Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PASIR PUTEH DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM NO KES : DF-82D-6-08/2023 ANTARA 5 PENDAKWA RAYA LAWAN 10 MOHD SHAZNAS BIN MAT NASIR NO. K/P: 890608035437 …ORANG KENA TUDUH (OKT) ALASAN PENGHAKIMAN 15
DF-82D-6-08/2023
Magistrates Court of Malaysia31 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“other hand, it is clear law that the prosecution must have in court all witnesses from whom statements have been taken, but they have a discretion whether to call them or not. (See Teh Lee Tong v PP [1956] MLJ 194.) That discretion, however, must be exercised having regard to the interests of justice, which 10 includes”
“13. Pengecualian individu lain daripada akses kepada bilik tersebut perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Mahkamah merujuk kepada kes Pendakwa Raya v Ang Kian Chai [2012] MLJU 158 yang menyatakan: The evidence showed that Chen Jing is a very material witness 15 to the unfolding of the factual matrix of the whole case”
“m evaluation” dan “credible evidence” adalah sebagaimana yang diputuskan dalam kes Abdullah bin Atan v Public Prosecutor and other appeals, [2020] 6 MLJ 727 dan kes Public Prosecutor v Tal bin Shuaib [2017] MLJU 2408. 5”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PASIR PUTEH DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM NO KES : DF-82D-6-08/2023 ANTARA 5 PENDAKWA RAYA LAWAN 10 MOHD SHAZNAS BIN MAT NASIR NO. K/P: 890608035437 …ORANG KENA TUDUH (OKT) ALASAN PENGHAKIMAN 15
1
Tertuduh dalam kes ini telah dituduh dengan tiga pertuduhan di bawah seksyen 12(2) dan 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) sebagaimana berikut: Pertuduhan pertama 20 Bahawa kamu pada 16/01/2017 jam lebih kurang 12.30 tengah malam bertempat di sebuah rumah tanpa nombor Kampung Berangan, Bukit Abal, Pasir Puteh di dalam jajahan Pasir Puteh di dalam negeri Kelantan telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat bersih (0.944 gram). Dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) adb 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) akta yang sama. 5 Pertuduhan kedua Bahawa kamu pada 16/01/2017 jam lebih kurang 12.30 tengah malam bertempat di sebuah rumah tanpa nombor Kampung Berangan, Bukit Abal, Pasir Puteh di dalam jajahan Pasir Puteh di dalam negeri Kelantan telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya jenis 10 Nimetazepam dengan berat bersih (0.008 gram). Dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) akta yang sama. Pertuduhan ketiga 15 Bahawa kamu pada 16/01/2017 jam lebih kurang 12.30 tengah malam bertempat di sebuah rumah tanpa nombor Kampung Berangan, Bukit Abal, Pasir Puteh di dalam jajahan Pasir Puteh di dalam negeri Kelantan telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya jenis Cannabis dengan berat bersih (0.700 gram). Dengan itu kamu telah 20 melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 6 ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen dan akta yang sama.
2
Setelah meneliti semua keterangan saksi-saksi pendakwaan dan hujahan-hujahan yang difailkan, Mahkamah telah mendapati bahawa 25 pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh. Oleh itu Mahkamah telah melepaskan dan membebaskan tertuduh tanpa dipanggil membela diri. KES PENDAKWAAN 5
3
Ringkasan fakta kes pendakwaan adalah seperti berikut: a. Pada 16.01.2017, bertindak atas maklumat dadah, pada jam lebih kurang 12.30 tengah malam, Insp Mohamad Hafiz Bin Lukman (SP1) bersama 10 anggota telah membuat serbuan di sebuah rumah tidak 10 bernombor di Kampung Berangan, Bukit Abal, 16800 Pasir Puteh, Kelantan. b. Apabila sampai di rumah tersebut, SP1 melihat pintu di bahagian dapur dalam keadaan terbuka. SP1 bersama SP2 telah masuk ke 15 dalam dapur tersebut dan melihat OKT berada di dalam bilik pada ruangan atas rumah. Anggota-anggota lain membuat kawalan di sekitar rumah untuk memastikan tiada pergerakan keluar atau masuk ke dalam rumah tersebut. Sebelum serbuan tiada pemerhatian dibuat untuk pastikan siapa yang keluar masuk ke dalam rumah tersebut. 20 c. SP1 telah memperkenalkan diri sebagai pegawai polis sambil naik ke ruangan atas rumah untuk menuju ke arah lelaki tersebut. SP1 dan SP2 melihat OKT dalam keadaan panik dan terkejut lalu menghala ke arah tingkap dengan kaki yang terhencot-hencot. Dalam masa yang 25 sama SP1 turut melihat OKT memegang satu kotak dan menghala ke arah tingkap lalu mencampakkan kotak tersebut ke luar rumah melalui tingkap tersebut. d. SP1 dan SP2 kemudiannya telah menahan OKT. SP1 telah mengarahkan SI Zulkarnain yang sedang berada di luar rumah untuk 5 mengambil kotak tersebut dan menyerahkan kepada SP1. e. SP1 telah membuat pemeriksaan ke atas kotak tersebut dan mendapati di dalamnya mengandungi 69 biji disyaki pil yaba. Kemudian, SP1 telah membuat pemeriksaan lanjut dalam bilik 10 tersebut dan menemui satu kotak rokok di mana di dalamnya mengandungi satu balutan plastik cerah berisi ketulan mampat daun kering warna hijau disyaki ganja dan satu foil aluminium yang mengandungi pil putih disyaki dadah. 15 f. Kesemua barang kes telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia dan hasil analisis mendapati barang-barang kes mengandungi 0.944 gram
0
Methamphetamine, 700 gram cannabis dan 0.008 gram Nimetazepam. 20
4
Prinsip undang-undang dalam pembuktikan kes prima facie oleh pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan adalah sebagaimana yang diputuskan dalam kes Looi Kow Chai & Anor v PP (2003) 1 CLJ 734 25 dan dalam kes Balachandran a/l Selvaratnam v PP (2005) 1 CLJ 85.
5
Prinsip undang-undang berkenaan “maximum evaluation” dan “credible evidence” adalah sebagaimana yang diputuskan dalam kes Abdullah bin Atan v Public Prosecutor and other appeals, [2020] 6 MLJ 727 dan kes Public Prosecutor v Tal bin Shuaib [2017] MLJU 2408. 5
6
Kes-kes duluan di atas yang dirujuk memberikan gambaran peri pentingnya setiap tapisan, ujian dan penilaian dibuat ke atas semua keterangan pihak pendakwaan. Turut ditekankan juga adalah keperluan pihak pendakwaan mengemukakan keterangan yang boleh dipercayai (“credible”).
7
Kesalahan di bawah seksyen 6 dan 12(2) ADB 1952, yang menjadi pertuduhan terhadap OKT memperuntukkan: Restriction on possession of raw opium, coca leaves, poppy- 15 straw and cannabis
6
Any person who keeps or has in his possession, custody or control any raw opium, coca leaves, poppy-straw or cannabis or the seeds of the plants from which they may be obtained either directly or indirectly, except under and in accordance with an 20 authorization such as is referred to in sections 4 and 5 or with any regulation made under section 7 thereof, shall be guilty of an offence against this Act and liable on conviction to a fine not exceeding **twenty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both. 25 …
12
Restriction on import and export of certain dangerous drugs
1
No person shall except under the authorization of the Minister—
a
import into Malaysia any dangerous drug specified in Parts III,
b
export from Malaysia any dangerous drug specified in Parts III and IV of the First Schedule.
2
No person shall have in his possession, custody or control any dangerous drug to which this Part applies unless he is authorized to be in possession, custody or control of such drug or is deemed 10 to be so authorized under this Act or the regulations made thereunder.
8
Dalam membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan, terdapat dua elemen yang perlu dibuktikan iaitu: 15 a. Dadah yang dirampas itu adalah dadah berbahaya; dan b. OKT mempunyai milikan ke atas dadah berbahaya tersebut DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN 20
9
Dalam mempertimbangkan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atau tidak, tumpuan Mahkamah terarah kepada elemen kedua iaitu pemilikan OKT ke atas dadah berbahaya tersebut. Bagi elemen pertama Mahkamah mendapati pihak 25 pendakwaan telah berjaya membuktikan barang kes tersebut sebagai dadah berbahaya melalui keterangan SP3. Walaupun pihak pembelaan mempertikaikan tiada timbangan berat kasar dalam laporan pengadu (P1), borang bongkar (P4) dan borang serah-menyerah (P6), Mahkamah mendapati rantaian barang kes tidak terputus dan pengesahan dadah berbahaya tersebut tidak dapat dicabar selepas analisis dijalankan oleh
10
Setelah meneliti semua keterangan yang ada, Mahkamah mendapati kes pendakwaan dibina berasaskan keterangan SP1 iaitu pengadu yang merupakan pegawai tangkapan, SP2 yang merupakan anggota tangkapan dan SP4 yang merupakan pegawai penyiasat dalam kes ini.
11
Pembuktian pihak pendakwaan berkenaan elemen pemilikan dadah tersebut adalah berpaksikan kepada fakta berikut: a. SP1 bersama SP2 telah masuk ke dalam rumah melalui pintu 15 rumah yang dalam keadaan terbuka; b. SP1 dan SP2 mendapati hanya OKT sahaja yang berada di dalam bilik tersebut dan tiada individu lain bersama dengan OKT; 20 c. SP1 telah melihat OKT menuju ke tingkap bilik dan mencampakkan sesuatu objek dengan tangan kanannya melalui tingkap bilik selepas SP1 memperkenalkan diri sebagai pegawai polis; 25 d. Kedudukan OKT yang berada berhampiran dengan tempat dadah dijumpai ketika proses tangkapan; dan e. Reaksi OKT yang terkejut dan panik semasa SP1 membuat serbuan.
12
Walau bagaimanapun, pihak pendakwaan telah gagal memanggil penghuni-penghuni lain di dalam rumah tersebut sebagai saksi bagi mengecualikan akses orang lain kepada bilik tersebut. 10
13
Pengecualian individu lain daripada akses kepada bilik tersebut perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Mahkamah merujuk kepada kes Pendakwa Raya v Ang Kian Chai [2012] MLJU 158 yang menyatakan: The evidence showed that Chen Jing is a very material witness 15 to the unfolding of the factual matrix of the whole case bearing in mind that she was also arrested and was a suspect but she was subsequently released. Without a doubt, Chen Jing was a tenant and an occupant of the said house and she had access to the unlocked room where the raw opium was found. 20 If produced as a witness by the prosecution or if offered for cross-examination to the defence, Chen Jing would be able to give a true account of what had transpired in the said house in relation to the raw opium. In our judgment, if called, Chen Jing would be 25 able to answer the following nagging questions:
a
whether she had knowledge of the presence of the raw opium in the said room?
b
whether she was in possession of the raw opium in question?
c
whether her husband by the name of Goo Aik Hiang had knowledge and/or possession of the raw opium in the said room?
d
whether Khoo Teck Huat had knowledge and/or possession of the raw opium in the said room?
e
whether she was jointly in possession of the raw opium together with the appellant or together with her husband or together with Khoo Teck Huat?
14
Adalah menjadi keterangan pihak pendakwaan bahawa SP4 telah merakam percakapan Wan Meriam Binti Wan Hamat (ibu OKT yang juga pemilik rumah), Muhammad Raziq Bin Mat Nasir (adik OKT yang turut tinggal di rumah tersebut) dan Muhammad Zulkhairi Bin Mat Nasir (adik 15 OKT yang turut tinggal di rumah tersebut). Mahkamah mendapati keterangan saksi-saksi ini penting untuk menceritakan apa yang berlaku pada malam kejadian dan mengesahkan hanya OKT yang tinggal dan mempunyai akses terhadapan bilik tersebut. Ringkasan pernyataan saksi yang dinyatakan dalam pernyataan bertulis SP4 (PSP4) terjumlah 20 kepada keterangan dengar cakap (“hearsay evidence”) dan bukanlah satu keterangan yang boleh membuktikan milikan OKT ke atas dadah berbahaya yang dijumpai dalam bilik tersebut.
15
Tambahan pula, OKT merupakan seorang anggota polis yang bertugas 25 di Pulau Pinang dan pulang ke rumah tersebut untuk bercuti. Perkara ini mewujudkan kemungkinan adanya akses orang lain terhadap bilik tersebut pada bila-bila masa sebelum serbuan dijalankan. Mahkamah mendapati isu akses ke dalam bilik tersebut perlu diberikan pertimbangan sewajarnya kerana tombol pintu bilik itu juga dalam keadaan rosak dan tidak boleh dikunci dari luar atau dari dalam sebagaimana disahkan oleh SP4 semasa diperiksa balas.
16
Di samping itu, keterangan ibu OKT yang turut berada di tempat kejadian semasa serbuan sudah pasti dapat memberikan keterangan lanjut tentang apa yang berlaku di rumahnya pada waktu itu. Dia juga sudah pasti boleh menjelaskan dengan lebih terperinci tentang isu akses 10 kepada rumahnya terutamanya berkenaan pintu dapur yang dalam keadaan terbuka pada waktu tengah malam. Keterangan ibu OKT tentang isu akses rumahnya menjadi amat penting kerana serbuan SP1 dibuat berdasarkan maklumat yang diperoleh dan dia juga tidak membuat sebarang pemerhatian untuk memastikan tiada pergerakan 15 keluar masuk ke rumah tersebut sebelum serbuan dijalankan.
17
Ibu OKT juga boleh memberikan keterangan berkenaan akses kepada bilik tempat OKT dikatakan ditangkap yang tombol pintunya rosak dan tidak dapat dikunci. Ibu OKT juga mungkin boleh memberikan 20 keterangan yang lebih jelas bagaimana keadaan dan kemampuan pergerakan OKT yang dikatakan cedera akibat kemalangan.
18
Tanpa keterangan daripada ibu OKT dan penghuni lain di dalam rumah tersebut, pihak pendakwaan hanya bergantung sepenuhnya kepada 25 keberadaan OKT di dalam bilik tersebut tanpa sebarang keterangan sokongan yang lain seperti rampasan barang-barang peribadi OKT di dalam bilik tersebut yang boleh dipadankan dengan DNA OKT.
19
Mahkamah juga mendapati adalah tidak selamat untuk Mahkamah bergantung kepada keterangan saksi-saksi polis semata-mata 5 terutamanya SP1 yang mengetuai serbuan. Hal ini dikatakan demikian kerana SP1 sudah tidak ingat sepenuhnya kejadian ini yang telah berlalu lebih kurang 8 tahun dan tidak boleh jawapan menyakinkan apabila disoal balas oleh pihak pembeelan berkenaan fakta individu lain yang berada di pintu utama dan di dalam rumah semasa kejadian. SP1 juga 10 tidak boleh memberikan kepastian tentang tangkapan lain pada masa kejadian. Mahkamah berpendapat bahawa kegagalan saksi polis untuk mengsahkan fakta tersebut boleh menjejaskan kebolehpercayaannya terhadap keseluruhan fakta tangkapan dalam kes ini yang akhirnya telah menyebabkan Mahkamah tidak mendapat gambaran sebenar tentang 15 apa sebenarnya yang berlaku.
20
Mahkamah merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Chia Leong Foo [2000] 6 MLJ 705 yang menyatakan: 20 "In a criminal case, the prosecution, provided there is no wrong motive, has a discretion whether or not to call a particular 25 witness, and specifically has a discretion not to call in support of its case a witness whom it does not believe to be a witness of truth. But there is an obligation on the prosecution to call as 25 witnesses persons whose evidence is essential to unfold the narrative upon which its case is based."
21
Mahkamah juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Agung dalam kes TI CHUEE HIANG v PUBLIC PROSECUTOR [1995] 2 MLJ 433 yang menyatakan: 5 On the other hand, it is clear law that the prosecution must have in court all witnesses from whom statements have been taken, but they have a discretion whether to call them or not. (See Teh Lee Tong v PP [1956] MLJ 194.) That discretion, however, must be exercised having regard to the interests of justice, which 10 includes being fair to the accused (per Lord Parker CJ in R v Oliva [1965] 3 All ER 116 at p 122[1965] 2 WLR 1028 at p 1035), and to call witnesses essential to the unfolding of the narrative on which the prosecution case is based, whether the effect of their testimony is for or against the prosecution (per Lord Roche in the 15 Ceylon Privy Council case of Seneviratne v R [1936] 3 All ER 36 at p 49, applied in R v Nugent [1977] 3 All ER 662; [1977] 1 WLR 789). KESIMPULAN 20
22
Oleh yang demikian, berdasarkan penilaian maksimum ke atas semua keterangan saksi dan ekshibit pendakwaan, dan atas faktor-faktor yang telah dijelaskan, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie ke atas OKT. Justeru Mahkamah telah 25 melepaskan dan membebaskan OKT daripada semua pertuduhan tanpa diperintah untuk membela diri. Tarikh: 8 OKTOBER 2025 t.t. 5 (MUHAMMAD AIMAN BIN AZAHAN) MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET PASIR PUTEH KELANTAN DARUL NAIM 10 Timbalan Pendakwa Raya: TPR Yusnaliza Binti Mohammad Yusoff Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Cawangan Pendakwaan Negeri Kelantan 15 Peguam Bela OKT: Syed Muhammad Syafiq Bin Syed Abu Bakar Che Mohd Azim Bin Che Hamat Tetuan Wan Haron Sukri & Nordin 20
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.