Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP NO: BC-62JSK-97-08/2022 5 PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD ZAIDANIAL AKASSYA B MD ZAIDI 10 (NO. K/P : 010802-10-1727) ALASAN PENGHAKIMAN
BC-62JSK-97-08/2022
Sessions Court of Malaysia13 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(3) If the court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the court shall record an order of acquittal. [38] Dalam kes MAH KOK CHEONG v. R [1953] MLJ 46, YA Spencer 450 Wilkinson J, di muka surat 47 menjelaskan bahawa: “…in ordinary criminal cases… all discussion as what might reasona”
“sed its case. Therefore, a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of a trial upon a consideration of all evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be 475 the position where the accused has given evidence. However, where th”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP NO: BC-62JSK-97-08/2022 5 PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMMAD ZAIDANIAL AKASSYA B MD ZAIDI 10 (NO. K/P : 010802-10-1727) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Rayuan ini telah difailkan oleh pihak Pembelaan dan Pendakwaan kerana tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah pada 13 Januari 2025 yang telah mendapati OKT dalam kes ini adalah bersalah dan 20 mensabitkan OKT di akhir kes Pembelaan (Perintah tersebut) bagi satu pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun dari tarikh Perintah iaitu 13 Januari 2025 dan 1 kali sebatan. OKT juga diperintahkan menjalani kaunseling 25 pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan di bawah Seksyen 26 dan pengawasan polis selama 2 tahun di bawah Seksyen 27. OKT 2 tidak berpuashati dengan keputusan tersebut dan memfailkan rayuan atas sabitan dan hukuman yang dijatuhkan manakala Pendakwaan pula tidak berpuashati dengan hukuman penjara 6 tahun dan 1 sebatan dan 30 telah memfailkan rayuan terhadap hukuman tersebut.
2
OKT dalam kes ini telah dituduh di bawah Pertuduhan Pindaan seperti berikut: 35 “Bahawa kamu pada 22/09/2019 jam lebih kurang 2.00 pagi hingga 3.00 pagi bertempat di bilik No. 214, Eco Hotel Putra Kajang, No. 2- 1, Jalan Putra Kajang, 43000 Kajang, di dalam daerah Hulu Langat di dalam negeri Selangor, telah melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan bernama Nur Shahira 40 binti Nasrulddin, no. K/P: 060812-03-0104, berumur 13 tahun 1 bulan dengan cara memeluk badan, meraba buah dada dan kemaluan penama bagi tujuan seksual. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap 45 Kanak-Kanak 2017.” (Pertuduhan Pindaan ditanda sebagai P4)
3
Secara ringkasnya, pihak TPR telah memanggil lima (5) orang saksi untuk memberi keterangan iaitu: 50 i. SP1: Siti Mariani binti Daud (Ibu mangsa). ii. SP2: Nur Syahira binti Nasrulddin (Mangsa). iii. SP3: Nur Farah Fatihan binti Mohamad Baharudin iv. SP4: Sukdev Singh a/l Karnial Singh (Pegawai Tangkapan). 3 v. SP5: Maria Levoh (Pegawai Penyiasat). 55
4
Manakala pihak Pembelaan pula telah memanggil dua (2) orang saksi untuk memberi keterangan iaitu : i. SD1: Muhammad Zaidanial Akassya bin Md Zaidi (OKT). 60 ii. SD2: Muhammad Firdaus bin Mohd Yusuf (bapa saudara OKT)
5
Pihak TPR juga telah mengemukakan eksibit yang berikut untuk menyokong keterangan saksi-saksinya iaitu: 65 EKSIBIT PERKARA P1 Laporan Polis SP1. P2 Salinan Sijil Lahir mangsa. P3 Salinan MyKid mangsa. P4 Pertuduhan Pindaan. P7(1-4) 4 keping gambar Hotel Eco Putra Kajang. P8 Rajah kasar bilik hotel. P9 Laporan Polis Tangkapan. P10 Invoice bilik 213. P11 Guest Registration Card Reg 48715 P12 Invoice Reg 48715 untuk bilik 214. P13(K) Petunjuk Rajah Kasar. P14 Laporan Kawad Cam.
6
Berikut adalah eksibit yang telah dikemukakan oleh pihak Pembelaan: 70 EKSIBIT PERKARA D5 1 salinan Laporan Polis Kajang/034972/19 bertarikh 22/9/2019. D6 1 salinan Laporan Polis Kajang/035192/19 bertarikh 23/9/2019.
7
Sebelum Mahkamah ini melanjutkan kepada Alasan Penghakiman, 75 perlu dijelaskan bahawa keseluruhan kes ini telah didengar di hadapan HMS terdahulu (Puan Norhazani Hamzah) bermula dari kes Pendakwaan sehingga peringkat keputusan di peringkat prima facie.
8
HMS tersebut telah mendapati terdapat suatu kes prima facie 80 terhadap OKT. Memandangkan terdapat pertukaran ke Jabatan Peguam Negara oleh HMS terdahulu, saya pula telah mengambil alih kes ini dengan mendengar keterangan OKT dan SD2 dan seterusnya membuat keputusan peringkat Pembelaan. Tiada saksi lain yang memberi keterangan di peringkat Pembelaan selain OKT dan SD2 sahaja. 85
9
Perlu juga disebutkan bahawa tiada Alasan Penghakiman yang disediakan oleh Puan Norhazani di peringkat Pendakwaan berkaitan alasan OKT dipanggil membela dirinya. Oleh yang demikian, Alasan Penghakiman ini saya sediakan setakat Alasan Penghakiman bagi 90 Keputusan di peringkat Pembelaaan yang mana saya telah mendapati OKT ini bersalah dan disabitkan dengan kesalahan seperti mana Pertuduhan Pindaan, setelah saya meneliti dan menilai keseluruhan keterangan semua saksi pendakwaan dan pembelaan dari mula perbicaraan sehinggalah ke peringkat menimbangkan hujahan semua 95 pihak. Oleh itu, tiada Alasan Penghakiman peringkat prima facie yang akan disediakan bagi kes ini memandangkan keputusan itu telah dibuat oleh HMS terdahulu yang mengendalikan kes ini sehingga peringkat keputusan prima facie. 100 [10] Mangsa iaitu SP2 ialah anak SP1 yang pada masa kejadian berusia 13 tahun 1 bulan. Kejadian berlaku pada 22/9/2019 pada jam lebih kurang 2.00 – 3.00 pagi di bilik No. 214, Eco Hotel Putra, Kajang. Hubungan antara OKT dengan SP2 adalah OKT adalah teman lelaki SP3 (sepupu SP2). Berdasarkan keterangan SP2, beliau pergi ke hotel itu bersama 105 seorang lagi yang bernama Nur Farah Fatihah iaitu sepupunya. Nur Farah adalah saksi Pendakwaan yang ketiga (SP3). SP2 dan SP3 tinggal serumah bersama keluarga SP2. SP3 bekerja dengan ibu SP2 yang merupakan Pengusaha Taska. SP3 ini baru sahaja seminggu tiba dari kampungnya di Gemas dan tinggal dengan keluarga SP2 dengan tujuan 110 untuk bekerja di Taska ibu SP2. Ibu SP2 bernama Siti Mariani yang juga ibu saudara SP3. Siti Mariani ialah saksi Pendakwaan yang pertama (SP1).
11
Berdasarkan keterangan SP3 iaitu sepupu SP2, OKT ini ialah 115 teman lelaki SP3. Mereka berdua telah berkenalan melalui sosial media 6 iaitu Instagram. SP3 dan OKT telah berjanji untuk berjumpa di suatu lokasi bernama Surada. SP3 mengajak SP2 untuk menemaninnya. Mereka berdua menaiki motosikal yang dibawa oleh SP2 manakala SP3 selaku pembonceng. Manakala OKT pula membawa seorang lagi rakan 120 laki-lakinya bernama Yap juga menaiki motosikal bersama. Mereka berempat telah bertemu janji dan sampai di Surada, Kampung Sg. Ramal, Kajang pada jam lebih kurang 9.00 malam.
12
Apabila sampai di Surada dan berjumpa di situ selama beberapa 125 minit, OKT telah mengajak SP3 mengikutnya ke suatu tempat yang lain. OKT dan Yap menaiki motor yang sama manakala SP2 dan SP3 menaiki motor mereka lalu mengikuti OKT dan Yap ke lokasi yang ingin dibawa oleh OKT. Mereka kemudiannya tiba di Hotel Eco Putra Kajang lebih kurang jam 9.30 malam. OKT telah mendaftar masuk 2 bilik hotel di situ 130 iaitu No. 213 dan 214. SP2 dan SP3 mengikuti OKT dan Yap ke dalam hotel tersebut. Pendaftaran bilik hotel dibuat lebih kurang 9.43 malam. OKT telah meminta Yap dan SP2 iaitu mangsa untuk masuk ke bilik No. 213, manakala OKT dan SP3 pula masuk bilik No. 214. OKT dan SP3 telah masuk ke bilik 214 pada jam 10.00 malam. 135
13
Berdasarkan keterangan SP2, dia dan Yap tidak melakukan apa-apa. SP2 akui Yap ada memegang tangannya dan cuba melakukan sesuatu kepadanya tapi dia menolak. SP2 juga ugut untuk menjerit jika Yap cuba melakukan perkara tidak baik kepadanya. SP2 duduk di hujung 140 katil. Akhirnya Yap tidak dapat melakukan apa-apa kepadanya. SP2 dan Yapberada dalam bilik 213 sehingga jam 11.00 malam. SP2 memutuskan untuk pulang ke rumah. Seterusnya Yap dan SP2 telah keluar dari bilik No. 213. Yap terus pulang ke rumah menaiki motornya manakala SP2 pergi ke bilik 214 untuk mengajak SP3 pulang ke rumah. SP2 mengetuk 145 pintu bilik No. 214 tersebut. Berdasarkan keterangan SP2, SP3 enggan pulang kononnya OKT melarangnya. Berdasarkan keterangan SP2, dia enggan meninggalkan SP3 berdua dengan OKT. Maka SP3 telah mengajak pula SP2 untuk masuk ke dalam bilik No. 214. SP2 menyatakan dalam keterangannya bahawa pada jam 1.30 pagi dia 150 berasa mengantuk lalu dia baring di atas katil bersama OKT dan SP3.
Preamble
Menurut SP2 dia telah tertidur di atas katil bersama OKT dan SP3. [14] Berdasarkan keterangan SP2 dan SP3, OKT baring di tengah, SP2 tidur di sebelah kanan OKT manakala SP3 pula tidur di sebelah kiri OKT. 155 Katil tersebut bersaiz Queen yang rapat ke tepi dinding. Berdasarkan keterangan mereka, lampu bilik tidak dinyalakan namun terdapat cahaya datang dari bawah pintu masuk dan juga tandas. Pada jam lebih kurang 2.00 pagi, SP2 tersedar dari tidur apabila merasa OKT meraba payudaranya dengan cara memicit, meraba dari bahagian pusat hingga 160 kemaluannya dengan cara menggosok beberapa kali dari luar pakaian yang dipakai. OKT juga cuba memasukkan tangan kirinya ke dalam seluar track SP2 namun SP2 menepis dan menolak tangan OKT. Semasa perbuatan meraba itu, OKT turut mencium pipi kiri SP2 sebanyak sekali. 165 [15] SP2 menyatakan beliau telah menjauhkan badannya ke tepi rapat pada meja yang terletak di sebelah kanan SP2 di tepi katil. SP2 dalam keterangannya menyatakan walaupun mengelak daripada terus diraba, OKT telah memeluk SP2 namun telah ditepis oleh SP2. Manakala keterangan SP3 yang juga tidur bersebelahan OKT menyatakan beliau 170 juga tersedar dari tidur antara jam 2.00 – 3.00 pagi dan telah menoleh ke sebelah kanan ke arah OKT, SP3 telah menyaksikan perbuatan OKT meraba SP2 dan melihat juga SP2 telah terjaga dari tidur. Pada jam 4.30 pagi, SP3 telah membaca mesej daripada SP1 yang dihantar ke telefon SP3 bahawa SP1 akan membuat laporan polis sekiranya mereka masih 175 tidak pulang ke rumah. Pada jam 5.00 pagi, barulah SP2 dan SP3 keluar dari bilik tersebut dan pulang ke rumah SP1. [16] Apabila sampai di rumah, SP1 telah mendesak mereka berdua menceritakan apakah yang telah berlaku. Oleh kerana takut dimarahi, 180 mereka telah berbohong dengan mengatakan OKT dan Yap telah membawa mereka ke sebuah rumah kosong di Surada dan OKT telah mencabul mereka berdua di situ. SP3 dan SP2 menyatakan mereka terpaksa berbohong kerana takut untuk memberitahu SP1 bahawa mereka telah mengikut OKT atau Yap ke hotel dan menginap di bilik hotel 185 bersama lelaki. Oleh yang demikian, lokasi yang diberitahu kepada SP1 sebagai lokasi tempat kejadian adalah tidak benar. SP1 kemudiannya telah membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut. Laporan tersebut diterima sebagai P1. Kejadian dan lokasi sebenar hanya terbongkar apabila mereka berdua disoal siasat oleh Sjn Maria iaitu 190 Pegawai Penyiasat kes (SP5). Hasil siasatan SP5 juga mengesahkan bahawa kejadian mencabul SP2 sememangnya berlaku di bilik hotel No. 214, Hotel Eco Putra Kajang dan SP3 telah menyaksikan perbuatan OKT mencabul SP2 di dalam bilik tersebut di atas katil yang mereka tidur bersama OKT. 195 [17] Berdasarkan Pemeriksaan Balas Pembelaan terhadap SP2 dan SP3, Mahkamah dapati pada asasnya, line of defence OKT ini adalah dia menafikan berada dalam bilik No. 214 bersama-sama SP2 dan SP3 pada masa yang material. Line of defence OKT adalah kononnya seorang 200 bernama Ayub (SD2 - bapa saudara OKT) telah datang untuk menjemputnya pulang pada jam 12.30 malam. OKT menyatakan dia tidak check out di kaunter sebaliknya terus keluar dari hotel begitu sahaja. Terdapat juga soalan peguam OKT yang menjurus kepada kredibiliti SP2 kononnya SP2 menyimpan hati kepada OKT dan berniat jahat menuduh 205 OKT mencabulnya. Mahkamah dapati tiada sebarang notis alibi yang pernah difailkan atau dimasukkan di Mahkamah oleh pihak OKT bagi disiasat oleh Pegawai Penyiasat tentang keberadaan OKT pada masa kejadian. 210 KEPUTUSAN PERINGKAT PENDAKWAAN [18] HMS terdahulu telah mendengar keterangan saksi-saksi Pendakwaan dan telah mendapati Pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT di bawah pertuduhan 215 di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta) (Pertuduhan Pindaan ditanda P4). Maka OKT telah dipanggil untuk membela dirinya. [19] Tiada Alasan Penghakiman yang disediakan oleh HMS tersebut 220 pada peringkat ini. FAKTA RINGKAS KES PEMBELAAN 225 [20] Secara ringkasnya OKT telah memberikan keterangan secara bersumpah. OKT juga telah memanggil seorang sahaja saksi iaitu SD2 iaitu bapa saudaranya yang dipanggil Ayub. Secara keseluruhannya pembelaan OKT adalah bersifat penafian, keterangan yang direka-reka dan pemikiran terkemudian. Pembelaan OKT yang tidak disokong 230 dengan keterangan saksi-saksi yang lain bagi mengesahkan alibi OKT. PEMBELAAN OKT [21] OKT tidak tidur di bilik hotel tersebut bersama SP2 dan SP3. 235 [22] OKT telah pulang ke rumah keluarganya di Kajang pada jam 12.30 malam sedangkan kejadian yang dikatakan oleh mangsa berlaku pada jam 2.00 – 3.00 pagi. 240 [23] SP2 mempunyai niat jahat, bukan saksi credible kerana SP2 ada menyimpan perasaan suka kepada OKT. PENILAIAN KESELURUHAN KETERANGAN PEMBELAAN DAN PENDAKWAAN OLEH MAHKAMAH 245 [24] Mahkamah dapati pembelaan OKT seperti mana di perenggan di atas adalah suatu pembelaan yang pada hemat Mahkamah adalah lemah dan tidak disokong dengan keterangan saksi-saksi lain bagi mengesahkan keterangan alibi OKT. Pembelaan seperti yang 250 dibangkitkan oleh OKT jauh sekali mampu mencabar keterangan SP2 dan SP3 dan lain-lain saksi Pendakwaan yang lebih kukuh, konsisten dan meyakinkan. Mahkamah mendapati SP2 pada waktu kejadian berumur lebih 13 tahun dan dia seorang yang dianggap cerdik dan faham tentang keadaan atau sesuatu perkara yang salah dan tahu perbuatan seorang 255 laki-laki yang menyentuh mana-mana anggota tubuh seorang perempuan adalah suatu perbuatan yang salah. [25] Ini konsisten dengan keterangannya kepada SP2 yang menolak untuk melakukan hubungan dan perkara tidak baik yang ingin cuba 260 dilakukan oleh Yap sewaktu mereka berdua berada dalam bilik No. 213. SP2 juga mengugut untuk menjerit jika Yap cuba lakukan sesuatu yang tidak baik kepadanya. Walaupun Mahkamah juga mendapati SP2 ini seorang yang tidak matang kerana terlalu berani mempercayai seorang laki-laki yang baru dikenali untuk masuk berdua dalam sebuah bilik hotel. 265 Selepas berada dalam bilik tersebut mungkin selama sejam atau sejam lebih, SP2 ingin pulang ke rumah pada jam 11.00 malam. Lalu SP2 dan Yap keluar dari bilik No. 213 dan pergi ke bilik No. 214 untuk mengajak SP3 pulang bersamanya manakala Yap terus pulang dan keluar dari hotel. 270 [26] Mahkamah dapati di peringkat ini, apabila Yap telah pulang, karakter yang tinggal hanyalah SP2, SP3 dan OKT sahaja dan tiada sesiapa selain mereka bertiga sahaja. Pihak Pembelaan dalam line of defence mereka juga tidak membangkitkan sebarang orang lain yang ada 275 bersama-sama mereka dalam bilik No. 214 tersebut. OKT telah menimbulkan alibi secara tiba-tiba sewaktu Pemeriksaan Balas saksi Pendakwaan apabila menyatakan dia telah keluar dari bilik No. 214 pada jam 12.30 tengah malam dan meninggalkan SP2 dan SP3 sahaja kononnya Ayub datang untuk menjemput dia pulang ke rumah. Pada 280 peringkat ini adalah jelas tiada orang lain selepas OKT kononnya keluar dari bilik itu yang boleh dikaitkan dengan perbuatan mencabul SP2 oleh orang yang lain. Pembelaan OKT bagi melepaskan dirinya sangat mudah. OKT menyatakan dia tidak berada di bilik itu selepas jam 12.30 malam kerana telah pulang ke rumahnya, sedangkan kejadian mencabul itu 285 berlaku pada jam antara 2.00 – 3.00 pagi. [27] Pada peringkat pembelaan, OKT telah memberi keterangan bersumpah dan memanggil seorang saksi iaitu SD2 yang juga merupakan bapa saudara OKT. Pembelaan utama OKT adalah OKT 290 telah keluar dari bilik No. 214 dan meninggalkan SP2 dan SP3 pada jam 12.30 tengah malam pada 22/9/2019 tanpa membuat daftar keluar di kaunter hotel juga sesuatu yang tidak meyakinkan atau meragukan. Oleh kerana OKT menimbulkan alibi ini bermakna OKT telah menafikan kesemua perlakuan amang seksual yang dinyatakan dalam pertuduhan 295 iaitu meraba buah dada, memegang kemaluan, mencium pipi dan memeluk badan SP2. OKT telah menafikan sama sekali berada di tempat kejadian pada tarikh, masa dan tempat kejadian. Oleh kerana OKT menimbulkan alibi maka OKT hendaklah membuktikan alibi tersebut. 300 [28] Mahkamah dapati bagi pembelaan berbentuk alibi, OKT tidak pernah pada bila-bila masa memasukkan suatu notis alibi di bawah Seksyen 402A KTJ. Ini sangat memprejudiskan kerana pihak Pendakwaan tidak berpeluang menyiasat tentang alibi OKT ini. Semasa soal siasat dan rakaman percakapan OKT bersama SP5 (IO), OKT tidak 305 pernah menimbulkan nama Ayub atau bapa saudaranya kepada SP5 untuk disiasat. OKT juga tidak pernah menimbulkan alibi atau apa yang dia ceritakan dalam pembelaannnya kepada SP5. Ini adalah contoh jelas bahawa pembelaan OKT adalah suatu pemikiran terkemudian. Pada hemat Mahkamah, OKT telah merancang pembelaan seperti ini 310 terkemudian, setelah mendengar keterangan utama SP2 dan SP3 di Mahkamah. Pada hemat Mahkamah, jika benar OKT tidak melakukan perbuatan amang seksual tersebut kerana dia berada di tempat yang lain pada masa yang material, dia sepatutnya memberikan keterangannya seawal yang mungkin kepada SP5 (Pegawai Penyiasat) dalam rakaman 315 percakapannya tentang alibinya dan bukannya hanya membangkitkan isu alibi secara tiba-tiba tanpa notis terlebih dahulu kepada pihak Pendakwaan. [29] Walau apa pun cerita OKT tentang alibinya, Mahkamah dapati 320 keterangan semua saksi Pendakwaan terutamanya SP2 dan SP3 adalah lebih kukuh, konsisten, dipercayai dan lebih credible berbanding dengan Pembelaan OKT yang keterangannya lemah dan gagal disokong dengan bukti bahawa dia memang berada di tempat lain pada waktu yang material. Pihak Pendakwaan dan Mahkamah sendiri hanya mengetahui 325 siapakah Ayub apabila SD2 dipanggil untuk memberikan keterangannya di Mahkamah. Pada peringkat ini, barulah diketahui nama sebenar Ayub adalah Mohd Firdaus yang juga merupakan bapa saudaranya sendiri. Pada peringkat Pendakwaan, Mahkamah tidak diberitahu siapakah Ayub, apa nama sebenarnya dan apakah hubungannya dengan OKT. 330 [30] Mahkamah juga perlu berhati-hati dalam menerima masuk keterangan yang bersifat ada kepentingan peribadi dengan OKT. Mahkamah perlu mengingatkan diri sendiri bahawa hubungan SD1 dan SD2 adalah bapa saudara dengan anak saudara dan SD2 pula memberi 335 keterangan memihak kepada OKT yang juga adalah anak saudaranya sendiri. Sudah pasti seorang bapa saudara akan memberi keterangan yang boleh memberikan manfaat dan faedah kepada anak saudaranya supaya OKT boleh terlepas daripada pertuduhan tersebut. Menurut keterangan SD2, beliau hadir ke Mahkamah bagi membantu OKT dan 340 untuk membela OKT. SD2 juga mengakui bahawa sejak kejadian tersebut berlaku pada tahun 2019, beliau tidak pernah dihubungi oleh mana-mana anggota polis untuk dirakam percakapan. Apabila dicadangkan oleh DPP bahawa SD2 tidak dipanggil untuk dirakam percakapan kerana namanya tidak disebut oleh OKT, beliau bersetuju. Maka jelaslah bahawa 345 pembelaan alibi yang kononnya akan disokong dengan keterangan SD2 tidak berjaya untuk mematahkan kes Pendakwaan. [31] SD2 menyatakan kononnya dia telah terima panggilan telefon daripada OKT pada jam 11.50 malam supaya SD2 boleh menjemputnya 350 untuk pulang ke rumah. Perjalanan dari rumah SD2 ke Hotel Eco Putra hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja. SD2 tiba di hotel itu pada jam 12.00 lebih tengah malam. Beliau terus mengambil OKT menaiki motosikal dan menghantar OKT terus ke rumah dan tidak singgah di mana-mana. Itu sahaja keterangan SD2 untuk menyokong alibi OKT. 355 OKT tidak pula memanggil ahli keluarganya yang lain bagi mengesahkan bahawa OKT memang berada di rumah pada jam 12.30 malam ke atas atau pada jam 2.00 – 3.00 pagi. Jika keterangan alibi OKT benar, mengapakah OKT tidak memanggil saksi ahli keluarga yang tinggal serumah dengannya untuk menyokong keterangan alibi tersebut? Maka 360 jelaslah Mahkamah dapati keterangan alibi ini gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. [32] Keterangan alibi ini wajar ditolak kerana tiada notis alibi yang dimasukkan. Selain itu, keterangan SP2 dan SP3 jauh lebih kukuh dan 365 konsisten. SP2 dan SP3 menceritakan secara terperinci kronologi peristiwa dari awal pertemuan mereka di Sarada pada jam 9.00 malam sehinggalah mereka tiba di hotel pada jam 9.30 malam dan OKT membuat daftar masuk di hotel tersebut. Dokumen yang relevant juga telah diterima sebagai eksibit bagi membuktikan bahawa OKT memang 370 hadir di hotel tersebut dari jam lebih kurang 9.45 malam sehingga OKT checked out pada jam 5.30 pagi pada esok harinya pada 22/9/2019. Keterangan ini dapat dilihat pada invois bagi bilik No. 213 dan 214 dan guest registration card. Mahkamah telah meneliti invois dan guest registration card yang bertanda P10, P11 dan P12 dan didapati tertera 375 nama OKT dengan jelas di eksibit itu. Malahan masa daftar masuk dan keluar mereka bertiga juga konsisten dengan keterangan yang dikemukakan oleh SP2 dan SP3 di Mahkamah. Maka, adalah jelas OKT telah berbohong di Mahkamah dengan menyatakan dia telah keluar dari bilik hotel itu pada jam 12.30 malam kerana bukti dokumen yang tercatat 380 pada invois iaitu P10 membuktikan OKT sebenarnya hanya daftar keluar pada jam 5.30 pagi pada 22/9/2019. Mahkamah dapati keterangan ini langsung tidak dicabar oleh Pembelaan. Ini bermakna OKT memang berada dalam bilik 214 itu sejak 9.45 malam 21/9/2019 sehingga 5.30 pagi pada 22/9/2019. 385 [33] Mahkamah mempercayai keterangan SP2 yang lebih logik, konsisten dan tidak goyah walaupun cuba dicabar oleh peguam. Mahkamah dapati jangka masa SP2 dan SP3 berada dalam bilik itu bersama-sama OKT merupakan suatu jangka masa yang lama bermula dari jam 9.30 malam pada 21/9/2019 sehingga jam 5.30 pagi 22/9/2019. 390 Jangka masa yang lama ini sudah cukup untuk SP2 dan SP3 mengecam wajah orang yang berada bersama-sama mereka di bilik itu. SP2 dan SP3 dengan yakin dapat mengecam wajah OKT dalam kandang OKT sebagai orang yang melakukan amang seksual terhadap SP2. Mahkamah juga dapati bukan sahaja SP2 yang dapat melihat OKT yang meraba, 395 memeluk dan menciumnya, SP3 juga menyaksikan perbuatan OKT itu yang pada masa itu berada atas katil dalam bilik itu bersama-sama SP3. SP3 juga melihat perbuatan OKT tersebut yang telah meraba dan memeluk SP2 sewaktu dia terjaga dari tidur. Mahkamah dapati keterangan SP2 ini telah disokong oleh SP3 yang juga merupakan saksi 400 yang melihat kejadian tersebut memandangkan SP3 juga berada dalam bilik dan atas katil yang sama dengan OKT. [34] Mahkamah dapati keterangan ini gagal dicabar oleh Pembelaan. SP2 juga telah menceritakan secara terperinci perlakuan OKT 405 terhadapnya. SP2 juga telah membuat demonstrasi bagaimana OKT meraba payudaranya dengan cara memicit payudaranya, OKT juga menggosok-gosok tangannya daripada bahagian pusat sehingga ke bahagian kemaluan SP2 dan OKT cuba memasukkan tangannya ke dalam seluar track SP2, memeluk badan SP2, mencium pipi SP2 dan lain- 410 lain lagi. [35] Mahkamah dapati semua perlakuan ini terjatuh di bawah kontak fizikal berbentuk seksual kerana bahagian yang disentuh oleh OKT merupakan anggota seksual bagi kanak-kanak perempuan. Bagi 415 kesalahan amang seksual di bawah Seksyen 14(a), elemen kesalahan yang harus dibuktikan adalah :–
a
OKT melakukan kontak fizikal berbentuk seksual. Dalam kes ini pihak DPP telah berjaya membuktikan tangan kiri OKT telah 420 meraba buah dada SP2 dan kemaluannya dan memeluk badan SP2,
b
kontak fizikal itu tidak melibatkan persetubuhan; dan
c
mangsa adalah seorang kanak-kanak semasa kejadian berlaku. 425 [36] Mahkamah dapati semua elemen ini telah dibuktikan oleh Pendakwaan apabila HMS terdahulu telah memutuskan terdapat keterangan prima facie terhadap OKT dan memerintahkan OKT dipanggil untuk membela dirinya. Semua intipati ini telah berjaya dibuktikan. 430 BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PEMBELAAN [37] Di akhir kes Pembelaan, Mahkamah perlu menimbangkan keseluruhan keterangan OKT dan saksinya dan merujuk kembali 435 keterangan saksi-saksi di peringkat kes Pendakwaan sebelum memutuskan sama ada di akhir kes Pembelaan ini, pihak TPR telah berjaya membuktikan kes di luar keraguan munasabah seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 182A Akta 593:
1
At the conclusion of the trial, the court shall consider all the 440 evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
2
If the court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the court shall find the accused guilty and he may be convicted on it.
3
If the court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the court shall record an order of acquittal. [38] Dalam kes MAH KOK CHEONG v. R [1953] MLJ 46, YA Spencer 450 Wilkinson J, di muka surat 47 menjelaskan bahawa: “…in ordinary criminal cases… all discussion as what might reasonably be true or what is consistent with innocence are both irrelevant and misleading. Almost every defence put forward by an 455 accused is consistent with innocence or it would not be put forward; nor would it be a very good defence if it could not reasonably be true. But whatever may be the defence to a criminal charge the sole question which a subordinate court has to ask itself at the conclusion of the trial is-Does the defence raise a reasonable 460 doubt as to the truth of the prosecution case or as to the accused’s guilt?” [39] Dalam kes BALACHANDRAN v. PP (supra), Mahkamah Persekutuan telah mengulas berkenaan dengan beban pembuktian di 465 luar keraguan munasabah: “Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can 470 only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore, a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of a trial upon a consideration of all evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be 475 the position where the accused has given evidence. However, where the accused remain silent there will be no necessity to re evaluate the evidence in order to determine whether there is a reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. Prima facie which was capable of supporting a 480 conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt.” [40] Di dalam kes NAGAPPAN KUPPUSAMY v. PP (1988) 1 CLJ 238, Mahkamah Agung memutuskan: 485 “In a criminal proceeding, the onus on the prosecution throughout is to prove beyond reasonable doubt. From the beginning to the end the burden remains on the prosecution to prove the guilt of the accused. At the close of the whole case, the Court has to consider 490 all the evidence adduced by both the prosecution and the defence and has to be satisfied that the case has been proved beyond reasonable doubt.” [41] Seterusnya di dalam kes MOHD RADHI BIN YAAKOB v. PP (1991) 6 MLJ 169, Mohamed Azmi SCJ menyatakan: 495 “It is well established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charge. There is no similar burden placed 500 on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution’s case”. [42] Mahkamah juga telah merujuk kepada prinsip undang-undang di 505 dalam membuat keputusan di akhir kes Pembelaan seperti mana yang telah digariskan di dalam kes MAT v. PP (1963) MLJ 263 di mana Suffian J memutuskan seperti berikut: “The correct law for Magistrates to apply is as follows. If you accept 510 the explanation given by or on behalf of the accused, you must of course acquit. But this does not entitle you to convict if you do not believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt, as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the 515 whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it.” 520 ALASAN KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN Saksi Yang Berkepentingan [43] Mahkamah telah merujuk kes LIM GUAN ENG v. PP [1998] 3 MLJ 525 di mana GOPAL SRI RAM - JCA di muka surat 48 telah memetik penghakiman WAN YAHYA H (pada ketika itu) dalam kes HJ. ABDUL GHANI BIN ISHAK & ANOR v. PP [1981] 2 MLJ 230 mengenai keterangan saksi yang berkepentingan: 530 “The witness Kipah is the wife of the first accused and she had to be called by the prosecution to fill up the chain of events in the case. Answers elicited from her cross-examination by the defence had to be scrutinized with some care. As a wife testifying in a serious case against her husband, she could not be expected to be 535 entirely immune from being unbiased or in any event, uninterested. Moreover, when there are other evidences to the contrary, this court is not bound to accept each and every word in her evidence. If what was suggested is to be followed in the unqualified from, the function of the trial judge or jury will become 540 obsolete and such function could be decided by computer. There is nothing to deter the trial judge or jury picking or choosing any piece of evidence from a witness while rejecting others which he or they felt not credible enough. After all, a witness is capable of saying both truths and untruths. If for any good reason, the court feels that part 545 of his evidence should be preferred to the other, then it is at liberty to accept that part and reject the others …” [44] Di dalam kes PP v. NG NAI LIM [2011] 1 LNS 487 di mana YA HAKIM AHMADI ASNAWI telah memutuskan isu berkaitan ‘interested witness’ seperti yang berikut: 550 “Lagipun SB-2 adalah anak OKT, layak dikelaskan sebagai “interested witness”. Memang benar seperti diputuskan dalam kes Balasingham v. PP [1959] 1 LNS 8 “… there is no legal presumption that an interested witness should not be believed. He 555 is entitled to credence until cogent reasons for disbelief can be advanced in the light of evidence to the contrary and the surrounding circumstances …” [45] Mahkamah mendapati OKT dan SD2 adalah saksi yang 560 mempunyai kepentingan di dalam kes ini. Mereka adalah anak saudara dan pakcik. Oleh yang demikian keterangan SD2 naturally in favour of the OKT. Namun Mahkamah dapati keterangan SD2 gagal mematahkan keterangan semua saksi Pendakwaan. Keterangan SD2 jelas banyak memihak kepada anak saudaranya walau pun beliau sendiri tidak melihat 565 apa yang berlaku dan tidak ada sebarang pengetahuan tentang kejadian tersebut. Peranan beliau tidak banyak membantu OKT. Mere Denial & Reasonably Dislodge The Prosecution’s Case 570 [46] Pembelaan OKT ialah pembelaan alibi yang bermakna dia tidak memegang buah dada SP2 atau melakukan perbuatan amang seksual adalah satu mere denial yang konsisten dari OKT sejak awal perbicaraan kes ini. Mahkamah telah merujuk kepada kes RAZI AMNIN v. PP [2010] 7 CLJ 771 (Criminial Appeal) di mana Hakim telah memutuskan: 575 “…It is trite law that mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s case is insufficient to earn an acquittal...,” 580 [47] Persoalan bagi Mahkamah di dalam kes ini ialah jika terdapat keterangan yang munasabah untuk mematah atau menangkis (i.e reasonably dislodge) kes pihak Pendakwaan. Untuk menjawab soalan tersebut, Mahkamah telah menghalusi keterangan saksi-saksi Pendakwaan seperti mana yang diterangkan dalam perenggan terdahulu. 585 Di antara keterangan corroboration yang material adalah keterangan SP3. [48] Di dalam kes CAMARA MAMODOU v. PP [2014] CRIMINAL APPEAL NO: B-05-195-07/2013 (GIN) - CLJ LAW pula, YA Hakim 590 Mahkamah Rayuan Dato’ Zamani A. Rahim telah menyatakan seperti berikut: “26. …Learned counsel cited the English Court of Appeal case of R v Ward [1993], where it was held that: 595 “The prosecution’s duty at common law to disclose to the defence all elevant material, i.e. evidence which tended either to weaken the prosecution’s case or to strengthen the defence case, required the police to disclose to the prosecution all 600 witness statements and the prosecution to supply copies of such witness statement to the defence or to allow them to inspect the statements and make copies unless there was good reasons for not doing so. Furthermore, the prosecution was under a duty, which continued during pretrial period and 605 throughout the trial, to disclose to the defence all relevant scientific material, whether it strengthened the prosecution case or assisted the defence case and whether or not the defence made a specific request for disclosure. Pursuant to that duty the prosecution was required to make available 610 records of all relevant experiments and tests which tended to cast doubts on the opinions he was expressing was under a clear obligation to bring the records of such experiments and tests to the attention of the solicitor who was instructing him so that they might be disclosed to the other party.” 615 A Reasonable Doubt [49] Keraguan yang munasabah adalah satu pembelaan undang-undang jenayah yang mantap dan menjadi nadi bagi seorang OKT untuk 620 melepaskan dari sesuatu pertuduhan. Di sini Mahkamah merujuk kes MOHD RADHI BIN YAAKOB v. PP (supra), di mana Mohamed Azmi SCJ telah menyatakan: “…. To earn an acquittal his duty is merely to cast a reasonable 625 doubt in the prosecution’s case.” [50] Keraguan yang munasabah telah gagal ditimbulkan oleh pihak OKT dengan gagal mematahkan keterangan saksi Pendakwaan dan Pembelaan gagal memanggil saksi yang membenarkan bahawa OKT 630 tidak memegang buah dada SP2, tidak mencium pipi SP2, tidak meraba kemaluan SP2 dan tidak memeluk badan SP2, sebaliknya keterangan SP2 dan SP3 adalah konsisten dengan SP3 pula menyaksikan perlakuan OKT tersebut terhadap SP2. SP3 adalah saksi material kerana dia berada di tempat kejadian pada masa yang material dan dia melihat perlakuan 635 OKT itu. Namun perlu diingat dalam kes seksual kanak-kanak, keterangan corroboration adalah tidak perlu. Namun, kehadiran SP3 yang merupakan saksi mata merupakan bonus kepada pihak Pendakwaan bagi mengukuhkan lagi keterangan SP2. 640 [51] Merujuk kes MILLER v. MINISTER OF PENSIONS [1947] 2 ALL ER 373 DAN PP v. SAIMIN & ORS [1971]2 MLJ 16, Mahkamah ini mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh OKT adalah satu mere denial, afterthought, bersifat fanciful ataupun imaginary semata-mata. 645 [52] Dakwaan OKT bahawa mangsa (SP2) mempunyai niat jahat dan cuba untuk mengenakan OKT kerana menyimpan hati kepada OKT juga tidak disokong oleh bukti yang jelas. Malah dalam keterangan OKT dalam pembelaannya juga, fakta ini tidak dibangkitkan. Isu itu hanya dibangkitkan sewaktu kes Pendakwaan sahaja SP2 juga tidak setuju 650 dengan cadangan peguam yang dia ada hati dengan OKT. Apatah lagi OKT adalah teman lelaki kepada sepupunya sendiri iaitu SP3. KESIMPULAN/KEPUTUSAN 655 [53] Berdasarkan alasan-alasan yang tersebut di atas dan setelah meneliti dan menilai kembali keseluruhan keterangan di peringkat kes Pendakwaan dan kes Pembelaan secara maksima dan setelah merujuk kepada prinsip di dalam kes MAT v. PP (supra) yang tersebut di atas, 660 Mahkamah memutuskan di akhir kes Pembelaan ini bahawa OKT telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. [54] Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan bahawa pihak TPR 665 telah berjaya untuk membuktikan pertuduhan terhadap OKT di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 melampaui keraguan yang munasabah. Justeru, OKT adalah didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan tersebut. 670 RAYUAN [55] Secara ringkasnya, rayuan OKT adalah bagi peringanan hukuman. Sewaktu OKT ditampilkan ke mahkamah bagi mendengar hukuman di Mahkamah, Mahkamah dapati OKT ini berkerusi roda. Dalam rayuan, 675 peguam menyatakan OKT telah terlibat dengan kemalangan jalan raya pada 14/10/2024. Akibat daripada kemalangan itu, OKT retak pada soket pinggul, patah dan pecah tulang keting, patah jari kaki kanan, patah tulang bahu, koyak pada lutut kiri dan saraf otak cedera. OKT perlu dirujuk ke hospital. Peguam juga kemukakan surat hospital, temujanji dengan 680 hospital dan juga sijil cuti sakit. OKT sekarang mengidap sakit saraf. Peguam mohon hukuman yang ringan kerana OKT tidak pernah culas hadir bicara di Mahkamah, tidak ganggu saksi serta perlu dapatkan rawatan dan pemeriksaan di hospital. 685 HUJAHAN PEMBERATAN TPR [56] TPR memohon hukuman yang berat atas faktor kepentingan awam, keseriusan kesalahan, jenayah yang melibatkan kesalahan seksual kanak-kanak adalah isu kepentingan awam dan juga trauma terhadap 690 mangsa hendaklah juga dipertimbangkan. HUKUMAN [57] Setelah Mahkamah menimbangkan mitigasi OKT dan hujahan 695 TPR, Mahkamah memutuskan seperti berikut: i. OKT dihukum penjara selama 6 tahun dari tarikh Perintah ini dan 1 kali sebatan rotan. ii. OKT hendaklah menjalani kaunseling pemulihan selama dia 700 ditahan dalam penjara di bawah Seksyen 26. iii. 2 tahun pengawasan polis di bawah Seksyen 27. Alasan Mahkamah (Hukuman) 705 [58] Mahkamah telah mempertimbangkan semua aspek mitigasi dan hujahan TPR, Mahkamah turut menimbangkan umur OKT yang pada waktu kejadian baru berusia 18 tahun, kesalahan yang pertama, kesihatan OKT yang tidak baik dan perlukan rawatan kesihatan secara berkala, dan juga pada masa yang sama perlu mengimbangi dan 710 menimbangkan juga kesalahan seksual terhadap kanak-kanak adalah isu kepentingan awam dan kesalahan yang serius, namun menimbangkan juga nature of the offence ialah amang seksual (bukan kesalahan merogol) serta menimbang juga keadaan dan perlakuan seksual ini berlaku akibat kecuaian dan kelalaian mangsa yang tidak menjaga batas 715 pergaulan serta tidak menjaga diri yang begitu berani tidur sebilik dengan laki-laki yang baru dikenali dalam bilik hotel (walau pun ditemani dengan seorang sepupunya). [59] Mahkamah juga dalam masa yang sama tidak memandang ringan 720 perbuatan menyentuh mana-mana anggota tubuh badan kanak-kanak adalah juga suatu kesalahan jenayah dan anggota tubuh yang disentuh oleh OKT adalah buah dada dan kemaluan iaitu suatu anggota tubuh yang sangat sensitive dan privacy kepada seorang perempuan. Mahkamah turut menimbangkan trauma mangsa dan ahli keluarga 725 mangsa setelah kejadian itu berlaku serta kesempatan yang diambil oleh OKT apabila peluang terbuka luas (tiada orang dewasa yang lain yang boleh menghalang perlakuan tersebut) untuk melakukan perlakuan tidak baik kepada mangsa yang masih merupakan seorang kanak-kanak yang tidak matang dan masih terlalu muda berusia 13 tahun 1 bulan. OKT yang 730 waktu itu telah pun dewasa berusia 18 tahun sepatutnya melindungi mangsa dan bukannya mengambil kesempatan terhadap kelemahan mangsa yang masih kanak-kanak. [60] Oleh itu, Mahkamah berpendapat hukuman penjara 6 tahun dan 735 sekali sebatan rotan ini adalah mencukupi dan wajar bagi memberi pengajaran kepada OKT dan orang awam di luar sana agar tidak melakukan perbuatan yang sama kerana jenayah ini serius dan berat dari segi hukuman mandatori adalah penjara sahaja dan tiada hukuman selain itu. 740 (NORSHILA BINTI KAMARUDDIN) Hakim Mahkamah Sesyen 745 Ampang, Selangor Bertarikh : 2/3/2025 750 Timbalan Pendakwa Raya : Pn. Norhasyimah bt Mohd Hasyim Peguambela : En. Samry Basri (Tetuan Sam Masri & Associates)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.