Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR [CB-83D-1348-08/2023] PENDAKWA RAYA LAWAN MOHAMAD IHTIZAM BIN ABDULLAH PENGHAKIMAN (Keputusan pada akhir kes pendakwaan secara lisan*) Tertuduh di dalam kes ini telah dituduh di bawah subseksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39A(1) ADB kerana memiliki dadah berbahaya jenis methamphetamine dengan berat bersih 8.98 gram. Dalam suatu kes yang melibatkan kesalahan memiliki dadah berbahaya, rantaian keterangan (“chain of evidence”) adalah penting untuk membuktikan bahawa barang kes dadah yang dirampas daripada Tertuduh adalah barang kes dadah yang sama seperti yang barang kes dadah dianalisa oleh ahli kimia. Kes Mahkamah Persekutuan Lew Wai Loon v. PP [2014] 2 CLJ 649 menyatakan: “There are other primary factors to consider such as the facts and/or events that form the foundation for its admission S/N yWg3k/iweUCbzjRoTI9PpA as a piece of evidence. One fact and/or event to consider is whether there is any break in the handling or custody, which tantamount to a break in the chain of evidence. If such event occurred then that should cast a doubt in the exhibit as a reliable and trustworthy piece of evidence.” Dalam kes ini, Sjn Faridah binti Ibrahim sebagai Pegawai Penyiasat (“SP5”) telah memberikan keterangan dalam penyata saksinya (“PSP5”) seperti berikut: a. SP5 menerima barang kes dadah daripada Pegawai Serbuan (“SP3”) pada 9 Ogos 2023, 9.20p.m. b. SP5 kemudiannya menyimpan barang kes dadah ke dalam almari besi berkunci di dalam bilik beliau. c. Pada 11 Ogos 2023, 1.00pm, SP5 telah keluarkan barang kes dadah daripada almari besi berkunci di dalam bilik beliau untuk dihantar kepada Ahli Kimia (“SP4”) untuk tujuan analisa berat bersih barang kes dadah di Jabatan Kimia Malaysia, Kuantan. Perkara ini jelas dinyatakan di perenggan 6 dalam PSP5. d. Pada 6 Oktober 2023, jam 3.15p.m., Sjn Norsyazilah binti Shahrol telah menerima barang kes dadah daripada Jabatan Kimia Malaysia di Kuantan. e. Seterusnya pada hari yang sama jam lebih kurang 5.15p.m., Sjn Norsyazilah binti Shahrol telah menyerahkan barang kes dadah tersebut kepada SP5. f. Pada hari yang sama juga, SP5 telah menyerahkan barang kes dadah kepada SP1 dan SP1 telah menyimpan barang S/N yWg3k/iweUCbzjRoTI9PpA kes dadah ke dalam stor barang kes setelah mendaftarkan barang kes dadah dalam Buku Pendaftaran Barang-Barang Kes (“P2”). Namun begitu, sewaktu memberikan keterangan lisan semasa pemeriksaan utama, SP5 menyatakan seperti berikut: “Pada mulanya saya terima daripada SI Johan …errr… daripada pengadu, barang kes tersebut …errr… saya simpan dalam almari berkunci bilik saya sebab …errr... stor barang kes tiada waktu mala …errr… waktu saya terima barang kes. Pada keesokan hari sementara… sementara barang kes itu sebelum dihantar ke Kimia, saya telah serah kepada penjaga stor barang kes buat sementara… buat sementara… dan apabila hendak… hendak men… hendak… dihantar ke Jabatan kimia, saya ambil semula barang kes tersebut daripada penjaga stor barang kes dan dihantar … untuk dihantar ke kimia. Dan selepas balik daripada kimia, setelah terima daripada kimia, saya serah semula kepada penjaga stor barang kes sehinggalah hari ini.” Sehubungan itu, perbezaan antara apa yang diyatakan dalam PSP5 dan apa yang dinyatakan oleh SP5 semasa pemeriksaan utama secara lisan boleh dirumuskan seperti berikut: a. Dalam PSP5, barang kes dadah hanya telah diserahkan kepada SP1 buat kali pertama selepas dihantar ke Jabatan S/N yWg3k/iweUCbzjRoTI9PpA Kimia Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai “versi PSP5”); dan b. Semasa pemeriksaan utama secara lisan, SP5 menyatakan bahawa barang kes dadah ada diserahkan kepada SP1 sebelum dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai “versi PU”). Semasa pemeriksaan balas SP5, SP5 juga bertegas bahawa barang kes dadah sememangnya telah dihantar dan kemudiannya diambil semula daripada SP1 sebelum dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa. Namun begitu, beliau tidak dapat menjawab mengapa P2 tidak mengandungi rekod serahan sebelum dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia. SP5 menyatakan bahawa isu berkenaan ketiadaan rekod serahan ini dalam P2 perlu ditanyakan kepada SP1. Meneliti semula keterangan yang diberikan oleh SP1, SP1 telah menyatakan dalam penyata saksinya (“PSP1”) bahawa beliau hanya menerima barang kes dadah selepas barang tersebut dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia iaitu pada 6 Oktober 2023. Keterangan SP1 ini menyokong versi PSP5. Permohonan untuk memanggil semula SP1 juga tidak dibuat oleh pihak pendakwaan untuk menjelaskan berkenaan ketiadaan rekod barang kes dadah sebelum dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia seperti di versi PU. Kembali semula kepada pemeriksaan semula SP5, beliau pula menyatakan bahawa versi PSP5 adalah yang “betul” hanya setelah dibacakan kembali sebahagian PSP5 oleh Timbalan Pendakwa Raya. S/N yWg3k/iweUCbzjRoTI9PpA Di sini, Mahkamah ini perlu menyatakan semula tujuan pemeriksaan semula dijalankan. Subseksyen 138(3) Akta Keterangan 1950 menyatakan bahawa tujuan pemeriksaan semula hanyalah untuk penjelasan mengenai perkara-perkara yang dirujuk semasa pemeriksaan balas. Perkara baharu hanya boleh diperkenalkan dengan kebenaran mahkamah. Walaubagaimanapun, Mahkamah ini ingin menekankan bahawa 2 versi berlainan berkenaan simpanan barang kes dadah sebelum dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia telah diberikan oleh SP5 sendiri semasa sesi pemeriksaan utama, sepertimana dalam versi PSP5 dan versi PU yang telah dinyatakan sebentar tadi. Kedua-dua keterangan ini bercanggah antara satu sama lain. Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan sendiri telah mengemukakan 2 versi keterangan material yang bercanggah. Berkenaan isu ini, Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Satish Mohanadran v. PP [2022] 3 CLJ 844 yang mana Ahmad Nasfy Yasin HMR menyatakan seperti berikut: “…it is patently clear that the prosecution has adduced two conflicting versions of evidence one striking at each other. We find no reason to disagree with learned counsel's submission that the conflicting evidence goes to the heart of the prosecution's case and on this ground alone it cannot be said that a prima facie [sic] has been made out by the prosecution…” S/N yWg3k/iweUCbzjRoTI9PpA Mahkamah ini juga dibimbing oleh kes Mahkamah Tinggi Pendakwa Raya lwn. Rukman Yaakub [2024] CLJU 3092 yang mana Mahkamah Tinggi di peringkat rayuan telah mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret yang mendapati bilamana terdapat dua versi keterangan daripada saksi-saksi Pendakwaan, beberapa inferens boleh dikatakan wujud. Azmi Abdullah HMT menyatakan seperti berikut: “[40] Setelah mengambilkira keterangan yang telah dikemukakan pihak Pendakwaan terutama daripada SP5 dan SP6, ternyata terdapatnya percanggahan fakta dan keterangan yang serius dan material tentang siapakah yang telah menjalankan ujian urin ke atas responden di dalam kes ini. … Ini jelas menunjukkan bahawa wujudnya dua (2) versi keterangan yang dibawakan oleh pihak Pendakwaan atas perkara yang menjadi tunjang kepada kes Pendakwaan di dalam kes ini. … [42] Tuan Majistret Yang Bijaksana telah secara tuntas membuat dapatan di dalam Alasan Penghakiman berkenaan isu bilamana terdapat dua (2) versi keterangan daripada saksi-saksi Pendakwaan, maka telah timbul inferens berkenaan berapakah ujian saringan urin yang telah dibuat ke atas responden mengambil kira terdapat keterangan daripada SP-5 yang menyatakan beliau yang telah menjalankan ujian urin di samping wujud pula S/N yWg3k/iweUCbzjRoTI9PpA keterangan daripada SP-6 yang menyatakan bahawa dalam kes ini SP-1 yang telah membuat ujian urin ke atas responden.” Sama seperti kes di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah ini memutuskan bahawa akibat pihak pendakwaan mengemukakan 2 keterangan berbeza yang bercanggah, maka wujud inferens alternatif yang mana mungkin terdapatnya dua barang kes dadah berkaitan dalam kes ini iaitu: a. satu barang kes dadah yang diambil daripada almari besi SP5 untuk dihantar ke ahli kimia; dan b. satu lagi barang kes dadah yang diambil daripada jurustor untuk dihantar ke ahli kimia. Keterangan jelas menunjukan bahawa hanya terdapat satu barang kes dadah yang dirampas daripada Tertuduh dalam kes ini. Oleh itu, persoalan juga wujud sama ada barang kes dadah yang dihantar kepada ahli kimia oleh SP5 merupakan barang kes dadah yang sama seperti yang dirampas daripada Tertuduh oleh SP3. Dalam kes PP v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 FC telah dinyatakan: - “at the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that S/N yWg3k/iweUCbzjRoTI9PpA may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused.”. Dalam kes ini, Mahkamah ini membuat inferens yang paling menyebelahi Tertuduh dan mendapati pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh berdasarkan alasan terdapat kemungkinan wujudnya dua barang kes dadah dalam penjagaan SP5 sedangkan hanya satu barang kes dadah dirampas daripada Tertuduh oleh SP3. Adalah tidak selamat untuk memanggil Tertuduh untuk membela diri terhadap pertuduhan kes ini dan Mahkamah ini tidak bersedia untuk mensabitkan Tertuduh jika pembelaan dipanggil dan Tertuduh memilih untuk berdiam diri. Maka, Tertuduh adalah dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan tanpa dipanggil untuk membela diri. Wang jaminan dikembalikan. Bertarikh 31hb Julai 2025 TAN CHIEW KING MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET (1) TEMERLOH PAHANG DARUL MAKMUR *Penghakiman ini diberikan secara lisan pada 31 Julai 2025 dan bukanlah alasan keputusan penuh Mahkamah ini. Alasan keputusan bertulis penuh akan disediakan sekiranya rayuan difailkan. S/N yWg3k/iweUCbzjRoTI9PpA Pihak-pihak: Pihak Pendakwaan: Adriana binti Azrin (Timbalan Pendakwa Raya) Peguambela bagi Muhammad Zul Hafiz bin Mohamed Tertuduh: Sabri (Kamisah Zul Afiq & Partners) S/N yWg3k/iweUCbzjRoTI9PpA