Pertuduhan terhadap tertuduh adalah seperti berikut: Kes No. DJ-62JSK-2-01/2023: "Bahawa kamu sekitar Disember 2022, dalam bilik stor, Asrama Maahad Tahfiz Darul Mawaddah, Lot 112, Kampung Galok, Chetok, di dalam daerah Pasir Mas, dalam negeri Kelantan telah merogol seorang perempuan bernama Farah Syakira Binti Mohd Ziri (No. K/P: 081228-03-0976) dan telah dilakukan dalam kehadiran orang lain iaitu Fatin Nadia Binti Mohd Ziri (No. K/P: 070605-03- 0266), oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 376 (2) (c) Kanun Keseksaan [Akta 574] dan boleh dihukum dibawah seksyen 376 (2) Akta yang sama." Kes No. DJ-62JSK-29-08/2023: "Bahawa kamu sekitar Disember 2022, dalam bilik stor, Asrama Maahad Tahfiz Darul Mawaddah, Lot 112, Kampung Galok, Chetok, di dalam daerah Pasir Mas, dalam negeri Kelantan, telah melakukan amang seksual fizikal keatas kanak-kanak perempuan bernama Fatin Nadia Binti Mohd Ziri (No. K/P: 070605-03-0266) berumur 15 tahun 5 bulan dengan memegang payudara mangsa, yang mana kamu mempunyai hubungan amanah dengan kanak-kanak itu, oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah seksyen 14