OKT, Suraya Binti Ibrahim telah dituduh dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 5B (5) Enakmen Lambang-Lambang Dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Disalahguna) 1977 (Kelantan) seperti berikut: Pertuduhan Terpinda “Bahawa kamu pada 25/06/2022, bertempat di lot 873 Kg Bawah Lembah Bunut Payong, 15150 Kota Bharu Kelantan di dalam daerah Kota Bharu di dalam Negeri Kelantan telah didapati menggunakan lambang bertulis Ahli-Ahli Dato’-Dato’ Negeri Kelantan Darul Naim yang tidak wujud dan tidak diiktiraf dibawah enakmen lambang-lambang dan nama-nama (mencegah daripada disalahguna) 1977 (Kelantan Enakmen Bil 8/1977) dengan meletakkan pada kereta yang kamu guna iaitu: 1) sebuah kereta jenis mercedez, no pendaftaran VCS 45. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah seksyen 5b (5) enakmen lambang-lambang dan nama-nama (Mencegah daripada disalahguna) 1977 (Kelantan Enakmen Bil 8 / 1977).” S/N lKZ48ifo9U25yiQpCD8lfg Hukuman “sesiapa yang melanggar kesalahan dibawah seksyen 5b (5) enakmen lambang-lambang dan nama-nama (mencegah daripada disalahguna) 1977 (Kelantan Enakmen bil 8 / 1977) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit kesalahan itu boleh didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tiga (3) tahun.