Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA NO KES : DA-62JSK-35-09/2023 ANTARA TENGKU MD FARIS BIN TENGKU HAMZAH (NO.KP: 820101035143) … PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN
DA-62JSK-35-09/2023
Sessions Court of Malaysia27 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“smissed with the sentence 'of course it is possible, but not in the least probable', the case is proved beyond reasonable doubt, but nothing short of that will suffice." (rujuk kes PP v. Saimin & Ors [1971] CLJU 115).”
“(1) This Act shall apply to a child who is under the age of eighteen years and where this Act relates to any other written law, to a child of such age as specified in such written law.”
“alah tidak kukuh dan tidak bermerit ‘credible’. Malah pembelaan seperti yang dibangkitkan oleh OKT jauh sekali mampu mencabar keterangan SP3 yang lebih kukuh dan meyakinkan. rujuk kes Sidek Bin Ludan [1995] CLJU 219: - "The defence was one of alibi. The appellant testified that he was elsewhere and not at the places me”
“43. Dalam kes Muhammad bin Juwahir @ Juhir lwn PP, Rayuan Jenayah No. JA-42JSKS-1-02/2024 di mana Hakim Abu Bakar bin Katar merujuk kepada kes Mohd Faiza Rizza Mohd Ropi lwn. PP [2023] CLJU 1182 yang menyatakan seperti berikut: [20] Setelah memahami hasrat penggubalan tersebut maka pada hemat Mahkamah, seksyen 14 digub”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA NO KES : DA-62JSK-35-09/2023 ANTARA TENGKU MD FARIS BIN TENGKU HAMZAH (NO.KP: 820101035143) … PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Ini adalah rayuan daripada pihak OKT terhadap sabitan dan hukuman.
2
OKT telah dituduh dengan pertuduhan sepertimana berikut: PERTUDUHAN Bahawa kamu pada 11.8.2020 jam lebih kurang 4.30 petang semasa berada di dalam bilik tidur di alamat 2057 Kampung Banggol Teluk Baru 15200 di dalam Daerah Kata Bharu di dalam negeri Kelantan, dengan sengaja telah melakukan amang seksual ke atas Qyra Binti Mohd Redzuan (No. KP: 080602-03-0120) dengan cara membuatkan Qyra Binti Mohd Redzuan (No. KP: 080602-03-0120) menyentuh kemaluan kamu yang mana kamu tahu mempunyai hubungan amanah dengannya. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 14(b) dibaca bersama seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan boleh dijatuhkan hukuman di bawah seksyen dan akta yang sama."
3
Pendakwaan mengemukakan enam (6) orang saksi seperti berikut: a) Sarjan Mohd Suhaimi Bin Hani – SP1 (Jurugambar) b) Inspektor Nur Indrah Binti Abdullah Nahu – SP2 (Pegawai Tangkapan) c) Qyra Binti Mohd Redzuan – SP3 (Mangsa) d) Suriati Binti Mohd Ariffin – SP4 (Ibu Mangsa) e) Suriani Binti Mohd Ariffin – SP5 (Ibu Saudara Mangsa) f) Inspektor Nur Azimah Binti Sauka Ali – SP6 (Pegawai Penyiasat)
4
OKT merupakan bapa tiri mangsa (selepas ini dirujuk sebagai SP3) dimana mereka telah berkahwin dengan ibu mangsa (SP4) pada 5.10.2014. Namun, telah bercerai pada 2.8.2022.
5
Sepanjang perkahwinan, SP3 tinggal bersama dengan OKT dan ibu kandung. SP3 merupakan anak SP4 dari perkahwinan yang terdahulu.
6
SP3 dalam keterangannya memberitahu sejak tinggal bersama OKT, OKT sering memeluk dan mencium mangsa secara berlebih-lebihan setiap kali ibunya tiada di rumah. OKT mengarahkan mangsa memeluk OKT apabila mereka keluar membonceng motorsikal.
7
SP3 mengganggap perbuatan tersebut adalah perkara biasa dalam hubungan ayah dan anak tiri sehinggalah SP3 bertanyakan kepada kawan dan diberitahu bahawa perbuatan tersebut bukanlah satu kebiasaan.
8
SP3 menyatakan OKT pernah meribanya semasa berada di ruang tamu rumah dan dapat merasakan kemaluan OKT yang keras pada bahagian belakangnya semasa OKT melakukan perbuatan tersebut. SP3 turut menceritakan bahawa semasa berumur 12 tahun, OKT ada menunjukkan video lucah kepadanya.
9
Pada hari kejadian, jam lebih kurang 4.30 petang, OKT telah mengambil SP3 dari sekolah dan terus balik ke rumah dimana hanya mereka berdua ada di rumah kerana ibunya (SP4) berada di Kuala Terengganu atas urusan kerja.
10
Semasa SP3 sedang tidur di dalam bilik, SP3 tersedar pintu bilik telah dibuka dan mendapati OKT telah masuk ke dalam biliknya.
11
SP3 merasakan OKT telah mengambil tangannya dan meletakkan di kemaluan OKT dan mengosok-gosok. OKT menggerakkan tangan SP3 sehingga keluar cecair berlendir dan melekat tangan
12
SP3 dapat melihat perbuatan OKT kerana SP3 ada membuka mata tanpa disedari oleh OKT. SP3 dapat melihat dengan jelas perbuatan OKT pada masa itu dimana SP3 memberitahu mahkamah dia berpura-pura tidur.
13
Setelah OKT keluar, SP3 pergi ke tandas untuk mencuci tangannya dan melihat OKT sedang berada di luar rumah untuk mengambil makanan dari perkhidmatan penghantaran makanan atas talian.
14
Perbuatan OKT ke atas SP3 telah diceritakan kepada ibunya (SP4) pada malam hari yang sama melalui aplikasi whatsapp. Transkrip perbualan di kemukakan sebagai exhibit Pl2.
15
Apabila SP4 pulang dari Kuala Terengganu, SP4 telah bertanyakan sekali lagi hal tersebut kepada SP3 dan SP3 menceritakan perkara yang sama kepada SP4.
16
Setelah berbincang, SP3 telah bersetuju untuk memaafkan OKT kerana risau tentang kehidupan yang perlu ditempuh oleh SP4 jika bukan lagi suami isteri.
17
Tetapi, insiden tersebut timbul semula pada Jun 2022 bila mana ibu saudara SP3 iaitu SP5 bertanyakan kepada SP3 kenapa jarang datang ke rumah datuknya di Ketereh. SP3 menceritakan bahawa OKT tidak membenarkan mangsa untuk selalu datang ke rumah datuknya di Ketereh.
18
SP3 menceritakan perbuatan OKT kepada ibu saudaranya (SP5) dan setelah insiden kejadian tersebut telah diketahui oleh ahli keluarga; mereka menasihatkan agar satu laporan polis dibuat. SP3 telah membuat laporan polis sebagaimana Kubang Kerian Repot: 4011/22(P8).
19
Di akhir kes pendakwaan, saya perlu menganalisa secara cermat semua keterangan saksi-saksi pendakwaan beserta eksibit-eksibit yang dikemukakan.
20
Seksyen 173 (h) (i) Kanun Tatacara Jenayah telah memberikan garis panduan yang harus dipatuhi di akhir kes pendakwaan seperti berikut; "The following procedure shall be observed by Magistrates in summary trials;
h
(i) if the Court finds that a prima facie case been made out against the accused on the offence charged, the Court shall call upon the accused to enter on his defence". Kes 'prima facie' bermaksud antara lain seperti berikut; "For the purpose for subparagraphs (i) and (ii), a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction. " Frasa "prima facie" turut disentuh oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ. Kes Looi Kow Chai & Anor (supra) telah dirujuk oleh kes di dalam kes Magendran Mohan v. PP [2011] 1 CLJ 805 yang menyatakan antara lain seperti berikut: "The test at the end of the prosecution's case is "prima facie case" based on a maximum evaluation of evidence. The evidence has to be scrutinized properly and not perfunctorily, cursorily or superficially. If the evaluation of the evidence results in doubts in the prosecution's case, then a prima facie case has not been made out. The defence ought not to be called merely to clear or clarify such doubts. " UNDANG-UNDANG BERKAITAN.
21
Dalam kes ini, OKT telah dituduh di bawah seksyen 14 (a) dan seksyen (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 menyatakan seperti berikut;
14
Amang seksual fizikal atas kanak-kanak Mana-mana orang yang, bagi maksud seksual-
a
menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak-kanak;
b
membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan orang itu atau bahagian badan mana-mana orang lain;
c
membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak itu sendiri; atau
d
melakukan apa-apa perbuatan lain yang melibatkan kontak fizikal dengan seseorang kanak-kanak tanpa persetubuhan, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat
22
Manakala seksyen 16(1) Akta sama memperuntukkan;
1
If a person who commits any offence under this Act or any offence specified in the Schedule against a child, is in a relationship of trust with the child, such person shall, in addition to the punishment to which he is liable for such offence, be punished with imprisonment for a term not exceeding five years and shall also be punished with whipping of not less than two strokes. INTIPATI PERTUDUHAN
23
Diakhir kes pendakwaan, intipati-intipati berikut perlu di buktikan dengan mengemukan bukti-bukti kredible dan boleh dipercayai; i. Mangsa adalah seorang kanak-kanak ii. OKT telah menyentuh atau melakukan kontak fizikal mana-mana bahagian badan kanak-kanak sebagaimana dalam pertuduhan. iii. Perbuatan sentuhan dibuat bagi maksud seksual. iv. OKT adalah seorang yang mempunyai hubungan amanah dengan mangsa (SP3). DAPATAN MAHKAMAH Intipati Pertama: Mangsa adalah seorang kanak-kanak 24. Pendakwa perlu membuktikan mangsa adalah seorang yang kanak-kanak berumur bawah 18 tahun yang menepati peruntukkan di dalam seksyen 2 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 antara lain menyatakan;
1
This Act shall apply to a child who is under the age of eighteen years and where this Act relates to any other written law, to a child of such age as specified in such written law.
25
Saya telah meneliti prosiding di mana SP3 telah dikemukakan sebagai saksi utama pendakwaan. Dalam kes ini prosiding di jalan secara tertutup kerana melibatkan saksi kanak-kanak sebagaimana kehendak akta.
26
SP3 telah memberi keterangan di mahkamah pada 14.7.2024 di mana beliau telah mengemukakan kad pengenalan sebelum mengangkat sumpah. Saya telah meneliti kad pengenalan SP3 dan mendapati SP3 dilahirkan pada 2/6/2008.
27
Saya bersetuju dengan hujahan Timbalan Pendakwa raya terpelajar bahawa mengemukakan kad pengenalan oleh mangsa semasa beliau mengangkat sumpah sudah memadai untuk membuktikan umur mangsa semasa kejadian.
28
Malahan, sijil lahir mangsa (P9) yang telah dikemukakan semasa perbicaraan.
29
Oleh itu saya memutuskan intipati ini telah dibuktikan oleh pihak pendakwaaan. Rujuk kepada Mohd Salleh MK Mohd Yusof v PP [2005} 2 CLJ 655 yang menyatakan bahawa pengemukaan kad pengenalan di mahkamah adalah mencukupi untuk mengenal pasti umur mangsa semasa kejadian. Intipati kedua OKT telah menyentuh atau melakukan kontak fizikal mana-mana bahagian badan kanak-kanak sebagaimana dalam pertuduhan.
27
Ini merupakan intipati utama perlu dibuktikan oleh pendakwa. Keterangan SP3 adalah sangat material dalam menentukan fakta dan intipati ini. SP3 telah memberi keterangan secara bersumpah di mana SP3 faham maksud sumpah yang diikrarkan untuk bercakap benar semasa memberi keterangan.
28
SP3 telah menceritakan dengan jelas, details dan panjang lebar kejadian dan perbuatan yang dilakukan oleh OKT. Semasa kejadian hanya OKT dan SP3 sahaja berada di rumah dan ini tidak dipertikaikan oleh pihak-pihak. Ibu kandung SP3 iaitu SP4 berada diluar daerah atas urusan kerja.
30
Semasa berada di rumah OKT telah mengambil kesempatan terhadap SP3 dengan melakukan perbuatan serangan seksual terhadap SP1.
31
Saya menerima keterangan SP3 yang menyatakan semasa kejadian, SP3 dapat melihat perbuatan OKT kerana SP3 sempat membuka matanya dan melihat sendiri OKT dalam keadaan tidak berbaju sedang memegang dan mengosokkan tangan SP3 ke kemaluan OKT sehingga keluar air berlendir.
32
Pada hemat saya tiada keraguan berkaitan dengan identiti pelaku kerana pada masa material hanya SP3 dan OKT sahaja yang berada di rumah tersebut pada masa itu.
33
Saya bersetuju dengan hujahan Timbalan Pendakwa Raya mengenai kebolehterimaan keterangan SP2 yang berumur 15 tahun 10 bulan yang dianggap sebagai kanak-kanak di bawah Akta dan keterangan boleh diterima di bawah peruntukan seksyen 17 dan 18 Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak. Saya tiada alasan yang kukuh untuk meragui keterangan SP3.
34
SP3 secara konsisten menyatakan OKT telah melakukan perbuatan sebagaimana dalam pertuduhan semasa berada dalam bilik dan tidak merelakan perbuatan tersebut.
35
Malahan kejadian yang menimpa SP3 telah diceritakan kepada ibunya iaitu SP4 pada malam hari kejadian. Ini dapat di buktikan tangkap layar (screen short) transkrip perbualan melalui aplikasi Whatsapp.
36
Saya ambil maklum keterangan SP4 adalah berpunca daripada maklumat yang diberikan oleh SP3, akan tetapi dapat menunjukkan perbuatan serangan seksual terhadap SP3 bukanlah sesuatu yang direka-reka. Malahan saya dapati SP3 menceritakan perkara yang sama kepada SP4 dalam perbualan tersebut.
37
Pada hemat saya walaupun tidak memenuhi kehendak suatu keterangan sokongan dalam kes ini ia dapat menguatkan lagi keterangan SP3 berkaitan kejadian serangan seksual tersebut.
38
Oleh itu, saya memutuskan bahawa keterangan SP3 adalah credible dan boleh diterima. Saya tidak mempunyai alasan kukuh atau keraguan yang munasabah untuk menolak keterangan SP3.
39
Saya memutuskan bahawa intipati ini dibuktikan dengan baik oleh pihak pendakwa. Intipati ketiga iii. Perbuatan sentuhan dibuat bagi maksud seksual.
40
Saya bersetuju dengan hujah Timbalan Pendakwaraya terpelajar, perbuatan tersebut adalah satu kesalahan amang seksual kanak-kanak di bawah seksyen 14(a) Akta 792. OKT telah dengan sengaja menyebabkan SP3 memegang kemaluannya sehingga keluar air mani.
41
OKT telah mengambil kesempatan terhadap SP3 yang sedang tidur dalam bilik keseorangan dan perbuatan itu jelas sekali dengan maksud seksual kerana tiada keadaan yang boleh mewajarkan OKT untuk membuat SP3 menyentuh alat sulit OKT.
42
Tindakan OKT semasa tiada orang lain, jelas menunjukkan bahawa OKT telah ada niat dan rancangan untuk mencabul kehormatan mangsa dan mengambil kesempatan ke atas SP3. Bahagian anggota badan yang disentuh merupakan bahagian alat sulit seorang lelaki.
43
Dalam kes Muhammad bin Juwahir @ Juhir lwn PP, Rayuan Jenayah No. JA-42JSKS-1-02/2024 di mana Hakim Abu Bakar bin Katar merujuk kepada kes Mohd Faiza Rizza Mohd Ropi lwn. PP [2023] CLJU 1182 yang menyatakan seperti berikut: [20] Setelah memahami hasrat penggubalan tersebut maka pada hemat Mahkamah, seksyen 14 digubal sedemikian rupa dengan tidak meletakkan keperluan untuk mens rea dijadikan sebagai elemen kesalahan adalah sesuatu yang sejajar dengan matlamat penggubalan Akta tersebut. Namun demikian, ia tidak akan menyebabkan Akta tersebut bercanggah atau tersasar dengan prinsip undang-undang jenayah yang termaklum. Ini adalah disebabkan terdapat huraian kedua di bawah seksyen 14 tersebut yang memerlukan Mahkamah meneliti keterangan-keterangan mempertimbangkan keadaan yang boleh menjadikan tindakan di bawah seksyen 14(a), (b), (c) dan (d) tersebut tergolong di dalam perbuatan yang bermaksud seksual. Ini adalah sebagai suatu jaminan kepada hak tertuduh bagi mengelakkan kekeliruan yang mungkin timbul apabila telah dibuktikan terdapatnya perbuatan di bawah seksyen 14(a),
b
(b), (c) dan (d) mahkamah masih perlu melihat sama ada perbuatan-perbuatan tersebut mempunyai maksud seksual. Ia juga dapat mencadangkan bahawa seksyen 14(a) ini bukannya suatu kesalahan liabiliti ketat "strict liability".
44
Pada hemat saya, perbuatan OKT itu adalah jelas satu perbuatan bagi maksud seksual untuk memuaskan nafsu OKT. Initipati keempat OKT adalah seorang yang mempunyai hubungan amanah dengan mangsa (SP3).
45
Fakta-fakta yang tidak dipertikaikan bahawa OKT telah berkahwin dengan ibu SP3 sejak 5/10/2014 dan mereka kemudiannya bercerai pada 2/8/2022.
46
Pendakwaan telah kemukakan Sijil Perakuan Nikah sebagai ekshibit P10 dan Sijil Perakuan Perceraian ekshibit P11.
47
Berdasarkan tarikh-tarikh diatas, saya bersetuju dengan hujahan Timbalan Pendakwaraya terpelajar bahawa pada masa kejadian pada 11.8.2020, OKT merupakan ayah tiri kepada mangsa.
48
Tidak diragui bahawa OKT merupakan ayah tiri kepada SP3 dan seorang yang mempunyai hubungan amanah terhadap SP3. Oleh itu, seksyen 16 Akta 792 adalah terpakai dan saya memutuskan OKT mempunyai hubungan amanah dengan SP3.
49
Saya mengambil alih kes ini setelah 2 orang saksi selesai memberi keterangan. Saya dapat meneliti video dan audio (RVT) semasa SP1 dan SP2 memberi keterangan. Saya telah mendengar sendiri keterangan mangsa (SP3) pada 14/7/2024.
50
Pada hemat saya penampilan dan gaya percakapan, gerak geri dan perlakuan mangsa semasa mangsa memberi keterangan adalah menyakinkan dan telah memberi keterangan secara jujur dan sebenar tentang apa yang berlaku terhadapnya.
51
Oleh itu, saya berpuas hati bahawa SP3 adalah saksi yang kredible dan keterangan yang diberikan adalah unusually convincing dan begitu menyakinkan, malahan fakta-fakta yang diberikan disokong oleh keterangan sokongan saksi-saksi lain. rujuk kes PP v. Mohamad Malek Ridhzuan Che Hassan [2013] 8
52
Penelitian kepada keterangan SP3, pada hemat saya keterangan SP3 ini boleh diterima masuk di bawah seksyen 17 dan 18 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan seperti yang berikut: Seksyen 18. Keterangan saksi kanak-kanak Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, mahkamah boleh mensabitkan orang itu bagi kesalahan itu berasaskan keterangan tanpa sokongan seseorang kanak-kanak, yang diberikan dengan sumpah atau selainnya."
53
Tidak ada terdapat sebab yang kukuh untuk membuat kesimpulan SP3 mereka-reka cerita mengenai perbuatan serangan seksual OKT atau mempunyai motif buruk terhadap OKT.
54
Setelah mempertimbangkan secara maksimum keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan, ekshibit-ekshibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan juga setelah meneliti dan menghalusi hujahan-hujahan pihak-pihak, Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan keterangan-keterangan yang berwibawa bagi membuktikan setiap elemen kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
55
Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie ke atas tertuduh sebagaimana pindaan.
56
Di peringkat pembelaan, tiga pilihan telah diberi dan diterangkan kepada OKT. OKT telah memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah daripada kandang saksi.
57
Pembelaan telah mengemukakan empat (3) saksi termasuk OKT. Saksi pembelaan antara lain pekerja (SD2) dan abang kandung OKT (SD3). semua saksi memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.
58
Saya perlu menilai keterangan pembelaan OKT dan saksi-saksi lain; adakah cukup dan memadai untuk menimbulkan satu keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan.
59
Saya juga perlu menimbangkan semula keseluruhan keterangan samada di peringkat kes pendakwaan sama ada konsisten dengan pembelaan yang telah dibangkitkan oleh OKT sepanjang kes pendakwaan.
60
Di peringkat ini, tugas OKT adalah mudah di mana perlu menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Definisi keraguan yang munasabah telah diterangkan dengan jelas dalam kes Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 ALL ER 372 di mana Hakim Denning telah menyatakan: "[The degree of cogency] ... need not reach certainty, but it must carry a high degree of probability. Proof beyond reasonable doubt does not mean proof beyond the shadow of a doubt. The law would fail to protect the community if it admitted fanciful possibilities to deflect the course of justice. If the evidence is so strong against a man as to leave only a remote possibility in his favour which can be dismissed with the sentence 'of course it is possible, but not in the least probable', the case is proved beyond reasonable doubt, but nothing short of that will suffice." (rujuk kes PP v. Saimin & Ors [1971] CLJU 115).
61
Saya selalu mengingatkan diri dengan merujuk kes Mat v PP
1963
1 LNS 82 semasa menilai pembelaan OKT seperti digariskan dibawah: The correct law to Magistrate to apply is as follows. If you accept the explanation given by or on behalf of the accused, you must of course acquit. But this does not entitle you to convict if you do believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt, as the onus a proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed satisfy the onus of proof which lies upon it" The position may be conveniently stated as follows:
a
If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused's guilt convict
b
If you accept or believe the accused's explanation. Acquit.
c
If you do not accept or believe the ccused's explanation. Do not convict but consider the next steps below.
d
If you do not accept or believe the accused's explanation and that explanation does not raised in your mind a reasonable doubt as to his guilt. convict
e
If you do not accept or believe the accused's explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt. Acquit
62
Saya merujuk kepada kes Gunalan Ramachandran & Ors v. PP [2006] 1 CLJ 857, Arifin Zakaria HMP menyatakan seperti berikut: In our criminal law at the close of the defence case what the court needs to decide is whether the defence had succeeded to raise any reasonable doubt on the prosecution case. If the answer is in the positive then the accused person is without more entitled to his acquittal. It has to be remembered always that at no time, except in special circumstances, the burden of proof is cast on the defence: the burden rest all throughout on the prosecution to prove its case beyond any reasonable doubt. (See Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311). The issue here is whether the accused had in the circumstances raised a reasonable doubt on the prosecution case. PEMBELAAN OKT
63
Peguambela terpelajar berhujah, pembelaan bersandarkan keterangan alibi bahawa pada masa kejadian OKT tidak berada ditempat kejadian. Keterangan OKT dan saksi-saksi pembelaan yang lain boleh diterima di bawah seksyan 402A Kanun Tatacara Jenayah.
64
Keterangan OKT adalah konsisten dan disokong oleh keterangan SD2 dan SD3 seterusnya di sokong dengan dokumen-dokomen pemilikan syarikat OKT.
65
Keterangan SD2 antara lain menyatakan OKT berada bersamanya di kedai cuci kereta pada hari kejadian, manakala SD3 iaitu abang kepada OKT menyatakan pada hari kejadian dia ada bercakap melalui telefon berkaitan dengan urusan jual beli kenderaan dengan OKT meskipun dia berada di Kuantan, Pahang.
66
Oleh itu, wujud keraguan berkaitan dengan keberadaan OKT semasa melakukan serangan seksual seperti dalam pertuduhan.
67
Timbalan Pendakwaraya terpelajar berhujah bahawa pembelaan alibi yang dikemukakan oleh OKT adalah suatu pembelaan yang direka semata-mata untuk melepaskan OKT dari pertuduhan.
68
Ini dapat dilihat dengan jelas dari tindakan OKT yang gagal untuk mengemukakan keterangan alibi ini pada peringkat awal siasatan kes.
69
OKT dalam kes ini telah ditangkap polis pada 14.8.2022 dan telah memberi keterangan di bawah seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah pada 16.8.2022, namun tidak sekalipun pada peringkat siasatan OKT ada memberikan maklumat keterangan alibi serta saksi saksi alibinya kepada Pegawai Penyiasat (SP6).
70
OKT kemudiannya dituduh di Mahkamah yang mulia ini pada 25.9.2023 dan sepanjang perbicaraan diwakili oleh peguam. Bahkan peguam OKT ada menghantar suatu representasi kepada pihak pendakwaan pada Disember 2023.
71
Sebaliknya, pembelaan memilih untuk menyerahkan notis alibi di bawah seksyen 402A kepada pihak pendakwaan pada 27.2.2024 iaitu pada hari kes ditetapkan untuk perbicaraan.
72
Pendakwaan dengan rendah diri menghujahkan fakta bahawa pembelaan mengambil tempoh 18 bulan dari tarikh tangkapannya untuk mengemukakan maklumat keterangan alibi adalah suatu indikasi kuat bahawa keterangan tersebut adalah rekaan.
73
Meskipun undangundang tatacara jenayah tidak memperuntukkan masa untuk seseorang tertuduh mengemukakan notis alibi, kegagalan untuk memberikan maklumat keterangan alibi pada peluang terawal (earliest possible opportunity) akan menimbulkan keraguan pada kesahihan keterangan tersebut.
74
Setelah meneliti hujahan pihak-pihak, saya mengambil pendekatan untuk menilai keterangan saksi-saksi pembelaan samada bermerit atau sebalik.
75
Saya dapati SD2 telah mengakui bahawa beliau dihubungi oleh OKT untuk tujuan memberi keterangan di Mahkamah. SD2 pada bila-bila masa tidak pernah memberi keterangan kepada pihak polis. SD2 mengakui bahawa hanya memberi keterangan berdasarkan penceritaan OKT kepadanya.
76
SD2 jelas tidak dapat menentusahkan OKT pada setiap masa meterial berada bersamanya pada hari kejadian. Adalah rutin harian OKT untuk keluar mengambil dan menghantar anak tiri SP3 dari sekolah balik ke rumah.
77
Setelah meneliti keterangan SD2, saya bersetuju dengan hujahan timbalan pandakwa raya, SD2 hanya mengingati perbualan antara OKT yang menjadi intipati kes pembelaan tetapi gagal untuk mengingati hal-hal lain pada hari kejadian. Pada hemat saya adalah jelas SD2 telah dipengaruhi oleh OKT, malahan SD2 gagal memperincikan keberadaan OKT sepanjang hari tersebut.
78
Manakala keterangan SD3, pada hemat saya tidak langsung membuktikan pembelaan alibi OKT. SD3 hanya bercakap melalui telefon sahaja dengan OKT pada hari kejadian dan tidak bersama OKT sepanjang masa.
79
Saya setuju dengan hujahan TPR, fakta ini langsung tidak membuktikan bahawa OKT tidak berada di tempat kejadian pada masa kejadian kerana perbualan telefon tersebut boleh berlaku semasa OKT berada di rumahnya.
80
Oleh itu, saya memutuskan asas pembelaan OKT ini adalah tidak kukuh dan tidak bermerit ‘credible’. Malah pembelaan seperti yang dibangkitkan oleh OKT jauh sekali mampu mencabar keterangan SP3 yang lebih kukuh dan meyakinkan. rujuk kes Sidek Bin Ludan [1995] CLJU 219: - "The defence was one of alibi. The appellant testified that he was elsewhere and not at the places mentioned in both the charges and, therefore, he had no opportunity to commit rape. Several witnesses were called to support his defence of alibi. Once again, the trial court proceeded with care in dealing with the defence of alibi put up by the appellant. That Rosnah was not in the rented house to oversee her two infant daughters on a daily basis was rightly considered. Evidence was led to show the fallowing salient points: Rosnah held a full time job in a factory and she left her two infant daughters in the rented house every day; her two infant daughters testified that they used to spend time at the appellant's house and that the appellant too used to visit their rented house; the proximity between the appellant's house with that of Rosnah; and, lastly, it was the appellant that invited Rosnah to rent his (the appellant's) house.
81
Berdasarkan alasan-alasan yang tersebut di atas dan setelah meneliti dan menilai kembali keseluruhan keterangan di peringkat kes Pendakwaan dan Pembelaan secara penilaian maksima dan setelah merujuk kepada prinsip di dalam kes MAT v. PP (supra) yang tersebut di atas, Mahkamah memutuskan di akhir kes Pembelaan ini bahawa OKT telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan.
82
Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwa telah berjaya untuk membuktikan pertuduhan terhadap OKT di bawah Seksyen 14(a) dibacakan bersama dengan seksyen 16 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 melampaui keraguan yang munasabah. Justeru, OKT adalah didapati bersalah dan disabitkan dengan atas pertuduhan.
83
Saya telah mendengar rayuan dari peguambela OKT dan rayuan balas daripada pihak pendakwaan. Saya mengambil kira bahawa kes ini telah didengar secara perbicaraan penuh dan telah melibatkan saksi-saksi dan telah mengambil masa yang panjang.
84
Dengan mengambil kira kepentingan awam dan keseriusan kesalahan jenayah seksual yang dilakukan terhadap kanak-kanak yang semakin meningkat mutakhir ini, jelas, perbuatan OKT telah mendatangkan trauma kepada mangsa. Satu hukuman yang setimpal perlulah dijatuhkan kepada OKT agar menjadi pengajaran kepada dirinya dan masyarakat umum.
85
Saya bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa OKT telah mengambil kesempatan apabila terdapat ruang dan peluang berbuat demikian.
86
Perbuatan yang menyebab sentuhan anggota sulit OKT adalah sangat sensitif dan privasi bagi seorang wanita terutamanya kanak-kanak, malahan telah memberi kesan mendalam kepada SP3 lebih lebih lagi perbuatan dari orang yang dipercayai.
87
OKT sepatutnya melindungi SP3 yang merupakan anak tirinya dan bukannya mengambil kesempatan semasa ketiadaan isteri OKT di rumah.
88
Seksyen 14(a) AKSTKK 2017 menetapkan bahawa hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen tersebut adalah pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun, dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat dan tambahan hukuman di bawah sekyen 16 Akta yang sama.
89
Di samping itu, Seksyen 26(1) AKSTKK 2017 memberi kuasa kepada Mahkamah, sebagai tambahan kepada hukuman di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, memerintahkan suatu tempoh kaunseling pemulihan terhadap orang yang disabitkan atas kesalahan itu dalam tempoh hukuman.
90
Selain itu, Seksyen 27(1) AKSTKK 2017 memperuntukkan bahawa apabila seseorang disabitkan atas mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, Mahkamah hendaklah mengarahkan supaya orang yang disabitkan itu diletakkan di bawah pengawasan polis bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada tiga tahun bermula sebaik selepas habis tempoh hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.
91
Berdasarkan faktor-faktor pemberatan dan peringanan, maka saya menjatuhkan hukuman seperti berikut: i. penjara selama 5 tahun di bawah Seksyen 14 dan Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak 2017. ii. tambahan penjara selama 2 tahun dengan 2 kali sebatan di bawah Seksyen 16 Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak 2017. iii. hukuman berkuat kuasa dari tarikh sabitan (27.08.2025). iv. hendaklah menjalani kaunseling pemulihan selama ditahan di dalam penjara di bawah Seksyen 26 Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak 2017. v. pengawasan polis selama di bawah Seksyen 27 setelah dibebaskan.
92
Secara kesimpulan, berdasarkan kepada alasan-alasan yang diberikan sebelum ini saya yakin dan percaya bahawa sabitan terhadap OKT adalah selamat dan hukuman yang dijatuhkan juga dalam ruang lingkup yang dibenarkan serta wajar. Bertarikh 22hb Oktober 2025 (ZULKIFLI BIN ABLLAH) HAKIM MAHKAMAH SESYEN KOTA BHARU KELANTAN DARUL NAIM Pihak Perayu: Tetuan Zameri & Associates Peguambela & Peguamcara No. 364, Tingkat 1, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan Bagi pihak Responden: Jabatan Peguam Negara Cawangan Pendakwaan Kelantan Tingkat 3 Bangunan H-Elite Design Hotel, AG-3-03-06 Al-Waqf@Tunjong, Jalan Kuala Krai 16010 Kota Bharu Kelantan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.