“Pursuant to the above, between 7 October 2019 and 13 October 2019, you had recommended Rayyan & Rayqal Resources, a new Company which was registered by Nur Zulaikha binti Fauzi (NRIC: 980218-03-6054) on 2 October 2019, to be appointed as Celcom’s fulfillment partner without highlighting the potential risk and/or exposure to the Management that the said Company is operated by the same staff who managed Nora Telecommunication & Services. Subsequently, Rayyan & Rayqal Resources was suspended on 10 July 2020 due to fraudulent registrations/transactions which resulted to 17 uncollected bill approximately amounting to RM98,024.00” (“Dakwaan 2”).” [31] Bagi dakwaan salah laku pertama, Mahkamah mendapati FP Nora berada di bawah tanggungjawab Plaintif sebagai Pengurus Akaun telah disiasat dan digantung oleh Defendan berkenaan penipuan pengaktifan langganan menyebabkan terdapatnya bil-bil yang tidak boleh dikutip berjumlah lebih kurang RM223,314.65. Sehari selepas FP Nora digantung iaitu pada atau sekitar 2/10/2019, seorang yang bernama Nur Zulaikha binti Fauzi telah mendaftarkan FP Rayyan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan memohon untuk menjadi pengedar dengan Defendan melalui Plaintif yang mana telah diluluskan pada 14/10/2019. [32] Keterangan dokumen sepertimana di D42 (secara khususnya di muka surat 144) menunjukkan bahawa Nur Zulaikha binti Fauzi adalah salah seorang pekerja FP Nora yang telah digantung oleh Defendan. Malahan Plaintif mengakui fakta ini semasa siasatan yang dijalankan di mana Plaintif sendiri telah mengesahkan bahawa meskipun Plaintif mempunyai pengetahuan penuh bahawa Nur Zulaikha binti Fauzi merupakan wakil jualan terdahulu FP Nora dan FP Nora masih disiasat Defendan, Plaintif tetap menasihatkan Nur Zulaikha binti Fauzi untuk mendaftarkan entiti perniagaan yang baru dan kemudiannya memohon sebagai pengedar dengan Defendan di bawah entiti perniagaan yang dikenali sebagai FP Rayyan. [33] Siasatan Defendan tersebut adalah konsisten dengan jawapan Plaintif semasa pemeriksaan utama di soalan 25 di mana Plaintif 18 mengakui bahawa Plaintif yang telah mencadangkan agar Nur Zulaikha binti Fauzi membuat permohonan untuk menjadi pengedar baru Defendan. [34] Ini secara langsung bagi Mahkamah menunjukkan Plaintif telah bertindak bertentangan dengan kepentingan syarikat Defendan dengan mencadangkan penubuhan FP yang baru untuk menggantikan FP Nora sedangkan beliau tahu bahawa FP Nora telah digantung dan sedang disiasat berkenaan dengan skim penipuan yang menyebabkan bil-bil tertunggak yang tidak dapat dikutip sebanyak RM223,314.65. [35] Bagi dakwaan salah laku kedua, iaitu berkaitan risiko dan/atau pendedahan yang mungkin timbul kepada Defendan bahawa FP Rayyan dioperasikan oleh pekerja yang sama yang menguruskan FP Nora, tindakan Plaintif ini adalah jelas bertentangan dengan kepentingan syarikat dan telah mengakibatkan Defendan mengalami kerugian berterusan di mana pendaftaran-pendaftaran yang dilakukan oleh FP Rayyan mengakibatkan bil-bil gagal dikutip sebanyak RM98,024.00. Plaintif turut tidak pernah membangkitkan risiko yang mungkin timbul di atas pendaftaran FP Rayyan yang ditunjangi oleh bekas kakitangan FP Nora sendiri. [36] Selain itu, Plaintif juga telah mengakui bahawa modal penubuhan FP Rayyan sebanyak RM6,000.00 telah dikeluarkan oleh suaminya semasa proses permohonan FP Rayyan sebagai pengedar Defendan. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa suami Plaintif mempunyai kepentingan dan/atau terlibat secara langsung dengan penubuhan FP Rayyan yang mana membangkitkan konflik 19 kepentingan yang serius. Lebih parah apabila Plaintif tidak membuat pengisytiharan bahawa suami beliau adalah seorang rakan kongsi FP Nora semasa kali pertama FP Nora memohon untuk menjadi FP. [37] Mahkamah berpandangan bahawa dengan menerima dan mengesyorkan FP Nora sebagai salah seorang pengedar Defendan sedangkan ianya dalam pengetahuan penuh Plaintif bahawa salah seorang rakan kongsi FP Nora adalah suami beliau sendiri, Plaintif telah meletakkan dirinya dalam kedudukan konflik kepentingan terhadap Defendan dan bertentangan dengan kepentingan Defendan yang mana ianya telah melanggar Blue Spirit Policy. [38] Tindakan Plaintif ini pada pandangan Mahkamah telah membuatkan hubungan di antara Plaintif sebagai pekerja dan Defendan sebagai majikan adalah secara langsung dan tidak langsung menjejaskan amanah dan keyakinan di antara majikan dan pekerja dan seterusnya mewujudkan keadaan yang tidak kondusif di antara Plaintif dan Defendan. [39] Di dalam buku bertajuk “Misconduct in Employment”, penulisnya iaitu B.R. Ghaiye telah menyatakan bahawa perhubungan di antara majikan dan pekerja adalah bersifat fidusiari dan sekiranya pekerja melakukan perbuatan yang tidak selaras dengan perhubungan fidusiari maka ia akan menjadi satu perbuatan tidak sihat yang boleh ditamatkan perkhidmatannya. 20 [40] Tindakan Plaintif telah meletakkan diri beliau dalam kedudukan konflik kepentingan dan oleh itu, telah bertindak bertentangan dengan kepentingan Defendan yang mana ianya telah melanggar Blue Spirit Policy. Pada setiap masa material, selaku pekerja Defendan, Plaintif hendaklah menimbangkan kepentingan Syarikat dalam membuat keputusan yang melibatkan Syarikat dan tidak melibatkan kepentingan sendiri. [41] Mahkamah turut mendapati bahawa Plaintif bukan sahaja tidak mengambil kedudukan berkecuali, malahan Plaintif telah terlibat dengan pemprosesan permohonan FP Nora dan FP Rayyan dengan memproses dan menyokong permohonan-permohonan tersebut sedangkan suami Plaintif terlibat dengan FP-FP tersebut di dalam kapasiti yang dinyatakan di atas. Tambahan pula, Plaintif juga tidak pernah membuat sebarang deklarasi kepada pihak Human Capital Defendan seperti yang diperuntukkan di dalam Blue Spirit Policy. [42] Berdasarkan analisis-analisis ini, Mahkamah memutuskan bahawa adalah jelas keputusan Defendan untuk memberhentikan Plaintif adalah wajar dan munasabah. Oleh itu ianya adalah sah. Isu (c); sama ada wujudnya fitnah oleh Defendan ke atas Plaintif [43] Berkaitan isu ini, Mahkamah mendapati Peguam Plaintif tidak mengemukakan apa-apa hujahan. [44] Ini berkemungkinan kerana Peguam Plaintif sedar adalah menjadi undang-undang mantap bahawa untuk Plaintif berjaya dalam 21 tuntutan pampasan bagi kes fitnah (defamation), beban pembuktian terletak pada Plaintif untuk membuktikan tiga elemen utama iaitu; (a) perkataan-perkataan yang dituturkan oleh Defendan adalah berbentuk fitnah; (b) perkataan-perkataan tersebut merujuk kepada Plaintif; dan (c) perkataan tersebut telah disampaikan kepada Pihak Ketiga iaitu telah disiarkan atau diterbitkan [rujuk kes Ayob Bin Saud v Ts Sambanthamurthi [1989] 1 MLJ 315]. [45] A.78 k.3 KKM 2012 jelas menyatakan bahawa Plaintif mempunyai tanggungjawab untuk memberikan butir-butir fitnah yang didakwa. Ia menyatakan: “Rule 3 Obligations to give particular (1) Where in an action for libel or slander the plaintiff alleges that the words or matters complained of were used in a defamatory sense other than their ordinary meaning, he must give particulars of the facts and matters on which he relies in respect of such sense.” [46] Perkara ini disentuh oleh kes Lee Kuan Yew v Chin Vui Khen & Anor [1991] 3 MLJ 494 seperti berikut: “… It has become the settled practice for a plaintiff, where the meaning of the words complained of is not clear and explicit, to plead the meaning which he says the words bear. This enables the defendant to know what case he has to meet and to prepare his defence accordingly. Such a practice is of further assistance to the court since it thus clearly provides to the trial judge the meaning upon which he must rule in 22 deciding whether the words published are capable of being so understood. [47] Sehubungan dengan itu, Mahkamah memutuskan bahawa di atas kegagalan Plaintif untuk memplidkan butir-butir fitnah tersebut, maka Plaintif telah gagal melunaskan beban bukti untuk membuktikan elemen-elemen fitnah telah dipenuhi dan fitnah tersebut diutarakan oleh Defendan. [48] Di samping itu, Plaintif sendiri telah membuat pengakuan semasa disoal balas bahawa Defendan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan fitnah yang dikatakan. Apabila disoal apakah kenyataan fitnah yang dikatakan tersebut, dan diminta untuk ditunjukkan kepada Mahkamah, Plaintif menjawab “Tiada”. Selain itu, saksi-saksi sapina Plaintif (SP2 dan SP3) juga dengan jelas dan tanpa teragak-agak telah memberitahu semasa disoal balas bahawa Defendan tidak pernah membuat apa-apa kenyataan mengenai pembuangan kerja Plaintif, mahupun sebarang penglibatan Plaintif dalam apa-apa penipuan langganan, malahan SP2 mendapat tahu mengenai pembuangan kerja Plaintif melalui suami Plaintif sendiri. [49] Oleh itu, Mahkamah merumuskan bahawa tidak wujudnya fitnah oleh Defendan ke atas Plaintif. Isu (d); sama ada Plaintif wajar dipampas serta jumlahnya [50] Mahkamah berpandangan bahawa di atas kegagalan Plaintif untuk membuktikan tuntutan-tuntutannya ke atas Defendan, maka ia 23 menjadikan Plaintif tidak berhak ke atas ganti rugi. Sehubungan dengan itu, Mahkamah merasakan bahawa adalah tidak perlu bagi Mahkamah ini mempertimbangkan sebarang jumlah ganti rugi yang wajar. Kesimpulan [51] Sehubungan dengan itu, tuntutan Plaintif adalah ditolak secara keseluruhannya dengan kos sebanyak RM20,000.00 tertakluk kepada fi alokatur. Bertarikh : 27hb. Ogos, 2024 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya 24 Pihak-Pihak: Bagi Pihak Plaintif : Zainal Abidin bin Mustaffa Tetuan Zainal & Mariani Lot 356 & 357, Tingkat 1 Wisma Zainal & Mariani Jalan Sultan Ibrahim 15050 Kota Bharu Kelantan Darul Naim Bagi Pihak Defendan : Nur’Ain Nadiah binti Lukman Hakim Tetuan Mohanadass Partnership B-21-8, The Vertical Avenue 3 Bangsar South City No.8, Jalan Kerinchi 59200 Kuala Lumpur Tarikh Bicara : 31hb. Oktober 2024 Tarikh Keputusan : 13hb. Februari, 2024 25 Perundangan Yang Dirujuk: ➢ Akta Perhubungan Perusahaan 1967 ➢ Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 Kes-Kes Yang Dirujuk: ➢ 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd v Ashvine Hari Krishnan [2023] 3 MLJ 469 ➢ Fung Keong Rubber Manufacturing (M) Sdn Bhd V Lee Eng Kiat & Ors [1981] 1 MLJ 238 ➢ 7-Eleven Malaysia (supra) ➢ R Rama Chandran v The Industrial Court Of Malaysia [1997] 1 MLJ 145 ➢ Kolonel Dr Faiz Azraai Abdul Aziz v. Mahkamah Tentera Divisyen Keempat Infantri Malaysia 2023 5 CLJ 843 ➢ Jye Tai Precision Industrial (M) Sdn Bhd v Victoria a/p Arulsamy [2008] 2 MLJ 57 ➢ Ayob Bin Saud v Ts Sambanthamurthi [1989] 1 MLJ 315 ➢ kes Lee Kuan Yew v Chin Vui Khen & Anor [1991] 3 MLJ 494