Whether the RSPC Rules and Bye-Laws ought to be judicially interpreted by this Honourable Court? ANALISA DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH [47] Berdasarkan afidavit-afidavit yang difailkan oleh Defendan-defendan dan hujahan-hujahan yang dikemukakan oleh peguam-peguam mereka, Mahkamah ini menyimpulkan bahawa terdapat tiga isu utama yang perlu ditentukan oleh Mahkamah ini dalam mempertimbangkan permohonan-permohonan pembatalan Saman Pemula oleh Defendan-defendan dan permohonan Plaintif untuk Page 35 of 73 perintah Injunksi di Kandungan 2. Isu-isu tersebut adalah seperti berikut: Isu (i): Isu perletakan jawatan dan penarikan balik perletakan jawatan D1 sebagai Presiden D10 dan isu sama ada D10 boleh terus memegang jawatan tersebut. Isu (ii): Tindakan D1-D9 yang memasuki Perjanjian– Perjanjian KLAP adalah suatu pemecahan tanggungjawab fidusiari terhadap ahli-ahli D10 atas dakwaan terdapatnya konflik kepentingan atas alasan D4 dan D6 adalah pemegang saham D11 bersama Peter Jerome Abisheganaden seorang ahli biasa D10. Isu (iii): Perlantikan D11 oleh D10 melalui Perjanjian-perjanjian tersebut adalah tidak sah kerana perlantikan tersebut adalah melanggar peruntukan seksyen 36, APS 1997 kerana D11 tidak mempunyai / tidak memperoleh lesen di bawah peruntukan sekyen 36 tersebut dan oleh itu D11 tidak boleh membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan yang dinyatakan dalam perjanjian-perjanjian tersebut. Justeru itu, Perjanjian-Perjanjian KLAP tersebut bertentangan dengan undang-undang dan oleh itu ianya adalah batal dan tak sah. Isu (i), (ii) dan (iii) akan dipertimbangkan bersekali [48] Benarkah hujahan peguam Plaintif bahawa isu keesahan perletakan jawatan atau penarikbalikan perletakan jawatan D10 sebagai Presiden adalah satu isu yang serius dan bona fide yang Page 36 of 73 perlu diputuskan oleh Mahkamah ini dan hanya Mahkamah sahaja mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan hal perkara cabaran ini. [49] Bagi menentukan merit hujahan peguam Plaintif, Mahkamah terlebih dahulu perlu menekankan bahawa adalah menjadi suatu hakikat yang tidak dipertikaikan bahawa D10 adalah suatu badan sukan di bawah APS 1997 dan adalah suatu hakikat juga bahawa badan penguasa tertinggi D10 adalah ahli-ahlinya dalam Mesyuarat Agung. Justeru itu, pengurusan dan pentadbiran hal-ehwal D10 adalah ditadbir oleh JK yang dilantik secara tahunan melalui mesyuarat agungnya. [50] Dengan keahlian D10 yang merangkumi kiraan ahli-ahli seperti berikut: 27 Ahli Kehormat, 92 Ahli biasa, 139 Ahli Yang Melanggan, 41 Ahli Tahunan dan 56 Ahli Tak Hadir, D10 bolehlah dikatakan sebuah kelab yang kecil. Makanya, suatu badan sukan kecil adalah lebih mudah ditadbirkan di mana apabila dalam bilangan yang kecil semua ahli-ahlinya pasti saling mengenali di antara satu sama yang lain. Page 37 of 73 [51] Apatah lagi, kelab ini ditadbir dan diuruskan urusan hal ehwal hariannya oleh JK yang dilantik oleh ahli-ahli dalam suatu Mesyuarat Agung Tahunan dengan berpandukan kepada Peraturan Kelab Polo Royal Selangor (Peraturan). [52] Dalam keadaan dan kedudukan yang sedemikian, makanya jawatan Presiden Kelab yang dipegang oleh D10 adalah suatu jawatan yang diperolehinya melalui pemilihan oleh ahli-ahli kelab yang telah memilihnya dalam suatu Mesyuarat Agung Tahunan untuk beliau memegang jawatan Presiden tersebut. [53] Namun, atas rasa tanggungjawabnya sebagai Presiden D10 yang berpunca dari persoalan-persoalan yang ditimbulkan atas Perjanjian-perjanjian KLAP yang dimasuki dengan D11, D1 telah meletakkan jawatannya. Namun, apabila Rekuisisi Pertama diisukan atau dikemukakan oleh ahli-ahli untuk panggilan Mesyuarat Aguang Luar Biasa (EGM) bagi mengambil resolusi-resoulusi yang berhubung isu-isu kepercayaan ahli-ahli terhadap pentadbiran dan pengurusan semasa D10 oleh JK khasnya atas isu-isu Perjanjian-Perjanjian KLAP dan perlantikan baru JK bagi D10, D1 (Dato’ Mohamed Moiz) telah bertindak untuk menarikbalik Page 38 of 73 perletakan jawatannya sebagai Presiden demi untuk membersihkan nama dan rekodnya. [54] Berdasarkan peruntukan Peraturan Kelab, pengurusan dan pentadbiran D10 adalah ditadbir oleh JK yang dilantik secara tahunan melalui Mesyuarat Agungnya, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa pemilihan D1 telahpun dibuat oleh ahli-ahli D10 dalam Mesyuarat Agung Tahunannya. Oleh itu, bagi Mahkamah ini apabila D1 pada awalnya telah berhasrat untuk meletakkan jawatannya dan berbuat demikian melalui surat perletakan jawatannya bertarikh 28.10.2020, maka sama ada beliau patut terus memegang jawatan Presiden itu atau tidak ataupun beliau telah meletakkan jawatannya apabila memberikan surat perletakan jawatannya pada 28.10.2020 hendaklah ditentukan oleh orang-orang yang telah memilihnya pada Mesuyarat Agung yang telah dijalankan sebelum ini. [55] Mahkamah ini tidak nampak sebarang dokumen telah dikemukakan kepada Mahkamah ini untuk menunjukkan sama ada perletakan jawatan D1 sebagai Presiden telah disahkan atau diterima oleh ahli-ahli D10. Begitu juga tidak ada dokumen yang dikemukakan kepada Page 39 of 73 Mahkamah ini untuk menunjukkan sama ada penarikbalikan perletakan jawatan D1 telah disahkan atau diterima oleh ahli-ahli D10. [56] Dalam perkara ini, Mahkamah ini berpandangan bahawa apabila pemilihan D1 sebagai Presiden telah dibuat oleh ahli-ahli D10, maka penerimaan perletakan jawatannya (D1) juga hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli D10. Tetapi belumpun sempat ahli-ahli D10 bertindak untuk menerima atau tidak perletakan jawatan D1, D1 telah kemudiannnya menarikbalik perletakan jawatannya. [57] Dalam keadaan yang sebegini, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa sama ada perletakan jawatan D1 penarikbalikan perletakan jawatan D1 sebagai Presiden hendaklah dipulangkan kepada ahli-ahli untuk diputuskan. Perletakan jawatan atau penarikbalikan perletakan jawatan yang dilantik oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan seperti jawatan Presiden ini bukanlah satu perkara yang perlu disahkan (validated) atau tidak disahkan (invalidated) oleh Mahkamah undang-undang. Page 40 of 73 [58] Apa yang perlu dibuat adalah memulangkan isu-isu ini (perletakan jawatan / penarikbalikan perletakan jawatan) kepada ahli-ahli yang telah memilihnya untuk membuat pemutusan. [59] Mahkamah ini berrpandangan bahawa isu-isu perletakan jawatan / penarikbalikan perletakan jawatan D1 bukanlah sama seperti isu di mana perlantikan jawatan Presiden telah dibuat dalam suatu Mesyuarat Agung Tahunan akan tetapi atas alasan-alasan bahawa perlantikan itu dipertikaikan oleh sekumpulan ahli atas dakwaan wujudnya perlanggaran peraturan-peraturan atau perlanggaran hak keadilan semula jadi (natural justice), maka perlantikan itu perlu disahkan atau ditaksahkan oleh Mahkamah. Dalam perkara D1 isu-isu perletakan jawatan / penarikbalikan perletakan jawatan D1 adalah isu yang boleh diputuskan oleh ahli-ahli D10 sendiri kerana ia langsung tidak melibatkan perlanggaran peraturan-peraturan atau perlanggaran hak keadilan semula jadi “natural justice”. [60] Mahkamah ini menekankan sekali lagi bahawa isu-isu perletakan jawatan / penarikbalikan perletakan jawatan oleh D1 ini boleh diselesaikan dengan mudah melalui remedi dalaman dengan pemanggilan EGM dan mengemukakan status D1 dalam EGM bagi Page 41 of 73 ahli-ahli memutuskan sama ada akan mengesahkan perletakan jawatan atau penarikbalikan perletakan jawatannya bagi D1 terus memegang jawatan sebagai Presiden D1. Hanya ahli-ahli D10 yang boleh membuat keputusan tersebut kerana merekalah yang memilih D1 sejak tahun 2008 dan sama ada kepercayaan kepada D1 untuk menerajui D10 masih kekal atau tidak terletak di tangan ahli-ahli D10. [61] Dalam kes ini, apa yang jelas rasa tidak puas hati Plaintif terhadap pentadbiran dan pengurusan JK telah hanya bermula kerana Plaintif telah tidak puas hati dengan latihan polo yang diterima oleh anak perempuannya dari sehinggalah penyingkiran anak perempuannya dari kumpulan sembang Whatsapp yang diuruskan oleh D11. [62] Dalam surat Plaintif bertarikh 21.9.2020, dalam menyuarakan ketidakpuasan hatinya, Plaintif telah menulis berikut kepada JK: Datin Dr. Nik Sarina Hashim TTDI Hills, Kuala Lumpur. 21 September 2020 Page 42 of 73 To the Committee Members of the Royal Selangor Polo Club Without Prejudice Issues with the Kuala Lumpur Academy of Polo (KLAP) I have recently encountered issues with KLAP and Dato’ Mohamed Moiz has asked me to write to the Committee about them. Prior to the establishment of KLAP, my daughter had started stick and balling with a professional at the Club and she was enjoying learning how to play solo. She was in fact learning a lot from this professional. Then KLAP was established. Since then, I was informed that the “rule’ is that Club members are not allowed to take lessons from any professional unless the professional is registered under the Club member. At the outset this has limited Club members’ access to the wealth of knowledge and experience that these professionals would be able to share when stick and balling on the field. I, for one, started playing polo in 2013 and this was how I learned to play polo – by having lessons on the field from a number of professionals working at the Club. Back to KLAP. I was never happy with the limitation imposed onus as members of the Club since KLAP became operational. Nevertheless I decided to keep the harmony by enrolling my daughter into KLAP. She started having lessons with Peter Abisheganadan (“Peter”). However my daughter was never as happy and motivated coming out of any lessons with Peter. Even in instructional chukkas with Peter, my daughter would come out unhappy and close to tears. I also found that she was not improving. In fact, it appeared to me (and to many others) that her swing was not as good as before (as when she had lessons with the polo professional). I wanted my daughter to enjoy learning how to play polo as how I had. I told her that she can stick and ball with friends and not take lessons from KLAP for a while. Which is what she did. My daughter was a participant in 2 groupchats set up by Peter. One is the KLAP groupchat and one is FRIC (Friday Instructional Chukkas) groupchat. On Tuesday 15 September 2020, Peter removed my daughter from the KLAP groupchat. On Thursday 17 September 2020 Peter sends a message to the FRIC groupchat asking those interested, to sign up for instructional chukkas that will be played the next day, but added that “priority to those in regular lessons with KL Academy of Polo of course”. As if removing my daughter from KLAP groupchat and embarrassing her was not enough, Peter goes on to exclude her by effectively saying she will not be given priority. Don’t you think that as a mother, I will not advise my daughter to leave the FRIC groupchat to avoid possible further embarrassment of signing-up only not to be included on the instructional chukka list? What would that do to the confidence of a 16-year old gird? I was not about to allow Peter a 60-year old man, to further cyberbully my 16-year old daughter. The only active teaching professional in KLAP is Peter. The others are Shaik Reismann and Rashid Hasnan but no one takes lessons from Shaik and Rashid as the charges imposed by KLAP is too high, to the tune of about RM500 per Page 43 of 73 lesson (each lesson runs for about 45 minutes). Even a lesson with Peter to me, is too high at RM300 (on student’s own horse) per lesson (I was paying much less to the other professional prior to KLAP). Nevertheless we swallowed these exorbitant charges to keep the harmony and also so that my daughter could play in the Friday instructional chukkas. However, after my daughter’s experience, why would I continue to pay RM300 only for her to come out upset after each lesson? Peter is not a good teacher for my daughter. But because of the ‘rules’ we were struck with him. Why is the Club limiting the Club members and their children from learning polo from the number of professionals at the Club would so willingly teach polo? How does this benefit Club members? How does this arrangement with KLAP further the objectives of the Club? On instructional chukkas, it is my view that it should be conducted by the Polo Captain as how it was done before and as provided by the Rules of the Club. I understand that KLAP has taken over the running of the riding school as well. I was informed that Peter/KLAP even saw it fit recently to cause the indoor paddock to be locked. Please be reminded that the Club is a members’ club and all actions must be within the four corners of the Rules, Bye-laws, the Act of Parliament and Regulations. The Indoor paddock has always been open for members to use such as to walk their horse in event the horse get colicky. I have read the Rules of the Club and the laws relating to it. There are non-compliance issues as far as KLAP is concerned. I suggest the committee seriously look into how KLAP is operating in conflict with the interest of the members and the objectives of the Club. I certainly wouldn’t want to raise non-compliance issues as the consequences could be serious, for example with particular reference to Rule 2 of the Club Rules. I do not wish to take this matter any further. I am quite prepared to sit with the Committee to see how the teaching of polo can be done within the Rules. My legal experience in the Attorney General’s Chambers and the Selangor State Legal Adviser’s office for 8 years could be of help to the Club. Datin Dr. Nik Sarina Hashim Note: Dato’ Mohamed Moiz informed me that I would be able to have a copy of the contract between the Club and KLAP but because of the time constraint in submitting this letter before the committee meeting on 21 September 2020, I am writing this letter without the benefit of having read the said contract. I reserve my opinion about the legality of the contract. Page 44 of 73 [63] Bertitiktolak dari sini, Plaintif telah memaklumkan ketidakpuasan hatinya kepada D1 dan D1 telah menyatakan kepada Plaintif sebarang ketidakpuasannya hendaklah dikemukakan kepada JK. Ketidakpuasan hati Plaintif dalam perkara-perkara KLAP dan Perjanjian-Perjanjian KLAP yang menyebabkan D1 meletakkan jawatannya sebagai Presiden. Jadi, sekali lagi Mahkamah ini menekankan bahawa di sini tidak wujud unsur-unsur perlanggaran peraturan-peraturan atau perlanggaran hak keadilan semula jadi “natural justice” dalam tindakan D1 meletakkan jawatan dan kemudiannya menarikbalik perletakan jawatannya yang memerlukan Mahkamah ini memutuskan keesahan perletakan jawatan atau penarikbalikan perletakan jawatan Presiden yang disandangnya. [64] Atas alasan-alasan di atas, Mahkamah ini bersetuju dengan peguam Defendan-defendan bahawa perletakan jawatan atau penarikbalikan perletakan jawatan Presiden oleh D1 adalah satu isu dalaman yang boleh diselesaikan dalam EGM bagi penentuan dan pemutusan ahli-ahli D10. Page 45 of 73 [65] Di samping itu, berhubungan dengan rasa tidak puas hati Plaintif berkenaan dengan pengajaran-pengajaran Polo oleh KLAP kepada anak perempuannya, Mahkamah ini perlu juga menegas serta menekankan bahawa ketidakpuasan hati Plaintif tersebut telah mencetuskan siri-siri komunikasi antara Plaintif dan JK melalui surat-surat bermula dari surat Plaintif bertarikh 21.9.2020 sehinggalah surat terakhir Plaintif kepada JK pada 4.12.2020 sebelum pemfailan Saman Pemula dan Kandungan 2. [66] Mahkamah ini telah meneliti dan memperinci kandungan siri komunikasi berbalas-balas surat antara Plaintif dan JK tersebut dan mendapati bahawa isu-isu berhubung Perjanjian-Perjanjian KLAP adalah merupakan isu-isu yang hangat diperbincangkan oleh Plaintif dan JK di mana Plaintif mempersoalkan penandatanganan Perjanjian-Perjanjian tersebut oleh D10 dan D11 dan jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh JK mengenainya. [67] Malah Plaintif sendiri dalam suratnya bertarikh 4.12.2020 telah menerima saranan JK agar aduan-aduan (isu-isu) yang beliau bangkitkan berhubung Perjanjian-Perjanjian KLAP akan beliau perlanjutkan dalam EGM yang akan diadakan: Page 46 of 73 From Datin Dr. Nik Sarina Hashim To the Committee Members of the Royal Selangor Polo Club 4 December 2020 Dear Committee Members,