Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR [CB-83D-1364-08/2023] [CB-83D-1910-11/2023] PENDAKWA RAYA LAWAN KAMARUDIN BIN ABDULLAH … TERTUDUH PERTAMA NIK ZAIDAH BINTI NIK LONG … TERTUDUH KEDUA ALASAN PENGHAKIMAN
CB-83D-1910-11/2023
Magistrates Court of Malaysia18 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“16. Seperti yang telah dinyatakan oleh Mahkamah ini dalam penghakiman lisan kes Pendakwa Raya lwn. Mohamad Nazri bin Ali [2024] MLJU 3833, sistem terbaik yang sepatutnya digunakan adalah untuk barang rampasan ditanda sebaik sahaja dirampas di tempat serbuan dan sebelum disimpan di mana-mana agar identiti barang rampasa”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR [CB-83D-1364-08/2023] [CB-83D-1910-11/2023] PENDAKWA RAYA LAWAN KAMARUDIN BIN ABDULLAH … TERTUDUH PERTAMA NIK ZAIDAH BINTI NIK LONG … TERTUDUH KEDUA ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tertuduh-tertuduh di dalam kes ini telah dituduh secara bersama-sama dengan lima (5) pertuduhan seperti berikut: [CB-83D-1364-08/2023]
1
BERBAHAYA JENIS METHAMPHETAMINE (BERAT BERSIH 78 GRAM) TANPA MEMPUNYAI KEBENARAN YANG SAH SEKSYEN 12(3) AKTA YANG SAMA DAN DIBACA BERSAMA PERTUDUHAN PINDAAN KEDUA BERBAHAYA JENIS NIMETAZEPAM (BERAT BERSIH 0.64 GRAM) TANPA MEMPUNYAI KEBENARAN YANG SAH SEKSYEN 12(3) AKTA YANG SAMA DAN DIBACA BERSAMA [CB-83D-1910-11/2023]
7
BERBAHAYA JENIS METHAMPHETAMINE (BERAT BERSIH 17 GRAM) TANPA MEMPUNYAI KEBENARAN YANG SAH SEKSYEN 39A(1) AKTA YANG SAMA DAN DIBACA BERSAMA PERTUDUHAN KEDUA BERBAHAYA JENIS HEROIN (BERAT BERSIH 0.17 GRAM) TANPA MEMPUNYAI KEBENARAN YANG SAH MENGIKUT UNDANG-UNDANG. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 12(2) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 (PINDAAN 1998) AKTA A 1025 DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 12(3) AKTA YANG SAMA DAN DIBACA BERSAMA SEKSYEN 34 KANUN KESEKSAAN.” PERTUDUHAN KETIGA BERBAHAYA JENIS MONOACETYLMORPHINES (BERAT BERSIH 1.03 GRAM) TANPA MEMPUNYAI KEBENARAN YANG SAH MENGIKUT UNDANG-UNDANG. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 12(2) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 (PINDAAN 1998) AKTA A 1025 DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 12(3) AKTA YANG SAMA DAN DIBACA BERSAMA SEKSYEN 34 KANUN KESEKSAAN.”
2
Tertuduh-Tertuduh tidak mengaku salah terhadap pertuduhan-pertuduhan tersebut dan telah mohon untuk dibicarakan.
3
Berdasarkan perenggan 173(h)(i) Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”), mahkamah seharusnya memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh. Perenggan 173(h)(i) KTJ juga memperuntukkan bahawa beban pembuktian pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan adalah suatu kes prima facie. Perenggan 173(h)(iii) KTJ selanjutnya menjelaskan bahawa satu kes prima facie wujud apabila bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan mewajarkan satu sabitan kes atas Tertuduh sekiranya tidak disangkal oleh Tertuduh. Sekiranya kes prima facie dibuktikan oleh pihak pendakwaan, maka Tertuduh akan dipanggil untuk membela diri.
4
Mahkamah ini juga sedia maklum dengan prinsip-prinsip di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734, PP v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 dan Dato' Mokhtar bin Hashim & Anor v. Public Prosecutor [1983] 1 CLJ 138 berkenaan tugas Mahkamah ini pada akhir kes pendakwaan.
5
Oleh itu, Mahkamah ini akan menimbangkan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh-Tertuduh atau tidak dengan menilai keterangan pihak pendakwaan secara maksimum dan bertanya kepada dirinya sendiri: sekiranya Mahkamah ini memutuskan untuk memanggil Tertuduh-Tertuduh membela diri dan mereka memilih untuk berdiam diri, adakah mahkamah bersedia untuk mensabitkannya berdasarkan keseluruhan keterangan yang terkandung dalam kes pendakwaan?
6
Untuk satu pertuduhan di bawah subseksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”) dan subseksyen 12 (2) ADB juga, pihak pendakwaan perlulah membuktikan: a. Barang kes dadah yang dijumpai adalah milik Tertuduh-Tertuduh; dan b. Barang kes dadah yang dirampas adalah barang yang tersenarai sebagai dadah berbahaya dalam Jadual Pertama, ADB.
7
Pihak pendakwaan telah memanggil sebanyak 5 orang saksi iaitu: SP1: Mohd Shahir bin Zakaria - Ahli Kimia SP2: S/Insp Johan bin Hashim – Pengadu / Pegawai Tangkapan SP3: Insp Arulmolyvarman A/L R Arumugam - Pegawai Penerima Barang Kes SP4: D/L/KPL Nor Amyliah binti Md Som - Penjaga Stor BDJND Temerloh SP5: Insp Afifa binti Anuar - Pegawai Penyiasat
8
Dalam kes ini, SP2 telah menahan kedua-dua Tertuduh yang berada di sebuah motokar di mana Tertuduh Pertama berada di tempat duduk pemandu manakala Tertuduh Kedua berada di tempat duduk penumpang hadapan. Barang kes dadah dijumpai di bahagian brek tangan secara terbuka di dalam motokar tersebut, iaitu di antara kedua-dua Tertuduh.
9
SP2 semasa pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas telah menyatakan bahawa beliau tidak mengisi borang bongkar pada masa dan di tempat serbuan dibuat. Barang rampasan juga tidak ditanda pada masa dan di tempat serbuan. Kedua-dua perkara ini tidak dipertikaikan.
10
Penandaan pada barang rampasan serta pengisian borang bongkar hanya dilakukan bilamana SP2 tiba di Pejabat BSJND Temerloh selepas serbuan. Masa pengisian borang bongkar dan penandaan barang rampasan tidak dinyatakan dengan tepat.
11
SP2 dalam keterangannya menyatakan bahawa dalam tempoh masa antara barang rampasan ini dirampas dan ditanda, barang-barang tersebut berada dengan beliau. Bagaimana beliau menyimpan barang rampasan kes ini tidak dinyatakan dengan jelas. SP2 hanya menyatakan barang rampasan dibawa balik dengan kenderaan yang terlibat dengan serbuan iaitu sebuah motokar Toyota Vios.
12
Semasa pemeriksaan utama, SP2 juga menyatakan bahawa sebelum Tertuduh-Tertuduh ini ditahan, terdapat juga tangkapan-tangkapan lain di kawasan tersebut. Butiran dan bilangan tangkapan tidak dinyatakan dengan jelas. Semasa pemeriksaan balas, SP2 menyatakan bahawa tangkapan yang dibuat adalah lebih kurang 2 hingga 3 orang. SP2 juga bersetuju bahawa bilangan orang yang ditangkap adalah lebih daripada seorang. Bagi jenis kesalahan pula, SP2 menyatakan bahawa kesalahan sekurang-kurangnya salah satu tangkapan tersebut adalah kesalahan “memiliki” yang boleh ditafsirkan sebagai kesalahan “memiliki” dadah berbahaya.
13
Untuk tangkapan-tangkapan ini, tiada keterangan yang jelas menyatakan bahawa SP2 merupakan ketua pasukan serbuan. Namun begitu, terdapat kebarangkalian bahawa SP2 juga merupakan ketua pasukan serbuan untuk tangkapan-tangkapan tersebut kerana SP2 merupakan pegawai serbuan yang memberikan taklimat kepada pasukan serbuan sebelum pasukan serbuan berlepas dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.
14
Apa yang jelas dan tidak dapat dinafikan daripada keterangan ini adalah bahawa SP2 sendiri terlibat dalam lebih daripada satu tangkapan yang melibatkan barang kes dadah sebelum tangkapan terhadap Tertuduh-Tertuduh dibuat. Tangkapan yang melibatkan kesalahan memiliki dadah berbahaya semestinya melibatkan rampasan barang kes dadah dan dalam ketiadaan sebarang keterangan yang menyatakan sebaliknya, adalah wajar untuk menganggap barang kes dadah juga disimpan dan berada dengan SP2 sebagai ketua pasukan serbuan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat kes kelak.
15
Barang-barang rampasan yang dirampas daripada tangkapan sebelum serbuan terhadap Tertuduh-Tertuduh tidak dinyatakan dengan jelas sama ada tidak ditanda atau ditanda. Oleh itu, terdapat satu keraguan bagaimana SP2 mengenal pasti setiap barang rampasan yang dirampas di tempat kawasan tersebut sedangkan terdapat lebih daripada 1 tangkapan/rampasan pada hari tersebut.
16
Seperti yang telah dinyatakan oleh Mahkamah ini dalam penghakiman lisan kes Pendakwa Raya lwn. Mohamad Nazri bin Ali [2024] MLJU 3833, sistem terbaik yang sepatutnya digunakan adalah untuk barang rampasan ditanda sebaik sahaja dirampas di tempat serbuan dan sebelum disimpan di mana-mana agar identiti barang rampasan dapat dikenalpasti dengan jelas serta tidak bercampur dengan barang rampasan lain. Sistem penandaan ini tidak digunakan oleh SP2. Keadaan ini diburukkan lagi dengan ketiadaan borang bongkar yang diisi di tempat kejadian. Sehubungan dengan itu, terdapat keraguan berkenaan barang yang benar-benar dirampas daripada Tertuduh-Tertuduh di tempat kejadian memandangkan terdapat lebih daripada satu tangkapan/rampasan pada hari tersebut yang diketuai oleh SP2. Terdapat kemungkinan barang-barang yang disenaraikan di borang bongkar P17 bukan barang-barang yang dirampas daripada Tertuduh-Tertuduh.
17
Dalam kes PP v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 FC telah dinyatakan: - “at the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused.”.
18
Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah ini membuat dan menerima inferens yang paling menyebelahi Tertuduh-Tertuduh iaitu terdapat inferens bahawa barang kes dadah yang diserahkan kepada Pegawai Penyiasat SP5 yang dianalisa oleh Ahli Kimia SP1 bukan merupakan barang kes dadah yang dirampas daripada Tertuduh-Tertuduh oleh SP2. Oleh itu, Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh-Tertuduh berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan sebentar tadi. Adalah tidak selamat untuk memanggil Tertuduh-Tertuduh untuk membela diri terhadap pertuduhan-pertuduhan kes ini dan Mahkamah ini tidak bersedia untuk mensabitkan Tertuduh-Tertuduh jika pembelaan dipanggil dan Tertuduh-Tertuduh memilih untuk berdiam diri.
19
Maka, Tertuduh-Tertuduh adalah dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil untuk membela diri. Wang jaminan dikembalikan. Bertarikh 15hb Januari 2026 TAN CHIEW KING MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET (1) TEMERLOH PAHANG Pihak-pihak: Pihak Pendakwaan: Adriana binti Azrin (Timbalan Pendakwa Raya) Peguambela bagi Richard Bong Chong Fook & Tertuduh: Bong Hongjie, Ivan (Bong & Co.)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.