Content
1
DJ-62JSK-28-08/2023
Sessions Court of Malaysia2 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1
1
Tertuduh telah dibicarakan di Mahkamah ini terhadap 3 pertuduhan yang dibicarakan secara bersama, iaitu, 2 pertuduhan bagi kesalahan amang seksual terhadap kanak-kanak yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (“AKSTKK”), dan 1 pertuduhan 2 bagi kesalahan amang seksual terhadap kanak-kanak yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(d) AKSTKK.
2
Pada 19.06.2025, Mahkamah telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh sebagaimana pertuduhan dan tertuduh dipanggil untuk membela diri terhadap pertuduhan.
3
Pada 12.10.2025, tertuduh telah memberi keterangan bersumpah dan tidak memanggil saksi pembelaan lain.
4
Pada 02.12.2025, Mahkamah telah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan terhadap pertuduhan dan telah menjatuhkan hukuman seperti berikut:
a
Penjara 5 tahun bermula dari tarikh sabitan dan 1 sebatan menurut peruntukan hukuman di bawah Seksyen 14 AKSTKK;
b
Perintah Kaunseling Pemulihan sepanjang tempoh hukuman penjara menurut peruntukan hukuman di bawah Seksyen 26 AKSTKK; dan
c
Perintah Pengawasan Polis bagi tempoh 2 tahun selepas tamat hukuman penjara menurut peruntukan hukuman di bawah Seksyen 27 AKSTKK.
a
Penjara 6 tahun dan 1 sebatan menurut peruntukan hukuman di bawah Seksyen 14 AKSTKK; hukuman penjara berjalan secara BERASINGAN dengan hukuman penjara dalam kes No. DJ-62JSK-27-08/2023;
b
Penjara 7 tahun dan 2 sebatan menurut peruntukan hukuman di bawah Seksyen 14 AKSTKK; hukuman penjara berjalan secara SERENTAK dengan hukuman penjara bagi Pertuduhan Pertama, dan secara BERASINGAN dengan hukuman penjara dalam kes No. DJ-62JSK-27-08/2023;
c
Perintah Kaunseling Pemulihan sepanjang tempoh hukuman penjara menurut peruntukan hukuman di bawah Seksyen 26 AKSTKK; dan
d
Perintah Pengawasan Polis bagi tempoh 2 tahun selepas tamat hukuman penjara menurut peruntukan hukuman di bawah Seksyen 27 AKSTKK. [5] Mahkamah telah membenarkan penggantungan perlaksanaan hukuman sementara rayuan oleh tertuduh terhadap keputusan oleh Mahkamah ini didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Pertuduhan [6] Pertuduhan terhadap tertuduh adalah seperti berikut: "Bahawa kamu pada 29 Julai 2023, antara jam 6.15 petang sehingga 6.30 petang, atas sebuah motorsikal jenis Honda C70 No. Plat: PBM 9867, di jalan dalam ladang kelapa sawit Kampung Kusial Baru, dalam daerah Tanah Merah, dalam Negeri Kelantan dengan maksud seksual telah melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh kemaluan kanak-kanak perempuan bernama Nor Yus Afira Ayra Binti Mohd Faisal (No K/P: 160719-03-1004) yang berumur 7 tahun 10 hari, oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] dan boleh dihukum dibawah seksyen 14 Akta yang sama." Pertuduhan Pertama: “Bahawa kamu pada 2 Ogos 2023, antara jam 6.15 petang sehingga 6.30 petang, dalam sebuah kereta jenis Proton Wira No. Plat: WHN 1247, berhampiran landasan kereta api, Kampung Kusial Baru, dalam daerah Tanah Merah, dalam Negeri Kelantan dengan maksud seksual telah melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh kemaluan kanak-kanak perempuan bernama Nor Yusyafika Ayriss Binti Mohd Faisal (No K/P: 180815-03-0798) yang berumur 4 tahun 11 bulan, oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] dan boleh dihukum dibawah seksyen 14 Akta yang sama.” Pertuduhan Kedua: “Bahawa kamu pada 2 Ogos 2023, antara jam 6.15 petang sehingga 6.30 petang, dalam sebuah kereta jenis Proton Wira No. Plat: WHN 1247, berhampiran landasan kereta api, Kampung Kusial Baru, dalam daerah Tanah Merah, dalam Negeri Kelantan dengan maksud seksual telah melakukan amang seksual fizikal dengan menjilat kemaluan kanak-kanak perempuan bernama Nor Yusyafika Ayriss Binti Mohd Faisal (No K/P: 180815-03-0798) yang berumur 4 tahun 11 bulan, oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] dan boleh dihukum dibawah seksyen 14 Akta yang sama.” Elemen pertuduhan [7] Perbuatan kesalahan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak di bawah Seksyen 14(a) dan 14(d) AKSTKK dinyatakan seperti berikut: “14. Amang seksual fizikal atas kanak-kanak Mana-mana orang yang, bagi maksud seksual-
a
menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak-kanak;
b
membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan orang itu atau bahagian badan mana-mana orang lain;
c
membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak itu sendiri; atau
d
melakukan apa-apa perbuatan lain yang melibatkan kontak fizikal dengan seseorang kanak-kanak tanpa persetubuhan, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. Huraian 1- Perbuatan menyentuh boleh melibatkan perbuatan menyentuh dengan menggunakan mana-mana bahagian badan atau dengan suatu objek dan boleh dilakukan melalui apa-apa sahaja termasuk apa-apa sahaja yang dipakai oleh orang yang menyentuh atau kanak-kanak yang disentuh. Huraian 2- Dalam menentukan apakah yang menjadi maksud seksual, mahkamah boleh menimbangkan, antara lain, bahagian badan yang disentuh, sifat dan takat perbuatan menyentuh atau kontak fizikal dan semua hal keadaan lain yang berkenaan dengan perlakuan itu.” [8] Berdasarkan peruntukan-peruntukan di atas, elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pendakwaan bagi kesalahan di bawah Seksyen 14(a) AKSTKK adalah:
a
tertuduh telah menyentuh mana-mana bahagian badan seorang kanak-kanak; dan
b
sentuhan tersebut adalah bagi maksud seksual. [9] Manakala elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pendakwaan bagi kesalahan di bawah Seksyen 14(d) AKSTKK pula adalah:
a
Tertuduh telah melakukan apa-apa perbuatan yang melibatkan kontak fizikal dengan seseorang kanak-kanak tanpa persetubuhan; dan
b
perbuatan tersebut adalah bagi maksud seksual. Keterangan pihak pendakwaan [10] Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 5 orang saksi seperti berikut: SP1 Mohd Faizal Bin Ismail (Bapa mangsa; Pengadu) SP2 Norma Binti Saari (Ibu mangsa) SP3 Nor Yusyafika Ayriss Binti Mohd Faisal (Mangsa) SP4 Nor Yus Afira Ayra Binti Mohd Faisal (Mangsa) SP5 Insp. Mohamad Imtiyaz Bin Mohd Noor (Pegawai Penyiasat) [11] Senarai dokumen bagi kes pendakwaan yang diterima masuk sebagai eksibit adalah seperti berikut: P1 Pertuduhan P2 Laporan Polis SP1 (No. 3899/23 bertarikh 07.08.2023; 0856 AM) P3 (A-C) 3 Keping Gambar (Tempat) P4 (A-D) 4 Keping Gambar (Tempat) P5 (A-C) 3 Keping Gambar (Tempat) P6 (A-D) 4 Keping Gambar (Kereta) P7 (A-D) 4 Keping Gambar (Motosikal) P8 Cakera Padat P9 Perakuan di bawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 P10 Laporan Polis SP5 (No. 3902/23 bertarikh 07.08.2023; 1146 AM) P11 Laporan Polis SP5 (No. 3911/23 bertarikh 07.08.2023; 1908 PM) IDD12 Laporan Polis SP5 (No. 3906/23 bertarikh 07.08.2023; 1418 PM) Fakta kes pendakwaan [12] SP2 dan tertuduh adalah jiran sekampung yang tinggal berhampiran dan anak-anak SP2 termasuk SP3 dan SP4 juga telah mengenali tertuduh dan telah biasa keluar bersama tertuduh dimana tertuduh akan datang ke tempat SP2 berniaga di “Kebun Guillemard” dan anak-anak SP2 akan mengikuti tertuduh menaiki motosikal atau kereta tertuduh dan tertuduh biasanya akan membawa mereka ke kedai runcit dan membelikan makanan ringan dan tertuduh akan menghantar semula mereka di tempat tersebut. [13] Pada 02.08.2023 jam lebih kurang 6.00 petang, semasa SP2 berada di tempat beliau berniaga, tertuduh telah datang ke tempat tersebut dan anak bongsu SP2 iaitu Nor Yusyafika Ayriss (SP3) telah mengikut tertuduh menaiki kereta yang dipandu oleh tertuduh. Pada jam lebih kurang 7.00 petang, setelah SP3 dihantar pulang semula oleh tertuduh ke tempat SP2 berniaga, SP3 telah memaklumkan kepada SP2 mengenai perbuatan tertuduh yang dikatakan telah membawa SP3 ke satu tempat berhampiran “stesen keretapi Guillemard” dimana tertuduh telah membuka seluar SP3 dan tertuduh telah menyentuh (“jamah”), mencium dan menjilat kemaluan (“cekpit”) SP3. Menurut SP2, tertuduh juga telah mengambil gambar kemaluan SP3 dengan menggunakan telefon bimbit. [14] Sebelum itu pada 26.07.2023, SP2 telah diberitahu oleh seorang lagi anaknya bernama “Arisya” mengenai perbuatan tertuduh yang dikatakan telah cuba menyentuh bahagian kemaluannya semasa berada di atas motosikal yang dibawa oleh tertuduh dan Arisya telah bertindak menepis tangan tertuduh. SP2 walaubagaimanapun tidak mengambil sebarang tindakan kerana merasa ragu mengenai perkara tersebut. [15] Pada waktu malam pada 02.08.2023, setelah SP2 dimaklumkan pada petang hari tersebut oleh SP3 mengenai perbuatan tertuduh terhadap SP3, SP2 telah bertanya kepada anak-anaknya yang lain dan anaknya yang bernama Nor Yus Afira Ayra (SP4) telah memberitahu SP2 mengenai kejadian yang berlaku pada 29.07.2023 dimana tertuduh dikatakan telah memasukkan tangan tertuduh ke dalam seluar SP4 semasa berada di atas motosikal yang dibawa oleh tertuduh ketika motosikal melalui suatu kawasan berhampiran ladang kelapa sawit. [16] SP2 seterusnya telah memaklumkan mengenai apa yang berlaku tersebut kepada suaminya (SP1) yang kemudiannya telah bertanya kepada anak-anaknya. SP1 seterusnya telah memaklumkan perkara tersebut kepada abang SP1 yang merupakan seorang anggota polis yang bertugas di “Bukit Aman”. Abang SP1 kemudiannya telah melaporkan perkara tersebut kepada Ketua Kampung dan Ketua Kampung kemudiannya telah menghubungi SP1 dan menyarankan supaya perkara tersebut tidak dilaporkan kepada pihak polis dan suatu amaran akan diberikan kepada tertuduh. [17] Pada 07.08.2023, setelah SP1 menunggu selama 5 hari dan dalam tempoh tersebut, tertuduh tidak ada datang berjumpa SP1 untuk meminta maaf dan SP1 juga tidak mendapat sebarang makluman lanjut daripada Ketua Kampung dan abangnya, SP1 merasa tidak berpuas-hati dan telah membuat laporan polis (Eksibit P2). Keterangan SP3 [18] SP3 dilahirkan pada 15.08.2018 dan telah memberi keterangan di Mahkamah pada 23.10.2024. SP3 adalah seorang kanak-kanak yang baru berumur 6 tahun 2 bulan semasa memberikan keterangan di Mahkamah. Sebagaimana pertuduhan, SP3 adalah seorang kanak-kanak yang berumur 4 tahun 11 bulan semasa kesalahan didakwa dilakukan pada 02.08.2023. [19] Berdasarkan inkuiri yang dijalankan oleh Mahkamah ke atas SP3, sebagai seorang kanak-kanak yang baru mencapai umur 6 tahun 2 bulan, Mahkamah mendapati bahawa SP3 memiliki tahap kebijaksaan yang mencukupi (‘sufficient intelligence’) dan boleh memahami dan menjawab soalan yang dikemukakan dengan baik. Mahkamah juga mendapati bahawa SP3 boleh memahami dengan baik mengenai perbezaan diantara keterangan yang benar dan tidak benar dan memahami mengenai larangan terhadap perbuatan memberikan keterangan yang tidak benar dan mengenai akibat yang tidak baik terhadap seseorang yang bercakap tidak benar. SP3 juga memahami mengenai kehendak ke atas beliau untuk bercakap benar di Mahkamah. Namun, Mahkamah mendapati SP3 belum memahami sepenuhnya apakah maksud lafaz sumpah yang telah dibaca dan oleh yang demikian, keterangan SP3 adalah merupakan keterangan yang diberikan tanpa sumpah. [20]
Preamble
Menurut keterangan SP3, pada suatu hari yang SP3 tidak ingat tarikhnya, semasa SP3 berada di “kebun” tempat ibunya berniaga pada jam lebih kurang 6.00 petang, tertuduh yang SP3 kenali sebagai “Baharum”, telah datang ke kebun tempat ibunya berniaga dengan menaiki kereta dan SP3 kemudiannya telah menaiki kereta tertuduh. Tertuduh kemudiannya telah membawa SP3 ke sebuah tempat yang SP3 rujuk sebagai “stesen”. Semasa berada di stesen tersebut, tertuduh telah bertindak membuka seluar SP3 dan telah menjilat dan memegang (“jamah”) bahagian kemaluan (“cekpit”) SP3. Tertuduh kemudiannya telah membawa SP3 pergi ke kedai “Tok Wan” dan membeli “keropok” untuk SP3 dan seterusnya menghantar semula SP3 ke kebun tempat ibu SP3 berniaga. Sebaik sampai, SP3 telah pergi berjumpa ibunya dan memberitahu mengenai perbuatan tertuduh tersebut. Keterangan SP4 [21] SP4 dilahirkan pada 19.07.2016 dan telah memberi keterangan di Mahkamah pada 23.10.2024. SP4 adalah saksi kanak-kanak yang baru berumur 8 tahun 3 bulan semasa memberikan keterangan di Mahkamah. Sebagaimana pertuduhan, SP4 adalah seorang kanak-kanak yang berumur 7 tahun 10 hari semasa kesalahan didakwa berlaku pada 29.07.2023. [22] Berdasarkan inkuiri ke atas SP4, sebagai seorang kanak-kanak yang baru mencapai umur 8 tahun 3 bulan, Mahkamah mendapati bahawa SP4 memiliki tahap kebijaksaan yang mencukupi (‘sufficient intelligence’) dan boleh memahami dan menjawab soalan yang dikemukakan dengan baik. Mahkamah juga mendapati bahawa SP4 boleh memahami dengan baik mengenai perbezaan diantara keterangan yang benar dan tidak benar dan memahami mengenai larangan terhadap perbuatan memberikan keterangan yang tidak benar dan mengenai akibat yang tidak baik terhadap seseorang yang bercakap tidak benar. SP4 juga memahami mengenai kehendak ke atas beliau untuk bercakap benar di Mahkamah. Mahkamah juga mendapati bahawa SP4 boleh memahami apakah maksud lafaz sumpah yang telah dibaca dan oleh yang demikian, keterangan SP4 adalah merupakan keterangan yang diberikan dibawah sumpah. [23]
Preamble
Menurut keterangan SP4, pada suatu hari yang SP4 tidak ingat tarikhnya, semasa SP4 berada di “kebun” tempat ibunya berniaga pada jam lebih kurang 6.00 petang, tertuduh yang SP4 kenali sebagai “Baharum”, telah datang ke kebun dengan menaiki motosikal dan SP4 dan SP3 kemudiannya telah mengikut tertuduh dengan menaiki motosikal. Semasa motosikal sedang bergerak melalui kawasan pokok kelapa sawit, tertuduh telah memasukkan tangan tertuduh ke dalam seluar SP4 dan telah memegang (“jamah”) bahagian kemaluan (“cekpit”) SP4. Semasa kejadian, SP4 duduk di bahagian belakang tertuduh manakala SP3 duduk di bahagian hadapan tertuduh. Tertuduh kemudiannya telah membawa SP4 pergi ke kedai “Tok Wan” dan membeli “coklat” dan seterusnya menghantar semula SP4 ke kebun tempat ibu SP4 berniaga. SP4 hanya memberitahu mengenai perbuatan tertuduh tersebut kepada ibunya pada waktu malam pada hari yang sama setelah SP3 memberitahu kepada ibu mereka mengenai perbuatan tertuduh terhadap SP3. Isu yang dibangkitkan [24] Di akhir kes pendakwaan, pihak pembelaan telah membangkitan isu-isu berikut:
a
Percanggahan di dalam keterangan SP1, SP2, SP3 dan SP4 berkenaan tarikh kejadian berlaku, iaitu: SP1: Laporan polis SP1 (eksibit P2) menyatakan telah dimaklumkan mengenai kejadian yang berlaku terhadap ketiga-tiga anaknya pada 26.07.2023; keterangan SP1 di Mahkamah menyatakan SP1 dimaklumkan oleh anak-anaknya pada 02.08.2023; SP2: SP2 menyatakan telah dimaklumkan oleh SP4 dan Arisya pada 26.07.2023 mengenai kejadian; SP3, SP4: Kedua-dua saksi tidak ingat tarikh kejadian berlaku.
b
Percanggahan mengenai kejadian yang berlaku terhadap SP4: Percanggahan dalam keterangan SP4 mengenai berapa orang yang menaiki motosikal semasa kejadian, iaitu, sama ada, selain SP4 dan SP3, Arisya juga ada semasa kejadian; semasa pemeriksaan-utama dan pemeriksaan-semula, SP4 menyatakan terdapat 2 orang yang menaiki motosikal bersama tertuduh iaitu SP4 dan SP3; semasa soal-balas, SP4 menyatakan terdapat 3 orang yang menaiki motosikal bersama tertuduh, iaitu, SP4, SP3 dan Arisya; SP2 menyatakan 3 orang anaknya yang menaiki motosikal bersama tertuduh pada 29.07.2023, iaitu, SP3, SP4 dan Arisya;
c
Isu kegagalan memanggil Arisya; anggapan di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terpakai;
d
Kejadian yang dikatakan berlaku semasa tertuduh sedang mengendalikan motosikal yang sedang bergerak dengan menggunakan sebelah tangan adalah tidak munasabah boleh berlaku;
e
Tiada keterangan sokongan selain keterangan lisan oleh saksi-saksi, iaitu; tiada keterangan DNA; tiada keterangan berkaitan kesan psikologi ke atas SP3 dan SP4; kegagalan mengemukakan Laporan Perubatan ke atas SP3 dan SP4; kegagalan mengemukakan gambar yang dikatakan telah diambil oleh tertuduh menggunakan telefon bimbit semasa kejadian di dalam kereta terhadap SP3; penyiasatan oleh SP5 yang tidak cekap dan tidak lengkap. Dapatan Mahkamah [25] Mengenai percanggahan mengenai tarikh kejadian berlaku, khususnya dalam keterangan SP1 dan SP2, Mahkamah berpendapat bahawa percanggahan yang berlaku adalah tidak serius dan terdapat penjelasan yang munasabah, dan tidak terjumlah kepada percanggahan fakta material yang serius yang menjejaskan kredibiliti keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi tersebut keterangan mengenai tarikh kejadian berlaku, dan juga kredibiliti keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi secara keseluruhan. [26] Berdasarkan keterangan oleh SP1, SP2, SP3 dan SP4 yang dinilai secara bersama dan keseluruhan, Mahkamah mendapati bahawa terdapat keterangan yang jelas dan kredibel untuk Mahkamah membuat suatu dapatan bahawa kejadian yang berlaku terhadap SP3 adalah pada tarikh 02.08.2023 pada jam diantara 6.00 hingga 7.00 petang, bertempat di dalam sebuah kereta yang berhenti berhampiran dengan landasan keretapi, dan kejadian yang berlaku terhadap SP4 adalah pada tarikh 29.07.2023 pada jam diantara 6.00 hingga 7.00 petang, bertempat di atas motosikal yang dibawa oleh tertuduh semasa sedang bergerak melalui satu kawasan ladang kelapa sawit. [27] Mengenai kegagalan pihak pendakwaan memanggil Arisya, Mahkamah berpendapat anggapan di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 tidak terpakai kerana berdasarkan keterangan pihak pendakwaan secara keseluruhan, tiada alasan yang kukuh dan munasabah untuk Mahkamah membuat dapatan bahawa keterangan Arisya adalah penting (substantial) bagi melengkapkan naratif kes pendakwaan berkaitan dengan pertuduhan, dan sekiranya penama tersebut dipanggil, keterangan yang akan diberikan oleh penama tersebut akan menjejaskan kes pendakwaan. Kejadian terhadap Arisya dikatakan berlaku pada 26.07.2023 yang tidak berkaitan dengan kejadian pada 29.07.2023 dan 02.08.2023 sebagaimana pertuduhan. Arisya juga tiada di tempat kejadian semasa kejadian pada 29.07.2023 dan 02.08.2023. [28] Mahkamah juga berpendapat bahawa kejadian yang dikatakan berlaku terhadap SP4 semasa tertuduh sedang mengendalikan motosikal yang sedang bergerak dengan menggunakan sebelah tangan bukanlah suatu perkara yang mustahil atau tidak munasabah untuk berlaku. Kredibiliti SP3 dan SP4 [29] Berdasarkan penilaian Mahkamah ke atas keterangan SP3 dan SP4 secara keseluruhan, walaupun umur SP3 dan SP4 semasa kejadian berlaku masing-masing adalah 4 tahun 11 bulan dan 7 tahun 10 hari, dan umur SP3 dan SP4 semasa memberi keterangan di Mahkamah masing-masing adalah 6 tahun 2 bulan dan 8 tahun 3 bulan, Mahkamah mendapati bahawa kedua-dua saksi kanak-kanak tersebut telah memberikan keterangan yang konsisten dan meyakinkan, termasuk setelah diasak dengan pelbagai soalan yang mencabar keupayaan seorang kanak-kanak pada umur tersebut oleh peguambela semasa pemeriksaan-balas. [30] Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat bahawa SP3 dan SP4 adalah saksi yang kredibel dan keterangan yang diberikan adalah luar-biasa meyakinkan (‘unusually convincing’) dan adalah sewajarnya diterima oleh Mahkamah. Keterangan sokongan (corroboration) [31] Mahkamah merujuk kepada peruntukan Seksyen 2D Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676) yang menyatakan seperti berikut: “2D. Keterangan tanpa sokongan saksi kanak-kanak Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, seseorang tertuduh boleh disabitkan atau seseorang kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan boleh didapati bersalah bagi suatu kesalahan berasaskan keterangan tanpa sokongan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya. Mana-mana rukun yang memperuntukkan bahawa seseorang tertuduh tidak boleh disabitkan atau seseorang kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan tidak boleh didapati bersalah bagi suatu kesalahan berasaskan keterangan tanpa sokongan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya hendaklah terhenti terpakai. Mana-mana rukun yang menghendaki Mahkamah untuk memperingatkan dirinya sebelum mensabitkan seseorang tertuduh atau membuat dapatan bahawa seseorang kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan bersalah bagi suatu kesalahan berasaskan keterangan saksi kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya semata-mata kerana keterangan itu diberikan oleh seseorang kanak-kanak hendaklah juga terhenti terpakai.” [32] Berdasarkan peruntukan di atas, Mahkamah boleh membuat sabitan terhadap tertuduh berdasarkan kepada keterangan seorang kanak-kanak walaupun tanpa keterangan sokongan. Sama ada perbuatan tertuduh telah dilakukan ‘bagi maksud seksual’ [33] Mahkamah merujuk kepada “Huraian 2” kepada Seksyen 14 AKSTKK seperti berikut: “Huraian 2- Dalam menentukan apakah yang menjadi maksud seksual, mahkamah boleh menimbangkan, antara lain, bahagian badan yang disentuh, sifat dan takat perbuatan menyentuh atau kontak fizikal dan semua hal keadaan lain yang berkenaan dengan perlakuan itu.” [34] Berdasarkan keterangan yang berkaitan dengan ‘bahagian badan yang disentuh, sifat dan takat perbuatan menyentuh atau kontak fizikal dan semua hal keadaan lain yang berkenaan dengan perlakuan itu’ sebagaimana yang diperuntukkan di bawah “Huraian 2” di bawah Seksyen 14 AKSTKK, Mahkamah berpendapat bahawa perbuatan tertuduh menyentuh kemaluan SP3 dan SP4 dan perbuatan tertuduh menjilat kemaluan SP3 adalah merupakan suatu perbuatan yang secara munasabah dan sewajarnya dianggap sebagai perbuatan yang dilakukan dengan maksud seksual. Keputusan di akhir kes pendakwaan [35] Setelah membuat penilaian maksima ke atas keseluruhan keterangan kes pendakwaan, Mahkamah berpuas hati bahawa saksi-saksi pihak pendakwaan terutama mangsa SP3 dan SP4 adalah saksi yang kredibel dan keterangan yang diberikan adalah boleh diterima dan dipercayai oleh Mahkamah. [36] Walaupun mangsa-mangsa iaitu SP3 dan SP4 hanya berumur 4 dan 7 tahun semasa kejadian, dan berumur 6 dan 8 tahun semasa memberi keterangan di Mahkamah, Mahkamah mendapati bahawa keterangan mereka adalah sangat boleh dipercayai (‘unusually convincing’). [37] Walaupun terdapat percanggahan di dalam keterangan mangsa dan ibu-bapa mangsa iaitu saksi-saksi SP1, SP2, SP3 dan SP4 berkaitan tarikh sebenar kejadian, Mahkamah berpendapat bahawa percanggahan tersebut semata-mata adalah tidak menjejaskan kredibiliti saksi-saksi tersebut dan Mahkamah juga tidak mendapati sebarang alasan yang kukuh dan munasabah untuk mangsa dan ibu-bapa mangsa untuk mereka-cerita dan memberikan keterangan palsu terhadap tertuduh. [38] Mahkamah juga mendapati bahawa adalah tidak mustahil untuk kejadian berlaku di atas motosikal yang sedang bergerak dan dipandu oleh tertuduh dan kedudukan mangsa yang duduk di belakang tertuduh. [39] Oleh yang demikian, Mahkamah tidak mendapati sebarang alasan untuk meragui kredibiliti keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pihak pendakwaan terutama keterangan oleh mangsa di dalam kes ini. [40] Berdasarkan keterangan pihak pendakwaan secara keseluruhan, Mahkamah berpuas hati bahawa satu kes prima facie sebagaimana pertuduhan telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap tertuduh. Oleh yang demikian, tertuduh dipanggil untuk membela diri terhadap setiap pertuduhan. Keterangan pembelaan [41] Tertuduh telah memberikan keterangan bersumpah termasuk keterangan bertulis (eksibit PSD-1) dan tidak ada memanggil saksi pembelaan lain. [42] Tertuduh telah memberikan keterangan berikut. Pada 26.07.2023, tertuduh telah membawa SP3, SP4 dan Arisya menaiki motosikal. SP3 duduk di hadapan tertuduh, SP4 duduk di belakang tertuduh dan Arisya duduk di belakang SP4. Tertuduh mengambil mereka di tempat ibu mereka (SP2) berniaga dan membawa mereka ke kedai ‘Tok Wan’ dan kemudian terus balik semula ke tempat SP2 berniaga. Jarak diantara tempat SP2 berniaga dengan kedai ‘Tok Wan’ adalah kira-kira 200 meter dan kedai tersebut terletak berhadapan dengan balai polis. Tertuduh menafikan mereka ada melalui kawasan ladang kelapa sawit. Tertuduh menafikan sebarang perbuatan menyentuh atau percubaan untuk menyentuh kemaluan Arisya sebagaimana keterangan SP2. Menurut tertuduh, adalah mustahil beliau dapat berbuat demikian dalam keadaan beliau sedang membawa motosikal dan kedudukan Arisya yang berada di belakang beliau dan di belakang SP4. Tertuduh juga menafikan sebarang perbuatan menyentuh atau percubaan untuk menyentuh kemaluan SP3 atau SP4 pada masa tersebut. [43] Pada tarikh 29.07.2023, tertuduh menafikan ada membawa SP3 dan SP4 menaiki motosikal beliau pada tarikh tersebut, sekaligus menafikan perbuatan menyentuh kemaluan SP4 pada tarikh tersebut sebagaimana keterangan SP2 dan SP4. [44] Pada tarikh 02.08.2023, tertuduh menyatakan telah membawa SP3 dan SP4 menaiki kereta. Tertuduh telah mengambil mereka di tempat SP2 berniaga dan pergi ke kedai ‘Tok Wan’ dan menghantar semula mereka ke tempat SP2 berniaga. Laluan yang digunakan adalah jalan awam dan berdekatan tempat tumpuan iaitu ‘dataran Guillemard’ dan melalui balai polis. Tertuduh menafikan telah menyentuh dan menjilat kemaluan SP3 pada tarikh tersebut sebagaimana keterangan SP2 dan SP3. [45] Tertuduh juga menafikan ada melihat atau berjumpa SP1 dan SP2 atau mereka ada melihat atau berjumpa tertuduh pada tarikh 26.07.2023, 29.07.2023 dan 02.08.2023 sebagaimana keterangan SP1 dan SP2. Dapatan Mahkamah [46] Di akhir kes pembelaan, Mahkamah perlu memutuskan sama ada pihak pembelaan telah berjaya untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. [47] Pada pendapat Mahkamah, keterangan yang diberikan oleh tertuduh adalah merupakan pembelaan berbentuk penafian dimana tertuduh menafikan telah melakukan perbuatan sebagaimana pertuduhan. [48] Berkenaan kejadian terhadap SP4 yang dikatakan berlaku pada 29.07.2023, tertuduh menafikan ada membawa SP3 dan SP4 menaiki motosikal pada tarikh tersebut. Selain itu, tertuduh juga menyatakan adalah mustahil kejadian boleh berlaku semasa tertuduh sedang membawa motosikal. [49] Sebaliknya, tertuduh mengakui ada membawa SP3, SP4 dan Arisya menaiki motosikal beliau pada 26.07.2023 tetapi menafikan ada melakukan percubaan untuk menyentuh kemaluan Arisya sebagaimana keterangan SP1 dan SP2. [50] Mahkamah mendapati bahawa versi pembelaan tertuduh yang menafikan ada membawa SP3 dan SP4 menaiki motosikal pada tarikh 29.07.2023 tidak dikemukakan semasa kes pendakwaan khususnya semasa pemeriksaan-balas ke atas SP1 dan SP2 yang menyatakan kejadian terhadap SP4 berlaku pada 29.07.2023. [51] Selanjutnya, selain penafian tersebut, pihak pembelaan tidak ada mengemukakan keterangan berkaitan pembelaan alibi mengenai tarikh kejadian pada 29.07.2023 jam diantara 6.15 hingga 6.30 petang. [52] Berkenaan kejadian terhadap SP3 yang dikatakan berlaku pada 02.08.2023, tertuduh menyatakan bahawa pada tarikh tersebut, tertuduh telah membawa SP3 dan SP4 menaiki kereta dan menafikan telah melakukan perbuatan sebagaimana dalam pertuduhan yang dikatakan telah dilakukan oleh tertuduh terhadap SP3 di dalam kereta pada tarikh tersebut. [53] Sekali lagi, Mahkamah mendapati bahawa versi pembelaan bahawa SP4 turut menaiki kereta bersama tertuduh dan SP3 pada 02.08.2023 tidak dikemukakan semasa kes pendakwaan khususnya semasa pemeriksaan-balas ke atas SP2, SP3 dan SP4. [54] Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat bahawa selain keterangan yang berupa penafian, keterangan pembelaan juga adalah merupakan suatu keterangan yang bersifat fikir-kemudian (afterthought) kerana ianya hanya dikemukakan semasa kes pembelaan dan tidak dikemukakan semasa kes pendakwaan khususnya semasa pemeriksaan-balas ke atas saksi-saksi pendakwaan yang berkenaan. Keputusan di akhir kes pembelaan [55] Setelah membuat penilaian ke atas keseluruhan keterangan kes pendakwaan dan pembelaan, dan setelah meneliti hujahan pihak-pihak, Mahkamah berpendapat bahawa keterangan tertuduh adalah merupakan suatu keterangan berupa penafian semata-mata dan tidak mencukupi untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. [56] Mahkamah tidak mendapati sebarang alasan yang kukuh dan munasabah untuk meragui keterangan yang diberikan oleh mangsa SP3 dan SP4 sebagai keterangan yang benar dan bukan keterangan yang direka oleh saksi-saksi terhadap tertuduh. [57] Berdasarkan keterangan secara keseluruhan, Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya untuk membuktikan pertuduhan terhadap tertuduh diluar keraguan yang munasabah. [58] Oleh yang demikian, Mahkamah dengan ini mendapati bahawa tertuduh bersalah dan disabitkan terhadap pertuduhan. Hukuman [59] Pihak pembelaan telah mengemukakan faktor mitigasi seperti berikut:
a
Latarbelakang tertuduh: Tertuduh telah berusia 55 tahun; bekerja sebagai pomen kereta dengan pendapatan lebih kurang RM1300.00 sebulan; isteri berumur 52 tahun tidak bekerja dan menghidap penyakit asma yang kronik; mempunyai 4 orang anak dan seorang masih menuntut di UITM Jengka; tertuduh menghidap penyakit kencing manis;
b
Tertuduh tiada rekod jenayah lampau; ini adalah kesalahan yang pertama yang dilakukan oleh tertuduh;
c
Tertuduh telah memberikan kerjasama di sepanjang kes berjalan; dan
d
Ketiga-tiga pertuduhan melibatkan transaksi yang sama (‘same transaction’). [60] Pihak pendakwaan pula telah mengemukakan faktor agravasi atau pemberatan seperti berikut:
a
Faktor kepentingan awam sentiasa mengatasi kepentingan tertuduh; hukuman yang berat perlu dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan anggota masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan yang sama;
b
kesalahan seksual terhadap kanak-kanak adalah suatu kesalahan yang wajar dipandang serius dan diberikan hukuman yang berat;
c
tahap leluasa (rampancy) kesalahan seksual terhadap kanak-kanak; suatu mesej yang keras wajar diberikan bagi membendung kesalahan yang sama daripada terus berlaku dan menjadi barah dalam masyarakat;
d
usia mangsa ketika kejadian; mangsa SP4 ketika kesalahan dilakukan oleh tertuduh baru berusia 7 tahun 10 hari, Manakala mangsa SP3 baru berusia 4 tahun 11 bulan, yang mana usia mangsa-mangsa ini masih sangat muda dan merupakan mangsa yang sangat vulnerable;
e
Tertuduh sebagai seorang yang dianggap sebagai orang yang dihormati dalam masyarakat dan diberikan kepercayaan oleh ibu dan bapa kanak-kanak sebaliknya telah mengambil tindakan mengumpan kanak-kanak dengan membawa mereka berjalan-jalan dan membeli makanan ringan di kedai runcit untuk melakukan perbuatan terkutuk ke atas mangsa-mangsa;
f
kesan perbuatan tertuduh terhadap mangsa yang merupakan kanak-kanak yang masih sangat muda dan akan melalui tempoh hidup yang masih sangat panjang; kesan dan akibat perbuatan tertuduh akan memberikan impak yang mendalam kepada mangsa untuk suatu jangkamasa yang sangat panjang dan merupakan sejarah hitam dalam kehidupan mangsa;
g
Tertuduh disabitkan setelah proses perbicaraan penuh; dan
h
Kesalahan melibatkan 2 mangsa yang berbeza dan juga kejadian yang berbeza, pada tarikh dan tempat yang berbeza; tertuduh merupakan seorang yang pesalah tegar dan unrepentant, dan wajar diberikan hukuman yang berat; pohon hukuman pemenjaraan secara berasingan. [61] Berdasarkan peruntukan hukuman di bawah Seksyen 14 AKSTKK, dan setelah mengambilkira segala fakta dan hal keadaan kes serta faktor-faktor mitigasi dan agravasi seperti di atas, khususnya fakta bahawa tertuduh yang merupakan seorang yang dikenali dan dipercayai oleh ibu-bapa kanak-kanak dan juga oleh kanak-kanak sendiri, sebaliknya telah tergamak untuk melakukan perbuatan yang keji dan terkutuk terhadap kedua-dua mangsa yang merupakan adik-beradik dan masing-masing baru mencapai umur 4 tahun dan 7 tahun semasa kejadian, tanpa memikirkan akibat dan kesan perbuatan tersebut kepada kanak-kanak, dan juga akibat kepada dirinya sendiri yang merupakan seorang yang dihormati dalam masyarakat sebagai ‘ahli masjid’ dan ‘ahli penggali kubur’, Mahkamah berpendapat bahawa suatu hukuman yang berat wajar dikenakan terhadap tertuduh. [62] Setelah mendengar rayuan mitigasi dan hujahan pemberatan seperti di atas, dan setelah mengambil kira segala fakta dan hal keadaan kes ini, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman seperti berikut: Penjara 5 tahun bermula dari tarikh sabitan dan 1 sebatan menurut peruntukan hukuman di bawah Seksyen 14 AKSTKK; Pertuduhan Pertama: Penjara 6 tahun dan 1 sebatan menurut peruntukan hukuman di bawah Seksyen 14 AKSTKK; hukuman penjara berjalan secara BERASINGAN dengan hukuman penjara dalam kes No. DJ-62JSK-27-08/2023; Pertuduhan Kedua: Penjara 7 tahun dan 2 sebatan menurut peruntukan hukuman di bawah Seksyen 14 AKSTKK; hukuman penjara berjalan secara SERENTAK dengan hukuman penjara bagi Pertuduhan Pertama, dan secara BERASINGAN dengan hukuman penjara dalam kes No. DJ-62JSK-27-08/2023. [63] Tertuduh juga dikenakan perintah menjalani Kaunseling Pemulihan sepanjang tempoh hukuman penjara menurut peruntukan di bawah Seksyen 26 AKSTKK, dan perintah menjalani Pengawasan Polis bagi tempoh 2 tahun selepas tamat hukuman penjara menurut peruntukan di bawah Seksyen 27 AKSTKK. [64] Mengenai isu sama ada hukuman penjara berjalan secara serentak atau berasingan bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut, Mahkamah berpendapat bahawa hukuman penjara bagi kesalahan yang berlaku pada tarikh yang berasingan iaitu 1 kesalahan pada 29.07.2023 dan 2 kesalahan yang berlaku pada 02.08.2023 hendaklah berjalan secara BERASINGAN kerana melibatkan kesalahan yang berlaku dalam transaksi yang berbeza (‘one transaction rule’), manakala hukuman penjara bagi 2 kesalahan yang berlaku pada 02.08.2023 hendaklah berjalan secara SERENTAK kerana melibatkan 2 kesalahan yang dilakukan dalam transaksi yang sama. [65] Berdasarkan alasan-alasan seperti di atas, Mahkamah ini berpandangan bahawa hukuman yang telah dijatuhkan di dalam kes ini adalah selaras dengan undang-undang dan adalah wajar dan setimpal dengan kesalahan setelah mengambilkira segala fakta dan hal keadaan kes ini. Alasan Penghakiman oleh: (ZULKPLI BIN ABDULLAH) HAKIM, MAHKAMAH SESYEN PASIR MAS, KELANTAN DARUL NAIM
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.