kes prima facie terhadap perayu bagi pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 180(1) KTJ [lihat kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 30; Public Prosecutor v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393]. [23] Hakim bicara juga mendapati semua intipati pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap perayu telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan. Dengan itu perayu dipanggil membela diri untuk menjawab pertuduhan tersebut. PEMBELAAN PERAYU [24] Perayu telah membela diri dengan memberikan keterangan secara bersumpah dan mengatakan pada hari kejadian, perayu menerima panggilan telefon daripada seorang kawannya bernama “Suppiah” yang mengajak perayu untuk melepak bersamanya dan kawan-kawannya di Taman Botanik, Klang. Apabila perayu sampai di Cheerz Bistro (pub tersebut) pada jam lebih kurang 1.00 pagi, perayu telah berjumpa dengan Suppiah. Semasa berada di dalam pub tersebut, perayu nampak adiknya (Rajnish) juga berada di dalam pub bersama dengan kawan-kawannya. Pada ketika itu, perayu perhatikan terdapat pertengkaran di antara pengawal pub (bouncer) dan sekumpulan pelanggan di mana pengawal pub telah menghalau kumpulan tersebut keluar dari pub tersebut. [25] Tidak lama kemudian, perayu dan adiknya serta kawan-kawan adiknya telah keluar dari pub tersebut untuk mencari makanan. Pada ketika itu, sekumpulan pelanggan yang dihalau keluar dari pub tersebut telah membuat bising di luar pub. Adik perayu (Rajnish) telah menjerit kepada kumpulan tersebut supaya beredar dari situ dan jangan mencari pasal. Disebabkan mereka tidak berpuas hati terhadap teguran Rajnish, kumpulan tersebut telah bergaduh dengan Rajnish dan perayu telah cuba campur tangan dan cuba meleraikan pergaduhan tersebut. Pada ketika itu, perayu mengatakan si mati telah datang menyerang perayu dengan gelang besi. [26] Akibat diserang oleh si mati, perayu terpaksa mempertahankan diri dengan menumbuk si mati sekali atau dua kali sebelum si mati beredar ke tempat kumpulan lain yang juga sedang bergaduh semasa itu. Roy telah datang menolong melindungi Rajnish daripada dipukul oleh kumpulan tersebut. [27] Tidak jauh dari situ, perayu nampak seorang lelaki India diserang oleh seorang yang tidak dikenali. Perayu telah pergi ke arah lelaki India tersebut dan dapati lelaki India tersebut adalah si mati yang sedang terbaring di atas jalanraya. Perayu telah memaklumkan Rajnish dan Roy bahawa salah seorang daripada kumpulan yang dihalau oleh pengawal pub telah menyerang si mati. Perkara ini juga dimaklumkan kepada kawan-kawan si mati sebelum si mati dibawa ke hospital. [28] Selepas kejadian, perayu telah pergi ke sebuah restoran di Klang (Moden Restoran) untuk makan dan tidak lama selepas itu, Rajnish menerima panggilan telefon daripada Roy yang memaklumkan adiknya (si mati) telah meninggal dunia. DAPATAN HAKIM BICARA DI AKHIR KES PEMBELAAN [29] Secara keseluruhannya di akhir kes pembelaan, hakim bicara mendapati pembelaan perayu adalah tidak kredibel dan merupakan penafian semata-mata. Perayu hanya menafikan membawa pisau semasa bergaduh dengan si mati dan juga menafikan menikam si mati dengan pisau. [30] Hakim bicara juga mendapati pembelaan perayu gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Sebaliknya pihak pendakwaan di akhir kes pembelaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah terhadap perayu. [31] Dengan itu, hakim bicara memutuskan perayu bersalah dan disabitkan bagi pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dihadapkan ke atas perayu. TANGGUNGJAWAB MAHKAMAH YANG MENDENGAR RAYUAN [32] Adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah yang mendengar rayuan seharusnya mengambil pendirian untuk tidak mengganggu atau mengusik dapatan yang dibuat oleh hakim bicara melainkan wujud salah arah yang menyebabkan berlaku salah laksana keadilan, dapatan hakim bicara yang tidak menurut undang-undang atau terdapat keterangan kukuh yang menunjukkan hakim bicara telah terkhilaf dalam menilai keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan [lihat kes-kes seperti LCY v TWY [2019] 4 MLRA 310; [2019] 7 CLJ 158; [2019] 2 AMR 642; Dream Property Sdn Bhd v Atlas Housing Sdn Bhd [2015] 2 MLRA 247; [2015] 2 MLJ 441; [2015] 2 CLJ 453; [2015] 2 AMR 601; Gan Yook Chin & Anor v Lee Ing Chin & Ors [2004] 2 MLRA 1; [2005] 2 MLJ 1; [2004] 4 CLJ 309; [2004] 6 AMR 781; Periasamy a/l Sinnapan & Anor v PP[1996] 2 MLJ 557; [1996] 2 AMR 2511; Herchun Singh & Ors v PP [1969] 1 LNS 2; Lai Kim Hon & Ors v PP [1980] 1 LNS 197; Amri Ibrahim & Anor v PP [2017] 1 CLJ 617; PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2005] 2 MLRA 590]. [33] Berdasarkan prinsip tersebut, kami telah membuat penilaian maksima ke atas semua keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan untuk memastikan sama ada dapatan hakim bicara adalah betul dan berasas serta tidak patut diganggu kecuali terdapat apa-apa salah arah yang menjejaskan hak perayu dan berlaku salah laksana keadilan sehingga menyebabkan sabitan perayu tidak selamat. PERUNTUKAN SEKSYEN 300 KANUN KESEKSAAN [34] Rujukan kepada seksyen 300 Kanun Keseksaan memperuntukkan seperti berikut: “Murder Except in the cases hereinafter excepted, culpable homicide is murder, if the act by which the death is caused is done with the intention of causing death, or – Secondly - If it is done with the intention of causing bodily injury as the offender knows to be likely to cause death of the person to whom the harm is caused, - Thirdly – If it is done with the intention of causing such bodily injury to any person and the bodily injury intended to be inflicted is sufficient in the ordinary course of nature to cause death, - Fourthly – If the person committing the act knows that it is so imminently dangerous that it must, in all probability, cause death, or cause bodily injury as is likely to cause death, and commits such act without any excuse for incurring the risk of causing death or such injury as aforesaid. Exception 1 – When culpable homicide is not murder – Culpable homicide is not murder if the offender, whilst deprived of the power of self-control by grave and sudden provocation, causes the death of the person who gave the provocation or causes the death of any other person by mistake or accident. Exception 2 - Culpable homicide is not murder – Culpable homicide is not murder if the offender, in the exercise in good faith of the right of private defence of person or property, exceeds the power given to him by law and causes the death of the person against whom he is exercising such right of defence without premeditation, and without any intention of doing more than is necessary for the purpose of such defence. Exception 3 – Culpable homicide is not murder if the offender, being a public servant or aiding a public servant acting for the advancement of public justice, exceeds the powers given to him by law, and causes death by doing an act which he, in good faith, believes to be lawful and necessary for the due discharge of his duty as such public servant and without ill-will towards the person whose death is caused. Exception 4 – Culpable homicide is not murder if it is committed without premeditation in a sudden fight, in the heat of a passion upon a sudden quarrel and without the offenders having taken undue advantage or acted in a cruel or unusual manner. Exception 5 – Culpable homicide is not murder when the person whose death is caused, being above the age of eighteen years, suffers death or takes the risk of death with his own consent. ISU-ISU RAYUAN PERAYU DI HADAPAN KAMI WUJUD PERBEZAAN DALAM KETERANGAN SP6, SP7 DAN SP8 [35] Peguam perayu menghujahkan bahawa hakim bicara telah terkhilaf kerana bergantung sepenuhnya kepada keterangan saksi-saksi mata iaitu SP6, SP7 dan SP8. Walhal terdapat percanggahan di dalam keterangan mereka yang menjejaskan kes pendakwaan dan menyebabkan sabitan perayu tidak selamat. Di antara keterangan mereka yang berbeza ialah mengenai lokasi si mati ditikam. SP6 menyatakan si mati ditikam di lorong Cheerz Pub. SP7 pula menyatakan di hadapan Cheerz Pub dan SP8 menyatakan lokasinya di tempat letak kereta bersebelahan Cheerz Pub. [36] Peguam perayu juga menghujahkan terdapat percanggahan berkenaan senjata yang digunakan oleh perayu untuk menikam si mati. SP6 dalam keterangannya menyatakan senjata yang digunakan ialah pisau poket. SP7 menyatakan pisau kecil digunakan. Manakala SP8 menyatakan pisau lipat digunakan. [37] Dengan hormatnya kami tidak bersetuju dengan hujahan peguam perayu. Pada hemat kami perbezaan dalam keterangan SP6, SP7 dan SP8 adalah suatu yang tidak dapat dielakkan apabila melibatkan keterangan saksi-saksi. Setiap saksi mempunyai daya ingatan yang berbeza-beza tertakluk kepada latarbelakang dan tahap ingatan masing-masing. Beberapa orang saksi yang jujur yang berada di tempat kejadian mungkin akan memberikan keterangan yang sedikit berbeza. Namun kami dapati perbezaan di dalam keterangan SP6, SP7 dan SP8 bukan suatu yang sangat material sehingga menjejaskan naratif kes pendakwaan. Ianya juga tidak menyebabkan keterangan mereka tidak kredibel dan tidak boleh dipercayai sehingga menjejaskan pertuduhan terhadap perayu. [38] Dalam keterangannya, SP6 mengatakan si mati ditikam oleh perayu dengan pisau poket yang diambil daripada poket perayu. SP7 pula mengatakan perayu menikam si mati dengan menggunakan pisau kecil. Manakala SP8 mengatakan si mati ditikam oleh perayu menggunakan pisau lipat. Ketiga-tiga saksi tersebut mengatakan si mati ditikam oleh perayu di bahagian dada si mati. [39] Dengan hormatnya, kami tidak bersetuju dengan hujahan peguam perayu bahawa wujud percanggahan material deskripsi senjata yang digunakan oleh perayu untuk menikam si mati. Pada hemat kami, ianya tidak mempunyai asas yang kukuh, mengelirukan mahkamah dan sebenarnya bertujuan menyokong pembelaan perayu yang merupakan penafian semata-mata. Dalam pembelaannya, perayu menafikan membawa pisau dan menikam si mati semasa kejadian. Perayu juga mendakwa si mati ditikam oleh seorang individu lain yang terlibat dalam pergaduhan dengan si mati. [40] Mengenai keterangan saksi-saksi semasa perbicaraan, Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v Datuk Haji Harun Haji Idris (No. 2) [1977] 1 MLJ 15 melalui Raja Azlan Shah HMP (pada ketika itu) telah menjelaskan prinsip keterangan saksi-saksi dan memutuskan seperti berikut: “In this case different witnesses have testified to different parts of what had happened or what had been said and also there are, in the evidence of witnesses for the prosecution, some discrepancies, as would be expected of witnesses giving their recollections of a series of events that took place in 1971-