Lampiran
Lampiran 3 Surat Pelantikan Kedua. 7. Kerja-kerja telah diselesaikan oleh plaintif dan invois-invois dikeluarkan bagi menuntut fi kontrak berbaki RM335,638.80 yang merangkumi Tuntutan Progres No. 13 bagi RM222,339.75 bertarikh 18.4.2020, Tuntutan Progres Akhir RM35,564.25 bertarikh 15.6.2020 dan Tuntutan Akhir bagi pelepasan tahanan bertarikh 11.9.2020 berjumlah RM77,734.80. 8. Bagi melunaskan invois-invois tersebut, defendan memberikan 6 cek tertunda kepada plaintif. Kesemua cek tersebut berjaya ditunaikan oleh plaintif kecuali cek kelima dan keenam berjumlah RM94,255.52 yang dikembalikan oleh pihak bank dengan catatan Payment Stopped/ Payment Countermanded (Technical). 9. Defendan selanjutnya membayar RM10,000 kepada plaintif melalui cek No. 863646 bertarikh 28.5.2021 sebagai pembayaran sebahagian untuk cek kelima. Namun defendan gagal menjelaskan baki RM84,255.52 kepada plaintif sehingga menyebabkan plaintif memfailkan tuntutan di Mahkamah. 10. Pihak defendan telah menafikan tuntutan plaintif dan memasukkan tuntutan balas yang antara lain memplidkan selain daripada fi kontrak yang dipersetujui dalam Surat Pelantikan Kedua, kerja-kerja hendaklah disiapkan oleh plaintif tertakluk kepada syarat – (i) Pada atau sebelum 15.3.2020 bagi Tingkat 7 sehingga Tingkat 15 (152 unit); dan (ii) Pada atau sebelum 5.2.2020 bagi Unit khas No. C-07-01, C- 0709, C-07-15, C-08-19, C-09-06, C-09-12, C-10-15; C-12-15 dan C-14-07. 11. Defendan juga menegaskan bayaran bagi kerja yang disiapkan oleh plaintif adalah tertakluk kepada pemotongan yang dibenarkan di bawah kontrak dan retention sum 10%. 12. Antara lain terma kontrak yang penting adalah plaintif bertanggungjawab membuat penyelenggaraan bagi kerja-kerja tersebut untuk tempoh defect liability selama 24 bulan dari tarikh Certificate of Practical Complete of Works dikeluarkan. Selain itu, plaintif juga perlu membuat kerja pembaikan tersebut atas kos dan perbelanjaan sendiri berikutan kecacatan, ketidaksempurnaan atau kemungkinan lain termasuk dari aspek bahan atau mutu kerja. ISU UNTUK DIPUTUSKAN 13. Isu utama untuk diputuskan adalah sama ada Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah khilaf nyata dalam menolak tuntutan balas defendan. Dalam memutuskan isu utama tersebut, Mahkamah ini merujuk kepada isu-isu yang berikut – (i) Sama ada berlaku kelewatan oleh plaintif dalam menyiapkan Unit-unit Biasa. (ii) Sama ada defendan berhak menuntut LAD terhadap plaintif. (iii) Sama ada defendan berhak kepada tuntutan kos pembaikan kecacatan kerja-kerja plaintif. (iv) Sama ada defendan berhak terhadap gantirugi akibat dakwaan keberhutangan dalam rekod CTOS. KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG 14. Prinsip undang-undang berhubung campur tangan mahkamah dalam menjalankan kuasa rayuan adalah mantap. Pendekatan yang diguna pakai oleh Mahkamah ini dalam menilai keputusan Mahkamah Sesyen ialah Mahkamah ini tidak akan menganggu keputusan hakim bicara melainkan hakim bicara ternyata khilaf. 15. Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Dream Property Sdn Bhd v Atlas Housing Sdn Bhd [2015] 2 MLJ 441 menjadi panduan Mahkamah ini - [60] It is now established that the principle on which an appellate court could interfere with findings of fact by the trial court is 'the plainly wrong test' principle; see the Federal Court in Gan Yook Chin (P) & Anor v Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors [2005] 2 MLJ 1 (at p 10) per Steve Shim CJ (Sabah & Sarawak). More recently, this principle of appellate intervention was affirmed by the Federal Court in UEM Group Bhd v Genisys Intergrated Engineers Pte Ltd & Anor [2010] 9 CLJ 785 where it was held at p 800: “It is well settled law that an appellate court will not generally speaking, intervene with the decision of a trial court unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its decision. A plainly wrong decision happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of evidence” (see Chow Yee Wah & Anor v Choo Ah Pat [1978] 1 LNS 32; Watt v Thomas [1947] AC 484; and Gan Yook Chin & Anor v Lee Ing Chin & Ors [2004] 4 CLJ 309). ANALISIS DAN DAPATAN 16. Mahkamah Tinggi dalam rayuan ini telah mengakas keputusan Mahkamah Sesyen dan membenarkan rayuan defendan setelah Mahkamah ini mendapati wujud khilaf nyata oleh hakim bicara yang bijaksana kerana tidak memberi pertimbangan terhadap keterangan material meskipun diakui oleh pihak-pihak sehingga menyebabkan tuntutan balas defendan ditolak. 17. Mahkamah ini mengambil panduan yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Mulpha Pacific Sdn Bhd v Paramount Cort Bhd [2003] 4 MLJ 357 yang merujuk ratio dalam kes Mahkamah Agung India, Central Bank of India v Hanord Insurance Co Ltd AIR [1965] SC 1288, iaitu – In Central Bank of India v Hartford Fire Insurance Co Ltd AIR [1965] SC 1288, the Supreme Court of India lays stress on the second principle advocated in the Wm Neill & Sons (St Helens) Ltd case when it says at p 1290: Now it is commonplace that it is the court’s duty to give effect to the bargain of the parties according to their intention and when that bargain is in writing the intention is to be looked for in the words used unless they are such that one may suspect that they do not convey the intention correctly. If those words are clear, there is very little that the court has to do. The court must give effect to the plain meaning of the words however much it may dislike the result. 18. Berpaksikan panduan tersebut di atas, Mahkamah ini perlu memberi pertimbangan terhadap instrumen yang mengawal hubungan plaintif dan defendan dalam memutuskan rayuan ini. Berdasarkan rekod rayuan, Mahkamah ini mendapati Surat Pelantikan Kedua yang dirujuk oleh plaintif atau disebut oleh defendan sebagai Surat Anugerah Terpinda merupakan dokumen kontrak yang mengawal hubungan pihak-pihak. Oleh kerana Surat Pelantikan Kedua ini telah diletakkan dalam Bahagian A, kandungan dokumen ini mesti diterima menurut makna biasa dan mengikat pihak-pihak. Keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Thiagarajan S Rengasamy & Others v Sri Ganes Palaniapan [2024] CLJU 3305 menjadi panduan Mahkamah ini - [28] We are of the view that there does not exist any distinction between agreeing on the contents of a document, and the meaning of the contents of such document. Once a document is agreed as authentic and no dispute arises as to its contents, it must necessarily follow that the parties have agreed that the meaning of the words contained in the document is representative of the truth. If the meaning is disputed, then the document must be placed in Part B, not Part A. 19. Justeru, Mahkamah ini perlu meneliti isu-isu berikut dalam memutuskan sama ada wujud khilaf nyata dalam keputusan hakim bicara. Isu: Sama ada berlaku kelewatan oleh plaintif dalam menyiapkan Unit-unit Biasa 20. Tuntutan balas oleh defendan adalah melibatkan pampasan gantirugi sebanyak RM360,000 atas kelewatan penyempurnaan kerja-kerja plaintif. Pihak-pihak mengakui bahawa hanya 152 unit sahaja yang menjadi pertikaian. Berdasarkan kandungan Surat Pelantikan Kedua, dipersetujui bahawa tarikh penyiapan bagi 152 unit tersebut adalah pada 15.3.2020. 21. Peguam cara bagi defendan berhujah bahawa dapatan hakim bicara tentang penyiapan projek ini secara berperingkat adalah terpesong dari keterangan dokumentari khususnya berdasarkan kontrak yang dimasuki oleh pihak-pihak. Peguam cara defendan sebaliknya menekankan bahawa tidak dinafikan kerja-kerja telah disiapkan secara berperingkat, namun telah melangkaui tarikh siap yang ditetapkan. Pada sisi yang bertentangan, pihak plaintif menghujahkan kelewatan menyiapkan kerja-kerja tersebut diakibatkan oleh faktor lain dan bukan kesalahan plaintif. Faktor tersebut adalah akibat kegagalan defendan menyerahkan unit-unit projek yang tersedia untuk membolehkan kerja-kerja pemasangan dimulakan oleh plaintif, isu penggunaan lif yang menangguhkan kerja-kerja plaintif dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. 22. Berdasarkan keterangan saksi, didapati bahawa fakta kerja-kerja kontrak disiapkan lewat oleh plaintif telah diakui termasuk pengakuan oleh Pengurus Besar plaintif (SP2) sendiri. Mahkamah ini berpandangan persoalan bilakah tarikh penyempurnaan sebenar bagi 152 unit dari Tingkat 7 hingga 14 wajar ditentukan iaitu sama ada pada 25.6.2020 atau 13.7.2020. Berikutan itu, wajar bagi Mahkamah ini merujuk intipati terma Surat Pelantikan Kedua khasnya klausa 8 – Date of Completion of Works yang memperincikan terma berikut – 23. Klausa 8 di atas telah memperuntukkan tarikh penyiapan yang dipersetujui oleh pihak-pihak iaitu pada 15.3.2020. Mahkamah ini turut memberi pertimbangan terhadap fakta yang diakui iaitu kerja- kerja di bawah Surat Pelantikan Kedua bertarikh 21.1.2020 ini merupakan kesinambungan daripada kerja-kerja yang dianugerahkan kepada plaintif di bawah Surat Pelantikan pertama. Maka adalah munasabah bahawa plaintif sudah pun berada di tapak dan memulakan kerja semasa Surat Pelantikan Kedua dipersetujui. 24. Fakta tersebut sekaligus menegatifkan pembelaan pihak plaintif dalam tuntutan balas berkenaan defendan gagal menyerahkan unit-unit tersedia untuk membolehkan plaintif memulakan kerja-kerja. Bahkan ketika itu, tiada keterangan dikemukakan bahawa semasa Surat Pelantikan Kedua dimasuki ada aduan berhubung gangguan oleh kontraktor lain yang boleh menjejaskan atau telah menjejaskan pelaksanaan kerja plaintif sehingga tidak memungkinkan kerja-kerja disiapkan pada 15.3.2020. 25. Mahkamah ini menyorot kembali keterangan pengurus tapak (SP1) bahawa tiada kelewatan dalam penyerahan Unit C7-12 dan C7-17 dan tiada halangan kerja, namun unit-unit ini telah disiapkan selepas 15.3.2020 dan menyebabkan serahan lewat. SP1 turut mengakui tiada aduan berkaitan halangan dikemukakan namun masih berlaku kelewatan dalam penyerahan projek. 26. Sebagaimana hujahan oleh peguam cara bagi defendan, naratif kes ini dan pembelaan plaintif dalam isu kelewatan tersebut sinonim dengan kes Kerajaan Malaysia (Jabatan Kerja Raya) v Global Globe (M) Sdn Bhd [2019] 1 MLJ 281 dan telah diputuskan bahawa – [61] It was contended by the plaintiff that one of the reasons for the slow progress in the completion of the works was due to the delay of possession of site by the defendant to the plaintiff. Clause 38.3 of the contract provides as follows: The ‘date of completion’ of the works as referred to under clause 39 hereof shall be calculated from the ‘Date of Possession’. PROVIDED ALWAYS that the possession of the Site may be given in section or in parts and any other restrictions upon possession of the Site shall be stated in the Appendix to these Conditions or in the Contract Documents. [62] If there is any delay of the possession of site the defendant may issue an instruction and the date of completion would then be revised (see: cl 38.4). In the event that the possession of the site is delayed beyond 90 days the defendant shall issue a written notice to the plaintiff of the causes of delay. Upon the receipt of the said notice, the plaintiff may inform the defendant in writing of its decision within 14 days of receipt of such notice either to agree to proceed with the works when the site is made available or to terminate the contract (see: cl 38.5). [63] We have perused the records of appeal before us and we find that there was no evidence that there was a delay in the possession of site and the plaintiff had taken steps pursuant to cl 38 due to the delay in the possession of site. 27. Hakim bicara yang bijaksana telah membuat dapatan fakta bahawa penyerahan kerja-kerja telah dilaksanakan oleh plaintif secara berperingkat melalui alasan penghakiman yang berikut – [41] Mahkamah berpuashati bahawa Plaintif telah berjaya mencabar keterangan ini dan telah berjaya menunjukkan bukti bahawa Plaintif telah menyiapkan dan menyerahkan projek secara berperingkat dari 9,16,24 dan 25/6/2020 atau pada Mac 2020 tetapi hanya perlu kepada pemeriksaan bersama wakil Defendan dan pemilik projek. 28. Dengan hormat, Mahkamah ini mendapati bahawa secara tersurat, sebenarnya hakim bicara telah membuat dapatan fakta kerja-kerja disiapkan oleh plaintif selepas tarikh yang dipersetujui dalam kontrak iaitu 15.3.2020. Meskipun demikian, remedi yang diperuntukkan kepada defendan menurut Surat Pelantikan Kedua tersebut tidak diawardkan oleh Mahkamah Sesyen. 29. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam cara defendan, dan bahkan diakui oleh peguam cara plaintif bahawa isu yang relevan adalah sama ada 25.6.2020 atau 13.7.2020 merupakan tarikh siap kerja kerana, telah berlaku kelewatan dalam penyempurnaan kerja yang sepatutnya sehingga 15.3.2020. Dokumen kontemporari menunjukkan penyerahan unit telah dilaksanakan melalui surat bertarikh 13.7.2020. Tarikh ini pada hemat Mahkamah wajar menjadi tarikh penyempurnaan sebenar kerja oleh plaintif. 30. Justeru, kegagalan hakim bicara yang bijaksana memberi pertimbangan kepada fakta material ini dan kaitannya dengan terma kontrak yang dipersetujui telah memberi ruang kepada Mahkamah ini untuk menganggu keputusan hakim bicara berhubung isu kelewatan penyiapan kerja kontrak. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 31. Mahkamah ini selanjutnya merujuk pembelaan plaintif bahawa seksyen 7 Akta Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Coronavirus 2019 (Covid-19) 2020 (Akta 342) yang berkuatkuasa dari 18.3.2020 hingga 21.12.2020 memberi perlindungan kepada plaintif akibat ketidakupayaan melaksanakan obligasi kontrak semasa tempoh PKP. Seksyen 7 Akta 342 memperuntukkan – The inability of any party or parties to perform any contractual obligation arising from any of the categories of contracts specified in the Schedule to this Part due to the measures prescribed, made or taken under the Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 (Act 342) to control or prevent the spread of COVID-19 shall not give rise to the other party or parties exercising his or their rights under the contract. 32. Peguam cara terpelajar bagi plaintif telah merujuk kes Ravichanthiran Ganesan v Lee Kok Sun & Ors [2021] CLJU 1581 dan berhujah bahawa kontrak antara plaintif dan defendan terangkum dibawah perlindungan ini. Berdasarkan kes tersebut, diputuskan bahawa menjadi obligasi pihak yang ingin menggunakan perlindungan statut tersebut supaya membuktikan elemen ketidakupayaan dan bukan setakat keengganan melaksanakan obligasi. Tambah plaintif lagi, defendan telah mengeluarkan surat bagi mengarahkan kerja-kerja dihentikan. 33. Meskipun demikian, Mahkamah ini menerima hujahan pihak defendan bahawa dalam konteks obligasi menyiapkan kerja-kerja kontrak, plaintif tidak boleh berlindung disebalik seksyen 7 Akta 342. Hal ini kerana obligasi plaintif untuk menyiapkan kerja-kerja kontrak adalah sehingga 15.3.2020 iaitu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa. Sama ada defendan berhak menuntut LAD terhadap plaintif 34. Adalah menjadi fakta yang tidak dipertikaikan bahawa plaintif tidak memohon lanjutan masa untuk menyiapkan kerja-kerja di bawah Surat Pelantikan Kedua. Sekiranya versi pembelaan plaintif terhadap tuntutan balas ditelusuri, meskipun plaintif menyatakan wujud halangan yang menyukarkan kerja-kerja dilaksanakan, tiada permohonan untuk pelanjutan masa dibuat kepada defendan. Keterangan SP2 bahawa menjelang sebelum Perintah Kawalan Pergerakan, kerja-kerja telah hampir siap keseluruhannya kecuali finishing silicone works memberi inferens bahawa tiada permohonan pelanjutan dipohon. Begitu juga keterangan SP1 yang mengesahkan versi pengakuan yang sama. 35. Pihak plaintif selanjutnya bergantung kepada fakta adanya lanjutan masa yang diberikan oleh Casa Andaman Sdn Bhd kepada pihak defendan. Namun, pada hemat Mahkamah ini, terma antara Casa Andaman Sdn Bhd dengan defendan tidak harus diberi pertimbangan berdasarkan prinsip privity of contract. 36. Berasaskan Surat Pelantikan Kedua, Mahkamah ini mendapati defendan berhak terhadap LAD pada kadar yang dipersetujui setelah dibuktikan kerja-kerja disiapkan selepas 15.3.2020. Mahkamah ini merujuk peruntukan seksyen 75 Akta Kontrak 1950 - 75. Compensation for breach of contract where penalty stipulated for When a contract has been broken, if a sum is named in the contract as the amount to be paid in case of such breach, or if the contract contains any other stipulation by way of penalty, the party complaining of the breach is entitled, whether or not actual damage or loss is proved to have been caused thereby, to receive from the party who has broken the contract reasonable compensation not exceeding the amount so named or, as the case may be, the penalty stipulated for. 37. Berhubung pemakaian seksyen 75 Akta Kontrak 1950, prinsip undang-undang oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Cubic Electronics Sdn Bhd (in liquidation) v MarsTelecommunications Sdn Bhd [2019] 6 MLJ 15 mengikat Mahkamah ini – [70] We turn now to the issue on burden of proof. The initial onus lies on the party seeking to enforce a clause under s 75 of the Act to adduce evidence that firstly, there was a breach of contract and that secondly, the contract contains a clause specifying a sum to be paid upon breach. Once these two elements have been established, the innocent party is entitled to receive a sum not exceeding the amount stipulated in the contract irrespective of whether actual damage or loss is proven, subject always to the defaulting party proving the unreasonableness of the damages clause including the sum stated therein, if any. 38. Jelas terserlah berdasarkan Surat Pelantikan Kedua wujud perlanggaran terma kontrak oleh plaintif. Award LAD tidak wajar dinafikan terhadap defendan apatah lagi pihak plaintif tidak pernah mencabar klausa LAD mahupun memplidkan jumlah LAD sebanyak RM3000 sehari sebagai tidak munasabah. Bahkan SP1 sendiri telah bersetuju yang pihak defendan berhak terhadap LAD sekiranya berlaku kelewatan kerana terma ini termaktub dalam kontrak diantara pihak-pihak. Sama ada defendan berhak kepada tuntutan kos pembaikan kecacatan kerja-kerja plaintif 39. Klausa 17 Surat Pelantikan Kedua yang dipersetujui antara pihak-pihak memperuntukkan Tempoh Liabiliti Kecacatan selama 24 bulan, iaitu – 17 . You shall be responsible for the maintenance of the whole of works for the duration of the Defect Liability Period which is twenty four (24) months (for APPENDIX 3) from the Certificate of Practical Complete of Works issued by the Employer. You shall make good at your own cost of any defect, imperfection, shrinkage or any other default whatsoever which may appear and any materials or good or workmanship, exclude the wear and tear defects. 40. Berdasarkan perenggan 66-71 Alasan Penghakiman oleh hakim bicara yang bijaksana, didapati bahawa dapatan yang dibuat hanyalah merujuk kepada pembaikan oleh plaintif yang dilaksanakan pada 29.7.2020 dan 30.7.2020. Dapatan tersebut memberi implikasi bahawa hakim bicara tidak merujuk kepada defect liability period selama 24 bulan yang termaktub dalam kontrak dan masih menjadi tanggungjawab plaintif. 41. Mahkamah Rayuan dalam kes kes Aseambankers Malaysia Bhd & Ors v Shencourt Sdn Bhd & Anor [2014] 2 CLJ 773 memutuskan – [52] An appellate court will interfere where the trial court had misdirected itself and applied the wrong principles of law. The appellate court will not hesitate to interfere with findings made by the court of first instance where there was insufficient judicial appreciation of the evidence or where the findings do not accord with the probabilities of the case. 42. Mahkamah ini merujuk seksyen 74(1) Akta Kontrak 1950 berkaitan award gantirugi, iaitu – 74. Compensation for loss or damage caused by breach of contract (1) When a contract has been broken, the party who suffers by the breach is entitled to receive, from the party who has broken the contract, compensation for any loss or damage caused to him thereby, which naturally arose in the usual course of things from the breach, or which the parties knew, when they made the contract, to be likely to result from the breach of it. 43. Berkenaan dengan kos pembaikan kecacatan kerja-kerja plaintif, defendan menuntut RM86,890.66 yang merupakan bayaran upah pekerja-pekerja dan perbelanjaan membaiki kecacatan kerja-kerja plaintif setakat bulan Mei 2021 yang gagal dibaiki oleh plaintif dalam defect liability period. Tuntutan ini telah dibuktikan menerusi keterangan SD3 dan SD1. Isu: Sama ada defendan berhak terhadap gantirugi akibat dakwaan keberhutangan dalam rekod CTOS 44. Bagi tuntutan gantirugi akibat pengaduan dakwaan keberhutangan defendan dalam rekod CTOS, peguamcara plaintif yang terpelajar berhujah isu rekod CTOS tidak dinyatakan dalam Memorandum Rayuan. Mahkamah ini merujuk perenggan 1 Memorandum Rayuan dan berpuashati bahawa rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen menolak keseluruhan perenggan 17 Tuntutan Balas telah merangkumi tuntutan para (c) dan (d) berkaitan CTOS dan gantirugi yang dituntut. Ini bermaksud isu CTOS telah terangkum dalam perenggan 1 Memorandum Rayuan. 45. Berhubung dengan isu CTOS ini, diakui oleh plaintif bahawa pembayaran telah dijelaskan oleh defendan terhadap jumlah Penghakiman Terus pada sekitar Mei 2025 iaitu selepas keputusan oleh Hakim Mahkamah Sesyen bertarikh 7.3.2025. Laporan CTOS yang dikemukakan oleh peguam cara plaintif mendedahkan case fully settled on 30.4.2025. Namun setakat 15.7.2025 plaintif telah memuatnaik bayaran tertunggak defendan dengan catatan supaya defendan merujuk hal ini kepada pihak plaintif. Pengesahan oleh plaintif terhadap rekod CTOS telah dikemaskini pada 11.8.2025 iaitu selepas bayaran penghakiman penuh dijelaskan. 46. Sekiranya pihak plaintif boleh merekodkan catatan case fully settled pada 30.4.2025, tiada halangan yang menyebabkan plaintif tidak menggunakan pendekatan yang sama sedemikian selepas keseluruhan wang penghakiman dijelaskan oleh defendan dan sebaliknya merekodkan maklumat keberhutangan yang baharu dalam rekod CTOS. Namun plaintif gagal berbuat demikian. KESIMPULAN 47. Berdasarkan alasan-alasan di atas, rayuan defendan telah dibenarkan setakat yang berikut - (i) Keseluruhan keputusan Mahkamah Sesyen diketepikan termasuk kos; (ii) Pampasan gantirugi sebanyak RM360,000.00; (iii) RM86,890.66 bagi kos dan perbelanjaan membaiki kecacatan kerja-kerja setakat Mei 2021; (iv) Plaintif diperintahkan menarik balik dan membatalkan laporan yang dibuat daripada rekod CTOS dalam masa 7 hari dari tarikh perintah ini; (v) Gantirugi nominal perintahkan dibayar oleh plaintif kepada defendan sebanyak RM2,000.00 sahaja bagi aduan dakwaan keberhutangan yang masih dilaporkan dalam CTOS walaupun selepas defendan menjelaskan jumlah penghakiman; (vi) Faedah 5% setahun atas apa-apa jumlah yang diperintahkan dibayar oleh responden kepada plaintif dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh; dan (vii) Kos RM15,000.00 tertakluk kepada alokator. Bertarikh pada 5 November 2025. Ditandatangani ........................................................... HAZIZAH KASSIM PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SIVIL (NCVC10) 1. SHAH ALAM Bagi Pihak Perayu : Kennie Ang Joo Koon & Danish Egamparan Tetuan Ang Adila (Puchong, Selangor) 2. Bagi Pihak Responden : Yong Hooi Chie & Chu Jie Xi Tetuan Mira Sham, Yong & Connie Ng (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur