relief lain dan selanjutnya yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah ini. S/N C2n4iG4y0mU4mVXxu7qg [3] Saman Pemula ini disokong oleh afidavit sokongan yang diikrarkan oleh Plaintif. Keputusan Tuan Hakim Mahkamah Sesyen (“Tn HMS”) yang bijaksana: [4] Pada 25-11-2022, melalui platform eReview, Tn HMS yang bijaksana telah membenarkan Saman Pemula ini dan kos dalam kausa. [5] Terkilan dan tidak berpuas hati dengan keputusan Tn HMS yang bijaksana, Daneeswaran a/l Nagappan/Defendan merayu ke Mahkamah Tinggi. Keputusan rayuan oleh Mahkamah Tinggi: [6] Pada peringkat rayuan di Mahkamah ini, Defendan merayu terhadap keseluruhan keputusan Tn HMS yang bijaksana. [7] Pada 27-11-2023, Mahkamah ini memutuskan untuk menolak rayuan Perayu/Defendan seperti yang berikut: Berdasarkan penelitian Mahkamah kepada keseluruhan tindakan, rekod rayuan, dan hujahan bertulis, Mahkamah ini mendapati keputusan Tn HMS yang bijaksana dibuat menurut lunas undang-undang dan tiada kekhilafan fakta. Mahkamah ini mendapati 5 triable issues yang dibangkitkan oleh Perayu/Defendan adalah – i. locus standi, ii. initial entry into the land, S/N C2n4iG4y0mU4mVXxu7qg iii. new residential home built by the Defendant (Appellant) with express authority of the Plaintiff (Respondent), iv. interference by the High Court, dan v. wrong mode of action, telah dibicarakan melalui keterangan afidavit dan dokumen yang dikemukakan oleh Plaintif berjaya membuktikan tuntutannya. Mahkamah ini tidak perlu mengganggu dapatan fakta oleh Tn HMS. Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan untuk menolak rayuan Perayu/Defendan dengan kos sebanyak RM6,000.00 tertakluk kepada fi alokatur. Keputusan Tn HMS yang bijaksana dikekalkan. [8] Alasan penghakiman ini mengandungi sebab mengapa Mahkamah ini pada peringkat rayuan menolak rayuan oleh Perayu/Defendan dan sekaligus mengekalkan keputusan Tuan HMS yang bijaksana. Latar belakang fakta Afidavit sokongan: [9] Dalam afidavit sokongan, Plaintif menyatakan bahawa beliau ialah anggota Angkatan Tentera Malaysia berpangkat Mejar dan telah bersara. Selepas persaraan, Plaintif menjalankan aktiviti penternakan. [10] Plaintif memajak sebidang tanah dengan Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor di Mukim Batang Kali iaitu 3 plot yang dikenali sebagai ST 1, ST 2 dan ST 4. Plaintif S/N C2n4iG4y0mU4mVXxu7qg merujuk kepada 3 Perjanjian Pemajakan bertarikh 23-10-2002, 1-10-2008 dan 1-5-2009 (Ekshibit KR-3). Tempoh pemajakan dinyatakan dalam Perjanjian-Perjanjian tersebut. [11] Sejak Plaintif memajak Tanah tersebut, Plaintif telah mengusahakan dan menyelenggara Tanah tersebut untuk penternakan lembu dan aktiviti penanaman rumput, utiliti, laluan jalan, kandang lembu, rumah rehat untuk pekerja dan stor ladang. [12] Pada tahun 2016, Plaintif melantik Defendan sebagai pekerja lading untuk memandu lori dan menguruskan ternakan serta membantu kerja-kerja di ladang di Tanah tersebut. [13] Plaintif memplidkan bahawa rumah rehat tersebut digunakannya sebagai tempat untuk berehat sama seperti pekerja-pekerja ladang lain. Namun begitu, Plaintif mendapati Defendan telah menggunakan rumah rehat tersebut sebagai rumah kediaman dan bermastautin di rumah rehat tersebut serta stor ladang. [14] Alasan yang diberikan oleh Defendan kepada Plaintif mengenai penggunaan rumah rehat tersebut sebagai rumah kediaman ialah kerana rumah Defendan jauh. [15] Plaintif telah menyuruh Defendan keluar dari rumah rehat tersebut namun Defendan enggan. Pada tahun 2017, tanpa kebenaran Plaintif, Defendan telah berpindah bersama seluruh keluarganya ke rumah rehat dan stor ladang. Defendan dan keluarganya menghuni dan mendiami rumah rehat dan stor ladang tersebut berlanjutan sehingga tahun 2020 dan 2021 di mana apabila Covid-19 melanda negara ini, Perintah S/N C2n4iG4y0mU4mVXxu7qg Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan dan ini membuatkan Defendan tidak berpindah dari rumah rehat dan stor ladang tersebut. [16] Plaintif mendakwa bahawa Defendan telah menjual lembu ternakan, menyeleweng pendapatan ladang dan kerja di ladang semasa ketidakhadiran Plaintif ke Tanah tersebut semasa Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan. Antara lain, Plaintif menyatakan bahawa bilangan lembu ternakan semakin susut, lembu ternakan kekurangan zat makanan dan sangat kurus, Defendan gagal menguruskan operasi ladang dan kenderaan ladang serta Defendan menyeleweng pendapatan yang diperoleh dari ladang tersebut. [17] Pada bualn Mei 2022, Plaintif mengambil keputusan untuk memberhentikan Defendan dan meminta Defendan dan keluarga keluar dari ladang. Plaintif ingin memulakan kerja pemulihan ladang ternakannya. [18] Pada tahun yang sama juga, Plaintif menerima tawaran untuk memasuki program pembangunan industri tenusu negara untuk penternak kecil. Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah memberikan 10 ekor lembu kepada Plaintif. [19] Tindakan Defendan yang menghalang Plaintif memasuki Tanah tersebut menyebabkan Plaintif menempatkan sementara 10 ekor lembu tersebut di ladang ternakan lain. Tingkah laku Defendan ini mengakibatkan Plaintif tidak dapat meneruskan usaha dalam penternakan lembu dan Plaintif mengalami kerugian yang besar. S/N C2n4iG4y0mU4mVXxu7qg [20] Oleh itu, Saman Pemula ini bertujuan untuk mendapatkan Perintah Mahkamah untuk Defendan mengosongkan dan memberi milikan kosong Tanah tersebut kepada Plaintif. Afidavit jawapan Defendan: [21] Defendan membantah dan memohon agar Saman Pemula ini dibatalkan dengan kos. [22] Perkara yang dinyatakan oleh Defendan ialah –