Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN SIVIL NO.: WA-22NCvC-571-09/2025 Antara DARREN LOW JUN JIE [No. ID Singapura: S9134336C) ... Plaintif Dan
/akn/my/judgment/high-court/2026/20dfa1f5-b7b8-4c46-a4e7-2bb011cd807b
High Court of Malaysia29 Apr 2026WA-22NCvC-571-09/2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“17. Seterusnya dalam kes Ranhill Holdings Bhd v. Mohd Fakrunizam Ibrahim [2021] MLRHU 1715, Yang Arif Mohd Nazlan memutuskan: S/N UiLg24aSmUqZ0spwVtz7Mg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 “... an application to set aside a”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN SIVIL NO.: WA-22NCvC-571-09/2025 Antara DARREN LOW JUN JIE [No. ID Singapura: S9134336C) ... Plaintif Dan
1
UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD [No. Syarikat: 199301017069 (271809-K)]
2
PREMIUM PLAZA SDN BHD [No. Syarikat: 200601023088 (742842-W)]
3
MESSRS A.J. ARIFFIN, YEO & HARPAL (disaman sebagai firma) … Defendan-Defendan ALASAN PENGHAKIMAN [Aturan 14A, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012] A. Pendahuluan
1
Di hadapan Mahkamah ini ialah permohonan Defendan Pertama di bawah Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bagi mendapatkan penentuan awal terhadap dua persoalan undang- 09/07/2026 16:13:26 WA-22NCvC-571-09/2025 Kand. 52 S/N UiLg24aSmUqZ0spwVtz7Mg undang. Menurut Defendan Pertama, persoalan undang-undang tersebut berupaya melupuskan keseluruhan tindakan Plaintif tanpa memerlukan suatu perbicaraan penuh.
2
Permohonan tersebut antara lain memohon supaya Mahkamah dapat menentukan sama ada tindakan semasa Plaintif yang bertujuan mengenepikan Penghakiman Terus yang diberikan dalam Guaman Sivil No. WA-22NCC-925-12/2023 sepatutnya difailkan melalui suatu permohonan dalam prosiding yang sama dan bukannya melalui suatu tindakan baharu. Persoalan kedua pula bahawa Defendan Ketiga tidak mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak Plaintif dalam guaman terdahulu dan sama ada ketiadaan kuasa tersebut merupakan suatu alasan yang sah di sisi undang-undang untuk mengenepikan Penghakiman Terus yang telah dimasukkan.
3
Setelah meneliti Afidavit-Afidavit, Penyataan Tuntutan Terpinda, Pembelaan-Pembelaan yang difailkan serta hujahan bertulis kedua-dua pihak, Mahkamah ini membenarkan permohonan Defendan Pertama di bawah Aturan 14A dan menjawab kedua-dua persoalan undang-undang tersebut secara afirmatif. B. Fakta Ringkas
4
Latar belakang tindakan ini pada asasnya tidak dipertikaikan oleh pihak-pihak. Defendan Pertama sebelum ini telah memperoleh Penghakiman Terus terhadap Plaintif dalam Guaman Sivil No. WA- 22NCC-925-12/2023 pada 19 April 2024. Penghakiman tersebut dimasukkan selepas pendengaran penuh atas merit dilakukan. S/N UiLg24aSmUqZ0spwVtz7Mg
5
Seterusnya Plaintif telah mengambil tindakan lanjutan dengan pemfailan Writ Saman yang baharu. Plaintif tidak memfailkan permohonan dalam guaman yang sama bagi mencabar atau mengenepikan penghakiman tersebut, namun sebaliknya Plaintif telah memilih untuk memulakan tindakan baharu melalui Writ Saman terhadap ketiga-tiga Defendan. Antara relif yang dipohon ialah suatu deklarasi bahawa segala tindakan yang didakwa telah diambil oleh Defendan Ketiga sebagai peguam Plaintif adalah tanpa kuasa dan dengan itu terbatal, di samping perintah supaya Memorandum Kehadiran, Penghakiman Terus serta Perintah Penghakiman Terus dalam guaman terdahulu diketepikan.
6
Asas utama tuntutan Plaintif tersebut adalah di atas dakwaan bahawa Defendan Ketiga tidak pernah diberikan kuasa untuk bertindak bagi pihaknya dalam prosiding terdahulu dan oleh itu segala tindakan yang dilakukan oleh Defendan Ketiga, termasuk pemfailan Memorandum Kehadiran, Penyata Pembelaan serta representasi semasa permohonan Penghakiman Terus, adalah tidak sah.
7
Defendan Pertama kemudiannya memfailkan Lampiran 16 ini di bawah Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bagi mendapatkan penentuan awal terhadap dua persoalan undang-undang yang menurutnya mampu melupuskan keseluruhan tindakan tanpa keperluan suatu perbicaraan penuh. S/N UiLg24aSmUqZ0spwVtz7Mg C. Prinsip Undang-Undang Mengenai Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012
8
Berdasarkan latar belakang kes ini, tiada pertikaian berkaitan fakta, namun terdapat persoalan undang-undang yang boleh diselesai melalui Aturan 14A, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Peruntukan Aturan 14A, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah sebagaimana berikut: O. 14A Determination of questions of law or construction
1
1.
Subsection
(1) The Court may, upon the application of a party or of its own motion, determine any question of law or construction of any document arising in any cause or matter at any stage of the proceedings where it appears to the Court that —
a
(a) such question is suitable for determination without the full trial of the action; and
b
(b) such determination will finally determine the entire cause or matter or any claim or issue therein.
Subsection
(2) On such determination the Court may dismiss the cause or matter or make such order or judgment as it thinks just.
Subsection
(3) .....
Subsection
(4) .....
Subsection
(5) .....
9
Permohonan Defendan Pertama difailkan di bawah Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang memberikan kuasa kepada S/N UiLg24aSmUqZ0spwVtz7Mg Mahkamah untuk menentukan sesuatu persoalan undang-undang terlebih dahulu sebelum perbicaraan penuh, sekiranya penentuan tersebut berupaya melupuskan keseluruhan tindakan atau mana-mana isu yang material dalam tindakan tersebut.
10
Tujuan Aturan 14A bukanlah untuk menggantikan fungsi suatu perbicaraan penuh atau membolehkan Mahkamah membuat dapatan terhadap fakta-fakta yang dipertikaikan. Sebaliknya, peruntukan tersebut diwujudkan bagi membolehkan Mahkamah menentukan terlebih dahulu persoalan undang-undang yang bersifat asas dan menentukan, sekiranya jawapan kepada persoalan tersebut berupaya melupuskan keseluruhan tindakan atau mengelakkan pihak-pihak daripada menjalani suatu perbicaraan yang tidak lagi mempunyai sebarang tujuan.
11
Oleh yang demikian, sebelum sesuatu permohonan di bawah Aturan 14A dibenarkan, Mahkamah hendaklah berpuas hati bahawa persoalan yang dirujuk benar-benar merupakan persoalan undang-undang yang sesuai diputuskan terlebih dahulu, dan jawapan terhadap persoalan tersebut akan memberi kesan secara langsung terhadap perjalanan selanjutnya tindakan itu sendiri. D. Isu-Isu
12
Persoalan undang-undang adalah seperti berikut:
Subsection
(1) Sama ada tindakan semasa Plaintif, yang bertujuan untuk mengenepikan Penghakiman Terus yang telah diberikan pada 19.4.2024 memihak kepada Defendan Pertama terhadap S/N UiLg24aSmUqZ0spwVtz7Mg Plaintif dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Guaman Sivil No. WA-22NCC-925-12/2023 sepatutnya difailkan melalui suatu permohonan dalam prosiding yang sama di mana Penghakiman Terus tersebut telah diberikan dan bukannya melalui pemulaan suatu tindakan baharu yang berasingan (iaitu tindakan ini).
Subsection
(2) Sama ada Defendan Ketiga tidak mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak Plaintif dalam Guaman tersebut merupakan alasan yang sah di sisi undang-undang untuk mengenepikan Penghakiman Terus tersebut.
13
Dalam kes semasa, Mahkamah mendapati kedua-dua persoalan yang dikemukakan oleh Defendan Pertama dapat diringkaskan seperti berikut. Persoalan pertama menyentuh isu tatacara yang betul untuk mencabar suatu Penghakiman Terus yang telah dimasukkan oleh Mahkamah. Persoalan kedua pula menyentuh sama ada, sebagai suatu prinsip undang-undang, dakwaan bahawa peguam bertindak tanpa kuasa merupakan suatu alasan yang boleh membatalkan Penghakiman Terus yang telah diberikan oleh Mahkamah. E. Persoalan Undang-Undang Pertama Sama ada tindakan semasa Plaintif sepatutnya difailkan melalui suatu permohonan dalam prosiding asal dan bukannya melalui tindakan baharu
14
Dalam isu ini, Defendan Pertama menghujahkan bahawa tindakan semasa Plaintif adalah merupakan suatu percubaan untuk S/N UiLg24aSmUqZ0spwVtz7Mg mencabar suatu Penghakiman Terus yang telah diperoleh secara sah dan telah diberikan oleh Mahkamah dalam Guaman Sivil No. WA-22NCC-925-12/2023. Menurut Defendan Pertama, sesuatu penghakiman yang masih sah dan berkuat kuasa tidak boleh dicabar melalui suatu tindakan baharu kerana pendekatan sedemikian adalah bercanggah dengan prinsip dan merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah yang mana Plaintif cuba membuka semula permohonan yang telah dimasukkan penghakiman dan ini merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah.
15
Defendan Pertama berhujah bahawa sekiranya Plaintif berhasrat mengenepikan Penghakiman Terus tersebut, tindakan yang sewajarnya ialah memfailkan suatu permohonan dalam prosiding yang sama di mana penghakiman tersebut diberikan. Plaintif tidak boleh mengelakkan prosedur yang telah diperuntukan oleh undang-undang dengan memulakan suatu tindakan baharu terhadap Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga.
16
Defendan Pertama merujuk kes Badiaddin bin Mohd Mahidin & Anor v. Arab Malaysian Finance Bhd [1998] 1 MLJ 393, Mahkamah Persekutuan memutuskan: “... when one wishes to file such proceedings to set it aside, one must do so within the same proceedings or action in which the same order was obtained and not in a separate fresh proceeding or new action ...”.
17
Seterusnya dalam kes Ranhill Holdings Bhd v. Mohd Fakrunizam Ibrahim [2021] MLRHU 1715, Yang Arif Mohd Nazlan memutuskan: S/N UiLg24aSmUqZ0spwVtz7Mg “... an application to set aside a judgment ex debito justitiae ought to be made via an application in the same proceedings ...”.
18
Malah Defendan Pertama turut menghujahkan rayuan boleh difailkan ke Mahkamah Rayuan jika Plaintif tidak berpuas hati dan ingin mencabar Penghakiman Terus tersebut.
19
Defendan Pertama turut berhujah bahawa persoalan yang dikemukakan adalah suatu persoalan undang-undang yang sesuai diputuskan di bawah Aturan 14A. Sekiranya dijawab secara afirmatif, keseluruhan tindakan Plaintif akan selesai tanpa memerlukan suatu perbicaraan penuh.
20
Manakala Plaintif sebaliknya menghujahkan bahawa tindakan semasa bukan semata-mata cabaran terhadap Penghakiman Terus, sebaliknya terdapat dakwaan bahawa Defendan Ketiga tidak pernah diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak Plaintif dalam guaman terdahulu.
21
Plaintif berhujah bahawa tindakan baharu adalah remedi yang bersesuaian memandangkan Defendan Ketiga kini dijadikan satu pihak di dalam tindakan semasa. Sebaliknya di dalam guaman terdahulu Defendan Ketiga bukan merupakan pihak dalam Guaman Sivil No. WA-22NCC-925-12/2023. Oleh yang demikian, isu mengenai kuasa bertindak Defendan Ketiga hanya boleh diputuskan dalam tindakan semasa setelah keterangan viva voce dikemukakan semasa perbicaraan penuh. S/N UiLg24aSmUqZ0spwVtz7Mg
22
Plaintif merujuk kepada kes Hock Hua Bank Bhd v. Sahari bin Murid [1981] 1 MLJ 143, Mahkamah Persekutuan memutuskan: “Clearly the court has no power under any application in the same action to alter vary or set aside a judgment regularly obtained after it has been entered or an order after it is drawn up, except under the slip rule ... But if a judgment or order has been obtained by fraud or where further evidence which could not possibly have been adduced at the original hearing is forthcoming, a fresh action will lie to impeach the original judgment ...”.
23
Seterusnya Plaintif merujuk kes Serac Asia Sdn Bhd v. Sepakat Insurance Brokers Sdn Bhd [2013] 5 MLJ 1, Mahkamah Persekutuan memutuskan: “[37] ... a fresh action will lie to impeach the original judgment’, and that the court had no power under any application in the same action to alter, vary or set aside a judgment regularly obtained. ..... [39] ... It is for this reason that the law requires for a party seeking to impeach a judgment based on fraud to file a fresh action. Only then can there be a proper finding on whether the appellant had committed a deliberate fraud on the court.”
24
Plaintif turut berhujah bahawa terdapat pelbagai pertikaian fakta material, termasuk sama ada Defendan Ketiga pernah menerima S/N UiLg24aSmUqZ0spwVtz7Mg arahan daripada Plaintif, sama ada terdapat ratifikasi terhadap tindakan Defendan Ketiga dan sama ada Plaintif telah dinafikan hak untuk didengar. Menurut Plaintif, kewujudan pertikaian fakta tersebut menjadikan permohonan di bawah Aturan 14A tidak bersesuaian. Penemuan Mahkamah
25
Bagi isu pertama, Mahkamah telah mempertimbangkan dengan teliti penghujahan kedua-dua pihak. Mahkamah bersetuju dengan penghujahan Defendan Pertama bahawa persoalan pertama yang dikemukakan merupakan suatu persoalan undang-undang yang boleh diputuskan terlebih dahulu di bawah Aturan 14A.
26
Pada hemat Mahkamah, isu sebenar yang perlu diputuskan bukanlah sama ada Defendan Ketiga mempunyai kuasa atau sebaliknya untuk bertindak bagi pihak Plaintif. Sebaliknya, persoalan asas yang perlu dijawab ialah sama ada undang-undang membenarkan seseorang litigan memulakan suatu tindakan baharu bagi mencabar suatu Penghakiman Terus yang masih sah dan berkuat kuasa.
27
Mahkamah mendapati bahawa Penghakiman Terus yang dipersoalkan dalam kes ini merupakan suatu penghakiman muktamad yang telah diberikan oleh Mahkamah selepas pendengaran secara inter partes atas merit. Penghakiman tersebut adalah kekal sebagai suatu penghakiman yang sah dan mengikat sehingga diketepikan atau diubah oleh Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berbuat demikian. S/N UiLg24aSmUqZ0spwVtz7Mg
28
Malah dalam kes ini, sebagaimana kes-kes rujukan Plaintif dalam Hock Hua Bank Bhd (supra) dan Serac Asia Sdn Bhd (supra) Plaintif sama sekali tidak memplidkan sebarang fakta bahawa Penghakiman Terus tersebut diperoleh melalui frod atau isu penyembunyian fakta material ataupun apa-apa penyalahgunaan proses Mahkamah bagi mewajarkan pemfailan tindakan baharu. Justeru, tiada sebarang asas undang-undang untuk mengenepikan Penghakiman Terus tersebut melalui tindakan baharu semasa.
29
Oleh yang demikian, Mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan Pertama, sekiranya Plaintif berhasrat mencabar Penghakiman Terus tersebut, cabaran itu hendaklah dibuat melalui prosedur perundangan tersedia dalam prosiding yang sama dan bukannya melalui pemulaan suatu tindakan baharu yang boleh mengundang Mahkamah ini untuk mencapai suatu keputusan yang bercanggah dengan penghakiman terdahulu.
30
Mahkamah berpendapat sekiranya tindakan sedemikian dibenarkan, ianya akan mewujudkan suatu ketidakpastian terhadap penghakiman-penghakiman Mahkamah yang telah diperoleh secara muktamad sebelum ini, serta akan membuka ruang kepada litigasi berulang terhadap isu yang sama melalui prosiding yang berlainan.
31
Mahkamah ini mendapati hujahan Plaintif bahawa kehadiran Defendan Ketiga sebagai suatu pihak dalam tindakan semasa akan berubah adalah jauh tersasar. Walaupun Defendan Ketiga bukan merupakan pihak dalam guaman terdahulu, relif yang dipohon oleh Plaintif tetap bertujuan mengenepikan Penghakiman Terus yang S/N UiLg24aSmUqZ0spwVtz7Mg telah diberikan dalam prosiding tersebut. Hakikat itu tidak berubah hanya kerana Plaintif memilih untuk menamakan pihak-pihak tambahan sebagai Defendan dalam tindakan baharu ini.
32
Justeru, Mahkamah menjawab persoalan undang-undang pertama secara afirmatif. F. Persoalan Undang-Undang Kedua Sama ada dakwaan bahawa Defendan Ketiga tidak mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak Plaintif merupakan alasan yang sah di sisi undang-undang untuk mengetepikan Penghakiman Terus
33
Berhubung persoalan undang-undang kedua, Defendan Pertama menghujahkan bahawa walaupun Mahkamah mengetahui bahawa Defendan Ketiga tidak mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak Plaintif, keadaan tersebut tidak menjadikan Penghakiman Terus yang telah diberikan oleh Mahkamah sebagai terbatal atau tidak sah di sisi undang-undang.
34
Defendan Pertama berhujah bahawa isu sama ada seseorang peguam menerima arahan yang sewajarnya daripada anak guamnya merupakan suatu persoalan yang menyentuh hubungan di antara peguamcara dengan anak guam. Sebarang pertikaian berhubung autoriti peguam tidak menjejaskan kesahan sesuatu penghakiman yang telah diberikan oleh Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan prosiding tersebut. S/N UiLg24aSmUqZ0spwVtz7Mg
35
Plaintif pula menghujahkan bahawa keseluruhan prosiding dalam Guaman Sivil No. WA-22NCC-925-12/2023 telah dijalankan tanpa pengetahuan dan tanpa kebenaran Plaintif. Menurut Plaintif, Defendan Ketiga tidak pernah menerima sebarang arahan daripadanya untuk memasukkan Memorandum Kehadiran, memfailkan pembelaan ataupun mewakilinya dalam permohonan Penghakiman Terus.
36
Plaintif berhujah bahawa sekiranya Defendan Ketiga sememangnya tidak mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak Plaintif, maka segala dokumen yang difailkan dan segala tindakan yang diambil bagi pihak Plaintif dalam guaman terdahulu adalah tidak sah. Plaintif seterusnya berhujah bahawa Penghakiman Terus yang diperoleh hasil daripada representasi tersebut turut tidak boleh dikekalkan kerana Plaintif pada hakikatnya telah dinafikan hak untuk didengar.
37
Plaintif turut menegaskan bahawa isu autoriti Defendan Ketiga hanya boleh diputuskan selepas Mahkamah mendengar keterangan saksi-saksi semasa perbicaraan penuh. Oleh itu, menurut Plaintif, persoalan kedua tidak sesuai diputuskan melalui Aturan 14A. Penemuan Mahkamah
38
Mahkamah telah mempertimbangkan isu kedua dengan teliti termasuklah penghujahan oleh kedua-dua pihak. Sekali lagi, Mahkamah bersetuju dengan pendirian Defendan Pertama. S/N UiLg24aSmUqZ0spwVtz7Mg
39
Pada hemat Mahkamah, persoalan yang dikemukakan oleh Defendan Pertama telah dirangka secara khusus bagi membolehkan Mahkamah menentukan kesan undang-undang sekiranya dakwaan Plaintif diterima sekalipun. Justeru, Mahkamah tidak perlu dan sememangnya tidak membuat apa-apa dapatan sama ada Defendan Ketiga benar-benar mempunyai atau tidak mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak Plaintif.
40
Sebaliknya, Mahkamah hanya menentukan sama ada, sebagai suatu prinsip undang-undang, dakwaan mengenai ketiadaan kuasa tersebut dengan sendirinya merupakan alasan yang sah untuk membatalkan suatu Penghakiman Terus yang telah diberikan oleh Mahkamah.
41
Pada pandangan Mahkamah, jawapannya hendaklah negatif. Hubungan di antara seseorang peguam dengan anak guamnya merupakan suatu hubungan profesional yang tertakluk kepada hak dan liabiliti masing-masing. Walau bagaimanapun, pertikaian yang timbul daripada hubungan tersebut tidak secara automatik menjejaskan kesahan sesuatu penghakiman yang telah diberikan oleh Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa.
42
Penghakiman Terus yang menjadi subjek tindakan ini bukanlah suatu penghakiman yang diperoleh secara ingkar ataupun secara ex parte. Sebaliknya, ia merupakan suatu penghakiman yang diberikan selepas pendengaran penuh atas merit di hadapan Mahkamah. Selagi tiada dakwaan dan pembuktian bahawa penghakiman tersebut diperoleh melalui frod ataupun penyalahgunaan proses Mahkamah, Mahkamah tidak melihat S/N UiLg24aSmUqZ0spwVtz7Mg sebarang asas undang-undang yang membolehkan penghakiman tersebut diketepikan semata-mata atas alasan bahawa terdapat pertikaian mengenai autoriti peguam yang hadir bagi salah satu pihak.
43
Mahkamah tidak boleh menerima suatu pendekatan yang membolehkan kesahan sesuatu penghakiman bergantung kepada pertikaian dalaman yang timbul antara peguamcara dengan anak guam. Sekiranya pendekatan sedemikian diterima, kedudukan sesuatu penghakiman akan sentiasa terdedah kepada cabaran melalui litigasi baharu, sekali gus bercanggah dengan prinsip kemuktamadan prosiding dan kepentingan awam yang menuntut supaya sesuatu proses litigasi akhirnya perlu mencapai suatu noktah penamat.
44
Oleh yang demikian, Mahkamah menjawab persoalan undang-undang kedua secara afirmatif, iaitu bahawa dakwaan mengenai ketiadaan kuasa Defendan Ketiga untuk bertindak bagi pihak Plaintif bukan merupakan suatu alasan yang sah di sisi undang-undang untuk mengetepikan Penghakiman Terus yang telah diberikan dalam Guaman Sivil No. WA-22NCC-925-12/2023. G. Kesan Jawapan Mahkamah Terhadap Kedua-dua Persoalan Undang-undang
45
Setelah Mahkamah menjawab kedua-dua persoalan undang-undang tersebut secara afirmatif, persoalan seterusnya ialah apakah kesan keputusan tersebut terhadap tindakan semasa. S/N UiLg24aSmUqZ0spwVtz7Mg
46
Mahkamah berpendapat bahawa kedua-dua jawapan tersebut bukan sekadar melupuskan permohonan ini, malah turut melupuskan keseluruhan asas tindakan Plaintif. Ini kerana keseluruhan tindakan semasa dibina atas asas bahawa Penghakiman Terus yang diberikan dalam Guaman Sivil No. WA- 22NCC-925-12/2023 boleh dicabar melalui suatu tindakan baharu dan bahawa dakwaan mengenai ketiadaan kuasa bagi Defendan Ketiga menjadi asas yang mencukupi di sisi undang-undang untuk mengenepikan penghakiman tersebut.
47
Setelah Mahkamah memutuskan bahawa kedua-dua asas tersebut tidak dapat dipertahankan di sisi undang-undang, maka keseluruhan relif yang dituntut oleh Plaintif dalam tindakan ini tidak lagi mempunyai sebarang asas perundangan untuk diteruskan. Justeru, permohonan ini adalah dibenarkan.
48
Susulan dapatan Mahkamah untuk membenarkan permohonan Defendan Pertama, peguamcara bagi Defendan Kedua dan Defendan Ketiga telah memohon secara lisan supaya Saman dan Penyata Tuntutan Plaintif terhadap anak guam masing-masing turut dibatalkan memandangkan keputusan Mahkamah tersebut telah melupuskan keseluruhan asas tindakan Plaintif.
49
Mahkamah ini mendapati bahawa relif-relif yang dipohon terhadap Defendan Kedua dan Defendan Ketiga bukanlah relif yang berdiri sendiri. Sebaliknya, relif-relif tersebut merupakan relif sampingan yang bertujuan menyokong permohonan Plaintif untuk mengenepikan Penghakiman Terus yang diberikan dalam guaman terdahulu. Apabila Mahkamah memutuskan bahawa Penghakiman S/N UiLg24aSmUqZ0spwVtz7Mg Terus tersebut tidak boleh dicabar melalui prosiding ini, maka relif-relif terhadap Defendan Kedua dan Defendan Ketiga turut kehilangan asas perundangannya.
50
Atas alasan tersebut, Mahkamah berpendapat bahawa tiada lagi isu yang wajar dibicarakan terhadap mana-mana Defendan. Meneruskan tindakan ini walaupun setelah kedua-dua persoalan undang-undang tersebut diputuskan hanya akan menyebabkan suatu perbicaraan yang sia-sia serta bertentangan dengan objektif Aturan 14A yang bertujuan melupuskan tindakan yang boleh diputuskan melalui penentuan awal persoalan undang-undang. H. Keputusan
51
Berdasarkan alasan-alasan yang telah dibincangkan, Mahkamah menjawab kedua-dua persoalan undang-undang yang dikemukakan dalam Lampiran 16 secara afirmatif dan dengan itu membenarkan permohonan Defendan Pertama di bawah Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
52
Selaras dengan keputusan tersebut, Mahkamah memerintahkan supaya Saman dan Penyata Tuntutan Plaintif terhadap Defendan Pertama dibatalkan. Perintah yang sama juga diberikan terhadap Defendan-Defendan Kedua dan Ketiga. S/N UiLg24aSmUqZ0spwVtz7Mg
53
Kos diberikan kepada Defendan Pertama sebanyak RM5,000.00, tertakluk kepada alokatur. Bertarikh: 29 April 2026 t.t. (RIHAIDA BINTI RAFIE) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil NCvC 5 Kuala Lumpur Peguamcara Plaintif: Kelvin Manuel Tetuan Kelvin Manuel Pillay Kuala Lumpur Peguamcara Defendan Heng Yee Keat Pertama: Tetuan Christopher & Lee Ong Kuala Lumpur Peguamcara Defendan Sean Yeow Huang Meng Kedua: (Lim Quan Wen bersamanya) Tetuan Lee Hishamuddin Allen & Gledhill Kuala Lumpur Peguamcara Defendan Leong Cing Ee Ketiga: Tetuan Wong Hok Mun Partnership Kuala Lumpur S/N UiLg24aSmUqZ0spwVtz7Mg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.