Content
1 NO KES: DF-83D-101-01/2025 5 10
DF-83D-102-01/2025
Magistrates Court of Malaysia27 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“27. Mahkamah merujuk keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Rahmani Ali Mohamad v Pendakwa Raya [2014] MLJU 512 yang 25 menyatakan: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15 [15] Even more, no investigation at all was carried out by PW8 to disprove”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 NO KES: DF-83D-101-01/2025 5 10
1
MUHAMMAD SYAFI AIMAN BIN ZULKIFLE
3
NO. K/P: 940401035395 CHE MOHAMMAD ASRI BIN CHE MAT RANI NO. K/P: 991103035565 15 NO KES: DF-83D-102-01/2025 20 5
1
MUHAMMAD SYAFI AIMAN BIN ZULKIFLE
3
NO. K/P: 940401035395 CHE MOHAMMAD ASRI BIN CHE MAT RANI NO. K/P: 991103035565 10 NO KES: DF-83D-252-02/2025 15 20 MOHD IKRAM BIN MOHD ARIFF NO. K/P: 990627037145 5 NO KES: DF-83D-253-02/2025 ANTARA 10 15 MOHD IKRAM BIN MOHD ARIFF NO. K/P: 990627037145 ALASAN PENGHAKIMAN 20
1
Kesemua OKT dalam kes ini telah dituduh secara bersama-sama dengan empat pertuduhan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memiliki 118.8 kilogram racun jenis Mitragynine (pertuduhan pertama), memiliki 281.1 liter racun jenis Mitragynine (pertuduhan kedua), 5 memiliki 600 mililiter racun jenis Diphenhydramine (pertuduhan ketiga) dan memiliki 115.9 kilogram racun jenis Mitragynine (pertuduhan keempat).
2
Setelah meneliti semua keterangan saksi-saksi pendakwaan dan 10 hujahan-hujahan yang difailkan, Mahkamah telah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT. Oleh itu Mahkamah telah melepaskan dan membebaskan tertuduh tanpa dipanggil membela diri. 15
3
Ringkasan fakta kes pendakwaan adalah seperti berikut: a. Pada 9/12/2022 pada pukul lebih kurang 1.30 pagi SP5 yang 20 mengetuai sepasukan polis yang terdiri daripada 5 anggota (termasuk SP3) telah melakukan satu serbuan di sebuah bangsal yang terletak di Kampung Padang Pak Omar, Selising, Pasir Puteh, Kelantan. b. Keadaan cuaca pada waktu tersebut adalah hujan lebat dan gelap. 25 SP5 dan pasukan telah membuat pemerhatian selama 10 minit dan mendapati terdapat kelibat 4 individu yang berada di situ. SP5 telah mengarahkan anggotanya untuk membuat kepungan secara keliling untuk memastikan tiada pihak yang keluar masuk ke dalam tempat serbuan. c. SP5 kemudiannya telah mengarahkan 4 anggotanya untuk menyerbu 5 dan menangkap individu-individu yang berada di bangsal tersebut. Mereka telah cuba melarikan diri dan enggan memberikan kerjasama. SP5 dan SP3 tidak terlibat secara langsung dengan penangkapan tersebut dan hanya berada di luar kawasan bangsal untuk memastikan tiada pergerakan keluar dari tempat kejadian. Anggota serbuan telah 10 berjaya menahan keempat-empat OKT. d. Pemeriksaan SP5 di bangsal tersebut telah menjumpai barang-barang berikut: a) 12 bungkusan plastik warna hitam yang mengandungi daun-daun 15 hijau; b) 20 bungkusan plastik warna ungu di mana setiap satu bungkusan mengandungi 10 bungkus plastik cerah yang mengandungi cecair warna perang; c) 1 polisterin yang berisi 6 botol plastik bertulisan dynadryl syrup; 20 d) 4 periuk aluminium yang berisi daun-daun hijau; e) 1 periuk aluminium yang berisi daun-daun hijau; f) 5 dapur gas; g) 1 alat penimbang; h) 8 tong gas warna merah/hijau bertulisan gas petronas; 25 i) 2 tong gas warna hijau bertulisan gas petronas; j) 3 buah kereta sorong berwarna merah/hijau; e. Barang-barang kes tersebut kemudiannya dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia dan hasil analisa yang dijalankan oleh SP2 mengesahkan bahawa barang kes yang bertanda: a) "HAI hingga HA12" mengandungi racun jenis Mitragynine dengan 5 jumlah berat 118.8 kilogram b) "HB1 hingga HB20" mengandungi racun jenis Mitragynine dengan jumlah isipadu 281.1 liter c) "HC hingga HC6" mengandungi racun jenis Diphenhydraminedengan jumlah isipadu 600 mililiter 10 d) "HD1 hingga HD4" mengandungi racun jenis Mitragynine dengan jumlah berat 86.8 kilogram e) "HE1" mengandungi racun jenis Mitragynine dengan jumlah berat 29.1 kilogram 15
4
Prinsip undang-undang dalam pembuktikan kes prima facie oleh pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan adalah sebagaimana yang diputuskan dalam kes Looi Kow Chai & Anor v PP (2003) 1 CLJ 734 20 dan dalam kes Balachandran a/l Selvaratnam v PP (2005) 1 CLJ 85.
5
Prinsip undang-undang berkenaan “maximum evaluation” dan “credible evidence” adalah sebagaimana yang diputuskan dalam kes Abdullah bin Atan v Public Prosecutor and other appeals, [2020] 25 6 MLJ 727 dan kes Public Prosecutor v Tal bin Shuaib [2017] MLJU
2408
2408.
6
Kes-kes duluan di atas yang dirujuk memberikan gambaran peri pentingnya setiap tapisan, ujian dan penilaian dibuat ke atas semua keterangan pihak pendakwaan. 5
7
Kesalahan di bawah seksyen 30(3) AR 1952 yang menjadi pertuduhan terhadap kesemua OKT memperuntukkan: Control of import, export, manufacture, sale, etc., of psychotropic substances 10 …
3
Notwithstanding any other provisions in this Act, no person shall import, export, manufacture, compound, mix, dispense, sell, supply, administer, possess or use any psychotropic substance otherwise than in accordance with any regulations applicable thereto made 15 under this Act.
8
Elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah seperti berikut: a) Barang kes yang dirampas itu adalah racun jenis bahan 20 psikotropik yang disenaraikan dalam Jadual Ketiga Akta Racun 1952; b) Kesemua OKT mempunyai milikan ke atas racun tersebut; c) Kesemua OKT mempunyai niat bersama. 25
9
Setelah meneliti semua keterangan yang dikemukakan, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membukti elemen pertama pertuduhan berkenaan status barang kes sebagai racun melalui keterangan SP2 dan laporan kimia yang dikemukakan. Walau bagaimanapun pihak pendakwaan telah gagal membuktikan 5 elemen kedua, justeru turut gagal membuktikan elemen ketiga kesalahan. Sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan racun tersebut terhadap semua OKT?
10
Mahkamah mendapati kes pendakwaan dibina berasaskan keterangan SP5 iaitu pengadu yang merupakan pegawai serbuan dan juga SP3 yang merupakan anggota dalam serbuan tersebut. 15
11
Pembuktian pihak pendakwaan berkenaan elemen pemilikan racun tersebut adalah berpaksikan kepada fakta-fakta berikut: a. SP5 dan pasukan telah membuat pemerhatian selama 10 minit. b. SP5 dan SP3 telah melihat kelibat individu-individu di bangsal 20 tersebut. c. SP5 dan pasukan telah membuat kawalan secara kepungan untuk memastikan tiada mana-mana individu yang keluar masuk ke bangsal tersebut. d. Kesemua OKT berada di bangsal tempat barang kes dijumpai. 25 e. Kesemua OKT ditangkap berhampiran dengan barang kes yang lengkap dengan alatan pemprosesan daun ketum. f. Reaksi dan tingkah laku kesemua OKT yang bergelut dengan pihak polis dan cuba melarikan diri.
12
Mahkamah mendapati keterangan yang dikemukakan tidak mencukupi untuk mewujudkan kes prima facie terhadap kesemua 5 OKT. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kegagalan tersebut.
13
Pertamanya, pihak pendakwaan telah gagal memanggil kesemua saksi polis yang melakukan tangkapan memandangkan 10 kebergantungan kepada keterangan SP5 dan SP3 sahaja tidak mencukupi. Hal ini kerana SP5 dan SP3 menyatakan bahawa mereka telah melihat kelibat empat individu semasa membuat pemerhatian namun tidak pernah mengsahkan bahawa kelibat yang dilihat semasa tempoh pemerhatian itu adalah sama dengan semua 15 OKT yang ditangkap.
14
Pemerhatian selama 10 minit itu juga dibuat dalam keadaan cuaca hujan lebat, suasana yang gelap dan pengcahayaan yang samar. Perkara ini jelas telah membataskan penglihatan mereka berdua dan 20 amat mustahil untuk mendapatkan pengecaman yang positif. Meskipun SP5 dan SP3 berjaya mengecam kesemua OKT di Mahkamah namun pengecaman tersebut hanya berjaya dibuat selepas tangkapan dilakukan. 25
15
Bagi menutup kelompongan ini sewajarnya anggota-anggota polis yang menangkap OKT-OKT hadir ke Mahkamah untuk memberikan keterangan. Keterangan mereka penting untuk mengsahkan rantaian keberadaan OKT di tempat kejadian sehinggalah mereka ditangkap. Dengan kata lain anggota-anggota tersebut perlu menceritakan: a. Di kedudukan mana mereka berada dan membuat kawalan 5 keliling sebelum serbuan; b. Siapa OKT atau kelibat OKT yang dilihat sebelum serbuan di tempat kejadian; c. Ke arah manakah OKT yang dilihat cuba melarikan diri dari tempat kejadian; 10 d. Anggota serbuan manakah yang menangkap setiap OKT; e. Apakah tingkah laku atau reaksi setiap OKT semasa serbuan dilakukan; f. Di manakah tempat setiap OKT ditangkap. 15
16
Ketiadaan keterangan semua pegawai serbuan ini menyebabkan pihak pendakwaan gagal menghubungkaitkan setiap OKT dengan tempat kejadian lantas mewujudkan kelompongan dalam kes pendakwaan. 20
17
Mahkamah merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Chia Leong Foo [2000] 6 MLJ 705 yang menyatakan: "In a criminal case, the prosecution, provided there is no wrong motive, has a discretion whether or not to call a particular 25 witness, and specifically has a discretion not to call in support of its case a witness whom it does not believe to be a witness of truth. But there is an obligation on the prosecution to call as witnesses persons whose evidence is essential to unfold the narrative upon which its case is based."
18
Kedua, pihak pendakwaan gagal untuk mengemukakan keterangan 5 yang mengaitkan kesemua OKT dengan bangsal tersebut. Keterangan ini penting untuk membuktikan elemen pemilikan racun tersebut memandangkan bangsal itu berada di tempat terbuka di kawasan yang tidak berpagar serta boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Kedekatan dan/atau keberadaan OKT berhampiran dengan 10 barang kes dan/atau tempat kejadian semata-mata tidak memadai untuk membuktikan pemilikan.
19
Tambahan pula, tiada keterangan yang menunjukkan terdapatnya sebarang aktiviti memasak, memproses atau menggunakan racun 15 tersebut oleh OKT-OKT di bangsal itu semasa pemerhatian selama 10 minit oleh SP5 dan anggota pasukannya. Tempoh 10 minit adalah satu tempoh yang sangat lama dan banyak perkara boleh berlaku dalam jangka masa tersebut. Perlu juga ditekankan sekali lagi bahawa pemerhatian dibuat dalam keadaan cuaca hujan lebat, 20 persekitaran yang gelap dan pengcahayaan yang samar.
20
Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Low Thiam Teck v Public Prosecutor [2015] 3 MLJ 134 yang menyatakan: 25 [24] On the issue of proximity to the drugs, we agreed with learned counsel that physical proximity to the drugs perse is insufficient to prove possession without proof of knowledge. Except for the evidence of proximity, there was nothing in the conduct of either the appellant or the second accused at the 5 time of their arrest upon which a prima facie inference could be made that the appellant or both of them had knowledge of the drugs. At the highest, the evidence merely showed that perhaps the appellant had some momentary custody of the bags together with the second accused. In such circumstances 10 there was no possession (per Lord Morris in Warner v Metropolitan Police Commissioner [1968] 2 All ER 356).
21
Ketiga, SP6 sebagai pegawai penyiasat dalam kes ini telah gagal menjalankan siasatan menyeluruh tentang status pemilikan dan 15 akses kepada tanah tersebut. Siasatan dari sudut ini sangat penting kerana tempat kejadian merupakan satu kawasan terbuka yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja.
22
SP6 sendiri juga mengakui adanya beberapa buah rumah lain di 20 sekitar tempat kejadian dalam jarak 20 hingga 50 meter dari tempat kejadian. Perkara ini turut menimbulkan kemungkinan bahawa pemilik atau penghuni rumah di sekitar tempat kejadian mempunyai akses dan kawalan terhadap bangsal dan racun-racun yang berada di situ. 25
23
Selain itu, SP6 juga sepatutnya merakam percakapan penghuni-penghuni rumah berhampiran tempat kejadian untuk menentukan siapa yang mempunyai kepentingan terhadap tanah dan bangsal tersebut dan pihak mana yang selalu keluar masuk untuk menjalankan urusan di tempat kejadian.
24
Mahkamah merujuk keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Husin bin Sitorus v Public Prosecutor [2012] 3 MLJ 782 yang menyatakan: 10 [15] There is a welter of authoritative precedents which have held that for possession to be established, accessibility by others to the place where the drugs are found should be excluded by evidence by the prosecution (Pendakwa Raya v KangHo Soh [1992] 1 MLJ 360; [1991] 3 CLJ 2914, Public 15 Prosecutor v Tang Chew Weng [1969] 2 MLJ 17). The onus is not on the defence to prove possibility of access by others but on the prosecution to exclude such possibility and the issue must be answered in favour of the appellant if there were more than one way in which the evidence adduced by the prosecution 20 might be viewed such as in the present case, implicating the appellant or the other persons who were present in the boat. (Abdullah Zawawi bin Yusoff v Public Prosecutor [1993] 3 MLJ 1). In other words exclusivity of custody and control of the drugs ought to be established by the prosecution. 25
25
Keempat, pihak pembelaan telah berjaya menunjukkan ada kemungkinan keempat-empat OKT tidak berada di tempat kejadian semasa serbuan dilakukan. Perkara ini disokong melalui jawapan SP6 semasa diperiksa balas oleh pihak pembelaan bahawa dia telah merakam percakapan seorang individu yang bernama Miss Arsuema 5 selepas notis alibi dikemukakan kepada pihak pendakwaan. Pengakuan SP6 tentang fakta tersebut ternyata bercanggah dengan fakta yang dikemukakan oleh SP5 dan SP3 berkenaan keberadaan OKT di tempat kejadian semasa serbuan. Isu keberadaan OKT-OKT ini juga telahpun dinyatakan seawal mungkin melalui IDD60 yang 10 dilaporkan 10 hari selepas kejadian.
26
Penjelasan lanjut SP6 semasa diperiksa semula oleh pihak pendakwaan juga tidak memberikan jawapan memuaskan yang boleh menjelaskan percanggahan kedua-dua fakta tersebut. 15 Sepanjang memberikan keterangan, siasatan SP6 terhadap notis alibi tersebut hanyalah mengenai rakaman percakapan individu-individu yang dinyatakan dalam notis alibi dan tiada tindakan lain atau siasatan lanjut dibuat untuk memastikan fakta masa yang lebih sahih. Tambahan pula SP6 gagal memastikan individu bernama 20 Muhamad Izani Bin Nazri yang turut dinyatakan dalam notis alibi tersebut untuk hadir bagi dirakam percakapannya.
27
Mahkamah merujuk keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Rahmani Ali Mohamad v Pendakwa Raya [2014] MLJU 512 yang 25 menyatakan: [15] Even more, no investigation at all was carried out by PW8 to disprove the appellant's version of fact, particularly concerning Mohd Reza, which was given by the appellant at the earliest possible opportunity. In this regard, PW8 said that he did not investigate the appellant's handphone because "saya terlepas 5 pandang". PW8 also said, "saya tak periksa rekod-rekod panggilan keluar masuk OKT 2. Jika disiasat mungkin boleh dapat maklumat lanjut". The appellant cannot be penalized for lack of ingenuity, negligence or inadvertence on the part of the investigator depriving him of the time honoured benefit of doubt 10 (see: Pang Chee Meng v Public Prosecutor [1992] 1 MLJ 137). The manner in which PW8 had conducted his investigations left many stones unturned and material gaps exists. Based on this omission, an inference in the appellant's favour ought therefore to have been drawn by the learned High Court judge at the close 15 of the prosecution case (see: Lee Kwan Woh v PP [2009] 5 CLJ 631 and Alcontara a/l Ambross Anthony v Public Prosecutor [1996] 1 MLJ 209). KESIMPULAN 20
28
Oleh yang demikian, berdasarkan penilaian maksimum ke atas semua keterangan saksi dan ekshibit pendakwaan, dan atas faktor-faktor yang telah dijelaskan di atas, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap 25 OKT, justeru, Mahkamah melepaskan dan membebaskan kesemua OKT daripada keempat-empat pertuduhan di akhir kes pendakwaan tanpa diperintahkan untuk membela diri. Tarikh: 6 OKTOBER 2025 5 t.t. (MUHAMMAD AIMAN BIN AZAHAN) Majistret Mahkamah Majistret Pasir Puteh Kelantan Darul Naim 10 Timbalan Pendakwa Raya: TPR Yusnaliza Binti Mohammad Yusoff Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Cawangan Pendakwaan Negeri Kelantan 15 Peguam Bela OKT : Aminuddin Bin Muhammad Tetuan Azman, Wan Helmi & Associates
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.