Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN 11 SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES NO: : BA-62K-313-09/2021 PENDAKWA RAYA LAWAN LAMAH MORIBA ALASAN PENGHAKIMAN
BA-62K-313-09/2021
Sessions Court of Malaysia14 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“27. Untuk isu kelakuan OKT mahkamah merujuk kepada SARKAR’S LAW OF EVIDENCE, VOL. 1, 15TH EDITION (1999), MS. yang memberi penjelasan berkenaan Seksyen 8 Indian Evidence Act 1872 seperti berikut: “Conduct” in Reference to Ss 8 and 27. [Pointing out Places and Producing Property].-There is a clear distinction between th”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN 11 SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES NO: : BA-62K-313-09/2021 PENDAKWA RAYA LAWAN LAMAH MORIBA ALASAN PENGHAKIMAN
1
Ini adalah rayuan OKT terhadap keputusan mahkamah yang telah dapati OKT bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan 489C Kanun Keseksaan. Keputusan mahkamah ini adalah berikutan satu perbicaraan penuh.
2
Bagi memudahkan pemahaman kes ini, mahkamah ini mengemukakan semula pertuduhan terhadap OKT: - Pertuduhan seksyen 489C Kanun Keseksaan (KK): “Bahawa kamu pada 05.03.2020 jam lebih kurang 6.00 petang di lot parking Hotel Eastin Petaling Jaya, dalam daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan, didapati kamu telah meemiliki matawang kertas Ringgit Malaysia yang telah dibuat dengan jalan pemalsuan sebanyak 1189 keping wang kertas not RM1000 no siri seperti di lampiran yang didapati palsu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah seksyen 489C Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah seksyen yang sama.”
3
OKT pohon bicara terhadap pertuduhan tersebut dan perbicaraan penuh dijalankan. Di akhir kes pembelaan, mahkamah telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes melampaui keraguan munasabah terhadap OKT. OKT
4
Mahkamah ini telah mensabitkan OKT dan menjatuhkan hukuman penjara 4 tahun (bermula dari tarikh jatuh hukum).
5
Berikut adalah alasan-ke atas keputusan mahkamah.
6
Pendakwaan telah memanggil seramai 4 orang saksi bagi membuktikan kesnya. Saksi pendakwaan yang dipanggil adalah: • SP1 - Tan Shu Yee (Pengadu); • SP2 - Insp Tan Sie Guan (Pegawai Tangkapan); • SP3 - Rozaiman bin Mansor (Pengurus di Bank Negara Malaysia); dan • SP4 – Insp. Hanif Imran bin Mustafa Fauzi (Pegawai Penyiasat)
7
Secara ringkasnya fakta kes adalah seperti berikut: • Tan Shu Yee (SP1) merupakan pengadu dan mangsa dalam kes ini. Dia telah megenali seorang lelaki bernama ‘Haruki’ melalui platform media sosial Intsagram (IG). • SP1 telah berkawan dengan Haruki melalui IG dimana mereka sering berhubung. Haruki telah mengatakan bahawa dia dia ingin memberikan hadiah kepada SP1. Hadiah tersebut dalam bentuk sebuah beg berjenama dan juga barang kemas. • Haruki telah meminta alamat SP1 bagi tujuan penghantaran bungkusan hadiah tersebut. Dia memaklumkan SP1 bahawa akan ada ejen menghubunginya (SP1) berkenaan penghantaran bungkusan itu. • SP1 telah menerima panggilan telefon dari seorang wanita yang menanyakan berkenaan penghantaran bungkusan dari Haruki kepada SP1. Wanita tersebut meminta pembayaran sebanyak RM4000 dari SP1 untuk bagi ‘clear’ penghantaran bungkusan itu. SP1 telah akur dan buat bayaran sebanyak RM4000 melalui online banking kepada sebuah akaun yang diberikan oleh wanita tersebut. • SP1 telah membuat beberapa bayaran melalui online kepada akaun tersebut. Wanita itu mengugut SP1 sekiranya dia tidak bayar apa yang diminta maka bungkusan itu tidak dapat dilepaskan. Wanita itu memberitahu bungkusan itu mengandungi banyak duit. • SP1 cuba berunding dengan wanita tersebut mengenai jumlah sebenar yang perlu dibayar. SP1 kemudiannya dapat bercakap dengan ‘boss’ wanita itu yang merupakan seorang lelaki. Lalaki itu mengenalkan dirinya sebagai ‘Chris’ dan berjanji SP1 untuk menyelsaikan perkara ini. • Chris telah memberikan no akaun baru kepada SP1 dimana SP1 telah buat beberapa bayaran secara online. SP1 akhirnya hampir habis wang simpanannya (hampir RM100,000). Chris akhirnya bersetuju untuk berjumpa dengan SP1 di Tropicana Mall pada 4.3.2020 • SP1 berjumpa dengan Chris di Tropicana Mall. SP1 mengesahkan bahawa Chris adalah OKT. SP1 menjelaskan bahawa dia tiada lagi wang. Dan hanya tinggal RM1000. OKT mengatakan dia akan cuba buat kepastian sekiranya bungkusan tersebut boleh dilepaskan. • OKT meminta SP1 menunggunya di Starbucks sementara dia pergi berjumpa dengan seseorang. OKT kemudian datang berjumpa dengan SP1 tetapi kali ini dia membawa sebuah beg berwarna kelabu. • OKT kemudiannya ajak SP1 ke hotel eastin di Petaling Jaya (PJ). Mereka telah check in menggunakan kad kredit dan kad pengenalan SP1. • Semasa di dalam bilik hotel OKT mengeluarkan sebuah peti kecil. OKT tiada kunci untuk membuka peti tersebut. OKT kemudiannya membuat panggilan telefon kepada seseorang untuk menanyakan dimana kunci tersebut. OKT kemudiannya mengatakan bahawa SP1 perlu membayar antara RM3,000-RM5,000 untuk mendapatkan kunci peti itu. • SP1 dan OKT telah bersama-sama ke sebuah ATM berhampiran hotel. SP1 kemudian menyerahkan wang sebanyak RM2000 kepada OKT di lobi hotel. OKT menyuruh SP1 menunggunya di lobi sementara dia pergi berjumpa dengan seseorang untuk mendapatkan kunci peti tersebut. • OKT datang semula ke lobi dimana mereka berdua naik semula ke biik. OKT telah membuka peti di dalam biilik. OKT menerangkan kepada SP1 bahawa duit di dalam peti itu diselubungi kertas hijau. SP1 melihat bahawa di dalam peti itu terdapat banyak tisu, kertas-kertas hijau dan serbuk putih. • OKT mengeluarkan wang RM100 dari dompetnya. OKT mengeluarkan kertas hijau dari peti. OKT meletakkan wang RM100 diatas kertas hijau itu. OKT megapitkan wang RM100 dengan 2 kertas hijau. OKT kemudiannya meletakkan wang dan kertas hijau itu didalam sebuah sampul kecil. OKT menyuruh SP1 masak air. OKT meletakkan sampul itu atas sebuah dulang kecil (tray). OKT kemudiannya tuangkan air ke atas dulang itu dan juga sedikit cecair yang dibawanya. OKT selepas itu mengambil sampul itu dan mengeringkannya dalam bilik air. Okt mengeluarkan kertas hijau dari sampul tersebut. SP1 melihat terdapat sekeping wang USD100 dan RM100. OKT memberikan USD100 kepada SP1. • SP1 mengatakan OKT telah mengambil grab untuk pulang ke tropicana mall. SP1 pulang ke rumahnya. SP1 telah menukarkan wang USD100 di pengurup wang kawasan Sri Petaling. SP1 telah mengambil gambar wang ditukar dan menghantarnya kepada OKT. • Beg kelabu telah dibawa pulang oleh SP1 (dia disuruh oleh OKT untuk berbuat demikian). SP1 menghubungi OKT dan di dalam perbualan telefon mereka OKT meminta SP1 wang sebanyak RM600,000 (dalam nota RM100) untuk ‘membersihkan’ wang di dalam peti tersebut. Wang RM600,000 adalah untuk membolehkan kertas di dalam peti itu menjadi USD5juta. • SP1 memberitahu suaminya apa yang telah berlaku. SP1 dan suaminya telah ke balai polis Sri Petaling untuk membuat laporan polis (4.3.2020). Pihak polis telah meminta SP1 memberitahu OKT bahawa dia (SP1) ada wang RM400,000. SP1 telah memberitahu OKT sedemikian dan mereka bersetuju untuk berjumpa di Tropicana Mall. OKT dan pihak polis teah ke tropicana mall secara berasingan. • Di tropicana mall, OKT bersetuju untuk berjumpa dengan SP1 di keretanya di parking B2. SP1 menunggu OKT di dalam keretanya. Apabila OKT menghampiri kereta dia nampak Insp. Tan See Guan (SP2) dan cuba melarikan diri. Akhirnya OKT telah ditangkap oleh pasukan polis. • Semasa OKT ditahan oleh polis, SP1 mengesahkan kepada mereka bahawa OKT merupakan orang yang berurusan dengannya sepanjang masa berkaitan wang dalam peti. OKT pada masa itu membawa sebuah beg galas hitam. Polis mendapati di dalam beg itu mengandungi kunci kereta, kunci rumah dan dompet milik OKT. • OKT kemudian telah membawa pihak polis ke Hotel Eastin. OKT telah menunjuk arah polis kepada sebuah kereta MyVi WRM1277 di parkir Hotel Eastin. SP2 memperolehi maklumat dari OKT bahawa terdapat wang-wang kertas RM100 yang disyaki palsu di dalam keretanya. • Kunci kereta telah dikeluarkan dari beg yang dibawa oleh OKT dan diserahkan kepada SP2. Dengan menggunakan kunci itu SP2 telah membuka pintu kereta. • OKT telah memandu arah SP2 pintu penumpang hadapan kereta. SP2 diberitahu oleh OKT bahawa barang salah berada dalam beg plastik di bahagian kaki tempat duduk penumpang. SP2 telah mengambil beg plastik hitam tersebut dan mendapati beberapa keping wang RM100 (1189 keping) yang disyaki palsu di dalamnya. OKT seeterusnya ditahan oleh pihak polis. • Pakar dari Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu Rozaiman bin Mansor (SP3) mengesahkan bahawa kesemua wang kertas RM100 yang dirampas oleh SP2 adalah wang palsu.
8
Pendakwaan perlu buktikan satu kes prima facie seperti peruntukkan di bawah seksyen 173(f) Kanun Tatacara Jenayah. Prinsip ini dinyatakan dalam kes Looi Kow Chai & Anor v PP
2003
2 MLJ 65, Balachandran v PP (2005) 1 CLJ 85.
9
Mahkamah dalam ini perlu membuat penilaian secara maksima (maximum evaluation) terhadap bukti dan keterangan yang telah dibentangkan semasa perbicaraan.
10
Pertuduhan milikan wang palsu dibawah sek. 489C Kanun Keseksaan (KK) memperuntukkan seperti berikut: S.489C Whoever has in his possession any forged counterfeit currency note or bank note, knowing or having reason to believe the same to be forged or counterfeit and intending to use the same as genuine or that it may be used as genuine, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to ten years
11
Intipati pertuduhan yang Mahkamah ini perlu menilai adalah jika: • Wang yang dijumpai adalah palsu; • OKT mempunyai milikan ke atas wang kertas palsu tersebut; • OKT mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengetahui bahawa P8A-L adalah palsu; dan • OKT mempunyai niat untuk menggunakan wang palsu itu sebagai matawang tulen. ANALISA MAHKAMAH A. Wang yang dijumpai adalah palsu
12
Pengesahan bahawa matawang tersebut palsu adalah melalui pakar matawang dari Bank Negara Malaysia (SP3).
13
SP3 (Rozaiman bin Mansor). merupakan pakar dari Bank Negara Malaysia (BNM). Dia merupakan pengurus Bahagian Perolehan dan Pemalsuan Matawang di Jabatan Operasi Matawang BNM.
14
Bahagian Perolehan dan Pemalsuan Matawang BNM menguruskan pembelian matawang dari pencetak matawang. Pemalsuan dan menguruskan kes-kes pemalsuan i.e. membantu PDRM, termasuk memantau kes-kes pemalsuan di Malaysia.
15
SP3 mempunyai ijazah perakaunan dari Universiti of Dundee, Scotland. SP3 sejak 2013 telah menghadiri kursus-kursus berkenaan pelmasuan matawang.
16
Untuk kes ini SP3 mengesahkan bahawa dia telah menerima dari pihak PDRM 1189 keping wang kertas note RM100.
17
SP3 telah periksa ciri keselamatan wang kertas dan keadaan fizikal. SP3 mendapati wang tidak mempunyai ciri keselamatan yang tulen. SP3 menggunakan kaedah kaedah visual, rasa dan menggunakan alat cahaya UV Bersama kanta pembesar.
18
SP3 menerangkan bahawa dia seorang sahaja yang menjalankan ujian ke atas matawang tersebut. Sepanjang masa matawang itu dibawah jagaan dan simpanannya sehingga diserahkan semula kepada PDRM.
19
Tiada sebab untuk mahkamah ini menolak keterangan SP3 dan ini berlandaskan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes BALACHANDRAN V PUBLIC PROSECUTOR. B. OKT mempunyai milikan ke atas wang kertas palsu
20
Wang tersebut ditemui dalam sebuah beg plastik hitam di ruang kaki tempat duduk penumpang hadapan kereta MyVI yang terletak di parker Hotel Eastin.
21
OKT sendiri telah memberi tunjuk arah kepada pihak polis dimana terletaknya kereta tersebut. Kunci kereta tersebut juga telah diserahkan oleh OKT kepada SP2. Kedudukan wang palsu itu telah dimaklumkan oleh OKT kepada SP2.
22
Pengawalan OKT terhadap kunci kereta tersebut menunjukkan bahawa OKT mempunyai penguasaan dan milikan terhadap kereta itu. Selanjutnya, disebabkan posisi OKT yang mempunyai pengawalan dan penguasaan terhadap kereta tersebut maka dia mempunyai penguasaan dan milikan terhadap barang di dalam kereta itu.
23
Pandangan mahkamah ini berkenaan kedudukan OKT yang mempunyai milikan terhadap wang yang berada dalam kereta itu adalah berlandaskan kes LEOW NGHEE LIM V REGINA [1956] 22 MLJ 28 yang menetapkan: “probably the most helpful definition of possession is: ‘the relation of a person to a thing over which he may at his pleasure exercise such control as the character of the things admits, to the exclusion of other persons.’ ‘this definition does not express but it does imply that the meaning of the word includes some element of knowledge’ ‘A man must know of the existence of a chattel and have some idea of its whereabouts before he can exercise any control over it. The word possession therefore implies some knowledge but not necessarily full or exact knowledge.’ ‘the word possession is a vague and general word which cannot be closely defined. Without at least general knowledge there cannot be possession but there can be possession without full and exact knowledge.” C. OKT mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengetahui bahawa P8A-L adalah palsu
24
OKT telah memberi tunjuk arah kepada pihak polis kedudukan kereta MyVi tersebut. OKT juga telah menyerahkan lumci kereta kepada SP2 dan seterusnya menunjukkan kedudukan beg hitam yang mengandungi wang palsu.
25
OKT juga telah berbincang dengan SP1 bahawa wang sebanyak RM600,000 diperlukan untuk ‘clear the money’ di dalam beg kelabu yang dibawa ke hotel. OKT juga telah menunjukkan cara dia menghasilkan wang semasa mereka berada di dalam bilik hotel.
26
Kesemua perkara ini bukan satu kebetulan i.e. coincidence tetapi bukti yang menyokong fakta bahawa OKT mempunyai pengetahuan bahawa wang tersebut adalah palsu. Kelakuan OKT sepanjang masa jelas menunjukkan bahawa dia mepunyai pengetahuan dan ini selari S.8 Akta Keterangan.
27
Untuk isu kelakuan OKT mahkamah merujuk kepada SARKAR’S LAW OF EVIDENCE, VOL. 1, 15TH EDITION (1999), MS. yang memberi penjelasan berkenaan Seksyen 8 Indian Evidence Act 1872 seperti berikut: “Conduct” in Reference to Ss 8 and 27. [Pointing out Places and Producing Property].-There is a clear distinction between the conduct of an accused, which is admissible under s 8, if such conduct is influenced by any fact in issue or relevant fact and the statement made to a police officer in the course of an investigation which hit by s 162 Cr P C. What is excluded by s162 is the statement and not the evidence relating to the conduct when confronted or question by the police officer. For example, the evidence of the circumstance, simpliciter, that an accused led a police officer and pointed out the place where stolen articles or weapons which might have been used in the commission of the offence were found hidden, would be admissible as conduct under s. 8 irrespective of whether any statement by the accused contemporaneously under s. 8. irrespective of whether any statement by the accused contemporaneously with or antecedent to such conduct falls with the purview of s 27…” D. OKT mempunyai niat untuk menggunakan wang palsu itu sebagai matawang tulen
28
SP1 telah membuat laporan polis P1 tentang beliau berjumpa dengan OKT berkenaan bayaran untuk perlepasan bungkusan dari Haruki. Semasa perjumpaan di dalam bilik hotel OKT telah mencuci duit dan hasilkan wang USD100.
29
Okt juga telah meminta SP1 memberikan RM600,000 bagi tujuan ‘membersihkan’ kesemua wang di dalam beg (dan peti). Kelakuan OKT sebelum diatngkap jelas menunjukkan bahawa dia berniat untuk menggunakan wang palsu tersebut.
30
Perkara ini juga merujuk balik kepada kelakuan OKT (conduct) sebelum ditangkap yang menunjukkan bahawa wujudnya niat. Mahkamah merujuk semula kepada SARKAR’S LAW OF
31
Semasa di peringkat pendakwaan pembelaan yang dibangkitkan oleh OKT adalah: • Wang palsu tersebut dijumpai di dalam kereta dan bukan pada badan OKT (tiada milikan); • Niat OKT hendak menggunakan wang palsu tersebut gagal dibuktikan; dan • Kegagalan pendakwaan memanggil pegawai siastan ganti mewujudkan inferens terhadap kes pendakwaan di bawah S.114g Akta Keterangan Peringkat pembelaan
32
OKT telah memberikan keterangan secara bersumpah. Semasa memberikan keterangan OKT membangkitkan pembelaan bahawa dia tidak tahu mengenai wang tersebut dan hanya disuruh oleh kawannya bernama ‘Ceasar’ (yang dikatakan warga Cameroon) untuk menghantar bungkusan kepada SP1.
33
OKT tidak tahu nama penuh Ceasar dan kini tidak tahu dia berada dimana.
34
Semasa peringkat pendakwaan Mahkamah ini telah melakukan satu penilaian secara maksima terhadap kes pendakwaan dan juga pembelaan yang dibangkitkan. Ini adalah selaras dengan kes LOOI KOW CHAI v PUBLIC PROSECUTOR [2003] 2 MLJ 65
35
Mahkamah ini mendapati bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT.
36
Di peringkat pembelaan Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan yang dibangkitkan oleh OKT adalah: • Pembelaan yang difikirkan kemudian i.e. afterthought; dan • Penafian semata-mata i.e. bare denial
37
Pembelaan yang difikirkan kemudian adalah berdasarkan keterangan OKT yang menyebut nama ‘Ceasar’ sebagai pemilik sebenar wang palsu tersebut. Nama tersebut tidak pernah disebut sepanjang perbicaraan di peringkat pendakwaan dan hanya disebut semasa OKT memberi keterangan di peringkat pembelaan.
38
Pembelaan telah mempunyai peluang sepanjang perbicaraan untuk membangkitkan isu orang bernama Ceasar. Sepatutnya pembelaan ini dibangkitkan pada peluang terawal sepertimana yang ditetapkan oleh kes WONG SWEE CHIN V PUBLIC PROSECUTOR [1977] 2 mlj 194.
39
Pembelaan OKT ini jelas merupakan satu afterthought sepertimana dijelaskan di dalam kes Mahkamah Persekutuan LEONARDO QUITO CRUZ v PP [2013] 2 MLJ 1.
40
Pembelaan OKT bahawa dia tidak mengatahui mengenai kandungan beg hitam itu merupakan satu penafian semata-mata (afterthought). Pembelaan afterthought bukanlah satu pembelaan yang boleh diterima oleh mahkamah.
41
Mahkamah ini merujuk kepada kes Nanda Kumar A/L Kunyikanan & Anor V PP (2011) MLJU 1566 yang menetapkan “A mere denial is no defence. A mere denial is insufficient to raise a reasonable doubt. A defence of this nature is not a good defence.”
42
Pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah seperti mana di dalam kes PP v Saimin & Ors (1971) 2 MLJ yang menetapkan: “a reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to the evidence.”
43
Setelah mengambilkira segala keterangan yang telah dikemukakan semasa perbicaraan pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah. Oleh itu Mahkamah ini mendapati OKT bersalah dan disabitkan dibawah pertuduhan terhadapnya.
44
Mahkamah bertanggungjawab untuk mengenakan suatu hukuman yang mencerminkan keseriusan suatu kesalahan yang telah dilakukan (PP v Khairudin [1982] 1 MLJ 331).
45
Dalam menjatuhkan suatu hukuman, pertimbangan yang diambilkira ialah • kepentingan awam; • keadaan suatu kesalahan tersebut; dan • latarbelakang pesalah berkenaan Kesemua faktor pertimbangan ini ini adalah berlandaskan kes R v
46
Di dalam mitigasi terhadap hukuman, OKT merayu: • agar dikenakan hukuman ringan; • OKT seorang warga Gunea berusia 39 tahun; • Merupakan pelajar asing yang berada di Malaysia sejak 2019; • Anak ke-2 dari 11 adik beradik; • Belum berkahwin; • Mengajar secara sambilan bahasa perancis dan bahasa inggeris serta menjadi jurulatih bola keranjang; dan • Ini adalah merupakan kesalahan pertama OKT.
47
Pihak pendakwaan pula menghujahkan • hukuman setimpal sebagai pengajaran; • Perbicaraan penuh telah dijalankan; • OKT didapati bersalah setelah bicara penuh; • pohon hukuman maksima; • OKT warga asing yang datang melakukan jenayah serius dan • Hukuman yang menunjukkan betapa serius kesalahan yang berlaku.
48
Setelah mendengar hujahan dari kedua-dua pihak Mahkamah ini menjatuhkan hukuman penjara 4 tahun dari tarikh jatuh hukuman.
49
Pembelaan telah memohon penangguhan hukuman sementara menanti rayuan. Mahkamah ini membenarkan permohonan ini dengan menaikkan jamin kepada RM20,000 dengan 2 penjamin dimana OKT perlu laor diri kepada balai polis berhampiran alamat kediamannya setiap bulan sehingga keputusan rayuan. KESIMPULAN. Setelah mengambilkira prinsip dan kesemua faktor yang perlukan di dalam membuat keputusan sabitan dan menjatuhkan hukuman, mahkamah ini berpendapat bahawa sabitan yang dikenakan terhadap OKT adalah selamat dan hukuman yang diberikan adalah adil, setimpal, wajar dan mengikut undang-undang. (MUHAMAD ANAS MAHADZIR) HAKIM MAHKAMAH SESYEN SHAH ALAM Pendakwaan: Tn. Saifuddin Rafie (Timbalan Pendakwa Raya) Peguambela: En.Hafiz Norkhan (Tetuan Hafiz Norkhan & Co)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.