Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR [NO. KES: CB-83D-1455-11/2025] ANTARA TIMBALAN PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD ESA BIN HASHIM [NO. K/P: 670704065463] … TERTUDUH ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Ini merupakan alasan penghakiman berikutan rayuan yang difailkan oleh Pegawai Pendakwaan terhadap hukuman. [2] Pada 6 November 2025, Tertuduh telah dituduh dengan pertuduhan berikut: PERTUDUHAN Bahawa kamu pada 07/07/2023 hingga 06/07/2025 jam lebih kurang 06.00 pagi hingga 06.00 petang bertempat di Pejabat S/N Rj/KojmDkiBi18atRLQw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 AADK Temerloh di dalam Negeri Pahang sebagai orang yang diperintahkan menjalani Pengawasan di bawah Seksyen 6(1)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 pindaan 1998 dan disifatkan hendaklah mematuhi syarat pengawasan dibawah subseksyen 6(2) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan( 1983 pindaan 1998 yang masih berkuatkuasa telah gagal hadir melaporkan diri di Pejabat AADK Temerloh seperti yang ditetapkan. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(2)(f) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 pindaan 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) Akta yang sama. HUKUMAN Penjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau disebat tidak melebihi 3 sebatan atau kedua-duanya sekali.