Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN GUA MUSANG DI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES JENAYAH NO: DI-62D-51-09/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN NIK MOHAMMAD AZHAR BIN MOHD RABUZALIL (NO. KP: 900723-03-5025) ALASAN PENGHAKIMAN
DI-62D-51-09/2024
Sessions Court of Malaysia26 Feb 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“16. Merujuk kepada kes Pendakwa Raya v Kumaraseelan a/l Raja Rathanam [2019] MLJU 1638 dimana Mahkamah Tinggi di Shah Alam telah menyatakan seperti berikut: “ [16] Isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ialah sama ada Responden yang mana telah disabitkan dengan kesalahan buat kali kee”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN GUA MUSANG DI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES JENAYAH NO: DI-62D-51-09/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN NIK MOHAMMAD AZHAR BIN MOHD RABUZALIL (NO. KP: 900723-03-5025) ALASAN PENGHAKIMAN
1
OKT telah dituduh dengan pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB 1952) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39C (1) ADB
1952
1952.
2
Pada tarikh perbicaraan pihak pembelaan telah memohon budi bicara Mahkamah Yang Mulia ini supaya Mahkamah Yang Mulia ini dapat memberikan perintah bon berkelakuan baik ke atas OKT di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah setelah OKT jika OKT ingin mengaku bersalah.
3
Pada 26.6.2024 jam lebih kurang 02;20 petang OKT telah dibawa ke Pejabat Narkotik IPD Gua Musang Kelantan dan Pengadu telah mengiringi OKT ke tandas untuk memungut sampel air kencing bagi tujuan saringan awal polis. Hasil ujian mendapati OKT positif dadah jenis Methamphetamine.
4
Jabatan Patalogi Hospital Perempuan Zainab II pada 4.7.2024 telah mengesahkan air kencing OKT mengandungi dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.
5
OKT telah mempunyai lima (2) rekod lampau yang kesemuanya melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mempunyai sabitan lampau dibawah Seksyen yang sama. Maka dengan itu, Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah terpakai kepada tertuduh.
6
Pada tahap ini, pihak pembelaan dengan rendah diri memohon budi bicara Mahkamah Yang Mulia ini untuk mempertimbangkan untuk satu perintah bon berkelakuan baik dapat diberikan kepada tertuduh.
7
Mahkamah ini pada 26.2.2026 telah melepaskan OKT bagi menjalani suatu Bon Berkelakuan Baik dibawah Sekyen 294 Kanun Tatacara Jenayah untuk tempoh 2 tahun dengan cagaran RM 10,0000 beserta seorang penjamin
8
Terkilan dengan keputusan tersebut, Perayu / pendakwaan merayu ke atas hukuman yang tidak memadai C.
9
Sebagaimana peruntukkan Seksyen 294(1) Kanun tatacara Jenayah yang memperuntukkan sebagaimana berikut:-
10
. “When any person has been convicted of any offence before any Court if it appears to the Court that regard being had to the character, antecedents, age, health or mental condition of the offender or to the trivial nature of the offence or to any extenuating circumstances under which the offence was committed it is expedient that the offender be released on probation of good conduct, the Court may, instead of sentencing him at once to any punishment, direct that he be released on his entering into a bond with or without sureties and during such period as the Court may direct to appear and receive judgment if and when called upon and in the meantime to keep the peace and be of good behaviour.”
11
Bon Kelakuan Baik ini bukanlah satu hukuman yang ringan sebaliknya ia adalah suatu hukuman yang tertangguh kerana sekiranya Bon Kelakuan Baik ini dilanggar oleh OKT, maka Mahkamah boleh menjatuhkan hukuman mengikut peruntukan hukuman yang asal. Hal ini adalah berdasarkan kepada peruntukan seterusnya di bawah subseksyen 294 (3), (4), dan (5) KTJ sebagaimana berikut:- “(3) If a Court having power to deal with the offender in respect of his original offence, or any Court of summary jurisdiction, is satisfied by information on oath that the offender has failed to observe any of the conditions of his bond, it may issue a warrant for his apprehension.
4
Any offender when apprehended on any such warrant shall, if not immediately brought before the Court having power to sentence him, be brought before a Magistrate, and the Magistrate may either remand him by warrant until the time at which he is required by his bond to appear for judgment or until the sitting of a Court having power to deal with his original offence, or 1may admit him to bail with a sufficient surety conditioned on his appearing for judgment.
5
The offender, when so remanded, may be committed to prison and the warrant of remand shall order that he be brought before the Court before which he was bound to appear for judgment or to answer as to his conduct since his release.”
12
Dalam kes PP v Kandasamy Muniandy [2005] 2 CLJ 201 Mahkamah juga telah menyatakan seperti berikut: “Majistret yang berkenaan juga telah mengambil kira isu kepentingan awam dan telah menjelaskan bahawa kepentingan awam masih terjaga kerana dalam tempoh penentang berada di bawah perintah supaya berkelakuan baik itu, iaitu tempoh tiga tahun, penentang perlu sentiasa berwaspada daripada melakukan sebarang kegiatan jenayah. Jika tidak, bukan saja dia akan dihadapkan ke mahkamah untuk dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahannya itu di bawah seksyen 411 Kanun Keseksaan, wang jaminan juga akan dilucuthakkan.”
13
Berdasarkan prisnsip undang-undang di atas, adalah jelas bahawa Mahkamah Yang Mulia ini mempunyai budi bicara untuk memberikan hukuman Bon Kelakuan Baik walaupun peruntukan Seksyen 39C(1) ADB 1952 memperuntukkan hukuman pemenjaraan mandatori. D. PENGGUNAAN UNDANG-UNDANG DI BAWAH SEKSYEN 294 KTJ OLEH
14
Merujuk kes Winston Rajah v PP [1999] 1 CLJ 315 di mana Yang Arif Richard Malanjum telah menyatakan di dalam penghakimannya bahawa: “The existence of a minimum sentence does not deprive this Court from exercising its discretion under section 294 of the CPC.”
15
Ia bukanlah suatu yang asing di mana seorang yang dituduh di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 diberikan Perintah bon kelakuan baik. Mahkamah Tinggi telah bersetuju bahawa Majistret mempunyai budi bicara untuk memberikan Perintah Bon Berkelakuan Baik di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah walaupun Responden di dalam kes itu telah disabitkan dengan kesalahan yang sama buat kali keempat yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.
16
Merujuk kepada kes Pendakwa Raya v Kumaraseelan a/l Raja Rathanam [2019] MLJU 1638 dimana Mahkamah Tinggi di Shah Alam telah menyatakan seperti berikut: “ [16] Isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ialah sama ada Responden yang mana telah disabitkan dengan kesalahan buat kali keempat di bawah Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39C ADB 1952 boleh diperintahkan dengan bon berkelakuan baik di bawah Seksyen 294 KTJ atau antara lain adakah Perintah yang telah diberikan oleh Majistret tersebut sah dan teratur dari segi fakta dan undang-undang? [17] Setelah meneliti hujahan pihak-pihak, saya bersetuju dengan hujahan peguam Responden bahawa Majistret masih mempunyai budi bicara untuk memberikan Perintah Bon Berkelakuan Baik kepada Responden di bawah Seksyen 294 KTJ walaupun Responden telah disabitkan dengan kesalahan yang sama buat kali keempat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39C ADB 1952.
17
Merujuk kepada kes Pendakwa Raya v Kumaraseelan a/l Raja Rathanam [SUPRA] di mana Mahkamah di dalam kes tersebut telah menggunakan budi bicaranya di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah dalam memerintahkan bon kelakuan baik terhadap OKT yang mempunyai empat kesalahan lampau.
18
Antara kes lain yang melibatkan jenayah dadah yang mana Mahkamah telah memberikan Bon Kelakuan Baik di bawah Seksyen 294 KTJ adalah PP v Muhammad Fadzil Mohd Amin [2019] 1 LNS 2127 di mana OKT dalam kes tersebut telah diperintahkan menjalani Bon Kelakuan Baik di bawah Seksyen 294 KTJ yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama. Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut: “In this appeal, the respondent had mitigated that he was remorseful of his actions and determined to start anew and started off by securing himself the job as a dispatch with a private company to support his family of two young children. The respondent further pleaded not to be sent to prison. The respondent had pleaded guilty to the first, third and fourth charges earlier. This Court agrees with the decision of the learned magistrate in exercising her discretion in not sentencing the respondent to prison but instead subjected the respondent to an order of good behavior bond under section 294 of the CPC. This Court in agreeing with the learned magistrate, further opines that remorse is itself a “sentence” on the respondent. Further, it will not be too far off to construe that when overwhelmed by remorse and penitence, those feeling of guilt and mental turmoil of being convicted by a crime, can themselves be construed as adequate and appropriate sentence on the respondent.”
19
Begitu juga dalam kes PP v Lee Chong Moi [2018] 5 LNS 196 [Tab 8 - Ikatan Otoriti] dan PP v Gurdave Singh Sarjit Singh [2018] 5 LNS 302 [Tab 9 - Ikatan Otoriti], juga turut menjalani Bon Kelakuan Baik di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah bagi kes melibatkan seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
20
Sebagai perbandingan bagi kes jenayah yang lebih berat hukuman pemenjaraannya. Merujuk kepada kes Nor Afizal bin Azizan v Public Prosecutor [2012] 6 MLJ 171 dimana Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan mengenakan Bon Kelakuan Baik yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen bagi pertuduhan yang begitu serius dan berat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga 20 tahun dan sebatan, dengan menyatakan ; “..The order under s.294 did not exonerate person of the offence which he had committed. He was convicted of the offence and this would be recorded and would form part of the person’s criminal records and would remain there for the rest of his life”.
21
Melihat kepada keberatan dan keseriusan kes seksyen 376 Kanun Keseksaan yang dinyatakan di atas dan berbanding dengan pertuduhan tertuduh pada hari ini yang tidak melibatkan sebarang mangsa, mahkamah ini berpandangan adalah wajar bagi mahkamah ini menggunakan bui bicara agar satu bon kelakuan baik dibawah Seksyen 294 KTJ diberikan ke atas tertuduh. E. RAYUAN MITIGASI OKT UNTUK BON KELAKUAN BAIK OLEH
22
Mahkamah Yang Mulia ini setelah menerima pengakuan salah OKT, dan menilai rayuan mitigasi untuk OKT diberikan hukuman Bon Kelakuan Baik di bawah Seksyen 294 KTJ atas alasan-alasan seperti berikut:- i) Pengakuan salah OKT menjimatkan masa Mahkamah. OKT berusia 32 tahun masih bujang dan belum berkahwin. Masih mempunyai ayah dan ingin memulakan hidup baru ii) OKT juga telah berada di dalam tahanan reman sejak tahun 2024 iaitu kira-kira hampir tiga (1) tahun (8) bulan) dan pihak pembelaan percaya bahawa tempoh tahanan reman ini juga adalah merupakan satu bentuk hukuman kepada OKT dan cukup telah memberi pengajaran dan penginsafan kepada beliau. iii) Bon berkelakuan baik dibawah Seksyen 294 KTJ bukanlah satu bentuk hukuman yang ringan kerana ia masih mewajibkan sabitan kesalahan direkodkan oleh Mahkamah dan OKT akan memegang rekod tersebut sebagai pengajaran kepadanya. iv) Selain itu, Bon berkelakuan baik juga adalah merupakan suatu bentuk hukuman yang tertangguh yang mana dalam tempoh tersebut yang mana jika Bon berkelakuan baik diberikan kepada OKT beliau wajib berkelakuan baik dan tidak terlibat dalam sebarang jenayah. Bukan itu sahaja, pergerakan OKT juga menjadi terhalang dan terkawal untuk sesuatu tempoh yang diberikan oleh Mahkamah. v) Meskipun pengakuan salah OKT bukanlah pada kesempatan yang terawal, namun pihak pembelaan dengan rendah diri memohon Mahkamah Yang Mulia ini untuk melihat bahawa pengakuan salah ini adalah sebagai tanda penginsafan daripada OKT sendiri. OKT telah dengan rela hati telah mengaku salah, dan pengakuan salah OKT pada peringkat ini telah menjimatkan masa dan kos semua pihak. Masa yang telah dijimatkan ini boleh digunakan untuk mendengar kes-kes lain yang lain. vi) Hansard parlimen semasa menggubalkan undang undang bagi kesalahan ini adalah untuk melindungi masyarakat umum daripada diganggu daripada penagih yang melakukan jenayah kekerasan dan keduanya bagi mengelakkan masyarakat bercampur dengan penagih yang dijangkiti HIV F.
23
Berdasarkan alasan dan prinsip undang undang serta kes-kes yang dikemukakan di atas di samping hujahan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan, mahkamah ini berpendapat adalah wajar mahkamah ini menggunapakai budibicaranya dengan OKT dilepaskan dengan bon kelakuan baik di bawah Seksyen 294 KTJ.
24
Walaubagaimanapun mahkamah ini menyerahkan kepada kebijasanaan YA Hakim Mahkamah Tinggi untuk membuat sebarang keputusan terhadap rayuan ini. Bertarikh: 9 Mac 2026 (NIK MOHD TARMIZIE BIN NIK MOHD SHUKRI) Hakim Mahkamah Sesyen Gua Musang Pihak-pihak Pendakwaan : Muhammad Shahril bin Ramli Timbalan Pendakwa Raya Pembelaan : Muhammad Izzat ;
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.