hingga (e) dalam Penggantungan Perintah Tahanan [P4(E)]. 5 [27] Penggantungan Perintah Tahanan [P4(E)] yang mengandungi syarat-syarat tersebut telah diserahkan dan diterangkan kepada Tertuduh oleh SP3, dan dijelaskan sekali lagi dalam Bahasa Tamil oleh SP4 kepada Tertuduh. Keterangan SP3 dan SP4 telah disokong oleh tandatangan 10 SP3 dan SP4 pada mukasurat ke-tiga Penggantungan Perintah Tahanan [P4(E)], sebagai pengesahan bahawa mereka telah melaksanakan tugas penyerahan, penerangan serta penterjemahan. SP3 dan SP4 turut mengecamkan Tertuduh semasa perbicaraan. 15 [28] Oleh itu, Mahkamah berpuas hati bahawa elemen pertama telah dibuktikan secara prima facie oleh pihak pendakwaan. Samada Tertuduh yang diletakkan di bawah pengawasan tersebut adalah tertakluk kepada semua atau mana-mana syarat seperti yang 20 dinyatakan di bawah Seksyen 15(2) Akta Pencegahan Jenayah 1959. [29] Berdasarkan keterengan SP3 dan SP4, Mahkamah mendapati bahawa Tertuduh telah diterang dan dijelaskan bahawa penggantungan Perintah Tahanan beliau adalah tertakluk kepada pematuhan syarat- 25 syarat yang dikenakan terhadapnya pada perenggan (a) hingga (e). S/N nOoispV0SkCZcS7h2odj6w Antaranya, perenggan (d) Penggantungan Perintah Tahanan [P4(E)] menyatakan dan diulangi sekali lagi seperti berikut: “(d) Penama hendaklah berada di dalam rumah atau tempat di mana penama tinggal di antara jam 8 malam dan 6 pagi melainkan jika penama mendapat kebenaran khas yang sebaliknya daripada Ketua 5 Polis Daerah itu;” [30] Semasa bicara dijalankan, seperti yang dihujahkan, SP2 dan SP5 masing-masing telah mengesahkan bahawa alamat seperti dalam pertuduhan adalah alamat berdaftar Tertuduh. 10 [31] Dalam konteks ini, [P4(A)] yang mengandungi butir-butiran Tertuduh seperti gambar, nama, kad pengenalan, tempat tinggal semasa menjalani perintah tahanan dan nombor telefon turut dikemukakan. Antara butirannya adalah seperti berikut: 15 ALAMAT SEKARANG NO. 2415, BLOK B, TAMAN DAMAI TAHA, 28400 MENTAKAB PAHANG NO TELEFON 011-36748580 [32] Petikan keterangan SP2 semasa pemeriksaan utama adalah seperti berikut: “TPR: Saya merujuk kepada perenggan seterusnya, alamat semasa tempoh 20 sekatan, iaitu no. 2415, Blok B, Tingkat 4, Taman Damai Taha, 28400 Mentakab, Pahang, betul? S/N nOoispV0SkCZcS7h2odj6w Betul. Dan ini adalah alamat yang telah ASP pergi untuk pemeriksaan? Ya, betul. 5 … Sebelum tarikh kejadian, 6.3.2019, sebelum ini ada buat pemeriksaan di rumah OKT? 10 Ya, ada buat, ada buat pemeriksaan. Masa itu, OKT ada dalam rumah? Masa itu, OKT ada dalam rumah.” 15 [33] Petikan keterangan SP2 semasa pemeriksaan balas adalah seperti berikut: “Mahkamah: Dia boleh daftar dua alamat? 20 Seorang satu alamat sahaja. Untuk apa dia ada dua alamat. Satu alamat sahaja yang mesti didaftarkan? 25 S/N nOoispV0SkCZcS7h2odj6w Bukan satu alamat je yang dia mesti didaftarkan, maknanya OKT tinggal di satu alamat sahaja yang semasa dia duduk sini, sebagaimana yang dia tulis dalam fail pentadbiran, dan didaftarkan. Alamat yang didaftar adalah 2415, Blok B, Tingkat 4, Taman Damai 5 Taha, 28400 Mentakab, Pahang? Ya. ASP telah pergi ke alamat ini dan OKT tiada dalam alamat tersebut? 10 Ya, OKT tiada semasa pemeriksaan dibuat.” [34] Petikan keterangan SP5 semasa pemeriksaan utama adalah seperti berikut: 15 “TPR: Sarjan, rujuk kepada syarat-syarat, terutamanya, syarat (d), penama hendaklah berada di dalam rumah atau tempat tinggal di mana penama tinggal, bolehkah sarjan jelaskan apakah maksud syarat tersebut? 20 Maksud syarat yang dikenakan ke atas OPP pada perenggan (d), OPP perlu berada di mana kediaman dia berada bermula pada 8 malam sehingga 6 pagi melainkan mendapat kebenaran khas daripada Ketua Polis Balai di mukim OPP kenakan sekatan. 25 Jelaskan apakah maksud rumah atau tempat di mana penama tinggal. S/N nOoispV0SkCZcS7h2odj6w Rumah atau tempat penama tinggal adalah sebagaimana alamat kediaman OPP iaitu No. 2415, Blok B, Taman Damai Taha, 28400 Mentakab, Pahang. Adakah ini alamat yang telah didaftar oleh OPP? 5 Betul, Puan. Itu sahaja.” 10 [35] Walaupun alamat yang didaftarkan dalam P4(A) tidak mengandungi perkataan “Tingkat 4”, Mahkamah mendapati bahawa tiada kekeliruan timbul dan alamat dalam pertuduhan adalah alamat berdaftar yang dimaksudkan di bawah perenggan (d), Penggantungan Perintah Tahanan [P4(E)] atas sebab-sebab berikut: 15 a. Nombor unit, blok serta nama taman di dalam P4(A) dan dalam pertuduhan adalah serupa; b. SP2 dan SP5 telah masing-masing mengesahkan bahawa alamat seperti dalam pertuduhan adalah alamat berdaftar Tertuduh; c. SP2 telah membuat pemeriksaan ke atas alamat seperti dalam 20 pertuduhan sebelum kejadian ini berlaku pada 6.3.2019 dan pada waktu tersebut Tertuduh berada di alamat tersebut berkenaan; dan d. SP2 dan SP5 telah mengecamkan gambar-gambar tempat kejadian yang telah ditandakan sebagai [P2(A-D)]. 25 S/N nOoispV0SkCZcS7h2odj6w [36] Oleh demikian, Mahkamah mendapati bahawa elemen kedua ini telah dibuktikan secara prima facie oleh pihak pendakwaan. [37] Seterusnya, Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297) memperuntukkan seperti berikut: 5 “(4) A registered person who contravenes or fails to comply with any order or restriction or condition imposed on him under this section shall be guilty of an offence and shall be liable to imprisonment for a term not exceeding ten years and not less than two years.” 10 Samada Tertuduh adalah seseorang berdaftar yang melanggar atau gagal mematuhi mana-mana perintah atau sekatan atau syarat yang dikenakan ke atasnya [38] Seperti yang dinyatakan pada mukasurat pertama, Perintah Tahanan 15 [P4(C)], Tertuduh adalah orang yang berdaftar di bawah subseksyen 12(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297). [39] Menurut perenggan (d) dalam Penggantungan Perintah Tahanan [P4(E)], Tertuduh hendaklah berada di dalam rumah atau tempat 20 tinggalnya di antara jam 8 malam dan 6 pagi melainkan jika penama mendapat kebenaran khas daripada Ketua Polis Daerah itu. [40] Menurut keterangan SP2, pada 6.3.2019, jam lebih kurang 10 malam, SP2 bersama anggota Balai Polis telah membuat pemeriksaan 25 mengejut ke atas Tertuduh. Ketika sampai di alamat berdaftar, SP2 mendapati pintu rumah tersebut berkunci dari luar dan Tertuduh tiada di S/N nOoispV0SkCZcS7h2odj6w dalam rumah. SP2 telah membuat tiga panggilan telefon kepada Tertuduh di no. telefon 011-36748580, iaitu no. telefon yang terkandung dalam [P4(A)]. Walau bagaimanapun, walaupun panggilan berbunyi, tiada sebarang jawapan diterima. SP2 kemudian mengarahkan anggotanya memecahkan mangga pintu dan grill untuk membuat 5 pemeriksaan di dalam rumah. Setelah pemeriksaan dibuat dan didapati tiada sesiapa berada dalam rumah tersebut, SP2 telah membuat laporan polis sebagaimana Mentakab Repot 1223/2019 (P3). [41] Berdasarkan keterangan ini, Mahkamah mendapati dengan jelas 10 bahawa Tertuduh telah melanggar syarat di perenggan