes.
33
Setelah membuat penilaian yang maksimum terhadap keterangan-keterangan yang diberikan sepertimana yang ditetapkan oleh prinsip undang-undang yang mantap (LOOI KOW CHAI & ANOR V PP [2003] 1 CLJ 734 dan BALACHANDRAN V PP [2005] 1 CLJ 85 adalah dirujuk), mahkamah berpandangan pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan elemen pertuduhan bahawa tertuduh telah memandu secara berbahaya setelah mengambilkira segala jenis keadaan sehingga menyebabkan kematian.
34
Walaubagaimanapun, berdasarkan keterangan yang ada, mahkamah berpandangan bahawa elemen pemanduan tanpa kecermatan dan perhatian sewajarnya telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Ini kerana dari keterangan SP1 jelas menunjukkan bahawa tertuduh telah keluar daripada laluannya yang sah di kawasan selekoh dan masuk ke laluan SP1. Perbuatan tertuduh ini menunjukkan tindakan tertuduh yang memandu tanpa kecermatan dan perhatian sewajarnya. AP-MM-DG-83-10-01/2023 PR Lwn Muhammad Haiqal bin Mohd Sanudin 14
35
Oleh itu mahkamah menggunapakai Seksyen 41(4) APJ telah memanggil tertuduh untuk membela diri di bawah pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 43(1) APJ. Mahkamah telah mengemukakan pertuduhan pindaan tersebut sebagaimana di bawah. “BAHAWA KAMU PADA 24/1/2020 JAM L/KURANG 0830 PAGI, DI KM 99 JALAN KOTA BHARU – GUA MUSANG DI DALAM DAERAH KUALA KRAI, DI DALAM NEGERI KELANTAN, SEBAGAI PEMANDU MOTOKAR NO. PENDAFTARAN W5004V TELAH MEMANDU MOTOKAR TERSEBUT TANPA KECERMATAN DAN PERHATIAN SEPATUTNYA SEHINGGA, MENYEBABKAN KEMALANGAN KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA TERSEBUT. OLEH YANG DEMIKIAN ITU, KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 43(1) AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN YANG SAMA” HUKUMAN APABILA DISABITKAN HENDAKLAH DIHUKUM DENDA TIDAK KURANG DARIPADA EMPAT RIBU RINGGIT DAN TIDAK LEBIH DARIPADA SEPULUH RIBU RINGGIT DAN BOLEH JUGA DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI DUA BELAS BULAN. SABITAN AKAN DIENDORSKAN PADA LESEN MEMANDU AP-MM-DG-83-10-01/2023 PR Lwn Muhammad Haiqal bin Mohd Sanudin 15
36
Setelah pertuduhan pindaan dibacakan ketas tertuduh, tertuduh telah mengaku salah atas pertuduhan pindaan tersebut. Pihak pembelaan telah memohon agar kes ditangguhkan untuk mitigasi. Semasa mitigasi Peguambela berhujah bahawa tertuduh berumur 32 tahun dan baru dua bulan berkerja sebagai juruteknik di Asia Digital Engineering dengan gaji sebanyak RM 2700 sebulan. Tertuduh menanggung isteri dan dua cahayamata berumur empat dan dua tahun. Semasa kejadian, tertuduh dalam perjalanan untuk melangsungkan perkahwinan. Tertuduh tidak biasa dengan jalan di Kelantan kerana hanya baru beberapa kali datang ke sini.
37
Setelah kemalangan ini terjadi, tertuduh ada pergi berjumpa dengan keluarga si mati untuk memohon maaf atas kejadian ini serta memberikan sumbangan sendiri sebanyak RM 1000. Peguambela juga hujahkan bahawa, kejadian ini telah banyak memberikan pengajaran kepada tertuduh. Tertuduh terpaksa hadir dengan menaiki bas sejak kes ini berjalan dari tahun 2023. Kes ini telah menjadi parut dan trauma yang menghantui kehidupan tertuduh. Tertuduh juga sentiasa memberikan kerjasama sepanjang kes ini berlangsung.
38
Peguambela memohon agar tertuduh dikenakan hukuman denda paling minima. Sekiranya mahkamah mengenakan denda yang tinggi, ini akan menyebabkan tertuduh tidak mampu membayar dan akan dimasukkan ke penjara. AP-MM-DG-83-10-01/2023 PR Lwn Muhammad Haiqal bin Mohd Sanudin 16
39
Timbalan pendakwaraya menghujahkan bahawa faktor kepentingan awam mengatasi kepentingan tertuduh. Pemanduan tertuduh telah mengorbankan satu nyawa. Oleh itu hukuman yang memberi mesej yang jelas kepada orang awam agar kejadian begini tidak berulang perlu diberikan oleh mahkamah. Pihak pendakwaan memohon agar hukuman yang memberikan pengajaran kepada dapat dikenakan ke atas tertuduh. Ini kerana kemalangan ini tidak akan berlaku jika tertuduh tidak masuk ke laluan si mati. Akibat tindakan tertuduh, nyawa kanak-kanak telah terkorban sedangkan kanak-kanak hanya penumpang dan tidak bersalah.
40
Pihak pendakwaan juga menghujahkan bahawa kejadian ini memberikan impak yang besar bukan sahaja kepada keluarga mangsa terdekat iaitu ibubapa, namun juga kepada nenek dan datuk mangsa. Keadaan jasad mangsa juga tidak sempurna akibat separuh wajahnya telah diseret dan hancur menyebabkan sukar untuk keluarga melihatnya buat kali terakhir. Kemalangan ini juga memberikan trauma kepada ibubapa sehingga sekarang.
41
Pihak pendakwaan turut menghujahkan bahawa pihak kerajaan memandang serius kepada kepada kesalahan melibatkan kemalangan maut sehingga ia menjadi pemacu kepada pindaan kepada akta ini yang kini memperuntukkan hukuman yang kebih berat. Ini menunjukkan polisi kerajaan yang memandang serius berkenaan dengan kes-kes sebegini. Selanjutnya, pihak pendakwaan menghujahkan agar mahkamah mengambil berat berkenaan kesalahan sebegini yang semakin berleluasa. AP-MM-DG-83-10-01/2023 PR Lwn Muhammad Haiqal bin Mohd Sanudin 17
42
HUKUMAN Setelah menimbang mitigasi dan hujahan pemberatan dari kedua-dua pihak, mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda RM 4000 jika gagal bayar 6 bulan penjara serta kesalahan akan diendorskan pada lesen memandu.
43
Dalam menjatuhkan hukuman, mahkamah telah merujuk panduan yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v. MORAH CHEKWUBE CHUKWUDI [2017] CLJU 864; [2017] 1 LNS 864 bagi menentukan apakah faktor-faktor yang harus dipertimbang oleh mahkamah ini. Mahkamah Rayuan di dalam kes di atas telah menyatakan seperti berikut: “It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a)the gravity or severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender's previous record; (e) the offender's contribution and support to his family members; f) the offenders means;
g
the effect of conviction and sentence on his job opportunities;(h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (i) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc. All these factors where applicable need to be addressed by the defence to secure a just sentence. It is equally important for the prosecution to rebut the facts adduced by the accused if they are not bona fide, as ultimately AP-MM-DG-83-10-01/2023 PR Lwn Muhammad Haiqal bin Mohd Sanudin 18 the power to sentence is placed on the trial judge and the judge had to rely on the facts adduced in court...”
44
Mahkamah amat bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga si mati yang telah kehilangan ahli keluarga tersayang dalam kemalangan ini, malahan turut berasa sebak ketika mendengar keterangan ahli waris. Namun mahkamah percaya dalam menjatuhkan hukuman, mahkamah perlu mengimbangkan mitigasi yang dikemukakan dengan hujahan pemberatan agar satu hukuman yang berpadanan dan bersesuaian dapat diberikan. Mahkamah merujuk kepada kes RAJA IZZUDDIN SHAH v. PUBLIC PROSECUTOR [1978] CLJU 165; [1978] 1 LNS 165; [1979] 1 MLJ 270 yang menyatakan sebagaimana berikut : “In his grounds of judgment the learned Magistrate seemed to be unduly influenced by the submission of Counselfor the prosecution that the plea in mitigation did not amount to a mitigation at all and therefore rejected all of them. I disagree. No plea in mitigation should be thrown aside lightly but must be examined and considered equally with the facts presented by the prosecution. Both aspects of the case must be considered in their true perspective so as to strike if possible, a true balance in the scale of justice.”
45
Mahkamah telah menimbangkan bahawa ini merupakan kesalahan pertama Tertuduh dan Tertuduh mengaku salah sebaik sahaja pertuduhan pindaan dibacakan kepadanya. Malahan sejak daripada kes di peringkat pengurusan, tertuduh telah membuat representasi agar pertuduhan diturunkan kepada Seksyen 43(1) APJ. Ini pada AP-MM-DG-83-10-01/2023 PR Lwn Muhammad Haiqal bin Mohd Sanudin 19 pandangan mahkamah menunjukkan Tertuduh sedia untuk mengaku salah di bawah pertuduhan pindaan ini sejak dari awal lagi. Faktor pengakuan salah tertuduh dan kesalahan pertama ini wajar dipertimbangkan mahkamah di dalam menjatuh hukuman sebagaimana yang diputuskan di dalam kes SAU SOO KIM V. PUBLIC PROSECUTOR [1975] 2 MLJ 134 dan PP V. NASIR BIN MALIK [1995] 1 LNS 196; [1995] 3 MLJ 637.
46
Mahkamah turut merujuk kepada kes CHAN SIT HOONG v. PUBLIC PROSECUTOR [1974] CLJU 19, [1974] 1 LNS 19 di mana YA Hakim telah menyatakan sebagaimana berikut: “A first offender, be he on a drug charge or some other criminal charge, should be dealt with by the imposition of a fine or by placing him under bond or probation, but he should be kept away from prison unless there are, in the public interest, strong reasons for ordering a term of imprisonment, such as the gravity of the offence itself and the manner in which it is committed, or as a deterrent when the prevalence of a particular type of offence has truly reached a stage that a sentence of imprisonment alone may deter others from committing that type of offence”. Berdasarkan kes di atas mahkamah berpandangan hukuman berbentuk denda dalam kes ini adalah memadai dikenakan ke atas tertuduh mengambil kira tertuduh merupakan pesalah pertama. Hujahan pemberatan juga tidak menunjukkan alasan kukuh untuk mengenakan hukuman penjara kepada tertuduh. AP-MM-DG-83-10-01/2023 PR Lwn Muhammad Haiqal bin Mohd Sanudin 20
47
Mahkamah seterusnya merujuk kepada kes AMIT BUDIN V PP [1994] 1 LNS 8 di mana YA Hakim menyatakan bahawa; “I am of the view that the object of turning the appellant into a good citizen can be better achieved by not sending him to prison.” Berdasarkan panduan yang diberikan ini, mahkamah berpandangan, hukuman pemenjaraan adalah kurang sesuai dikenakan ke atas tertuduh yang merupakan pesalah pertama. Ini kerana sepertimana yang diputuskan di dalam kes di atas, dalam usaha untuk mengubah tertuduh menjadi warganegara yang lebih baik, ia lebih mudah dicapai sekiranya tertuduh tidak dihantar ke penjara.
48
Mahkamah turut mengambil kira tertuduh sentiasa memberikan kerjasama sejak dari awal pertuduhan dikenakan ke atasnya. Tertuduh juga tidak pernah gagal untuk hadir ke mahkamah sejak pertama kali dituduh di mahkamah sehingga kes selesai dibicarakan walaupun terpaksa menaiki bas. Tertuduh mempunyai ruang dan peluang untuk melarikan diri dalam tempoh jaminan ini. Namun tertuduh memilih untuk hadir memenuhi ketetapan yang ditetapkan mahkamah. Ini pada pandangan mahkamah menunjukkan tertuduh bukanlah pesalah tegar malahan warganegara yang patuh kepada undang-undang.
49
Selain itu mahkamah juga mengambil kira keadaan tertuduh merupakan penanggung tunggal keluarganya. Berdasarkan mitigasi yang dikemukakan, tertuduh menanggung seorang isteri dan dua anak yang masih kecil. Dia hanya memperolehi pendapatan AP-MM-DG-83-10-01/2023 PR Lwn Muhammad Haiqal bin Mohd Sanudin 21 sebanyak RM 2700 sebulan. Sekiranya tertuduh dikenakan hukuman denda yang tinggi, sudah pasti tertuduh tidak mampu membayar denda tersebut dan ini akan menyebabkan tertuduh dipenjarakan dan ini sudah pasti akan menyukarkan kehidupan keluarga tertuduh.
50
Mahkamah mengambil maklum bahawa kepentingan awam perlu diambil kira oleh mahkamah dalam menjatuhkan hukuman. Namun mahkamah perlu mengimbangkan di antara kepentingan awam dan kepentingan tertuduh agar hukuman yang diputuskan dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan juga kepada masyarakat. Mahkamah merujuk kepada kes PP v. MD RASHID HARUN [2000] 3 CLJ 832 di mana mahkamah memutuskan seperti berikut: “Courts are duty bound to consider all these matters before deciding upon a suitable sentence"…The sentence must be one appropriate to the gravity of the offence... Accordingly, the sentence should reflect the seriousness of the offence... Mitigating factors are not to be disregarded, even if the offence calls for a deterrent sentence… That is not to say though, that "the circumstances of the individual offender are more important than the protection of innocent members of the community from injury to their persons, or from risk even to their lives"… Public interest must not be relegated to the background. "The correct approach is to strike a balance, so far as possible, between the interest of the public and the interest of the accused.”
51
Berdasarkan kes di atas, mahkamah percaya hukuman denda sebanyak RM 4,000 jika gagal bayar 6 bulan penjara adalah satu AP-MM-DG-83-10-01/2023 PR Lwn Muhammad Haiqal bin Mohd Sanudin 22 hukuman yang memadai dan bersuaian dikenakan ke atas tertuduh dengan mengambil kira denda maksimum bagi kesalahan di bawah Seksyen 43(1) APJ ini adalah sebanyak RM 10,000. Jumlah denda yang dikenakan kepada tertuduh ini melebihi satu pertiga daripada jumlah denda maksimum dan pada mahkamah percaya ia bukan sahaja mampu memberikan pengajaran kepada tertuduh agar lebih berhati-hati pada masa hadapan malahan dapat memberikan peringatan kepada orang awam yang lain agar memberikan perhatian sewajarnya ketika memandu.
52
Mahkamah juga sekali lagi merujuk kepada kes RAJA IZZUDDIN SHAH v. PUBLIC PROSECUTOR [1978] CLJU 165; [1978] 1 LNS 165; [1979] 1 MLJ 270 yang menyatakan “Considering all the facts before the Court I have come to the conclusion that the public interest is in no way better served by committing the appellant to prison. The primary purpose of punishment is reformatory and it is clear in this case that the appellant has realised the fact that notwithstanding his status he is not above the law”. Dengan merujuk kepada panduan yang diberikan ini, mahkamah berpendapat hukuman berbentuk reformatory seperti denda adalah lebih wajar diutamakan agar ianya dapat membantu tertuduh untuk mengubah dirinya menjadi lebih baik dan mengelakkannya dari melakukan kesalahan yang sama. Mahkamah juga percaya kepentingan awam akan tercapai sekiranya hukuman yang diberikan dapat mengubah tertuduh menjadi warganegara yang lebih AP-MM-DG-83-10-01/2023 PR Lwn Muhammad Haiqal bin Mohd Sanudin 23 bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang pada masa hadapan (R v. Ball 35 Cr. App. R164 dirujuk).
53
Sebagai tambahan, mahkamah juga memerintahkan agar tertuduh membayar pampasan berjumlah RM 6000 kepada keluarga mangsa di bawah Seksyen 426 Kanun Tatacara Jenayah. Wang pampasan tersebut telah dibayar kepada SP1, iaitu ayah si mati pada tarikh keputusan ini dibuat. Mahkamah berpandangan, walaupun pampasan ini tidak dapat menggantikan kehilangan insan tersayang, namun ia sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit keceriaan kepada keluarga si mati.
54
Atas alasan-alasan ini, Mahkamah berpendapat hukuman denda sebanyak RM 4000 jika gagal bayar 6 bulan penjara dan pampasan sebanyak RM 6000 kepada keluarga mangsa merupakan satu hukuman yang memadai dan wajar dikenakan ke atas tertuduh. TPR : Siti Aiysha Na’ilah binti Harizan, TPR Negeri Kelantan Peguambela :Norzaimah binti Mohamed, Tetuan Norzaimah Roshayati & Co Disediakan oleh
12
12.
5
5.2025
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.