- Court
- Sessions Court of Malaysia
- Decision date
- 18 Aug 2025
- Case number
- DA-62JSK-21-05/2022
- Coram
- Tuan Zulkifli Bin Abllah
- Practice area
- - Rayuan daripada pihak OKT terhadap sabitan dan hukuman. - Seksyen 14 (a) dan seksyen (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 . - Pertuduhan Pindaan Pertama Bahawa kamu pada 09/11/2021 jam lebih kurang 4.30 petang di dalam sebuah kereta jenis Perodua Alza warna putih, nombor pendaftaran DCM 5805, di hadapan pam minyak BHP, Jalan Pasir Puteh lama, di dalam Jajahan Machang di dalam Negeri Kelantan Darul Nairn telah dengan maksud seksual melakukan amang seksual fizikal ke atas Sharifah Ashran Nadhirah Alhabshee Binti Syed Nawawi (Nombor Mykad: 051115-03-1350) yang semasa kejadian berumur 15 tahun 10 bulan dengan memegang bahagian peha dan kemaluannya. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu Kesalahan yang boleh dihukum di bawah sek. 14 (a) akta kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017. Pertuduhan Pindaan Kedua Bahawa kamu pada 09/11/2021 jam lebih kurang 7.00 petang bertempat di alamat PT 6091, Jalan Haji Arif, Belakang Hospital Machang, di dalam Jajahan Machang, di dalam Negeri Kelantan Darul Naim telah dengan maksud seksual melakukan amang seksual fizikal ke atas Sharifah Ashran Nadhirah Alhabshee Binti Syed Nawawi (Nombor Mykad: 051115-03-1350) yang semasa kejadian berumur 15 tahun 10 bulan dengan memeluk dan meraba tubuhnya. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu Kesalahan yang boleh dihukum di bawah sek. 14 (a) akta kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017. Hukuman Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017: Penjara tidak lebih dari tempoh 20 tahun dan juga boleh dikenakan dengan sebatan. - Mahkamah menjatuhkan hukuman seperti berikut : i. OKT dihukum penjara selama 6 tahun dan 1 kali sebatan bagi pertuduhan pindaan pertama. ii. OKT dihukum penjara selama 6 tahun dan 1 kali sebatan bagi pertuduhan kedua. iii. Hukuman berjalan serentak dari tarikh sabitan. iv. OKT hendaklah menjalani kaunseling pemulihan selama dia ditahan dalam penjara di bawah Seksyen 26. v. 2 tahun pengawasan polis di bawah Seksyen 27 setelah dibebaskan
- Version
- Alasan Penghakiman 1
- Published
- 7 Oct 2025
- Source ID
- bcc13b9a-28bc-493b-8da0-dc5e03500acd