Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR [CB-83D-230-01/2023] [CB-83D-231-01/2023] PENDAKWA RAYA LAWAN ZUNAIDI BIN ISMAIL NO. K/P: 770415-06-5537 ALASAN PENGHAKIMAN
CB-83D-230-01/2023
Magistrates Court of Malaysia9 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Chai v. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa: “…the correct test to be applied in determining whether a prima facie case has been made out under s. 180 of the Criminal Procedure Code (and this would apply to a trial under s. 173 of the Code) is that as encapsulated in the judgment”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.”.”
“60. Dalam kes PP v. Ling Tee Huah [1980] CLJU 212; [1980] 1 LNS 212; [1982] 2 MLJ 326, Yusoff Mohamed H telah memutuskan: “A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution's evidence is not sufficient.””
“24. Dalam kes Pendakwa Raya lwn. Panizan Bin Sunan Achyari [2010] MLJU 378, Mohd. Zawawi Salleh, J telah menyatakan seperti berikut: S/N DnpiQ2a2q0WpLtpnLWz3wA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 “Beg plast”
“. Faktor-faktor yang seharusnya dipertimbangkan oleh mahkamah semasa menjatuhkan hukuman telah dirumuskan oleh kes Mahkamah Rayuan dalam Public Prosecutor v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] 1 LNS 864; [2017] MLJU 958 yang menyatakan: S/N DnpiQ2a2q0WpLtpnLWz3wA **Note : Serial number will be used to verify the originalit”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR [CB-83D-230-01/2023] [CB-83D-231-01/2023] PENDAKWA RAYA LAWAN ZUNAIDI BIN ISMAIL NO. K/P: 770415-06-5537 ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tertuduh dalam kes ini telah dituduh dengan tiga pertuduhan di bawah subseksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”) (1 daripadanya yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39A(1) ADB) kerana memiliki dadah berbahaya jenis heroin, methamphetamine serta monoacetylmorphines dan satu pertuduhan di bawah subseksyen 6 ADB kerana memiliki dadah berbahaya jenis cannabis. Keempat-empat pertuduhan adalah seperti berikut: S/N DnpiQ2a2q0WpLtpnLWz3wA [No. Kes CB-83D-230-01/2023] Pertuduhan Pertama BERBAHAYA JENIS HEROIN BERAT BERSIH 0.29 GRAM. DENGAN ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 12(2) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 12(3) AKTA YANG SAMA.” Pertuduhan Kedua BERBAHAYA JENIS METHAMPHETAMINE BERAT BERSIH 19.92 GRAM. DENGAN ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 12(2) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 39A(1) AKTA YANG SAMA.”
18
BERBAHAYA JENIS CANNABIS BERAT BERSIH 52 GRAM. DENGAN ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 6 AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 6 AKTA YANG SAMA.” [No kes: CB-83D-231-01/2023] BAHAWA KAMU PADA 16 HB SEPTEMBER 2022 JAM LEBIH KURANG PUKUL 10.45 MALAM, DI RUMAH NO. 517 FELDA PURUN, DALAM DAERAH BERA, DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, TELAH DIDAPATI DALAM MILIKAN KAMU DADAH BERBAHAYA JENIS MONOACETYLMORPHINES BERAT BERSIH 0.21 GRAM. DENGAN ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN DI BAWA SEKSYEN 12(2) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 12(3)
2
Tertuduh tidak mengaku salah terhadap semua pertuduhan dan telah mohon untuk dibicarakan.
3
Berdasarkan perenggan 173(h)(i) Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”), mahkamah seharusnya memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh. Perenggan 173(h)(i) KTJ juga memperuntukkan bahawa beban pembuktian pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan adalah suatu kes prima facie. Perenggan 173(h)(iii) KTJ selanjutnya menjelaskan bahawa satu kes prima facie wujud apabila bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan mewajarkan satu sabitan kes atas Tertuduh sekiranya tidak disangkal oleh Tertuduh. Sekiranya kes prima facie dibuktikan oleh pihak pendakwaan, maka Tertuduh akan dipanggil untuk membela diri.
4
Di dalam kes Looi Kow Chai v. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa: “…the correct test to be applied in determining whether a prima facie case has been made out under s. 180 of the Criminal Procedure Code (and this would apply to a trial under s. 173 of the Code) is that as encapsulated in the judgment of Hashim Yeop Sani FJ (as he then was) in Dato' Mokhtar bin Hashim & Anor v. Public Prosecutor [1983] 1 CLJ 138 ... It therefore follows that there is only S/N DnpiQ2a2q0WpLtpnLWz3wA one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal.”.
5
Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Augustine Paul HMR telah mengikut autoriti yang diketengahkan di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734 dan selanjutnya menyatakan seperti yang berikut: “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal... The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means S/N DnpiQ2a2q0WpLtpnLWz3wA that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established... The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out.”.
6
Langkah-langkah yang harus diambil oleh mahkamah pada akhir kes pendakwaan juga telah disimpulkan di dalam kes PP v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, yang mana Mahkamah Persekutuan telah menyatakan seperti yang berikut: “For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or S/N DnpiQ2a2q0WpLtpnLWz3wA more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is "Yes", then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is "No" then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ 263.”.
7
Oleh itu, berdasarkan prinsip-prinsip di atas, pada tahap ini, Mahkamah ini akan menimbangkan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh atau tidak.
8
Pihak pendakwaan telah memanggil sebanyak 5 orang saksi dalam kes ini iaitu: SP1: D/Sjn Md Aidi bin Mat Bulon – Jurufoto SP2: Encik Mohd Shahir bin Zakaria – Ahli Kimia S/N DnpiQ2a2q0WpLtpnLWz3wA SP3: D/L/Kpl Muhammad Syafiq bin Samad – Penjaga Stor Encik Mohd Shahir bin Zakaria – Ahli Kimia SP4: ASP Mohd Ana Afendi bin Ibrahim – Pegawai Tangkapan dan Serbuan SP5: Sjn Khairul Anuar bin Ibrahim – Pegawai
9
SP4 di dalam keterangannya telah menyatakan bahawa pada 16 September 2022 jam lebih kurang 10.45 p.m., beliau bersama-sama anggota-anggota operasi telah membuat serbuan rumah di No 517 Felda Purun, Bera, Pahang (selepas ini disebut sebagai “rumah tempat kejadian”). Sebelum itu, pemerhatian selama 10 minit dibuat dan dalam masa tersebut tiada orang yang keluar masuk daripada rumah tempat kejadian.
10
Semasa serbuan, pintu hadapan rumah tempat kejadian didapati dalam keadaan terbuka. SP4 bersama anggota-anggota serbuan masuk ke rumah tempat kejadian melalui pintu hadapan dan tahan Tertuduh yang sedang baring di atas sofa bertempat duduk tiga (“sofa 3-seater”) di ruang tamu bahagian kiri rumah tempat kejadian.
11
SP4 memperkenalkan diri sebagai pegawai polis, menunjukkan kad kuasa polis dan meminta kad pengenalan daripada Tertuduh.
12
Pemeriksaan di atas sofa 3-seater di mana Tertuduh baring telah menjumpai 1 beg pinggang berzip warna hitam jenama GIVI (“P20”) di dalamnya mengandungi: a. 2 paket plastik lutsinar berisi serbuk/ketulan warna keputihan disyaki dadah jenis heroin (“P11a” & “P11b”), b. 1 straw lutsinar warna hijau berisi serbuk/ketulan warna keputihan disyaki dadah jenis heroin (“P11c”), c. 1 straw warna warna hijau berisi serbuk/ketulan disyaki jenis heroin (“P11d”), d. 2 paket plastik lutsinar berisi tumbuhan mampat disyaki dadah jenis ganja (“P13a” & “P13b”), e. 1 paket plastik lutsinar (“P15a”) di dalamnya mengandungi 10 plastik lutsinar berisi serbuk/ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu (“P15b” hingga “P15k”), dan f. 1 straw lutsinar warna hijau berisi serbuk/ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu (“P15l”). (kandungan P20 selepas ini disebut sebagai “barang kes dadah”)
13
SP4 menyatakan bahawa jarak antara P20 yang mengandungi barang kes dadah dan Tertuduh adalah dekat dan berhampiran. Reaksi Tertuduh juga dalam keadaan terkejut semasa serbuan.
14
Kesemua barang kes dirampas dan tangkapan dibuat terhadap Tertuduh. Satu borang senarai geledah (“P21”) dikeluarkan oleh
15
Tertuduh serta semua barang yang dirampas dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Bera (“BSJNDB”).
16
Di BSJNDB, barang kes dadah ditanda dan ditimbang oleh SP4. Laporan polis Bandar 32/711/22 (“P1”) dibuat oleh SP4. Tertuduh bersama semua barang kes yang berkaitan kemudiannya diserahkan kepada SP5. SP5 menyimpan barang kes dadah di dalam almari besi di dalam bilik beliau yang mana hanya beliau mempunyai kunci.
17
Pada 20 September 2022, barang kes dikeluarkan daripada almari besi di dalam bilik SP5 dan diberikan kepada SP3 untuk tujuan simpanan. Pada 20 September 2022 iaitu hari yang sama, barang kes dadah diambil kembali oleh SP5 untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia. SP5 meletakkan barang kes dadah ke dalam almari besi beliau untuk disimpan sementara dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia. Pada 21 September 2022, SP5 telah menghantar barang kes dadah ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa.
18
Barang kes dadah kemudiannya dianalisa oleh SP2 dan hasil analisa adalah barang kes dadah mengandungi 0.29 gram heroin, 19.92 gram methamphetamine, 18.52 gram cannabis dan
0
0.21 gram monoacetylmorphines. SP2 melaporkan penemuan ini di Laporan Kimia (“P17”).
19
KES PADA AKHIR KES PENDAKWAAN Dalam kes ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan: a. Barang kes dadah yang dijumpai berada dalam milikan Tertuduh; dan b. Barang kes dadah yang dirampas adalah barang yang tersenarai sebagai dadah berbahaya dalam Jadual Pertama, ADB (untuk pertuduhan-pertuduhan di bawah subseksyen 12(2) ADB) dan cannabis (untuk pertuduhan di bawah seksyen 6 ADB) DAPATAN MAHKAMAH AKHIR KES PENDAKWAAN A. Barang kes dadah yang dijumpai berada dalam milikan
20
Abdul Aziz Mohamad HMP dalam kes Mahkamah Persekutuan PP v. Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 telah menjelaskan prinsip mantap bahawa untuk membuktikan elemen milikan, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa tertuduh mempunyai kawalan (“control”) atau jagaan (“custody”) dan juga pengetahuan (“knowledge”) terhadap sesuatu barang tersebut.
21
Kes Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] 1 LNS 17 menyatakan juga seperti berikut berkenaan milikan: S/N DnpiQ2a2q0WpLtpnLWz3wA ““Possession” itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen’s Digest (9th Ed), p 304): “A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.” To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case.”
22
Berkenaan elemen pengetahuan, kes Mahkamah Rayuan dalam kes Pendakwa Raya v. Lim Chsung Meng & Anor [2015] 1 LNS 1226 menyatakan seperti berikut: “Knowledge refers to a mental state of awareness of a fact. Since courts cannot penetrate the mind of an accused and thereafter state its perceptions with certainty, resort to other evidence is necessary. Animus possidendi, as a state of mind, may be determined on a case-to-case basis by taking into consideration the surrounding circumstances. (See Ong Ah Chuan v P.P [1981] 1 MLJ 64; P.P v Mohd Farid bin Mohd Sukis & Anor [2002] 3 MLJ 401; Surentheran Selvaraja v P.P [2005] 2 CLJ 264].”
23
Tertuduh telah ditahan ketika berada di atas sebuah sofa 3- seater. Di atas sofa tersebut berdekatan Tertuduh pula dijumpai P20 yang di dalamnya mengandungi barang kes dadah. Hanya beliau seorang sahaja yang berada di atas sofa tersebut. Ini menunjukkan Tertuduh boleh disifatkan sebagai “has the power to deal with it as owner to the exclusion of all others, and when the circumstances are such he may be presumed to intend to do so in case of need”.
24
Dalam kes Pendakwa Raya lwn. Panizan Bin Sunan Achyari [2010] MLJU 378, Mohd. Zawawi Salleh, J telah menyatakan seperti berikut: S/N DnpiQ2a2q0WpLtpnLWz3wA “Beg plastik yang mengandungi dadah tersebut adalah besar saiz dan bentuknya (lihat gambar di Ekshibit di P7A) serta berada “in plain view” Tertuduh. Beg plastik yang mengandungi dadah berbahaya itu juga berada dalam jangkauan tangan Tertuduh (“The drugs were within his reach”). Justeru, adalah tidak munasabah Tertuduh tidak mempunyai kawalan (‘control’) dan jagaan (‘custody’) terhadapnya.” (penekanan ditambah)
25
Serupa juga dengan kes di hadapan Mahkamah ini, Tertuduh berada berdekatan P20 yang mengandungi barang kes dadah. Barang kes dadah boleh dikatakan berada dalam jangkauan tangan Tertuduh. Ini membuktikan bahawa Tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan terhadap barang kes dadah tersebut.
26
Bagi elemen pengetahuan, anggapan di bawah subseksyen 37(d) ADB terpakai. Reaksi Tertuduh dalam keadaan terkejut juga boleh membawa kepada inferens bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan terhadap barang kes dadah yang dijumpai.
27
Berdasarkan kepada keterangan-keterangan ini, Mahkamah ini mendapati bahawa barang-barang yang dijumpai dimiliki oleh Tertuduh. Mahkamah ini memutuskan bahawa Tertuduh mempunyai kuasa untuk mengendalikan barang kes dadah sebagai pemilik dengan pengecualian orang-orang lain. S/N DnpiQ2a2q0WpLtpnLWz3wA B. Barang-barang yang dirampas adalah cannabis (untuk pertuduhan di bawah seksyen 6 ADB) dan barang-barang yang tersenarai sebagai dadah berbahaya dalam Jadual Pertama, ADB
28
Keterangan oleh SP2 dan P17 membuktikan elemen kedua dan bahawa barang kes dadah adalah cannabis dan barang yang tersenarai sebagai dadah berbahaya dalam Jadual Pertama, ADB. SP2 memberikan keterangan bahawa hasil analisa barang kes dadah adalah P11a, P11b, P11c dan P11d mengandungi 0.29 gram heroin dan 0.21 gram monoacetylmorphines, P13a dan P13b 18.52 gram cannabis serta P15b hingga P15l mengandungi 19.92 gram methamphetamine.
29
Heroin, monoacetylmorphines dan methamphetamine tersenarai sebagai dadah berbahaya dalam Jadual Pertama, ADB.
30
Mahkamah ini juga memutuskan kesinambungan rantaian barang kes di dalam kes ini adalah tidak terputus berdasarkan keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan.
31
Setelah mendengar pemeriksaan saksi-saksi yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan serta mempertimbangkan kredibiliti mereka, mendengar dan mempertimbangkan hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, serta mempertimbangkan isu-isu yang dikemukakan oleh pihak pembelaan sepanjang kes S/N DnpiQ2a2q0WpLtpnLWz3wA pendakwaan, Mahkamah ini berpuas hati bahawa elemen-elemen untuk 3 kesalahan di bawah subseksyen 12(2) ADB (1 daripadanya yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39A(1) ADB) dan seksyen 6 ADB telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap pertuduhan yang dipertuduhkan terhadap Tertuduh setelah membuat penilaian secara maksima terhadap keterangan-keterangan yang dikemukakan yang mana:
a
Barang kes dadah yang ditemui di dalam P20 berdekatan dengan Tertuduh di mana beliau baring telah membuktikan bahawa Tertuduh mempunyai milikan terhadap barang kes dadah; dan
b
Barang kes dadah disahkan sebagai 0.29 gram heroin dan 0.21 gram monoacetylmorphines, 18.52 gram cannabis serta 19.92 gram methamphetamine.
32
Dengan itu, Mahkamah ini telah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh dan memanggil Tertuduh untuk membela diri.
33
Setelah Mahkamah ini memberikan keputusan di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah membaca dan menerangkan kepada Tertuduh berkenaan tiga pilihan yang boleh dibuat oleh Tertuduh sepertimana yang terkandung dalam subseksyen 173(ha) KTJ iaitu: i. untuk memberikan keterangan bersumpah dalam kandang saksi; S/N DnpiQ2a2q0WpLtpnLWz3wA ii. untuk memberikan pernyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh; atau iii. untuk berdiam diri.
34
Tertuduh dalam kes ini telah memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi.
35
Pihak pembelaan telah memanggil 2 saksi iaitu Tertuduh sendiri dan isteri Tertuduh (“SD2”).
36
Secara ringkasnya, Tertuduh memberikan keterangan bahawa P20 yang mengandungi barang kes dadah bukan miliknya.
37
Tertuduh menyatakan rumah tempat kejadian adalah rumah ibu beliau dan Tertuduh tidak tinggal di rumah tersebut. Tertuduh hanya datang ke rumah tempat kejadian pada jam 9.30 p.m. hari kejadian bersama isteri dan anak-anaknya.
38
Setibanya di rumah tersebut, Tertuduh berasa letih dan telah tidur di sofa 3-seater. Tidak lama kemudian, Tertuduh dikejutkan dari tidur oleh seorang anggota polis secara tiba-tiba. Tertuduh mengegaskan bahawa P20 dijumpai di kerusi sofa bertempat duduk dua (“sofa 2-seater”) lain dan bukannya di sofa 3-seater di mana beliau baring.
39
Tertuduh juga menyatakan bahawa rumah tempat kejadian tidak berkunci dan terdapat ramai orang yang “mengakses” rumah S/N DnpiQ2a2q0WpLtpnLWz3wA tersebut dan kebiasaanya orang ramai akan keluar masuk rumah tersebut. Penama memberikan satu senarai 5 penama lelaki dengan nama penuh dan nombor kad pengenalan sebagai orang lain yang berada di rumah tempat kejadian sebelum ketibaan Tertuduh di tempat kejadian. Selain itu, Tertuduh menyatakan bahawa sebelah rumah tempat kejadian merupakan kedai makan.
40
Tertuduh juga mengemukakan satu laporan polis yang mana kandungannya adalah lebih kurang sama dengan pembelaan beliau di mahkamah untuk menyokong keterangan beliau. Laporan polis tersebut dibuat selepas menerima dokumen daripada pihak pendakwaan untuk perbicaraan selepas dituduh di mahkamah (“P23”).
41
Akhirnya, Tertuduh juga tidak mengemukakan apa-apa keterangan yang menunjukkan bahawa beliau diberi kuasa untuk memiliki, menyimpan atau mengawal barang kes dadah di bawah ADB atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
42
Keterangan SD2 secara ringkasnya hanya mengulangi apa dinyatakan oleh Tertuduh iaitu bahawa Tertuduh dan SD2 tidak tinggal di rumah tempat kejadian serta beg tersebut dijumpai di sofa 2-seater dan bukan milik suami beliau. Beliau juga membuat laporan polis pada masa yang sama Tertuduh membuat laporan polis beliau (“P24”)
43
Susulan daripada SD2 memberikan keterangan sebegitu, pihak pendakwaan telah memulakan prosiding untuk mencabar kebolehpercayaan (“impeachment proceedings”) terhadap SP3.
44
Satu rakaman percakapan dalam pemeriksaan yang diambil daripada SD2 oleh Pegawai Perakam (“SP-A”) telah ditunjukkan kepada kepada SD2 serta dikemukakan kepada mahkamah untuk dibaca. Rakaman percakapan dalam pemeriksaan ini ditandakan sebagai P-A.
45
Dalam P-A, terdapat kenyataan daripada SP3 yang menyatakan Tertuduh dan SD2 sekeluarga duduk di rumah tempat kejadian. Selain itu, juga terdapat rakaman yang menyatakan P20 adalah beg milik Tertuduh dan Tertuduh selalu pakai beg tersebut untuk ke mana-mana apabila keluar rumah. Terdapat rakaman percakapan juga yang mana SD2 menyatakan tidak tahu siapa yang selalu datang ke rumah rumah tempat kejadian. Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan P-A jika dibandingkan dengan keterangan yang diberikan di mahkamah ini adalah bercanggah. Percanggahan ini juga adalah material.
46
Sewaktu ditunjukkan dan dibacakan bahagian yang bercanggah di P-A, SD2 bertegas bahawa tidak pernah memberikan kenyataan sebegitu malah juga manyatakan tidak pernah memberikan apa-apa rakaman percakapan dalam pemeriksaan.
47
Oleh itu, satu perbicaraan dalam perbicaraan dimulakan dan SP-A sebagai pegawai perakam P-A dipanggil untuk memberikan S/N DnpiQ2a2q0WpLtpnLWz3wA keterangan berkenaan pengambilan P-A. SP-A menyatakan bahawa beliau ada mengambil keterangan daripada SD2 di hadapan rumah tempat kejadian di kawasan beranda rumah. SP-A ada membaca kandungan P-A kembali kepada SD2. SP-A menyatakan bahawa SP3 ada menandatangani setiap muka surat di P-A.
48
Selepas SP-A dilepaskan dan dibebaskan, SP3 naik ke kandang saksi semula dan diberikan peluang menjelaskan kenyataan yang bercanggah dalam P-A. Apabila ditunjukkan dan ditanya berkenaan percanggahan tersebut, SD2 hanya bertegas bahawa beliau tidak diambil apa-apa rakaman percakapan dalam pemeriksaan. Beliau juga menyatakan bahawa tandatangan dalam P-A juga bukan merupakan tandatangan beliau.
49
Mahkamah Agong dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ (Rep) 311; [1991] 3 MLJ 169 telah menjelaskan seperti berikut: “To earn an acquittal, the court may not be convinced of the truth of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the court to be convinced that the defence version is true, in which case the court must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the court to conclude that the defence S/N DnpiQ2a2q0WpLtpnLWz3wA story is false or not convincing, but in that instance, the court must not convict until it asks a further question, that even if the court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority of judges rightly prefer to adopt straightaway the legally established 'reasonable doubt' test, rather than to delve in the 'believable and convincing' test before applying the 'reasonable doubt' test.”.
50
Dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. PP [2006] 1 CLJ 857, Arifin Zakaria HMP menyatakan seperti berikut: “In our criminal law at the close of the defence case what the court needs to decide is whether the defence had succeeded to raise any reasonable doubt on the prosecution case. If the answer is in the positive then the accused person is without more entitled to his acquittal. It has to be remembered always that at no time, except in special circumstances, the burden of proof is cast on the defence: the burden rest all throughout on the prosecution to prove its case beyond any reasonable doubt. (See Mohamad Radhi bin Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311). The issue here is whether the accused had in the circumstances raised a reasonable doubt on the prosecution case.”
51
Oleh itu, adalah jelas tugas mahkamah pada tahap ini adalah untuk menentukan sama ada Tertuduh telah berjaya menimbulkan satu keraguan munasabah atau tidak.
52
Prosiding cabaran kebolehpercayaan terhadap SD2 telah dimulakan oleh pihak pendakwaan dan Mahkamah ini setelah satu perbicaraan dalam perbicaraan memutuskan bahawa cabaran kebolehpercayaan terhadap SD2 telah berjaya. Mahkamah ini memutuskan bahawa sememangnya SD2 telah memberikan rakaman percakapan dalam pemeriksaan P-A kepada SP-A walaupun telah menafikan ada memberikan keterangan sebegitu. Mahkamah ini juga tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh SD2 semasa memberikan penjelasan berkenaan percanggahan antara keterangan di mahkamah dan P-A. Oleh itu, keseluruhan keterangan SD2 tidak boleh dipertimbangkan dan diambil kira oleh Mahkamah ini. Keterangan diberikan oleh SD2 di mahkamah menjadi tidak bernilai dan dikeluarkan keseluruhannya.
53
Melihat kembali kepada keterangan Tertuduh, Tertuduh telah menyatakan bahawa beliau telah pulang ke rumah ibunya iaitu rumah tempat kejadian bersama isteri dan anak-anaknya untuk melawat ibunya hanya pada 9.30 p.m. dan kejadian serbuan berlaku tidak lama selepas itu.
54
Pada masa yang sama, Tertuduh juga telah menamakan 5 penama yang berdasarkan kepada Tertuduh “mengakses” rumah tersebut sebelum serbuan dibuat.
55
Namun begitu, Mahkamah ini mendapati Tertuduh boleh dikatakan tidak mampu mempunyai pengetahuan langsung berkenaan keadaan rumah tempat kejadian sebelum ketibaan beliau berdasarkan keterangan beliau sendiri di mahkamah.
56
Adalah tidak munasabah untuk Tertuduh sendiri yang menyatakan bahawa 5 penama tersebut berada di rumah tempat kejadian sebelum kehadiran beliau ke rumah tersebut sedangkan Tertuduh sendiri yang menyatakan bahawa terdapat orang di luar rumah tersebut dan bukannya di dalam semasa Tertuduh masuk ke rumah tempat kejadian sebelum serbuan.
57
Persoalannya ialah bagaimana pula Tertuduh boleh mengetahui dengan begitu terperinci bahawa 5 individu yang tepat tersebut berada di dalam rumah tempat kejadian sebelum serbuan berlaku?
58
Pihak pembelaan tidak mempunyai obligasi untuk memanggil kelima-lima penama yang dinamakan sebagai saksi mahupun ibu Tertuduh sebagai saksi yang mungkin berada di dalam rumah tersebut sebelum ketibaan Tertuduh. Namun begitu, dalam ketiadaan keterangan daripada mana-mana saksi yang melihat sendiri situasi rumah tempat kejadian sebelum serbuan, S/N DnpiQ2a2q0WpLtpnLWz3wA Mahkamah ini tidak yakin akan dakwaan Tertuduh bahawa kelima-lima individu tersebut berada di dalam rumah tersebut semasa serbuan berlaku. Keterangan yang diberikan oleh Tertuduh berkenaan akses kepada rumah tempat kejadian sebelum serbuan tidak diterima oleh Mahkamah ini.
59
Atas dasar ini, Mahkamah ini berpandangan keterangan yang diberikan oleh Tertuduh berkenaan isu ini adalah satu penafian kosong semata-mata.
60
Dalam kes PP v. Ling Tee Huah [1980] CLJU 212; [1980] 1 LNS 212; [1982] 2 MLJ 326, Yusoff Mohamed H telah memutuskan: “A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution's evidence is not sufficient.”
61
Mahkamah ini juga tidak mempercayai Tertuduh bahawa barang kes yang dirampas di kerusi sofa 2-seater. Ia hanyalah sekadar alasan yang mudah (“a convenient excuse”) dalam percubaan Tertuduh untuk menafikan milikan beliau terhadap barang rampasan. Laporan polis P23 yang dibuat oleh Tertuduh juga dibuat selepas dituduh di mahkamah dan boleh dikatakan dibuat sebagai satu pembelaan afterthought.
62
Dalam menilai keseluruhan kes pihak pembelaan, pertimbangan yang sewajarnya telah diberikan kepada keseluruhan pembelaan Tertuduh dan Mahkamah ini tidak mengetepikan S/N DnpiQ2a2q0WpLtpnLWz3wA pembelaan semata-mata atas alasan bahawa saksi-saksi pendakwaan harus dipercayai.
63
Berdasarkan kes Ganapathy Rengasamy v. PP [1998] 2 MLJ 557, Mahkamah ini tidak yakin akan kebenaran (“convinced of its truth”) keseluruhan pembelaan Tertuduh mahupun mendapati pembelaan yang dikemukakan berkemungkinan benar (“might reasonably be true”).
64
Berdasarkan kes Mohamad Radhi bin Yaakob v. Public Prosecutor (supra), Mahkamah ini mendapati penjelasan-penjelasan yang diberikan oleh Tertuduh tidak menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kesalahannya. Tertuduh juga tidak menyanggah anggapan di bawah subseksyen 37(d) ADB. Mahkamah ini tidak menerima atau mempercayai penjelasan pembelaan dan penjelasan tersebut tidak menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kesalahannya. Mahkamah ini juga memutuskan bahawa Tertuduh tidak mengemukakan apa-apa keterangan yang boleh secara munasabah menyangkal keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
65
Demikian, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah. Seterusnya, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah pada penutupan perbicaraan. Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan seperti dalam empat pertuduhan yang dipertuduhkan di Mahkamah ini. S/N DnpiQ2a2q0WpLtpnLWz3wA
66
Peruntukan hukuman di bawah subseksyen 12(3) ADB adalah denda tidak melebihi RM100,000.00 atau pemenjaraan tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Subseksyen 39A(1) ADB pula memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada 2 tahun tetapi tidak melebihi 5 tahun, dan dikenakan sebatan tidak kurang daripada 3 sebatan tetapi tidak melebihi daripada 9 sebatan. Seksyen 6 ADB pula memperuntukkan denda tidak melebihi RM20,000.00 atau pemenjaraan tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
67
Bagi rayuan mitigasi terhadap hukuman, peguambela Tertuduh menyatakan bahawa Tertuduh berumur 49 tahun (walaupun rekod Mahkamah menunjukkan Tertuduh berumur 48 tahun 1 bulan 25 hari pada tarikh sabitan) dan bekerja kampung di Temerloh dengan pendapatan RM800 sebulan. Tertuduh juga mempunyai 5 orang tanggungan iaitu seorang isteri, 3 orang anak yang kecil dan seorang ibu yang uzur. Peguambela Tertuduh menghujahkan bahawa Tertuduh sentiasa memberikan kerjasama dengan polis serta tidak pernah melawan polis pada bila-bila masa. Walaupun kes ini adalah satu kes bicara penuh, Tertuduh mohon hukuman yang minima dan hukuman pemenjaraan yang bakal dikenakan berjalan serentak mengambil kira faktor-faktor mitigasi yang telah dinyatakan.
68
Pihak pendakwaan pula memohon hukuman yang berat dan setimpal dijatuhkan terhadap Tertuduh sebagai pengajaran. S/N DnpiQ2a2q0WpLtpnLWz3wA Pihak pendakwaan juga mohon Mahkamah ini untuk mengambil kira faktor kepentingan awam, berat bersih barang kes dadah serta salah satu pertuduhan terhadap Tertuduh adalah di bawah seksyen 39A(1) ADB.
69
Sebelum menjatuhkan hukuman, Mahkamah ini telah merujuk kes Lim Guan Eng v. PP & Other Appeals [1998] 3 CLJ 769; [1998] 3 MLJ 14, yang mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “The principles governing sentencing have been stated on numerous occasions and we think no assistance is to be had by going through all the authorities on the subject. Suffice to say that a court should, when sentencing an accused, take into account all considerations relevant to the case, including the gravity of the offence, the circumstances surrounding the commission of the offence, the antecedents of the accused, the deterrent effect that punishment is to have, any factor that warrants special attention either in favour or against the accused and above all the public interest.”
70
Faktor-faktor yang seharusnya dipertimbangkan oleh mahkamah semasa menjatuhkan hukuman telah dirumuskan oleh kes Mahkamah Rayuan dalam Public Prosecutor v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] 1 LNS 864; [2017] MLJU 958 yang menyatakan: S/N DnpiQ2a2q0WpLtpnLWz3wA “Jurisprudence relating to sentence [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows:
a
the gravity or severity of the facts constituting the offence;
b
the circumstances in which it was committed;
c
the rampancy of such offence in the area;
d
the offender’s previous record;
e
the offender’s contribution and support to his family members;
f
the offenders means;
g
the effect of conviction and sentence on his job opportunities;
h
the age and health of the accused;
i
whether it is his first offence;
j
whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence;
k
whether the accused had pleaded guilty;
i
status of the accused;
m
whether there was violence during the crime;
n
public interest, etc.”.
71
Faktor-faktor yang disenaraikan di atas telah diambil kira oleh Mahkamah ini sebelum menjatuhkan hukuman terutamanya hukuman mengikut peruntukan undang-undang, kepentingan awam, keseriusan kesalahan, hujahan mitigasi oleh peguambela S/N DnpiQ2a2q0WpLtpnLWz3wA Tertuduh, hujahan pemberatan Timbalan Pendakwa Raya, latar belakang Tertuduh dan faktor pencegahan.
72
Kes Mahkamah Rayuan Tia Ah Leng v. PP [2004] 4 CLJ 77 juga membincangkan isu berkenaan hukuman yang memadai untuk kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah. Mokhtar Sidin HMR menyatakan seperti berikut: - “The Government and the legislature have taken very serious views in the abuse of usage of dangerous drugs. … … the Government and the legislature have taken various steps to curb drug activities and we believe that the courts should also help to curb these activities by imposing stringent punishments provided by the law.”.
73
Berdasarkan kes di atas, adalah wajar Mahkamah ini juga menjatuhkan hukuman bersifat pencegahan bagi memainkan peranan mencegah aktiviti-aktiviti penyalahgunaan dadah.
74
Mengambil kira semua faktor di atas dan bahawa pertuduhan-pertuduhan yang telah disabitkan terhadap Tertuduh merupakan kesalahan penyalahgunaan dadah berbahaya, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman seperti berikut: a. Untuk pertuduhan pertama bagi kes CB-83D-230- 01/2023 – Penjara 20 bulan; b. Untuk pertuduhan kedua bagi kes CB-83D-230-01/2023 – Penjara 45 bulan dan 4 sebatan; S/N DnpiQ2a2q0WpLtpnLWz3wA c. Untuk pertuduhan ketiga bagi kes CB-83D-230-01/2023 – Penjara 14 bulan; dan d. Untuk pertuduhan bagi kes CB-83D-231-01/2023 – Penjara 18 bulan.
75
Tempoh pemenjaraan diperintahkan untuk berjalan serentak dari tarikh sabitan. Hukuman sebatan juga diberikan untuk pertuduhan kedua bagi kes CB-83D-230-01/2023 mengambil kira bahawa Tertuduh berumur 48 tahun 1 bulan 25 hari pada tarikh sabitan. Subseksyen 289(c) KTJ tidak terpakai.
76
Akhirnya, permohonan Tertuduh untuk satu penangguhan pelaksanaan bagi hukuman pemenjaraan tidak dibenarkan. Bertarikh 4hb Julai 2025 TAN CHIEW KING MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET (1) TEMERLOH PAHANG S/N DnpiQ2a2q0WpLtpnLWz3wA Pihak-pihak: Pihak Pendakwaan: Khairunnisa binti Zaffar, Adriana binti Azrin & Siti Sarah Aqilah binti Lokman (Timbalan Pendakwa Raya) Peguambela bagi Varunchelvam Manimuthu Tertuduh: (Rama-Rozi & Assoc)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.