Content
1 DALAM MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR [NO. KES: CB-84-32-12/2024]
CB-84-32-12/2024
Magistrates Court of Malaysia15 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ang dilakukan oleh kanak-kanak dengan memberikan perintah yang tidak mencerminkan keseriusan kesalahan tersebut.” [15] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes PP v. KM (A Child) & Anor [2010] 9 CLJ 605; [2009] AMEJ 0169; [2009] 4 MLRH 673 yang menyatakan seperti berikut:- “In that sense, s. 91(1) of the said 2001 Act does”
“s diingat kesalahan yang dilakukan melibatkan mangsa kanak-kanak perempuan yang berumur 12 tahun. Kesalahan yang dilakukan juga adalah rogol berkumpulan. Mahkamah Rayuan dalam kes Peilis Sami lwn. PP [2012] MLJU 1757 telah menekankan tugas mahkamah untuk S/N 2dkOWD1uf0OabT3Erdo8Xg **Note : Serial number will be used to”
“yang perlu dibuat oleh Mahkamah sebelum membuat apa-apa perintah yang dibuat berdasarkan suatu dapatan bersalah telah dinyatakan dalam kes PP lwn. MFM & Yang Lain [2023] CLJU 1479; [2023] MLJU 1661; [2023] AMEJ 1509 yang mana Roslan Mat Nor H memutuskan bahawa:- " … semasa memberikan perintah yang sewajarnya terhadap P”
“nak-kanak, pertimbangan-pertimbangan yang perlu dibuat oleh Mahkamah sebelum membuat apa-apa perintah yang dibuat berdasarkan suatu dapatan bersalah telah dinyatakan dalam kes PP lwn. MFM & Yang Lain [2023] CLJU 1479; [2023] MLJU 1661; [2023] AMEJ 1509 yang mana Roslan Mat Nor H memutuskan bahawa:- " … semasa memberika”
“angan-pertimbangan yang perlu dibuat oleh Mahkamah sebelum membuat apa-apa perintah yang dibuat berdasarkan suatu dapatan bersalah telah dinyatakan dalam kes PP lwn. MFM & Yang Lain [2023] CLJU 1479; [2023] MLJU 1661; [2023] AMEJ 1509 yang mana Roslan Mat Nor H memutuskan bahawa:- " … semasa memberikan perintah yang se”
“idak seharusnya langsung pudar semata-mata kesalahan yang telah dibuat oleh PKK2 semasa berumur lebih kurang 15 tahun 10 bulan. Mahkamah ini dibimbing oleh kes PP v. Pesalah Kanak-Kanak 1 & Yang Lain [2025] CLJU 193 yang mana Roslan Mat Nor H menyatakan: “[81] Pada hemat Mahkamah ini, seseorang kanak-kanak yang melakuk”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR [NO. KES: CB-84-32-12/2024]
1
M.I.D.A., pesalah kanak-kanak pertama (“PKK1”) dan N.A.H., pesalah kanak-kanak kedua (“PKK2”) telah dibacakan pertuduhan pindaan seperti berikut: “BAHAWA KAMU BERSAMA-SAMA PADA 23/09/2024 JAM LEBIH KURANG 5.30 PETANG, BERTEMPAT DI ALAMAT …AAA… (dirahsiakan), TELAH MELAKUKAN ROGOL BERKUMPULAN KE ATAS SEORANG KANAK-KANAK BERNAMA …BBB… (dirahsiakan) YANG BERUMUR 12 TAHUN SEMASA KEJADIAN BERLAKU, OLEH ITU KAMU TELAH DIDAPATI MELAKUKAN SATU KESALAHAN YANG BOLEH DI HUKUM DI BAWAH SEKSYEN 375B KANUN KESEKSAAN.” S/N 2dkOWD1uf0OabT3Erdo8Xg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 [2] Kedua-dua pesalah kanak-kanak (“PKK”) faham pertuduhan ini dan mengaku salah. Perintah yang boleh dibuat terhadap kanak-kanak ini di bawah subseksyen 90(1) Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611] (“AKK”) juga diterangkan kepada kedua-dua PKK dan PKK-PKK masih mengekalkan pengakuan bersalah mereka. Sifat dan akibat pengakuan bersalah difahami oleh kedua-dua PKK.
3
Fakta kes yang dibacakan kepada PKK-PKK juga diakui. Secara ringkasnya, kedua-dua PKK telah merogol kanak-kanak yang berumur 12 tahun 8 bulan di sebuah rumah (alamat dirahsiakan) secara bergilir-gilir. Kejadian ini berlaku semasa PKK1 berumur lebih kurang 16 tahun dan PKK2 berumur lebih kurang 15 tahun 10 bulan (umur sebenar yang tepat dirahsiakan).
4
Berpuas hati dengan pengakuan bersalah PKK-PKK, Mahkamah ini menerima pengakuan bersalah PKK-PKK dan mendapati PKK-PKK bersalah atas pertuduhan pindaan yang dipertuduhkan.
5
Tatacara Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang termaktub di seksyen 90 AKK juga telah dipatuhi oleh Mahkamah ini.
6
Setelah memperhalusi laporan akhlak PKK-PKK masing-masing yang disediakan oleh Pegawai Akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (“JKM”), mendengar rayuan mitigasi oleh kedua-dua peguambela PKK-PKK, mendengar hujahan pemberatan daripada Timbalan Pendakwa Raya serta mendengar pandangan dan nasihat daripada kedua-dua penasihat Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, PKK1 dan PKK2 masing-masing telah diperintahkan untuk ditempatkan di Sekolah Tunas Baki, Jerantut selama 3 tahun. S/N 2dkOWD1uf0OabT3Erdo8Xg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 [7] PKK2 tidak berpuas hati terhadap perintah yang dibuat oleh Mahkamah ini dan telah merayu terhadap keputusan tersebut. Oleh itu, alasan keputusan ini hanya ditumpukan terhadap perintah yang dibuat terhadap PKK2 sahaja. MITIGASI, PEMBERATAN DAN NASIHAT PENASIHAT BAGI MAHKAMAH KANAK-KANAK
8
Rayuan mitigasi oleh peguambela PKK2 boleh dirumuskan seperti berikut: -
i
Kejadian ini tidak dirancang kerana pada hari kejadian PKK2 hanya merancang untuk berjumpa dengan rakannya. Pada hari kejadian, beliau hanya melakukan kesalahan ini kerana telah terpengaruh dan dipelawa oleh rakan-rakan. Beliau tidak pernah melakukan apa-apa hubungan seks sebelum kejadian ini.
II
(ii) PKK2 mempunyai keluarga yang boleh mendidik beliau.
III
(iii) PKK2 kini tidak tinggal di tempat sama dan telah pindah ke Triang.
IV
(iv) PKK2 pada masa ini tidak dibenarkan keluar oleh ibu.
v
PKK2 tiada rekod lampau dan ini merupakan kesalahan pertama PKK2.
VI
(vi) PKK2 wajar diberikan peluang kedua.
VII
(vii) PKK2 mampu dan telah berubah dan jarang keluar pada waktu malam dan sentiasa ada dengan keluarga.
VIII
(viii) Dari segi akademik dan disiplin, PKK2 tidak pernah timbulkan apa-apa masalah.
IX
(ix) PKK2 tiada isu penggunaan dadah dan alkohol. S/N 2dkOWD1uf0OabT3Erdo8Xg
x
Sewaktu kejadian, PKK2 sebenarnya tidak tahu membezakan antara apa yang betul dan apa yang salah.
XI
(xi) Sekiranya PKK2 dihantar ke mana-mana sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney, PPK2 berkemungkinan bergaul dengan kanak-kanak lain yang telah didapati bersalah.
XII
(xii) Pihak Pembelaan bersetuju dengan syor dalam laporan akhlak (“P10”) untuk PKK2 diperintahkan untuk laksanakan khidmat masyarakat tetapi secara alternatif memohon satu bon berkelakuan baik perenggan 91(1)(b) AKK. [9] Hujahan pemberatan Pihak Pendakwaan pula boleh dirumuskan seperti yang berikut: -
i
Mohon perintah yang mendatangkan akibat yang berat terhadap PKK-PKK.
II
(ii) Mahkamah perlu mengambil kira bahawa mangsa kanak-kanak yang dirogol dalam kes ini hanya berumur 12 tahun.
III
(iii) Mahkamah juga perlu mempertimbangkan trauma yang dilalui oleh mangsa dan keseriusan jenayah rogol berkumpulan.
IV
(iv) Kanak-kanak berumur 15 tahun sebenarnya mampu membezakan suatu yang salah dan betul. Namun begitu PKK-PKK dalam kes ini tidak menunjukkan keupayaan begitu dengan kesalahan yang telah dilakukan.
v
Oleh itu, PKK-PKK juga perlu bimbingan dan satu perintah PKK dihantar kes Sekolah Tunas Bakti atau Sekolah Henry Gurney lebih sesuai. [10] Kedua-dua penasihat bagi Mahkamah Bagi Kanak-Kanak pula menasihati Mahkamah ini untuk memerintahkan supaya PKK2 dihantar ke suatu sekolah diluluskan. S/N 2dkOWD1uf0OabT3Erdo8Xg [11] Namun begitu, laporan akhlak mengesyorkan supaya PKK2 diperintahkan untuk melaksanakan Perintah Khidmat Masyarakat di bawah perenggan 91(1)(da) AKK. PERTIMBANGAN MAHKAMAH SEBELUM MEMBUAT PERINTAH [12] Bagi kes-kes yang melibatkan pesalah kanak-kanak, pertimbangan-pertimbangan yang perlu dibuat oleh Mahkamah sebelum membuat apa-apa perintah yang dibuat berdasarkan suatu dapatan bersalah telah dinyatakan dalam kes PP lwn. MFM & Yang Lain [2023] CLJU 1479; [2023] MLJU 1661; [2023] AMEJ 1509 yang mana Roslan Mat Nor H memutuskan bahawa:- " … semasa memberikan perintah yang sewajarnya terhadap Pesalah Kanak-kanak tersebut di bawah s. 91 (a) hingga (b) [sic] Akta Kanak-kanak 2001 Mahkamah Bagi Kanak-kanak perlu menggunakan Laporan Akhlak, pandangan Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-kanak, faktor peringanan dan pemberatan, jenis kesalahan yang dilakukan dan kesan perintah tersebut kepada masa hadapan Pesalah Kanak-kanak tersebut tanpa mengenepikan kepentingan awam.” [13] Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, harus diingat kesalahan yang dilakukan melibatkan mangsa kanak-kanak perempuan yang berumur 12 tahun. Kesalahan yang dilakukan juga adalah rogol berkumpulan. Mahkamah Rayuan dalam kes Peilis Sami lwn. PP [2012] MLJU 1757 telah menekankan tugas mahkamah untuk S/N 2dkOWD1uf0OabT3Erdo8Xg melindungi kanak-kanak perempuan bawah umur terhadap pelaku kes jenayah seksual: "The courts in considering what ought to be the appropriate sentence in cases of statutory rapes must never for a moment lose sight of the fact that they have a duty to protect young girls such as the complainant in the instant case from unscrupulous men such as the appellant, always on the prowl to take sexual advantage of female minors." [14] Namun begitu, Mahkamah ini juga tidak seharusnya hanya menitikberatkan kesalahan yang dilakukan oleh PKK2 dan membuat perintah yang paling berat terhadapnya. Mahkamah ini turut perlu mengimbangi kesan terhadap masa depan PKK2 akibat kejadian ini dan kepentingan awam. Pertimbangan juga harus diberikan kepada peluang PKK2 menjadi seorang warganegara yang mampu memberi sumbangan kepada negara. Peluang sebegitu tidak seharusnya langsung pudar semata-mata kesalahan yang telah dibuat oleh PKK2 semasa berumur lebih kurang 15 tahun 10 bulan. Mahkamah ini dibimbing oleh kes PP v. Pesalah Kanak-Kanak 1 & Yang Lain [2025] CLJU 193 yang mana Roslan Mat Nor H menyatakan: “[81] Pada hemat Mahkamah ini, seseorang kanak-kanak yang melakukan kesalahan jenayah pada masa zaman kanak-kanaknya tidak boleh menyebabkan Mahkamah mengenakan hukuman yang serius sehingga menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak mempunyai peluang untuk menjadi seorang warganegara yang mematuhi undang-S/N 2dkOWD1uf0OabT3Erdo8Xg undang dan seorang dewasa yang berjaya pada masa hadapan. [82] Mahkamah ini berpendapat masa depan kanak-kanak untuk menjadi seorang warganegara yang patuh kepada undang-undang dan memberi sumbangan kepada negara perlu diberikan keutamaan dalam proses menjatuhkan hukuman dan perintah terhadap kanak-kanak. Pada hemat Mahkamah perintah atau hukuman tersebut haruslah sesuai untuk memastikan ia adalah satu proses memperbaiki akhlak dan sahsiah kanak-kanak tersebut supaya menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Ia tidak sewajarnya menyebabkan kesilapan silam yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut akan memudarkan dan memusnahkan masa depan kanak-kanak tersebut. [83] Pada masa yang sama Mahkamah juga tidak boleh meremehkan kesalahan yang dilakukan oleh kanak-kanak dengan memberikan perintah yang tidak mencerminkan keseriusan kesalahan tersebut.” [15] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes PP v. KM (A Child) & Anor [2010] 9 CLJ 605; [2009] AMEJ 0169; [2009] 4 MLRH 673 yang menyatakan seperti berikut:- “In that sense, s. 91(1) of the said 2001 Act does provide for an array of possible options from which the court may make an appropriate order depending on the facts and circumstances of the case before it. Section 91 of the said 2001 Act can be described as being both a 'welfare-driven' S/N 2dkOWD1uf0OabT3Erdo8Xg as well as a 'justice-driven' piece of legislation and it is left to the wisdom of the court in the proper exercise of its discretion, to determine what kind of an order or orders ought to be made to meet the demands created by the circumstances of the case before it bearing in mind always the twin purpose of ensuring that both the interests that impact on the welfare of the child offender and those impacting on the just expectation of society are duly considered and are sufficiently achieved.” (penekanan ditambah) [16] Tanggungjawab Mahkamah Bagi Kanak-Kanak amat penting dan memainkan peranan dalam menentukan masa depan PKK2. Kes PP lwn. MFM & Yang Lain (supra) sekali lagi dirujuk yang mana Roslan Mat Nor H menyatakan: “Mahkamah Bagi Kanak-kanak perlu berhati-hati dalam memberikan perintah terhadap Pesalah Kanak-kanak. Ia perlu dilakukan dengan penuh ihsan dan rahmah serta manusiawi bagi menjamin Pesalah Kanak-kanak tersebut diberikan peluang untuk menjalani kehidupan remajanya dengan sewajarnya untuk menjadi seorang warganegara yang baik dan mematuhi undang-undang pada masa dewasa kelak. Sebarang kekhilafan perintah yang diberikan akan menggelapkan masa depan Pesalah Kanak-kanak itu dan secara tidak disedari akan melahirkan warganegara yang tidak menghormati dan mematuhi undang-undang pada masa hadapan.” S/N 2dkOWD1uf0OabT3Erdo8Xg [17] Oleh itu, Mahkamah ini berpandangan demi kepentingan awam, adalah mustahak apa-apa perintah yang dibuat oleh Mahkamah ini menjurus kepada PKK2 menjadi seorang warganegara yang berguna kepada negara dan masyarakat. PERINTAH YANG SESUAI UNTUK PKK2 [18] Subseksyen 67(1) AKK menyatakan seperti berikut: “Bila kanak-kanak boleh dihantar ke sekolah diluluskan
67
(1) Jika—
a
seseorang kanak-kanak didapati bersalah atas apa-apa kesalahan selain jenayah berat;
b
laporan akhlak yang dikemukakan kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak itu memerlukan pemulihan keinstitusian; dan
c
pada hemat Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu walaupun kesalahan yang dilakukan tidak daripada jenis yang serius tetapi suai manfaat kanak-kanak itu ditahan selama apa-apa tempoh dan diletakkan di bawah apa-apa ajaran dan tatatertib yang didapati paling berfaedah untuk memulihkan akhlaknya, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu hendaklah, selepas menimbangkan laporan akhlak itu, menghantar kanak-kanak itu ke sekolah diluluskan.” S/N 2dkOWD1uf0OabT3Erdo8Xg [19] Suatu kesalahan rogol berkumpulan, walaupun satu kesalahan yang boleh dianggap berat, tidak secara spesifik ditafsirkan sebagai jenayah berat di bawah seksyen 2 AKK. Oleh itu, syarat perenggan 67(1)(a) AKK dipenuhi. [20] Selain itu, setelah Mahkamah ini meneliti laporan akhlak yang disediakan oleh JKM, Mahkamah ini berpandangan bahawa PKK2 memerlukan pemulihan keinstitusian dan atas suai manfaat PKK2, PKK2 perlu ditahan di sebuah sekolah diluluskan untuk memulihkan akhlaknya. Demikian, syarat perenggan 67(1)(b) dan (c) AKK dipenuhi. [21] Dalam laporan akhlak P10 di MS8, Pegawai Akhlak menyatakan: “Semasa kejadian, kanak-kanak berusia 15 tahun XX bulan XX hari [umur sebenar yang tepat dirahsiakan] dan pada usia sebegini kanak-kanak masih berfikiran belum matang dan dilihat sedang mencari identiti peribadi diri, mudah dipengaruhi dan mudah bereaksi terhadap cabaran tanpa memikirkan akibat baik atau buruk sesuatu perbuatan yang dilakukan ke atas diri, keluarga dan masyarakat. Oleh kerana ketidakmatangan fikiran inilah maka kanak-kanak mudah terlibat dalam perbuatan yang mendatangkan bahaya atau perkara yang menyalahi undang-undang. Faktor penceraian antara ibu bapa dan lemahnya pemantauan ibu kandung yang juga sebagai ibu tunggal boleh menyebabkan kesan mental dan emosi terhadap kanak-kanak dan kanak-kanak ini boleh bertindak di luar pengetahuan dan jangkaan jika tiada kawalan diri.” S/N 2dkOWD1uf0OabT3Erdo8Xg (penekanan ditambah) Seterusnya di muka surat 10 laporan akhlak tersebut: “Berdasarkan Teori Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura pada tahun 1986, sesuatu perlakuan yang dibuat oleh individu adalah ditiru daripada apa yang dilihat dan juga di persekitarannya. Semasa temubual dijalankan, kanak-kanak ini memaklumkan bahawa beliau tidak mengenali atau mengetahui latar belakang mangsa dan mangsa diperkenalkan sebagai teman wanita rakannya semasa mereka melakukan hubungan seks.” [22] Semasa kejadian ini berlaku, PKK2 sepatutnya di bawah seliaan dan kawalan ibu beliau. Boleh dikatakan kejadian ini berlaku semasa PKK2 di bawah pantauan ibu beliau. Sekiranya Mahkamah ini membenarkan satu perintah khidmat masyarakat atau bon berkelakuan baik, maka PKK2 akan kembali ke persekitaran sama yang membenarkan kejadian ini berlaku. [23] Laporan akhlak telah menyatakan bahawa pemantauan yang diberikan oleh ibu kanak-kanak adalah lemah. Adakah wajar Mahkamah ini memerintahkan supaya PKK2 ini diletakkan semula di bawah seliaan ibunya sedangkan kejadian yang telah berlaku ini menunjukkan betapa kurang efektif penyeliaan tersebut terhadapnya? Penyeliaan ibu PKK2 yang tidak ketat tersebut telah mengakibatkan seorang kanak-kanak berumur 12 tahun ditimpa aib dan trauma yang mungkin dibawa oleh mangsa seumur hidupnya. S/N 2dkOWD1uf0OabT3Erdo8Xg [24] Tambahan pula, peguambela terpelajar mencadangkan bahawa PKK2 sebenarnya tidak tahu betul dan salah (“unable to differentiate right from wrong”) semasa kejadian. Hujahan sebegitu lebih meyakinkan lagi Mahkamah ini bahawa PKK2 perlu ditukarkan persekitarannya untuk membenarkan beliau dididik untuk faham dan boleh membezakan antara apa yang betul dengan apa yang salah. [25] Mahkamah ini percaya seseorang kanak-kanak yang berumur hampir 16 tahun yang merupakan pelajar Tingkatan 4 cukup matang untuk tahu bahawa perbuatan seks atau rogol berkumpulan terhadap kanak-kanak berumur 12 tahun yang tidak dikenali adalah sesuatu yang menjijikkan, apatah lagi perkara yang salah. Sekiranya peguambela berhujah atau mencadangkan bahawa PKK2 tidak sedar bahawa perbuatan ini adalah perbuatan yang salah, adalah pandangan Mahkamah ini bahawa sekiranya satu perintah bon berkelakuan baik mahupun perintah khidmat masyarakat diberikan kepada PKK2, Mahkamah ini tidak bertindak demi kepentingan PKK2. [26] Oleh itu, PKK2 hanya boleh dihantar ke 4 tempat lain sahaja demi menukar persekitaran beliau iaitu:
i
memerintahkan supaya kanak-kanak itu diletakkan dalam pemeliharaan seseorang saudara atau orang lain yang layak dan sesuai (perenggan 91(1)(c) AKK);
II
(ii) memerintahkan supaya kanak-kanak itu dihantar ke suatu sekolah diluluskan (perenggan 91(1)(f) AKK);
III
(iii) memerintahkan supaya kanak-kanak itu dihantar ke Sekolah Henry Gurney (perenggan 91(1)(f) AKK); dan S/N 2dkOWD1uf0OabT3Erdo8Xg
IV
(iv) dihukum dengan hukuman pemenjaraan (perenggan 91(1)(h) AKK). SEKOLAH TUNAS BAKTI JERANTUT [27] Salah satu sekolah diluluskan di kawasan ini merupakan Sekolah Tunas Bakti, Jerantut (“STBJ”). Hanya pesalah kanak-kanak lelaki ditempatkan di STBJ. Terdapat juga program-program khas yang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu seperti kemahiran kimpalan, automotif, penternakan dan berkebun. [28] Malah, pembelajaran kanak-kanak yang ditempatkan di STBJ juga tidak akan terbantut. Sekiranya ditentukan sesuai, kanak-kanak yang dihantar ke STBJ dibenarkan untuk menghadiri sekolah harian biasa di samping terlibat di dalam program-program yang ditetapkan oleh STBJ. Fasiliti-fasiliti yang terdapat dalam STBJ juga amat kondusif yang mana terdapat padang permainan yang luas serta fasiliti sukan untuk tujuan rekreasi. [29] Bilik penginapan di STBJ juga seperti asrama dan bukan bentuk sel penjara. [30] STBJ seperti semua sekolah diluluskan juga diurus dan dikendalikan oleh Jabatan Khidmat Masyarakat dan bukannya Jabatan Penjara Malaysia. Demikian, selain perkara-perkara yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini memberi pengiktirafan kehakiman bahawa cara pelaksanaan program pemulihan akhlak yang dikendalikan oleh JKM S/N 2dkOWD1uf0OabT3Erdo8Xg lebih tertumpu kepada pemulihan kanak-kanak yang kurang bermasalah berbanding dengan pendekatan di Sekolah Henry Gurney yang diuruskan oleh Jabatan Penjara Malaysia. KESIMPULAN [31] Dalam menimbangkan perintah yang paling sesuai untuk PKK2, niat Mahkamah ini adalah untuk memastikan PKK2 menerima bimbingan, didikan dan ajaran yang paling berkesan untuk mengembalikan PKK2 ke jalan yang benar. [32] Mahkamah ini mendapati tiada saudara PKK2 atau orang lain yang layak dan sesuai untuk memelihara PKK2 berdasarkan kepada laporan akhlak (perenggan 91(1)(c) AKK dirujuk). [33] Perintah untuk menghantar PKK2 ke Sekolah Henry Gurney juga tidak sesuai kerana laporan akhlak PKK2 tidak menunjukkan bahawa PKK2 tidak sesuai untuk dipulihkan di sekolah diluluskan (perenggan 75(1)(b) AKK dirujuk). [34] Mahkamah ini juga berpendapat hukuman pemenjaraan tidak boleh diperintahkan terhadap PKK2 kerana PKK2 boleh diperlakukan dengan dihantar ke sekolah diluluskan (subseksyen 96(2) AKK dirujuk). [35] Penasihat-penasihat Mahkamah Bagi Kanak-kanak yang memikul tugas membantu Mahkamah ini dalam mencapai keputusan yang sesuai juga menasihati Mahkamah ini untuk menghantar PKK2 ke STBJ. Mahkamah ini ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada kedua-dua penasihat ini kerana S/N 2dkOWD1uf0OabT3Erdo8Xg berdiri teguh pada pendirian dalam melaksanakan tugas mereka, tanpa rasa gentar atau pilih kasih. [36] Sehubungan itu, Mahkamah ini berpandangan sekolah diluluskan adalah tempat yang paling sesuai untuk memulihkan akhlak PKK2. Tidak mudah untuk Mahkamah ini membuat kesimpulan demikian namun inilah pendekatan yang paling baik demi kepentingan PKK2. [37] Penempatan PKK2 ini di sekolah diluluskan tidaklah boleh dilihat sebagai satu hukuman (“punishment”) atau balasan (“retribution”) terhadap kesalahan yang dilakukan oleh beliau. Mahkamah ini perlu menegaskan semula bahawa perintah ini dibuat demi kebaikan PKK2, agar masa depannya lebih terarah dan dipandu ke laluan yang lebih positif dan membina. [38] Akhirnya, Mahkamah ini telah memerintahkan seperti berikut:
i
PKK2 dihantar ke Sekolah Tunas Bakti Jerantut selama 3 tahun bermula tarikh perintah dibuat selaras dengan perenggan 91(1)(f) dan subseksyen 67(2) AKK;
II
(ii) Ibu PKK2 hendaklah menyempurnakan bon dengan syarat hendaklah melawat PKK2 secara tetap sekurang-kurangnya satu kali dalam tempoh setiap 6 bulan selaras dengan perenggan 93(1)(d) AKK; dan
III
(iii) Kanak-kanak diletakkan di bawah pengawasan seorang pegawai akhlak selama tempoh 1 tahun selepas habis tempoh tahanan di Sekolah Tunas Bakti Jerantut selaras dengan seksyen 70 AKK. S/N 2dkOWD1uf0OabT3Erdo8Xg [39] Sekiranya PKK2 tekun mengikut program pemulihan akhlak di STBJ, Mahkamah ini yakin masa depan PKK2 semestinya cerah dan beliau mampu menjadi seorang rakyat Malaysia yang menyumbang kepada negara dan masyarakat. TAN CHIEW KING Majistret Mahkamah Majistret (1) Temerloh 20 Jun 2025 Pihak-pihak: Fadhli Dzulkarnain bin Mohd Norawi & Tan Yin Yen (Penasihat-penasihat Mahkamah Bagi Kanak-Kanak) Adriana binti Azrin & Siti Sarah Aqilah binti Lokman (Timbalan Pendakwa Raya) untuk Pihak Pendakwaan Khairul Azhwa Yusrie bin Mohamad (Jabatan Bantuan Guaman) untuk PKK1 Varunchelvam Manimuthu (Rama-Rozi & Assoc.) untuk PKK2 Baharom bin Deraman (Pegawai Akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat) S/N 2dkOWD1uf0OabT3Erdo8Xg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.