Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN BANDAR BARU BANGI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO KES : BI-62JS-6-01/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA V MOHAMMAD IMRAN BIN BASRI
BI-62JS-6-01/2021
Sessions Court of Malaysia2 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN BANDAR BARU BANGI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO KES : BI-62JS-6-01/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA V MOHAMMAD IMRAN BIN BASRI
1
OKT telah dituduh seperti berikut; “Bahawa kamu pada 24.2.2020, jam lebih kurang 17.45hrs hingga 18.10hrs bertempat di alamat kuaters perumahan Universiti Kebangsaan Malaysia, seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor di adalam Daerah Hulu Langat di dalam negeri Selangor, didapati merogol seorang perempuan bernama Nurul Nissa bt Hassan, kpt 970317- 10-6506 yang berumur 22 taahun 22 hari dengan tanpa kerelaan beliau. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 375(b) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376(1) kanun keseksaan. “
2
Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai 6 orang saksi untuk memberi keterangan seperti berikut; a) SP1- Nurul Nissa Hassan mangsa/pengadu b) SP2- Siti Rosnah bt Taha ibu mangsa c) SP3- Yuslina Johari pegawai psikologi UKM d) SP4- Norinsan Kamil Othman Pensyarah UKM e) SP5- Dr Nur Sheena Zulkifli Pegawai perubatan f) SP6- Insp Nor Fazilatul Ida Mohd Mustapa Pegawai penyiasat
3
Pengadu SP1 pada masa kejadian merupakan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada 24.2.2020 jam lebih kurang 4.00 petang, SP1 telah pergi ke Pusat Kesihatan UKM kerana sakit perut dan berasa tidak sihat. SP1 telah berjumpa dengan OKT yang telah memberi rawatan kepada SP1. OKT telah meminta no telepon SP1 untuk berjumpa SP1 di luar waktu bekerja dan SP1 telah memberi no telefonnya kepada OKT. Pada hari yang sama pada jam lebih kurang 5.15 petang, SP1 telah menerima perbualan whatsapp daripada OKT yang mengajak SP1 keluar dengan OKT. SP1 telah setuju untuk keluar dengan OKT.
4
SP1 telah masuk ke dalam kereta OKT dan mereka telah singgah di kedai 7 eleven dan berjumpa dengan rakan OKT untuk mengambil kucing. Dalam perjalanan ke kedai 7 eleven, OKT telah memasukkan tangan OKT ke dalam seluar SP1 dan SP1 mengalami “panic attack” oleh itu SP1 tidak memberi apa-apa reaksi. Selepas itu OKT telah bawa SP1 ke tempat parker kereta di hadapan salah satu kuaters perumahan
5
Apa bila sampai di rumah OKT telah bertanya kepada SP1 “nak ke tak nak” dan SP1 telah nyatakan tak nak. Selepas OKT pakirkan keretanya, OKT telah tarik kepala SP1 ke arah kemaluannya. SP1 telah gigit kemaluan OKT dan OKT telah marah dan keluar dari kereta. SP1 menurut arahan OKT kerana bimbang akan keselamatan dirinya. Apabila di dalam rumah OKT telah alihkan posisi SP1 dalam keadaan merangkak di atas sofa dan OKT telah masukkan kemaluan ke dalam SP1.
6
SP1 telah menceritakan kejadian yang berlaku ke atas dirinya kepada SP2, SP3 dan SP4. SP3 telah membantu membawa SP1 ke Hospital Kajang. Di Hospital Kajang, pembantu perubatan Muhammad Nor Hazlim telah membuat laporan polis rujuk P11 dan P12. SP1 telah membuat laporan polis rujuk P2 dan telah maklumkan butir-buitir OKT. Pada 27.2.2020, OKT telah ditangkap rujuk P17. Tugas Mahkamah di akhir kes pendakwaan 7. Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah perlu memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKS seperti yang dikehendaki oleh seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah.
8
Mahkamah dalam hal ini perlu melihat adakah pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan intipati yang di kehendaki di bawah seksyen 375 Kanun Keseksaan yang seperti berikut; a) OKT telah melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan yang menjadi persoalan. b) Perbuatan itu dilakukan dalam keadaan di bawah mana-mana perkara yang dinyatakan dalam seksyen 375 Kanun Keseksaan c) Perempuan itu bukan isteri tertuduh yang sah di sisi undang-undang d) Wujudnya kemasukan
9
9.. Mahkamah dalam membuat keputusan akan membincangkan berkaitan intipati yang diterangkan di atas, yang boleh mewujudkan bahawa telah berlakunya kejadian rogol tersebut. Intipati (a) telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan berdasarkan kepada keterangan SP1 bahawa OKT adalah lelaki yang Bersama beliau pada kejadian tersebut dan OKT telah dicam sebagai lelaki yang telah merogol beliau pada hari kejadian dan ini tidak dicabar oleh pihak pembelaan.
10
Dalam mempertimbangkan keterangan dan pembuktian berkaitan intipati (d), Mahkamah perlu meneliti kepada keterangan SP 1, SP 5 dan juga ekhibit P10 iaitu laporan pemeriksaan awal oleh SP5 terhadap SP1. SP1 dalam keterangan telah menyatakan bahawa semasa dalam kereta, SP1 telah berada dalam posisi menghadap kerusi dan OKT berada dibelakang SP1 dan lepas itu OKT masukan dan SP1 merasa sakit. Juga semasa di dalam rumah, SP1 menyatakan bahawa beliau dalam posisi merangkak atas sofa, OKT dibelakang dan masukkan terus, juga SP1 dalam keadaan baring, kaki kangkang dan OKT masukkan sekali lagi.
11
Mahkamah berpandangan bahawa intipati (d) ini adalah penting untuk membuktikan bahawa wujudnya rogol dalam kes ini. Elemen adanya kemasukkan zakar perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Mahkamah dapati SP1 sepanjang memberi keterangan berkaitan kejadian rogol itu tidak ada keterangan bahawa beliau ada melihat kemasukkan zakar OKT ke dalam kemaluan beliau. SP1 hanya menyatakan berasa sakit di bahagian kemaluannya selepas ada rasa kemasukan. Persoalan adakah OKT ada memasukkan zakar beliau ke dalam kemaluan SP1.
13
Mahkamah telah meneliti kepada laporan awal pemeriksaan fizikal SP1 oleh SP5 iaitu P10. Mahkamah telah merujuk kepada soalan perenggan 6 yang mencatatkan seperti berikut “äpakah yang menyebabkan koyakan pada haymen mangsa”, jawapan ditulis oleh SP5 adalah “unsure”.
14
Soalan 7 menyatakan seperti berikut “adakah ia disebabkan oleh kemasukan zakar/objek lain selain zakar, jawapan oleh SP5 adalah “ünsure”. Soalan 8 adalah seperti berikut “pada pandangan pegawai perubatan, berdasarkan kepada kesan koyakan yang dialami oleh mangsa, adakah ia konsisten dengan sejarah latar belakang kejadian bahawa magsa telah dirogol”, jawapan oleh SP5 adalah “unsure”.
15
Berdasarkan kepada kandungan P10 tersebut telah jelas bahawa SP5 sendiri tidak dapat memastikan adakah yang menyebabkan koyakan kepada haymen SP1 dan SP5 sendiri tidak dapat memastikan adakah SP 1 telah dirogol. SP 5 telah memeriksa SP1 pada 26.2.2020 iaitu 2 hari selepas SP1 membuat laporan polis menyatakan dia telah dirogol.
16
Mahkamah pada peringkat ini berpandangan bahawa pendakwaan telah gagal untuk membuktikan bahawa ada berlaku kemasukan zakar OKT ke dalam kemaluan SP1. Ini disokong oleh P10 yang menunjukkan adakah kemasukan zakar tersebut. Pendakwaan dengan ini telah gagal untuk membuktikan intipati penting di dalam membuktikan bahawa adanya kejadian rogol iaitu elemen kemasukan.
17
Mahkamah juga setelah mendengar keterangan SP1 perlu mempertimbangkan dengan berhati-hati untuk menerima keterangan SP 1 secara keseluruhan. SP1 dalam keterangan menyatakan bahawa mengidap masalah PSTD iaitu Post Traumatic Stress Disorder dan SP1 telah dirujuk di Klinik Psiakiatri Hospital Kajang untuk mendapat rawatan. SP1 mula mendapat rawatan berkaitan PSTD mulai 2019 dan masih berterusan mendapat rawatan hingga pada hari SP1 memberi keterangan di Mahkamah.
18
Mahkamah bersetuju dengan hujahan Pembelaan yang telah merujuk kepada s.118 Akta Keterangan. Adalah penting bahawa seseorang yang mengalami masalah mental dikira kompeten jika beliau mampu memahami soalan yang dikemukakan serta memberi jawapan yang munasabah. Pembelaan juga menghujahkan bahawa Hakim terdahulu yang mengendalikan perbicaraan ini tidak mengemukakan sebarang soalan kepada SP1 semasa SP1 memberi keterangan bagi memastikan SP1 memahami soalan yang dikemukakan dan mampu memberi jawapan yang rasional tanpa pengaruh gangguan mental yang beliau alami.
19
Mahkamah juga mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah gagal untuk mengemukakan laporan perubatan tentang keadaan mental SP1 sama ada SP1 mampu memberi keterangan lisan di Mahkamah. Mahkamah berpandangan laporan perubatan berkaitan mental SP1 adalah penting untuk Mahkamah memutuskan adakah SP1 sememangnya layak untuk memberi keterangan dan membolehkan keterangan beliau di terima masuk sebagai keterangan.
20
Atas kedapatan tersebut maka Mahkamah berpandangan bahawa Pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap OKT. Mahkamah dengan ini berdasarkan kepada s.180 (2) Kanun Acara Jenayah telah melepas dan membebaskan OKT daripada tuduhan tanpa dipanggil untuk membela diri.
14
Hakim Sesyen BBB
8
8.2025
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.