Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP NO: BC-62JSK-20-07/2022 5 PENDAKWA RAYA LAWAN AZAMUDDIN BIN ABDUL MAJID 10 (NO. K/P : 671209-08-5955) ALASAN PENGHAKIMAN 15
BC-62JSK-20-07/2022
Sessions Court of Malaysia23 Dec 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(3) If the court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the court shall record an order of acquittal. 480 [47] Dalam kes MAH KOK CHEONG v. R [1953] MLJ 46, YA Spencer Wilkinson J, di muka surat 47 menjelaskan bahawa: “…in ordinary criminal cases… all discussion as what might reasona”
“its case. Therefore, a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of a 505 trial upon a consideration of all evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the ac”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP NO: BC-62JSK-20-07/2022 5 PENDAKWA RAYA LAWAN AZAMUDDIN BIN ABDUL MAJID 10 (NO. K/P : 671209-08-5955) ALASAN PENGHAKIMAN 15
1
Rayuan ini telah difailkan oleh pihak Pembelaan kerana tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah pada 23/12/2024 yang telah 20 mendapati OKT adalah bersalah dan mensabitkan OKT di akhir kes Pembelaan (Perintah tersebut) bagi satu pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Pertuduhan Pindaan Pertama). Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 8 tahun dari tarikh Perintah dan OKT diperintahkan 25 menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan di bawah Seksyen 26 dan pengawasan polis selama 2 tahun di bawah S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 Seksyen 27. Manakala Pertuduhan Pindaan Kedua telah pun di DNAA pada 27/1/2023 atas permohonan TPR. 30 [2] OKT telah dituduh seperti berikut (Pertuduhan Pindaan Pertama): “Bahawa kamu pada 30 April 2020 jam lebih kurang 1700hrs, di rumah alamat No. 16A Kampung Rinching Tengah 43700 Beranang di dalam daerah Hulu Langat, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah 35 melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan bernama Nur Erissha Aqilah binti Azmi Nassaruddin no. K/P:040921-10- 2068 berumur 15 tahun 10 bulan dengan cara memegang payudara kanak-kanak itu bagi maksud seksual. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) 40 Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017”.
3
Sebelum mahkamah ini melanjutkan kepada Alasan Penghakiman, perlu dijelaskan bahawa kes ini telah didengar di hadapan HMS terdahulu (Puan Norhazani Hamzah) bermula dari kes Pendakwaan sehingga 45 peringkat OKT dipanggil untuk membela dirinya iaitu sehingga OKT disoal balas oleh TPR (separuh jalan).
4
HMS tersebut telah mendapati terdapat suatu kes prima facie terhadap OKT dan telah memanggil OKT ini untuk membela dirinya. 50 Namun disebabkan arahan pertukaran ke Jabatan Peguam Negara, HMS tersebut hanya sempat mendengar setakat keterangan OKT (peringkat soal balas) dan tidak menghabiskan pendengaran seluruh keterangan OKT. Saya telah mengambil alih kes ini di peringkat akhir soal balas dan S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 menyambung dengar keterangan SD2 (isteri OKT) dan seterusnya 55 membuat keputusan peringkat Pembelaan. Tiada saksi lain yang memberi keterangan di peringkat pembelaan selain OKT dan isteri OKT sahaja (SD2).
5
Perlu juga disebutkan bahawa tiada Alasan Penghakiman yang 60 disediakan oleh Puan Norhazani di peringkat Pendakwaan berkaitan alasan OKT dipanggil membela dirinya. Oleh yang demikian, Alasan Penghakiman ini saya sediakan setakat Alasan Penghakiman bagi Keputusan di peringkat Pembelaaan yang mana saya telah mendapati OKT ini bersalah dan disabitkan dengan kesalahan seperti mana 65 Pertuduhan Pindaan Pertama, setelah saya meneliti dan menilai keseluruhan keterangan semua saksi pendakwaan dan pembelaan dari mula perbicaraan sehinggalah ke peringkat menimbangkan hujahan semua pihak. Oleh itu, tiada Alasan Penghakiman peringkat prima facie yang akan disediakan bagi kes ini memandangkan keputusan itu 70 telah dibuat oleh HMS terdahulu yang mengendalikan kes ini sehingga peringkat soal balas OKT.
6
Secara ringkasnya, pihak TPR telah memanggil lima (5) orang saksi untuk memberi keterangan iaitu: 75 i. SP1: Pn Norlida (Ibu mangsa). ii. SP2: Nur Erissha Aqilah (Mangsa). iii. SP3: Azirra An Nissa (Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan). iv. SP4: Mohd Arshad Aysar (Adik mangsa). 80 v. SP5: Insp Norlaila (Pegawai Penyiasat). S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4
7
Pihak TPR juga telah mengemukakan eksibit yang berikut untuk menyokong keterangan saksinya iaitu: EKSIBIT PERKARA P1 Salinan IC mangsa. P2 (A-B) Lima (5) salinan gambar tempat kejadian di Beranang. P3 Rajah kasar tempat kejadian di Beranang. P3A Penandaan tempat kejadian. ID4 A-H Lapan (8) salinan gambar tempat kejadian (Pelangi Semenyih). ID5 Rajah kasar tempat kejadian di Pelangi. ID5A Penandaan tempat kejadian di Pelangi. P6 Sijil lahir mangsa. P7 Laporan Polis Beranang. P8 Laporan Polis Kajang. 85 [8] Berikut adalah eksibit yang telah dikemukakan oleh pihak Pembelaan: EKSIBIT PERKARA D9(1-11) 11 keping gambar OKT/mangsa, dan lain-lain. D10 Sijil Perakuan 90A. IDD11 1 CD rakaman di kolam renang. IDD12 Screenshot butiran rakaman. IDD13 Sijil Perakuan 90A. D14 Lakaran pelan rumah (PSD2). S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 FAKTA KES DI PERINGKAT PENDAKWAAN 90 [9] Bagi membantu YA HMT, Mahkamah ini memberikan secara ringkas fakta kes bagi memberikan sedikit gambaran dan latar belakang kes atau kejadian dalam kes ini namun tidak akan menyediakan Alasan Penghakiman. 95 [10] Mangsa iaitu SP2 ialah anak SP1 yang merupakan anak ketiga daripada 5 beradik. SP2 berusia 15 tahun 10 bulan sewaktu kejadian ini berlaku. Kejadian berlaku pada 30/4/2020 (dalam bulan Ramadhan) pada jam lebih kurang 5.00 petang. Hubungan SP2 dengan OKT pula ialah bapa saudara memandangkan hubungan ibu SP2 iaitu SP1 dengan isteri 100 OKT iaitu SD2 adalah adik-beradik (adik dengan kakak).
11
Kejadian ini berlaku sewaktu SP2 sedang tidur di atas sofa 3 seater di rumah datuknya dalam keadaan badannya mengiring dengan badannya dan muka SP2 mengadap TV. SP2 terasa payudaranya 105 dipegang sewaktu sedang tidur oleh satu tangan yang datangnya dari arah belakang sofa tempat SP2 tidur. SP2 membuka matanya dan nampak bayang OKT dari kaca TV yang tidak menyala (off mode) yang dia nampak tangan OKT lah yang memegang buah dadanya. SP2 tepis tangan OKT dan menoleh ke belakang. Dia melihat OKT sedang berdiri 110 rapat dengan belakang sofa. SP2 menyatakan tangan kiri OKT memegang buah dada SP2 di kedudukan X3 dari kedudukan OKT berdiri bertanda Y [eksibit P2(E)]. SP2 memandang OKT dengan pandangan yang tidak suka. OKT lantas beredar ke dapur. Manakala SP2 menyatakan dia dalam keadaan takut terus pergi ke bilik tidur ibunya dan 115 S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 menangis kepada ibunya. Namun tidak menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya. Ini disahkan oleh ibu SP2 yang telah bertanyakan sebab dia menangis namun SP2 enggan bercerita.
12
Dalam keterangan SP1 (ibu) pula mengesahkan, dia telah melihat 120 perubahan tingkah laku anaknya sejak kejadian tersebut, yang sebelum ini suka bergurau namun telah berubah menjadi seorang yang pendiam, suka menangis dan kerap berkurung di dalam bilik. SP2 juga tidak fokus kepada pembelajaran kelas online walhal beliau sebelum ini seorang pelajar yang aktif. 125
13
SP1 mengesahkan bahawa SP2 hanya menceritakan tentang kejadian pada 30/4/2020 tersebut kepadanya pada bulan Mei 2020. SP1 sangat terkejut lalu bertanyakan kepada anak-anak perempuannya yang lain sama ada turut menjadi mangsa cabul OKT. SP1 menjelaskan SP2 130 mula mengalami gangguan emosi dan gangguan tidur. Pada 20/7/2020, SP1 telah membawa SP2 ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan kerana SP1 merasakan anaknya mendapat tekanan perasaan.
14
SP2 telah diperiksa oleh SP3 (Dr. Ezirra) seorang Doktor di Jabatan 135 Kecemasan. Sewaktu ditemu bual, SP2 telah menceritakan seluruh kejadian yang berlaku kepadanya dan menceritakan dia alami trauma. Trauma tersebut telah menyebabkan SP2 hampir ingin membunuh diri kerana merasakan maruah dirinya telah tercemar akibat perbuatan OKT. SP2 menyatakan kepada SP3 bahawa kejadian itu adalah kejadian kedua 140 yang berlaku kepadanya. Kali pertama berlaku sewaktu SP2 berumur 13 tahun yang berlaku pada tahun 2017 sewaktu cuti sekolah. S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7
15
Kejadian pada tahun 2017 berlaku semasa SP2 bercuti di rumah OKT sendiri. SP2 menyatakan kejadian pada tahun 2017, OKT juga mencabulnya dengan menyentuh buah dada dan kemaluannya. SP2 145 menyatakan kejadian pertama ini telah menyebabkan beliau trauma dan fobia dan perasaan ini tidak pernah hilang, beliau rasa tidak selesa apabila berada dekat dengan ayah sendiri serta ahli keluarga yang lain kerana takut kejadian tersebut berulang lagi. Namun SP2 berjaya menyembunyikan kejadian itu daripada pengetahuan ahli keluarga dan 150 cuba bereaksi secara normal di hadapan ahli keluarga kerana takut untuk bercerita kepada sesiapa.
16
Apabila kejadian yang sama berlaku untuk kali kedua, SP2 menyatakan beliau begitu takut, trauma dan rasa tertekan kerana ianya 155 perkara yang berulang serta takut akan berlaku lagi pengulangan kejadian yang sama pada masa akan datang. Akibatnya, kejadian itu telah memberi kesan atau gangguan emosi dan tekanan yang hebat kepada emosinya sehingga beliau menjadi murung dan ingin membunuh diri. 160
17
SP3 iaitu doktor tersebut telah membuat laporan polis Beranang/001502/20 atas kejadian yang berlaku. Perlu dijelaskan juga di sini, bagi kejadian yang berlaku di rumah OKT pada tahun 2017, pertuduhan bagi kejadian tersebut, terdapat permohonan TPR untuk 165 DNAA. Maka HMS terdahulu telah pun DNAA kes tersebut. Oleh itu hanya pertuduhan pada tahun 2020 sahaja yang dibicarakan di hadapan Mahkamah ini. S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8
18
HMS terdahulu telah mendengar keterangan saksi-saksi Pendakwaan dan telah mendapati Pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT di bawah pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 175 2017 (Akta). Maka OKT telah dipanggil untuk membela dirinya.
19
Tiada Alasan Penghakiman yang disediakan oleh HMS tersebut pada peringkat ini. 180 FAKTA RINGKAS KES PEMBELAAN
20
Secara ringkasnya OKT telah memberikan keterangan secara bersumpah. OKT juga telah memanggil seorang sahaja saksi iaitu SD2 iaitu isterinya sendiri. Secara keseluruhannya pembelaan OKT adalah 185 bersifat penafian semata-mata, keterangan yang direka-reka semata-mata dan pemikiran terkemudian. PEMBELAAN OKT 190 [21] OKT hanya ingin kejutkan orang yang tidur di sofa itu dari tidur. [22] OKT tidak tahu yang tidur di situ adalah SP2. [23] OKT kata orang yang sedang tidur itu berselimut atau berselubung. [24] OKT tidak pegang payudara SP2 sebaliknya hanya tepuk lengan SP2 sahaja. 195 S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9
25
OKT menyatakan SP2 kelihatan ceria dan mesra dan mengemukakan gambar-gambar beliau bercuti dengan SP2 dan ahli keluarga yang lain bagi menyangkal trauma dan ketakutan yang dialami mangsa terhadap OKT. 200 PENILAIAN KESELURUHAN KETERANGAN PEMBELAAN DAN PENDAKWAAN OLEH MAHKAMAH
26
Mahkamah dapati pembelaan OKT seperti mana di perenggan [21] – [25] adalah tidak relevan, tidak bermerit atau credible dan pembelaan 205 yang pada hemat Mahkamah adalah lemah dan remeh. Pembelaan seperti yang dibangkitkan oleh OKT jauh sekali mampu mencabar keterangan SP2 yang lebih kukuh dan meyakinkan. Mahkamah mengingatkan diri sendiri bahawa SP2 pada waktu kejadian sudah pun berumur lebih 15 tahun dan telah pun faham tentang keadaan atau 210 sesuatu perkara yang salah dan tahu perbuatan seorang laki-laki yang menyentuh mana-mana anggota tubuh seorang perempuan adalah suatu perbuatan yang salah, memalukan, mengaibkan, mencemarkan maruah seorang gadis dan sesuatu yang amat hina dan keji. Ini konsisten dengan keterangannya kepada SP3 (doktor) dan juga kepada SP1 (ibu). 215 Keterangan SP2 yang teguh dan konsisten telah gagal dicabar oleh pihak pembelaan.
27
Mengapakah Mahkamah menilai keterangan Pembelaan sebagai tidak relevan dan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah 220 terhadap kes Pendakwaan? Sekiranya pun Mahkamah terima pembelaan OKT bahawa dia hanya ingin kejutkan orang yang sedang tidur itu dari S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10 tidur, pada hemat Mahkamah perbuatan ini tidaklah salah. OKT boleh mengejutkan sesiapa pun dalam rumah itu daripada tidur. Pembelaan seperti ini gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap 225 kes Pendakwaan dan tiada kesan dari segi berat atau weight keterangan. Keterangan seperti ini didapati tidak relevan dengan pertuduhan ini.
28
Berkaitan para [22] dan [23] pula (digabungkan) iaitu OKT tidak tahu yang tidur di situ adalah SP2 kerana orang itu tidur berselubung. 230 Pembelaan ini juga lemah dan tidak meyakinkan Mahkamah. Dalam keterangan SP2, beliau telah menafikan bahawa beliau tidur berselimut atau berselubung. SP2 teguh dengan keterangannya bahawa beliau tidak tidur berselubung. Mahkamah dapati keterangan ini juga telah gagal dicabar oleh peguam OKT dengan mengemukakan keterangan yang 235 boleh menyokong keterangan tersebut. SP2 pula dalam keterangannya masih ingat pakaian yang dia pakai waktu itu adalah T-shirt lengan panjang dan seluar panjang. SP2 menafikan dia tidur berselimut atau berselubung. Mahkamah dapati sehingga kes Pendakwaan ditutup serta keterangan SP2 berakhir, peguam gagal mencabar keterangan bahawa 240 SP2 sedang tidur berselubung. Soalan tersebut dibangkitkan sebagai suatu percubaan semata-mata dan tidak kelihatan begitu bersungguh-sungguh. Soal balas itu sekadar dilontarkan sekadar untuk memberitahu bahawa OKT tidak tahu yang sedang tidur atau yang sedang dia sentuh itu adalah SP2. Mahkamah dapati Pembelaan sekadar cuba menafikan 245 perbuatan OKT terhadap SP2 sahaja dengan alasan OKT tidak nampak orang yang sedang tidur itu. S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11
29
Pada hemat Mahkamah juga tidak logik untuk SP2 tidur berselubung kerana rumah tersebut tidak ada penghawa dingin, tiada 250 keterangan cuaca di luar sangat sejuk atau hujan, Pembelaan juga gagal bawa saksinya untuk membuktikan SP2 pada waktu kejadian sedang tidur berselubung. SP2 sepanjang soal balas tetap konsisten menyatakan bahawa dia tidak berselubung. Apakah tujuan OKT menimbulkan pembelaan yang SP2 tidur berselubung? Adakah untuk menyatakan 255 bahawa OKT tidak sengaja atau tidak berniat melakukan perbuatan memegang payudara SP2? Maka jelas bahawa ia sekadar penafian semata-mata.
30
Sekiranya pun Mahkamah terima keterangan bahawa perbuatan 260 berselubung itu relevan dengan niat OKT itu tidak untuk mencabul SP2 sebaliknya ianya sesuatu perbuatan tidak sengaja, namun suatu perkara yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah ini pula, mengapakah OKT perlu mengejutkan SP2 dengan cara memegang payudara SP2 untuk mengejutkan orang tersebut daripada tidur, tidak kiralah dia laki-laki atau 265 perempuan? Adakah tiada anggota tubuh yang lebih sesuai untuk disentuh untuk kejutkan seseorang daripada tidur? Bukankah mengejutkan seseorang tidak kiralah beliau perempuan atau laki-laki, cukup sekadar membuka selimut di muka orang itu dan memanggil sahaja nama orang itu tanpa perlu OKT memegang payudara seseorang? 270 Mengapa perlu OKT pegang buah dada seorang perempuan atau laki-laki (jika pun benar dia tak sedar itu SP2)? SP2 seorang gadis yang usianya sudah 15 tahun lebih. Dari segi hukum Islam pun, OKT bukanlah mahramnya dan tidak boleh menyentuh tubuh badannya apatah lagi S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 beliau seorang perempuan yang tidak ada hubungan mahram dengan 275 OKT.
31
Pembelaan ini bukan sahaja lemah dan gagal, sebaliknya menguatkan kes Pendakwaan. Ini kerana secara langsung OKT telah pun mengesahkan bahawa OKT memang hadir di tempat tersebut dan 280 membenarkan OKT memang ada sentuh SP2 bagi tujuan mengejutkannya dari tidur. Cumanya, OKT menafikan anggota yang dia sentuh bukan buah dada tetapi lengan SP2 sahaja. Apa yang pasti, berdasarkan pembelaan OKT, OKT tidak menafikan kehadirannya di sisi SP2 pada waktu yang material dan perbuatan menyentuh juga telah 285 diakui. Berdasarkan keterangan semua saksi, tiada sesiapa yang hadir di ruang tamu tersebut kecuali seorang adik laki-laki SP2 yang sedang leka bermain game yang pada waktu itu sedang meniarap dalam keadaan mukanya ke bawah. SP4 ini tidak sedar dan tidak nampak kejadian yang berlaku. Maka keterangan SP4 tidak banyak membantu daripada sudut 290 menjadi saksi mata bagi kedua-dua pihak Pendakwaan mahupun OKT.
32
Namun begitu, pada hemat Mahkamah, ketidaksedaran adik SP2 iaitu SP4 itulah yang telah memberi peluang dan ruang yang luas kepada OKT untuk mengambil kesempatan untuk melakukan amang seksual 295 terhadap tubuh badan SP2. Keterangan SP2 menyatakan ahli keluarga lain semuanya berada di ruang dapur yang terpisah dengan ruang tamu tempat SP2 sedang tidur menambahkan lagi peluang OKT untuk melakukan kesalahan tersebut. 300 S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13
33
Mahkamah mempercayai keterangan SP2 yang lebih logik, konsisten dan tidak goyah walaupun cuba dicabar oleh peguam. Malahan bukan sahaja beliau merasa satu tangan itu telah memegang payudaranya, malahan SP2 juga telah menoleh ke belakang dan nampak sendiri yang sedang berdiri di belakang sofa tempat dia sedang tidur dan 305 tangan OKT yang memegang payudaranya adalah OKT sendiri. SP2 juga nampak OKT telah cepat-cepat beredar ke ruang dapur manakala SP2 telah pergi berjumpa dengan ibunya di dalam bilik dan menangis akibat kejadian tersebut. Mahkamah dapati tiada sebab bagi seorang kanak-kanak seusia SP2 ingin berbohong dan ingin mengenakan OKT yang juga 310 bapa saudaranya sendiri. Pembelaan tidak mendatangkan suatu keterangan bahawa SP2 sanggup mengenakan OKT atas suatu hal yang boleh dipertimbangkan oleh Mahkamah ini. Malahan keterangan yang OKT kemukakan melalui gambar-gambar D9 telah menunjukkan hubungan mereka dengan SP2 adalah baik dan harmoni sebelum 315 kejadian ini berlaku. Mereka sekeluarga menghadiri majlis kenduri, bercuti sekeluarga, berenang di kolam renang, dan lain-lain. Malahan SP2 diakui oleh SD2 sangat sayang dan mesra dengan ibu saudaranya yang merupakan isteri OKT. Mahkamah dapati hubungan mereka tiada masalah setakat sebelum kejadian pada tahun 2020. 320
34
Berdasarkan keterangan, walaupun SP2 tidak terus berterus terang dengan SP1 dan menceritakan kejadian itu kepada SP1, namun keterangan SP1 yang konsisten dan sepadan dengan keterangan SP2 mengesahkan bahawa SP2 memang datang kepadanya selepas 325 kejadian tersebut dan menangis walau pun tidak mengadu apa-apa kepadanya apabila ditanya sebab menangis itu. Namun, SP2 S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 kemudiannya menceritakan juga kejadian tersebut kepada SP1 apa yang berlaku kepadanya walau pun bukan pada hari yang sama. SP2 mengambil masa beberapa hari barulah dia menceritakan kepada SP1. 330 Namun SP1 tidak mengambil sebarang tindakan untuk melaporkan kepada polis cuma bertanya kepada anak-anak yang lain sekiranya mereka juga pernah dicabul oleh OKT.
35
Keterangan ini boleh diterima sebagai sebahagian keterangan yang 335 relevan dengan kejadian. Ini kerana SP2 tidak akan menangis sesuka hati jika tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak baik kepadanya. Keterangan ini mempunyai kesinambungan, relevan dan berkaitan dengan kejadian tersebut namun telah gagal disangkal oleh pihak Pembelaan. 340
36
Begitu juga keterangan SP3 iaitu seorang doctor yang telah menemu bual SP2 adalah sangat material kerana SP2 telah menceritakan semua kejadian ini kepada SP3. SP1 hanya membawa SP2 berjumpa SP3 apabila bimbang melihat perubahan tingkah laku yang 345 ketara kepada SP2. Mahkamah menerima keterangan SP3 adalah keterangan yang kukuh. Beliau seorang yang tiada kepentingan, tidak prejudis kepada mana-mana pihak, seorang yang professional atau penjawat awam dan beliau menjalankan tugasnya sebagai seorang Pegawai Perubatan Kerajaan sesuai dengan skop tugasnya. Mahkamah 350 mendapati keterangan SP3 telah gagal dicabar oleh peguam. Mahkamah juga tidak boleh menolak keterangan SP3 dengan sewenang-wenangnya memandangkan SP3 juga adalah orang yang bertanggungjawab S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15 membuat laporan polis terhadap kejadian tersebut. Laporan polis SP3 juga telah diterima sebagai eksibit. 355
37
Mahkamah dapati keterangan SP3 dan laporan polis SP3 telah corroborate keterangan SP2. Mahkamah dapati tiada percanggahan keterangan di antara keterangan SP3 dan apa yang diceritakan oleh SP2 kepada SP3 sama sekali. Keterangan mereka telah gagal dicabar oleh 360 pihak Pembelaan.
38
Keterangan SP1-SP3 sekali gus telah menyebabkan pembelaan OKT di para [24] yang menafikan dia telah memegang buah dada SP2 dan hanya tepuk lengan SP2 sahaja telah gagal. Keterangan semua saksi 365 Pendakwaan adalah lebih kukuh, lebih dipercayai dan lebih bercredible berbanding dengan keterangan OKT dan SD2. SD2 langsung tidak melihat apa yang berlaku. Sedangkan keterangan saksi penting Pendakwaan didapati lebih konsisten, tiada percanggahan dan saling menyokong di antara satu sama lain dan wujud corroboration kepada 370 keterangan terutamanya keterangan SP2 dan SP3 dan juga penceritaan hal kejadian kepada ibunya walaupun cerita SP2 bukan pada masa serentak dengan hari kejadian namun tetap wujud keterangan yang menyokong di antara SP2 dan SP1. Mahkamah tidak boleh mengenepikan keterangan SP1 dan SP3 begitu sahaja. 375
39
Pada penilaian Mahkamah, sekiranya OKT sekadar menepuk lengan SP2, SP2 tidak mungkin menangis dan mengalami trauma, fobia dan ketakutan yang melampau apabila dia melihat OKT. SP2 memberi keterangan bahawa beliau hanya tidak takut dengan OKT jika ada ahli 380 S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16 keluarga bersama-samanya. Namun SP2 tetap berasa takut, tidak selesa apabila berada dalam kalangan laki-laki hatta bapa sendiri. Beliau begitu trauma dan fobia setelah kejadian yang kedua kerana perbuatan itu adalah perbuatan berulang. 385 [40] Mahkamah dapati OKT gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap keterangan saksi Pendakwaan. OKT juga gagal membawa saksi yang nampak yang dia hanya menepuk lengan SP2 dan bukan memegang buah dada SP2. Pembelaan OKT gagal untuk mencabar keterangan SP2 dan saksi yang lain, yang lebih kukuh dan 390 konsisten. Mahkamah mempercayai keterangan SP2 yang konsisten dan yakin. SP2 juga seorang yang bijak. Keterangannya tidak goyang apabila dicabar oleh peguam. Keterangan SP2 yang menyatakan beliau nampak OKT yang berdiri di belakang sofa tempat dia tidur dan nampak OKT yang memegang buah dadanya. Tiada orang lain di kawasan tempat OKT 395 berdiri sewaktu kejadian itu berlaku. Keterangan SP2 adalah dia nampak OKT apabila menoleh ke belakang bahawa OKT yang memegang payudaranya. Setelah OKT nampak SP2 menoleh kepadanya dengan pandangan yang tidak suka, OKT telah cepat-cepat beredar ke dapur. 400 [41] Berdasarkan keterangan, SP2 juga adalah seorang pelajar yang bijak dan cerdik yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan kini sedang menuntut di Universiti Malaya dalam bidang perubatan. SP2 didapati tahu bahawa perbuatan OKT itu salah walau pun pada masa kejadian beliau berumur 15 tahun 10 bulan. Beliau pada masa itu dia 405 sudah pun remaja dan boleh mengingati perkara dan kejadian yang berlaku dengan jelas dan tidak ragu-ragu dalam keterangannya. S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17
42
Pembelaan OKT di para [25] pula adalah berkenaan hubungan mesra atau baik OKT dengan SP2 semata-mata untuk membuktikan SP2 tidak pun mengalami sebarang trauma terhadap kejadian yang berlaku 410 juga tidak begitu meyakinkan Mahkamah. Pembelaan seperti ini adalah lemah dan tidak boleh dijadikan suatu sandaran yang kukuh bahawa suatu keraguan yang munasabah telah berjaya dibangkitkan oleh OKT. Mahkamah dapati gambar-gambar dan video SP2 bersama ahli keluarganya termasuk gambar SP2 dengan OKT dan SD2 dalam 415 beberapa majlis dan perjumpaan yang nampak harmoni, sukar untuk dikaitkan dengan pertuduhan terhadap OKT di hadapan Mahkamah ini. Ini kerana gambar-gambar yang ditandakan sebagai D9 (1-11, IDD11 dan IDD12 menunjukkan tarikh rakaman gambar berlaku sekitar tahun 2018 dan 2019 sedangkan kejadian ini berlaku pada 30/4/2020. Ini bermakna 420 apa yang cuba dinyatakan oleh pihak Pembelaan hubungan harmoni ini berlaku sebelum kejadian ini berlaku. Maka, semua gambar dan eksibit tersebut tidak material dan tidak relevan untuk mencabar kes Pendakwaan. 425 [43] Mahkamah juga turut menilai dan menimbangkan keterangan ini apabila mendapati peguam tidak pernah bangkitkan isu hubungan mesra dan gambar ini sewaktu soal balas dalam kes Pendakwaan. Mengapakah isu ini tiba-tiba sahaja dibangkitkan dalam kes Pembelaan sedangkan isu hubungan mesra atau tidak trauma ini patut dibangkitkan sewaktu kes 430 Pendakwaan lagi. Peguam mempunyai ruang dan masa untuk soal balas saksi Pendakwaan bagi membangkitkan bahawa OKT tidak melakukan amang seksual terhadap SP2 untuk mencabar isu SP2 sangat trauma dengan OKT akibat perbuatan OKT itu. Dalam erti kata lain, OKT cuba S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18 menyatakan SP2 tidak trauma dengannya kerana gambar menunjukkan 435 hubungan mereka baik dan mesra, maka tiada perbuatan amang seksual berlaku kepada SP2. Mahkamah mendapati isu di para [25] ini adalah tidak relevan dan juga suatu pembelaan afterthought atau yang difikirkan kemudian bagi menimbulkan keraguan terhadap keterangan Pendakwaan. Namun Mahkamah dapati Pembelaan ini tidak membantu 440 kes Pembelaan.
44
Perlu Mahkamah tegaskan bahawa sekiranya pun Mahkamah terima Pembelaan ini, Pembelaan ini tidak begitu berkesan untuk menggugat kes Pendakwaan. Ini kerana mangsa mempunyai banyak 445 alasan untuk menyembunyikan kejadian itu daripada diketahui oleh ahli keluarga yang lain seperti malu, takut tidak dipercayai, terasa rendah diri, rasa kotor, rasa terhina atau untuk menjaga hubungan kekeluargaan. SP2 menyatakan takut dipersalahkan. Inilah juga alasan yang SP2 nyatakan apabila disoal kenapa SP2 tidak terus beritahu SP1, ibunya 450 pada hari kejadian. SP2 menyatakan antara lain adalah takut tidak dipercayai, rasa malu, rasa kotor dan lain-lain sehingga beliau memendam perasaan sendirian sehingga ingin membunuh diri.
45
Oleh kerana peguam juga tidak membangkitkan isu tentang gambar 455 iaitu D9 sewaktu kes Pendakwaan, maka keterangan bagaimana hubungan di antara SP2, OKT dan SD2 tidak dapat diekstrak. Jika Mahkamah terima ia pasti memprejudiskan pihak Pendakwaan dan tidak adil. Ini kerana penjelasan boleh diberikan jika isu D9 dibangkitkan pada peringkat paling awal. Oleh itu, Mahkamah menolak pembelaan 460 pemikiran terkemudian yang dibawa oleh pihak Pembelaan ini. S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19
46
Di akhir kes Pembelaan, Mahkamah perlu menimbangkan keseluruhan keterangan OKT dan saksinya dan merujuk kembali 465 keterangan saksi-saksi di peringkat kes Pendakwaan sebelum memutuskan sama ada di akhir kes Pembelaan ini, pihak TPR telah berjaya membuktikan kes di luar keraguan munasabah seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 182A Akta 593:
1
At the conclusion of the trial, the court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
2
If the court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the court shall find the accused guilty 475 and he may be convicted on it.
3
If the court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the court shall record an order of acquittal. 480 [47] Dalam kes MAH KOK CHEONG v. R [1953] MLJ 46, YA Spencer Wilkinson J, di muka surat 47 menjelaskan bahawa: “…in ordinary criminal cases… all discussion as what might reasonably be true or what is consistent with innocence are both 485 irrelevant and misleading. Almost every defence put forward by an accused is consistent with innocence or it would not be put forward; nor would it be a very good defence if it could not reasonably be S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg true. But whatever may be the defence to a criminal charge the sole question which a subordinate court has to ask itself at the 490 conclusion of the trial is-Does the defence raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case or as to the accused’s guilt?” [48] Dalam kes BALACHANDRAN v. PP (supra), Mahkamah 495 Persekutuan telah mengulas berkenaan dengan beban pembuktian di luar keraguan munasabah: “Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond 500 reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore, a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of a 505 trial upon a consideration of all evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the accused remain silent there will be no necessity to re evaluate the evidence in order to determine whether there is a 510 reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. Prima facie which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt.” 515 S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg [49] Di dalam kes NAGAPPAN KUPPUSAMY v. PP (1988) 1 CLJ 238, Mahkamah Agung memutuskan: “In a criminal proceeding, the onus on the prosecution throughout is to prove beyond reasonable doubt. From the beginning to the end 520 the burden remains on the prosecution to prove the guilt of the accused. At the close of the whole case, the Court has to consider all the evidence adduced by both the prosecution and the defence and has to be satisfied that the case has been proved beyond reasonable doubt.” 525 [50] Seterusnya di dalam kes MOHD RADHI BIN YAAKOB v. PP (1991) 6 MLJ 169, Mohamed Azmi SCJ menyatakan: “It is well established principle of Malaysian criminal law that the 530 general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charge. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal his duty is merely to cast a 535 reasonable doubt in the prosecution’s case”. [51] Mahkamah juga telah merujuk kepada prinsip undang-undang di dalam membuat keputusan di akhir kes Pembelaan seperti mana yang telah digariskan di dalam kes MAT v. PP (1963) MLJ 263 di mana Suffian 540 J memutuskan seperti berikut: S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg “The correct law for Magistrates to apply is as follows. If you accept the explanation given by or on behalf of the accused, you must of course acquit. But this does not entitle you to convict if you do not believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it 545 raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt, as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it.” 550 ALASAN KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN Saksi Yang Berkepentingan [52] Mahkamah telah merujuk kes LIM GUAN ENG v. PP [1998] 3 MLJ 555 di mana GOPAL SRI RAM - JCA di muka surat 48 telah memetik penghakiman WAN YAHYA H (pada ketika itu) dalam kes HJ. ABDUL GHANI BIN ISHAK & ANOR v. PP [1981] 2 MLJ 230 mengenai keterangan saksi yang berkepentingan: 560 “The witness Kipah is the wife of the first accused and she had to be called by the prosecution to fill up the chain of events in the case. Answers elicited from her cross-examination by the defence had to be scrutinized with some care. As a wife testifying in a serious case against her husband, she could not be expected to be 565 entirely immune from being unbiased or in any event, uninterested. Moreover, when there are other evidences to the contrary, this court is not bound to accept each and every word in S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg her evidence. If what was suggested is to be followed in the unqualified from, the function of the trial judge or jury will become 570 obsolete and such function could be decided by computer. There is nothing to deter the trial judge or jury picking or choosing any piece of evidence from a witness while rejecting others which he or they felt not credible enough. After all, a witness is capable of saying both truths and untruths. If for any good reason, the court feels that part 575 of his evidence should be preferred to the other, then it is at liberty to accept that part and reject the others …” [53] Di dalam kes PP v. NG NAI LIM [2011] 1 LNS 487 di mana YA HAKIM AHMADI ASNAWI telah memutuskan isu berkaitan ‘interested 580 witness’ seperti yang berikut: “Lagipun SB-2 adalah anak OKT, layak dikelaskan sebagai “interested witness”. Memang benar seperti diputuskan dalam kes Balasingham v. PP [1959] 1 LNS 8 “… there is no legal 585 presumption that an interested witness should not be believed. He is entitled to credence until cogent reasons for disbelief can be advanced in the light of evidence to the contrary and the surrounding circumstances …” 590 [54] Mahkamah mendapati OKT dan SD2 adalah saksi yang mempunyai kepentingan di dalam kes ini. Mereka adalah suami isteri. Oleh yang demikian keterangan SD2 naturally in favour of the OKT. Namun Mahkamah dapati keterangan SD2 gagal mematahkan keterangan semua saksi Pendakwaan. Keterangan SD2 jelas banyak 595 S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg memihak kepada suaminya walau pun beliau sendiri tidak melihat apa yang berlaku dan tidak ada sebarang pengetahuan tentang kejadian tersebut. Peranan beliau tidak banyak membantu OKT. Mere Denial & Reasonably Dislodge the Prosecution’s Case 600 [55] Pembelaan OKT ialah dia tidak memegang buah dada SP2 adalah satu mere denial yang konsisten dari OKT sejak awal perbicaraan kes ini. Mahkamah telah merujuk kepada kes RAZI AMNIN v. PP [2010] 7 CLJ 771 (Criminial Appeal) di mana Hakim telah memutuskan: 605 “…It is trite law that mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s case is insufficient to earn an acquittal...,” 610 [56] Persoalan bagi Mahkamah di dalam kes ini ialah jika terdapat keterangan yang munasabah untuk mematah atau menangkis (i.e reasonably dislodge) kes pihak Pendakwaan. Untuk menjawab soalan tersebut, Mahkamah telah menghalusi keterangan saksi-saksi Pendakwaan seperti mana yang diterangkan dalam perenggan terdahulu. 615 Di antara keterangan corroboration yang material adalah keterangan SP2 kepada SP3 dan juga SP1. [57] Di dalam kes CAMARA MAMODOU v. PP [2014] CRIMINAL APPEAL NO: B-05-195-07/2013 (GIN) - CLJ LAW pula, YA Hakim 620 Mahkamah Rayuan Dato’ Zamani A. Rahim telah menyatakan seperti berikut; S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg “26. …Learned counsel cited the English Court of Appeal case of R v Ward [1993], where it was held that: 625 “The prosecution’s duty at common law to disclose to the defence all elevant material, i.e. evidence which tended either to weaken the prosecution’s case or to strengthen the defence case, required the police to disclose to the prosecution all witness statements and the prosecution to supply copies of 630 such witness statement to the defence or to allow them to inspect the statements and make copies unless there was good reasons for not doing so. Furthermore, the prosecution was under a duty, which continued during pretrial period and throughout the trial, to disclose to the defence all relevant 635 scientific material, whether it strengthened the prosecution case or assisted the defence case and whether or not the defence made a specific request for disclosure. Pursuant to that duty the prosecution was required to make available records of all relevant experiments and tests which tended 640 to cast doubts on the opinions he was expressing was under a clear obligation to bring the records of such experiments and tests to the attention of the solicitor who was instructing him so that they might be disclosed to the other party.” 645 A Reasonable Doubt [58] Keraguan yang munasabah adalah satu pembelaan undang-undang jenayah yang mantap dan menjadi nadi bagi seorang OKT untuk S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg melepaskan dari sesuatu pertuduhan. Di sini Mahkamah merujuk kes 650 MOHD RADHI BIN YAAKOB v. PP (supra), di mana Mohamed Azmi SCJ telah menyatakan: “…. To earn an acquittal his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution’s case.” 655 [59] Keraguan yang munasabah telah gagal ditimbulkan oleh pihak OKT dengan gagal mematahkan keterangan saksi Pendakwaan dan Pembelaan gagal memanggil saksi yang membenarkan bahawa OKT tidak memegang buah dada SP2. 660 [60] Merujuk kes MILLER v. MINISTER OF PENSIONS [1947] 2 ALL ER 373 DAN PP v. SAIMIN & ORS [1971]2 MLJ 16, Mahkamah ini mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh OKT adalah satu mere denial, afterthought, bersifat fanciful ataupun imaginary semata-mata. 665 KESIMPULAN/KEPUTUSAN [61] Berdasarkan alasan-alasan yang tersebut di atas dan setelah meneliti dan menilai kembali keseluruhan keterangan di peringkat kes 670 Pendakwaan dan kes Pembelaan secara maksima dan setelah merujuk kepada prinsip di dalam kes MAT v. PP (supra) yang tersebut di atas, Mahkamah memutuskan di akhir kes Pembelaan ini bahawa OKT telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. 675 S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg [62] Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan bahawa pihak TPR telah berjaya untuk membuktikan pertuduhan terhadap OKT di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 melampaui keraguan yang munasabah. Justeru, OKT adalah didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan tersebut. 680 RAYUAN [63] Secara ringkasnya, rayuan OKT adalah bagi peringanan hukuman kerana beliau tidak sihat, mempunyai pelbagai penyakit seperti kencing 685 manis, darah tinggi, thrombosis, penyakit PCL. OKT menanggung keluarga secara tunggal. OKT menanggung bil perubatan yang tinggi. Ini adalah kesalahan pertama. HUJAHAN PEMBERATAN TPR 690 [64] TPR memohon hukuman yang berat atas faktor kepentingan awam, keseriusan kesalahan, jenayah yang melibatkan kesalahan seksual kanak-kanak adalah isu kepentingan awam dan juga trauma terhadap mangsa hendaklah juga dipertimbangkan. 695 HUKUMAN [65] Setelah Mahkamah menimbangkan mitigasi OKT dan hujahan TPR, Mahkamah memutuskan seperti berikut: 700 i. OKT dihukum penjara selama 8 tahun dari tarikh Perintah ini. S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg ii. OKT hendaklah menjalani kaunseling pemulihan selama dia ditahan dalam penjara di bawah Seksyen 26. iii. 2 tahun pengawasan polis di bawah Seksyen 27. 705 Alasan Mahkamah (Hukuman) [66] Mahkamah telah mempertimbangkan semua aspek mitigasi dan hujahan TPR, Mahkamah turut menimbangkan umur OKT yang telah 710 berumur 57 tahun, kesalahan yang pertama, kesihatan OKT dan juga menimbangkan juga kesalahan seksual terhadap kanak-kanak adalah isu kepentingan awam dan kesalahan yang serius, namun menimbangkan juga nature of the offence ialah amang seksual (bukan kesalahan merogol). Tanpa memandang ringan perbuatan menyentuh mana-mana 715 anggota tubuh badan kanak-kanak adalah juga suatu kesalahan jenayah dan anggota tubuh yang disentuh oleh OKT adalah buah dada iaitu suatu anggota tubuh yang sangat sensitive dan privacy kepada seorang perempuan, Mahkamah turut menimbangkan trauma mangsa setelah kejadian itu berlaku, hubungan OKT dengan SP2 adalah hubungan bapa 720 saudara-anak saudara yang telah dikhianati oleh OKT. OKT sepatutnya melindungi mangsa dan bukannya mengambil kesempatan terhadap kelemahan mangsa yang masih kanak-kanak. 725 S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg [67] Oleh itu, Mahkamah berpendapat hukuman penjara 8 tahun ini adalah mencukupi dan wajar bagi memberi pengajaran kepada OKT dan 730 orang awam di luar sana agar tidak melakukan perbuatan yang sama kerana jenayah ini serius dan berat dari segi hukuman mandatori adalah penjara sahaja dan tiada hukuman selain itu. 735 (NORSHILA BINTI KAMARUDDIN) Hakim Mahkamah Sesyen Ampang, Selangor 740 Bertarikh : 15/2/2025 Timbalan Pendakwa Raya : Pn. Nurfadzlin binti Mahmad Zulhasnan 745 Peguambela : En. Zuri Zabudin bin Budiman (Tetuan Al Sabri & Co) S/N 3FoKh6iRk6dlu5OqdTRg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.