Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN GUA MUSANG DI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES JENAYAH NO: DI-62JSK-7-04/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMAD IDAHAM BIN ROSLI (NO. KP: 060131030029) ALASAN PENGHAKIMAN
DI-62JSK-7-04/2024
Sessions Court of Malaysia22 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(d) deal with the offender in the manner provided by the Child Act 2001 [Act 611]; or”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN GUA MUSANG DI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES JENAYAH NO: DI-62JSK-7-04/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMAD IDAHAM BIN ROSLI (NO. KP: 060131030029) ALASAN PENGHAKIMAN
1
OKT telah dituduh di bawah Seksyen Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan sebagaimana berikut:- PERTUDUHAN PINDAAN Bahawa kamu pada 21/4/2024 jam lebih kurang antara 3.30 pagi sehingga 7.00 pagi, bertempat di dalam sebuah Rumah Kongsi Tanpa Nombor, Kilang Papan Kawan Setia, di dalam jajahan Gua Musang, di dalam negeri Kelantan, telah merogol Nurul Ain Nasuha Binti Zul Habaha (No. K/P: 100818-03-0504), berumur 13 tahun 8 bulan, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan HUKUMAN Penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat
2
Pihak pembelaan dengan rendah diri memohon budi bicara Mahkamah Yang Mulia ini untuk menggunapakai budi bicaranya di bawah seksyen 293(1)(b) Kanun Tatacara Jenayah untuk satu perintah bon berkelakuan baik dapat diberikan kepada tertuduh yang merupakan pesalah muda yang baru berusia 19 tahun semasa kejadian.
3
OKT dan mangsa merupakan pasangan kekasih dan telah berkenanan melalui Whasap pada awal tahun 2024.
4
Pada 21.4.2024 jam lebih kurang 1.50 Tertuduh datang mengambil Mangsa di persimpangan hadapan rumah Mangsa beralamat di No 11 Taman Sultan Ismail Petra, Gua Musang dengan menaiki sebuah motosikal jenis Modenas Kriss berwarna kelabu campur.
5
Pada jam 3.30 pagi, OKT telah mengajak mangsa untuk balik ke rumah kongsinya di rumah kongsi tanpa nombor, Kilang Papan Kawan Setia, Gua Musang atas alasan OKT bekerja pada keesokan hari. Setelah sampai di rumah kongsi, Mangsa dapati keadaan persekitaran adalah sunyi. OKT kemudiannya telah mengajak Mangsa untuk masuk ke dalam rumah kongsi. Setelah Mangsa masuk ke dalam rumah, Mangsa dapati tiada orang lain berada di dalam rumah itu.
6
Mangsa dan OKT terus masuk ke dalam bilik tidur OKT. Mangsa dan OKT telah berbual selama 5 minit di dalam bilik tidur tersebut. Keadaan di dalam bilik tidur tersebut adalah terang dan berlampu
7
OKT telah menyuruh Mangsa untuk menanggalkan pakaian Mangsa namun Mangsa enggan berbuat sedemikian. OKT terus mendesak Mangsa untuk menanggalkan pakaian. Akhirnya mangsa telah menanggalkan baju dan baju dalam dan meletakkan di bawah katil. Mangsa turut melihat OKT telah menanggalkan baju dan seluar yang dipakai oleh OKT dan berada dalam keadaan berbogel. OKT telah turun daripada katil dan mula menanggalkan seluar dan seluar dalam yang dipakai oleh Mangsa.
8
Apabila OKT selesai menanggalkan seluar dan seluar dalam Mangsa, OKT telah duduk di kaki Mangsa dan telah mengangkangkan kaki Mangsa. OKT telah bertindak menyentuh dan meramas kedua-dua belah payudara Mangsa.
9
OKT kemudiannya telah memasukkan zakar beliau ke dalam kemaluan Mangsa. Pada waktu itu, kemaluan Mangsa tidak basah dan Mangsa berasa sakit. OKT telah menghenjut Mangsa selama lebih kurang sejam dan OKT berkata kepada Mangsa bahawa beliau ingin memancutkan air mani. OKT telah mengeluarkan zakar beliau dari kemaluan Mangsa dan telah memancutkan air mani di atas perut Mangsa. Selepas itu, OKT telah mengambil sehelai tuala berwarna biru dan telah mengelap air maninya.
10
Selepas itu, Mangsa dan OKT telah tidur bersama di atas katil OKT sehingga waktu pagi. Pada jam 7.00 pagi, Mangsa telah terbangun dari tidur dan mengejutkan OKT. OKT telah bangun dari tidur dan telah pergi keluar untuk bekerja. Rentetan kejadian ini, Mangsa telah tinggal di rumah kongsi OKT sehingga 22/4/2024.
11
Pada 22/4/2024, jam lebih kurang 11.40 pagi, Mangsa telah menghubungi ibu saudaranya iaitu Manura Binti Abdul Rahman (No. K/P: 820605-03-5462) untuk mengambilnya di rumah kongsi tersebut. Setelah mendapat pesanan whatsapp daripada Mangsa, ibu saudara Mangsa telah datang mengambil Mangsa dan melihat Mangsa sedang menunggu di tepi jalan seorang diri.
12
Ibu saudara Mangsa dan mengambil Mangsa dan membawa Mangsa pulang ke rumahnya di Perumahan Banjir Batu Papan 2, Gua Musang. Sampai di rumah, Mangsa telah bercerita kepada ibu saudaranya bahawa beliau telah dirogol oleh OKT.
13
Pada 22/4/2024 jam lebih kurang 2.31 petang, Mangsa telah membuat laporan polis sebagaimana Gua Musang 2725/24.
14
Pada 22/4/2024 jam lebih kurang 3.30 petang, Inspektor Alvin Hong Phing Yean bersama-sama anggota JSJ IPD Gua Musang telah menangkap OKTdi sebuah rumah kongsi tanpa nombor, Kilang Papan Kawan Setia, Gua Musang. Laporan Polis tangkapan adalah sebagaimana Gua Musang/2730/24.
15
Mangsa telah dirujuk ke Hospital Gua Musang untuk pemeriksaan. Hasil pemeriksaan Pegawai Perubatan mendapati terdapat kesan koyakan baru pada hymen Mangsa pada kedudukan jam 3, 6, 9 dan 12.
16
Hasil siasatan mendapati OKT telah merogol Mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak berumur 13 tahun 8 bulan ketika kejadian. Maka Tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.
17
Pada 30 April 2024 OKT telah dituduh di Mahkamah Sesyen Gua Musang dibawah Sekyen 376(1) Kanun Keseksaan. Setelah beberapa siri rentetan sebutan pengurusan kes dan juga representasi OKT akhirnya pada 22 Oktober 2025 OKT telah membuat pengakuan bersalah.
18
Mahkamah setelah berpuashati dengan permohonan pihak pembelaan bagi mahkamah ini menggunapakai budibicara dibawah Seksyen 293(1)(b) Kanun Tatacara Jenayah telah membenarkan untuk suatu perintah bon berkelakuan baik terhadap OKT yang merupakan pesalah muda untuk tempoh 2 tahun dan dengan seorang penjamin beserta cagaran RM 8,000 dibaca Bersama sekyen 294 Kanun Tatacara Jenayah.
19
Pihak pendakwaan yang tidak berpuashati dengan keputusan tersebut telah menfailkan satu rayuan pada 2 November 2025 ke atas keputuan yang diberikan.
20
Dalam konteks Akta Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593), pesalah muda ditakrifkan sebagai seseorang yang telah disabitkan atas kesalahan yang boleh dihukum denda atau penjara, dan berusia 18 tahun sehingga 21 tahun. Ini bermaksud, individu yang melakukan kesalahan jenayah dan memenuhi kriteria umur tersebut akan dianggap sebagai pesalah muda di bawah undang-undang ini. Youthful offenders 293 (1) When any youthful offender is convicted before any Criminal Court of any offence punishable by fine or imprisonment, the Court may, instead of awarding any term of imprisonment in default of payment of the fine or passing a sentence of imprisonment―
a
order the offender to be discharged after due admonition if the Court shall think fit;
b
order the offender to be delivered to his parent or to his guardian or nearest adult relative or to such other person as the Court shall designate on such parent, guardian, relative or other person executing a bond with or without surety or sureties, as the Court may require, that he will be responsible for the good behaviour of the offender for any period not exceeding twelve months or without requiring any person to enter into any bond make an order in respect of the offender ordering him to be of good behaviour for any period not exceeding two years and containing any directions to that offender in the nature of the conditions referred to in paragraphs 294A(a), (b) and (c) which the Court shall think fit to give;
c
order the offender, if a male, to be whipped with not more than ten strokes of a light cane or rattan within the Court premises and in the presence, if he desires to be present, of the parent or guardian of that offender;
d
deal with the offender in the manner provided by the
e
(i) to make an order requiring the offender to perform community service, not exceeding 240 hours in aggregate, of such nature and at such time and place and subject to such conditions as may be specified by the Court;
II
(ii) in this paragraph, “community service” means any work, service or course of instruction for the betterment of the public at large and includes, any work performed which involves payment to the prison or local authority; and
III
(iii) the community service under this paragraph shall be under the Minister charged with the responsibility for women, family and community.
2
(Deleted by Act A1274).
3
When any order has been made under paragraph (1)(b) and the Court has reason to believe that the behaviour of the offender during the period specified in the order is not good or that the offender has not complied with any direction included in the order the Court may issue a notice addressed to the offender and to the parent, guardian, relative or other person to whom the offender has been delivered or under whose supervision the offender has been ordered to remain to show cause why that offender should not be dealt with under paragraph (1)(d) and if cause is not shown to the satisfaction of the Court, the Court may cancel the order made under the said paragraph (1)(b) and substitute for it as from the date of the cancellation an order under the Child Act 2001, and may if necessary issue a warrant for the apprehension of that offender so that effect may be given to the order. C. PRINSIP UNDANG-UNDANG DI BAWAH SEKSYEN 294 KTJ
21
Seksyen 294(1) Kanun tatacara Jenayah yang memperuntukkan sebagaimana berikut:- . “When any person has been convicted of any offence before any Court if it appears to the Court that regard being had to the character, antecedents, age, health or mental condition of the offender or to the trivial nature of the offence or to any extenuating circumstances under which the offence was committed it is expedient that the offender be released on probation of good conduct, the Court may, instead of sentencing him at once to any punishment, direct that he be released on his entering into a bond with or without sureties and during such period as the Court may direct to appear and receive judgment if and when called upon and in the meantime to keep the peace and be of good behaviour.”
22
Bon Kelakuan Baik ini bukanlah satu hukuman yang ringan sebaliknya ia adalah suatu hukuman yang tertangguh kerana sekiranya Bon Kelakuan Baik ini dilanggar oleh OKT, maka Mahkamah boleh menjatuhkan hukuman mengikut peruntukan hukuman yang asal. Hal ini adalah berdasarkan kepada peruntukan seterusnya di bawah KTJ sebagaimana berikut:- “(3) If a Court having power to deal with the offender in respect of his original offence, or any Court of summary jurisdiction, is satisfied by information on oath that the offender has failed to observe any of the conditions of his bond, it may issue a warrant for his apprehension.
4
Any offender when apprehended on any such warrant shall, if not immediately brought before the Court having power to sentence him, be brought before a Magistrate, and the Magistrate may either remand him by warrant until the time at which he is required by his bond to appear for judgment or until the sitting of a Court having power to deal with his original offence, or 1may admit him to bail with a sufficient surety conditioned on his appearing for judgment.
5
The offender, when so remanded, may be committed to prison and the warrant of remand shall order that he be brought before the Court before which he was bound to appear for judgment or to answer as to his conduct since his release.”
23
Dalam kes PP v Kandasamy Muniandy [2005] 2 CLJ 201 Mahkamah juga telah menyatakan seperti berikut: “Majistret yang berkenaan juga telah mengambil kira isu kepentingan awam dan telah menjelaskan bahawa kepentingan awam masih terjaga kerana dalam tempoh penentang berada di bawah perintah supaya berkelakuan baik itu, iaitu tempoh tiga tahun, penentang perlu sentiasa berwaspada daripada melakukan sebarang kegiatan jenayah. Jika tidak, bukan saja dia akan dihadapkan ke mahkamah untuk dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahannya itu di bawah seksyen 411 Kanun Keseksaan, wang jaminan juga akan dilucuthakkan.” D. ISU SAMA ADA BON BERKELAKUAN BAIK BOLEH DIBERIKAN DI MANA HUKUMAN PENJARA ADALAH
24
OKT telah dipertuduhkan dengan kesalahan yang dihukum dibawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara adalah mandatori tidak melebihi 20 tahun dan juga sebatan.
25
Bagi menjawab isu ini sebagaimana di dalam kes Winston Rajah v PP [1999] 1 CLJ 315 di mana Yang Arif Richard Malanjum telah menyatakan di dalam penghakimannya bahawa: “The existence of a minimum sentence does not deprive this Court from exercising its discretion under section 294 of the CPC.”
26
Manakala di dalam kes PP v Bahar Bin Abu [2007] 4 CLJ 604 pula telah dinyatakan seperti berikut: “The words “punishable by imprisonment” found in section 294 CPC indicate that it is applicable to offences that “can” be punished by imprisonment. Both a mandatory and an optional imposition of a sentence of imprisonment are instances where a court “can” punish by imprisonment. It would therefore follow that the court has a discretion to utilize the section even where the sentence prescribed is a mandatory term of imprisonment. If the circumstances of the offence are “inappropriate” for the application of section 294 CPC the court can decline to exercise its discretion to use the section (See Teh Ah Cheng v. PP [1976] 1 LNS 116 ; [1976] 2 MLJ 186).”
27
Merujuk kepada kes PP v Bahar Bin Abu [supra] seperti di atas di mana Mahkamah Tinggi telah mengesahkan Bon Kelakuan Baik yang telah diberikan oleh Majistret sebelum ini, di mana Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman telah memutuskan seperti berikut: “The authorities have established that the words “shall be punished with imprisonment” is mandatory in nature. However, notwithstanding the mandatory nature of the provision of imprisonment provided under s. 411 PC, it is open to the magistrate to deal with the offender under s. 294 CPC. “
28
Berdasarkan prinsip undang-undang di atas, adalah jelas bahawa Mahkamah Yang Mulia ini mempunyai budi bicara untuk memberikan hukuman Bon Kelakuan Baik bagi kes kes yang hukumannya adalah mandatori penjara. E. PENGGUNAAN UNDANG-UNDANG DI BAWAH SEKSYEN 294 KTJ OLEH MAHKAMAH TERUTAMANYA BAGI KES
29
Ia bukanlah suatu yang asing di mana seorang yang dituduh di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan diberikan Perintah bon kelakuan baik. Mahkamah Tinggi dan juga Mahkamah Rayuan telah dalam beberapa kes memutuskan bahawa Majistret mempunyai budi bicara untuk memberikan Perintah Bon Berkelakuan Baik di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah dan mengekalkan hukuman tersebut.
30
Merujuk kes Nor Afizal bin Azizan v Public Prosecutor [2012] 6 MLJ 171 dimana Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan mengenakan Bon Kelakuan Baik yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen bagi pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga 20 tahun dan sebatan, dengan menyatakan ; “. The order under s.294 did not exonerate person of the offence which he had committed. He was convicted of the offence and this would be recorded and would form part of the person’s criminal records and would remain there for the rest of his life”.
31
Merujuk kes PP v Muhammad Fadzil Mohd Amin [2019] 1 LNS 2127 di mana OKT dalam kes tersebut telah diperintahkan menjalani Bon Kelakuan Baik di bawah Seksyen 294 KTJ. Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut: “In this appeal, the respondent had mitigated that he was remorseful of his actions and determined to start anew and started off by securing himself the job as a dispatch with a private company to support his family of two young children. The respondent further pleaded not to be sent to prison. The respondent had pleaded guilty to the first, third and fourth charges earlier. This Court agrees with the decision of the learned magistrate in exercising her discretion in not sentencing the respondent to prison but instead subjected the respondent to an order of good behavior bond under section 294 of the CPC. This Court in agreeing with the learned magistrate, further opines that remorse is itself a “sentence” on the respondent. Further, it will not be too far off to construe that when overwhelmed by remorse and penitence, those feeling of guilt and mental turmoil of being convicted by a crime, can themselves be construed as adequate and appropriate sentence on the respondent.”. F. ALASAN / RAYUAN MITIGASI OKT UNTUK BON KELAKUAN
32
Melihat kepada fakta kes bagi kesalahan seksyen 37691) Kanun Keseksaan yang dipertuduhkan dalam kes ini, mahkamah ini berpandangan adalah wajar bagi mahkamah ini menggunakan budi bicara agar satu bon kelakuan baik dibawah Seksyen seksyen 293(1)(b) dan dibaca bersama seksyen 294 KTJ.
33
Mahkamah Yang Mulia ini setelah menerima pengakuan salah OKT, dan menilai rayuan mitigasi untuk OKT diberikan hukuman Bon Kelakuan Baik sebagaimana alasan-alasan seperti berikut:- i) Berdasarkan fakta kes, sewaktu kejadian OKT masih lagi berusia 19 tahun sewaktu kejadian berlaku. Kejadian berlaku dalam bilik di rumah kongsi OKT dan kejadian berlaku bilik OKT tanpa unsur kekerasan antara mangsa dan OKT. Mangsa sendiri dengan kerelaan mengikut OKT ke rumah kongsi OKT dan tanpa paksaan terus masuk ke bilik tidur OKT . ii) Walaupun OKT mendesak supaya mangsa untuk membuka pakaian, OKT tidak membuka pakaian mangsa, sebaliknaya mangsa sendiri membuka pakaian mangsa dan selepas OKT melihat mangsa membuka pakaian barulah OKT bertindak dan menghampiri mangsa sehingg berlku perkara yang tidak diingini tersebut ii) Tindakan mangsa tidur Bersama selepas hubungan tersebut berlaku menunjukkan ianya lebih kepada persetujuan antara kedua dua pihak dan mahkamah melihat kepada kes suka sama suka. Dan mereka berdua bangun keesokkan pagi setelah mangsa mengejutkan OKT untuk pergi bekerja. iii) Bon berkelakuan baik dibawah Seksyen 294 KTJ bukanlah satu bentuk hukuman yang ringan kerana ia masih mewajibkan sabitan kesalahan direkodkan oleh Mahkamah dan OKT akan memegang rekod tersebut sepanjang hidupnya, iv) Selain itu, Bon berkelakuan baik juga adalah merupakan suatu bentuk hukuman yang tertangguh yang mana dalam tempoh tersebut yang mana jika Bon berkelakuan baik diberikan kepada OKT, beliau wajib berkelakuan baik dan tidak terlibat dalam sebarang jenayah. Bukan itu sahaja, pergerakan OKT juga menjadi terhalang dan terkawal untuk sesuatu tempoh yang diberikan oleh Mahkamah. v) Pengakuan salah OKT dibuat walaupun bukan diperingkat awal tetapi sebelum perbicaraan bermula. Mahkamah Yang Mulia ini untuk melihat bahawa pengakuan salah ini adalah sebagai tanda penginsafan daripada OKT sendiri. OKT telah dengan rela hati telah mengaku salah, dan pengakuan salah OKT pada peringkat ini telah menjimatkan masa dan kos semua pihak. Masa yang telah dijimatkan ini boleh digunakan oleh Mahkamah yang mulia ini untuk mendengar kes-kes lain yang lain. vi) Dengan mengambil kira usia OKT yang masih muda seharusnya melayakkan peluang kedua untuk meneruskan hidup dan hukuman berbentuk bon ini sekurangnya akan memberikan kesempatan OKT untuk berubah atas kesalahan pertama diwaktu usia pesalah muda ini. Rujuk PP v Lee Lai Choi [2009] 1 CLJ di nyatakan: “Kepentingan awam bukanlah hanya menuntut seorang tertuduh itu dipenjarakan. Sekiranya tertuduh boleh berubah tanpa dipenjarakan, ini juga boleh dianggap sebagai mengambilkira kepentingan awam. “ vii) Di dalam Amit Budin v Public Prosecutor [1994] 1 LNS 8 diputuskan:- “I am of the view that the object of turning the appellant into a good citizen can be better achieved by not sending him to prison.” viii) Mahkamah yang Mulia ini juga mengaplikasikan prinsip “justice must be tempered with mercy” di mana sesuatu bentuk hukuman tidak hanya perlu berbentuk untuk menghukum tetapi perlu juga mempunyai unsur untuk memulihkan atau rehabilitasi. ix) Tujuan hukuman perlu juga dengan objektif untuk OKT menjadi insan yang lebih baik yang boleh menyumbang kepada masyarakat oleh itu prinsip “deterrent” semata tidak sepatutnya menjadi satu-satunya pertimbangan dalam menjatuhkan hukuman sebagaimana di dalam kes PP v Rashid Ramli [2019] 1 LNS 919 seperti berikut:- “Public interest therefore not only should reflect the abhorrence of the society against the crime by the imposition of elements of retribution and deterrence in the sentence, but should also ensure the promotion of rehabilitation and reformation on the part of the accused himself.
34
Berdasarkan alasan dan prinsip undang undang serta kes-kes yang dikemukakan di atas di samping hujahan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan, mahkamah ini berpendapat adalah wajar mahkamah ini menggunapakai budibicaranya dibawah seksyen 293(1)(b) kanun tatacara Jenayah atas faktor pesalah muda dengan OKT dilepaskan dengan bon kelakuan baik untuk tempoh 2 tahun dengan seorang penjamin beserta cagaran RM 8,000 dibaca Bersama di bawah Seksyen 294 KTJ.
35
Walaubagaimanapun mahkamah ini menyerahkan kepada kebijasanaan YA Hakim Mahkamah Tinggi untuk membuat sebarang keputusan terhadap rayuan ini. Bertarikh: 1 Disember 2025 (NIK MOHD TARMIZIE BIN NIK MOHD SHUKRI) Hakim Mahkamah Sesyen Gua Musang Pihak-pihak Pendakwaan : Muhammad Shahril bin Ramli Timbalan Pendakwa Raya Pembelaan : Mariana binti Matkudin ; Mariana & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.