Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DI DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA
DA-11B-8-06/2022
High Court of Malaysia4 Feb 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“CLJ 414; [2015] 6 MLJ 810 seperti berikut: "[17] In law, the party who desires the court to give judgment in its favour as to any legal right or liability bears the burden of proof (s. 101(1) of the Evidence Act 1950). The burden of proof on that party is twofold: (i) the burden of establishing a case; and (ii) the bur”
“alf of the defendants must also be taken into consideration. (see Yew You & Anor v. Mah Poay Koh & Anor [1969] CLJU 209; [1969] 1 LNS 209; [1970] 1 MLJ 57 at p. 59 (MLJ), Neo Chan Eng v. Koh Yong Hoe [1960] CLJU 77; [1960] 1 LNS 77; [1960] MLJ 291 at p. 292 (MLJ)). ... It is elementary law that the onus on the plaintif”
“e taken into consideration. (see Yew You & Anor v. Mah Poay Koh & Anor [1969] CLJU 209; [1969] 1 LNS 209; [1970] 1 MLJ 57 at p. 59 (MLJ), Neo Chan Eng v. Koh Yong Hoe [1960] CLJU 77; [1960] 1 LNS 77; [1960] MLJ 291 at p. 292 (MLJ)). ... It is elementary law that the onus on the plaintiffs is satisfactorily discharged o”
“ce or by cross-examination of the defendants or by admission and any admission made by or on behalf of the defendants must also be taken into consideration. (see Yew You & Anor v. Mah Poay Koh & Anor [1969] CLJU 209; [1969] 1 LNS 209; [1970] 1 MLJ 57 at p. 59 (MLJ), Neo Chan Eng v. Koh Yong Hoe [1960] CLJU 77; [1960] 1”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DI DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA
1
MUHAMMAD SYARIFUDDIN BIN MARHAZAMHAZHA
2
MOHAMMAD SYAHMIN BIN MARHAZAMHAZHA (NO. K/P: 01062503-5841) … PERAYU-PERAYU
1
MAT DAUD BIN MUHAMMAD
2
AZMI BIN DAUD … RESPONDEN - (NO. K/P: 710528-03-5495) RESPONDEN DAN TUNE INSURANCE MALAYSIA BERHAD … RESPONDEN (NO. SYARIKAT: 30686-K) KETIGA 2 ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Ini adalah merupakan rayuan oleh Plaintif ke atas keputusan Tuan Majistret Mahkamah Majistret Kuala Krai (Tuan Majistret) yang telah menolak tuntutan Plaintif-plaintif ke atas kesemua Defendan. Ia adalah berkaitan dengan satu kemalangan yang berlaku pada 12/1/2024 pada jam 3 petang di Kampung Kubang Lebur, Kuala Krai. Rayuan adalah secara amnya ke atas liabiliti dan juga kuantum. [2] Pihak-pihak akan dirujuk sebagaimana rujukan mereka di Mahkamah Majistret, Kuala Krai. Fakta kes [3] Berdasarkan versi Plaintif, kemalangan tersebut melibatkan sebuah motorsikal bernombor BCG 2287 yang ditunggang oleh Plaintif 1 (SP3) dan dibonceng oleh SP7 dengan sebuah kereta bernombor DE 866 yang didakwa dipandu oleh Defendan 1 (SD4). Kemalangan berlaku di Kampung Kubang Lebur, di mana ketika itu, Plaintif mendakwa kereta yang dipandu oleh SD4 tersebut telah datang dari arah yang sama dan memotong motorsikal yang ditunggangi oleh SP3 dan bergesel sehingga menyebabkan SP3 hilang kawalan serta terbabas dan melanggar tiang lampu. 3 [4] Pihak Defendan sebaliknya menafikan SD4 terlibat di dalam kejadian tersebut. Namun SD4 di dalam keterangannya mengakui telah berlakunya kemalangan pada tarikh yang didakwa oleh pihak Plaintif. Asas pembelaan Defendan adalah tiadanya keterangan oleh Plaintif terutamanya melalui nota kes daripada hospital yang menunjukkan bahawa SP3 dan SP7 telah bergesel dengan mana-mana kereta. Alasan penghakiman Tuan Majistret [5] Tuan Majistret di dalam penghakimannya memutuskan bahawa pihak Plaintif gagal membuktikan bahawa kemalangan yang berlaku adalah akibat tindakan SD4 yang memotong dan menggesel motorsikal SP3 sehingga menyebabkan SP3 terbabas dan melanggar tiang lampu. Antara alasan Tuan Majistret adalah seperti berikut:
a
pihak Plaintif di atas imbangan keberangkalian telah gagal untuk membuktikan tuntutan Plaintif dan di atas kegagalan ini, pihak Defendan tidak mempunyai beban untuk membuktikan kes Defendan;
b
Laporan Penyelaras yang dikemukakan oleh Defendan telah diterima masuk sebagai D11 namun mempunyai nilai probative yang rendah terutamanya berkenaan keterangan saksi tempat kejadian; 4
c
keterangan SP3 dan SP7 tidak dapat mengesahkan bahawa kereta yang dipandu SD4lah yang telah menggesel motorsikalnya;
d
keterangan SP5, iaitu bapa SP3, berkaitan maklumat kenderaan SD4 tersebut adalah bercanggah di mana penjelasan yang diberikan adalah lemah serta tidak logik dan oleh itu Mahkamah memutuskan bahawa keterangan SP5 perlu dinilai dengan berhati-berhati; dan
e
keterangan SD4 iaitu Defendan 1 yang dipegang oleh Plaintif di dalam membuktikan tuntutannya adalah bercanggah pada perkara-perkara yang material dan SD4 adalah bukan saksi yang kredibel dan tidak boleh menyokong versi Plaintif. Analisis dan dapatan Mahkamah ini [6] Terdapat dua isu utama yang dipertikaikan oleh Plaintif di dalam rayuan ini. Isu pertama adalah isu undang-undang yang merujuk kepada beban pembuktian yang digunapakai oleh Tuan Majistret di dalam alasan penghakimannya dan isu keduanya adalah berkaitan isu fakta iaitu berkaitan penilaian Tuan Majistret ke atas keterangan-keterangan yang telah dikemukakan. [7] Bagi isu pertama, adalah menjadi satu prinsip undang-undang bahawa Plaintif bertanggungjawab untuk mengemukakan keterangan di dalam membuktikan tuntutannya. Ini dinyatakan dengan jelas di dalam seksyen 101 Akta Keterangan 1950. 5 [8] Kaedah ini disebut sebagai "semper necessitas probandi incumbit ei qui agit" atau di dalam Bahasa Inggerisnya "the necessity of proof always lies with the person who lays charges", yang membawa maksud beban pembuktian terletak kepada pihak yang menuntut. Prinsip ini telah dijelaskan oleh Hakim Vernon Ong HMR (pada ketika itu) di dalam kes Yohata Machineries Sdn Bhd & Anor v. Coil Master Sdn Bhd & Ors [2016] 2 CLJ 414; [2015] 6 MLJ 810 seperti berikut: "[17] In law, the party who desires the court to give judgment in its favour as to any legal right or liability bears the burden of proof (s. 101(1) of the Evidence Act 1950). The burden of proof on that party is twofold: (i) the burden of establishing a case; and (ii) the burden of introducing evidence. The burden of proof lies on the party throughout the trial. The standard of proof required of the plaintiff is on the balance of probabilities. The evidential burden of proof is only shifted to the other party once that party has discharged its burden of proof. If that party fails to discharge the original burden of proof, then the adverse party does not need to adduce any evidence..." [9] Keterangan-keterangan yang hendak dinilaikan oleh seseorang hakim perbicaraan bukan sahaja terhad ke atas keterangan oleh Plaintif semata-mata, namun ia juga perlu mengambilkira pemeriksaan ke atas saksi Defendan. Perkara ini pernah diulas oleh Mahkamah Tinggi di dalam kes N Indra a/p Nallathamby (Administrix of the estate and dependent of Kugan a/l Ananthan, Deceased) v Datuk Seri Khalid bin Abu Bakar & ors [2013] 6 CLJ 272 seperti berikut; 6 “[78] Be that as it may, proof of facts need not necessarily be obtained from the plaintiffs' case but on the totality of the evidence before the court and this would also include evidence of the defendants. In other words, evidence in support of the plaintiffs' case need not necessarily be confined to what is adduced on the plaintiffs' behalf but the whole of the evidence from whatever source, either by the plaintiffs' own evidence or by cross-examination of the defendants or by admission and any admission made by or on behalf of the defendants must also be taken into consideration. (see Yew You & Anor v. Mah Poay Koh & Anor [1969] CLJU 209; [1969] 1 LNS 209; [1970] 1 MLJ 57 at p. 59 (MLJ), Neo Chan Eng v. Koh Yong Hoe [1960] CLJU 77; [1960] 1 LNS 77; [1960] MLJ 291 at p. 292 (MLJ)). ... It is elementary law that the onus on the plaintiffs is satisfactorily discharged once it appears to the court on balance of probabilities that the circumstances are more consistent than not with the defendants' negligence. Evidence in support of the plaintiffs' case is not necessarily confined to what is adduced on their behalf, but the whole of the evidence, from whatever source, must also be taken into consideration. (Yew You & Anor v. Mah Poay Koh & Anor [1969] CLJU 209; [1969] 1 LNS 209; [1970] 1 MLJ 57 at p 59, Ong Hock Thye CJ (Malaya)) Proof is required but proof of the fact depends upon the degree of probability of its having existed. On the other hand, 7 proof does not mean proof to rigid mathematical demonstration, because that is impossible; it must mean such evidence as would induce a reasonable man to come to a particular conclusion as a fact. (see Fletcher Moalton L.J. in Hawkins v. Powells Tillery Steam Coat Co Ltd [1911] 1 K.B. 988) For weighing evidence and drawing inferences from it, there can be no cannon. Each case presents its own peculiarities and in each common sense and shrewdness must be brought to bear upon the facts elicited (see R v. Madhub Chander [1874] 21 WRC 13) When it is said that a person who comes to the Court for relief must prove his case, it is never meant that he must prove it with absolute certainty. No fact can be proved in this world with absolute certainty. All that can be done is to adduce such evidence as that the mind of the tribunal is satisfied that the fact is so. This may be done either by direct evidence or by inference from facts. But the matter must not be left to rest in surmise, conjecture, or guess. (per Buckley LCJ in Hawkins v. Powells Tillery Steam Coal Company Ltd [1911] 1 KB 988 at p. 996).” [10] Tuan Majistret pada pandangan Mahkamah ini telah meneliti setiap keterangan yang dikemukakan oleh Plantif sama ada melalui keterangan SP3 atau bapanya SP5 maupun keterangan SP7 yang merupakan pemboceng motorsikal. Tuan Majistret turut meneliti keterangan di peringkat Defendan termasuk keterangan oleh SD4 8 dan keterangan dokumen di D11. Pendekatan Tuan Majistret ini adalah bertepatan dengan prinsip yang telah dijelaskan oleh Mahkamah sepertimana di atas. Tiada sebarang kekhilafan pada pandangan Mahkamah ini yang telah dilakukan oleh Tuan Majistret. [11] Isu kedua adalah lebih merupakan penilaian fakta oleh Tuan Majistret dan ia sangat berkait dengan fungsi Mahkamah ini sebagai Mahkamah di peringkat rayuan. Prinsip amnya, Mahkamah di peringkat rayuan jarang mengganggu dapatan fakta oleh hakim perbicaraan kecuali jika wujud salah nyata yang serius oleh hakim perbicaraan. [12] Perkara ini pernah dibincangkan oleh banyak keputusan dulauan dan antaranya oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 CLJ 19. Mahkamah Rayuan telah menegaskan bahawa adalah merupakan satu undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah di peringkat rayuan secara amnya akan keberatan untuk mengganggu penemuan fakta hakim bicara yang lebih berhak berdasarkan kelebihan audio visual yang dinikmati oleh hakim bicara di dalam penilaian dan penghayatan keterangan lisan saksi. [13] Pertikaian pertama yang dibangkitkan oleh peguam Plaintif kini adalah tindakan Tuan Majistret yang menerima Laporan Penyelaras yang dikemukakan oleh Defendan dan di tanda sebagai D11. Peguam menghujahkan bahawa ia tidak wajar diterima masuk kerana ianya tidak mematuhi sama ada seksyen 73A maupun seksyen 32(1) Akta Keterangan 1950. 9 [14] Mahkamah mendapati bahawa Tuan Majistret di dalam menerima masuk D11 hanya mendasarkan alasannya kepada fakta bahawa SD2 ialah orang yang mempunyai akses ke atas fail bagi D11 dan bagi mengelakkan kelengahan yang tidak munasabah memandangkan pembuat laporan tersebut tidak dapat dikesan. Tuan Majistret telah merujuk kepada kedua-dua seksyen 73A dan 32(1) Akta Keterangan 1950. [15] Mahkamah bagaimanaupun telah meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan dan berpandangan bahawa tiada keterangan yang jelas dikemukakan oleh Defendan untuk membuktikan bahawa pembuat dokumen tidak dapat dikesan. Oleh itu, ia menimbulkan persoalan besar sama ada ianya telah mematuhi pra syarat seksyen 73A maupun 32(1) Akta Keterangan 1950 dan wajar diterima masuk oleh Tuan Majistret. [16] Perkara ini telah dibincangkan di dalam kes Beh Sui Loon v Murugesu Kuppusamy & ors [2022] 1 LNS 774 di mana Hakim Mohd Firuz Jaffril HMT telah menolak ekshibit dokumen untuk diterima masuk berdasarkan seksyen 73A Akta Keterangan 1950 kerana tidak dapat dibuktikan bahawa pembuat dokumen tersebut tidak boleh dipanggil atau adalah tidak praktikal atau boleh menyebabkan kelewatan. Mahkamah tertarik untuk menerima pakai pandangan Mahkamah Tinggi di dalam kes ini. [17] Sehubungan dengan itu, Mahkamah memutuskan bahawa Tuan Majistret adalah terkhilaf di dalam menerima masuk keterangan ini. 10 [18] Namun isu ini adalah tidak terhenti di sini. Persoalannya kini adalah sama ada apabila Tuan Majistret menerima keterangan ini ia telah memprejudiskan pandangan Tuan Majistret sehingga membuat dapatan yang salah. Bagi maksud ini adalah penting untuk meneliti apa yang dinyatakan oleh Tuan Majistret di dalam penghakimannya seperti berikut;
16
Walaupun laporan penyelaras tersebut diterima oleh Mahkamah sebagai ekshibit, namun Mahkamah masih perlu menilai sama ada ekshibit tersebut mempunyai nilai probatif sebgaimana yang dinyatakan di dalam subseksyen 73A (6) Akta yang sama. Subseksyen 73A
6
Akta Keterangan yang memperuntukan sebagaimana di bawah: “(6) In estimating the weight, in any, to be attached to a statement rendered admissible as evidence by this Act, regard shall be had to all the circumstances from which any inference can reasonably be drawn as to the accuracy or otherwise of the statement, and, in particular, to the question whether or not the statement was made contemporaneously with the occurrence or existence of the facts stated, and to the question whether or not the maker of the statement had any incentive to conceal or misrepresent facts.”
17
Setelah meneliti ekshibit D11 tersebut, Mahkamah berpandangan, keterangan-keterangan yang 11 dikemukakan di dalam laporan tersebut mempunyai nilai probatif yang rendah terutamanya berkenaan keterangan saksi tempat kejadian, iaitu Bakri. Ini kerana ianya merupakan keterangan dengar cakap dan tiada mana-mana akuan dikemukakan, malahan orang yang menemubual Bakri iaitu Benedict, juga tidak boleh dikemukakan ke Mahkamah. Alasan yang diberikan oleh SD2 bahawa penama Benedict tidak Berjaya dikesan pada pandangan Mahkamah adalah lemah mengambil kira, syarikat SD2 pernah melantik Benedict sebagai pekerja, maka sudah pasti dia mempunyai maklumat terperinci berkenaan Benedict. Apatah lagi, syarikat SD2 ini syarikat yang mempunyai kepakaran untuk mengesan mana-mana individu sebagaimana mereka mampu mengesan SD4. Kegagalan pihak Defenden untuk mengemukakan Benedict pada pandangan Mahkamah menyebabkan keterangan-keterangan yang dinyatakan di dalam D11 tersebut perlu dinilai dengan berhati-hati oleh Mahkamah. Tambahan lagi, Bakri juga telahpun meninggal dunia sebagaimana yang dijelaskan oleh isterinya iaitu SP1. Oleh itu, nilai probatif yang boleh diberikan Mahkamah terhadap keterangan ini adalah rendah. [19] Berdasarkan apa yang dinyatakan di dalam alasannya, maka Mahkamah berpandangan bahawa tiada sebarang prejudis ke atas Plaintif memandangkan pertimbangan Tuan Majistret adalah sangat rendah ke atas D11 tersebut. Ia diakui oleh Tuan Majistret sebagai mengandungi keterangan dengar cakap dan ketiadaan 12 apa-apa akuan bertulis dikemukakan. Oleh itu, walaupun ianya diterima masuk, namun ianya pada pandangan Mahkamah ini tidaklah sehingga menjejaskan dapatan Tuan Majistret. Sebaliknya Mahkamah perlu menimbang keterangan-keterangan lain yang dikemukakan. [20] Ini membawa kepada pertikaian kedua yang dibangkitkan oleh Plaintif iaitu berkaitan keterangan SD4 yang ditolak oleh Tuan Majistret. Ini menjadi isu kerana tindakan SD4 yang bertukar-tukar keterangan. Ini dapat dilihat dari Surat Akuan Sumpahnya di D13 yang menyatakan bahawa SD4 tidak terlibat dengan sebarang kemalangan. Namun ianya bertukar apabila SD4 membuat Surat Akuan Sumpah Kedua di P7 yang menyatakan sebaliknya iaitu SD4 sememangnya terlibat dengan kemalangan pada tahun 2014. P7 ini disokong oleh keterangan lisannya di Mahkamah. [21] Peguam Plaintif telah mengkritik pendekatan Tuan Majistret di dalam menolak kredibiliti keterangan SD4 apabila Tuan Majistret menyatakan di dalam alasannya; “26. Semasa memberikan keterangan, SD4 menyatakan bahawa dia ada memperlahankan motokarnya selepas bergesel, dan nampak motorsikal tersebtu jatuh. Namun dia juga menyatakan bahawa, dia hanya tahu berkenaan kemalangan daripada Mamat. Selain itu, di dalam keterangan lisannya juga SD4 menyatakan bahawa geselan antara motokar dan motorsikalnya berlaku ketika dia cuba memotong motorsikal tersebut di satu selekoh. Walaubagaimanapun di dalam laporan polisnya (ekshibit D5) dia menyatakan bahawa dia bergesel dengan 13 motorsikal tersebut kerana ada motokar dari arah bertentangan yang masuk ke laluannya sehingga menyebabkan dia mengelak dan bergesel. Berdasarkan keterangan-keterangan ini, telah wujud fakta yang berbeza dikemukakan oleh SD4. Oleh yang demikian, makhkamah berpandangan, SD4 bukanlah saksi yang kredibel dan keterangannya yang menyokong versi Plaintif adalah tidak diterima.” [22] Sepertimana yang Mahkamah telah tegaskan bahawa Tuan Majistret mempunyai segala kelebihan untuk menilai kredibiliti mana-mana saksi termasuk SD4 berbanding Mahkamah ini. Di atas penilaian Mahkamah, tiada sebarang kekhilafan yang telah dilakukan oleh Tuan Majistret di dalam menolak keterangan SD4 ini memandangkan wujudnya percanggahan material yang tidak dapat diperjelaskan kepada Mahkamah. [23] Selain dari percanggahan ini, Mahkamah turut berpandangan bahawa jika sekalipun keterangan SD4 ini diterima, ia juga masih meninggalkan kelompangan di dalam kes Plaintif. Ini kerana SD4 sendiri tidak dapat mengesahkan bahawa pada tarikh kejadian, SD4 sebenarnya bergesel dengan motorsikal yang ditunggangi oleh SP3. [24] Di samping itu, Mahkamah turut mendapati Plaintif juga tidak mengambil inisiatif untuk memanggil pemilik kereta yang dipandu oleh SD4 bagi menyokong bahawa SD4 telah meminjam keretanya dan kereta tersebut telah bertembung dengan sebuah motorsikal. Ini menimbulkan pertanyaan yang besar ke atas kes pihak Plaintif. 14 [25] Sehubungan dengan itu, Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan peguam Plaintif bahawa dapatan Tuan Majistret ini adalah satu kekhilafan serta mewajarkan Mahkamah ini campur tangan. [26] Pertikaian seterusnya yang dibangkitkan oleh peguam Plaintif adalah berkaitan keterangan SP5 yang merupakan bapa kepada SP3. Ia merupakan sandaran terkuat Plaintif di dalam membuktikan bahawa kereta yang dipandu oleh SD4lah yang telah bergesel dengan motorsikal SP3. Ini berkaitan maklumat nombor kereta SD4 yang diperolehi oleh SP5 dari seorang yang bernama Bakri. Peguam Plaintif menghujahkan bahawa Tuan Majistret adalah salah di dalam menolak keterangan SP5 ini kerana keterangan ini adalah relevan dan boleh diterima masuk. [27] Di dalam menentukan isu ini, Mahkamah menurunkan Alasan Penghakiman Tuan Majistret berkaitan keterangan SD4 seperti berikut; “21. Seterusnya berkenaan dengan keterangan daripada SP5. SP5 mendapat maklumat berkenaan motokar milik SD1 yang dipandu oleh SD4 daripada seorang saksi awam bernama Bakri. Menurut SP5 semasa dia pergi ke tempat kejadian selepas kemalangan, penama Bakri telah menyerahkan sekeping kertas memiliki maklumat nombor pendaftaran motokar milik SD1. SP5 juga menyatakan bahawa bakri sempat melihat nombor motokar tersebut kerana motokar tersebut memandu perlahan selepas bergesel. Namun keterangan ini tidak dapat disahkan 15 memandangkan, Bakri telahpun meninggal dunia dan tidak dapat menjadi saksi di Mahkamah ini.
22
Walaupun begitu, peguam Plaintif telah memanggil SP1, isteri Bakri untuk memberikan keterangan. Menurut keterangan SP1, SP5 ada hadir berjumpa suaminya bertanyakan berkenaan kemalangan dan meminta untuk suaminya menjadi saksi kes kemalangan ini. Namun berdasarkan keterangan SP1, Mahkamah berpandangan, SP1 hanya dapat mengesahkan bahawa SP5 ada hadir berjumpa suaminya berkenaan kemalangan. SP1 tidak dapat mengesahkan apakah perkara yang dibincangkan oleh SP5 dan arwah suaminya. Oleh yang demikian, adalah sukar untuk mahkamah menerima keterangan SP1 sebagai keterangan sokongan bahawa SP5 memperolehi nombor pendaftaran motokar SD1 daripada Encik Bakri.
23
Selain daripada itu, keterangan SP5 sendiri terdapat beberapa percanggahan. Antara keterangannya yang bercanggah ialah berkenaan dengan fakta berapa kali dia pernah berjumpa dengan SD4 dan sama ada dia kenal polis bernama mamat atau tidak. Semasa disoal balas oleh peguam Defendan pertama dan kedua, SP5 menyatakan bahawa dia hanya berjumpa sekali dengan SD4. Namun semasa disoal balas oleh peguam Defendan ketiga, SP5 menyatakan dia ada berjumpa SD4 sebanyak 2 kali. Selain itu, SP5 juga pada awalnya tidak mengaku mengenali Polis bernama Mamat, namun kemudiannya dia mengakui bahawa dia ada berjumpa penyelaras bersama Mamat. 16 Walaupun SP5 ada memberikan penjelasan berkenaan percanggahan ini, penjelasan yang diberikan itu pada pandangan mahkamah adalah lemah dan tidak logik. Adalah mustahil SP5 tidak memahami soalan yang dikemukakan sehingga keliru semasa menjawabnya sedangkan soalan yang diutarakan adalah mudah difahami. Oleh yang demikian, mahkamah memutuskan untuk perlu berhati-hati sebelum menerima keterangan SP5 sepenuhnya.” [28] Tuan Majistret di dalam Alasan Penghakimannya tidak langsung menyentuh berkaitan kerelevenan keterangan SP5 serta maklumat berkaitan nombor kereta SD4 tersebut, namun Tuan Majistret telah mempertimbangkan keterangan lisan yang diberikan oleh SP5 dan memutuskan bahawa kebolehterimaan keterangan tersebut adalah diragui dan oleh itu keterangan SP5 perlu dinilai berhati-hati. [29] Pertimbangan Tuan Majistret telah mengambilkira bahawa keterangan SP1, iaitu isteri seorang yang bernama Bakri tersebut, tidak dapat mengesahkan apa yang telah dibincangkan oleh arwah suaminya dengan SP5 serta percanggahan-percanggahan yang yang wujud di dalam keterangan SP5. Perkara ini lansung tidak dihujahkan oleh peguam Plaintif bagaimana pertimbangan ini adalah sesuatu yang khilaf. [30] Sepertimana yang telah diulas oleh Mahkamah ini bahawa hakim perbicaraan mempunyai segala kelebihan di dalam menentukan kredibiliti keterangan seseorang saksi dan perlahannya Mahkamah ini di dalam mencampuri dapatan Mahkamah 17 perbicaraan, maka Mahkamah ini menegaskan bahawa Mahkamah ini tidak nampak di mana Tuan Majistret telah melakukan kekhilafan di dalam pertimbangannya. [31] Selain itu, Tuan Majistret turut menilai keterangan yang diberikan oleh Bakri kepada SP5 dan menolaknya sebagai satu keterangan dengar cakap. Peguam Plaintif menghujahkan bahawa keterangan ini bukan merupakan dengar cakap memandangkan ianya adalah relevan di bawah seksyen 6 Akta Keterangan 1950 secara khususnya illustrasi (a) dan (b). [32] Ia mengambilkira kedekatan masa serta continuity maklumat tersebut diperolehi oleh SP5 dan Peguam telah membawa perhatian Mahkamah ini ke atas prinsip res gestea dan merujuk kepada Sarkar’s law of Evidence [Vol 1]. [33] Peguam turut merujuk pertimbangan Mahkamah ini ke atas keputusan di dalam kes Siti Noorziana bt Jaafar v Intan Nadia bt Abu Bakar [2019] 1 LNS 1246 yang menyatakan; “[32] Although the First Defendant did not testify in Court, her report is admissible as evidence of its truth based on the principle of res gestae, codified in section 6 of the Evidence Act. The section reads: Section 6 - Relevancy of facts forming part of same transaction Facts which, though not in issue, are so connected with a fact in issue as to form part of the same transaction are relevant, 18 whether they occurred at the same time and place or at different times and places. [33] It has been judicially accepted that section 6 is the reflection of the common law res gestae which makes 'reliability of the evidence' the acid test for admissibility: Ratten v. R [1972] 1 AC 378.” [34] Bagi Mahkamah penentuan sama ada keterangan SP5 boleh diterima masuk adalah tertakluk kepada “contemporaneity or spontaneity” maklumat tersebut diterima oleh SP5. Ini telah dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Bandahala Undik v PP [2014] 1 CLJ 708 di mana Mahkamah Rayuan telah merujuk kepada artikel berhubung 'Res Gestae' yang menerangkan apakah maksud 'Res Gestae' serta kebolehterimaannya di dalam buku Janab's Key To Criminal Procedure and Evidence, 2nd edition. di muka surat 649 oleh Hamid Sultan bin Abu Backer, yang dipetik sebahagiannya seperti berikut: "Res gestae literally means things done. It refers to all facts so connected with a fact in issue, and are incidental to it. They are admissible as truth of its contents although they may be hearsay, or self serving statement and inadmissible in evidence. The res gestae principle is embodied in sections 6 to 9 and 14 of the Act. The statement in order to constitute res gestae can be made by the parties to the transaction or even by bystanders. However, the statement should have been made at or about the same time the act was being done. 19 Contemporaneity or spontaneity must be shown before the statement is made admissible. For example, A is accused of murder of B by assaulting him. Whatever was said by A or B or bystanders at the time of assault or shortly or after it, may be relevant as it forms part of the whole transaction. The statements accompanying the act to be admissible should as far as possible be contemporaneous to the act in issue which it relates. Further, they should be spontaneously made so that there is no opportunity for fabrication. The whole purpose of the res gestae rules is to admit evidence of matters which are usually subject to some rule of exclusion, so as to enable the court to look at the events in the proper perspective". [35] Mahkamah telah menimbang keterangan ini dan mendapati bahawa tiada sebarang keterangan kukuh wujudnya percakapan di antara SP5 dan Bakri. Jika sekalipun wujud perbincangan, tiada keterangan yang dapat membuktikan apakah butiran maklumat yang diberikan oleh Bakri kepada SP5 selain ianya bukanlah diberikan sebaik kemalangan tersebut berlaku. Oleh itu, Mahkamah tidak dapat bersetuju dengan hujahan peguam Plaintif bahawa keterangan SP5 ini sewajarnya boleh diterima masuk apatah lagi untuk memutuskan bahawa Tuan Majistret telah melakukan kekhilafan. 20 Kesimpulan [36] Secara kesimpulannya, Mahkamah ini merumuskan bahawa tiada sebarang alasan bagi Mahkamah ini untuk mengganggu dapatan Tuan Majistret berkaitan liabiliti. Sehubungan itu, dapatan Tuan Majistret menolak tuntutan Plaintif adalah dikekalkan. Berlanjutan itu, Mahkamah berpandangan bahawa rayuan ke atas kuantum adalah tidak lagi relevan untuk dipertimbangan oleh Mahkamah ini. [37] Oleh yang demikian, rayuan Plaintif adalah ditolak dengan kos sebanyak RM8,000.00. Bertarikh : 29 hb. April, 2024 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya 21 Pihak-Pihak: Bagi Pihak Perayu : G. Naidu Tetuan G. Naidu & Partners Peguambela & Peguamcara PT. 4386, Tingkat 1 Taman Guchil Jaya 18000 Kuala Krai Kelantan Darul Naim Bagi Pihak Responden : Amalina binti Abdul Ghani Tetuan V. P. Nathan & Partners Peguambela & Peguamcara No. 4A, Tingkat 1 Jalan Air Jernih 20300 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman : M. Ravendran Tetuan M. Ravendran & Associates No. 52A, Jalan Wawasan 2/3 Bandar Baru Ampang 68000 Ampang, Selangor Selangor Darul Ehsan Tarikh Bicara : 22hb. November, 2023 Tarikh Keputusan : 4hb. Februari, 2024 22 Undang-Undang Yang Dirujuk: Akta Keterangan 1950 Kes-Kes Yang Dirujuk: Yohata Machineries Sdn Bhd & Anor v. Coil Master Sdn Bhd & Ors [2016] 2 CLJ 414; [2015] 6 MLJ 810 N Indra a/p Nallathamby (Administrix of the estate and dependent of Kugan a/l Ananthan, Deceased) v Datuk Seri Khalid bin Abu Bakar & ors [2013] 6 CLJ 272 Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 CLJ 19. Beh Sui Loon v Murugesu Kuppusamy & ors [2022] 1 LNS 774 Siti Noorziana bt Jaafar v Intan Nadia bt Abu Bakar [2019] 1 LNS 1246 Bandahala Undik v PP [2014] 1 CLJ 708
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.