Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET GUA MUSANG DI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES JENAYAH NO: DI-83-250-07/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MARK ANTHONY A/L ANTHONY SAMY (NO. K/P: 680618-02-5755) ALASAN PENGHAKIMAN
DI-83-250-07/2025
Magistrates Court of Malaysia21 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET GUA MUSANG DI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES JENAYAH NO: DI-83-250-07/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MARK ANTHONY A/L ANTHONY SAMY (NO. K/P: 680618-02-5755) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Pada 21 Julai 2025, OKT telah dituduh dibawah seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 sebagaimana berikut:-
2
“BAHAWA KAMU PADA 20/07/2025 JAM LEBIH KURANG 00 PAGI, BERTEMPAT DI RUMAH KONGSI LADANG UPAYA PADU PLANTATION BERHAD MUKIM RELAI DALAM JAJAHAN GUA MUSANG DI DALAM NEGERI KELANTAN SEMASA DIPERIKSA OLEH PEGAWAI POLIS DIDAPATI DIDALAM TELEFON BIMBIT JENAMA OPPO MILIK KAMU TERDAPAT ANGKA-ANGKA JUDI LOTERI AWAM TANPA LESEN. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DIBAWAH SEKSYEN 9 (1) AKTA RUMAH JUDI TERBUKA 1953 YANG BOLEH DIHUKUM DIBAWAH AKTA DAN SEKSYEN YANG SAMA. HUKUMAN JIKA DISABITKAN KESALAHAN MANA-MANA ORANG SAMA ADA DENGAN SENDIRI ATAU OLEH SEORANG AGEN MEMBAYAR ATAU MENDEPOSITKAN APA-APA WANG ATAU NILAI WANG KEPADA ATAU DENGAN MANA-MANA ORANG YANG BERKAITAN DALAM PERNIAGAAN SEBUAH RUMAH JUDI TERBUKA SEBAGAI SUATU PERTARUHAN ATAU MENGENAI APA-APA PERISTIWA ATAU KEMUNGKINAN BERKAITAN DENGAN SUATU LOTERI AWAM ATAU MEMBELI SUATU TIKET LOTERI ADALAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DAN HENDAKLAH, JIKA DISABITKAN, DIKENAKAN DENDA TIDAK MELEBIHI LIMA RIBU RINGGIT ATAU HUKUMAN PENJARA SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI ENAM BULAN ATAU KEDUA DUANYA SEKALI.”
2
Pertuduhan dibacakan, diterangkan dan difahami oleh OKT. Seterusnya OKT mengaku salah faham sebab akibat pengakuan.
3
Fakta kes dibacakan dan diakui dan eksibit eksibit berkaitan telah dikemukakan dan diakui oleh OKT.
4
OKT tidak diwakili peguam. Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang bertugas telah mengemukakan rayuan bagi pihak OKT dan memohon satu denda minima dikenakan.
5
Pendakwaan memohon satu hukuman setimpal dan arahan untuk barang kes berupa sebuah telefon bimbit jenama Oppo dikembalikan kepada pemilik.
6
Mahkamah berpuashati dan menerima satu pengakuan salah tanpa bersyarat oleh OKT dan juga setelah mendengar rayuan dan hujahan pemberat oleh pihak pendakwaan seterusnya mendapati OKT bersalah dan mensabitkan OKT sebagaimana pertuduhan.
7
Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda RM 2500 gagal bayar penjara 2 bulan terhadap OKT dan seterusnya mengarahkan barang kes iaitu sebuah telefon bimbit jenama Oppo dikembalikan kepada pemilik.
8
Pada 3 Ogos 2025, OKT yang tidak berpuashati telah menfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang telah diberikan.
9
Mahkamah secara keseluruhannya telah berpuashati dan bahawa satu pengakuan salah tanpa bersyarat telah diberikan oleh OKT sewaktu kali pertama pertuduhan dibacakan terhadap OKT.
10
Setelah mempertimbangkan rayuan OKT melalui peguam YBGK dan juga hujahan pemberat oleh timbalan Pendakwa Raya mahkamah ini berpuashati dan dengan itu mendapati OKT bersalah dan mensabitkan OKT sebagaimana pertuduhan.
11
Hukuman yang diberikan juga adalah dalam lingkungan hukuman denda yang diperuntukkan dan ianya adalah adil, wajar dan munasabah.
12
Mahkamah setelah meneliti keseluruhan kes dan berdasarkan alasan dan prinsip undang undang yang terpakai dan juga di meneliti rayuan serta hujahan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan berserta keterangan keterangan yang telah diberikan dalam mahkamah ini berpuashati satu pengakuan tanpa syarat telah diberikan oleh OKT dan hukuman yang diberikan adalah adil, wajar dan munasabah serta dalam lingkungan peruntukkan hukuman yang ditetapkan.
13
Walaubagaimanapun mahkamah ini menyerahkan kepada kebijasanaan YA Hakim Mahkamah Tinggi untuk membuat sebarang keputusan terhadap rayuan ini. Bertarikh: 25 Ogos 2025 (NIK MOHD TARMIZIE BIN NIK MOHD SHUKRI) Hakim Mahkamah Sesyen Gua Musang Pihak-pihak Pendakwaan : Muhammad Shahril bin Ramli Timbalan Pendakwa Raya Pembelaan : Ahmad Firdaus ; Yayasan bantuan Guaman Kebangsaan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.