Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN KUASA-KUASA KHAS) PERMOHONAN BAGI SEMAKAN KEHAKIMAN NO.: WA-25-109- 03/2024 Dalam perkara Tribunal Rayuan Persaingan Rayuan No.1 Tahun 2021 antara Dagang Net Technologies Sdn Bhd (No. Syarikat: 177974-T) dengan Suruhanjaya Persaingan; Dan Dalam perkara keputusan Tribunal Rayuan Persaingan Rayuan No. 1 Tahun 2021 bertarikh 18/12/2023 yang diputuskan oleh Dato’ Abdul Aziz bin Abdul Rahim (Pengerusi), Datuk Dr. Mohd Gazali bin Abas (Ahli Tribunal Rayuan Persaingan) dan Datuk Mohd Rafee bin Mohamed (Ahli Tribunal Rayuan Persaingan); Dan Dalam perkara Tribunal Rayuan Persaingan mengenai Kes No. 700- 2/2/003/2015; Dan Dalam perkara Notis Dapatan Pelanggaran oleh Suruhanjaya Persaingan bertarikh 26/2/2021 di bawah Seksyen 40 Akta Persaingan 2010; Dan Dalam perkara Keputusan Muktamad Suruhanjaya Persaingan mengenai Kes No. 700-2/2/003/2015 bertarikh 16/2/2021; Dan Dalam perkara Keputusan yang Dicadangkan oleh Suruhanjaya Persaingan menurut Seksyen 36 Akta Persaingan 2010 mengenai MyCC Rujukan Fail: MyCC(ED)700-2.2.003.2015 bertarikh 6/4/2018; Dan Dalam perkara Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan; Dan Dalam perkara Seksyen 25 (2) dan Jadual Akta Mahkamah Kehakiman 1964; Dan Dalam perkara Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dan/atau di bawah bidang kuasa sedia ada Mahkamah yang Mulia ini; Dan Dalam perkara Akta Persaingan 2010, antara lain, Seksyen-seksyen 2, 10, 13, 36, 39, 40, dan 58; Dan Dalam perkara Akta Suruhanjaya Persaingan 2010; Dan Dalam perkara Peraturan-peraturan Persaingan (Tribunal Rayuan) 2017, antara lain, Peraturan 3. ANTARA DAGANG NET TECHNOLOGIES SDN BHD (NO. SYARIKAT: 177974-T) … PEMOHON