Content
1
DJ-82D-12-10/2022
Magistrates Court of Malaysia22 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“erima saksi-saksi pendakwaan yang merupakan anggota dan pegawai polis sebagai saksi yang boleh dipercayai berbanding tertuduh dengan mengguna pakai pendekatan yang diambil dalam kes PP v. Mohamed Ali [1962] SMCU 129; [1962] 1 LNS 129 di mana Thomson CJ menyatakan: **Note : Serial number will be used to verify the origi”
“onable doubt. See Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372” [35] Prinsip undang-undang yang sama juga telah digariskan dalam kes Muhammad Hafeez bin Zainudin v. Public Prosecutor & another [2022] MLJU 2300 yang mana menyebut: “In this Court’s view notwithstanding that the decisions referred above involve sect”
“**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 24 probabilities). Rujukan di buat kepada kes Muhamad Zhafri bin Mohamad Yunus v. Public Prosecutor [2022] MLJU 917: “It is also trite that the presumption under Section 37(k) DDA needs to be rebutted on a balance of proba”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1
1
Tertuduh telah didakwa atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952). Pertuduhan terhadap tertuduh adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 16.08.2022 jam lebih kurang 3.05 petang bertempat di tandas Pejabat Narkotik IPD Pasir Mas, dalam daerah Pasir Mas, dalam Negeri Kelantan, telah menggunakan kepada diri kamu sendiri dadah berbahaya jenis Amphetamine 2 dan Methamphetamine. Oleh yang demikian kamu telah di dapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama dan dibaca bersama di bawah Seksyen 38B ADB 1952.”
2
Selepas perbicaraan penuh dijalankan dan di akhir kes, setelah meneliti keseluruhan keterangan, Mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan atas pertuduhan tersebut. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 2 bulan dari tarikh sabitan dan denda sebanyak RM 4,000, dan jika gagal dibayar, penjara selama 6 bulan. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama 2 tahun bermula dari tarikh sabitan selaras dengan Seksyen 38B ADB 1952.
3
Bagi membuktikan kes, Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 5 orang saksi seperti berikut: SAKSI NAMA PERANAN SP1 L/Kpl Muhammad Fadzily bin Mohd Latif Anggota pengiring Fatin Hasanah binti A.Rahim Pegawai Sains Kimia Hayat SP3 Nor Hasliza bt Hasan Juruteknologi Makmal Perubatan SP4 Insp. Suthasanan a/l Karmakam Pegawai Penyiasat SP5 Insp. Nur Hazwani binti Rozali Pengadu
4
Pada 16.8.2022, jam lebih kurang 3.00 petang, SP5 telah menerima 2 orang tangkapan iaitu tertuduh, Nik Mohammad Hafizi bersama seorang lagi tangkapan bernama Mohamad Zul Fazrin di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Pasir Mas untuk menjalani ujian saringan awal air kencing. Tertuduh telah diarahkan untuk memilih satu paket plastik berisi botol urin daripada beberapa peket plastik yang mengandungi botol sampel urin kosong yang berada di dalam kotak. Tertuduh memilih satu peket plastik yang mengandungi botol sample urin bernombor siri C0010874. Kemudian atas arahan SP5, tertuduh telah dibawa ke tandas bagi memungut sampel air kencing dengan diiringi oleh SP1. Di dalam tandas, tertuduh telah membuang air kencing ke dalam botol tersebut dengan disaksikan oleh SP1.
5
SP1 kemudiannya mengiringi tertuduh kembali kepada SP5 bersama botol yang mengandungi air kencing tertuduh. Tertuduh membawa sendiri botol tersebut dan kemudian tertuduh meletakkan botol berisi air kencing itu di atas meja di hadapan SP5. Di hadapan tertuduh dan saksi polis yang lain ujian saringan air kencing dijalankan oleh SP5 dengan menggunakan 6 jalur ujian (test strip), dan jalur ujian bagi dadah jenis Methamphetamine menunjukkan keputusan positif. Kemudian SP5 telah mengisi butir-butir diri tertuduh pada label dan melekatkan label tersebut pada botol urin tersebut. Botol urin itu juga turut ditutup dan di seal dengan seal keselamatan PDRM.
6
Seterusnya, SP5 membuat laporan polis (eksibit P4) dan menyerahkan tertuduh serta botol air kencing itu kepada pegawai penyiasat, Insp Suthasanan a/l Karmakam (SP4) untuk siasatan lanjut seperti dalam borang serah menyerah barang kes (eksibit P5).
7
Pada 18.8.2022 jam 12.00 tengah hari, atas arahan SP4, SP1 telah menyerahkan botol urin tersebut kepada pihak makmal dadah, Jabatan Patologi Hospital Raja Perempuan Zainab 2 yang diterima oleh SP3. SP3 kemudianya menyerahkan botol urin tersebut kepada SP2 untuk dianalisa. Analisa terhadap sample urin tersebut telah dijalankan oleh Fatin Hasanah Binti A. Rahim (SP2), seorang pegawai sains di Jabatan tersebut.
8
Berdasarkan kepada laporan patologi bertarikh 24.8.2022 (eksibit P3) yang dia sediakan oleh SP2, mengesahkan bahawa sampel urin tersebut mengandungi Amphetamine dan Methamphetamine iaitu dadah berbahaya yang tersenarai dalam
Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. KES PRIMA FACIE DI PERINGKAT KES PENDAKWAAN [9] Tahap pembuktian pada peringkat ‘prima facie’ sebagaimana yang termaktub di bawah Seksyen 173 (h) Kanun Tatacara Jenayah dan sepertimana yang telah digariskan di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ 301 yang mana pendakwaan hendaklah membuktikan kepada Mahkamah bahawa setiap elemen kesalahan seperti dalam pertuduhan telah dibuktikan tanpa keraguan yang dinyatakan seperti berikut: “The test at the close of the prosecution case would be; Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case. [10] Elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan dinyatakan di bawah seksyen 15(1)(a) ADB 1952 yang di baca seperti berikut: Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan: (1) Mana-mana orang yang - (a) mengguna, memberikan kepada dirinya sendiri atau menyiksa mana-mana orang lain, bertentangan dengan Seksyen 14 dengan memberikan kepadanya mana-mana dadah berbahaya yang ditetapkan di Bahagian III dan IV Jadual Pertama; atau ... adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini, dan jika disabitkan hendaklah didenda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun. Seksyen 37(k) Akta yang sama pula memperuntukkan: Seksyen 37. Anggapan. Dalam semua prosiding di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya- (k) jika seseorang dituduh melakukan suatu kesalahan mengguna dadah berbahaya atau memberi kepada dirinya sendiri atau menyiksa mana-mana orang lain untuk memberi dadah berbahaya kepada dirinya, dan mana-mana dadah berbahaya yang dikesan dalam air kencing orang yang dituduh sebagai keputusan ujian air kencing yang dijalankan di bawah Seksyen 31A, orang tersebut hendaklah dianggapkan, sehingga dibuktikan sebaliknya, ada mengguna dadah atau ada memberi dadah kepada dirinya sendiri atau ada menyiksa mana-mana orang untuk memberi dadah kepada dirinya yang bertentangan dengan Akta ini atau peraturan-peraturannya. Seksyen 31A Akta yang sama memperuntukkan: Seksyen 31A. Pemeriksaan oleh seorang pegawai perubatan ke atas orang yang ditangkap. (1) Apabila seseorang itu ditangkap di atas tuduhan melakukan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini - (a) yang mempunyai sesuatu sifat; (b) atau yang dikatakan telah dilakukan di bawah sesuatu hal keadaan, yang boleh memberi alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu pemeriksaan ke atas orang tersebut akan dapat memberikan bukti tentang berlakunya suatu kesalahan terhadap Akta ini, adalah menjadi sah di sisi udang-undang bagi seorang pegawai perubatan bertindak dengan permintaan mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan, atau mana-mana pegawai lain yang menjadi ketua di suatu balai polis, atau mana-mana pegawai kastam, dan untuk mana-mana orang yang bertindak dalam membantu pegawai perubatan dan di bawah arahannya, untuk membuat suatu pemeriksaan atau pemeriksaan-pemeriksaan terhadap orang yang ditangkap yang dengan munasabahnya perlu bagi memutuskan kenyataan-kenyataan yang dapat memberikan bukti itu, dan untuk menggunakan atau menyebabkan untuk digunakan peraturan tersebut seperti yang dengan munasabahnya perlu untuk tujuan itu. (1A) Bagi maksud pemeliharaan keterangan, adalah menjadi sah di sisi undang-undang bagi seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan atau seorang pegawai kastam untuk menghendaki orang yang ditangkap untuk memberi contoh air kencingnya untuk tujuan pemeriksaan di bawah subseksyen (1) jika pegawai perubatan atau mana-mana orang yang membantu dalam perubatan atau yang di atas arahan pegawai perubatan tidak dapat melaksanakan tugas untuk memperoleh contoh air kencing itu pada masa yang munasabah. [11] Merujuk kes Public Prosecutor v. Chan Kam Leong [1989] 2 CLJ 311 (Rep), Zakaria Yatim J (ketika itu) telah menyatakan bahawa: “In order to prove that a person is guilty of an offence under s. 15(a), the prosecution must prove; (1) the accused administers the drugs to himself; or the accused suffers another person, contrary to s. 14 of the Act, to administer to him the dangerous drugs, and (2) that the urine of the accused is clinically tested and found to contain the drugs. “ [12] Oleh yang demikian, pihak pendakwaan mempunyai beban untuk membuktikan elemen pertuduhan yang dapat dirangkumkan oleh Mahkamah ini seperti berikut: a) Sama ada sampel air kencing yang dianalisa adalah milik tertuduh; b) Sama ada terdapat dadah berbahaya yang dikesan dalam air kencing tersebut melalui ujian yang dijalankan mengikut Seksyen 31A. c) Sama ada Amphetamine dan Methamphetamine merupakan dadah berbahaya yang ditetapkan di Bahagian III dan IV
Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. DAPATAN DAN ANALISIS MAHKAMAH DI PERINGKAT KES PENDAKWAAN a) Sama ada sampel air kencing adalah milik tertuduh [13] Mahkamah telah membuat penilian maksima kepada semua rantaian keterangan saksi-saksi pendakwaan beserta ekshibit yang dikemukakan dalam menentukan sama ada sampel air kencing tersebut adalah milik tertuduh. Bagi maksud ini Mahkamah membuat dapatan seperti berikut: a) Tertuduh telah diberi pilihan untuk memilih botol urin sendiri seperti mana yang dinyatakan oleh SP5 dan tertuduh telah memilih botol urin dengan nombor siri C0010874 (ekshibit P2(A-C)). Setelah tertuduh memilih sampul plastik yang berisi botol tersebut, SP5 telah membuka sampul plastik dihadapan tertuduh dan memberikan botol kosong tersebut kepada tertuduh. Keterangan ini turut disokong oleh keterangan SP1 yang melihat kejadian. b) SP5 telah mengarahkan SP1 untuk mengiringi tertuduh ke tandas bagi tujuan memungut air kencing tertuduh ke dalam botol bernombor siri C0010847 tersebut. Ketika berada di tandas SP1 telah mengesahkan bahawa SP1 nampak tertuduh memasukan air kencingnya ke dalam botol tersebut. c) SP1 kemudian mengiringi tertuduh kembali kepada SP5 bersama botol yang mengandungi air kencing tertuduh. Tertuduh membawa sendiri botol tersebut dan kemudian meletakkan botol berisi air kencing di atas meja di hadapan SP5. Dengan disaksikan oleh tertuduh dan SP1, ujian saringan air kencing dijalankan oleh SP5 dengan menggunakan 6 jalur ujian (test strip), dan jalur ujian bagi dadah jenis Methamphetamine menunjukkan keputusan positif. Kemudian SP5 telah mengisi butir-butir diri tertuduh pada label dan melekatkan label tersebut pada botol. Botol urin itu juga turut ditutup dan di seal oleh SP5 dengan seal keselamatan PDRM. d) SP5 telah membuat satu laporan polis (ekshibit P4) yang turut menyatakan butiran kejadian yang berlaku pada tarikh dan masa kejadian. Ekshibit P4 ini juga menjadi satu dokumen sokongan yang kuat bagi menyokong keterangan SP1 dan SP5. e) Selain itu, SP1 dan SP5 juga dapat mengecamkan gambar botol urin C0010874 (ekshibit P2(A-C)) yang digunakan di dalam kes ini, yang mana terdapat maklumat seperti no. siri botol urin C0010874, nama tertuduh, no. repot kes serta tandatangan SP5 di botol urin tersebut. f) SP5 mengesahkan telah menyerahkan botol urin yang berseal dan bermeterai PDRM serta tertuduh kepada pegawai penyiasat (SP4). Selain itu, SP5 turut menyerahkan satu borang serah menyerah sebagaimana ekshibit P5 dan satu borang permintaan ujian pengesanan dadah dalam air kencing ( borang UPD-ekshibit P1). Perkara ini disahkan pula oleh SP4 yang menyatakan sememangnya beliau menerima tertuduh, botol urin C0010874 berserta dokumen P5 dan P1 daripada SP5 pada tarikh 16.08.2022. g) SP4 turut mengesahkan bahawa botol urin yang diterima olehnya adalah bernombor siri C0010874 yang berada dalam keadaan berseal baik dengan mengandungi butiran maklumat tertuduh di pelekat label pada botol. h) SP4 seterusnya menyatakan bahawa botol urin tersebut telah disimpan di dalam dalam peti sejuk yang berkunci dan hanya SP4 sahaja yang mempunyai akses kepada peti sejuk tersebut. Pada 18.08.2022, SP4 telah mengarahkan SP1 menghantar botol urin bersama borang UPD (ekshibit P1) ke Jabatan Patologi, Hospital Raja Perempuan Zainab 2 untuk dianalisa. SP3 iaitu Juruteknologi Makmal Perubatan telah mengesahkan penerimaan botol urin dan borang UPD daripada SP1 sepertimana yang direkodkan dan tanda tangan di dalam eksibit P1 dibahagian 5. i) SP3 kemudianya telah menyerahkan botol urin dan ekshibit P1 kepada Pegawai Sains Hayat iaitu SP2 pada hari yang sama. SP2 pula mengesahkan bahawa dia telah menerima botol urin pada 18.08.2022 dari SP3 beserta Borang Permintaan Ujian Pengesahan Dadah dalam Air Kencing sepertimana dalam ekshibit P1. j) Selepas dianalisa oleh SP2, merujuk kepada laporan patologi (ekshibit P3) mengesahkan bahawa sampel air kencing tertuduh didapati positif bagi dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine yang disenaraikan dalam jadual pertama ADB 1952. [14] Berdasarkan kepada keterangan di atas, adalah jelas menunjukkan bahawa rantaian pengendalian ekshibit adalah bersambung tanpa ada kelompangan dari masa sample urin diambil sehingga dianalisa oleh SP2. Selagi sampel urin tersebut telah dilabel, dimeterai dengan sempurna, ketiadaan kacau ganggu dan SP2 telah mengesahkan bahawa sampel yang dianalisa adalah sama dengan sampel yang diterima, maka perkara ini jelas menunjukan tiada kelompangan yang wujud dalam rantaian keterangan kes pendakwaan. Seperti yang diputuskan dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. PP [2004] 4 CLJ 551, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: “The proof of the chain of evidence is only a method of proving that fact. The fact that there is “a gap” does not necessarily mean that fact is not proved. It depends on the facts and circumstances of each case. There may be a gap in the chain of evidence. But, if for example, during that “gap” the exhibits are sealed, numbered with identification numbers, there is no evidence of tampering, there is nothing that would give rise to a doubt that that exhibit is the exhibit that was recovered in that case and that was analysed by the chemist, the fact that there is a gap, in the circumstances of the case, may not give rise to any doubt of that fact. “ [15] Selain itu, Mahkamah berpendapat, pengemukaan botol urin secara fizikal di dalam kes ini adalah tidak mandatori dan tidak fatal kepada kes pendakwaan memandangkan botol urin dan rantaiannya telah dibuktikan secara secukupnya dan memuaskan. Mahkamah Persekutuan di dalam kes yang terkenal Sunny Ang v. Public Prosecutor [1966] 2 MLJ 195 (juga dirujuk di dalam kes Gunalan) secara terang dan jelas memutuskan bahawa ketiadaan mayat sekalipun membolehkan satu sabitan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibuat. Apatah lagi barang kes yang telah disahkan kewujudannya oleh semua saksi yang juga dapat dilihat melalui gambar P2 (A-C). Oleh itu, berdasarkan keterangan SP1, SP2, SP3, SP4 dan SP5, elemen pertama telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. b) Sama ada dadah berbahaya dikesan dalam air kencing tersebut melalui ujian yang dijalankan mengikut Seksyen 31A. [16] Seterusnya, bagi membolehkan anggapan di bawah seksyen 37(k) ADB 1952 terpakai dalam kes ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa ujian yang dijalankan terhadap air kencing tertuduh mematuhi peruntukan di bawah seksyen 31A ADB 1952, yang mana di dalam kes ini Mahkamah mendapati: a) Kutipan sampel air kencing tertuduh telah dibuat berdasarkan arahan SP5 yang berpangkat Inspektor di mana ianya mematuhi keperluan minima seorang pegawai polis yang berpangkat sekurang-kurangnya Sarjan seperti yang diperuntukan dibawah Sek. 31A (1A) tersebut. b) Seterusnya, SP5 juga turut menjalankan ujian saringan awal terhadap air kencing tertuduh yang mengesahkan bahawa air kencing tertuduh didapati positif dadah jenis Methamphetamine. c) Tambahan pula, permintaan pemeriksaan atau pengesanan dadah dalam air kencing tertuduh telah dibuat oleh seorang Inspektor iaitu SP4 sebagai pegawai penyiasat kes telah mematuhi keperluan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 31A ADB 1952. d) Sampel air kencing tertuduh pula telah dianalisa oleh SP2 yang merupakan Pegawai Sains (Kimia Hayat) yang bertugas di Jabatan Patologi Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bahru yang mana kedudukan dan lantikan sebagai penjawat awam tidak pernah dipertikaikan.Selain itu, pihak pembelaan juga tidak pernah mempertikaikan bahawa merupakan seorang pegawai sains yang berkhidmat dengan kerajaan. Di dalam kes Kamarul Farkaruddin Mohamed v. PP [2013] 7 CLJ 636, Mahkamah Tinggi memutuskan: “[25] Dalam kes terhadap perayu, orang yang membuat pemeriksaan dan menjalankan ujian pengesanan dadah dalam air kencing perayu adalah Encik Muhammad Nubli Mohd Shuhaimi, pegawai sains (ahli kimia hayat), Makmal Dadah dan Penyelidikan, Jabatan Patologi, Hospital Kuala Lumpur (“HKL”). Tidak dipertikaikan HKL adalah sebuah agensi di bawah Kerajaan Malaysia dan pengkhidmat HKL adalah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia.” [17] Oleh itu mahkamah berpendapat bahawa ujian yang dijalankan ke atas air kencing milik tertuduh telah mengikuti piawaian Seksyen 31A ADB 1952 dan telah dibuktikan melalui keterangan saksi-saksi pendakwaan yang telah dipanggil. Maka elemen kedua pertuduhan telah berjaya dibuktikan. [18] Justeru itu, apabila prosedur yang ditetapkan di bawah seksyen 31A tersebut telah dipatuhi maka anggapan di bawah seksyen 37(k) ADB 1952 terpakai yang mana menyebut: (k) if a person is charged for an offence of consuming a dangerous drug or administering a dangerous drug to himself or suffering any other person to administer a dangerous drug to him, and any dangerous drug is found in the urine of the person charged as a result of a urine test conducted under section 31A, the person shall be presumed, until the contrary is proved, to have consumed the drug or to have administered the drug to himself or to have suffered any other person to administer the drug to him in contravention of this Act or its regulations.; c) Sama ada Amphetamine dan Methamphetamine merupakan dadah berbahaya yang ditetapkan di Bahagian III dan IV Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. [19] Merujuk kepada eksibit P3 iaitu Laporan Patologi yang disediakan oleh SP2 telah mengesahkan bahawa hasil analisa urin di dalam botol urin tersebut adalah positif bagi dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine di mana dadah ini adalah tersenarai di Bahagian III, Jadual Pertama ADB 1952. Maka elemen ketiga juga telah dibuktikan. [20] Oleh itu, di peringkat kes pendakwaan secara keseluruhannya Mahkamah berpuas hati dengan keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan. Keterangan SP1, SP2, SP3, SP4 dan SP5 ini adalah konsisten, kredibel dan boleh dipercayai. Keterangan yang diberikan oleh semua saksi-saksi ini juga menyokong antara satu sama lain dan tidak wujud percanggahan material yang menjejaskan ke pendakwaan. [21] Di dalam kes Mahkamah Persekutuan Balachandran v. Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, Augustine Paul FCJ menegaskan maksud “prima facie” seperti berikut: “A ‘prima facie case’ is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal.” [22] Justeru itu, berdasarkan keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan dan bukti-bukti yang dikemukakan dan di atas penilaian maksimum terhadap kesemua keterangan tersebut maka Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan setiap elemen pertuduhan dan sekaligus membuktikan bahawa satu kes prima facie berjaya dibuktikan oleh pendakwaan terhadap tertuduh. [23] Tambahan pula anggapan di bawah seksyen 37(k) ADB 1952 adalah terpakai dalam kes ini setelah Mahkamah berpuas hati keperluan di bawah seksyen 31A ADB 1952 telah dipenuhi. Oleh itu tertuduh dipanggil untuk membela diri. KES DI PERINGKAT PEMBELAAN [24] Pada peringkat ini, tertuduh telah memilih untuk memberi keterangan bersumpah di dalam kandang saksi sebagai SD1 dan tiada saksi pembelaan lain yang dipanggil untuk menyokong keterangan tertuduh. [25] Secara ringkas melalui keterangan pembelaan tertuduh, tertuduh telah menyatakan bahawa pada bulan 8, tahun 2022 tertuduh telah ditahan oleh pihak polis bersama seorang lelaki yang tertuduh kenali bernama Mohd Zul Fazrin. [26] Tertuduh menyatakan bahawa tertuduh telah ditangkap di tangga rumahnya. Tertuduh selepas itu telah dibawa ke pejabat narkotik di IPD Pasir Mas. Setelah sampai di pejabat tersebut tertuduh telah diberikan botol ujian saringan air kencing oleh seorang anggota yang tertuduh tidak ingat dan tidak camkan. [27] Tertuduh menyatakan bahawa anggota yang memberikan botol urin kepada tertuduh pada ketika itu tidak pernah dipanggil hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan. Perkara ini jelas menunjukan versi tertuduh adalah berbeza dengan versi saksi pendakwaan dimana tertuduh menafikan bahawa botol urin tersebut dipilih sendiri oleh tertuduh seperti mana yang dinyatakan oleh SP5. [28] Tertuduh turut menyatakan bahawa selepas menerima botol sample urin, tertuduh telah pergi ke tandas dengan diiringi oleh seorang anggota polis lelaki yang tertuduh tidak kenal dan tidak cam. Tertuduh menyatakan bahawa anggota yang mengiringi tertuduh ke tandas itu juga tidak pernah hadir ke mahkamah memberikan keterangan. Keterangan tertuduh berkenaan perkara ini juga berbeza dengan keterangan SP1 yang menyatakan bahawa SP1 adalah anggota yang mengiringi tertuduh ke tandas pada ketika itu. [29] Seterusnya tertuduh menyatakan setelah air kencing dimasukan ke dalam botol, botol urin tersebut telah dibawa ke satu tempat yang tertuduh tidak tahu dimana kerana terlindung. Tertuduh juga menafikan melihat SP5 atau mana-mana anggota atau pegawai polis lain membuat ujian saringan air kencing terhadap air kencing tertuduh. [30] Tertuduh kemudian menyatakan selepas 5 minit tertuduh menunggu di satu penjuru di pejabat tersebut, tertuduh telah diberitahu oleh anggota yang mengiringi tertuduh ke tandas, bahawa air kencing tertuduh positif dan seterusnya tertuduh telah ditahan di dalam lokap. DAPATAN DAN ANALISIS MAHKAMAH DI PERINGKAT KES PENDAKWAAN [31] Mahkamah telah meneliti sebelum ini keterangan saksi-saksi pendakwaan di peringkat kes pendakwaan dan telah membuat dapatan bahawa satu kes prima facie telah dibuktikan terhadap tertuduh. Oleh yang demikian pada peringkat kes pembelaan, pihak pembelaan wajib menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan ataupun pembelaan perlu mengemukakan satu pembelaan penuh (absolute defence) yang sah di sisi undang-undang. Pihak pembelaan juga mestilah mengemukakan satu bentuk keterangan yang mencukupi dan munasabah untuk menimbulkan keraguan terhadap kes prima facie pendakwaan. [32] Dalam kes PP v. Roslan Abdullah [2007] 7 CLJ 249, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi menerangkan maksud keraguan munasabah seperti berikut: “Apakah yang dimaksudkan dengan Keraguan Munasabah atau “Reasonable Doubt” itu? Di dalam satu kes di India, K. Gopala Reddy v. State of Andhra Pradesh [1979] SCC (CR) 310 dinyatakan seperti berikut: ... reasonable doubt does not mean some light, airy, insubstantial doubt that may fit through the minds of any of us about almost anything at some time or the other, it does not mean a doubt begotten by sympathy out of reluctance to evict, it means a real doubt; doubt founded upon reasons. “ [33] Seterusnya di dalam kes PP v. Teh Eng Wah [1998] 8 CLJ 451, Mahkamah Tinggi memperincikan maksud keraguan yang munasabah seperti berikut: “It would not do any violence to the above if the difference between ‘fanciful’ and ‘reasonable’ is viewed as whether the evidence is credible, probable, plausible or logical that a reasonable person, having regard to the ordinary course of nature or natural events, human conduct, and in the particular circumstances of the particular case, would accept it as to act upon it as having occurred or been proven to have occurred, or as truthful or accurate; and not any doubt that could, with the application of some ingenuity, be conjured up, envisioned or visualized. “ [34] Selanjutnya, pihak pembelaan di peringkat ini juga seharusnya mengemukakan satu keterangan pembelaan yang mampu mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(k) ADB 1952 atas beban imbangan kebarangkalian (balance of probabilities). Rujukan di buat kepada kes Muhamad Zhafri bin Mohamad Yunus v. Public Prosecutor [2022] MLJU 917: “It is also trite that the presumption under Section 37(k) DDA needs to be rebutted on a balance of probabilities which is of a higher standard than merely to raise a reasonable doubt. See Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372” [35] Prinsip undang-undang yang sama juga telah digariskan dalam kes Muhammad Hafeez bin Zainudin v. Public Prosecutor & another [2022] MLJU 2300 yang mana menyebut: “In this Court’s view notwithstanding that the decisions referred above involve section 39B (1) DDA, the duty of the trial Judge to make a finding on whether a presumption is rebutted, be it under section 37(d) or 37(da) DDA for the possession or trafficking of dangerous drugs or under section 37(k) DDA for self-administration of drugs, is the same. Therefore, in a trial for section 15(1) the Magistrate must discharge the same duty in finding on whether the presumption was successfully rebutted or not. “ [36] Maka berdasarkan prinsip undang-undang yang digariskan dalam kes-kes di atas adalah jelas bahawa dalam kes di hadapan Mahkamah ini tertuduh perlu mewujudkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan bukan sekadar penafian semata-mata. Malah, Mahkamah turut menilai pembelaan yang dikemukakan atas dasar imbangan kebarangkalian sama ada keterangan pihak pembelaan mampu mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(k) ADB 1952 yang telah wujud dalam kes ini. [37] Mahkamah secara kolektif telah menilai semua keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan dan saksi pembelaan iaitu tertuduh sendiri mendapati bahawa terdapat 2 versi penceritaan yang berbeza. Secara keseluruhnya berdasarkan keterangan tertuduh, tertuduh menafikan bahawa SP1 adalah anggota polis yang mengiring tertuduh ke tandas untuk diambil sample air kencing. Tertuduh juga menafikan keberadaan SP5 kerana tertuduh menyatakan tidak ada pegawai atau anggota polis perempuan ketika kejadian. Tertuduh juga menafikan bahawa tertuduh nampak SP5 yang membuat saringan awal air kencing di hadapan tertuduh. [38] Namun demikian, setelah Mahkamah dengan teliti menilai keterangan bersumpah tertuduh, Mahkamah membuat dapatan bahawa keterangan tertuduh adalah berbentuk penafian semata-mata (mere denial) yang tidak disokong oleh mana-mana keterangan dan tidak kredible untuk dipercayai kerana tertuduh mempunyai kepentingan dalam kes ini. [39] Mahkamah merujuk kepada dapatan Mahkamah Rayuan dalam kes Ali Tan bin Abdullah v. PP [2013] 4 CLJ 757 apabila Mahkamah dalam kes ini memutuskan seperti berikut: “Indeed, mere denial or presenting a bare story of innocence, such in the circumstances of the present case, cannot amount to reasonable doubts. The court’s acceptance of explanation offered by an accused person must be based upon reason and common sense, and cannot be illogical or irrational. The existence of reasonable doubt is dependent upon the totality of evidence and on as examination of all the evidence in a fair and reasonable manner and not in isolation.” [40] Penafian tertuduhan terhadap segala keterangan yang dibuat oleh SP1, SP4 dan SP5 yang merupakan anggota dan pegawai polis yang berkhidmat dengan PDRM secara tidak langsung menunjukan bahawa tertuduh ingin menyatakan saksi-saksi tersebut telah mereka cerita dan menipu di mahkamah ketika mereka memberikan keterangan. Mahkamah mendapati adalah tidak munasabah untuk anggota dan pegawai polis tersebut menipu dan menganiaya tertuduh kerena semua saksi tersebut tidak mempunyai sebarang kepentingan atau motif untuk berbuat demikian. [41] Mahkamah ini menerima saksi-saksi pendakwaan yang merupakan anggota dan pegawai polis sebagai saksi yang boleh dipercayai berbanding tertuduh dengan mengguna pakai pendekatan yang diambil dalam kes PP v. Mohamed Ali [1962] SMCU 129; [1962] 1 LNS 129 di mana Thomson CJ menyatakan: “When a Police witness says something that is not inherently improbable his evidence must in the first instance be accepted. If he says he saw a cow jumping over the moon his evidence is, of course, not to be accepted, but if he says he saw a cow wandering along one of the main streets of Kuala Lumpur (the sort of thing we all see every day of our lives) there is not the slightest justification for refusing to believe him. Of course if his evidence is contradicted by other evidence or is shaken by cross-examination then it becomes the business of the Magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of contradiction, however, and in the absence of any element of inherent improbability the evidence of any witness, whether a Police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted.” [42] Oleh itu pada peringkat ini Mahkamah memilih untuk menerima keterangan saksi-saksi pendakwaan yang lebih meyakinkan dan boleh dipercayai berbanding keterangan tertuduh yang merupakan satu bentuk penafian kosong semata-mata. [43] Tambahan pula, pihak pembelaan dalam kes ini tidak pernah mengemukaan apa-apa bukti lain, saksi lain, atau keterangan lain untuk menyokong versi cerita tertuduh. Sesuatu penafian tanpa keterangan sokongan daripada saksi atau dokumen sokongan lain merupakan satu penafian kosong semata-mata. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v. PP & Another [2015] 2 CLJ 145 telah mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menyatakan: “The bare denial by the Respondent does not amount any doubt whatsoever. “ Mahkamah Persekutuan selanjutnya menambah: “A mere denial does not amount to a credible defence“ [44] Pada hemat mahkamah, memandangkan tiada keterangan lain untuk menyokong keterangan tertuduh, ia kekal sebagai satu penafian kosong semata-mata, tambahan pula tertuduh secara umumnya menafikan versi cerita dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan. Pendapat mahkamah ini turut disokong oleh keputusan Mahkamah di dalam kes PP v. Nur Hassan Bin Salip Hashim & Anor [1993] 2 CLJ 551 yang menyatakan: “The evidence of the second Accused was only one of denial; denial of having ever seen the orange plastic bag containing the cannabis, denial of having been together with the first Accused, denial of sitting on the same chair together with the first Accused and denial of being found immediately next to the orange plastic bag containing the cannabis. All these evidence of the second Accused were offered in contradiction to the evidence of the prosecution. The denials have not in any way created any doubt, on a balance of probabilities, in the case of the prosecution. Neither were the presumptions of possession or knowledge rebutted. Nothing was offered by the evidence of the second Accused by way of rebutting the presumption of trafficking arising from the fact that the cannabis weighed 311.4 grammes. The second Accused had also therefore failed to rebut the presumption of trafficking.” [45] Oleh itu, prinsip yang sama juga terpakai dalam kes ini dimana penafian kosong tertuduh dalam kes ini tidak langsung menimbulkan sebarang keraguan di atas imbangan kebarangkalian kepada kes pendakwaan. Anggapan dibawah Seksyen 37(k) ADB 1952 juga telah gagal untuk dipatahkan oleh pihak pembelaan. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PEMBELAAN [46] Mahkamah ini telah berpegang pada prinsip asas undang-undang di dalam kes Mat v. PP [1963] 1 MLJ 263 sebelum membuat keputusan di akhir kes pembelaan yang menyatakan dalam perenggan (d) seperti berikut: “The position may be conveniently stated as follows:- (a) If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused’s guilt Convict. (b) If you accept or believe the accused’s accused’s explanation explanation Acquit. (c) If you do not accept or believe the Do not convict but consider (d) If you do not accept or believe the accused’s explanation and that the next steps below explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt Convict. (e) If you do not accept or believe the accused’s explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt Acquit.” [47] Oleh itu, setelah mempertimbangkan pembelaan tertuduh serta hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan seterusnya gagal mematahkan anggapan dibawah seksyen 37(k) ADB 1952 di atas imbangan keberangkalian. Oleh yang demikian, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan yang munasabah terhadap tertuduh. Dengan itu, tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan yang dipertuduhkan terhadapnya. HUKUMAN [48] Dalam rayuan mengurangkan hukuman, peguam tertuduh telah memohon supaya hukuman berbentuk denda dijatuhkan terhadap tertuduh atas alasan bahawa tertuduh telah berusia 50 tahun dan merupakan seorang penjawat awam sebagai seorang guru. Tertuduh juga merayu dan menyatakan bahawa tertuduh telah memberikan kerjasama penuh di sepanjang perbicaraan kes ini berlangsung. Tertuduh juga masih berkhidmat sebagai guru di sebuah sekolah kerajaan dan tidak mempunyai masalah displin di tempat kerja. [49] Timbalan Pendakwa Raya dalam hujahan pemberatannya pula menegaskan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh merupakan kesalahan serius yang melibatkan penglibatan najis dadah. Pendakwaan menghujahkan kepentingan awam harus diutamakan daripada kepentingan tertuduh. Tertuduh pula merupakan seorang guru yang sepatutnya tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Kes ini juga telah dibicarakan sejak tahun 2022 yang mana telah membuang masa dan kos pihak-pihak. Pihak Pendakwaan memohon supaya satu hukuman berat berbentuk penjara dari tarikh sabitan dijatuhkan terhadap tertuduh. [50] Setelah Mahkamah menimbangkan rayuan tertuduh serta hujahan pemberatan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Mahkamah telah menjatuhkan satu hukuman yang setimpal iaitu hukuman penjara selama 2 bulan dari tarikh sabitan dan denda RM 4000 gagal bayar 6 bulan penjara serta perintah pengawasan polis selama 2 tahun. [51] Dalam menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap tertuduh mahkamah telah mempertimbangkan hujahan pihak-pihak dan prinsip asas hukuman dalam kes-kes yang telah diputuskan di Mahkamah atasan. Merujuk kepada kes PP v. Jafa Bin Daud [1981] 1 MLJ 315, YA Hakim Azmi menerangkan konsep hukuman seperti berikut :- “A “sentence according to law” means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles. In assessing sentence, one of the main factors to be considered is whether the convicted person is a first offender. It is for this purpose that before passing sentence, a Magistrate is required to call for evidence or information regarding the background, antecedent and character of the accused. Where the convicted person has previous records and admits them as correct, the court must consider whether the offence or offences committed previously were of similar nature as the one with which he is presently charged. The court must then consider the sentences imposed in the previous convictions for similar offences to determine whether they have had any deterrent effect on him. Where he is found to be a persistent offender for a similar type of offences, then it is in the interest of justice that a deterrent sentence should be passed and, in such a case, unless there are exceptional circumstances, the quantity, nature or value of the subject-matter of the offence with which he is currently charged can very rarely constitute a mitigating factor” [52] Dalam kes yang penting iaitu Letitia Bosman v. PP & Other Appeals [2020] 8 CLJ 147, Mahkamah Persekutuan melalui Penghakiman YAA Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar (pada ketika itu) menyebut:- “Sentencing is the final process in a criminal trial. A sentence is a final order disposing of a criminal case in court. It involves punishment, which is meted out by court to punish offenders. Those who are guilty will receive the prescribed punishment for their crime. Before the court passes sentence, a few steps are usually taken. Generally, the law does not fix a mandatory sentence for a certain offence. A maximum sentence is prescribed for the offence and the court is left to decide the appropriate sentence within the ambit of the punishment provision. In such a case, the accused will then makes a plea of mitigation, which is a submission to move the court to pass a lenient sentence. It bears noting that under the scheme of Chapter XX of CPC that governs the procedure of criminal trials in the High Court, there is no statutory requirement for mitigating factors to be considered by the court before it passes sentence according to law. Although there is no provision in the CPC for a plea in mitigation in High Court trials, nevertheless as a matter of fact, in practice it is quite common to allow a plea in mitigation before the court imposes sentence. After the accused has submitted the mitigation plea, the prosecution will submit the aggravating factors for the purpose of pressing for a heavy sentence. In passing sentence, the court takes into consideration the mitigating and aggravating factors in order to ensure that the sentence is in accordance with the law. Passing a sentence according to law means the sentence imposed must not only be within the ambit of the sentence period stipulated but also assessed and passed according to established judicial principles” [53] Oleh yang demikian, jika undang-undang tidak menetapkan hukuman mandatori untuk satu kesalahan jenayah, Hakim atau Majistret itu mempunyai budibicara yang luas untuk menentukan hukuman yang sewajarnya untuk dijatuhkan terhadap pesalah. Pihak pembelaan dan pihak pendakwaan juga boleh membantu Mahkamah dengan mengemukakan hujahan rayuan mitigasi dan pemberatan sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan terhadap tertuduh. [54] Seterusnya berdasarkan kes R v. Ball [1951] 35 Cr App R 164 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan prinsip undang-undang yang boleh membimbing mahkamah dalam mempertimbangkan hukuman yang setimpal seperti berikut: “In deciding the appropriate sentence a Court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is public enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deters others who might be tempted to try crime and seeming to offer easy money on the supposition that, if the offender is caught and brought to justice, the punishment wil be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leave it to the Court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe.” [55] Maka dalam menentukan satu hukuman yang setimpal kepentingan awam mestilah menjadi faktor utama yang dipertimbangkan oleh mahkamah. Bagi maksud kepentingan awam, keadilan sesuatu hukuman tidak bermaksud keadilan kepada tertuduh sahaja malah juga kepada masyarakat secara umum. Justeru itu, dalam menjatuhkan hukuman mahkamah hendaklah memastikan kepentingan awam terjamin dan menjadi fokus utama. Perkara ini kerana masyarakat memerlukan perlindungan daripada jenayah yang dilakukan oleh tertuduh. Matlamat untuk melindungi masyarakat ini boleh dicapai dengan mengenakan hukuman yang berbentuk deterrent bagi mencegah, menghalang, atau menakutkan seseorang daripada melakukan kesalahan jenayah yang sama. [56] Melihat kepada kes ini, adalah menjadi tujuan utama hukuman ini dijatuhkan adalah untuk melindungi masyarakat dari terus terjebak dengan najis dadah. Kes melibatkan penyalahgunaan dadah merupakan satu pendemik dalam masyarakat yang sememangnya wajar di banteras dan dipandang serius. [57] Selain itu Mahkamah juga mengambil kira jenayah melibatkan dadah di daerah Pasir Mas ini adalah amat membimbangkan di mana hampir 80% statistik jenayah di daerah ini adalah melibatkan najis dadah. Keadaan yang tidak terkawal dan semakin berleluasa (rampant) ini perlu di tangani dengan hukuman yang mencerminkan ketegasan Mahkamah dalam menangani jenayah yang melibatkan najis dadah di dalam daerah Pasir Mas ini agar tidak melarat serta mampu memusnahkan tamadun masyarakat yang berwawasan. [58] Kes ini juga telah diputuskan melalui satu perbicaraan penuh sejak tahun 2022 sehingga 2025 di mana seramai 5 orang saksi pendakwaan dipanggil dan 7 ekshibit dikemukakan. Justeru itu hukuman yang dikenakan hendaklah mengambil kira masa perbicaraan yang panjang dan jumlah saksi yang telah dipanggil kerana perkara ini melibatkan kos kerajaan dan juga masa pihak-pihak. Tindakan tertuduh untuk tidak mengaku bersalah juga menunjukan bahawa tertuduh tidak insaf atau menyesal dengan perbuatan jenayah yang dilakukanya. [59] Selain itu Mahkamah juga memandang serius fakta bahawa tertuduh adalah seorang guru di sebuah sekolah kerajaan yang telah berusia 50 tahun. Tertuduh adalah seorang individu yang diberikan mandat dan kepercayaan oleh kerajaan untuk mendidik anak bangsa namun tertuduh telah memilih untuk terlibat dengan najis dadah yang mana tertuduh sendiri telah mengkhianati kepercayaan tersebut. Mahkamah melihat perkara ini adalah satu perkara yang serius kerana najis dadah dilihat semakin merebak masuk ke dalam sistem pendidikan sehingga guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah semakin ramai yang terlibat. [60] Oleh itu, hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini adalah merupakan satu hukuman yang setimpal dan wajar dalam memberikan pengajaran dan keinsafan kepada tertuduh dengan memetik penghakiman Yang Arif Wan Yahya dalam kes Public Prosecutor v. Vijaya Raj [1981] 1 MLJ 43 yang menyebut: “You have disgraced both yourself and your profession. As a result, you will, no doubt, lose your position, your calling and, above all, the respect which you have commanded as a headmaster. The job of a master, teacher and adviser to our future generation is indeed an honourable one and you have lost it by merely, as the records speak, through your inability to cut your coat according to your cloth. It is distressing to note that a single act of dishonesty had demolished a respectable profession which had taken the best years of your life to build. The loss of your job and the humiliation suffered by this conviction are by themselves a substantial part of your punishment. “ [61] Berdasarkan kes ini juga Mahkamah telah mempertimbangkan bahawa hukuman yang telah dijatuhkan terhadap tertuduh bukanlah satu hukuman yang terlalu berat atau satu hukuman yang terlalu ringan. Malah hukuman tersebut adalah satu hukuman yang setimpal mengambil kira tertuduh dalam kes ini akan kehilangan pekerjaanya sebagai seorang guru dan segala keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan kepadanya sebelum disabitkan atas pertuduhan ini yang juga merupakan satu bentuk hukuman kepada tertuduh. [62] Oleh itu setelah mempertimbangkan segala keterangan secara menyeluruh dan setiap prinsip undang-undang dalam membuat keputusan kes serta menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Mahkamah percaya bahawa sabitan terhadap tertuduh dalam kes ini adalah selamat untuk dikekalkan dan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah ini adalah satu hukuman yang munasabah, setimpal dan adil. Bertarikh: 7 September 2025 Syed Farid Bin Syed Ali Majistret Mahkamah Majistret Pasir Mas Negeri Kelantan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.