Content
1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MACHANG DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES TANGKAP NO: DG-83D-464-04/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN SHAHRIL ZHARIF BIN ABD MALIK 030206-14-0453 ALASAN PENGHAKIMAN
DG-83D-468-04/2023
Magistrates Court of Malaysia23 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“lam kes tersebut Mahkamah telah memutuskan sebagaimana berikut; “In our respectful view the correct test to be applied in determining whether a prima facie case has been made out under s. 180 of the Criminal Procedure Code (and this would apply to a trial under s. 173 of the Code) is that as encapsulated in the judgmen”
“**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 “Although such outward conduct of the accused is a relevant fact pursuant to section 8(2) of the Evidence Act 1950 (EA/Act 56) and the information procured and received from the accused leading to discovery of the impug”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263.”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263.”
“gan hujahan oleh pihak pendakwaan bahawa perbuatan dan kenyataan oleh Tertuduh adalah relevan di bawah Seksyen 8 dan Seksyen 27 Akta Keterangan. Mahkamah merujuk kepada kes PP vs Intan Zureanna Rosli [2024] CLJU 2924 di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan sebagaimana berikut; **Note : Serial number will be used to ve”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MACHANG DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES TANGKAP NO: DG-83D-464-04/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN SHAHRIL ZHARIF BIN ABD MALIK 030206-14-0453 ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tertuduh di dalam kes ini telah dituduh dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan dihukum bawah Seksyen 39A
1
ADB 1952. Tertuduh memohon untuk dibicarakan atas pertuduhan tersebut.
2
Pertuduhan ke atas tertuduh adalah sebagaimana berikut: “Bahawa kamu pada 1/02/2023 jam lebih kurang 0515 pagi bertempat di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Batu Balai dalam jajahan Kuala Krai, dalam negeri Kelantan telah didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya jenis Methaphetamine berat bersih 9.10-gram yang mana kamu tidak diberi sebarang kuasa atau kebenaran di bawah undang-undang terhadap dadah tersebut. Methaphetamine adalah disenaraikan dalm Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama”. Hukuman: Penjara tidak kurang daripada 2 tahun dan sebat tidak kurang daripada 3 sebatan.
3
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai tiga orang saksi untuk memberikan keterangan iaitu pegawai serbuan, penjaga stor, dan pegawai penyiasat. Setelah mendengar semua keterangan, meneliti ekshibit, dan hujahan-hujahan yang difailkan oleh pihak-pihak, Mahkamah telah melepaskan dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri.
4
Pihak pendakwaan tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut dan telah memfailkan rayuan.
5
B. FAKTA KES Pada tarikh 1.2.2023 jam lebih kurang 4.50 pagi, SP1 bersama anggota serbuan telah membuat satu serbuan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Batu Balai, Kuala Krai, Kelantan berdasarkan kepada satu maklumat berkaitan dadah yang diperolehinya.
6
Setelah tiba di lokasi, SP1 dan anggota serbuan telah membuat pemerhatian dalam jarak lebih kurang kurang 50 meter dari rumah dan mendapati tiada pergerakan yang mencurigakan daripada rumah tersebut. SP1 dan anggota seterusnya telah masuk ke dalam halaman rumah tersebut. Semasa sampai di hadapan pintu hadapan rumah, SP1 telah ternampak cahaya daripada televisyen di ruang tamu daripada gril utama. Hasil pemerhatiannya, SP1 mendapati terdapat seseorang sedang berbaring di ruang tamu.
7
SP1 telah membuka membuka pintu gril tersebut dan menerkam lelaki tersebut sambil memperkenalkan diri polis. Namun lelaki tersebut (tertuduh) telah melarikan diri ke sebuah bilik sebelum berjaya ditangkap. Bilik tersebut merupakan bilik ibu tertuduh dan dia telah tersedar dari tidurnya kerana dipanggil oleh Tertuduh. SP1 telah menjalankan pemeriksaan pada tubuh badan Tertuduh namun tidak menemui apa-apa barang salah.
8
SP1 kemudiannya telah membacakan kata-kata amaran di bawah subseksyen 37B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) kepada Tertuduh. Tertuduh pada awalnya tidak memberikan kerjasama dan memanggil ibunya untuk melengahkan keadaan dan mendapatkan simpati. Namun Tertuduh kemudiannya telah merayu agar SP1 tidak menangkap ibunya dan mengajak SP1 untuk bercakap di luar. Semasa di ruang tamu iaitu di hadapan pintu masuk rumah, SP1 telah sekali lagi membacakan kata-kata amaran dan bertanyakan soalan kepada Tertuduh sebagaimana Kuala Krai Repot 670/23 (P2) dan kertas bertulisan tangan (Ekshibit P5).
9
SP1 menyatakan bahawa dia telah menerangkan kepada Tertuudh dalam dialek Kelantan kerana dia takut Tertuduh tidak memahaminya. Semasa memberikan keterangan SP1 menyatakan sebagaimana berikut: “Mung tokse kecek takpo, tapi kalu mung nak kecek, sebagai kerjasama ko aku, mung tunjuk dadah duduk mana, beri kerjasama”
10
Tertuduh kemudian telah menunjukkan rak kasut yang berada di tangga simen pintu utama rumah. Rak kasut tersebut dalam keadaan tertutup. Kemudian, Tertuduh sendiri yang membuka rak kasut tersebut dan mengeluarkan kasut sebelah kanan berwarna hitam (P7A). SP1 telah memeriksa kasut tersebut, dan mendapati di dalamnya ada 1 bungkusan tisu putih (P8) yang diikat dengan gelang getah (P9) yang didalamnya ada 3 paket plastik biru (P13A-C). SP1 seterusnya telah memeriksa setiap paket plastik biru tersebut dan mendapati pada paket pertama dan kedua terdapat 198 biji pil merah dan 2 biji pil hijau. Manakala pada paket plastik ketiga terdapat 108 biji pil warna merah dan 2 biji pil berwarna hijau. SP1 seterusnya telah menangkap Tertuduh dan merampas barang kes sebagaimana Kuala Krai Repot 671/23 (P3). Tertuduh dan barang kes kemudiannya dibawa pulang ke IPD Kuala Krai untuk tindakan selanjutnya.
11
Setelah selesai menyediakan borang senarai geledah (P15), borang serah menyerah (P16) dan laporan-laporan polis, SP1 telah menyerahkan semua dokumen berkaitan bersama barang kes dan Tertuduh kepada SP3 selaku pegawai penyiasat kes pada jam lebih kurang 9.00 pagi. SP1 juga menyatakan bahawa sejak daripada dadah tersebut dirampas sehingga ianya diserahkan kepada SP3, barang-barang kes tersebut berada dalam kawalan SP1 pada sepanjang masa.
12
Barang kes telah dihantar oleh SP3 ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa dan hasil analisa mendapati pil-pil berwarna merah yang dirampas mengandungi 9.10 gram Methamphetamine dan pil-pil hijau yang dirampas tidak mengandungi sebarang dadah atau racun berjadual sebagaimana Laporan Kimia bernombor 23-FR-D-
13
C. DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR PENDAKWAAN Beban pembuktikan pihak pendakwaan di akhir pendakwaan ialah pihak pendakwaan perlu membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh sepertimana diperuntukkan di bawah Seksyen 173(f)(i) KTJ (in pari materia dengan Seksyen 180(1) KTJ) dan panduan berkenaan dengan apa yang dimaksudkan dengan prima facie telah dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Looi Kow Chai & Anor vs PP [2003] 1 CLJ 734. Di dalam kes tersebut Mahkamah telah memutuskan sebagaimana berikut; “In our respectful view the correct test to be applied in determining whether a prima facie case has been made out under s. 180 of the Criminal Procedure Code (and this would apply to a trial under s. 173 of the Code) is that as encapsulated in the judgment of Hashim Yeop Sani FJ (as he then was) in Dato' Mokhtar Hashim & Anor v. PP [1983] 1 CLJ 138; [1983] CLJ (Rep) 721) HC p. 152 (p. 752 g): …. …. It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal”.
14
Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan iaitu Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 yang menyatakan; The phrase"prima facie case"is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established.
15
Disamping itu, mahkamah juga merujuk kepada panduan yang dinyatakan di dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457. Iaitu; [15] For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:-
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is "Yes", then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is "No" then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263.
16
Justeru itu, selaras dengan prinsip yang ditekankan di dalam kes-kes yang dirujuk di atas, adalah menjadi tanggungjawab mahkamah untuk menilai semua keterangan yang ada termasuk kredibiliti saksi yang hadir memberikan keterangan secara "maximum evaluation". Setelah penilaian maksimum dibuat dan sekiranya mahkamah berpuas hati bahawa elemen pertuduhan telah berjaya dibuktikan maka, prima facie kes telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
17
Di dalam kes ini, OKT telah dituduh dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 12(2) di hukum di bawah Seksyen 39(A)(1) ADB. Bagi membuktikan pertuduhan ini, pihak Pendakwaan perlu membuktikan dua elemen pertuduhan iaitu; a) Dadah tersebut merupakan dadah jenis Methamphetamine sepertimana yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan berat melebihi had yang dinyatakan di dalam Seksyen 39A(1) ADB; dan b) Dadah tersebut berada di bawah kawalan Tertuduh.
18
Bagi elemen pertama pertuduhan, mahkamah berpuas hati bahawa berdasarkan kepada Laporan Kimia bernombor 23-FR-D- 00802 (Ekshibit P26) jelas menunjukkan bahawa barang-barang kes dadah yang dirampas mengandungi dadah jenis Methamphetamine dengan berat bersih 9.10 gram. Berat bersih Methamphetamine di dalam pil-pil yang dirampas ini telah melepasi had yang ditetapkan di bawah Seksyen 39A(1) ADB.
19
Dalam kes ini, pihak pembelaan tidak mengemukakan notis di bawah Seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah kepada pihak pendakwaan untuk ahli kimia hadir memberikan keterangan. Oleh itu, Mahkamah berpandangan bahawa laporan kimia P26 ini, boleh diterima sebagai keterangan bagi menentukan nilai berat dadah bagi kesemua barang kes yang dirampas ini. Laporan kimia pada pandangan mahkamah boleh diterima sebagai keterangan yang kukuh di mahkamah memandangkan tiada cabaran dikemukakan oleh pihak pembelaan berkenaan dapatan laporan kimia ini.
20
Mahkamah seterusnya merujuk kepada kes BALACHANDRAN A/L SELVARATNAM V PP [2005] 1 CLJ 85 dan MUNUSAMY V PP [1987] 1 CLJ (REP) 221 yang telah memutuskan bahawa keterangan daripada ahli kimia harus diterima oleh mahkamah “at face value” melainkan ianya “inherently incredible” atau pihak pembelaan mengemukakan saksi pakar yang lain untuk mencabarnya. Di dalam kes ini, pada hemah dan taakulan mahkamah, keterangan yang dikemukakan melalui laporan kimia ini boleh diterima sebagai keterangan yang utuh apatah lagi tiada keterangan lain yang dikemukakan oleh pihak Tertuduh untuk mencabar P26 tersebut. Oleh itu, mahkamah berpuas hati bahawa barang kes yang dirampas tersebut mengandungi dadah jenis methamphetamine seberat 9.10 gram. Atas alasan-alasan ini mahkamah berpandangan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pertama pertuduhan.
21
Seterusnya berkenaan dengan elemen kedua pertuduhan, pada pandangan mahkamah, saksi yang memainkan peranan penting dalam membuktikan milikan dadah oleh Tertuduh ialah SP1 kerana dia merupakan pegawai serbuan dan tangkapan di dalam kes ini.
22
Daripada keterangan SP1, dia menyatakan bahawa semasa serbuan dilakukan, dia telah menyerbu masuk ke rumah Tertuduh dan Tertuduh telah melarikan diri. Setelah berjaya ditangkap, SP1 tidak menjumpai apa-apa barang salah pada badan Tertuduh setelah pemeriksaan dijalankan. Namun setelah memberikan kata-kata amaran di bawah Seksyen 37B Akta Dadah Berbahaya, SP1 telah meminta Tertuduh untuk memberikan kerjasama dan menyoal siasat Tertuduh. Hasil soal siasat tersebut, Tertuduh telah membawa SP1 ke luar rumah dan menunjukkan saru rak Kasut. Tertuduh seterusnya membuka rak tersebut dan mengeluarkan kasut sebelah kanan. Hasil pemeriksaan ke atas kasut tersebut oleh SP1 telah menjumpai dadah yang dirampas di dalam kes ini.
23
Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa tindakan Tertuduh ini adalah keterangan yang relevan di bawah Seksyen 8 dan Seksyen 27 Akta Keterangan. Pendakwaan menghujahkan bahawa tindakan Tertuduh yang melarikan diri dan mampu memberikan secara spesifik berkenaan jenis dadah, kedudukan dadah tersebut disimpan, bilangan plastik, dan jumlah pil-pil yang ada menunjukkan Tertuduh mempunyai pengetahuan dan kawalan ke atas dadah tersebut (Kes Siew Yoke Keong vs PP [2013] 4 CLJ 149 telah dirujuk oleh pihak pendakwaan).
24
Pihak pembelaan pula menghujahkan bahawa dadah yang dirampas tidak dijumpai bersama Tertuduh malahan tempat di mana barang tersebut dijumpai juga adalah tempat yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja memandangkan rak kasut tersebut tidak berkunci. SP3 juga mengesahkan berkenaan fakta ini. Selain itu, peguambela juga menghujahkan bahawa keterangan yang ada untuk mengaitkan Tertuduh dengan dadah yang dirampas ialah keterangan daripada SP1, catatan soalan dan jawapan antara SP1 dan tertuduh sebagaimana ekshibit P5, serta laporan polis Kuala Krai 670/23 (ekshibit P2) iaitu catitan semula maklumat yang diperolehi daripada ekshibit P5.
25
Namun pihak pembelaan menghujahkan bahawa semua keterangan ini tidak harus diterima oleh mahkamah memandangkan ianya bertentangan antara satu sama lain. Peguambela menghujahkan bahawa semasa memberikan keterangan di mahkamah, SP1 menyatakan dia telah memberikan kata-kata amaran kepada Tertuduh sebelum menyoal siasat Tertuduh. Namun berdasarkan repot Kuala Krai 670/23, SP1 telah membuat soal siasat terlebih dahulu sebelum memberikan kata-kata amaran kepada tertuduh.
26
Peguambela juga menghujahkan bahawa penerimaan ekshibit P5 dan P2 ini adalah tertakluk kepada pematuhan kepada peruntukan Subseksyen 37B(1)(b) ADB yang memperuntukkan satu amaran statutori mesti diberikan kepada Tertuduh terlebih dahulu sebelum apa-apa pernyataan boleh diterima sebagai keterangan. Memandangkan terdapat perbezaan antara keterangan lisan dan juga keterangan dokumentar berkenaan bilakah kata-kata amaran ini diberikan, maka timbul andaian bahawa pernyataan berkenaan dadah tersebut dibuat sebelum atau selepas kata-kata amaran diberikan.
27
Mahkamah telah meneliti keterangan-keterangan yang diberikan dan memutuskan bahawa terdapat pencanggahan di dalam keterangan lisan dan keterangan dokumentar oleh SP1. Berikut diperturunkan salinan daripada laporan polis yang dibuat oleh SP1 “……Saya bersama D/Kpl 153996,, 167647, D/Lkpl 194129, L/Kpl198362 dan Konst 202109 telah jalankan soal siasat ke atas Penama (Shahril Zharif bin Abdul Malik (No. KP: 030206-14- 0453) dan hasilnya menunjukkan tanda positif, kemudian saya telah bacakan kata-kata amaran di bawah Seksyen 37B(1)(B) ADB 1952…….”
28
Di dalam keterangan lisannya pula, dia menyatakan sebagaimana berikut; “…Selepas lelaki itu digari, pemeriksaan butiran pengenalan diri dijalankan, serta pemeriksaan tubuh badan dijalankan, saya memberi kata-kata amaran kepada lelaki tersebut untuk menjalankan pemeriksaan lanjut untuk mengesan barang salah”.
29
Daripada keterangan-keterangan ini jelas menunjukkan bahawa terdapat dua versi berkenaan kata-kata amaran yang diberikan oleh SP1 iaitu, ianya diberikan selepas SP1 menyoal siasat Tertuduh (sebagaimana dinyatakan di dalam laporan polis) dan kedua, kata-kata amaran diberikan sebelum soal siasat diberikan (sebagaimana keterangan lisan SP1 di mahkamah). Memandangkan wujud dua inferen daripada keterangan ini, maka inferen yang memihak kepada tertuduh harus dipilih oleh mahkamah iaitu maklumat berkenaan dadah tersebut adalah diperolehi sebelum kata-kata amaran tersebut diberikan. Oleh itu mahkamah berpandangan pernyataan yang diberikan Tertuduh ini tidak harus diterima oleh mahkamah (kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 adalah dirujuk).
30
Jika sekalipun mahkamah menerima bahawa maklumat tersebut diperolehi setelah kata-kata amaran diberikan, mahkamah perlu menilai sama ada kata-kata amaran tersebut telah dijelaskan dengan baik kepada Tertuduh dan Tertuduh faham kesan kepada kata-kata amaran tersebut. Mahkamah merujuk kepada kes PP v Tiong Wee Kiat [2018] 7 CLJ 716. Di dalam kes ini, Mahkamah Rayuan telah memutuskan sebagaimana berikut [41] We find that the learned trial judge did not err in this respect given that there was no evidence of what caution was read and from where it was read. There was no evidence of the exact words of the caution, and neither was there evidence that the caution was explained and if explained, what was the explanation like (refer to Ngu Chee Wui v. PP [2015] 9 CLJ 562). A mere reading of the caution would not be sufficient. The consequences of the caution must be explained to the accused as the implication of the answers given after the caution is read is very crucial and can incriminate the accused person (refer to PP v. Mohd Fuzi Wan Teh & Anor [1989] 2 CLJ 652; [1989] 2 CLJ (Rep) 341).
31
Mahkamah Rayuan di dalam kes di atas telah menyatakan bahawa sekadar membaca kata-kata amaran adalah tidak mencukupi. Sebaliknya kesan kepada kata-kata amaran itu hendaklah diterangkan kepada tertuduh kerana ia mempunyai kesan untuk menunjukkan kebersalahan tertuduh.
32
Di dalam kes ini, daripada keterangan yang diberikan oleh SP1, tiada keterangan yang menunjukkan bahawa tertuduh telah diterangkan kesan kepada kata-kata amaran yang diberikan. Walaupun SP1 ada menyatakan bahawa dia telah menjelaskan kepada Tertuduh dalam dialek Kelantan, namun tiada keterangan yang menunjukkan SP1 telah menjelaskan kesan kata-kata amaran itu kepada Tertuduh. Oleh itu pada pandangan mahkamah, catatan tulisan tangan (P5), dan laporan polis Kuala Krai repot 670/23 (P2) adalah tidak mencukupi untuk menunjukkan tertuduh faham akan kesan kata-kata amaran tersebut kepadanya sekiranya dia memberikan apa-apa kenyataan kepada SP1. Oleh itu, mahkamah berpandangan adalah tidak selamat untuk mahkamah menerima keterangan-keterangan ini.
33
Berkenaan dengan hujahan oleh pihak pendakwaan bahawa perbuatan dan kenyataan oleh Tertuduh adalah relevan di bawah Seksyen 8 dan Seksyen 27 Akta Keterangan. Mahkamah merujuk kepada kes PP vs Intan Zureanna Rosli [2024] CLJU 2924 di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan sebagaimana berikut; “Although such outward conduct of the accused is a relevant fact pursuant to section 8(2) of the Evidence Act 1950 (EA/Act 56) and the information procured and received from the accused leading to discovery of the impugned drug is admissible proof under section 27 of the EA, it has to cross the pivotal hurdle of compliance with section 37B (1) (b) of the DDA which affords formidable protection to the accused and shields her from abuse of power by the raiding party. One of such protection is that, as she was under arrest and physical restraint by the raiding party, any statement, be it verbal or in writing, has to precede a caution. It is mandated by the law. The caution to be administered prior to her statement or conduct, will assure her that she could remain silent and not tell anything to the raiding officer” For section 27 of the EA to fit into its place, it is salutary that the accused had given information to the police which led to the discovery of the drugs. Before reception of the said information as evidence in court, the requisite caution pursuant to section 37B (1)(b) of the DDA must have been properly administered. That would ensure credibility and probity of the said evidence which is in fact received against the accused. To reiterate, it is also to avoid reception of such information as evidence, which was vulnerable to abuse by the police cum raiding officer. (See Pang Chee Meng v. PP [1992] 1 CLJ 39)”.
34
Mahkamah berpandangan kes yang dirujuk oleh pihak pendakwaan (Siew Yoke Keong vs PP) adalah dibezakan dengan kes di hadapan mahkamah ini kerana di dalam kes tersebut, tiada mana-mana keterangan yang berkait dengan kata-kata amaran di bawah Subseksyen 37B(1)(a) ADB. Sedangkan dalam kes ini, terdapat laporan polis (Kuala Krai 670/23 – P2) dan catatan tulisan tangan (P5) yang jelas mengaitkan keterangan diperolehi dibawah Subseksyen 37B(1)(a) ADB sebagaimana di dalam kes PP vs Intan Zureanna Rosli, supra.
35
Oleh itu walaupun perbuatan dan kenyataan Tertuduh adalah relevan di bawah Seksyen 8 dan 27 Akta Keterangan, ianya masih perlu mematuhi kehendak amaran statutori di bawah Subseksyen 37B(1)(a) ADB. Memandangkan mahkamah memutuskan bahawa amaran statutori yang diberikan oleh SP1 tidak mematuhi keperluan undang-undang yang ditetapkan, maka pada pendapat mahkamah, Seksyen 8 dan Seksyen 27 juga tidak boleh digunapakai oleh mahkamah. Ini merupakan satu bentuk perlindungan yang diberikan oleh undang-undang untuk mengelakkan salah guna kuasa di pihak pasukan serbuan dan ianya wajar .
36
Mahkamah juga berpandangan, memandangkan saksi pendakwaan telah bergantung kepada Subseksyen 37B ADB di dalam kes ini, maka adalah tidak wajar bagi pihak pendakwaan untuk menggunapakai Seksyen 8 dan 27 Akta Keterangan bila mana kehendak statutori di bawah Subseksyen 37B ADB gagal dipatuhi oleh saksi pendakwaan. Ini secara tidak langsung meletakkan beban yang berat kepada pihak tertuduh untuk membela diri ke atas pertuduhan, sedangkan di dalam kes pendakwaan jenayah, beban pembuktian adalah terletak di bahu pihak pendakwaan.
37
Setelah mahkamah membuat penilaian yang maksimum terhadap keterangan-keterangan yang diberikan sepertimana yang ditetapkan oleh prinsip undang-undang yang mantap (LOOI KOW CHAI & ANOR V PP [2003] 1 CLJ 734, BALACHANDRAN V PP [2005] 1 CLJ 85 dan PP v MOHD RADZI B ABU BAKAR [2006] 1 CLJ 457 dirujuk), mahkamah mendapati wujudnya keraguan-keraguan di dalam kes pendakwaan, Oleh itu, pada taakulan dan hemah mahkamah ini, pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan prima facie kes bagi pertuduhan di bawah Seksyen 12(2) yang di hukum di bawah Seksyen 39(A)(1) ADB ke atas. Berdasarkan alasan-alasan di atas maka, mahkamah ini memutuskan bahawa Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan tanpa dipanggil untuk membela diri dan wang jaminan dikembalikan.
38
Sekian, untuk pertimbangan YA Dato’ dan tuan/puan. TPR : Siti Aiysha Na’ilah binti Harizan, (Mengambil alih daripada TPR sebelum ini) TPR Negeri Kelantan PEGUAMBELA : Muhammad Khairul Azwan bin Azhan, Tetuan Afiq Aziz & Co Disediakan oleh
22
22.
6
6.2025
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.