Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM SELANGOR, DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO.: BA-23NCvC-16-03/2021 ANTARA DANARAJ A/L NADARAJAH (No. K/P: 540806-07-5317) − PLAINTIF
BA-23NCvC-16-03/2021
High Court of Malaysia1 Dec 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“leh dokumen tersebut adalah dokumen baharu dan dokumen yang dalam pengetahuan dan milikan Defendan-Defendan. [18] Dalam kes Highlands & Lowlands Berhad And Anor V John A/L Mariasoosai & 31 Yang Lain [2005] MLJU 522, di mana Mahkamah menyatakan seperti yang berikut: “TUGAS SEORANG PEGUAM”
“med Khan (as a representative for the estate of Sardar Mohd Roshan Khan, deceased) v. Perwira Affin Bank Bhd (previously known as Perwira Habib Bank Malaysia Bhd) [2018] 1 CLJ 415; [2017] 1 LNS 1702; [2017] MLJU 1765 Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa – S/N eymheOozSkCUmqeoHZHOlQ **Note : Serial number will be used”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM SELANGOR, DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO.: BA-23NCvC-16-03/2021 ANTARA DANARAJ A/L NADARAJAH (No. K/P: 540806-07-5317) − PLAINTIF
1
KUAN KAM HON (No. K/P: 470904-10-5099)
2
KUAN MUN LEONG (No. K/P: 760728-14-5985)
3
HARTALEGA HOLDINGS BERHAD (No. Syarikat: 741883-X) − DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Tuntutan Plaintif terhada Defendan-Defendan ialah bagi 5 penerbitan fitnah di mana Plaintif memplidkan bahawa –
a
Defendan Pertama dalam kapasiti peribadinya dan/atau sebagai Ketua Eksekutif Defendan Ketiga telah – 06/02/2023 01:31:47 BA-23NCvC-16-03/2021 Kand. 84 S/N eymheOozSkCUmqeoHZHOlQ i. menulis surat bertarikh 20-1-2021 kepada seorang yang bernama Puan Wang Yue, seorang pemegang saham merangkap Pengarah Yancheng Mun mengenai Plaintif. ii. menulis e-mel bertarikh 1-2-2021 kepada seorang yang bernama Puan Wang Yue, seorang pemegang saham merangkap Pengarah Yancheng Mun mengenai Plaintif. iii. melalui surat tidak bertarikh yang dilampirkan bersama dengan e-mel bertarikh 1-2-2021 kepada seorang yang bernama Puan Wang Yue, seorang pemegang saham merangkap Pengarah Yancheng Mun mengenai Plaintif.
b
Defendan Kedua ialah anak Defendan Pertama, dan Ketua Pegawai Eksekutif Defendan Ketiga telah – iv. pada 23-12-2020 menelefon seorang yang bernama Puan Wang Yue, seorang pemegang saham merangkap Pengarah Yancheng Mun dan menerbitkan atau menyebabkan diterbitkan fitnah mengenai Plaintif.
c
Defendan Ketiga telah melalui iklan yang diterbitkan di The Edge, dan beberapa suratkhabar lain, menerbitkan atau menyebabkan diterbitkan mengenai Plaintif. S/N eymheOozSkCUmqeoHZHOlQ [2] Dalam maksud semula jadi dan asal (natural and ordinary meaning) dan/atau secara alternatif dengan cara sindiran (innuendo), kata-kata yang diadukan tersebut dalam 5 penerbitan fitnah bermaksud dan/atau difahamkan bermaksud bahawa –
a
Plaintif melakukan salah laku sebagai Pengarah Defendan Ketiga (Hartalega Holdings Berhad) dan/atau Yancheng Mun dan/atau Mun Health Product (India) Pvt Ltd (selepas ini dirujuk sebagai “Mun India”).
b
Plaintif melanggar tugas fidusiari kepada Defendan Ketiga (Hartalega Holdings Berhad), Yancheng Mun, Mun India dan Hartalega Sdn Bhd.
c
Plaintif melakukan salah laku dalam menguruskan Yancheng Mun dan Mun India.
d
tindakan Plaintif menyebabkan kerugian kepada Yancheng Mun dan Mun India.
e
perletakan jawatan Plaintif disebabkan oleh keengganan Defendan Pertama untuk menerima tuntutan Plaintif bahawa Defendan Pertama menyebabkan penjualan 81% kepentingan Hartalega Sdn Bhd di Mun India kepada Plaintif.
f
Plaintif merancang untuk bersaing dengan Hartalega Sdn Bhd dalam perniagaan Hartalega Sdn Bhd di India dan China. S/N eymheOozSkCUmqeoHZHOlQ
g
Plaintif tidak layak memegang jawatan sebagai Pengarah Defendan Ketiga.
h
Plaintif meletakkan kepentingan diri melebihi kepentingan syarikat iaitu Defendan Ketiga, Yancheng Mun, Mun India dan Hartalega Sdn Bhd.
i
Plaintif melakukan frod dan penyalahgunaan dalam pengurusan Mun India.
j
Plaintif menggunakan masa syarikat untuk memajukan kepentingan dan/atau perniagaannya sendiri.
k
Plaintif menggunakan Puan Wang Yue sebagai wakilnya dalam tindakan undang-undangnya dengan Defendan Ketiga.
l
tindakan-tindakan Plaintif adalah menyalahi undang-undang.
m
Plaintif melakukan salah laku sebagai Pengarah dan pemegang saham Yancheng Mun.
n
Plaintif membantu dan bersubahat dengan Puan Wang Yue untuk menolak dan menyekat maklumat dan dokumen kepada Defendan-Defendan.
o
Plaintif ialah pencuri, penjenayah dan penipu. S/N eymheOozSkCUmqeoHZHOlQ [3] Plaintif memplidkan disebabkan oleh penerbitan fitnah tersebut, watak, kredit dan reputasi Plaintif telah amat terjejas dan telah dibawa ke skandal awam, kebencian dan penghinaan. [4] Plaintif menuntut terhadap Defendan-Defendan seperti yang berikut:
a
Ganti rugi Am sebanyak RM8,000,000.00.
b
injunksi untuk menahan Defendan-Defendan sama ada oleh mereka sendiri, pengkhidmat atau ejen mereka atau sebaliknya walau apa cara sekalipun daripada menerbitkan atau menerbitkan selanjutnya dan/atau menyebabkan penerbitan, penyebaran dan pengedaran kata-kata yang diadu atau kata-kata lain yang sama atau serupa maksudnya yang memfitnah Plaintif atau kesemuanya sekali.
c
perintah yang mengarahkan Defendan-Defendan untuk membuang dan/atau memadamkan penerbitan fitnah tersebut dengan serta-merta.
d
perintah yang mengarahkan Defendan-Defendan untuk menerbitkan suatu permohonan minta maaf penuh dan jelas dengan cara yang diluluskan oleh Plaintif atau Mahkamah ini dan diterbitkan sekali di akhbar tempatan iaitu new Straits Times, The Star dan The Edge atas kos Defendan-Defendan sendiri. S/N eymheOozSkCUmqeoHZHOlQ
e
faedah ke atas jumlah ganti rugi yang dikira dari tarikh writ saman dan pernyataan tuntutan sehingga tarikh penghakiman pada kadar 5% setahun atau pada kadar yang dianggap sesuai oleh Mahkamah ini.
f
Kos.
g
sebarang relief lanjut dan lain yang dianggap adil dan wajar oleh Mahkamah ini. Permohonan Plaintif untuk memasukkan ikatan dokumen baharu [5] Pada 25-11-2022, semasa prosiding bagi sambung bicara (Kes Plaintif) di mana Plaintif (Saksi Plaintif pertama/SP1) memberi keterangannya dalam pemeriksaan balas oleh peguam Defendan-Defendan, Peguam Plaintif telah mengemukakan 3 dokumen iaitu Ikatan Dokumen (1), (2) dan (3) untuk dimasukkan sebagai Iaktan Dokumen Plaintif. [6] Peguam Plaintif menyatakan bahawa Ikatan Dokumen (1), (2) dan
3
yang difailkan dan dipohon ini untuk dimasukkan sebagai Ikatan Dokumen baharu ialah atas alasan dokumen tersebut adalah versi yang lebih jelas berbanding dengan versi yang terkandung dalam Ikatan Dokumen Bersama yang sudah difailkan terdahulu. Ikatan Dokumen (1),
2
dan (3) difailkan semula sebagaimana arahan Mahkamah ini. S/N eymheOozSkCUmqeoHZHOlQ [7] Peguam Defendan-Defendan membantah kepada beberapa dokumen yang terkandung dalam Ikatan Dokumen (1), (2) dan (3) tersebut. [8] Atas arahan Mahkamah pada tarikh yang sama kepada peguam-peguam, suatu Senarai Dokumen telah disediakan sebagaimana yang ditanda sebagai D3. [9] Mahkamah ini telah meneliti D3, isu yang dibangkitkan oleh peguam-peguam dan hujahan lisan peguam-peguam. Isu yang dibangkitkan oleh peguam-peguam dan hujahan lisan peguam-peguam [10] Peguam cara Plaintif terpelajar berhujah bahawa –
a
Ikatan Dokumen (1), (2) dan (3) itu adalah salinan yang lebih jelas dan ini bukan pemfailan mengejut oleh pihak Plaintif.
b
tiada notis permohonan difailkan oleh pihak Defendan-Defendan untuk “expunge” dokumen-dokumen Plaintif.
c
Aturan 1 kaedah 1(1) dan 3 kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, membenarkan “irregularities be cured”. Peguam cara terdahulu Plaintif gagal memgfailkan dokumen-dokumen tersebut. S/N eymheOozSkCUmqeoHZHOlQ [11] Peguam cara Defendan-Defendan membantah kepada sebahagian ikatan dokumen yang dikemukakan oleh Plaintif. [12] Berdasarkan ekshibit D3 (List of Documents in the Plaintiff’ Bundle of Documents (2), (3) dan (4), pihak Defendan-Defendan tidak membantah kepada –
a
4 dokumen yang dikemukakan oleh pihak Plaintif. Ini adalah kerana dokumen yang berikut telah difailkan terdahulu dalam
i
clearer copy of the advertisement in The Star on 13-7-
2020
2020.
II
(ii) clearer copy of Hartalega’s letter dated 30-6-2020 to Danaraj accepting Danaraj’s resignation as a member of the board of directors.
III
(iii) clearer copy of Hartalega’s letter dated 1-7-2020 to Danaraj accepting Danaraj’s resignation.
IV
(iv) clearer copy of the newspaper articles/posting.
b
Documents not disputed (Enclosure 57) iaitu e-mel daripada Plaintif kepada Defendan Pertama dan Defendan Kedua bertarikh 30-6-2020. S/N eymheOozSkCUmqeoHZHOlQ [13] Berdasarkan ekshibit D3 (List of Documents in the Plaintiff’ Bundle of Documents (2), (3) dan (4), pihak Defendan-Defendan membantah kepada –
a
Enclosure 57 iaitu 4 dokumen Defendan-Defendan dan/atau dokumen-dokumen yang dalam pengetahuan dan milikan mereka –
i
Tab 6 of Enclosure 57: Bursa Announcement dated 6-1- 2021 by the 3rd Defendant.
II
(ii) Tab 7 of Enclosure 57: PowerPoint Presentation Slides – New Growth Drivers.
III
(iii) Tab 8 and Tab 9 of Enclosure 57: Hartalega Annual report 2019 (Part 1 and Part 2).
IV
(iv) Tab 10 of Enclosure 57: Letter from the 1st Defendant to Wang Yue dated 20-1-2021.
b
Enclosure 57 iaitu 2 dokumen yang hendak dimasukkan oleh Plaintif ialah dokumen baharu iaitu –
i
Tab 4 of Enclosure 57: pages 10, 11, 14, 15, 16 iaitu newspaper articles/posting.
II
(ii) Tab 11 of Enclosure 57: page 209 iaitu Registration of Dynamic Foshan. S/N eymheOozSkCUmqeoHZHOlQ
c
Enclosure 58 iaitu –
i
Tab 1 and Tab 2: Documents relating to Mun India and Notice of 10th AGM of Mun India are all prepared by the Defendants.
II
(ii) Tab 3 and Tab 4: Letters by the Plaintiff to Board of Directors of Mun India which are within the knowledge and possession of the Defendants.
d
Enclosure 70 iaitu –
i
Tab 1: WhatsApp audio recording between wang Yue and Kuan Mun Leong on 23-12-2020 in CD form. The WhatsApp audio transcript can be found at pages 145 to 154 of Bundle B (Enclosure 23), previously marked as ID3 and ID4.
II
(ii) Tab 2 to Tab 4: Exchange of correspondence between solicitors for the Plaintiff and the Defendants with regards to the WhatsApp audio recording. S/N eymheOozSkCUmqeoHZHOlQ Perintah Mahkamah (Ruling of this Court) [14] Selepas mendengar hujahan lisan peguam-peguam, Mahkamah ini memutuskan dan memerintahkan seperti berikut (rujukan khusus kepada Ekshibit D3): a) Enclosure 57 –
i
Items A dan B (Clearer Copy of the Documents filed previously in Bundle B) di mana Tab 1 (ms 4), Tab 2 (ms 6), Tab 3 (ms 8), Tab 4 (ms 12 & 13), dan Tab 5 (ms 18) sahaja adalah dibenarkan dimasukkan sebagai Ikatan Dokumen Plaintif.
II
(ii) Items C1 dan C2 dibantah dan dipertikaikan oleh Defendan-Defendan iaitu – • Tab 4 (ms 10, 11, 14, 15 & 16); • Tab 6, Tab 7 Tab 10 dan Tab 11, adalah ditolak untuk dimasukkan sebagai Ikatan Dokumen Plaintif.
III
(iii) Items C1 dibantah dan dipertikaikan oleh Defendan-Defendan iaitu Tab 8 dan Tab 9, Mahkamah hanya membenarkan muka surat 57 (profile Plf) pada D3 sahaja untuk dimasukkan sebagai Ikatan Dokumen Plaintif. S/N eymheOozSkCUmqeoHZHOlQ b) Enclosure 58 – Tab 1 hingga Tab 4 adalah ditolak untuk dimasukkan sebagai Ikatan Dokumen Plaintif. c) Enclosure 70 –
i
Tab 1 iaitu WhatsApp audio recording in CD format adalah ditolak untuk dimasukkan sebagai Ikatan Dokumen Plaintif.
II
(ii) Tab 2, Tab 3 dan Tab 4 (surat-menyurat peguam-peguam Plf dan Defts) adalah dibenarkan dimasukkan sebagai Ikatan Dokumen Plaintif. Analisa dan Dapatan Mahkamah [15] Permohonan interlokutori oleh Plaintif adalah dibuat “spontaneously” pada hari dan tarikh bagi Mahkamah ini meneruskan perbicaraan penuh di mana Plaintif sendiri sedang diperiksa balas oleh peguam cara Defendan-Defendan. [16] Tarikh sambung bicara pada 25-11-2022 itu ialah hari ketiga perbicaraan penuh di mana pada hari pertama perbicaraan penuh iaitu 21- 7-2022, Plaintif diwakili peguam terdahulunya dan pada 26-10-2022 (hari kedua sambung bicara) dan 25-11-2022 (hari ketiga sambung bicara), Plaintif diwakili oleh peguam cara baharunya. S/N eymheOozSkCUmqeoHZHOlQ [17] Dokumen-dokumen yang dibantah oleh pihak Defendan-Defendan untuk Plaintif masukkan sebagai ikatan dokumen-dokumennya adalah disebabkan oleh dokumen tersebut adalah dokumen baharu dan dokumen yang dalam pengetahuan dan milikan Defendan-Defendan. [18] Dalam kes Highlands & Lowlands Berhad And Anor V John A/L Mariasoosai & 31 Yang Lain [2005] MLJU 522, di mana Mahkamah menyatakan seperti yang berikut: “TUGAS SEORANG PEGUAM
6E
Seorang peguam yang ingin memberi nasihat kepada anak guam terhadap sesuatu perkara atau masalah yang dibawa oleh anak guam mesti dan sepatutnya mendapat fakta-fakta yang relevan dan meneliti undang-undang yang berkaitan dan harus memastikan bahawa nasihat yang diberi tidak boleh tukar dengan falsafah atau kehendak anak guam. Tugas seperti ini juga diikut dalam sebarang hujah-hujah yang dibuat oleh peguam-peguam di Mahkamah. Seorang peguam juga harus memastikan dengan anak guam bahawa sebarang tindakan undang-undang tidak diteruskan untuk perkara yang tidak adil (unjustifiable) atau tidak membawa makna (unworthy) pada akhirnya. Pendek kata, seorang peguam tidak hanya menjadi sebagai 'mouth piece' bagi anak guam tetapi harus bertindak jujur dan ikhlas kepada Mahkamah dan anak guam tanpa mengambil kira kepentingan perdagangan sahaja.”. (penekanan diberikan) S/N eymheOozSkCUmqeoHZHOlQ [19] Mahkamah ini mendapati bahawa penukaran peguam cara Plaintif kepada peguam cara baharunya, bukan sahaja membawa impak kepada pemikiran baharu mengenai pembentangan tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan. Peguam cara baharu Plaintif terpelajar juga dengan “mudah” mengemukakan 3 ikatan dokumen baharunya untuk dimasukkan pada hari ketiga perbicaraan. [20] Atas arahan Mahkamah mengenai permohonan lisan oleh peguam cara Palintif terpelajar dan kewujudan bantahan oleh peguam cara Defendan-Defendan terpelajar maka Mahkamah ini telah memberi peluang untuk kedua-dua pihak berbincang terlebih dahulunya mengenai ikatan dokumen baharu Plaintif tersebut. [21] Hasil perbincangan oleh kedua-dua pihak dan arahan Mahkamah, suatu senarai yang ditanda sebagai D3 berjaya disediakan untuk membantu Mahkamah membuat “ruling” mengenai ikatan dokumen yang hendak dimasukkan oleh Plaintif. [22] Dapatan Mahkamah yang tidak membenarkan Plaintif memasukkan dokumen yang terkandung dalam ikatan dokumen baharunya itu adalah dokumen baharu yang mana kemasukan dokumen tersebut pada tarikh sambung bicara adalah mengejutkan pihak Defendan-Defendan. [23] Dalam kes Ranjan Paramalingam & 1 Lg v. Persatuan Penduduk Taman Bangsar Kuala Lumpur [2023] 1 LNS 29, Mahkamah Rayuan dalam keputusannya menyatakan − S/N eymheOozSkCUmqeoHZHOlQ “Our Analysis and Decision [13] First and foremost, we have to emphasize that parties are bound by their pleadings. The law on pleadings is well settled. Generally, parties are bound by their pleadings and the court should not decide on the issue that was not pleaded. Federal Court in the case of Anjalai Ammal & Anor v. Abdul Kareem [1969] 1 MLJ 22 had made the following observation and had opined that: There is considerable authority in regard to the purpose and effect of particulars filed pursuant to O. 19, r. 7A of the Rules of the Supreme Court. At p. 31 of Halsbury (3rd Edn.) Vol. 3, the learned commentator has this to say:- A party is bound by his pleadings unless he is allowed to amend them, and he is therefore bound by his particulars, which are, in effect, part of the pleadings under which they are delivered. In Thomson v. Birkley (1883) 47 LTR p. 700 Watkin Williams J says:- The object of particulars is to prevent surprise, and to limit and particularise events in order that both parties should come to trial fully prepared for the issues. S/N eymheOozSkCUmqeoHZHOlQ In Spedding v. Fitzpatrick (1888) 38 Ch. D 410 at 413 Cotton LJ says:- The object of particulars is to enable the party asking for them to know what case he has to meet at the trial, and so to save unnecessary expense, and avoid allowing parties to be taken by surprise. In Thorp v. Holdsworth (1876) Ch. 637 at 639 Jessel Mr. says:- The whole object of pleadings is to bring the parties to an issue, and the meaning of the rules of R XIX was to prevent the issue being enlarged, which would prevent either party from knowing when the cause came on for trial, what the real point to be discussed and decided was. In fact, the whole meaning of the system is to narrow the parties to definite issues, and thereby to diminish expense and delay, especially as regards the amount of testimony required on either side at the hearing. Finally, in Yorkshire Provident Life Assurance Co. v. Gilbert & Rivington [1895] 2 QB 114 at 152 Lindley LJ says:- On the same principle of law related to the rule of pleadings, this court in the case of Pembinaan SPK Sdn Bhd v. Jalinan Waja Sdn Bhd [2014] 2 MLJ 322 has made the following observation: [24] That classic, authoritative text on the rules of pleadings - Sir Jack Jacob & Ian S Goldrein, Pleadings: S/N eymheOozSkCUmqeoHZHOlQ Principles and Practice - provides four ‘objects’ Pleadings - their dual object in summary. Pleadings serve a two-fold purpose:
a
first To inform each party what is the case of the opposite party which he will have to meet before and at the trial; and
b
secondly concurrently to appraise the court what are the issues. The identity of the issues is crucial, not only for the purposes of trial, but also for the purposes of all the pre-trial interlocutory proceedings. The object of pleadings - in detail (a) first To define with clarity and precision the issues or questions which are in dispute between the parties and fall to be determined by the court... (b) secondly To require each party to give fair and proper notice to his opponent of the case he has to meet to enable him to frame and prepare his own case for trial... (c) thirdly To inform the court what are the precise matters in issue between the parties which alone the Court may determine, since they set the limits of the action which may not be extended without due amendment properly made ...”. [24] Dalam kes Iftikar Ahmed Khan (as a representative for the estate of Sardar Mohd Roshan Khan, deceased) v. Perwira Affin Bank Bhd (previously known as Perwira Habib Bank Malaysia Bhd) [2018] 1 CLJ 415; [2017] 1 LNS 1702; [2017] MLJU 1765 Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa – S/N eymheOozSkCUmqeoHZHOlQ “... In a case where the matter or material facts are not pleaded but evidence is led without objections at trial, the court is duty bound to consider such evidence although it may be a departure from the pleading. It has the effect of curing defect in the pleading. In such a case the opposite party is not taken by surprise, prejudiced, embarrassed or misled. The exception is where the evidence represents a radical departure from the pleading and is not just a variation, modification or development of what has been alleged in the pleading.”. [25] Dalam kedua-dua keputusan Mahkamah Atasan di atas, adalah jelas pada pandangan Mahkamah ini bahawa elemen “surprise” tidak wajar dibenarkan apabila permohonan lisan dan penyediaan ikatan dokumen baharu yang dikemukakan oleh peguam cara Plaintif terpelajar pada saat saksinya hendak disambung pemeriksaan balas. Bantahan peguam Defendan-Defendan hanya mengenai beberapa dokumen sahaja. Terdapat dokumen yang dibantah oleh pihak Defendan-Defendan tetapi ditolak oleh Mahkamah ini. Plaintif dibenarkan untuk memasukkan dokumen tersebut. [26] Peguam cara Plaintif terpelajar juga tidak mengemukakan apa-apa notis permohonan untuk memohon kebenaran Mahkamah ini dan pihak Plaintif juga tidak mengemukakan apa-apa surat-menyurat, e-mel atau apa-apa notis untuk memberitahu Mahkamah dan pihak Defendan-Defendan bahawa terdapat 3 ikatan dokumen Plaintif yang hendak dimasukkan pada tarikh sambung bicara. S/N eymheOozSkCUmqeoHZHOlQ [27] Berdasarkan pengamatan Mahkamah ini, peguam Defendan-Defendan berjaya mengurangkan “surprise” dengan tindakan pihak Plaintif melalui ruang dan peluang yang Mahkamah ini berikan agar kedua-dua pihak berbincang sebelum perbicaraan disambung. [28] Items C1 dan C2 dibantah dan dipertikaikan oleh Defendan-Defendan iaitu Tab 4 pada ms 10, 11, 14, 15 & 16, Tab 6 adalah ditolak untuk dimasukkan sebagai Ikatan Dokumen Plaintif (B3) kerana dokumen tersebut bukannya bertujuan untuk mengemukakan “clearer copy” tetapi dokumen yang tiada sumber sahih dan pihak Defendan-Defendan tidak menerima apa-apa notifikasi awal daripada pihak Plaintif. Mahkamah ini berpendapat tindakan Plaintif ini telah memprejudiskan hak Defendan-Defendan yang tidak mempunyai peluang untuk menyemak kandungan dan kesahihan dokumen-dokumen tersebut. Manakala bagi Tab 7 PowerPoint Presentation tersebut tidak mengandungi maklumat lanjut penulis mahupun presenter dan sekali lagi pihak Plaintif gagal mengenai ujian ketiadaan sumber sahih dan pihak Defendan-Defendan tidak menerima apa-apa notifikasi awal daripada pihak Plaintif. Mahkamah ini berpendapat tindakan Plaintif ini telah memprejudiskan hak Defendan-Defendan yang tidak mempunyai peluang untuk menyemak kandungan dan kesahihan dokumen-dokumen tersebut. Bagi Tab 10 ialah e-mel yang ditandatangani oleh Defendan Pertama maka Mahkamah ini memutuskan bahawa dokumen ini dalam pengetahuan dan milikan Defendan-Defendan. pihak Plaintif mempunyai peluang untuk menyoal balas saksi Defendan kelak khususnya Defendan Pertama sendiri. S/N eymheOozSkCUmqeoHZHOlQ Bagi Tab 11 dalam Bahasa Cina dan tiada transkrip terjemahan disediakan. Pihak Plaintif gagal mengenai ujian ketiadaan sumber sahih dan pihak Defendan-Defendan tidak menerima apa-apa notifikasi awal daripada pihak Plaintif. Mahkamah ini berpendapat tindakan Plaintif ini telah memprejudiskan hak Defendan-Defendan yang tidak mempunyai peluang untuk menyemak kandungan dan kesahihan dokumen-dokumen tersebut. [29] Bagi Enclosure 58 iaitu 4 dokumen pada Tab 1 hingga Tab 4 adalah ditolak untuk dimasukkan sebagai Ikatan Dokumen Plaintif. Mahkamah berpendapat 4 dokumen ini adalah berkaitan dengan Mun India dan pihak Plaintif mempunyai masa yang mencukupi dan memadai untuk memfailkan dokumen-dokumen tersebut dan bukannya pada hari perbicaraan penuh. Pihak Plaintif gagal mengenai ujian ketiadaan sumber sahih dan pihak Defendan-Defendan tidak menerima apa-apa notifikasi awal daripada pihak Plaintif. Mahkamah ini berpendapat tindakan Plaintif ini telah memprejudiskan hak Defendan-Defendan yang tidak mempunyai peluang untuk menyemak kandungan dan kesahihan dokumen-dokumen tersebut. [30] Bagi Enclosure 70 pada Tab 1 iaitu WhatsApp audio recording in CD format adalah ditolak untuk dimasukkan sebagai Ikatan Dokumen Plaintif. Mahkamah bersetuju dengan hujahan lisan peguam Defendan-Defendan terpelajar bahawa kesahihan audio tersebut perlu didengar oleh pihak Defendan-Defendan terlebih dahulu. Tindakan pihak Plaintif untuk memasukkan CD tersebut sedangkan ketiadaan sumber sahih CD tersebut dipersoalkan dan pihak Defendan-Defendan tidak menerima apa-apa notifikasi awal daripada pihak Plaintif. Maka, Mahkamah ini S/N eymheOozSkCUmqeoHZHOlQ berpendapat tindakan Plaintif ini telah memprejudiskan hak Defendan-Defendan yang tidak mempunyai peluang untuk menyemak kandungan dan kesahihan dokumen-dokumen tersebut. Kesimpulan [31] Berdasarkan analisa dan dapatan yang dinyatakan di atas, adalah menjadi penghakiman saya selepas menilai keterangan yang ada, permohonan Plaintif untuk memasukkan ikatan dokumen sebagaimana Enclosure 57, 58 dan 70 ditolak sebahagiannya. [32] Senarai Dokumen yang diekshibitkan sebagai D3 adalah senarai yang disediakan secara bersesama di antara pihak Plaintif dan pihak Defendan-Defendan. [33] Selepas Mahkamah ini meneliti satu persatu dokumen yang terkandung dalam Enclosure 57, 58 dan 70 hanya sebahagian dokumen sahaja boleh dimasukkan sebagai Ikatan Dokumen Plaintif (2), (3) dan (4). Bagi dokumen-dokumen yang dipertikaikan oleh pihak Defendan-Defendan, Mahkamah berpuas hati bahawa atas imbangan kebarangkalian dokumen-dokumen tersebut membangkitkan elemen “surprise” kepada pihak Defendan-Defendan. Bertarikh: 5 Februari 2023. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi NCvC12 Shah Alam S/N eymheOozSkCUmqeoHZHOlQ Peguam cara: Bagi Pihak Plaintif: En. Rajvinder bersamanya En. Muhillan dan En. Ahmad Zakiuddin (Pelatih Dalam Kamar) Tetuan Dennis Nik & Wong, Kuala Lumpur Bagi Pihak Defendan-Defendan: Pn. S. Vasanthi bersamanya Pn. Subathra Nathan dan En. Sugumaran Tetuan K. Sugu & Associate, Petaling Jaya, Selangor S/N eymheOozSkCUmqeoHZHOlQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.