- Court
- Sessions Court of Malaysia
- Decision date
- 24 Dec 2024
- Case number
- DA-62JS-12-10/2022
- Coram
- Tuan Zulkifli Bin Abllah
- Practice area
- Pertuduhan asal - merogol Siti Noraida Farhana binti Mohd Izuddin (No KP: 021020-03-0024) ketika itu berumur 18 tahun 6 bulan, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan”. Pertuduhan pindaan - merogol Siti Noraida Farhana binti Mohd Izuddin (No KP: 021020-03-0024) ketika itu berumur 18 tahun 6 bulan, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan”. OKT mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. Intipati pertuduhan - i. OKT telah didapati merogol Siti Noraida Farhana binti Mohd Izuddin (SP1) ii.Telah berlaku kemasukan zakar OKT ke dalam kemaluan/vagina SP1 (penetration). iii.Hubungan seks tersebut berlaku tanpa kerelaan SP1 (lack of consent). Keputusan - Setelah mempertimbangkan secara maksimum keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan, ekshibit-ekshibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan juga setelah meneliti dan menghalusi hujahan- hujahan pihak-pihak, Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah gagal mengemukakan keterangan-keterangan yang berwibawa bagi membuktikan semua elemen kesalahan dibawah di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. Oleh yang demikian, mahkamah memutuskan pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie ke atas tertuduh sebagaimana dalam pertuduhan. Mahkamah memerintahkan tertuduh dibebas dan dilepaskan dari pertuduhan. Wang Jaminan dikembalikan
- Version
- Alasan Penghakiman 1
- Published
- 13 Jan 2025
- Source ID
- 725e2151-d9fc-44d8-b994-5731e8420f92