Content
AP-MM-D-DG-82-5-10/2023 PR lwn Mohd Balian bin Sidek 1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MACHANG DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES TANGKAP NO: DG-82-5-10/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD BALIAN BIN SIDEK 800423-03-5025 ALASAN PENGHAKIMAN
DH-82-5-10/2023
Magistrates Court of Malaysia20 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“lam kes tersebut Mahkamah telah memutuskan sebagaimana berikut; “In our respectful view the correct test to be applied in determining whether a prima facie case has been made out under s. 180 of the Criminal Procedure Code (and this would apply to a trial under s. 173 of the Code) is that as encapsulated in the judgmen”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263.”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263.”
“ys aroused public outrage but however sensational may be the crime, the requirement of strict proof in a criminal trial can neither be compromised nor sacrificed at any cost. (See Sia Soon Suan v. PP [1965] CLJU 165; [1965] 1 LNS 165; [1966] 1 MLJ 116). Although the court in this jurisdiction had adhered to the adversa”
“22. Selain itu, mahkamah juga berpandangan Seksyen 114(a) Akta Keterangan tidak terpakai di dalam kes ini. Mahkamah merujuk kepada kes PP v Hong Ah Huat [1971] 1 MLJ 52, [1970] CLJU 113 yang dirujuk oleh pihak pendakwaan yang menyatakan sebagaimana berikut: “Before section 114 can be applied it must be proved”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
AP-MM-D-DG-82-5-10/2023 PR lwn Mohd Balian bin Sidek 1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MACHANG DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES TANGKAP NO: DG-82-5-10/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD BALIAN BIN SIDEK 800423-03-5025 ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tertuduh di dalam kes ini telah dituduh dengan dua pertuduhan iaitu satu pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.
2
Pertuduhan ke atas tertuduh adalah sebagaimana berikut: Pertuduhan Pertama: “Bahawa kamu pada 25/9/2021 jam lebih kurang 5.30 pagi di Lorong Hadapan Rumah PT 527, Kampung Joh Labok, dalam Jajahan Machang, dalam negeri Kelantan, telah mencuri lembu daripada milikan Abdul Manaf bin Arifin, No. K/P: 710223-03-5603, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan”. Pertuduhan kedua: AP-MM-D-DG-82-5-10/2023 PR lwn Mohd Balian bin Sidek 2 “Bahawa kamu pada 25/9/2023 jam lebih kurang 5.30 pagi bertempat di Jalan Labok, dalam Jajahan Machang, dalam Negeri Kelantan telah mengingkari suatu perintah yang diisytiharkan oleh seorang anggota polis iaitu Kpl 183875 Mohd Nazuan bin Mohd Nawi, No. K/P: 861013-29-6045 / RF183875 yang meminta untuk menyerah diri, malah melarikan diri dengan kereta hingga menyebabkan berlakunya pelanggaran. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan”.
3
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai tujuh orang saksi untuk memberikan keterangan sepanjang perbicaraan berlangsung. Setelah mendengar semua keterangan, meneliti ekshibit, dan hujahan-hujahan yang difailkan oleh pihak-pihak, Mahkamah telah melepaskan dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri.
4
Pihak pendakwaan tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut dan telah memfailkan rayuan.
5
B. FAKTA KES Pada 25/09/2023 jam lebih kurang 4.00 pagi, semasa SP2 dan SP3 sedang berada di rumah mereka beralamat di PT 527, Kampung Joh, Labok, 18500, Machang, Kelantan, SP3 telah melihat sebuah motokar jenis Toyota Vios yang berada di tepi pagar jalan berhadapan rumah mereka dalam keadaan tidak menyalakan lampu kenderaan. SP3 kemudiannya telah menyalakan lampu limpah (spotlight) di rumahnya agar motokar tersebut beredar dari tempat tersebut. Motokar tersebut telah beredar setelah lampu AP-MM-D-DG-82-5-10/2023 PR lwn Mohd Balian bin Sidek 3 limpah dipasang oleh SP3. Namun, motokar tersebut telah datang semula ke tempat yang sama dan berhenti di situ. SP3 kemudiannya telah membuka lampu limpah sekali lagi dan motokar tersebut telah bergerak dan masuk ke lorong di hadapan rumah SP2 dan SP3. SP2 kemudiannya telah menghubungi pihak polis kerana risau pemandu motokar tersebut merupakan orang yang ingin pecah masuk ke rumahnya.
6
SP4 yang memandu kenderaan peronda (callsign KN117A) bernombor pendaftaran: VFG 1279 bersama SP5 telah sampai ke lokasi yang dimaklumkan setelah 30 minit SP2 membuat laporan. Semasa kenderaan peronda dengan callsign KN117A tiba di lokasi kejadian dan masuk ke lorong di hadapan rumah, SP2 dan SP3 melihat motokar Toyota Vios tersebut telah menyalakan lampu kenderaannya dan melarikan diri. SP4 yang memandu masuk ke lorong tersebut telah melihat seekor lembu yang telah terbaring dan dalam keadaan berdarah. SP4 mengesyaki ada kegiatan mencuri lembu dan seterusnya telah membuka siren dan mengejar kenderaan yang berada di dalam lorong tersebut.
7
SP4 dan SP5 telah mengejar motokar Toyota Vios tersebut dengan membuka siren. Motokar Toyota Vios tersebut telah menghala ke arah Pulai Chondong dan apabila di hadapan JPJ Labok, motokar Toyota Vios itu telah membrek secara tiba-tiba dan menyebabkan berlaku perlanggaran antara kereta peronda polis KN117A dengan motokar Toyota Vios. Selepas itu motokar Toyota Vios sekali lagi membrek sehingga menyebabkan perlanggaran kali kedua. Namun AP-MM-D-DG-82-5-10/2023 PR lwn Mohd Balian bin Sidek 4 SP4 terus mengejar motokar tersebut sehingga berjaya memotong motokar Toyota Vios dan berada di sebelah kenderaan tersebut.
8
Semasa kejar mengejar tersebut, SP4 telah mengarahkan motokar Toyota Vios untuk memberi kerjasama dan berhenti dengan menggunakan pembesar suara serta membuka siren dan lampu beacon namun ia enggan berhenti. Motokar tersebut, sebaliknya telah menghimpit motokar peronda yang dipandu SP4 sehingga menyebabkan motokar Toyota Vios hilang kawalan dan berpusing sebelum terhenti kerana berlanggar dengan sebuah rumah.
9
SP4 kemudian telah turun daripada motokar peronda (MPV) yang dipandunya dan pergi ke arah pintu pemandu Toyota Vios dan menahan pintu tersebut serta meminta pemandu Toyota Vios tersebut untuk memberi kerjasama. Pemandu motokar tersebut walaubagaimanapun, telah membuka pintu dan menyerang SP4 sambil memegang sebilah parang. SP4 kemudiannya telah mengeluarkan sepucuk pistol miliknya dan mengarahkan pemandu tersebut supaya jangan berlawan dan memberikan kerjasama.
10
Semasa dalam kekalutan tersebut, pemandu motokar Vios telah masuk ke kenderaan MPV dan melarikan kenderaan MPV tersebut. SP4 cuba mengejar MPV tersebut dengan menahan beberapa kenderaan tetapi tiada kenderaan yang berhenti. SP4 kemudiannya berjaya menahan sebuah bas expess dan menaiki bas tersebut untuk pergi mengejar kenderaan MPV yang dilarikan oleh pemandu Toyota Vios. SP5 pula kekal di tempat di mana motokar Toyota Vios terbabas.
11
Sementara itu, SP4 yang telah mengejar kenderaan MPV yang dibawa lari dengan menaiki sebuah bas express telah ternampak AP-MM-D-DG-82-5-10/2023 PR lwn Mohd Balian bin Sidek 5 lampu beacon. Kenderaan MPV tersebut berada dalam keadaan berhenti di tepi jalan selepas simpang tiga Pulai Chondong. SP4 telah turun daripada bas tersebut dan pergi ke arah MPV dan mendapati pemandu Toyota Vios yang melarikan MPV tersebut masih berada di dalam kenderaan dan mengalami kecederaan di bahagian perut. SP4 telah menghubungi bilik gerakan untuk meminta bantuan namun pemandu yang membawa lari MPV tersebut telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan yang hadir ke lokasi.
12
SP5 pula menyatakan bahawa dia nampak seorang lelaki keluar daripada kenderaan dan telah melarikan diri. Namun dia tak nampak lelaki tersebut melarikan ke mana. SP5 kemudian telah membuat pemeriksaan di sekeliling kenderaan Toyota Vios dan nampak lelaki sedang duduk meniarap di atas rumput di tepi motokar tersebut. SP5 telah memanggil lelaki tersebut dan mengarahkannya untuk duduk dan SP5 membuat tangkapan ke atas lelaki tersebut. Kemudian SP5 telah membuat pemeriksaan pada tubuh badan lelaki tersebut dan menjumpai dompet dan juga kad pengenalannya di dalam poket seluar. Hasil pemeriksaan pengenalan diri mendapati lelaki tersebut adalah Mohd Balian bin Sidek iaitu Tertuduh dalam kes ini. Setelah SP5 menahan tertuduh, dia telah mengawal tertuduh sebelum tertuduh diserahkan kepada Pegawai Penyiasat.
13
C. DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR PENDAKWAAN Beban pembuktikan pihak pendakwaan di akhir pendakwaan ialah pihak pendakwaan perlu membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh sepertimana diperuntukkan di bawah Seksyen AP-MM-D-DG-82-5-10/2023 PR lwn Mohd Balian bin Sidek 6 173(f)(i) KTJ (in pari materia dengan Seksyen 180(1) KTJ) dan panduan berkenaan dengan apa yang dimaksudkan dengan prima facie telah dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Looi Kow Chai & Anor vs PP [2003] 1 CLJ 734. Di dalam kes tersebut Mahkamah telah memutuskan sebagaimana berikut; “In our respectful view the correct test to be applied in determining whether a prima facie case has been made out under s. 180 of the Criminal Procedure Code (and this would apply to a trial under s. 173 of the Code) is that as encapsulated in the judgment of Hashim Yeop Sani FJ (as he then was) in Dato' Mokhtar Hashim & Anor v. PP [1983] 1 CLJ 138; [1983] CLJ (Rep) 721) HC p. 152 (p. 752 g): …. …. It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal”.
14
Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan iaitu Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 yang menyatakan; The phrase"prima facie case"is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient AP-MM-D-DG-82-5-10/2023 PR lwn Mohd Balian bin Sidek 7 evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established.
15
Disamping itu, mahkamah juga merujuk kepada panduan yang dinyatakan di dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457. Iaitu; [15] For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:-
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is "Yes", then a prima facie case has been made out and the defence should be AP-MM-D-DG-82-5-10/2023 PR lwn Mohd Balian bin Sidek 8 called. If the answer is "No" then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263.
16
Justeru itu, selaras dengan prinsip yang ditekankan di dalam kes-kes yang dirujuk di atas, adalah menjadi tanggungjawab mahkamah untuk menilai semua keterangan yang ada termasuk kredibiliti saksi yang hadir memberikan keterangan secara "maximum evaluation". Setelah penilaian maksimum dibuat dan sekiranya mahkamah berpuas hati bahawa elemen pertuduhan telah berjaya dibuktikan maka, prima facie kes telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
17
Di dalam kes ini, bagi pertuduhan pertama elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan ialah sebagaimana berikut; i. Harta yang dicuri merupakan harta boleh alih (seekor lembu); ii. Lembu tersebut berada dalam milikan SP1; iii.Tertuduh telah mengambil lembu tersebut tanpa kerelaan SP1; iv.Tertuduh mengambilnya daripada pemilikan SP1; dan v. Tertuduh mengambil lembu tersebut dengan niat curang iaitu bertujuan menyebabkan (i) suatu kerugian yang menyalahi undang- AP-MM-D-DG-82-5-10/2023 PR lwn Mohd Balian bin Sidek 9 undang kepada SP1 atau (ii) suatu keuntungan yang menyalahi undang-undang kepada Tertuduh.
18
Bagi elemen pertama dan kedua pertuduhan, pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan SP1 yang menyatakan bahawa bangkai lembu sebagaimana di dalam gambar (Ekshbit P2) adalah lembu miliknya. SP1 menyatakan bahawa lembu tersebut dicam berdasarkan warna, tanduk dan muka. Namun SP1 mengesahkan bahawa tiada apa-apa pengenalan pada lembu miliknya. TPR menghujahkan bahawa berdasarkan keterangan oleh SP1 dan SP7 jelas menunjukkan bahawa SP1 telah mengalami kehilangan harta alihnya iaitu lembu yang dikatakan dicuri dan disembelih oleh tertuduh. Oleh itu SP1 telah mengalami kerugian secara salah apabila lembu tersebut diambil daripada milikannya tanpa kebenaran.
19
Pihak pendakwaan juga bergantung kepada anggapan di bawah Seksyen 114(a) Akta Keterangan iaitu mana-mana orang yang ada dalam milikannya harta curi sejurus selepas barang tersebut hilang, maka dia boleh dianggap sebagai pencuri atau penerima barang curi. Memandangkan lembu tersebut berada berdekatan dengan kenderaan yang dinaiki tertuduh ketika SP4 dan SP5 masuk ke dalam lorong di tempat kejadian pertama, maka anggapan ini adalah terpakai ke atas tertuduh.
20
Pihak pembelaan pula menghujahkan bahawa elemen pemilikan tidak berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan dengan jelas. SP1 hanya memberikan keterangan lisan tanpa apa-apa dokumen sokongan. Malahan SP1 setuju lembunya tidak mempunyai apa- AP-MM-D-DG-82-5-10/2023 PR lwn Mohd Balian bin Sidek 10 apa tanda pengenalan. SP1 juga bersetuju bahawa ada lembu-lembu lain di kawasan tersebut yang mempunyai warna yang sama dengan lembu yang dikatakan miliknya. Tambahan lagi daripada keterangan SP7 menunjukkan bahawa pengecaman terhadap lembu tersebut dibuat oleh SP1 berdasarkan keterangan lisan sahaja. SP7 mendapati tiada keterangan lain yang menyokong keterangan SP1 ini. Oleh itu pembelaan hujahkan keterangan yang ada tidak dapat mengesahkan bahawa SP1 yang mempunyai milikan ke atas lembu tersebut.
21
Mahkamah telah meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan dan bersetuju dengan pihak pembelaan bahawa elemen pemilikan lembu tersebut tidak berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Keterangan SP1 sahaja pada pada pandangan mahkamah adalah tidak mencukupi untuk membuktikan lembu yang disembelih itu adalah miliknya. Ini kerana tiada dokumen sokongan yang dikemukakan untuk menunjukkan lembu tersebut adalah miliknya. Berdasarkan Seksyen 7 Enakmen Lembu Kerbau Kelantan 1968, semua lembu dan kerbau perlu didaftarkan. Namun SP1 tidak pernah menunjukkan apa-apa bukti pendaftaran bagi menunjukkan lembu tersebut adalah miliknya. Selain itu, walaupun SP1 ada menyatakan bahawa lembu yang disembelih itu adalah anak kepada lembu yang dibelinya namun tiada sebarang sijil kelahiran di bawah Seksyen 11 Enakmen yang sama dikemukakan. Berikut dikemukakan peruntukan berkaitan sebagai rujukan: “7. All cattle to be registered AP-MM-D-DG-82-5-10/2023 PR lwn Mohd Balian bin Sidek 11 Every owner of any cattle shall report to the Assistant Registrar in his registration area for the purpose of registration under this Enactment, such particulars as the Assistant Registrar may require as to any cattle owned by him.”
11
Report of Births
1
The owner of any cattle which shall be born in the State shall report such birth within fourteen days to the Assistant Registrar in his registration area and shall deliver to him the Registration Certificate of its dam.
2
The Assistant Registrar shall endorse the particulars of such birth on the Registration Certificate of the said dam and in the Cattle Register. Memandangkan tiada mana-mana bukti pendaftaran atau surat beranak yang dikemukakan oleh SP1 maka mahkamah berpandangan pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan pemilikan lembu itu kepada SP1. Apatah lagi lembu tersebut dibiarkan berkeliaran di kawasan tersebut tanpa sebarang tandaan dan kawalan.
22
Selain itu, mahkamah juga berpandangan Seksyen 114(a) Akta Keterangan tidak terpakai di dalam kes ini. Mahkamah merujuk kepada kes PP v Hong Ah Huat [1971] 1 MLJ 52, [1970] CLJU 113 yang dirujuk oleh pihak pendakwaan yang menyatakan sebagaimana berikut: “Before section 114 can be applied it must be proved
i
that the property is stolen;
II
(ii) that a person is in possession of the property; and
III
(iii) that this was soon after the theft... AP-MM-D-DG-82-5-10/2023 PR lwn Mohd Balian bin Sidek 12 The word "possession" implies a physical capacity to deal with a thing as we like to the exclusion of everyone and a determination to exercise that physical power on one's own behalf. It implies dominion and consciousness in the mind of the person having dominion over the object. Possession must be conscious and intelligent possession and not merely the physical presence of the accused in proximity or even in close proximity to the object.” Di dalam kes ini, Mahkamah berpandangan tiada keterangan yang menunjukkan tertuduh mempunyai milikan atas lembu tersebut. SP4 dan SP5 menyatakan bahawa bangkai lembu tersebut hanya berada berdekatan motokar yang dinaiki tertuduh berada semasa mereka sampai. Ini tidak mencukupi untuk menunjukkan ianya berada dalam milikan tertuduh sebagaimana yang diputuskan dim dalam kes Hong Ah Huat yang dirujuk di atas. Berdasarkan alasan ini, mahkamah berpandangan anggapan 114 (a) tak terpakai ke atas tertuduh.
23
Selain itu mahkamah juga berpendapat, wujudnya kelemahan di dalam siasatan pegawai penyiasat (SP7) di dalam kes ini. Semasa di soal balas, setuju tiada ujian cap jari dibuat pada parang dan pisau yang dirampas. SP7 juga mengakui tiada siasatan dibuat pada pelali dan juga lampu kepala. SP7 juga tidak memohon ujian toksikologi dibuat ke atas darah lembu bagi memastikan kandungan pelali. Ini semua pada pandangan mahkamah menunjukkan bahawa wujudnya kelompangan dalam siasatan SP7 untuk mengaitkan tertuduh dengan jenayah yang berlaku. Mahkamah mengambil maklum kes ini merupakan satu kes berprofil tinggi memandangkan ianya melibatkan kematian, namun SP7 tidak seharusnya berkompromi dalam siasatan yang dijalankan agar satu siasatan yang lengkap dan efisien dapat dibuat. AP-MM-D-DG-82-5-10/2023 PR lwn Mohd Balian bin Sidek 13
24
Mahkamah merujuk kepada kes PP vs Azman Ismail & Another case [2007] 10 CLJ 469 di mana YA Hakim telah menyatakan sebagaimana berikut: [99] Sensational crimes have always aroused public outrage but however sensational may be the crime, the requirement of strict proof in a criminal trial can neither be compromised nor sacrificed at any cost. (See Sia Soon Suan v. PP [1965] CLJU 165; [1965] 1 LNS 165; [1966] 1 MLJ 116). Although the court in this jurisdiction had adhered to the adversarial procedure it had always been astute to strike down tactics employed by parties as tactical consideration, which did not have relation to the achievement of justice, it would not be the blind man's buff or be allowed to continue such a practice to be a norm. As for the investigation, it has come to light from the evidence adduced at this trial that there has been no proper supervision or direction and lack of proper legal scrutiny of the materials available by the investigating agency which appears to have been carried out in a unsatisfactory, muddled and mechanical fashion with possible eagerness to prosecute all the five accused persons on the charge of murder and without any proper legal foundation when considering the totality of the evidence. [100] It cannot be disputed that a conviction or acquittal of an accused person is dependent upon the evidence which is obtained through investigation which results in his trial. It is therefore important for the investigating agency to carry out a thorough investigation by collecting all the material evidence to support a charge against a suspect so that the task of the prosecution will be made much convenient and easier to produce the evidence at the trial of an accused person. AP-MM-D-DG-82-5-10/2023 PR lwn Mohd Balian bin Sidek 14
25
Berdasarkan kepada petikan yang dirujuk di atas, mahkamah berpandangan, pegawai penyiasat telah gagal menjalankan siasatan yang menyeluruh di dalam kes ini seterusnya telah menimbulkan beberapa inferen di dalam kes ini iaitu mungkin wujud individu lain yang menyembelih lembu tersebut sebelum tertuduh sampai. Berpandukan kepada panduan yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, maka mahkamah harus memilih inferen yang memihak kepada tertuduh. Oleh itu, mahkamah berpandangan pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan pertuduhan pertama dan adalah tidak selamat untuk memanggil tertuduh membela diri bagi pertuduhan pertama.
26
Bagi pertuduhan kedua pula, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan apabila gagal untuk menghentikan kenderaan ketika diarahkan oleh SP4. Tertuduh sedar bahawa SP4 merupakan penjawat awam berdasarkan kenderaan yang dinaiki, namun tetap tidak mengingkari arahan SP4 malahan telah memberikan galangan kepada MPV dipandu SP4 sehingga menyebabkan berlaku kemalangan di antara kedua-dua kenderaan tersebut. Ini menunjukkan tertuduh telah melakukan kesalahan mengingkari arahan SP4 sebagaimana pertuduhan. Pihak pembelaan pula menghujahkan bahawa tertuduh tidak mengingkari arahan yang diberikan oleh SP4 kerana dia bukanlah pemandu motokar jenis Vios tersebut, sebaliknya dia hanya merupakan penumpang. Sekiranya tertuduh terjun daripada motokar Vios tersebut, sudah pasti ia akan membahayakan dirinya. Pembelaan turut menghujahkan bahawa, tertuduh turut AP-MM-D-DG-82-5-10/2023 PR lwn Mohd Balian bin Sidek 15 memberikan kerjasama setelah diarahkan oleh SP5 sebelum ditangkap.
27
Setelah meneliti keterangan-keterangan, Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguambela bahawa tertuduh tidak pernah ingkar kepada arahan yang diberikan oleh SP4. Ini kerana semasa arahan diberikan oleh SP4 agar motokar Vios tersebut berhenti, tertuduh hanyalah seorang penumpang dan tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan kenderaan. Sekiranya dia cuba menghentikan kenderaan tersebut secara paksa daripada si mati, sudah pasti ia akan menimbulkan situasi yang lebih berbahaya. Selain itu, tiada mana-mana keterangan yang menunjukkan bahawa tertuduh yang mengarahkan si mati untuk melarikan diri atau mengingkari arahan
28
Tambahan daripada itu, walaupun SP5 ada menyatakan bahawa dia nampak tertuduh melarikan diri, namun setelah dia memeriksa di sekitar motorcar Vios, dia mendapati tertuduh sedang meniarap di atas rumput. Selain itu, SP5 juga menyatakan bahawa dia telah mengarahkan tertuduh untuk duduk bagi menjalankan tangkapan dan tertuduh mematuhi arahannya. Keterangan-keterangan ini telah menunjukkan kepada mahkamah bahawa, tertuduh tidak pernah pada bila-bila mengingkari arahan SP4. Malahan memberikan kerjasama ketika diarahkan. Oleh itu, mahkamah berpandangan tiada keterangan yang mencukupi untuk membuktikan tertuduh telah melakukan kesalahan sebagaimana yang dituduh. Berdasarkan alasan-alasan ini, mahkamah berpandangan pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan pertuduhan kedua ke atas tertuduh. AP-MM-D-DG-82-5-10/2023 PR lwn Mohd Balian bin Sidek 16
29
D. PENUTUP Mahkamah telah membuat penilaian yang maksimum terhadap keterangan-keterangan yang diberikan sepertimana yang ditetapkan oleh prinsip undang-undang yang mantap (LOOI KOW CHAI & ANOR V PP [2003] 1 CLJ 734, BALACHANDRAN V PP [2005] 1 CLJ 85 dan PP v MOHD RADZI B ABU BAKAR [2006] 1 CLJ 457 dirujuk) dan mendapati wujudnya keraguan-keraguan ini di dalam kes pendakwaan, Oleh itu, pada taakulan dan hemah mahkamah ini, pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan prima facie kes bagi kesemua pertuduhan di bawah Seksyen 379 dan Seksyen 188 Kanun Keseksaan ke atas Tertuduh Dengan ini Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan.
30
Mahkamah juga memerintahkan agar ekshibit dokumen disimpan oleh mahkamah dan ekshibit barangan yang dirampas dilupuskan oleh pihak pendakwaan setelah tamat tempoh rayuan. TPR : Nur Akmal binti Mohd Bakri, (Mengambil alih daripada TPR sebelum ini) TPR Negeri Kelantan PEGUAMBELA : Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser bin Amri bersama Nur Sarah Syamimi binti Safie, Tetuan Adha & Co Disediakan oleh
21
21.
9
9.2025
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.