Where, in any proceedings against any person for any offence, any child of tender years called as a witness does not in the opinion of the court understand the nature of an oath, his evidence may be 10 received, though not given upon oath, if, in the opinion of the court, he is possessed of sufficient intelligence to justify the reception of the evidence, and understands the duty of speaking the truth; and his evidence, though not given on oath, but otherwise taken and reduced into writing in accordance with section 269 of the Criminal Procedure 15 Code shall be deemed to be a deposition within the meaning of that section: Provided that, where evidence admitted by virtue of this section is given on behalf of the prosecution, the accused shall not be liable to be convicted of the offence unless that evidence is corroborated by 20 some other material evidence in support thereof implicating him. S/N IIyqsf0npEybI/pqzrubuw CB-62JSK-15-09-2022 PP LWN ABDULLAH BIN MD ALI 30/6/2025 SABITAN DAN HUKUMAN S.376(3)KK Page 22 [44] Oleh kerana saya telah memutuskan bahawa mangsa bukanlah seorang kanak-kanak mentah, dan mangsa kompeten untuk memberi keterangan secara bersumpah, maka peruntukan seksyen 133A Akta Keterangan 1950 ini tidak terpakai ke atas mangsa dalam kes ini. [45] Dalam kes ini juga, mangsa telah memberi keterangan secara 5 bersumpah di Mahkamah terbuka, di mana penghadang digunakan untuk menghalang mangsa daripada melihat dan dilihat secara terus ke arah bapanya (OKT) yang berada di kandang Tertuduh sebagaimana dibenarkan di bawah seksyen 3(1)(a) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676). 10 [46] Saya mendapati keterangan yang diberikan oleh mangsa adalah mudah difahami, logik, munasabah dan boleh diterima akal. Beliau dengan tenang telah menceritakan kejadian beliau telah dirogol dan dicabul oleh bapanya (OKT). Fakta ini boleh dilihat melalui keterangan mangsa (SP9) yang saya petik seperti berikut: 15 Semasa Pemeriksaan Utama: Saya berumur 12 tahun. Saya bersekolah di SK Serengkam dalam darjah 6. Pada tahun 2022, saya berumur 10 tahun, darjah 4. Tujuan saya datang ke Mahkamah untuk cerita kes rogol dan cabul. 20 S/N IIyqsf0npEybI/pqzrubuw CB-62JSK-15-09-2022 PP LWN ABDULLAH BIN MD ALI 30/6/2025 SABITAN DAN HUKUMAN S.376(3)KK Page 23 S: Siapa yang kena rogol? J: Saya yang kena rogol. S: Siapa yang kena cabul? J: Saya yang kena cabul. S: Siapa yang rogol kamu? 5 J: Ayah saya. S: Apa maksud rogol? J: Memasukkan zakar lelaki ke dalam faraj perempuan. Anak patung lelaki dirujuk. S: Apa tu zakar? Tunjukkan dekat anak patung kedudukan zakar. 10 J: (Ditunjukkan). … Anak patung digunakan. Waktu ayah masukkan zakar itu, waktu itu saya darjah empat. Kejadian itu berlaku dekat bilik ayah ibu saya. 15 Saya duduk dalam bilik sekali dengan ibu ayah saya. Malam-malam saya tidur dengan ibu ayah. Waktu ayah saya rogol saya dalam bilik ayah ibu saya. Waktu tu, saya baru balik sekolah. Lebih kurang pukul 12.00 lebih macam tu. 20 Selepas balik sekolah, ayah saya suruh saya masuk dalam bilik ibu dan ayah saya. Ayah saya kunci bilik ibu ayah saya. S/N IIyqsf0npEybI/pqzrubuw CB-62JSK-15-09-2022 PP LWN ABDULLAH BIN MD ALI 30/6/2025 SABITAN DAN HUKUMAN S.376(3)KK Page 24 Dia paksa saya - dia suruh saya tanggal baju seluar. Tanggal baju dalam, seluar dalam. Selepas tu, dia suruh baring atas katil dalam bilik ibu ayah saya tu. Saya baring. Masa itu, saya pakai baju sekolah - baju PJ - pakai seluar trek. 5 Selepas saya baring, ayah saya masukkan zakar dia ke dalam faraj saya. Lepas tu, saya tolak sebab saya terasa sakit. Saya tolak guna ayat. Saya bagi kata-kata macam "jangan". Ayah saya tiada cakap apa-apa. 10 Dia keluarkan zakar dia. Lepas tu, dia suruh saya pakai baju. Ayah masukkan zakar dia ke dalam faraj saya dalam beberapa saat sahaja. Semasa dia nak masukkan zakar dia, saya tak nampak zakar ayah saya. Waktu ayah saya nak masukkan zakar dia, saya tak 15 nampak. Saya nampak zakar ayah saya semasa dia melutut. Patung ini ayah saya. Saya duduk kangkang. Ayah yang kangkang saya. 20 Saya ikut sebab ayah suruh. Semasa ayah melutut, saya nampak zakar ayah. Semasa zakar masuk, saya tak nampak dah. S/N IIyqsf0npEybI/pqzrubuw CB-62JSK-15-09-2022 PP LWN ABDULLAH BIN MD ALI 30/6/2025 SABITAN DAN HUKUMAN S.376(3)KK Page 25 Semasa zakar ayah masuk tu, rasa sakit. Rasa sakit tu sekejap sahaja, beberapa saat. Pada masa itu, ayah tak pakai apa-apa. Semasa ayah melutut, ayah tak pakai baju. Ayah buka pakaian sekali dengan saya. 5 Semasa ayah melutut, ayah tak pakai baju apa-apa. Saya nampak badan ayah. Selepas tu, ayah suruh saya pakai baju. Ayah pun terus pakai baju, ayah pergi kerja. Abang 2 orang tu, kadang ada, kadang tak ada. 10 Semasa kejadian ayah rogol saya, saya tak pasti abang ada atau tidak ada dalam bilik. Masa balik sekolah, ayah saya suruh saya masuk bilik. Jadi, saya tak tahu abang saya ada atau tidak dekat rumah. Pada 8.8.2022, waktu tu, ayah saya cabul saya. 15 Dia cabul dekat payu dara saya dan faraj saya. (Payu dara ditunjukkan pada patung). Waktu ayah saya cabul payu dara saya itu, saya sedang berdiri. Dia raba payu dara saya dan sentuh faraj saya dari belakang. Pada waktu itu, saya pakai baju. 20 Ayah saya selak baju saya guna tangan. Ayah saya tarik baju dalam saya. Ayah saya raba payu dara saya. S/N IIyqsf0npEybI/pqzrubuw CB-62JSK-15-09-2022 PP LWN ABDULLAH BIN MD ALI 30/6/2025 SABITAN DAN HUKUMAN S.376(3)KK Page 26 (Ditunjukkan pada patung). Dia sentuh faraj saya - dia pegang. Ayah masukkan tangan dia ke dalam seluar saya dan dia raba faraj saya. Ayah buat sekejap sahaja, dalam 2-3 minit macam tu. 5 Masa ayah diri dekat belakang tu, masa tu, saya berada dalam bilik ibu ayah saya. Masa tu, waktu malam. Masa tu, abang ada dekat rumah. Saya ingat tarikh tu sebab tarikh itu, saya nak ambil ibu saya dekat 10 hospital. Saya nak ambil ibu dekat hospital sebab ibu jaga Tok Ki sakit. Pada 8.8.2022, waktu malam tu, ibu ada dekat hospital. Yang ada dekat rumah adalah abang saya - anak nombor 2,3,4,5. Abang no.1 je tak ada. Ayah berada dekat bilik ibu ayah saya. 15 Semasa saya kena cabul dengan ayah saya tu, hanya saya dengan ayah saya sahaja dalam bilik. Semasa ayah cabul saya, pintu bilik itu bertutup dan berkunci. Ayah saya yang kunci pintu itu. Kejadian ayah rogol dan cabul saya ni, saya cerita dekat ibu saya. 20 Reaksi ibu saya - ibu terkejut dan kecewa. Rasa sedih lah. Selepas cerita dekat ibu, ibu sedih. S/N IIyqsf0npEybI/pqzrubuw CB-62JSK-15-09-2022 PP LWN ABDULLAH BIN MD ALI 30/6/2025 SABITAN DAN HUKUMAN S.376(3)KK Page 27 Saya kurang ingat apa ibu buat. Ibu ada pergi ke balai polis. Selepas saya beritahu itu - masa itu, saya dekat klinik sebab tulang belakang saya retak. Saya beritahu dekat ibu masa dekat klinik. 5 Saya cerita pasal ayah saya. Saya tak ingat bila tarikh saya beritahu ibu dekat klinik tu. Ibu saya ada pergi buat report. Selepas ibu buat report, ayah kena tangkap. Semasa ayah kena tangkap, saya tak ada dekat rumah. 10 Ayah kena tangkap dekat rumah saya. Selepas ayah kena tangkap, polis ada tanya-tanya saya. Polis tanya-tanya saya dekat Kuantan. Saya tak ingat tempat polis tanya-tanya tu. Saya pergi ke Kuantan dengan ibu saya. 15 Tempat kena rogol itu dalam bilik ibu ayah. Bilik itu juga bilik saya. P2A-K dirujuk. Tempat ini adalah gambar rumah saya. Ni rumah saya di Kampung Lubuk Paku. 20 A - Gambar rumah saya. B - pintu masuk rumah saya. C - ruang tamu rumah saya. S/N IIyqsf0npEybI/pqzrubuw CB-62JSK-15-09-2022 PP LWN ABDULLAH BIN MD ALI 30/6/2025 SABITAN DAN HUKUMAN S.376(3)KK Page 28 D - ruang masuk ke meja makan. E - meja makan F - pintu bilik ibu ayah saya yang ada langsir. G - gambar pintu bilik ibu ayah sama. Sama dengan gambar F. H - gambar bilik saya. 5 I - gambar katil ibu ayah saya. Ada 2 katil. J - gambar tilam saya. Tilam saya kecil sahaja. K - Gambar K adalah gambar tempat tidur ibu ayah saya. S: Kejadian kena rogol dengan ayah, bulan Mac 2022 dekat mana? 10 J: Dekat gambar K. Kepala saya dekat bantal tu. Ayah berdiri dekat tempat yang sama. Saya kena rogol dekat sini lah. Saya kena cabul dekat gambar J. Dekat dengan cermin. (Saksi tanda X - sebagai tempat kena cabul) 15 (Saksi tanda O - sebagai tempat kena rogol) Saya berdiri dekat X. TPR: Pohon P11 dimainkan. Mah: P11 dimainkan dalam Mahkamah terbuka menggunakan desktop Mahkamah. 20 4.33 petang. Video diberhentikan. Dalam video itu adalah saya dengan polis. Video ni diambil dekat Kuantan. TPR: Pohon video yang dimain di bawah s.6(1) Akta keterangan Saksi S/N IIyqsf0npEybI/pqzrubuw CB-62JSK-15-09-2022 PP LWN ABDULLAH BIN MD ALI 30/6/2025 SABITAN DAN HUKUMAN S.376(3)KK Page 29 Kanak-Kanak 2007 sebagai keterangan pemeriksaan utama saksi kanak-kanak. Pohon pengecaman kanak-kanak ini adalah kanak-kanak yang sama seperti dalam video. Mah: Permohonan dibenarkan. S: Tadi dalam video, masa kamu cerita tentang darjah 4, kamu tunjuk kamu 5 baring. Polis tanya baju dengan seluar ayah ada buka tak. Kamu jawab baju dan seluar ayah tak buka. Tadi kamu kata ayah tak pakai baju. Boleh kamu maklum semula macamana? J: Semasa saya jawab kepada polis, saya tak ingat. Semasa ayah melutut, ayah tak pakai baju. 10 S: Dalam video kata kamu Sekolah Kebangsaan Senggora. J: Sekarang dekat Serengkam. Selepas buat report, saya kena masuk hospital sebab tulang retak. Saya dapat cuti. Selepas cuti itu, saya pindah sekolah. Saya pindah sekolah sebab nak tukar sekolah. Ibu cleaner dekat SK Serengkam. 15 Saya masih ingat muka ayah. Saya boleh cam muka ayah. (Penghadang dibuka). Ayah saya ada dalam Mahkamah. Ayah pakai baju warna oren. Saya sayang ayah, cuma tak suka perangai ayah. 20 S: Apa perasaan kamu? J: Perasaan saya, saya tak suka apa yang ayah buat kepada saya. Saya tak suka masa darjah 4. Masa darjah satu tu, saya kecil lagi. Tak S/N IIyqsf0npEybI/pqzrubuw CB-62JSK-15-09-2022 PP LWN ABDULLAH BIN MD ALI 30/6/2025 SABITAN DAN HUKUMAN S.376(3)KK Page 30 tahu apa-apa. Masa darjah 4, saya faham, perbuatan ayah saya tu jahat lah. Pemeriksaan Balas: S: Apa perasaan kamu yang kononnya kamu kata kamu telah dirogol 5 dan dicabul oleh ayah kamu? J: Perasaan saya adalah sedih. S: Kamu berasa sedih akibat konon ayah kamu rogol dan cabul kamu? J: Betul. S: Selain daripada rasa sedih? 10 J: Rasa kecewa. S: Kalau kamu berdepan dengan ayah, apa yg kamu akan rasa? J: Berdebar. S: Rasa berdebar, lagi? Ada kamu rasa marah ke? J: Tak. 15 S: Tak ada rasa marah? J: Tiada. S: Setuju, kamu rasa berdebar, tak ada rasa marah kalau berdepan dengan ayah sebab apa yang kamu ceritakan dekat Mahkamah ada cerita yg tidak benar? 20 J: Tidak setuju. S: Selepas daripada ayah kamu ditangkap, pada 12.9.2022, berapa kali kamu pernah berjumpa dengan ayah? S/N IIyqsf0npEybI/pqzrubuw CB-62JSK-15-09-2022 PP LWN ABDULLAH BIN MD ALI 30/6/2025 SABITAN DAN HUKUMAN S.376(3)KK Page 31 J: Tidak pasti. S: Daripada ayah kena tangkap, pernah jumpa ayah? J: Pernah. Berapa kali, saya tak pasti. S: Pada 7.10.2024, kamu telah beri keterangan di Mahkamah bahawa kamu menceritakan kepada ibu kamu yang ayah kamu telah rogol dan 5 cabul kamu. Bila pertama kali kamu ceritakan berkenaan perkara ayah rogol dan cabul kamu kepada ibu? J: Waktu saya di klinik. S: Apa yang kamu ceritakan kepada ibu kamu? J: Saya beritahu ibu saya, ayah saya cabul dan rogol. Saya cerita 10 ringkas-ringkas sahaja. Saya cerita yang ayah saya cakap dekat saya, jangan beritahu orang. Ayah saya beri amaran kepada saya pasal rogol dan cabul ini jangan beritahu dekat orang. S: Kamu beritahu ibu yang ayah kamu rogol dan cabul secara ringkas-ringkas sahaja? 15 S: Selain daripada ibu, ada tak kamu beritahu kepada ahli keluarga yang lain, apa yang berlaku kepada kamu? J: Saya beritahu ibu saya. Ibu saya beritahu abang saya. S: Abang yang mana? 20 J: Abang nombor 1 hingga abang nombor 5. Saya ada 5 orang abang. S: Kamu cerita apa yang berlaku kepada emak. Emak cerita kepada semua abang kamu? S/N IIyqsf0npEybI/pqzrubuw CB-62JSK-15-09-2022 PP LWN ABDULLAH BIN MD ALI 30/6/2025 SABITAN DAN HUKUMAN S.376(3)KK Page 32 S: Seingat kamu, ada tak abang-abang kamu tanya kepada kamu semula? J: Tiada. S: Maksud kamu, tiada seorang pun daripada abang-abang kamu tanya apa yang berlaku, betul? 5 S: Yang kamu ceritakan dekat Mahkamah sebelum ini yang ayah kamu rogol kamu, kamu beritahu masa itu kamu darjah 4. Kamu kata kejadian berlaku dalam bilik ibu dan ayah kamu? 10 S: Boleh maklumkan semula kepada Mahkamah, pukul berapa ayah rogol kamu? J: Pukul 12.30 tengahari selepas balik sekolah, bulan 3 tahun 2022. S: Kamu balik sekolah pukul berapa? J: 12.30 tengahari. 15 S: Kamu kata ayah cabul kamu pada 8.8.2022, kamu kata kamu ingat tarikh sebab pada malam kejadian itu, ibu jaga Tok Ki dekat hospital? S: Biasanya, pada waktu malam, siapa yang ada dekat rumah kamu? J: Abang-abang saya, ibu saya. 20 S: Pada 8.8.2022 ni, seingat kamu, siapa yang ada dekat rumah? J: Abang saya nombor 2,3,4,5. Abang nombor 1 tak ada. Dia kerja. S/N IIyqsf0npEybI/pqzrubuw CB-62JSK-15-09-2022 PP LWN ABDULLAH BIN MD ALI 30/6/2025 SABITAN DAN HUKUMAN S.376(3)KK Page 33 S: Berkenaan tarikh 8.8.2022, macam mana kejadian yang kononnya cabul itu berlaku - sebelum kejadian, semasa kejadian dan selepas kejadian? J: Sebelum itu, saya baring atas katil. Ayah saya cakap suruh siap-siap nak pergi hospital. Saya bangun daripada katil itu, ayah saya 5 pergi kunci pintu. Dia tarik saya pergi ke tempat tepi cermin. Lepas tu, dia raba payu dara saya dengan kemaluan saya. Cara dia raba tu, dia masukkan tangan ke dalam baju saya. Dia selak baju dalam. Dia raba kemaluan. Dia masukkan tangan ke dalam seluar saya. S: Pada malam itu, kamu pakai baju apa? 10 J: Tak ingat. S: Pakai seluar apa? J: Seluar track. Seluar tidur. S: Malam itu, abang-abang kamu ada dekat rumah kecuali nombor 1, betul? 15 S: Apabila ayah kamu cabul kamu pada malam itu, kamu tak cuba untuk menjerit? J: Tak. … S: Tadi ada beritahu kononnya kejadian rogol dan cabul ni, kamu beritahu 20 kepada ibu kamu sahaja. Kamu kata beritahu secara ringkas-ringkas sahaja? S/N IIyqsf0npEybI/pqzrubuw CB-62JSK-15-09-2022 PP LWN ABDULLAH BIN MD ALI 30/6/2025 SABITAN DAN HUKUMAN S.376(3)KK Page 34 S: Kamu beritahu apa yang kamu maksudkan ringkas-ringkas sahaja. J: Saya beritahu ayah saya pegang payu dara saya dan kemaluan saya, dan cabul saya sejak umur 7 tahun lagi. … S: Tadi kata cerita ringkas-ringkas sahaja. Sekarang kamu kata cerita 5 semua kepada ibu sebelum ibu buat report. Apa yang kamu cerita semua kepada ibu kamu sebelum ibu kamu buat report? J: Saya cerita yang waktu tahun satu dan tahun dua, ayah saya start raba-raba badan saya. Waktu tahun tiga, ayah saya dah start menjilat kemaluan saya. Dari tahun empat, ayah saya dah start rogol saya. 10 Semasa tahun 4, ayah saya rogol saya, raba-raba saya. Itu sahaja. S: Maksud cerita semua kepada ibu sebelum ibu buat report adalah macam kamu beri keterangan sebentar tadi? S: Saya katakan, kamu tiada beritahu kepada ibu kamu bahawa 15 kononnya ayah kamu telah merogol kamu? J: Tidak setuju. S: Kamu beri keterangan, kamu faham maksud rogol. Kamu kata rogol itu zakar lelaki masuk ke dalam faraj perempuan. Saya nak tanya, kamu beritahu Mahkamah pada masa itu, kamu tak nampak zakar ayah 20 masuk ke dalam faraj kamu? J: Saya tak nampak zakar ayah masuk ke dalam faraj saya. S/N IIyqsf0npEybI/pqzrubuw CB-62JSK-15-09-2022 PP LWN ABDULLAH BIN MD ALI 30/6/2025 SABITAN DAN HUKUMAN S.376(3)KK Page 35 S: Setuju, disebabkan kamu tak nampak zakar masuk ke dalam faraj kamu, saya katakan rogol tidak berlaku? J: Tidak setuju. …. S: Balik semula kepada kejadian rogol itu, adakah ayah kamu 5 memancutkan air mani? J: Tidak. S: Kamu pasti? J: Pasti. Saya tak tahu air mani tu apa. S: Tiada pancutan air mani dalam kemaluan kamu? 10 J: Tiada. S: Tiada pancutan air mani di luar kemaluan kamu? J: Tiada. … S: Kamu, ibu dan doktor - ada atau tidak ibu ceritakan kejadian rogol 15 kepada doktor? J: Ada rasanya. S: Ibu ada cerita kejadian rogol kepada doktor? S: Ada atau tidak ibu cerita kejadian cabul kepada doktor? 20 S/N IIyqsf0npEybI/pqzrubuw CB-62JSK-15-09-2022 PP LWN ABDULLAH BIN MD ALI 30/6/2025 SABITAN DAN HUKUMAN S.376(3)KK Page 36 Pemeriksaan Semula: S: Tadi masa PB tanya berkenaan ada tak kamu cerita apa-apa yang berlaku kepada orang lain. Kamu kata ibu kamu ada beritahu kepada abang, dan tak ada seorang pun abang tanya kamu apa yang berlaku. Kamu tahu tak, kenapa abang-abang kamu tiada tanya apa-apa kepada 5 kamu? J: Sebab dia nak jaga hati saya kot. Mungkin abang saya takut saya menangis. S: PB tanya, masa malam kejadian cabul yang kamu kata itu, abang-abang ada dekat rumah. PB tanya, apabila ayah cabul kamu, kamu tak 10 menjerit. Kenapa kamu tak menjerit? J: Sebab saya takut. Saya takut ayah saya pukul saya atau tengking saya (bercakap kuat). … S: PB tanya - sebelum ibu buat report polis, kamu kata dah cerita ringkas- 15 ringkas 2-3 kali kepada ibu kejadian cabul dan rogol. Kemudian, kamu cerita semua kepada ibu. Yang kamu cerita kepada ibu itu termasuk ke semua perbuatan yang ayah buat kepada kamu? S: PB tanya, lepas daripada emak buat laporan polis, ayah kena tangkap. 20 Kamu ada pergi ke hospital. Doktor check. Kamu kata, kamu ditemani oleh ibu kamu. Kemudian, kamu kata, kamu tak cerita kepada doktor kejadian S/N IIyqsf0npEybI/pqzrubuw CB-62JSK-15-09-2022 PP LWN ABDULLAH BIN MD ALI 30/6/2025 SABITAN DAN HUKUMAN S.376(3)KK Page 37 kamu kena cabul dan kena rogol. Ada tak doktor tanya kamu apa yang berlaku kepada kamu? J: Ada tapi saya tak jawab. S: Jadi, siapa yang jawab? J: Ibu saya. 5 S: Semasa ibu jawab tu, kamu ada bersama? S: Kenapa semasa doktor tanya, kamu tak jawab? J: Takut. … 10 S: PB cadang, kalau betul ayah rogol kamu, kamu akan rasa amat marah. Kamu kata betul. PB kata kamu jumpa ayah kamu 4 kali sebab kamu dah tak marah ayah kamu. Kamu setuju. Jelaskan? J: Saya tak rasa marah sebab saya dah maafkan ayah saya. 15 [47] Daripada keterangan mangsa (SP9), jelas menunjukkan bahawa: