sentuhan tersebut adalah bagi maksud seksual. Keterangan pihak pendakwaan [16] Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 6 orang saksi seperti berikut: SP1 Siti Nurulhafzan Binti Mohd Zulkafli – Ibu mangsa / Pengadu SP2 Lans Koperal Muhammad Najmi Bin Ludin – Pegawai Tangkap SP3 Sarjan Abdul Samad Bin Muda – Pegawai Tangkap SP4 Putri Dafiena Qashrina Binti Ismalizam – Mangsa SP5 Inspektor Mohd Afifi Bin Jamaludin – Pegawai Penyiasat SP6 Sarjan Rostam Bin Mat Arif @ Abdul Aziz - Jurugambar [17] Senarai dokumen bagi pihak pendakwaan dan pembelaan yang telah diterima masuk sebagai eksibit adalah seperti berikut: P1 Pertuduhan P2 Laporan Polis Tumpat Report No. 1474/22 bertarikh 11/06/2022 P3 [A-K] Gambar Tempat Kejadian P4 Laporan Polis Tumpat Report No. 1475/22 bertarikh 11/06/2022 P5 Laporan Polis Pulau Redang Report No. 85/22 bertarikh 07/07//2022 P11 CD Gambar Tempat Kejadian IDD6 Transkripsi Temuduga CIC SP4 bertarikh 19/06/2022 D7 Laporan Perubatan bertarikh 04/08/2022 D8 3 Keping Gambar CCTV D9 Laporan Polis Tumpat Report No. 1478/22 bertarikh 11/06/2022 D10 Laporan Polis Tumpat Report No. 1497/22 bertarikh 13/06/2022 D12 Borang Bongkar bertarikh 11/06/2022 Fakta kes pendakwaan [18] Berdasarkan keterangan pihak pendakwaan seperti di atas, Mahkamah mendapati fakta kes pendakwaan seperti berikut. [19] Pada 10.06.2022 jam lebih kurang antara 9.00 malam, SP4, seorang kanak-kanak berumur 12 tahun 6 bulan, telah memohon izin ibunya (SP1) melalui aplikasi Whatsapp untuk keluar makan bersama kawannya yang bernama Fatihah di Kampung Banggol yang terletak bersebelahan dengan tempat mereka tinggal di Kampung Cina. SP1 memberi izin untuk SP4 keluar dengan peringatan untuk SP4 pulang tidak lewat dari jam 11.00 malam. [20] SP4 sebenarnya telah menipu ibunya kerana beliau sebenarnya telah merancang untuk keluar bersama seorang kawan lelaki bernama Riezman yang SP4 kenali semasa SP4 mengikuti percutian bersama keluarganya di Pulau Redang pada bulan Mei tahun 2022. [21] SP4 kemudiannya telah keluar dari rumah dan berjalan kaki kira-kira 100 meter dari rumahnya dimana terdapat 2 buah motosikal yang sedang menunggu. Sebuah motosikal dinaiki oleh Riezman dan Najwan dan SP4 telah menaiki motosikal yang dibawa oleh Aziem. SP4 hanya mengenali Riezman dan tidak pernah berjumpa Aziem dan Najwan sebelum itu. [22] SP4 telah memberitahu Aziem dan Riezman untuk tidak pergi jauh dari kawasan rumahnya kerana beliau perlu pulang semula ke rumah tidak lewat dari jam 11.00 malam. Namun, SP4 kemudiannya telah dibawa ke sebuah kedai makan yang terletak berhampiran Pantai Sri Tujuh di Tumpat. SP4 terpaksa mengikut kerana beliau menumpang motosikal yang dibawa oleh Aziem. [23] Semasa di kedai makan tersebut, Riezman dan Najwan kemudiannya telah pergi terlebih dahulu meninggalkan SP4 dan Aziem. SP4 dan Aziem kemudiannya telah pergi bersiar-siar dikawasan berhampiran sehingga jam hampir 1.00 pagi apabila Aziem memberitahu SP4 yang Najwan dan Riezman telah berada di hotel. SP4 meminta untuk dihantar pulang ke rumah namun SP4 telah dibawa oleh Aziem pergi ke hotel dimana Riezman dan Najwan berada. Setelah sampai di hotel, SP4 telah masuk dahulu ke dalam bilik sementara Aziem pergi meletak motosikal. Semasa SP4 masuk ke bilik hotel, Riezman dan Najwan telah berada di dalam bilik tersebut. SP4 sekali lagi memberitahu Riezman untuk dihantar pulang ke rumahnya. Aziem kemudian masuk ke dalam bilik dan Najwan kemudiannya telah keluar dari bilik. [24] Semasa SP4 berada di dalam bilik bersama Aziem dan Riezman, SP4 telah memberi keterangan bahawa Riezman telah mengajak SP4 melakukan hubungan seks (“ajak main”) namun ditolak oleh SP4, dan Aziem dan Riezman kemudiannya telah bertindak memegang dan meraba bahagian badan SP4 termasuklah dimana Aziem telah memegang dan meraba bahagian payudara SP4 dan Riezman telah memegang dan meraba di bahagian payudara dan kemaluan SP4. [25] Mahkamah merujuk kepada keterangan SP4 seperti berikut: Pemeriksaan Utama: “Pendakwa Raya: Okey lepas tu? SP4: Lepas tu Aziem masuk, Aziem duduk dekat sebelah Fina. Pendakwa Raya: Aziem duduk dekat sebelah Fina. Lepas tu? SP4: Apek keluar dari bilik tu tinggal Fina. Pendakwa Raya: Apek? SP4: Apek keluar dari bilik tu. Pendakwa Raya: Okey. SP4: Tinggal Fina, Aziem dengan Jeman. Pendakwa Raya: Lepas tu apa yang berlaku? SP4: Jeman duduk depan saya dekat atas katil. Aziem dekat sebelah. Pendakwa Raya: Jeman duduk di mana? SP4: Jeman duduk dekat depan Fina. Pendakwa Raya: Dekat depan Fina? Pendakwa Raya: Aziem pulak? SP4: Aziem dekat sebelah kanan saya. Pendakwa Raya: Sebelah kanan Fina? Pendakwa Raya: Jeman duduk di depan, Aziem sebelah kanan? Pendakwa Raya: Masa tu Apek duduk di mana, Fina tahu tak? SP4: Dia keluar daripada bilik tu rasanya duduk dekat luar. Pendakwa Raya: Rasanya duduk dekat luar tu? Pendakwa Raya: Lepas tu apa yang berlaku seterusnya? SP4: Jeman dia ajak Fina main, dia cakap marilah main, lepas tu Fina tolak. Fina tak nak main dengan dia. Pendakwa Raya: Siapa ajak main? SP4: Jeman. Pendakwa Raya: Jeman ajak main? Pendakwa Raya: Ajak main apa ni, apa yang? SP4: Dia nak bersetubuh dengan Fina. Pendakwa Raya: Jeman ajak bermain dengan Fina? Pendakwa Raya: Fina faham bermain ni bersetubuhlah? Pendakwa Raya: Lepas tu Fina jawab apa? SP4: Fina kata tak nak main. Pendakwa Raya: Lepas tu apa yang berlaku Fina? SP4: Jeman terus pujuk lagi Fina untuk main dengan dia tu. Pendakwa Raya: Jeman pujuk lagi? Pendakwa Raya: Lepas tu Fina macam mana? SP4: Fina tolak juga, Fina tak nak. Pendakwa Raya: Lepas tu? Kemudian? SP4: Aziem ada pegang pinggang Fina. Pendakwa Raya: Macam mana? SP4: Aziem pegang pinggang Fina sebelah kiri. Pendakwa Raya: Aziem pegang? Pendakwa Raya: Aziem pegang… SP4: Fina. Pendakwa Raya: Sebelah? SP4: Kiri. Kanan, kanan, sorry. Pendakwa Raya: Kanan, lepas tu? SP4: Fina tepis dia punya tangan. Pendakwa Raya: Fina tepis tangan tu lah? Pendakwa Raya: Lepas tu? SP4: Jeman pun, Jeman masukkan tangan kanan dalam baju Fina. Pendakwa Raya: Jeman masukkan tangan dia? Pendakwa Raya: Tangan sebelah mana? SP4: Kanan. Pendakwa Raya: Ke mana? SP4: Dalam baju dekat payudara. Pendakwa Raya: Lepas tu? SP4: Fina tepis lagi tangan dua tu, tangan Jeman dengan Aziem. Pendakwa Raya: Sekejap, siapa dulu masukkan tangan ni? Jeman masukkan tangan dia dalam baju? Pendakwa Raya: Dekat dengan payudara? Pendakwa Raya: Lepas tu? SP4: Lepas tu Aziem dengan Jeman dia terus raba Fina seluruh badan. Pendakwa Raya: Terus raba Fina seluruh badan? Pendakwa Raya: Mana lagi dia raba? Seluruh badan tu di mana lagi? SP4: Kemaluan Fina. Pendakwa Raya: Kemaluan Fina? Pendakwa Raya: Lagi? Boleh teruskan ke ataupun…? SP4: Boleh. Pendakwa Raya: Ingat lagi? SP4: Ingat. Pendakwa Raya: Aziem dan Jeman terus raba Fina seluruh badanlah? Pendakwa Raya: Lepas tu dia raba kemaluan Fina, dua-dua ke? Pendakwa Raya: Maksud saya Jeman dengan Aziem? Pendakwa Raya: Lepas tu Fina buat apa? SP4: Sorry, Jeman sahaja yang pegang kemaluan Fina. Pendakwa Raya: Jeman sahaja yang pegang? SP4: Ya. Aziem dia raba Fina dekat payudara. Pendakwa Raya: Ada Jeman pegang payudara Fina juga ke? SP4: Ada. Pendakwa Raya: Jadi masa kejadian raba ni Apek di mana. Apek masih lagi dekat luar? SP4: Ya.” [26] Semasa berada di dalam bilik hotel tersebut, SP4 telah menghantar pesanan melalui aplikasi Whatsapp kepada Fatihah untuk datang mengambilnya dan memaklumkan kepada Fatihah lokasi tempat beliau berada iaitu di Hotel Senangin. [27] Sementara itu, pada jam lebih kurang 11.00 malam, SP1 telah dimaklumkan oleh anaknya iaitu kakak kepada SP4 bahawa SP4 belum pulang ke rumah. SP1 telah meminta abang SP4, Darwis, untuk mencari SP4 dan dimaklumkan bahawa SP4 tiada bersama Fatihah. SP1 juga telah cuba menghubungi SP4 melalui telefon bimbit tetapi panggilannya tidak berjawab. SP1 juga cuba mencari SP4 di sekitar bandar Kota Bharu dan juga menghubungi beberapa kawannya untuk turut sama mencari SP4. [28] Pada jam lebih kurang 1.00 pagi, SP1 menerima makluman melalui aplikasi Whatsapp daripada Darwis yang menerima makluman melalui aplikasi Whatsapp daripada Fatihah yang menyatakan bahawa SP4 berada di Hotel Senangin di Tumpat. SP1, Darwis, suami Fatihah dan kawan-kawan SP1 terus pergi ke hotel tersebut. [29] Setelah sampai di Hotel Senangin, SP1 mendapati satu bilik yang mencurigakan dimana lampu bilik masih dipasang dan SP1 kemudiannya mendengar suara yang SP1 cam sebagai suara SP4 dari dalam bilik tersebut. SP1 terus memanggil nama SP4 beberapa kali dan mengancam untuk menendang pintu jika pintu tidak dibuka. Pintu bilik kemudiannya telah dibuka oleh salah seorang tertuduh dan SP1 dapati SP4 berada di dalam bilik tersebut bersama 3 tertuduh. Ketiga-tiga tertuduh telah dipukul oleh Darwis, suami fatihah dan kawan-kawan SP1. Riezman kemudiannya telah berjaya melarikan diri. Anggota polis termasuk SP2 sampai ke tempat kejadian pada jam lebih kurang 3.00 pagi dan seterusnya membuat tangkapan terhadap Aziem dan Najwan. [30] Laporan polis berkaitan kejadian telah dibuat oleh SP1 pada hari yang sama iaitu pada 11.06.2022 jam 06.09 pagi (Eksibit P2). [31] Laporan tangkapan terhadap Aziem dan Najwan telah dibuat oleh SP2 pada hari yang sama pada 11.06.2022 jam 07.27 pagi (Eksibit P4). Berdasarkan Eksibit P4, tangkapan terhadap Aziem dan Najwan oleh SP2 adalah bagi kesalahan berkaitan pergaduhan. [32] Tangkapan terhadap Riezman telah dibuat oleh SP3 pada 07.07.2022 di Pulau Redang (Eksibit P5) apabila Riezman secara kebetulan telah dilihat dan dicam oleh SP4 ketika SP3 dan anggota pasukannya sedang menjalankan penyiasatan bagi satu kes rogol yang turut melibatkan SP4. Isu-isu yang dibangkitkan Isu 1: Kegagalan pendakwaan mengemukakan Sijil Lahir SP4 bagi membuktikan SP4 adalah kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun semasa kejadian; [33] Mahkamah berpendapat bahawa tiada keperluan undang-undang secara khusus untuk pihak pendakwaan mengemukakan Sijil Lahir bagi membuktikan umur. [34] Berdasarkan keterangan yang sedia ada iaitu nombor kad pengenalan SP4 yang menunjukkan tarikh lahir SP4 pada 09.12.2009 dan juga keterangan SP4 sendiri serta keterangan SP1 sebagai ibu SP4 mengenai umur SP4 semasa kejadian, dan juga umur SP4 semasa memberi keterangan di Mahkamah, adalah mencukupi untuk Mahkamah membuat suatu dapatan fakta bahawa SP4 adalah merupakan seorang kanak-kanak iaitu berumur dibawah 18 tahun semasa kejadian yang didakwa berlaku pada 11.06.2022 sebagaimana yang dinyatakan di dalam pertuduhan. Isu 2: Isu kebolehterimaan (admissibility) Laporan Polis SP1 (Eksibit P2) menurut peruntukan seksyen 76 dan 79 Akta Keterangan 1950; [35] Pada pendapat Mahkamah, suatu laporan polis yang dibuat oleh pengadu, walaupun ianya merupakan laporan maklumat pertama (‘first information report’) yang menjadi asas kepada suatu penyiasatan yang dijalankan terhadap tertuduh, ianya adalah merupakan suatu keterangan tambahan atau sokongan kepada keterangan lisan yang diberikan oleh saksi mengenai apa yang telah berlaku. [36] Tanpa laporan polis yang dibuat oleh seorang saksi, Mahkamah masih boleh bergantung kepada keterangan lisan yang diberikan oleh saksi tersebut di Mahkamah. [37] Di dalam kes ini, Mahkamah boleh bergantung kepada keterangan lisan yang telah diberikan oleh SP1 dan SP4 mengenai apa yang telah berlaku dan keterangan mengenai penyiasatan yang dijalankan oleh SP5 tanpa bergantung kepada keterangan yang terdapat di dalam Eksibit P1. [38] Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat bahawa jika sekalipun Eksibit P2 telah salah diterima masuk sebagai eksibit kes pendakwaan kerana gagal mematuhi kehendak di bawah seksyen 76 dan 79 Akta Keterangan 1950 sebagaimana dihujahkan oleh pembelaan, ianya tidak menjejaskan keterangan Pegawai Penyiasat mengenai penyiasatan yang telah dijalankan dan juga tidak menjejaskan kes pendakwaan di dalam kes ini kerana saksi-saksi SP1 dan SP4 telah memberi keterangan dan keterangan saksi-saksi tersebut telah diterima oleh Mahkamah dan pada pendapat Mahkamah adalah mencukupi untuk membuktikan kes pendakwaan tanpa bergantung kepada Eksibit P1. Isu 3: Kredibiliti SP4 sebagai saksi yang bercakap benar; [39] SP4 berumur 15 tahun semasa memberi keterangan dan telah memberi keterangan secara bersumpah di hadapan HMS yang terdahulu pada 13.03.2024 (Pemeriksaan-Utama) dan 23.06.2024 (Pemeriksaan-Balas oleh peguambela Tertuduh Aziem). SP4 kemudian telah memberi keterangan di hadapan HMS pengganti pada 09.10.2024 (Pemeriksaan-Balas oleh peguambela Tertuduh Najwan, Tertuduh Riezman dan Pemeriksaan-Semula). [40] Pihak pembelaan telah mencabar kredibiliti keterangan SP4 di atas alasan-alasan berikut: