Tuntutan kehilangan separuh pendapatan masa hadapan [36] Berhubung dengan tajuk ini, HMS yang bijaksana berpendapat bahawa tuntutan ini berada di bawah kategori gantirugi khas dan oleh itu perlu dibuktikan seperti mana ganti rugi khas yang lain. [37] Semasa perbicaraan, plaintif gagal untuk mengemukakan saksi atau apa-ada keterangan berbentuk dokumen untuk menyokong keterangan beliau bahawa beliau telah mengalami kehilangan separuh pendapatan masa hadapan. [38] Apakah prinsip yang digunakan berhubung dengan kehilangan sebahagian pendapatan masa hadapan? Untuk tajuk ini, panduan hendaklah diambil daripada kes Yang Yap Fong & Anor v Leong Pek Hoon & Anor [1987] 2 MLHJ 201 MA. Di dalam kes tersebut, Syed Agil Barakbah HMA mengatakan: The principle applicable to future loss of earning capacity and its distinction with future loss of earnings are explicitly discussed in Ngooi Ku Siong & Anor v Aidi Abdullah [1985] 1 MLJ 30 by the Federal Court. The proper test to be applied is whether some time in the 10 future, due to the effect of the injuries sustained by him, the plaintiff will face a substantial risk of either losing his job or getting a less paid employment. It does not matter whether the plaintiff was in employment or not at the time of the trial so long as the Court is satisfied from evidence that there is a real or substantial risk that his earning capacity will be affected in the future. Kedua, Mahkamah Agung di dalam kes tersebut menyatakan bahawa kehilangan separuh pendapatan masa hadapan ialah di bawah gantirugi am dan bukan gantirugi khas: It was awarded under paragraph 5a of the amended statement of claim where the appellants pleaded "loss of earnings and/or earning capacity under particulars of special damages." The plea should be under general damages. [39] Semasa perbicaraan, plaintif telah membuktikan bahawa pendapatan beliau sebelum kemalangan ialah RM50 sehari dan pendapatan ini berkurangan selepas kemalangan kepada RM20 sehari. Mengambil kira plaintif bekerja selama 26 hari sebulan, perbezaan pendapatan plaintif sebelum selepas kemalangan ialah RM1,300 dan RM520. Oleh itu pengurangan pendapatan plaintif atau multiplicand ialah: RM1,300 – RM520 = RM780. [40] Plaintif bekerja sebagai tukang rumah sebelum kemalangan. Oleh sebab dia ditimpa kemalangan, plaintif hanya mampu untuk membuat pekerjaan ringan sebagai penjaga dan pemungut hasil 11 tanaman seperti ubi dan timun. Ini adalah kerja kampung. Sudah tentu, seorang pekerja kampung tidak dijangka untuk membawa keterangan berdokumen seperti Borang EA atau Borang J LHDN. [41] Di dalam kes Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri & Yang Lain lwn Ghaur Chandran Murugesu & 1 Lagi Rayuan [2016] 3 CJ 210 MR, Mahkamah Rayuan merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Jamaica dalam kes Bowen v. Hoshue, SCCA No. 23 Tahun 2002 seperti berikut: ... to expect a sidewalk or a push cart vendor to prove her loss of earning with the mathematical precision of a well-organised corporation may well be what Bowen, LJ, referred to as "the vainest pedantry". [42] Oleh itu Mahkamah ini mendapati bahawa berlaku kegagalan apresiasi kehakiman di pihak HMS yang bijaksana yang mewajarkan campur tangan rayuan. [43] Plaintif berumur 28 tahun pada tarikh kemalangan. Dengan merujuk kepada s 28A(2)(d) Akta Undang-Undang Sivil 1956, multiplier yang berkenaan ialah 16 tahun. Oleh itu Mahkamah ini mengakas dapatan HMS yang bijaksana dan menggantikannya dengan award: RM780 x 12 x 16 = RM149,760. Dapatan [44] Berhubung dengan tajuk-tajuk lain yang menjadi subjek perkara rayuan ini, iaitu (i) kos kerosakan pakaian dan barang berharga 12 yang berkaitan dan (ii) kos pembedahan masa hadapan, Mahkamah ini dengan hormatnya bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh HMS yang bijaksana di dalam menolak tuntutan tersebut. [45] Oleh itu, terkecuali tuntutan kehilangan separuh pendapatan masa hadapan yang ditaksirkan sebanyak RM149,760, rayuan terhadap kuantum adalah ditolak. [46] Mengambil kira semua faktor, Mahkamah ini tidak membuat apa-apa perintah terhadap kos. Tarikh: 09 November 2021. (WAN AHMAD FARID BIN WAN SALLEH) Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam.