OKT, Mohd Haziman bin Hikamarhakimi (selepas ini dirujuk sebagai "OKT”) telah dituduh dengan dua (2) pertuduhan antara lain: S/N pnVFcP5PzkAv1mP4bwOw Pertuduhan Pertama Bahawa kamu pada 12 Mac 2024 jam lebih kurang 11.00 malam, di sebuah rumah Lot 365, Jalan Long Yunus, Kampung Tanjung Chat, dalam daerah Kota Bharu, dalam Negeri Kelantan, didapati memiliki senjata api: i) jenis pistol Beretta Patented Gardone V.T made in Italy; dan ii) jenis revolver 357 Magnum Cartridge Colt's PT FA MFG CO Hartford Conn USA, nombor siri V16140 dengan menyalahi undang-undang dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 [Akta 37]. Pertuduhan Kedua Bahawa kamu pada 12 Mac 2024 lebih kurang 11.00 malam, di sebuah rumah Lot 365, Jalan Long Yunus, Kampung Tanjung Chat, Dalam Daerah Kota Bharu, Dalam Negeri Kelantan didapati ada dalam milikan kamu: i) 24 butir amunisi 9 MM Luger A USA; ii) 9 butir amunisi 9 MM Luger NRC; iii) 5 butir amunisi 9 MM Thai Arms; iv) 18 butir amunisi 357 Mag Ap; S/N pnVFcP5PzkAv1mP4bwOw v) 1 butir amunisi 357 Mag A USA; dan vi) 1 butir amunisi 9 MM Luger PMC tanpa lesen yang sah dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 [Akta 206] boleh dihukum dibawah seksyen 8 Akta yang sama.