(vii) ‘Fault ‘involves a failure, a falling below the care or skill of a competent experienced driver, in relation to the manner of the driving and to the relevant circumstances of the case. 10 [32] Section 41(1), 3rd limb of the RTA, inter alia, speaks of the manner of driving which is dangerous to the public. The manner of driving encompasses all matters connected with the management of the car by a driver when it was being driven. In our view, the speed of the appellant’s motor vehicle is a relevant circumstance to the issue 15 whether he was driving dangerously. If one speeds in an area where there are school children or on a narrow busy road surely that could amount to “dangerous manner of driving” which create a serious risk of causing physical injury to some other person who might happened to be using the road, or doing substantial damage to property. 20 [17] Bagi membuktikan elemen ini, Mahkamah perlu diyakinkan bahawa, dengan mengambil kira keadaan jalan raya, cara pemanduan OKT adalah berbahaya kepada orang awam. 25 [18] Berkenaan keadaan jalan raya, menurut SP7, tempat kemalangan adalah jalan raya lurus yang mempunyai dua hala dengan garisan putus-putus di tengah sebagai pemisah arah laluan. [19] Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya memberikan 5 gambaran keadaan jalan raya dan cara pemanduan OKT melalui rakaman CCTV dan sekurang-kurangnya 2 saksi pendakwaan iaitu ibu (SP3) dan bapa (SP5) kepada kedua-dua si mati. [20] Rakaman CCTV yang merakam kejadian dikemukakan melalui SP6 10 yang merupakan pemilik sebuah kedai runcit yang berada sangat dekat dengan lokasi impak kemalangan. Detik-detik kemalangan berlaku yang dirakamkan dengan jelas oleh CCTV kedai runcit tersebut telah ditayangkan di Mahkamah dan ditandakan sebagai ekshibit pendakwaan P10. 15 [21] P10 telah merakam tempat kemalangan dari kedua-dua arah, iaitu dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Puteh (Camera 01) dan dari Pasir Puteh menghala ke Kota Bharu (Camera 03). Camera 03 pada jam 18.33.58 telah merakamkan kereta OKT telah dipandu dari arah Kota 20 Bharu ke Pasir Puteh telah mula masuk ke laluan bertentangan. [22] Camera 01 pada jam yang sama telah merakamkan bagaimana kereta OKT telah masuk ke laluan SP3, SP5 dan kedua-dua si mati. Kereta OKT telah dirakam melepasi kereta SP5 dan berada di bahu jalan 25 laluan bertentangan. Kemudian kereta OKT dengan tiba-tiba telah masuk semula ke laluan bertentangan dan merempuh kedua-dua si mati yang sedang mengekori kereta SP5. Selepas perlanggaran itu kereta OKT telah masuk semula ke laluan asalnya. Impak kemalangan itu telah menyebabkan kedua-dua si mati tercampak ke laluan asal OKT. OKT dilihat keluar dari keretanya untuk melihat keadaan kedua-dua si mati. 5 [23] Cara pemanduan OKT, sama ada berbahaya atau tidak, perlulah dilihat sama ada ia telah mewujudkan satu keadaan berbahaya atau tidak. 10 [24] Dalam isu ini, berdasarkan rakaman CCTV tersebut dan juga keterangan SP3 dan SP5, Mahkamah berpuas hati bahawa tindakan OKT yang telah masuk ke laluan bertentangan sudah pasti mewujudkan satu situasi bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. Tindakan OKT yang meninggalkan laluannya dan masuk ke 15 laluan kenderaan yang sedang datang dari arah bertentangan merupakan tindakan yang boleh menyebabkan bahaya yang serius dan membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Situasi bahaya tersebut disebabkan oleh kesalahan OKT yang gagal mengamalkan cara pemanduan yang baik dan selamat sebagaimana 20 yang perlu diamalkan oleh seorang pemandu yang cermat dan kompeten. [25] Selayaknya cara pemanduan OKT ini dikategorikan sebagai pemanduan yang berbahaya. Tidak ada inferens lain yang boleh 25 dibuat. Oleh itu elemen kedua bagi kesalahan ini telah berjaya dibuktikan. Sama ada OKT telah menyebabkan kematian si mati [26] SP2 sebagai pegawai perubatan yang melakukan bedah siasat dan menyediakan laporan post-mortem ke atas kedua-dua si mati telah 5 mengesahkan kedua-duanya telah dibawa ke hospital dalam keadaan tidak bernyawa dan telah meninggal dunia di tempat kejadian. [27] SP6 menyatakan keadaan kedua-dua si mati semasa pemeriksaan luaran: 10 “Untuk Nurul Atikah, semasa saya melihat pesakit, dia ada kecederaan kepala, dan luka dalam di bahagian kiri kepala, ada bruises di bahagian dada dan perut. Serta deformity di bahagian tangan kiri. Untuk Nurul Hanani, ada luka di bahagian kepala dan pendarahan di 15 telingan dan hidung.” [28] SP2 juga merumuskan punca kematian kedua-dua si mati sebagai: Nurul Atikah: Base of skull fracture with subarachnoid hemorrhage Nurul Hanani: Base of skull fracture with subarachnoid hemorrhage 20 [29] Mahkamah berpuas hati pemanduan berbahaya OKT telah menyebabkan kematian kedua-dua si mati. Rempuhan kereta OKT dari arah bertentangan telah menyebabkan kedua-dua si mati meninggal dunia di tempat kejadian. Mahkamah tidak menemui 25 sebarang sebab lain yang menjadi punca kematian OKT. Tidak ada faktor lain yang boleh memutuskan hubung kait antara pemanduan berbahaya OKT dengan kematian si mati. Oleh itu Mahkamah mendapati elemen ketiga kesalahan telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [30] Dengan pembuktian ketiga-tiga elemen ini Mahkamah mendapati 5 pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT, justeru Mahkamah telah memanggil OKT untuk membela diri. KES PEMBELAAN 10 [31] Semasa peringkat pembelaan hanya OKT sahaja yang memberikan keterangan bersumpah di kandang saksi dengan menggunakan penyataan saksi (ditandakan sebagai PSD1). 15 [32] Dalam pembelaannya OKT menyatakan dia secara tiba-tiba tidak dapat mengawal stereng keretanya kerana stereng tersebut menjadi keras, berat dan sangat sukar untuk diputar yang menyebabkan kereta OKT tidak dapat dikawal. Stereng tersebut telah terkunci dengan sendiri disebabkan kerosakan teknikal sehingga menyebabkan kereta 20 OKT bergerak secara lurus dan melalui laluan bertentangan. PRINSIP UNDANG-UNDANG DI AKHIR KES PEMBELAAN [33] Tugas pihak pembelaan di akhir kes pembelaan adalah untuk 25 menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan. [34] Mahkamah Agung dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v Public Prosecutor [1991] 3 MLJ 169 memutuskan: “…To earn an acquittal at the close of the case for prosecution under s 173(f) or s 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be 5 satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v PP). If the defence is called, the duty of the accused is only to case a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt. 10 [35] Maksud keraguan munasabah pula dihuraikan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Public Prosecutor v Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16: “…The following definition of 'reasonable doubt' is often quoted, it is 15 not mere possible doubt, because everything relating to human affairs and depending upon moral evidence is open to some possible or imaginary doubt. It is that state of the case which after the entire comparison and consideration of all the evidence leaves the minds of the jurors in that condition that they cannot say they feel an abiding 20 conviction to a moral certainty of the truth of the charge. It has again been said that 'reasonable doubt' is the doubt which makes you hesitate as to the correctness of the conclusion which you reach. If under your oaths and upon your consciences, after you have fully investigated the evidence and compared it in all its parts, you say to 25 yourself I doubt if he is guilty, then it is a reasonable doubt. It is a doubt which settles in your judgment and finds a resting place there.' [36] Mahkamah Rayuan dalam kes Sabarudin bin Non & Ors v Public Prosecutor [2005] 4 MLJ 37 memutuskan bahawa: “…As to what is meant by 'reasonable doubt' we would refer to 5 Underbill's treatise on The Law of Criminal Evidence (5th Ed, vol 1, at p 34) where the learned author states as follows: The doubt to be reasonable must be such a one as an honest, sensible and fair-minded man might, with reason, entertain consistent with a conscientious desire to ascertain the truth. An honestly entertained 10 doubt of guilt is a reasonable doubt. A vague conjecture or an inference of the possibility of the innocence of the accused is not a reasonable doubt. A reasonable doubt is one which arises from a consideration of all the evidence in a fair and reasonable way. There must be a candid consideration of all the evidence and if, after this candid consideration 15 is had by the jurors, there remains in their minds a conviction of the guilt of the accused, then there is no room for a reasonable doubt. (Emphasis added.)...” PENILAIAN DAN DAPATAN MAHKAMAH TERHADAP 20 PEMBELAAN OKT [37] Mahkamah telah meneliti pembelaan secara terperinci dan mendapati perkara utama yang diketengahkan dalam pembelaan OKT adalah tentang kerosakan stereng keretanya. Mahkamah telah 25 mempertimbangkan pembelaan tersebut dan menilainya bersama- sama dengan kesemua keterangan pendakwaan atas prinsip “totality of evidence.” [38] Mahkamah tidak bersetuju dengan naratif OKT yang mengatakan setereng keretanya terkunci dan tidak dapat dikawal kerana ia bersifat 5 penafian semata-mata dan tidak bersandarkan kepada mana-mana keterangan lain. [39] Mahkamah mendapati pembelaan OKT itu tidak pernah disampaikan kepada pihak pegawai penyiasat semasa rakaman percakapan 10 diambil. Fakta tersebut juga tidak dinyatakan dalam laporan polis OKT (P13). Mahkamah percaya sekiranya maklumat ini disampailkan kepada SP7 sudah pasti SP7 akan meminta SP1 membuat pemeriksaan terperinci terhadap bahagian stereng tersebut. Ketiadaan fakta ini dalam P13 dan ketiadaan maklumat ini 15 disampaikan oleh OKT semasa tempoh siasatan menimbulkan persoalan sama ada kejadian stereng terkunci itu benar-benar berlaku atau hanya rekaan OKT semata-mata untuk melepaskan dirinya di Mahkamah? 20 [40] Selain itu penelitian Mahkamah pada keterangan terkuat pihak pendakwaan iaitu rakaman CCTV (P10) menunjukkan OKT berjaya membelok ke kiri bagi mengelakkan keretanya daripada masuk ke kawasan semak atau parit di pinggir jalan. Sekiranya benar stereng kereta OKT telah terkunci, sudah pasti kereta tersebut akan terus 25 bergerak lurus tanpa boleh dikawal langsung dan terbabas ke dalam semak atau parit tersebut. Tiada penjelasan daripada OKT bagaimana stereng yang sebelumnya terasa amat berat dan tidak dapat dikawal secara tiba-tiba boleh digunakan untuk membelok ke kiri. [41] OKT turut mendakwa stereng itu sudah dirasakan berat kira-kira setengah jam sebelum kemalangan. OKT mendakwa dia telah 5 meneruskan perjalanan kerana berpendapat kereta masih boleh dipandu. Namun begitu tiada sebarang langkah waspada diambil oleh OKT seperti memperlahankan keretanya atau memasang lampu kecemasan. Kelajuan kereta OKT juga dilihat sama sahaja seperti kereta lain dan tidak diperlahankan sedikitpun. Ketika keretanya sudah 10 melepasi kereta SP5 dan berada di bahu jalan laluan bertentanganpun ia masih dilihat dalam kelajuan biasa dan tidak diperlahankan. OKT juga bertindak tidak memberhentikan keretanya di bahu jalan tersebut. Tiada sebarang keterangan OKT berkenaan kerosakan brek yang menyebabkan keretanya tidak dapat dihentikan. 15 [42] Realitinya stereng kereta merupakan satu komponen yang sangat penting. Ia bukan sahaja digunakan bagi tujuan pemanduan bahkan turut berperanan sebagai alat keselamatan. Ia menentukan arah tuju sesebuah kereta dan memastikan kereta sentiasa dipandu dalam 20 keadaan stabil bagi menjamin keselamatan pemandu dan pengguna jalan raya yang lain. Kerosakan pada stereng merupakan kerosakan yang sangat serius dan sudah cukup untuk membuatkan kereta dihantar ke bengkel bagi pembaikan segera. Ia bukanlah kerosakan kecil yang boleh dipandang remeh. Atas pertimbangan ini Mahkamah 25 berpendapat sekiranya stereng kereta OKT itu benar-benar rosak, sudah pasti keretanya tidak boleh dipandu lagi. Fakta dalam kes ini adalah jelas di mana kereta OKT dipandu dengan kelajuan biasa tanpa sebarang lampu kecemasan. Perkara ini menambahkan keraguan pada pembelaan OKT, sama ada stereng kereta OKT benar-benar rosak atau ia hanya rekaan semata-mata? 5 [43] Disamping itu, pihak pembelaan turut berhujah bahawa kemalangan ini sumbang oleh kecuaian dan kegagalan si mati mengelak kereta OKT yang masuk ke laluan bertentangan. Pihak pembelaan menghujahkan si mati sepatutnya boleh mengelak perlanggaran tersebut sekiranya si mati mempunyai mempunyai ilmu atau 10 pengalaman di atas jalan raya dan mempunyai lesen memandu yang sah. Pihak pembelaan turut berhujah bahawa OKT telah berusaha mengelak kereta SP5 yang dipandu di hadapan motosikal si mati namun tidak dapat mengelak motosikal si mati yang ditunggang di bahagian kiri laluan bertentangan. 15 [44] Mahkamah mendapati hujah ini tidak berpijak di bumi nyata sama sekali dan bertentangan dengan kerosakan stereng kereta yang menjadi pembelaan utamanya. Bagaimana OKT boleh mengatakan dia telah berusaha mengelak kereta SP5 sedangkan stereng 20 keretanya rosak? Fakta si mati atau mangsa kemalangan yang tidak mempunyai lesen memandu tidak boleh menjadi alasan mutlak untuk OKT melepaskan diri daripada disabitkan dengan kesalahan memandu secara berbahaya di bawah seksyen 41(1) APJ 1987. 25 [45] Mahkamah telah meneliti P10 secara mendalam dan mendapati adalah sangat mustahil untuk si mati mengelak kereta OKT yang telah berada di bahu jalan dan kemudiannya secara tiba-tiba masuk semula ke laluan bertentangan. Adalah jelas di sini bahawa OKT telah masuk ke laluan bertentangan sebanyak dua kali. Kali pertama ketika berselisih dengan kereta SP5 lalu berada di bahu jalan laluan bertentangan. Kali kedua pada saat OKT yang berada di bahu jalan 5 laluan bertentangan telah membelok ke kiri dan memasuki laluan bertentangan sekali lagi lalu merempuh motosikal si mati. [46] Ini merupakan kemalangan yang sangat tragis. Pada saat kereta OKT masih bergerak dengan kelajuan biasa dan pada ketika ia masuk 10 secara tiba-tiba ke laluan sah si mati, tidak ada sebarang peluang dan ruang untuk si mati mengelak perlanggaran yang berpunca daripada cara pemanduan berbahaya OKT sendiri. Adalah tidak adil untuk mengatakan si mati telah sumbang cuai dalam kemalangan ini kerana adalah jelas bahawa tiada sebarang keterangan yang berjaya 15 ditunjukkan oleh pihak pembelaan bahawa si mati telah melakukan kecuaian. Hujahan peguam bela OKT adalah andaiannya semata-mata. [47] Oleh itu, setelah membuat pertimbangan sewajarnya, Mahkamah 20 mendapati pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan. Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap OKT tanpa keraguan munasabah. Oleh itu, Mahkamah telah mensabitkan OKT dengan kesalahan sebagaimana dalam pertuduhan. 25 HUKUMAN [48] Peguam bela yang terpelajar dalam hujahan mitigasinya telah memohon supaya Mahkamah menjatuhkan hukuman minimum kepada OKT mengambil kira latar belakang OKT. OKT pada masa 5 disabitkan dengan kesalahan telah berusia 26 tahun dan bekerja sebagai pembantu perubatan di sebuah klinik swasta dengan pendapatan RM 1500 sebulan. OKT merupakan anak bongsu daripada 7 beradik. OKT tinggal bersama ibu beliau yang telah tua dan menghidap penyakit darah tinggi. Peguam bela selanjutnya 10 menghujahkan bahawa ini adalah kesalahan kali pertama OKT dan memohon kepada mahkamah untuk memberikan pertimbangan bahawa OKT sebenarnya tidak sengaja untuk menyebabkan kemalangan yang telah membawa kepada kematian kedua-dua si mati dalam kes ini. 15 [49] Pihak pendakwaan dalam hujahan pemberatnya telah memohon agar OKT dikenakan hukuman yang setimpal yang bersifat pengajaran kerana telah menyebabkan kematian kepada mangsa. 20 [50] Dalam menjatuhkan hukuman, mahkamah ini telah merujuk kepada dan dipandu oleh kes yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan iaitu kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864 yang memutuskan seperti berikut: 25 [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: