Lampiran
LAMPIRAN A kepada pertuduhan di atas mengandungi karangan atau artikel yang dikatakan telah diterbitkan oleh OKT pada tarikh, masa dan tempat seperti mana pertuduhan. Berikut adalah isi kandungannya untuk penelitian Mahkamah ini di dalam mencapai dapatan samada ianya mempunyai elemen kecenderungan menghasut atau tidak selaras 20 dengan peruntukan undang-undang dan otoriti-otoriti kes terdahulu tanpa keperluan untuk mengambilkira pendapat-pendapat oleh saksi-saksi pendakwaan. Secara khususnya ayat-ayat yang telah digariskan oleh pihak 25 pendakwaan adalah seperti berikut: “MALAYSIA SEKARANG BUKAN SAJA BEKAS BANDUAN LIWAT BOLEH JADI PM MALAH PESALAH MAHKAMAH BOLEH MASUK MENGADA RAJA MELAYU” 30 Ampun tuanku kalau ini dibaca Tuanku, ia bertujuan memelihara 5 institusi RAJA MELAYU Media sosial Istana di keluarkan gambar dan cerita orang kena tuduh di Mahkamah kerana menghina Islam mengadap Raja. 10 Bagi cheGuBard marhaen biasa melihat ada tidak kena bila bahagian Protokol Istana Negara membenarkan seorang OKT mengadap Raja. Sepatutnya Bahagian Protokol memberi nasihat. Tindakan tidak tepat. Raja ini lambang Keadilan. Para Hakim bertindak bagi pihak Raja. 15 Tetapi jika Raja membenarkan seorang kena tuduh kerana menghina Islam, Kamudian di berikan amaran. Jika gitu tidak perlu di dakwa. Tindakan ini tidak selaras dengan perjanjian orang Melayu dengan Raja saperti mana perjanjian Demang Lebar Daun mewakili rakyat 20 jelata Melayu dan keturunan dengan Raja Melayu dan keturunan turun temurun. Amat canggung dan Tidak boleh Raja melakukan perkara yang mengaibkan orang Melayu. 25 Sekarang orang Melayu terlalu aib atas perbuatan Raja ini. Dan ini 5 perlu di tegur secara terbuka. Teguran ini bukan perkara 3R..ni maruah Melayu dan Rajanya. Sudah lah orang Melayu di hina untuk menyampai memorandum hanya di sampai kan di pintu guard sahaja. Wal Hal yang di 10 perjuangan untuk menjaga Kedaulatan Raja Melayu. Bila seorang lelaki India merakamkan penghinaan kepada seorang Sultan. Tidak pula pembesar ꞽᶊtana itu nak buat laporan polis. Adakah ada kategori dan pilih bulu? 15 Jika begitu..sudah jadi Precedent orang kena tuduh di Mahkamah boleh mengadap Raja..Adakah peluang yang sama di berikan kepada orang lain yang kena tuduh di Mahkamah mengadap Raja? 20 cheGuBard cuma menyata pandang dalam tetap menjunjung rukun pertama Rukunegara, Kesetiaan kepada Raja Dan Negara. Itu belum lagi menyentuh bagaimana kini makin giat kapitalis tamak rakus berkomplot dengan politikus korup jahat mengheret Raja Melayu 25 dalam menjadi benteng kegiatan sakau mereka walaupun ia jelas melanggar perlembagaan. 5 Raja Melayu harus terus kekal prestijnya untuk terus menjadi pengikat dan payung ABATA. Ampuan Tuanku...Sekadar menyata pandangan 10 Klik https://www.facebook.com/share/p/BiEjraGGdWhWrr8h/? mibextid=oFDknk NOTA: dalam zaman EDAN ini nampaknya pertahan hak ABATA 15 digelar rasis dan ekstrimis namun yang menjarah dilindungi dengan nama hak asasi, demokrasi dan perbagai gelaran “sarsi-sarsi” lain…. KES PIHAK PENDAKWAAN 20 Bagi membuktikan kes terhadap OKT, pihak pendakwaan telah mengemukakan seramai enam (6) orang saksi yang terdiri daripada: SP1 – Tuan Nik Shahrim bin Ahmad Shahimi, pengadu bagi Cheras Rpt. 010293/24 (eksibit P2); 25 SP2 – Puan Azimah binti Adnan yang merupakan Timbalan Pengarah, 5 Jabatan Siasatan Rangkaian, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang telah menyediakan dan mengemukakan Laporan Analisa Risikan Media Sosial Che Gu Bard bertarikh 8 April 2024 (eksibit P6A); SP3 - Professor Datin Paduka Datuk Dr. Ramlah binti Adam, Ahli Pakar 10 Sejarah Melayu; SP4 – Inspektor G/26582 Norfazliza binti Abu Halipah, pengadu Jalan Tun Razak Rpt. 1559/24 (eksibit P3); 15 SP5 – Tuan Ahmad Bariq bin Yusof, pengadu Cheras Rpt. 10528/24 (eksibit P7) dan akhir sekali SP6 – Inspektor Harold Tinggang Ngau, pegawai penyiasat kes. 20 Tiga orang saksi pendakwaan yang dikemukakan iaitu SP1, SP4 dan SP5 merupakan pengadu-pengadu yang telah membuat laporan polis iaitu P2, P3 dan P7. Ketiga-tiga laporan polis mengandungi isi kandungan yang sama kecuali butiran pengadu. 25 SP3 merupakan pakar Sejarah Melayu yang dikemukakan bagi membantu mahkamah mencapai dapatan samada karangan OKT yang diterbitkan di laman facebook Che Gu Bard adalah mempunyai kecenderungan menghasut atau pun tidak. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN 5 Beban pembuktian di atas bahu pihak pendakwaan pada peringkat ini adalah untuk membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT bagi pertuduhan yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. Ini adalah seperti mana yang telah diperuntukkan di bawah 10 seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah dan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 iaitu: “After the amendments to ss. 173(f) and 180 of the CPC, the statutory test has been altered. What is required of a Subordinate Court and the High 15 Court under the amended section is to call for defence when it is satisfied that a prima facie case has been made out at the close of the prosecution case”. Selanjutnya, mahkamah ini turut menggunapakai ‘ujian’ yang telah 20 digariskan di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v PP [2003] 1 CLJ 734 iaitu: “Ujian yang betul untuk dipakai dalam menentukan samada satu kes prima facie telah dibuat di bawah s.180 Kanun Acara Jenayah (KAJ) (‘dan ini dipakai untuk satu perbicaraan di bawah s. 173 KAJ) adalah 25 sebagaimana yang terkandung di dalam penghakiman Hashim Yeop Sani HP (beliau pada masa itu) dalam Dato Mokhtar bin Hashim & Anor v. PP. Oleh itu, seorang Hakim yang bersidang seorang di bawah s.180 KAJ mesti menilai keterangan pendakwaan kepada tahap maksimum dan menyatakan soalan kepada diri sendiri ‘if I decide to call upon the accused 30 to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution 5 case?’ Jika jawapan adalah tidak, maka tiada kes prima facie telah dibuat dan tertuduh berhak kepada satu pembebasan. Dengan meletakkan keterangan pendakwaan kepada penilaian maksimum untuk menentukan jika pembelaan perlu dipanggil tidak bermaksud pendakwaan perlu membuktikan kesemuanya melalui keraguan yang munasabah di 10 peringkat pertengahan ini” Di dalam kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85 pula, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa: “Oleh yang demikian, ujian yang patut digunakan pada penutup kes 15 pendakwaan ialah samada terdapat keterangan yang mencukupi untuk menyabitkan tertuduh jika beliau memilih untuk berdiam diri, dan jika dijawab secara alternatif, bermakna satu kes prima facie telah dibuat. Pertimbangan tentang kewujudan sebarang keraguan yang munasabah dalam kes pendakwaan, jika wujud, tidak akan menuju kepada dapatan 20 bahawa terbuktinya kes prima facie.” DAPATAN MAHKAMAH 25 Seksyen 180(4) Kanun Acara Jenayah berbunyi: (4) For the purpose of this section, a prima facie case is made out against accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction. 30 Oleh itu, mahkamah pada peringkat ini perlu menimbang dan meneliti 5 samada intipati-intipati di bawah seksyen 4(1)(c) telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Bagi pertuduhan di bawah seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, pihak pendakwaan dikehendaki membuktikan dua intipati atau elemen jenayah 10 yang terdiri daripada: (i) OKT menyebut perkataan-perkataan seperti dalam pertuduhan; dan (ii) Perkataan-perkataan tersebut yang digariskan dalam LAMPIRAN A mempunyai kecenderungan menghasut. 15 Ini adalah seperti yang telah diputuskan di dalam kes PP v Chua Tian Chang [2016] 1 LNS 102. Bagi intipati pertama, mahkamah berpuashati melalui keterangan SP2 20 dan Laporan Analisa Risikan Media Sosial Che Gu Bard bertarikh 8 April 2024 (eksibit P6A) bahawa OKT adalah orang yang bertanggungjawab menerbitkan artikel seperti di LAMPIRAN A. SP1, SP4 dan SP5 telah mengesahkan bahawa laporan polis P2, P3 dan 25 P7 telah dibuat setelah membacakan perenggan yang bergaris di LAMPIRAN A yang pada hemat mereka, mempunyai kecenderungan menghasut. SP2 mengesahkan bahawa OKT adalah individu yang mentadbir akaun 5 media sosial Facebook Che Gu Bard yang masih wujud dan masih tertera profil OKT, gambar OKT dan pautan kepada web blog http://chegubard/blogspot.com. Semakan yang dilakukan oleh SP2 dengan Jabatan Pendaftaran Negara mengesahkan gambar yang tertera adalah sama dengan individu bernama Badrul Hisham bin Shaharin iaitu 10 OKT di dalam kes ini. Seterusnya, berkenaan intipati kedua pertuduhan, samada perenggan-perenggan yang bergaris di LAMPIRAN A berkecenderungan menghasut atau tidak seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 3(1)(a) 15 hingga (f) Akta Hasutan, rujukan dibuat kepada keputusan Mahkamah di dalam kes Mat Shuhaimi bin Shafiei v PP [2014] 2 MLJ 145: “[112] To be seditious, the words uttered or published must have a tendency to achieve one or more of the objects specified in s 3(1) of the Sedition Act. In a prosecution under s 4(1)(c) of the Sedition Act, there is 20 no requirement on the part of the public prosecutor to specify in the charge on which of the six tendencies set out in s 3(1) of the same Act he relies upon and it is open to him during the course of trial to pick and choose …” Ini bermakna, tidak ada keperluan untuk pihak pendakwaan membuktikan 25 kepada mahkamah samada penerbitan yang buat oleh OKT adalah benar atau palsu kandungannya. Tidak ada beban juga di atas pendakwaan untuk menyebut secara spesifik yang mana satu di antara enam akibat hasutan yang disenaraikan di bawah seksyen 3(1) (a) hingga (f) yang bakal berlaku, berpunca dari penerbitan OKT di perenggan bergaris 30 LAMPIRAN A tersebut. Kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan menghujahkan bahawa 5 tugas untuk menentukan samada perkataan-perkataan yang didakwa menghasut adalah terletak kepada Mahkamah dan bukannya terletak kepada mana-mana saksi pendakwaan. Rujukan telah dibuat kepada keputusan Yang Arif Hakim di dalam kes Muhammad Safwan Anang v PP [2016] 1 LNS 1673 yang berbunyi: 10 “[6] We are of the view whether or not the impugned statement attracts seditious tendencies is a matter to be evaluated by the Court on an objective basis taking into account the natural meaning of the word or the words in the statement used (see PP v Ooi Kee Saik & Ors [1971] 2 MLJ 108). To transcend into being a seditious statement, the Court must find that it has crossed the boundaries of acceptable 15 political comment permissible under the law and transcended into the realm of sedition. The decidendi in the aforesaid Karpal Singh’s case (supra) very clearly sets out this requirement that a Court should undertake and we quote from paragraph 73 of the case which adopts the principles in PP v Ooi Kee Saik (supra) i.e. the judgment of his Lordship Ahmad Maarop JCA (as he then was) 20 “[73] Seperti yang telah kami nyatakan mahkamahlah yang mesti memutuskan sama ada perkataan-perkataan responden itu menghasut atau tidak (lihat PP v Mark Koding). Mahkamahlah yang mesti membuat garis yang memisahkan pandangan atau komen politik yang dibenarkan oleh undang-undang dari perkataan-perkataan yang menghasut. Hal ini dijelaskan oleh mahkamah dalam PP v Ooi Kee Saik: 25 “A line must therefore be drawn between the right to freedom of speech and sedition. In this country the court draws the line. The question arises: where is the line to be drawn; where does free political criticism end and sedition begin? In my view, the right to free speech ceases at the point where it comes within the mischief of section 3 of the Sedition Act. The dividing line between lawful criticism of Government and sedition 30 is this – if upon reading the impugned speech as a whole the court finds that it was intended to be criticism of Government policy or administration with a view to obtain its change or reform, the speech is safe. But if the court comes to the conclusion that the speech used naturally, clearly and indubitably, has the tendency of stirring up hatred, contempt or disaffection against the Government, then it is caught within the 35 paragraph (a) of section 3(1) of the Act. In other contexts, the word “disaffection” might 5 have a different meaning, but in the context of the Sedition Act it means more than political criticism; it means the absence of affection, disloyalty, enmity and hostility. To ‘excite disaffection’ in relation to a Government refers to the implanting or arousing or stimulating in the minds of people a feeling of antagonism, enmity and disloyalty tending to make government insecure, if the natural consequences of the impugned 10 speech is apt to produce conflict and discord amongst the people or to create race hatred, the speech transgresses paragraphs (d) and (e) of section 3(1). Again paragraph (f) of section 3(1) comes into play if the impugned speech has reference to question any of the four sensitive issues – citizenship, national language, special rights of the Malaysia and the sovereignty of the Rulers.” 15 Di dalam membuat penilaian samada penerbitan OKT di facebook beliau di LAMPIRAN A, penilaian secara menyeluruh dan harfiah telah dibuat khususnya kepada empat perenggan bergaris iaitu: 20 Raja ini lambang Keadilan. Para Hakim bertindak bagi pihak Raja. Tetapi jika Raja membenarkan seorang kena tuduh kerana menghina Islam, Kamudian di berikan amaran. Jika gitu tidak perlu di dakwa. Tindakan ini tidak selaras dengan perjanjian orang Melayu dengan 25 Raja saperti mana perjanjian Demang Lebar Daun mewakili rakyat jelata Melayu dan keturunan dengan Raja Melayu dan keturunan turun temurun. Amat canggung dan Tidak boleh Raja melakukan perkara yang 30 mengaibkan orang Melayu. 5 Sekarang orang Melayu terlalu aib atas perbuatan Raja ini. Dan ini perlu di tegur secara terbuka. Teguran ini bukan perkara 3R..ni maruah Melayu dan Rajanya. 10 Setelah berkali-kali membaca dan meneliti kenyataan-kenyataan di atas, saya mendapati bahawa pernyataan-pernyataan tersebut termasuk di bawah pengecualian di bawah seksyen 3(2) Akta Hasutan 1948 yang berbunyi: “3. (2) Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (1), sesuatu 15 perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain tidak boleh disifatkan sebagai menghasut semata-mata oleh sebab perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu mempunyai kecenderungan – (a) bagi menunjukkan bahawa mana-mana Raja telah dikelirukan atau 20 tersilap dalam apa-apa langkah yang diambil olehnya.” Mahkamah bersetuju dengan penghujahan pembelaan bahawa pernyataan yang dibuat oleh OKT seperti di atas adalah merupakan luahan rasa tidak puashati OKT dengan tindakan protokol Istana Negara 25 yang membenarkan pemilik KK Mart yang pada masa tersebut, terlibat dengan penjualan stokin yang tertera kalimah ÁLLAH. Isu tersebut telah menjadi isu yang sangat sensitif bukan sahaja kepada OKT tetapi kepada seluruh umat Islam di negara ini. Pemilik KK Mart tersebut juga telah didakwa di Mahkamah Shah Alam sebelum dibenarkan menghadap 5 Tuanku DYMM Yang Dipertuan Agong. Oleh itu, pada hemat saya, tidak ada kecenderungan menghasut untuk mendatangkan kebencian terhadap DYMM Tuanku Yang Dipertuan Agong di dalam pernyataan yang telah diterbitkan oleh OKT seperti di 10 LAMPIRAN A tersebut. Saya juga turut merujuk penjelasan saksi SP3 kepada soalan semula oleh pihak pendakwaan apabila menjawab tidak pasti kepada soalan balas peguam bela OKT samada pernyataan OKT di Lampiran A tersebut 15 adalah satu hasutan atau tidak. Penjelasan SP3 adalah seperti berikut: “Q: Bandingkan petikan tindakan tuanku tidak selari dengan Demang Lebar Daun, isu KK Mart tadi situasinya tadi dengan perkataan OKT, ia bukan hasutan tetapi teguran dan prof jawap tak pasti. Boleh prof jelaskan? 20 A: Bagi saya, bila dalam makna perkataan hasutan atau hasut, dalam peribahasa melayu katakan batu api, orang yang bercakap macam-macam untuk mendorong seseorang jadi lebih panas dan marah. Kalau seseorang itu buat kenyataan dan ada penyokong, hasut itu satu perkataan yang berat dan besar dan menjadikan keadan lebih besar, berat dan teruk. Menegur itu lebih ringan, 25 macam hendak pergi mana. Itu tegur. Kalau marah lain. Engkau hendak pergi mana, habiskan duit je. Petikan tadi, saya tenguk, itu usaha tak lebih dari setakat tegur tapi kalau diulang-ulang, itu boleh mendorong menjadi lebih berat, lebih jelas sebab itu saya tak pasti. Ada elemen lebih jelas lebih dari menegur” (Rujuk muka surat 40-42 Nota Keterangan) 30 Mengambilkira akan penjelasan SP3, saya yakin bahawa OKT, di dalam 5 mengeluarkan kenyataan tersebut tidak bertindak untuk menjadi batu api agar rakyat membenci institusi Diraja, Badan Kehakiman dan juga Jabatan Peguam Negara. OKT tidak menafikan hak mutlak Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak mendakwa mana-mana individu. OKT hanya menyatakan kebimbangan selepas melihat 10 pertemuan antara pemilik KK Mart dan DYMM Tuanku Yang Dipertuan Agong melalui gambar yang turut disertakan bersama penerbitan facebook OKT di LAMPIRAN A. Mahkamah ini mengambil maklum bahawa ketika gambar pertemuan tersebut dimuat naik oleh pihak Protokol atau Media Istana Negara di laman sosial terbabit dan dilihat oleh 15 OKT, kes pemilik KK Mart masih lagi belum dimuktamadkan di Mahkamah Shah Alam. Justeru itu, OKT bimbang jika pemilik KK Mart akan turut mendapat pengampunan dan kes Mahkamah tidak diteruskan susulan daripada pertemuan tersebut. . 20 Mengambilkira fakta ini, maka saya bersetuju dengan pihak pembelaan bahawa penerbitan OKT di LAMPIRAN A adalah bersifat teguran kepada pihak Protokol Istana dan tidak mempunyai kecenderungan untuk menghasut. 25 KESIMPULAN Berdasarkan kepada alasan-alasan yang telah diterangkan di awal tadi maka saya mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT bagi satu kesalahan 30 yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 [Akta 15]. Oleh yang demikian, OKT dilepaskan dan dibebaskan daripada 5 pertuduhan tanpa dipanggil untuk mengemukakan pembelaan. BERTARIKH 24 JULAI 2026 10 SITI AMINAH BINTI GHAZALI HAKIM MAHKAMAH SESYEN 15 20