Dakwaan niat jahat dan/atau penyalahgunaan kuasa 53. Mahkamah ini seterusnya mengikat piawaian semakan ke atas tindakan Responden-Responden kepada prinsip Mahkamah Persekutuan dalam kes Pengarah Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan v Sri Lempah Enterprise Sdn Bhd [1978] 1 LNS 143; [1979] 1 MLJ 135 (FC). Dalam kes Sri Lempah (supra), Mahkamah Persekutuan menegaskan bahawa pihak berkuasa melulus tidak mempunyai budi bicara tak terkawal untuk mengenakan apa-apa syarat sesuka hati iaitu “approving authority does not have an uncontrolled discretion to impose whatever condition it likes”, di mana syarat yang sah hendaklah “fairly and reasonably relate to the permitted development”, dan kuasa tidak boleh digunakan untuk ‘ulterior object’ walau sebaik mana pun tujuan itu kelihatan pada kaca mata kepentingan. Prinsip-prinsip ini dinyatakan dengan jelas pada muka surat 146 (Suffian LP) dan muka surat148 (Raja Azlan Shah AG CJ (Malaya)) sebagaimana dipetik dalam hujahan Pemohon. Suffian LP, ketika menghuraikan had undang-undang terhadap kuasa mengenakan syarat, menyatakan seperti berikut: “The local planning authority are empowered to grant permission to develop land ‘subject to such conditions as they think fit’. But this does not mean that they have an uncontrolled discretion to impose whatever conditions they like. In exercising their discretion, they must have regard to all relevant considerations and disregard all improper considerations, and they must produce a result which does not offend against common sense.” [1979] 1 MLJ 135 at 146 (FC) Mahkamah Persekutuan seterusnya menegaskan bahawa kesahan sesuatu syarat tidak boleh dinilai secara terpisah daripada tujuan pembangunan yang dibenarkan, dan menyatakan secara tegas bahawa: “… the conditions, to be valid, must fairly and reasonably relate to the permitted development; and the planning authority are not at liberty to use their powers for an ulterior object, however desirable that object may seem to them to be in the public interest.” [1979] 1 MLJ 135 at 146 (FC) Dalam dapatan faktanya sendiri, Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa syarat yang dipertikaikan dalam kes Sri Lempah (supra) adalah tidak sah kerana ia: “… did not relate to the permitted development, was unreasonable and was used for an ulterior object …” [1979] 1 MLJ 135 at 139–140 (FC) Prinsip ini diperkukuhkan lagi oleh Raja Azlan Shah AG CJ (Malaya), yang menolak secara mutlak konsep budi bicara mutlak atau tidak terbatas, dengan menyatakan: “Unfettered discretion is a contradiction in terms. … Every legal power must have legal limits, otherwise there is dictatorship. … where it is wrongly exercised, it becomes the duty of the courts to intervene.” [1979] 1 MLJ 135 at 148 (FC)