Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI BANGI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: B1-62JS-5-01/2021 DI ANTARA PENDAKWA RAYA LWN AFENDI HASSAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [ 1 ] Ini merupakan rayuan OKT setelah Mahkamah membuat keputusan OKT bersalah dan disabitkan atas pertuduhan di akhir kes pembelaan. Di peringkat pembelaan, hanya seorang saksi yang memberikan keterangan iaitu OKT sendiri. PERTUDUHAN Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 8/7/2020, jam lebih kurang 00.00 Hrs sehingga 0030 Hrs, bertempat di No. 66, Jalan Setia Ecohill 1/3K, Setia Ecohill, 43500 Semenyih Dalam Daerah Hulu Langat, Dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dengan sengaja telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa persetujuan terhadap Nurzafirah Qasdina binti Fahrol Razi (No. K/P: 000813140642 dengan cara memasukkan zakar ke dalam mulut penama. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 377C Kanun Keseksaan. Hukuman Hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi dua puluh tahun dan juga boleh dikenakan sebatan. Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 9/7/2020, jam lebih kurang 10.50 Hrs bertempat di No. 66, Jalan Setia Ecohill 1/3K, Setia Ecohill, 43500 Semenyih Dalam Daerah Hulu Langat, Dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dengan sengaja telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa persetujuan terhadap Nurzafirah Qasdina binti Fahrol Razi (No. K/P: 000813140642 dengan cara memasukkan zakar ke dalam mulut penama. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 377C Kanun Keseksaan. Hukuman Hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi dua puluh tahun dan juga boleh dikenakan sebatan. [ 2 ] Mahkamah mendapati pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pada tahap prima facie terhadap OKT di peringkat Pendakwaan. Oleh itu OKT diperintahkan untuk membela diri terhadap pertuduhan. Di peringkat akhir kes pembelaan Mahkamah mendapati OKT telah gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah. Oleh itu OKT didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara lima (5) tahun bermula dari tarikh jatuh hokum 14 April 2025 ke atas setiap pertuduhan. Hukuman pemenjaraan dijalankan serentak. BEBAN PEMBUKTIAN [ 3 ] Di akhir kes pembelaan, tugas pembelaan adalah untuk menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. Keperluan ini telah dinyatakan oleh Mohamed Azmi SCJ di dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v Public Prosecutor di m/s 172 (MLJ);. Pernyataan tersebut dikeluarkan seperti berikut :- “…To earn an acquittal at the close of the case for prosecution under s 173(f) or s 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v PP). If the defence is called, the duty of the accused is only to case a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt. To earn an acquittal, the court may not be convinced of the truth of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the court to be convinced that the defence version is true, in which case the court must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the court must not convict until it asks a further question, that even if the court does not accept or believe the defence explaination, does it nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority of judges rightly prefer to adopt straightaway the legally established ‘reasonable doubt’ test, rather than delve in the ‘believe and convincing’ test before applying the ‘reasonable doubt’ test…” Berdasarkan kes di atas, majoriti Hakim telah terus mengaplikasikan ‘reasonable doubt test’ berbanding menyelidiki dan menggunapakai ‘believe and convincing test’ sebelum mengaplikasi ‘reasonable doubt test’. [ 4 ] Keraguan yang boleh diterimapakai untuk menyangkal kes pendakwaan adalah keraguan munasabah dan bukannya sebarang keraguan yang ditimbulkan oleh pembelaan. Prinsip berkaitan keraguan munasabah yang dinyatakan dalam kes di atas adalah Mahkamah perlu meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan dan membuat perbandingan secara keseluruhan bagi semua keterangan-keterangan yang telah dikemukakan dalam menentukan sama ada pembelaan berjaya menimbulkan satu reasonable doubt ataupun tidak. [ 5 ] Hakim Abdoolcader dalam kes Public Prosecutor v Datuk Haji Harun bin Haji Idris & Ors [1977] 1 MLJ 180 telah menjelaskan perkataan 'keraguan yang munasabah' seperti mana berikut : “...It is not necessary for the defence to prove anything and all that is necessary for the accused to do is to give an explanation that is reasonable and throws a reasonable doubt on the case made out for the prosecution. It cannot be a fanciful or whimsical or imaginary doubt, and in considering the question as to whether a reasonable doubt has been raised, the evidence adduced by and the case for the defence must be viewed in at least some amount of light, not necessarily bright sunlight, but certainly not against the dark shadows of the night...” [ 6 ] Jelasnya dari keputusan yang dinyatakan di dalam kes Public Prosecutor v Datuk Haji Harun bin Haji Idris & Ors, bolehlah disimpulkan bahawa mahkamah ketika menimbang keterangan – keterangan yang dikemukakan oleh pembelaan untuk menentukan bahawa keterangan tersebut menimbulkan keraguan yang munasabah, perlu mengetepikan pembelaan yang berbentuk khayalan, kebarangkalian yang terpencil, dugaan yang kabur atau suatu kesimpulan dari satu kemungkinan. Keraguan munasabah adalah merupakan satu keraguan yang timbul daripada pertimbangan secara adil dan munasabah terhadap keseluruhan keterangan. Oleh itu, pembelaan OKT hendaklah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. DAPATAN [ 7 ] Pembelaan OKT adalah seperti berikut: a. OKT menyatakan tidak pernah berkahwin dengan ibu mangsa. b. OKT menyatakan telah pergi ke rumah mangsa kerana ibu mangsa sendiri meminta pertolongan untuk menasihati mangsa pada tarikh pertama sepertimana dalam pertuduhan. OKT menyatakan mangsa ada masalah dan tidak mendengar nasihat dan OKT di minta membantu mangsa. c. OKT menyatakan pada tarikh kedua sepertimana dalam pertuduhan OKT telah pergi ke rumah mangsa untuk menghantar makanan. d. OKT menafikan pernah memberitahu ibu mangsa tentang apa-apa berkaitan perubatan islam dan menafikan menggunakan perubatan islam sebagai bantuan untuk mengubati mangsa. e. OKT menafikan pernah menyentuh atau menyuruh mangsa untuk memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa seperti dalam keduadua pertuduhan. f. OKT menyatakan atas faktor badannya yang besar menyebabkan OKT sukar untuk bersila dan duduk di atas lantai dan kemaluannya tidak akan dapat dimasukkan ke dalam mulut mangsa dengan cara kedudukan badan yang dimaklumkan oleh mangsa dalam keterangannya di mahkamah sebelum ini. g. OKT juga menyatakan ibu mangsa telah diugut oleh kenalannya untuk menyebarkan gambar bogel ibu mangsa dan perlu membayar sejumlah wang. h. OKT enggan membantu ibu mangsa dan ini antara penyebab kononnya OKT dianiaya. [ 8 ] Berdasarkan pembelaan OKT, Mahkamah berpendapat bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah berdasarkan faktor seperti berikut: A. PEMBELAAN OKT HANYA PENAFIAN SEMATA-MATA (“BARE DENIAL” ) i. Prinsip “bare denial” telah dibincangkan di dalam kes Shah Rehan bin Abdul Rahman v Pendakwa Raya [2015] 3 MLJ 337, YA Hakim Balia Yusof JCA menyatakan seperti berikut :- “His Lordship’s view, that the defence is a bare denial and bare denial can never be a good defence.” ii. Seterusnya YA Hakim Zamani bin Rahim JCA di dalam kes Munirah binti Radzi v Pendakwa Raya [2017] MLJU 107 telah memutuskan :- “Having considered the appellant’s version of the story, we agreed with the trial judge that she had not succeeded in explaining that she had no knowledge of the drugs in the bag. The appellant sought to say that the concept of wilful blindness was not applicable as she did not look into the bag and nothing suspicious was seen in it, other than some other clothes and two pair of shoes. Based on the evidence of PW3, the drugs were wrapped in an aluminium package and cleverly concealed in a specially constructed compartment. Such concealment of the drugs is indicative of her knowledge of the presence of the drugs. Ignorance simpliciter is not a valid defence, when there is circumstances/reasons and ample opportunity for her to ascertain the contents of the bag.” iii. Rujukan boleh dibuat di dalam kes Chan Kim Seng v Public Prosecutor [201] 3 MLJ 97, YA Hakim Zamani A Rahim JCA telah menyatakan seperti berikut: “Having regard to the totality of evidence adduced and presented before the court at the conclusion of the whole case, it is my finding that the accused defence is bare denial and has not cast a reasonable doubt on the prosecution case.” iv. Hakim dalam kes di atas telah menggunakan prinsip “totality of evidence” dalam menentukan sama ada pembelaan yang dikemukakan oleh tertuduh adalah penafian semata-mata atau pun tidak. v. Di dalam kes Lim Chooi Huat & Anor v Public Prosecutor [2014] MLJU 49, Mohd Zawawi bin Salleh JCA memutuskan seperti berikut : “Learned trial judge had rejected it and deemed it as bare denial. On the totality of the evidence before the court, we find the learned trial judge’s decision on the second appellant’s defence was justified.” vi. Pembelaan perayu kedua di dalam kes di atas hanya berdasarkan keterangannya yang menafikan perkara tersebut berlaku atau dilakukan olehnya. Berdasarkan kepada prinsip ‘totality of evidence’ yang hanya bergantung kepada keterangan perayu kedua, mahkamah telah menolak pembelaan yang dinyatakan oleh perayu kedua. vii. Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh OKT, tiada sebarang alasan atau keterangan yang munasabah yang berjaya diberikan oleh OKT dalam pembelaannya. Segala keterangan yang diberikan bersifat penafian semata-mata dan Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pendakwaan bahawa Mahkamah ini perlu melihat kepada totality of evidence untuk menilai apakah benar keterangan yang diberikan oleh OKT atau keterangan yang telah diberikan oleh semua saksi pendakwaan yang lain. viii. Mahkamah mendapati keterangan pembelaan adalah tidak logik dan tidak munasabah terutama apabila ketika OKT membuat demo cara OKT duduk dan keadaan kakinya yang tidak dapat bersila dan menghadkan kemaluannya ketika di atas lantai kerana faktor saiz badannya. Maka setelah menilai sendiri keadaan yang ditunjukkan oleh OKT dan dibandingkan serta diaplikasikan dengan keterangan mangsa Mahkamah berpendapat adalah tidak mustahil untuk kemaluan OKT dimasukkan ke dalam mulut mangsa. x. Mahkamah berpendapat daripada keseluruhan keterangan yang dibentangkan bermula pada awal kes pendakwaan, keterangan mangsa lebih bersifat konsisten, kuat dan kukuh berbanding keterangan OKT dan saksi pembelaan yang hanya bersifat penafian sematamata. B. PEMBELAAN OKT BERSIFAT AFTERTHOUGHT i. Di dalam kes Mahkamah Rayuan MEGAT HALIM MEGAT OMAR v PP [2008] MLJU 647 menyatakan seperti berikut: “Although in our criminal jurisprudence, there is no burden on an accused person to prove his innocence but merely for him to raise a reasonable doubt as to his guilt, it is trite that his defence should be put to the prosecution at an early stage during the prosecution case. Failure to do so may move the trial court to dismiss a particular line of defence as an afterthought, or a recent invention as happened in this case. Raja Azlan Shah CJ (Malaya) (as His Highness then was) in WONG SWEE CHIN v PP [1981] 1 MLJ 212 puts this principle in these now famous words – "….. there is a general rule that a failure to cross-examine a witness on a crucial part of the case will amount to an acceptance of a witness's testimony. " In our adversarial system, that principle is applicable in both civil and criminal trials. The appellant's defence can be ascertained not merely from his own evidence but also the line of cross-examination of the prosecution's witnesses (see KULI & ORS v EMPEROR AIR [1930] Cal 442, cited in PP v DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM (No. 3) [1999] 2 MLJ 1). This has been termed as a rule of essential justice. In AEG CARAPIET v AY DERDERIAN AIR [1961] Cal 359, (also cited in the DATO SERI ANWAR's case), this principle was explained in this manner – " It is wrong to think that this is merely a technical rule of evidence. It is a rule of essential justice. It serves to prevent surprise at trial and miscarriage of justice, because it gives notice to the other side of the actual case that is going to be made when the turn of the party on whose behalf the cross-examination is being made comes to give and lead evidence by producing witnesses. It has been stated on high authority of the House of Lords that this much a counsel is bound to do when cross-examination that he must put to each of his opponent's witnesses in turn, so much of his own case as concerns that particular witness or in which that witness had any share. " It is our view that the trial judge was right in finding that the appellant's defence as suspicious or inherently improbable. We have however reminded ourselves that the trial court is still bound to consider that defence and that the obligation is upon the prosecution to prove its case beyond a reasonable doubt. (see ALCONTARA a/l AMBROSS ANTHONY v PP [1996] 1 MLJ 209). In the circumstances, we would hold that this third ground of appeal is also without substance. For these reasons, this appeal was dismissed. We affirmed the conviction and sentence. ii. Berdasarkan kes di atas adalah jelas peranan pembelaan untuk meletakkan dan mengemukakan pembelaan seawal kes pendakwaan. iii. Namun Mahkamah mendapati tugas ini secara jelas telah gagal dilakukan oleh pihak pembelaan. Keterangan OKT yang menyatakan ibu mangsa telah memohon bantuan OKT kerana diugut oleh kenalan di atas talian adalah sesuatu yang tidak pernah dibangkitkan oleh pembelaan sepanjang waktu kes pendakwaan dan ianya hanya timbul sewaktu OKT memberi keterangan. Ini jelas menunjukkan OKT telah menipu, mereka-reka cerita dan keterangannya bersifat afterthought. C. KREDIBILITI OKT SEBAGAI SAKSI PEMBELAAN i. Di dalam kes Pendakwa Raya v Navaneethan A/L Govindasamy [2022] MLJU 1373 yang telah memutuskan seperti berikut:- “Kredibiliti OKT tidak boleh dipercayai [86] Mahkamah sendiri telah melihat dan menilai kredibiliti OKT dalam memberi keterangan di mahkamah. Mahkamah mendapati bahawa kredibiliti OKT adalah tidak boleh dipercayai kerana beberapa sebab. Pertamanya dia merupakan orang yang telah dituduh dalam kes ini. Oleh itu, OKT semestinya menafikan bahawa dia telah merompak SP1 dan seterusnya mencederakan SP1 dalam kejadian tersebut. [87] Walaupun keterangan OKT telah diberikan secara bersumpah, mahkamah perlu menilai keterangannya secara penuh berhati-hati. Ini kerana OKT merupakan orang yang telah dituduh dalam kes ini dan merupakan ‘interested witness’ (saksi yang berkepentingan) kepada kesnya sendiri. Maka, tidak hairanlah sekiranya OKT menafikan bahawa dia ada 11 merompak dan mencederakan SP1 sehingga mengakibatkan SP1 mengalami kerugian dan kecederaan untuk mengelak dirinya dari dikenakan tindakan undang-undang seperti yang telah dipertuduhkan ke atasnya dan telah dibuktikan di peringkat akhir kes pendakwaan. [88] Keterangan ‘interested witness’ ini perlu diteliti oleh Mahkamah ini dengan berhati-hati. Isu berkaitan ‘interested witness’ ini telah diputuskan dalam kes PP v. Ng Nai Lim [2011] 1 LNS 487 (Criminal Appeal) yang mana YAA Hakim Ahmadi Asnawi menyatakan seperti berikut: “Lagipun SB-2 adalah anak OKT, layak dikelaskan sebagai “interested witness”. Memang benar seperti diputuskan dalam kes Balasingham v. PP [1959] 1 LNS 8: .. there is no legal presumption that an interested witness should not be believed. He is entitled to credence until cogent reasons for disbelief can be advanced in the light of evidence to the contrary and the surrounding circumstances ...” Namun saya berpendapat keterangan SB-2 perlu didekati dengan penuh berhatihati. Ini kerana sebagai anak nalurinya ialah untuk membantu ayahnya, OKT. SB-2 mempunyai segala alasan untuk bertindak secara ‘bias’ memihak kepada ayahnya, SB-2 “cannot be expected” untuk memberi keterangan yang neutral.” ii. Mahkamah berpendapat keterangan OKT sendiri yang jelas dilihat tidak kredibel semasa memberikan keterangan. [ 9 ] SAMA ADA PIHAK PEMBELAAN BERJAYA MENIMBULKAN SEBARANG KERAGUAN YANG MUNASABAH i. Keraguan yang munasabah adalah suatu keraguan yang timbul hasil dari keterangan yang dikemukakan atau keraguan yang timbul di atas sebab ketiadaan keterangan. ii. Di dalam kes Public Prosecutor v Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16, Hakim Mahkamah Tinggi Sharma, telah menyatakan seperti berikut: “As the learned magistrate seems to have ignored the very basic principle of criminal law, it may perhaps serve a useful purpose to remind those administering justice in the lower courts that evidence discloses a prima facie case when it is such that if uncontradicted and if believed it will be sufficient to prove the case against the accused. The following definition of "reasonable doubt" is often quoted: "It is not mere possible doubt, because everything relating to human affairs and depending upon moral evidence is open to some possible or imaginary doubt. It is that state of the case which after the entire comparison and consideration of all the evidence leaves the minds of the jurors in that condition that they cannot say they feel an abiding conviction to a moral certainty of the truth of the charge." It has again been said that 'reasonable doubt' is the doubt which makes you hesitate as to the correctness of the conclusion which you reach. If under your oaths and upon your consciences, after you have fully investigated the evidence and compared it in all its parts, you say to yourself I doubt if he is guilty, then it is a reasonable doubt. It is a doubt which settles in your judgment and finds a resting place there." Or as sometimes said, it must be a doubt so solemn and substantial as to produce in the minds of the jurors some uncertainty as to the verdict to be given. A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence. iii. Seterusnya Mahkamah dirujuk kepada kes Public Prosecutor v Datuk Haji Harun Bin Haji Idris & Ors [1977] 1 MLJ 180, YA Hakim Eusoffe Abdool Cader (pada ketika itu) menyatakan :- “I have considered with great care every aspect of the evidence adduced and the submissions made on behalf of the three accused. It is not necessary for the defence to prove anything and all that is necessary for the accused to do is to give an explanation that is reasonable and throws a reasonable doubt on the case made out for the prosecution. It cannot be a fanciful or whimsical or imaginary doubt, and in considering the question as to whether a reasonable doubt has been raised, the evidence adduced by and the case for the defence must be viewed in at least some amount of light, not necessarily bright sunlight, but certainly not against the dark shadows of the night. I do not in all the circumstances find the explanation given by the three accused reasonable or as casting any reasonable doubt on the case for the prosecution if indeed according to their evidence there was nothing to conceal and everything was open. Having regard to the evidence as a whole, both oral and documentary, the explanation given by the three accused is not only unreasonable but also inconsistent with their innocence.” iv. Mahkamah bersetuju dan berpendapat bahawa Keterangan OKT daripada mula sehingga akhir bersifat penafian semata-mata, tiada sokongan lain, hanyalah keterangan yang direka dan tidak logik. KESIMPULAN [ 10 ] Mahkamah berpendapat bahawa tiada sebarang keraguan yang berjaya ditimbulkan oleh pembelaan, apatah lagi keraguan yang munasabah di dalam kes ini. Oleh yang demikian, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap OKT melampaui keraguan munasabah. Manakala, pembelaan OKT tidak menimbulkan keraguan munasabah. Mahkamah ini mengambil kira keseluruhan keterangan dan mensabitkan OKT bersalah atas setiap pertuduhan. [ 11 ] Semasa rayuan meringankan hukuman OKT memberitahu Mahkamah OKT ada tanggungan ibu dan bekerja sendiri dan memohon diringankan hukuman secara serentak. Manakala Pihak pendakwaan memohon satu hukuman yang setimpal dijatuhkan ke atas OKT sebagai satu pengajaran kepada masyarakat. [ 12 ] Setelah menimbangkan rayuan OKT dan hujahan pemberatan hukuman pendakwaan, Mahkamah memutuskan dan memerintahkan OKT menjalani hukuman pemenjaraan selama 5 tahun bermula dari tarikh jatuh hukum ke atas setiap pertuduhan, hukuman berjalan serentak. Bertarikh 29 Mei 2025 Disediakan oleh:- HJ.EFFANDI NAZILA BIN HJ.ABDULLAH Hakim Sesyen Mahkamah sesyen Bandar Baru Bangi