Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI PASIR MAS DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM PERBICARAAN JENAYAH NO. DJ-62JSK-35-08/2021 DIANTARA PENDAKWA RAYA DAN WAN MOHD SHAKIR BIN WAN ABDUL HAMID (NO. K/P: 971214-03-5957) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
DJ-62JSK-35-08/2021
Sessions Court of Malaysia24 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(4) S. 79 appears in Chapter IV of the Penal Code dealing with general exceptions. Under s. 107 of the Evidence Act 1950, the burden of proving the existence of circumstances bringing a case within the general exceptions in the Penal Code is upon the accused person and the court shall presume the absence of such circum”
“hat case of accused comes within exceptions When a person is accused of any offence, the burden of proving the existence of circumstances bringing the case within any of the general exceptions in the Penal Code, or within any special exception or proviso contained in any other part of the same Code, or in any law defin”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI PASIR MAS DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM PERBICARAAN JENAYAH NO. DJ-62JSK-35-08/2021 DIANTARA PENDAKWA RAYA DAN WAN MOHD SHAKIR BIN WAN ABDUL HAMID (NO. K/P: 971214-03-5957) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
1
Tertuduh telah dibicarakan di Mahkamah ini terhadap satu pertuduhan bagi kesalahan rogol yang boleh dihukum di bawah seksyen 376(2) Kanun Keseksaan (“KK”).
2
Kes telah didengar separuh-bicara di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) terdahulu dimana 6 saksi pendakwaan telah memberi keterangan. Kes telah disambung-bicara oleh HMS pengganti dimana 4 lagi saksi pendakwaan telah dipanggil sebelum pihak pendakwaan menutup kes.
3
Pihak-pihak telah bersetuju untuk sambung-bicara kes didengar oleh HMS pengganti dan tiada permohonan oleh mana-mana pihak untuk memanggil-semula mana-mana saksi pendakwaan yang telah memberi keterangan di hadapan HMS terdahulu.
4
Pada 13.04.2025, Mahkamah telah memutuskan bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh sebagaimana pertuduhan dan tertuduh dipanggil untuk membela diri terhadap pertuduhan.
5
Tertuduh telah memberi keterangan bersumpah dan tidak ada memanggil saksi pembelaan lain.
6
Pada 24.06.2025, Mahkamah telah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan terhadap pertuduhan dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun bermula dari tarikh sabitan dan 3 sebatan menurut peruntukan hukuman di bawah seksyen 376(2) KK.
7
Tertuduh juga dikenakan perintah menjalani Kaunseling Pemulihan menurut peruntukan di bawah seksyen 26 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (“AKSTKK”) dan perintah Pengawasan Polis bagi tempoh 2 Tahun menurut peruntukan di bawah seksyen 27 AKSTKK.
8
Mahkamah telah membenarkan permohonan pihak pembelaan bagi penggantungan perlaksanaan hukuman sementara rayuan oleh tertuduh terhadap keputusan oleh Mahkamah ini didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.
9
Pertuduhan terhadap tertuduh adalah seperti berikut: “Bahawa kamu sekitar Mac 2021 pada waktu malam, dalam sebuah kereta Perodua Kembara No. Plat: DAL 6878, di kawasan Kampung Laut 1, Jalan Kampung Laut 1, di dalam daerah Tumpat, dalam negeri Kelantan telah merogol seorang kanak-kanak bernama Nur Fakhirah Amalin Binti Rosli (No. K/P: 050701-03-0962) ketika itu berumur 15 tahun 7 bulan, dengan mengetahui bahawa kamu ketika itu menghidap penyakit Human Immuno-Deficiency Virus (HIV), oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 376 (2) (i) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 376(2) Kanun yang sama.”
10
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dituduh telah melakukan rogol terhadap seorang kanak-kanak yang berumur 15 tahun 7 bulan dengan mengetahui bahawa tertuduh ketika itu menghidap penyakit Human Immuno-Deficiency Virus (HIV) iaitu kesalahan di bawah seksyen 376(2)(i) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 376(2) Kanun yang sama. Elemen pertuduhan
11
Perbuatan rogol ditakrifkan di bawah seksyen 375 KK seperti berikut: “375. Rape A man is said to commit "rape" who, except in the case hereinafter excepted, has sexual intercourse with a woman under circumstances falling under any of the following descriptions:
a
against her will;
b
without her consent;
c
with her consent, when her consent has been obtained by putting her in fear of death or hurt to herself or any other person, or obtained under a misconception of fact and the man knows or has reason to believe that the consent was given in consequence of such misconception;
d
with her consent, when the man knows that he is not her husband, and her consent is given because she believes that he is another man to whom she is or believes herself to be lawfully married or to whom she would consent;
e
with her consent, when, at the time of giving such consent, she is unable to understand the nature and consequences of that to which she gives consent;
f
with her consent, when the consent is obtained by using his position of authority over her or because of professional relationship or other relationship of trust in relation to her;
g
with or without her consent, when she is under sixteen years of age. Explanation - Penetration is sufficient to constitute the sexual intercourse necessary to the offence of rape. Exception - Sexual intercourse by a man with his own wife by a marriage which is valid under any written law for the time being in force, or is recognized in Malaysia as valid, is not rape. Explanation 1 - A woman-
a
living separately from her husband under a decree of judicial separation or a decree nisi not made absolute; or
b
who has obtained an injunction restraining her husband from having sexual intercourse with her, shall be deemed not to be his wife for the purposes of this section. Explanation 2 - A Muslim woman living separately from her husband during the period of 'iddah, which shall be calculated in accordance with Hukum Syara', shall be deemed not to be his wife for the purposes of this section.”
12
Peruntukan hukuman bagi kesalahan rogol di bawah seksyen 376(2)(i) KK pula adalah seperti berikut: “376. Punishment for rape
2
Whoever commits rape on a woman under any of the following circumstances:
a
at the time of, or immediately before or after the commission of the offence, causes hurt to her or to any other person;
b
at the time of, or immediately before or after the commission of the offence, puts her in fear of death or hurt to herself or any other person;
c
the offence was committed in the company of or in the presence of any other person;
d
without her consent, when she is under sixteen years of age;
e
with or without her consent, when she is under twelve years of age;
f
with her consent, when the consent is obtained by using his position of authority over her or because of professional relationship or other relationship of trust in relation to her;
g
at the time of the offence the woman was pregnant;
h
when by reason or on occasion of the rape, the woman becomes insane;
i
when he knows that he is afflicted with the Human Immuno-Deficiency Virus (HIV)/Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) or any other sexually transmissible disease and the virus or disease is or may be transmitted to the woman;
j
when by reason or on occasion of the rape, the woman commits suicide; or
k
when he knew of the mental disability, emotional disorder or physical handicap of the woman at the time of the commission of the crime, shall be punished with imprisonment for a term of not less than ten years and not more than thirty years and shall also be punished with whipping.”
13
Berdasarkan peruntukan-peruntukan di atas, elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pendakwaan bagi kesalahan rogol di bawah seksyen 376(2)(i) KK yang boleh dihukum di bawah seksyen 376(2) KK adalah:
a
suatu hubungan seksual (‘a sexual intercourse’) telah berlaku di antara tertuduh dan mangsa;
b
mangsa berumur di bawah 16 tahun semasa hubungan seksual tersebut berlaku;
c
tertuduh mengetahui bahawa beliau adalah penghidap penyakit Human Immuno-Deficiency Virus (HIV) dan ianya boleh berjangkit kepada mangsa semasa hubungan seksual tersebut berlaku. Keterangan pihak pendakwaan
14
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 10 orang saksi seperti berikut: SP1 Dr. Nik Khairulddin Bin Nik Yusoff SP2 Nisah Binti Mahmood (ibu mangsa) SP3 Nur Fakhirah Amalin Binti Rosli (mangsa) SP4 Dr. Muhammad Haris Fadillah Bin Muhamad SP5 Mohd Bulyamin Bin Razak (Penolong Pegawai Pendaftaran, Jabatan Pendaftaran Negara) SP6 ASP Md Sani Bin Md Salleh SP7 Dr. Nor Hidayah Binti Ghazali SP8 Norlida Binti Aziz (Jururawat) SP9 Dr. Ahmad Zafrullah Bin Ahmad Fikri SP10 Rubeshan A/L Shamugam (Pegawai Sains, Jabatan Kimia Malaysia)
15
Senarai dokumen bagi kes pendakwaan yang diterima masuk sebagai eksibit adalah seperti berikut: P1 Pertuduhan P2 Laporan Perubatan Tertuduh yang disediakan oleh SP1 P3 Laporan Polis SP2 ID4 Gambar Ultra Sound Scan P5 [A-E] 5 Keping Gambar Kenderaan P6 [A-D] 4 Keping Gambar Tempat Kejadian P7 Laporan Perubatan bertarikh 12.08.2021 yang disediakan oleh SP4 P8 Salinan Sah Sijil Daftar Kematian Insp. Chong Yeong Ren P9 [A-C] 3 Keping Gambar Sampel Darah P10 Resit Penerimaan Sampel JKM 21-FR-B-13824, Jabatan Kimia Malaysia P11 Resit Penghantaran Barang Kes JKM 21-FR-B-18471, Jabatan Kimia Malaysia P12 Borang Penyerahan Spesimen P13 Borang Permohonan Pemeriksaan Forensik, Jabatan Kimia Malaysia P 14 Borang Perolehan Sampel Darah, Jabatan Kimia Malaysia P15 Cakera Padat (Compact Disc) Gambar P16 Laporan Kimia yang disediakan oleh SP10
16
Senarai Pernyataan Bertulis bagi saksi pendakwaan yang diterima masuk di bawah seksyen 402B(1) Kanun Tatacara Jenayah adalah seperti berikut: PSP-6 Penyata Saksi SP6 PSP-7 Penyata Saksi SP7 PSP-8 Penyata Saksi SP8 PSP-9 Penyata Saksi SP9 PSP-10 Penyata Saksi SP10 Fakta kes pendakwaan
17
Berdasarkan keterangan pihak pendakwaan seperti di atas, Mahkamah mendapati fakta kes pendakwaan seperti berikut.
18
Pada 26.07.2021, SP2 telah membawa anaknya (SP3) membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik swasta. Hasil pemeriksaan di klinik tersebut mengesahkan SP3 sedang mengandung.
19
SP2 telah dimaklumkan oleh SP3 bahawa kandungan tersebut adalah hasil perhubungan SP3 dengan tertuduh.
20
Pada tarikh yang sama, SP2 telah pergi berjumpa dengan tertuduh dan ibunya.
Preamble
Menurut SP2, tertuduh telah menafikan kaitan dengan kandungan tersebut dan mahu ujian DNA dibuat. Pada tarikh yang sama juga, SP2 telah membuat laporan polis (EKSIBIT P3).
21
Pada 27.07.2021, SP3 telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk pemeriksaan. Pemeriksaan dijalankan oleh SP4 dengan di bantu oleh SP8. Hasil pemeriksaan mendapati SP3 sedang mengandung di antara 18 hingga 20 minggu (EKSIBIT P7). Sampel darah SP3 juga telah diambil oleh SP8 dan sampel telah diserahkan oleh SP4 kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Chong Yeong Ren pada tarikh yang sama.
22
Pada 28.07.2021, tertuduh telah dibawa oleh pihak polis ke Hospital Tumpat dan sampel darah tertuduh telah diambil oleh SP7 dan sampel tersebut telah diserahkan oleh SP7 kepada pihak polis pada tarikh yang sama.
23
Pada 06.08.2021, sampel darah yang telah diambil dari SP3 dan tertuduh telah diserahkan kepada Rubeshan A/L Shamugam, Pegawai Sains di Jabatan Kimia Malaysia (SP10) oleh Pegawai Penyiasat Inspektor Chong Yeong Ren.
24
Pada 12.09.2021, SP9 telah mengambil sampel darah bayi yang dilahirkan oleh SP3 dan telah menyerahkan sampel tersebit kepada Inspektor Chong Yeong Ren. Pada 05.10.2021, sampel darah tersebut telah diserahkan kepada SP10 oleh Inspektor Chong Yeong Ren.
25
SP10 telah menjalankan analisis DNA ke atas sampel-sampel darah yang diterima daripada Inspektor Chong Yeong Ren. Keputusan analisis oleh SP10 ke atas sampel-sampel tersebut mengesahkan bahawa tertuduh adalah bapa kandung kepada bayi yang dilahirkan oleh SP3 (EKSIBIT P16).
26
SP1 adalah doktor yang merawat tertuduh sejak tahun 2006 iaitu ketika tertuduh berusia 9 tahun. SP1 mengesahkan bahawa tertuduh adalah seorang penghidap jangkitan HIV (EKSIBIT P2). Menurut pendapat SP1, jangkitan HIV yang dihidapi oleh tertuduh adalah berpunca daripada ibu yang dijangkiti kepada anak yang dikandung.
27
SP1 menyatakan bahawa HIV biasanya berjangkit melalui 3 cara iaitu hubungan seks daripada pasangan yang HIV positif kepada pasangannya, melalui pemindahan darah dan melalui ibu mengandung kepada anak yang dikandung. Keterangan mangsa (SP3)
28
SP3 lahir pada 01.07.2005. Oleh yang demikian, semasa kesalahan didakwa berlaku pada bulan Mac 2021, SP3 masih di bawah umur 16 tahun. Semasa memberi keterangan di Mahkamah pada 29.11.2023, SP3 telah mencapai umur 18 tahun.
29
SP3 belajar setakat Tingkatan 4 dan tertuduh adalah teman lelaki yang dikenali sejak SP3 di Tingkatan 2. Hubungan mereka adalah atas dasar suka sama suka dan mereka telah banyak kali melakukan hubungan seks.
30
SP3 merujuk kepada perhubungan seks yang berlaku diantara SP3 dengan tertuduh dengan perkataan “rogol” dan “kocak”. SP3 menyatakan bahawa Shakir telah membuang air mani di dalam “faraj” (kemaluan) SP3 semasa hubungan seks yang menyebabkan beliau mengandung. Shakir juga pernah membuang air mani ke atas perut SP3. SP3 dengan jelas menyatakan perbuatan Shakir memasukkan “pelir” (kemaluan) tertuduh ke dalam “faraj” SP3 semasa perhubungan seks tersebut.
31
Sebelum pemeriksaan di klinik pada 26.07.2021, SP3 sudah tahu beliau mengandung melalui ujian yang dibuat sendiri. SP3 mengesahkan ada perbincangan dengan ibu Shakir dan SP3 telah disuruh untuk membuat laporan polis dan ujian DNA. Laporan polis telah dibuat oleh ibu SP3 pada 26.07.2021.
32
SP3 menyatakan bahawa kandungan tersebut adalah anak Shakir (tertuduh) kerana SP3 hanya membuat hubungan seks dengan Shakir sahaja.
33
SP3 menyatakan bahawa beliau tidak tahu bahawa tertuduh adalah seorang penghidap jangkitan HIV. SP3 juga menyatakan tidak akan melakukan hubungan seks dengan seseorang yang beliau tahu menghidap jangkitan HIV.
34
Semasa pemeriksaan balas, SP3 menafikan bahawa hubungan seks hanya berlaku sekali sahaja yang menyebabkan beliau mengandung. SP3 juga menafikan bahawa sebelum hubungan seks tersebut berlaku, SP3 telah memberitahu tertuduh bahawa SP3 telah cukup umur 16 tahun dan mereka telah menyambut hari jadi SP3 yang ke-16.
35
Walaupun SP3 tidak dapat memberikan keterangan yang tepat dan jelas mengenai masa kejadian yang menjadi sabjek pertuduhan di dalam kes ini yang dikatakan berlaku pada bulan Mac tahun 2021, berdasarkan kepada keterangan SP4 bahawa usia kandungan SP3 adalah di antara 18-20 minggu semasa pemeriksaan dibuat oleh SP4 ke atas SP3 pada 27.07.2021, maka adalah munasabah bahawa perhubungan seks di antara SP3 dan tertuduh telah berlaku pada bulan Mac tahun 2021. Isu 1: Kredibiliti keterangan SP3
36
SP3 telah memberi keterangan di hadapan HMS yang terdahulu pada 29.11.2023 dan 13.02.2024. Pada 29.11.2023, SP3 telah mencapai umur 18 tahun.
37
Terdapat percanggahan dalam keterangan SP3 semasa di soal-balas mengenai sama ada SP3 ada memberitahu tertuduh bahawa SP3 telah berumur 16 tahun sebelum berlakunya perhubungan seks di antara SP3 dan tertuduh yang menyebabkan SP3 mengandung.
38
SP3 pada mulanya menjawab “Ya” apabila ditanya oleh peguambela sama ada SP3 ada memberitahu tertuduh bahawa SP3 telah berumur 16 tahun sebelum berlakunya perhubungan seks tersebut. Namun apabila ditanya lanjut, SP3 secara konsisten telah menafikan ada memberitahu tertuduh bahawa SP3 telah berumur 16 tahun sebelum berlakunya perhubungan seks tersebut.
39
Mahkamah merujuk kepada keterangan SP3 seperti berikut: “Peguambela 1: Fakhirah kenal Shakir sudah berapa lama sebelum tu, 2 tahun? SP3: Dah lama kenal dia. Peguambela 1: Kenal tahun 2020? SP3: Lama dah kenal dia. Peguambela 1: Kenal lama tu saya katakan melalui Instagram? SP3: Tak. Peguambela 1: Melalui media sosial? SP3: Tak. Peguambela 1: Kenal tu sebab ada hubungan keluarga ke macam mana? SP3: Waris, macam tu. Waris, keluarga. Peguambela 1: Tapi start berhubung dengan dia melalui media sosial, betul tak? Peguambela 1: Start berhubung dengan dia melalui Instagramlah? Peguambela 1: Maknanya kenal dah lama cuma mula berhubungan melalui Instagram? Peguambela 1: Pada tahun 2020? Peguambela 1: Sepanjang tahun 2020 Fakhirah tak pernah berjumpa dengan Shakir. Berjumpa face to face, betul tak? SP3: Entah, tak ingat dah. Peguambela 1: Jadi Fakhirah berjumpa dengan Shakit pada hari kejadian di dalam kereta tu, betul tak. Itu pertama kali jumpa dia? SP3: Sebelum tu ada jumpa dia. Peguambela 1: Tapi sebelum tu jumpa makan-makan ke macam mana. Jumpa biasalah kan? Peguambela 1: Jumpa biasa, tidak ada buat maksiat serupa dengan Fakhirah beritahu dulu kan buat maksiat. Jadi yang jumpa lain tu jumpa biasalah? Peguambela 1: Dan jumpa sekejap-sekejap saja bukan? Peguambela 1: Masa tahun 2020 Fakhirah sudah tak bersekolah. Betul tak? Peguambela 1: Betullah? Peguambela 1: Memandangkan Fakhirah ni tidak sekolah, jadi Shakir ni dia tidak tahu Fakhirah sekolah tingkatan berapa. Betul? Peguambela 1: Pada awal tahun 2021, Fakhirah telah beritahu Shakir bahawa Fakhirah telah cukup umur 16 tahun. Betul tak? Peguambela 1: Dan Fakhirah minta Shakir menyambut harijadi 16 tahun, betul tak? SP3: Tidak. Peguambela 1: Ada minta tak sambut harijadi? SP3: Tidak. Peguambela 1: Kamu beritahu Shakir bahawa umur cukup 16 tahun? SP3: Tidak. Peguambela 1: Masa tahun baru? SP3: Tak ada. Peguambela 1: Masa tahun baru, setuju tak kalau saya kata Fakhirah telah beritahu Shakir, tahun 2021, cukup umur 16 tahun. Betul tak? SP3: Tidak. Peguambela 1: Adakah Fakhirah kenal tak mana-mana kawan Shakir? SP3: Ada. Peguambela 1: Siapa kawan Shakir yang Fakhirah kenal? SP3: Tak ingat nama. Peguambela 1: Setuju saya katakan bahawa Fakhirah juga ada beritahu kepada kawan Shakir tu bahawa pada tahun 2021 Fakhirah telah cukup umur 16 tahun. Betul tak?
40
Berdasarkan penilaian ke atas keterangan SP3 secara keseluruhan, Mahkamah berpendapat bahawa percanggahan tersebut bukanlah percanggahan yang serius dan ianya tidak menjejaskan krebiliti SP3 sebagai saksi yang bercakap benar dan keterangannya boleh diterima oleh Mahkamah.
41
Lebih-lebih lagi, keterangan SP3 telah disokong (corroborated) oleh suatu keterangan sokongan yang amat kukuh iaitu keterangan bahawa SP3 telah mengandung dan melahirkan bayi yang telah disahkan melalui keterangan analisa ‘DNA’ sebagai anak kandung tertuduh sebagaimana keterangan oleh SP10.
42
Berdasarkan penelitian dan penilaian Mahkamah ke atas keterangan SP3 secara keseluruhan, Mahkamah berpendapat bahawa SP3 adalah seorang saksi yang kredibel dan keterangan SP3 sewajarnya diterima oleh Mahkamah. Isu 2: Sama ada pembelaan di bawah seksyen 79 Kanun Keseksaan terpakai di peringkat akhir kes pendakwaan
43
Di akhir kes pendakwaan, pihak pembelaan telah berhujah bahawa pembelaan di bawah seksyen 79 KK terpakai iaitu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah kesilapan fakta (mistake of fact) dimana tertuduh telah melakukan hubungan seks dengan SP3 dengan kepercayaan fakta bahawa SP3 telah berumur lebih 16 tahun semasa hubungan seks tersebut berlaku.
44
Peruntukan seksyen 79 KK menyatakan seperti berikut: “79. Act done by a person justified, or by mistake of fact believing himself justified by law Nothing is an offence which is done by any person who is justified by law, or who by reason of a mistake of fact and not by reason of a mistake of law in good faith believes himself to be justified by law, in doing it.”
45
Mahkamah turut merujuk kepada peruntukan seksyen 105 Akta Keterangan seperti berikut: “105. Burden of proving that case of accused comes within exceptions When a person is accused of any offence, the burden of proving the existence of circumstances bringing the case within any of the general exceptions in the Penal Code, or within any special exception or proviso contained in any other part of the same Code, or in any law defining the offence, is upon him, and the court shall presume the absence of those circumstances.”
46
Seterusnya, Mahkamah merujuk kepada nas undang-undang yang berkaitan dengan prinsip pemakaian seksyen 79 KK.
47
Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi di dalam kes PP v. Wong Haur Wei [2008] 7 CLJ 200, telah memutuskan seperti berikut: “[26] In my view, the principles governing the defence under s.79 may be stated as follows:
4
The mistake must be a mistake of fact and not a mistake of law, as ignorance of the law is no excuse;
2
The mistake of fact must be made in good faith, and the test of whether a mistake was made in good faith is not whether the mistake was an easy one to make nor whether a reasonable person could make the mistake. The test is that laid down in s.52 of the Penal Code ie whether there was due care and attention. The mistake may be a natural one to make and it may be one which reasonable persons often make. Nevertheless, the defence is not made out unless it is shown on a balance of probabilities that the appellant exercised due care and attention ie it was a reasonable mistake to make: per Yong Pung How CJ (Singapore) (as he then was) in Tan Khee Wan, supra. (See also Mallal’s Penal Law, Malayan Law Journal Sdn Bhd 2002);
3
Where an accused is acting under the instruction of a third person, the accused must prove that he is sincerely mistaken in fact in thinking that the third person was acting bona fide: per Worley J in Arumugam and Another, supra; and
4
S. 79 appears in Chapter IV of the Penal Code dealing with general exceptions. Under s. 107 of the Evidence Act 1950, the burden of proving the existence of circumstances bringing a case within the general exceptions in the Penal Code is upon the accused person and the court shall presume the absence of such circumstances: per Coomaraswamy J (Singapore) in Teo Eng Chan & Ors, supra, at p. 161C left.” (penekanan ditambah)
48
Seterusnya, Mahkamah merujuk kepada satu keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v. Mohd Rozani Yahaya [2025] 2 CLJ 21 yang telah memutuskan seperti berikut: “[67] Secondly, after having found that the prosecution had established a prima facie case as charged, it is incumbent on the learned trial judge to call for the accused to enter his defence. It is premature for the learned trial to acquit the accused at the end of the prosecution's case based solely on medical evidence, as that is not a complete defence in law as envisaged under ss. 84 or 85(2)(b) of the Penal Code. The learned trial judge should have continued with the trial and heard the defence's version. It is certainly premature for the learned trial judge at the end of the prosecution's case to determine whether or not the accused was of unsound mind when he committed the offence as the onus of proving the defence on a balance of probabilities was on the accused at the defence stage of the trial. Having found that the offence of murder had been established by the prosecution, it is incumbent upon the trial judge to direct the accused to state his defence. By failing to do so, the learned trial judge had fallen into a serious error of law, which was repeated by the Court of Appeal, which warranted appellate intervention.” (penekanan ditambah)
49
Berdasarkan nas-nas di atas, Mahkamah berpendapat bahawa isu sama ada pembelaan di bawah seksyen 79 KK terpakai atau tidak bukanlah merupakan isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah di akhir kes pendakwaan kerana beban untuk membuktikan pembelaan di bawah seksyen 79 KK adalah terletak kepada pihak pembelaan pada tahap di atas imbangan kebarangkalian yang munasabah (on a balance of probabilities) yang perlu diputuskan oleh Mahkamah di akhir kes pembelaan setelah mendengar keterangan pihak pembelaan.
50
Apa yang perlu diputuskan oleh Mahkamah di akhir kes pendakwaan adalah sama ada pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie sebagaimana pertuduhan dan sekiranya tertuduh dipanggil untuk membela diri, maka beban adalah terletak ke atas tertuduh untuk membuktikan pembelaan di bawah seksyen 79 KK pada tahap di atas imbangan kebarangkalian yang munasabah. Keputusan Mahkamah di akhir kes pendakwaan
51
Setelah membuat penilaian maksima ke atas keseluruhan keterangan kes pendakwaan, Mahkamah berpuas hati bahawa saksi-saksi pihak pendakwaan terutama mangsa iaitu SP3 adalah saksi yang kredibel dan keterangan yang diberikan adalah boleh diterima dan dipercayai oleh Mahkamah. Mahkamah tidak mendapati sebarang alasan untuk meragui kredibiliti keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pihak pendakwaan terutama keterangan oleh mangsa SP3.
52
Berdasarkan keterangan pihak pendakwaan secara keseluruhan, Mahkamah berpuas hati bahawa setiap elemen pertuduhan bagi kesalahan rogol sebagaimana ditakrifkan di bawah seksyen 375 KK dan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376(2)(i) KK telah berjaya dibuktikan oleh pendakwaan iaitu:
a
suatu hubungan seksual (‘a sexual intercourse’) telah berlaku di antara tertuduh dan mangsa;
b
mangsa berumur di bawah 16 tahun semasa hubungan seksual tersebut berlaku;
c
tertuduh mengetahui bahawa beliau adalah penghidap penyakit Human Immuno-Deficiency Virus (HIV) dan ianya boleh berjangkit kepada mangsa semasa hubungan seksual tersebut berlaku.
53
Oleh yang demikian, Mahkamah berpuas hati bahawa satu kes prima facie sebagaimana pertuduhan telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap tertuduh. Oleh yang demikian juga, tertuduh dengan itu dipanggil untuk membela diri terhadap pertuduhan. Keterangan kes pembelaan
54
Tertuduh telah memberi keterangan bersumpah dan tidak ada memanggil saksi lain.
55
Berdasarkan keterangan pembelaan secara keseluruhan, Mahkamah mendapati bahawa teras pembelaan tertuduh adalah pembelaan kesilapan fakta di bawah seksyen 79 KK sebagaimana yang telah dibangkitkan di akhir kes pendakwaan.
56
Walaupun tertuduh semasa memberi keterangan masih cuba berdolak-dalih daripada mengakui bahawa perhubungan seks telah berlaku diantara tertuduh dan SP3, pihak pembelaan pada dasarnya tidak lagi mempertikaikan fakta bahawa suatu hubungan seks telah berlaku di antara tertuduh dan SP3, dan juga fakta bahawa pada masa hubungan seks tersebut berlaku, tertuduh mengetahu bahawa beliau adalah seorang penghidap jangkitan HIV yang boleh berjangkit melalui hubungan seks kepada pasangannya.
57
Daripada keterangan tertuduh, Mahkamah mendapati fakta kes pembelaan seperti berikut.
58
Tertuduh dan SP3 mula menjalinkan hubungan yang rapat bermula pada awal tahun 2021. Namun, sebelum itu mereka berdua telah lama saling mengenali kerana ibu SP3 dan ibu angkat tertuduh adalah merupakan saudara dan kawan rapat yang tinggal di kampung yang berdekatan dan tertuduh telah tinggal bersama ibu angkatnya sejak tertuduh kecil lagi. Tertuduh mengetahui bahawa SP3 tidak lagi bersekolah namun beliau tidak tahu umur sebenar SP3.
59
Tertuduh mengakui telah menghidapi penyakit jangkitan HIV sejak kecil lagi dan mengakui tidak pernah memberitahu perkara tersebut kepada SP3.
60
Pada hari kejadian, iaitu pada hari berlakunya hubungan seks diantara tertuduh dan SP3 di dalam kereta Kembara yang menyebabkan SP3 mengandung dan seterusnya menyebabkan satu laporan polis telah dibuat oleh ibu SP3, tertuduh menyatakan mereka telah berjumpa untuk menyambut hari jadi SP3 yang ke-16 tahun.
61
Mahkamah merujuk kepada keterangan tertuduh seperti berikut: “Peguambela 1: Adakah kamu tahu dia bersekolah di mana? SD1: Dia tidak bersekolah. Peguambela 1: Kamu kenal dia, dia tidak bersekolah? Peguambela 1: Jadi kamu jumpa tahun 2022? Peguambela 1: Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Amalin sebagai hari kejadian kamu merogol dia. Yang dia katakan kamu merogol dia? Peguambela 1: Adakah itu kali pertama sebagaimana yang kamu cerita. Adakah itu kali terakhir kamu berjumpa dengan dia? SD1: Ya, kali terakhir saya berjumpa dengan dia. Peguambela 1: Apa yang membuatkan pada tahun 2022 ini kamu ingin berjumpa dengan dia? SD1: Sebab ingin menyambut ulang tahun kelahiran dia. Menyambut hari jadi dia. Peguambela 1: Ingin menyambut? SD1: Hari jadi dia. Pada awal tahun. Peguambela 1: Bilakah Hari Jadi dia? SD1: Saya tak pasti, cuma dia beritahu saya pada awal tahun. Peguambela 1: Saya tak pasti cuma dia beritahu kamu? SD1: Pada awal tahun. Peguambela 1: Bila awal tahun tu. Adakah dia beritahu? SD1: Tidak. Dia cakap awal tahun. Peguambela 1: Birthday umur yang ke berapa? SD1: 16.”
62
Menurut tertuduh, apabila ibu SP3 datang berjumpa tertuduh dan ibu tertuduh mengenai kandungan SP3, tertuduh telah menyatakan yang beliau bersedia untuk bertanggungjawab ke atas kandungan tersebut. Walaubagaimanapun, menurut tertuduh, perhubungan mereka terhenti setakat itu sahaja apabila ibu SP3 telah membuat laporan polis.
63
Mahkamah merujuk kepada keterangan tertuduh seperti berikut: “Peguambela 1: Apabila emak kepada Amalin ini membuat laporan polis, apa yang dia telah lakukan? SD1: Dia datang ke rumah. Peguambela 1: Dia datang ke rumah untuk? SD1: Untuk saya bertanggungjawab. Peguambela 1: Apakah jawapan daripada kamu? SD1: Saya akan bertanggungjawab. Peguambela 1: Kamu akan bertanggungjawablah, itu yang kamu beritahu? Peguambela 1: So, apakah maksud bertanggungjawab tersebut? Apa yang kamu faham berkenaan dengan tanggungjawab yang kamu kata kamu sanggup bertanggungjawab tu? SD1: Maksud bertanggungjawab? Peguambela 1: Ya, kamu beritahu kepada keluarga Amalin kamu sanggup bertangggungjawab. Apa yang kamu maksudkan dengan bertanggungjawab tu? SD1: Saya nak jaga. Peguambela 1: Nak jaga dia? Peguambela 1: Adakah perkara itu menjadi kenyataan? SD1: Tidak. Peguambela 1: Mengapa perkara tersebut tidak menjadi kenyataan? SD1: Sebab emak dia buat laporan dulu. Peguambela 1: Macam mana? SD1: Sebab emak dia buat laporan. Peguambela 1: Sebab emak dia buat laporan polis? Peguambela 1: Adakah kamu tahu kandungan laporan polis tersebut, yang emak dia buat laporan polis tu? SD1: Tidak. Peguambela 1: Apa yang dikatakan oleh emak dia ketika berjumpa dengan keluarga kamu. Apa tuduhan dia, adakah dia beritahu? SD1: Tidak. Peguambela 1: Tak kan tak beritahu? SD1: Yang mana, kes rogol. Peguambela 1: Dia kata kamu? SD1: Rogol anak dia. Peguambela 1: Adakah kamu merogol anak dia, Amalin tu? SD1: Yang dalam kereta? Peguambela 1: Adakah itu kamu merogol dia? SD1: Maksudnya? Peguambela 1: Sekarang ini emak Amalin tuduh kamu merogol dia. Adakah betul ke tak kamu merogol dia tu? Peguambela 1: Kamu betul merogol dia? SD1: Tidak. Peguambela 1: Mengapa kamu kata kamu tidak merogol dia? SD1: Sebab saya jumpa pergi pusing. Peguambela 1: Sebab apa, adakah kamu melakukan hubungan seks dengan dia masa tu dalam kereta? SD1: Saya akui. Peguambela 1: Kamu akui, tapi kamu tidak mengakui merogol. Mengapa? SD1: Sebab suka sama suka. Peguambela 1: Ya, suka sama suka. Kenapa kamu tidak mengakui, kamu tidak kata itu rogol? SD1: Sebab umur dia 16. Peguambela 1: Okey, sebab umur dia 16?
64
Semasa diperiksa-balas, tertuduh telah memberikan keterangan seperti berikut: “Pendakwa Raya 1: Saya cadangkan yang kamu kenal dengan Fakhirah Amalin sejak kecil lagi? SD1: Tidak. Pendakwa Raya 1: Saya cadangkan yang kamu kata kamu kenal Mok Soh ni dari umur kamu 20 tahun? Pendakwa Raya 1: Dan kamu kenal Fakhirah Amalin ni sejak kamu umur 20 tahun lagi? Pendakwa Raya 1: Betul ya? Pendakwa Raya 1: Maknanya sebelum kamu kata kamu keluar dengan Fakhirah Amalin pada malam birthday dia tu, kamu dah kenal dengan Fakhirah Amalin beberapa tahun? SD1: Kenal pun tak rapat macam tu. Pendakwa Raya 1: Tak rapat tapi kamu kenal dia? SD1: Ya. Tak tahu umur. Pendakwa Raya 1: Kamu ada tanya dia, berapa umur dia? SD1: Tak ada. Pendakwa Raya 1: Kamu kata kamu keluar dengan dia awal tahun? Pendakwa Raya 1: Awal tahun, tahun 2022? Pendakwa Raya 1: Yang kamu keluar yang ada tuduhan kamu rogol dia kan, yang ni yang kamu maksudkan? Pendakwa Raya 1: Untuk sambut birthday Fakhirah Amalin ni? Pendakwa Raya 1: Yang ke? SD1: 16. Pendakwa Raya 1: Setuju saya katakan yang kamu keluar dengan Fakhirah Amalin ni bukan pada awal tahun 2022 tapi pada bulan Mac 2021? Pendakwa Raya 1: Setuju saya katakan yang kamu bercinta dengan Fakhirah Amalin ni sejak Mac 2021? Pendakwa Raya 1: Setuju saya katakan yang hasil hubungan seks kamu dengan Fakhirah Amalin ni, Fakhirah Amalin telah pun mengandung? Pendakwa Raya 1: Dan saya katakan bayi yang dikandungkan oleh Fakhirah Amalin ni ialah anak kamu? Pendakwa Raya 1: Tak setuju ke, tak setuju? Pendakwa Raya 1: Dan saya katakan ya, laporan DNA mengesahkan yang bayi yang dilahirkan oleh Fakhirah Amalin ni ialah anak kamu? Pendakwa Raya 1: Tak apa, tak setuju ke? SD1: Ulang balik. Pendakwa Raya 1: Saya katakan, tengok pada saya, yang bayi yang dilahirkan oleh Fakhirah Amalin ni, hasil ujian DNA mengesahkan anak kamu? SD1: Saya tak pasti.”
65
Berdasarkan keterangan dalam pemeriksaan balas di atas, tertuduh masih cuba mengelak daripada memberi keterangan yang jujur bahawa beliau telah melakukan hubungan seks dengan SP3 yang telah menyebabkan SP3 mengandung walaupun tertuduh tahu bahawa beliau telah disahkan sebagai bapa kandung kepada bayi tersebut melalui keterangan analisa DNA. Namun pada masa yang sama juga, tertuduh cuba untuk membangkitkan justifikasi kepada perhubungan seks yang berlaku iaitu beliau percaya bahawa SP3 telah berumur 16 tahun ketika perhubungan seks tersebut berlaku. Pembelaan tertuduh: Pembelaan kesilapan fakta di bawah seksyen 79 Kanun Keseksaan
66
Berdasarkan keterangan tertuduh dan juga keterangan dalam pemeriksaan-balas ke atas SP3, tertuduh ternyata bergantung kepada pembelaan undang-undang di bawah seksyen 79 KK iaitu perbuatan yang dilakukan akibat daripada kesilapan fakta (mistake of fact) iaitu semasa hubungan seks tersebut berlaku, tertuduh percaya bahawa SP3 telah mencapai umur 16 tahun.
67
Mahkamah sekali lagi merujuk kepada prinsip yang digariskan dalam kes PP v. Wong Haur Wei (supra) mengenai pemakaian pembelaan di bawah seksyen 79 KK seperti berikut: “[26] In my view, the principles governing the defence under s.79 may be stated as follows:
4
The mistake must be a mistake of fact and not a mistake of law, as ignorance of the law is no excuse;
2
The mistake of fact must be made in good faith, and the test of whether a mistake was made in good faith is not whether the mistake was an easy one to make nor whether a reasonable person could make the mistake. The test is that laid down in s.52 of the Penal Code ie whether there was due care and attention. The mistake may be a natural one to make and it may be one which reasonable persons often make. Nevertheless, the defence is not made out unless it is shown on a balance of probabilities that the appellant exercised due care and attention ie it was a reasonable mistake to make: per Yong Pung How CJ (Singapore) (as he then was) in Tan Khee Wan, supra. (See also Mallal’s Penal Law, Malayan Law Journal Sdn Bhd 2002);
3
Where an accused is acting under the instruction of a third person, the accused must prove that he is sincerely mistaken in fact in thinking that the third person was acting bona fide: per Worley J in Arumugam and Another, supra; and
4
S. 79 appears in Chapter IV of the Penal Code dealing with general exceptions. Under s. 107 of the Evidence Act 1950, the burden of proving the existence of circumstances bringing a case within the general exceptions in the Penal Code is upon the accused person and the court shall presume the absence of such circumstances: per Coomaraswamy J (Singapore) in Teo Eng Chan & Ors, supra, at p. 161C left.” (penekanan ditambah)
68
Selain peruntukan di bawah seksyen 79 dan 52 KK, Mahkamah juga merujuk kepada peruntukan di bawah seksyen 20 AKSTKK seperti berikut: “20. Anggapan umur kanak-kanak Tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, bahawa seseorang tertuduh mempercayai bahawa umur kanak-kanak itu ialah umur atau lebih daripada umur yang dinyatakan dalam peruntukan kesalahan itu masing-masing pada masa kesalahan itu dikatakan telah dilakukan melainkan jika tertuduh itu telah mengambil semua langkah yang munasabah untuk menentukan umur kanak-kanak itu (“unless the accused took all reasonable steps to ascertain the age of the child”).”
69
Berdasarkan peruntukan dan nas di atas, Mahkamah berpendapat bahawa di dalam memutuskan sama ada pembelaan di bawah seksyen 79 KK terpakai kepada tertuduh di dalam kes ini, beban pembuktian terletak ke atas tertuduh untuk membuktikan pada tahap imbangan kebarangkalian (on a balance of probabilities) bahawa:
a
kesilapan yang berlaku adalah satu kesilapan yang munasabah (reasonable mistake) iaitu tertuduh telah melakukan kesilapan tersebut dengan suci hati (“good faith”) iaitu setelah mengambil segala tindakan berhati-hati dan berjaga-jaga yang sepatutnya (due care and attention); tertuduh telah mengambil semua langkah yang munasabah (all reasonable steps) untuk menentukan umur SP3; dan
b
Berdasarkan peruntukan seksyen 20 AKSTKK, tindakan berhati-hati dan berjaga-jaga yang sepatutnya (due care and attention) adalah bermaksud bahawa tertuduh telah mengambil semua langkah yang munasabah (all reasonable steps) untuk menentukan umur SP3.
70
Berdasarkan keseluruhan keterangan kes pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah membuat dapatan fakta seperti berikut:
a
Tertuduh dan SP3 telah lama mengenali sebelum perhubungan seks tersebut berlaku melalui hubungan persahabatan di antara ibu angkat tertuduh dengan ibu SP3;
b
Tertuduh mengetahui bahawa SP3 tidak lagi bersekolah semasa perhubungan seks tersebut berlaku;
c
SP3 telah berhenti sekolah semasa di Tingkatan 4;
d
SP3 menafikan bahawa sebelum perhubungan seks tersebut berlaku, SP3 ada memberitahu tertuduh bahawa SP3 telah mencapai umur 16 tahun, dan menafikan bahawa mereka ada menyambut hari jadi SP3 yang ke-16;
e
Tertuduh tidak tahu umur SP3;
f
Tertuduh tidak ada bertanya berapakah umur SP3;
g
Tertuduh tidak ada mengambil sebarang tindakan yang munasabah untuk memastikan umur sebenar mangsa seperti meminta untuk melihat kad pengenalan mangsa untuk memastikan SP3 telah mencapai umur 16 tahun sebelum melakukan perhubungan seks dengan SP3.
71
Berdasarkan fakta-fakta di atas, Mahkamah berpendapat bahawa, di atas ujian imbangan kebarangkalian yang munasabah, tertuduh telah gagal untuk mengambil semua langkah yang munasabah (all reasonable steps) untuk menentukan umur SP3 sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 20 AKSTKK dan oleh yang demikian tertuduh telah gagal untuk membuktikan di atas imbangan kebarangkalian yang munasabah bahawa kesilapan yang berlaku adalah satu kesilapan yang munasabah (reasonable mistake) iaitu tertuduh telah melakukan kesilapan tersebut dengan suci hati (“good faith”) iaitu setelah mengambil segala tindakan berhati-hati dan berjaga-jaga yang sepatutnya (due care and attention).
72
Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat bahawa tertuduh telah gagal untuk membuktikan pembelaan di bawah seksyen 79 KK di atas imbangan kebarangkalian yang munasabah. Keputusan di akhir kes pembelaan
73
Setelah membuat penilaian maksima ke atas keseluruhan keterangan kes pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah dengan ini mendapati bahawa pembelaan telah gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan sebagaimana pertuduhan.
74
Mahkamah berpendapat bahawa pembelaan tertuduh mengenai umur mangsa yang dianggap oleh tertuduh telah mencukupi 16 tahun semasa kejadian adalah merupakan suatu penafian semata-mata dan keterangan fikir-kemudian dan telah gagal untuk memenuhi kehendak undang-undang di bawah seksyen 20 AKSTKK dimana tertuduh telah gagal untuk mengambil semua langkah yang munasabah untuk menentukan umur mangsa.
75
Mahkamah mendapati bahawa pihak pembelaan telah gagal untuk membuktikan pembelaan di bawah seksyen 79 KK di atas imbangan kebarangkalian yang munasabah.
76
Berdasarkan keterangan secara keseluruhan, Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan terhadap tertuduh diluar keraguan yang munasabah. Oleh yang demikian, Mahkamah dengan ini mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan sebagaimana Pertuduhan.
77
Dalam rayuan mitigasi, peguambela telah menyatakan faktor-faktor mitigasi seperti berikut:
a
Tertuduh berusia 28 tahun dan bekerja dengan bapa mertua sebagai buruh kontrak untuk membuat rumah. Tertuduh baru berkahwin dan tidak mempunyai anak;
b
Tertuduh ini adalah seorang pesakit HIV yang bergantung kepada ubat-ubatan yang diperolehi klinik kerajaan yang perlu dimakan setiap hari;
c
Kejadian yang berlaku adalah kejadian suka sama suka;
d
Ini adalah kesalahan pertama tertuduh. Tertuduh tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah;
e
Tertuduh telah pun insaf dan tidak pernah menghubungi mangsa selepas daripada kejadian. Tertuduh pernah menawarkan untuk berkahwin namun ianya tidak dapat dilaksanakan di atas sebab-sebab yang tertentu;
f
Tertuduh juga mempunyai seorang ibu dan ayah angkat yang telah memelihara beliau semenjak kecil yang telah uzur serta tidak mempunyai anak yang lain dan bergantung harap kepada jagaan tertuduh sahaja.
78
Pihak pendakwaan memohon satu hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh mengambil kira faktor-faktor berikut:
a
Faktor kepentingan awam agar suatu pengajaran dapat diberikan kepada masyarakat secara umumnya untuk tidak melakukan kesalahan yang sama dan dapat memberi pengajaran kepada tertuduh sendiri untuk tidak melakukan kesalahan yang sama pada masa yang akan datang;
b
Kesalahan rogol merupakan suatu kesalahan yang serius berdasarkan peruntukan hukuman yang diperuntukkan berkenaan kesalahan rogol yang mana hukuman penjara minimum adalah selama tempoh 10 tahun yang menunjukkan bahawa Parlimen mengambil berat mengenai kesalahan yang sebegini;
c
Tahap leluasa (rampancy) kes-kes seksual terutamanya secara khususnya di daerah Pasir Mas. Justeru suatu hukuman wajar diberikan untuk menunjukkan bahawa kesalahan sebegini perlu dibendung daripada terus menular dan menjadi barah dalam masyarakat;
d
Kesan dan akibat pebuatan tertuduh ini kepada mangsa di mana dalam kes ini mangsa telah pun mengandung yang mana bukan saja memberi kesan psikologi tetapi juga kepada fisiologi mangsa dan anak yang dikandungkan mangsa juga telah pun meninggal dunia yang mana memberi kesan mendalam kepada mangsa dan keluarga;
e
walaupun dalam kes ini tidak ada unsur ataupun elemen paksaan, tetapi adalah menjadi hasrat Parlimen peruntukan undang-undang sebegini dibuat untuk melindungi kanak-kanak di bawah umur 16 tahun;
f
ketika kejadian berlaku, tertuduh merupakan seorang pesakit yang menghidapi penyakit HIV dan tertuduh sedar bahawa dia menghidapi penyakit tersebut dan sedar bahawa penyakit tersebut adalah sejenis penyakit yang boleh berjangkit. Tetapi sebagaimana yang dikatakan tertuduh sendiri dalam perbicaraan, tertuduh tidak mendedahkan penyakitnya kepada mangsa sebelum melakukan hubungan seks kerana takut penyakitnya ini diketahui oleh orang lain.
79
Berdasarkan peruntukan hukuman di bawah seksyen 376(2) KK dimana hukuman penjara adalah minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan juga sebatan, dan setelah mengambilkira faktor-faktor mitigasi dan agravasi seperti di atas, serta fakta bahawa tertuduh telah disabitkan setelah perbicaraan penuh, Mahkamah berpendapat bahawa hukuman penjara 12 Tahun dan 3 sebatan adalah suatu hukuman yang setimpal dan wajar terhadap tertuduh.
80
Tertuduh juga dikenakan perintah menjalani Kaunseling Pemulihan menurut peruntukan di bawah seksyen 26 AKSTKK dan perintah Pengawasan Polis bagi tempoh 2 Tahun menurut peruntukan di bawah seksyen 27 AKSTKK. (ZULKPLI BIN ABDULLAH) HAKIM, MAHKAMAH SESYEN PASIR MAS,
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.