a
(a)...
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2018/a215bd8b-fe03-48ef-a74a-299126d9969c
Court of Appeal of Malaysia25 Sept 2018W-01(A)-417-11/2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“man Ali F.J. di muka surat 157 para G - I (kanan) dan muka surat 159 para D (kiri) memutuskan seperti yang berikut : "...I am of the view that an order of detention made under section 8(1)(a) of the Internal Security Act, 1960 is nothing but a written authority evidencing that power under that provision has been exerci”
“Dalam kes Re Datuk James Wong Kim Min (supra), perayu memohon writ habeas corpus untuk mencabar perintah tahanan yang dikeluarkan terhadapnya oleh Federal Secretary, Sarawak di bawah Preservation of Public Security Ordinance 1962 (PPSO). Perayu mengatakan bahawa perintah tersebut tidak mengikut undang-undang kerana ket”
“s not clearly indicated what the real or relevant ground was. This, however, could be made the basis of an objection that the detaining authority has not performed its duty under article 151(1)(a) of the Constitution. But it certainly cannot be made the basis for impugnity the validity of the order. ...In this connecti”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO. W-01(A)-411-11/2017
section
1. DATO' ABDUL RAZAK BIN MUSA PENGERUSI LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH
section
2. LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH
section
3. KETUA POLIS SABAH
section
4. KETUA POLIS NEGARA, MALAYSIA
section
5. KERAJAAN MALAYSIA IRENE PEDRO (NO. K/P:850501-12-5372) [Dalam Perkara Mengenai Permohonan Bagi Semakan Kehakiman No: WA-25-41-02/2017 Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur IRENE PEDRO (No. K/P: 850501-12-5372)
section
1. DATO' ABDUL RAZAK BIN MUSA PENGERUSI LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH
section
2. LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH
section
3. KETUA POLIS SABAH
section
4. KETUA POLIS NEGARA, MALAYSIA
section
5. KERAJAAN MALAYSIA ... RESPONDEN-RESPONDEN] RAYUAN SIVIL NO. W-01(A)-412-11/2017
section
1. DATO' ABDUL RAZAK BIN MUSA
section
2. PENGERUSI LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH
section
3. LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH
section
4. KETUA POLIS KEDAH
section
5. KETUA POLIS NEGARA, MALAYSIA
section
6. KERAJAAN MALAYSIA SUBASHINI A/P MURUTHAMUTHU (NO. K/P:870811-43-5630) [Dalam Perkara Mengenai Permohonan Bagi Semakan Kehakiman No: WA-25-17-01/2017 Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur SUBASHINI A/P MURUTHAMUTHU (No. K/P: 870811-43-5630)
section
1. DATO' ABDUL RAZAK BIN MUSA PENGERUSI LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH
section
2. LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH
section
3. KETUA POLIS KEDAH
section
4. KETUA POLIS NEGARA, MALAYSIA
section
5. KERAJAAN MALAYSIA .. RESPONDEN-RESPONDEN] RAYUAN SIVIL NO. W-01(A)-416-11/2017
section
1. DATO' ABDUL RAZAK BIN MUSA PENGERUSI LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH
section
2. LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH
section
3. KETUA POLIS PAHANG
section
4. KETUA POLIS NEGARA, MALAYSIA
section
5. KERAJAAN MALAYSIA NUR MARLINA BINTI DARAMAN (NO. K/P: 791011-06-5146) [Dalam Perkara Mengenai Permohonan Bagi Semakan Kehakiman No: WA-25-4-01/2017 Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur NUR MARLINA BINTI DARAMAN (No. K/P: 791011-06-5146) PEMOHON
section
1. DATO' ABDUL RAZAK BIN MUSA PENGERUSI LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH
section
2. LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH
section
3. KETUA POLIS PAHANG
section
4. KETUA POLIS NEGARA, MALAYSIA
section
5. KERAJAAN MALAYSIA ... RESPONDEN-RESPONDEN] RAYUAN SIVIL NO. W-01(A)-417-11/2017
section
1. DATO' ABDUL RAZAK BIN MUSA PENGERUSI LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH
section
2. LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH
section
3. KETUA POLIS KEDAH
section
4. KETUA POLIS NEGARA, MALAYSIA
section
5. KERAJAAN MALAYSIA MUHAMAD NOOR BIN LONG AHMAD (NO. K/P:781002-02-5549) [Dalam Perkara Mengenai Permohonan Bagi Semakan Kehakiman No: WA-25-18-01/2017 Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur MUHAMAD NOOR BIN LONG AHMAD (No. K/P: 781002-02-5549)
section
1. DATO' ABDUL RAZAK BIN MUSA PENGERUSI LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH
section
2. LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH
section
3. KETUA POLIS KEDAH
section
4. KETUA POLIS NEGARA, MALAYSIA
section
5. KERAJAAN MALAYSIA ... RESPONDEN-RESPONDEN] RAYUAN SIVIL NO. W-01(A)-418-11/2017
section
1. DATO' MOHAMAD FAZIN BIN MAHMUD TIMBALAN PENGERUSI LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH
section
2. LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH
section
3. KETUA POLIS SARAWAK
section
4. KETUA POLIS NEGARA, MALAYSIA
section
5. KERAJAAN MALAYSIA JONG MEI FONG (NO. K/P:880211-52-6474) (Dalam Perkara Mengenai Permohonan Bagi Semakan Kehakiman No: WA-25-19-01/2017 Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur JONG MEI FONG (No. K/P: 880211-52-6474)
section
1. DATO' MOHAMAD FAZIN BIN MAHMUD TIMBALAN PENGERUSI LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH
section
2. LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH
section
3. KETUA POLIS SARAWAK
section
4. KETUA POLIS NEGARA, MALAYSIA
section
5. KERAJAAN MALAYSIA ... RESPONDEN-RESPONDEN] KORAM: UMI KALTHUM BINTI ABDUL MAJID, HMR ZALEHA BINTI YUSOF, HMR YAACOB BIN HAJI MD SAM, HMR ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Terdapat lima (5) rayuan di hadapan kami yang telah didengar secara bersama atas persetujuan kedua-dua pihak, iaitu perayu-perayudan responden-responden, masing-masingnya. Semua pihak-pihak juga bersetuju untuk keputusan dalam Rayuan Civil No. W-01(A)-416-11/2017 akan mengikat sama Rayuan Civil No. W-01(A)-411-11/2017, Rayuan Sivil No. W-01(A)-412-11/2017, Rayuan Civil No. W-01(A)-417-11/2017 dan Rayuan Civil No. W-01(A)-418-11/2017. [2] Rayuan ini berbangkit daripada keputusan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur (Hakim bicara) yang telah membenarkan permohonan Semakan Kehakiman responder-responden, masing-masingnya, untuk satu Perintah Certiorari di bawah Aturan 53 kaedah 2(1) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) dikeluarkan untuk membatalkan keputusan perayu pertama dan/atau perayu kedua yang mengeluarkan Perintah Pengawasan Polis (PPP) di bawah s. 15 Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297), masing-masingnya bertarikh 28.11.2016; 03.11.2016; 19.10.2016; 27.10.2016 dan 01.11.2016. [3] Perayu-perayu yang tidak berpuas hari terhadap keputusan tersebut membuat rayuan kepada Mahkamah ini. [4] Setelah meneliti kertas-kertas kausa dan hujahan-hujahan yang dikemukakan oleh pihak-pihak secara lisan dan bertulis, kami sebulat suara memutuskan untuk membenarkan rayuan perayu-perayu. Perintah oleh YA Hakim bicara dengan itu diketepikan masing-masingnya dan tiada kos diperintahkan. Kami menurunkan alasan-alasan kami dalam memutuskan yang sedemikian. LATAR BELAKANG RAYUAN-RAYUAN RAYUAN SIVIL NO: W-01(A) - 411 - 11/2017 [5] Responden Irene Pedro dikenakan Perintah Pengawasan Polis (PPP) di bawah seksyen 15, Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297) yang menghendaki responden tinggal dalam kawasan Daerah Penampang, negeri Sabah untuk dua (2) tahun bermula dari 28.11.2016 hingga 27.11.2018. PPP dikeluarkan oleh Pengerusi Lembaga Pencegahan Jenayah (PLP), iaitu perayu pertama dan kedua bertarikh 28.11.2016 (muka surat 191 Rekod Rayuan). Responden ditangkap di bawah subseksyen 3(1) Akta 297 pada 22.8.2016 (muka surat 160 rekod Rayuan). Pada 23.8.2016, perintah reman dikeluarkan di bawah seksyen 4(1)(a) Akta oleh Majistret untuk responden ditahan reman selama 21 hari mulai 23.8.2016 hingga 12.9.2016 (muka surat 163 Rekod Rayuan). Pada 9.9.2016 perintah reman untuk tempoh 38 hari dikeluarkan oleh Majistret terhadap responden mulai 9.9.2016 hingga 16.10.2016 menurut seksyen 4(2)(a) Akta (muka surat 167 Rekod Rayuan). Pada 29.8.2016, Timbalan Pendakwa Raya memperakukan kepada Pegawai Inkuri (PI) Kementerian Dalam Negeri untuk satu inkuri di bawah seksyen 9 Akta 297 diadakan terhadap responden (muka surat 169 Rekod Rayuan). Pada 7.10.2016, pegawai inkuiri (PI) menjalankan inkuiri terhadap responden menurut seksyen 9 Akta. Pada 14.10.2016, PI menyediakan Dapatan Inkuiri di bawah seksyen 10(2) Akta 297 (muka surat 173 Rekod Rayuan). Pada 14.10.2016 Dapatan Inkuiri PI berserta Borang I (Borang Kajian Semula Berkaitan Dengan Dapatan PI) dibuat serahan kepada responden. Responden mengaku terima dan tidak bercadang untuk membuat Kajian Semula Berhubung Dapatan yang dibuat oleh PI terhadap responden (muka surat 174 -176 Rekod Rayuan). Pada 11.11.2016, PI membuat serahan laporan lengkap bertulis mengandungi alasan-alasan serta Dapatan Inkuri dan Borang I kepada Lembaga Pencegahan Jenayah menurut seksyen 10(2) Akta. Pada 17.11.2016, nama responden telah didaftarkan dalam Kategori Yang Boleh Didaftarkan di bawah perenggan 6 Bahagian I, Jadual Pertama, Akta 297 oleh Pendaftar Jenayah menurut seksyen 12(1) Akta 297 setelah Pendaftar menerima makluman daripada LPJ pada tarikh yang sama. Asas dan alasan yang menjadi perkara siasatan dan Dapatan Inkuiri terhadap responden ialah bahawa responden ialah orang yang menyeludup migran, yang menyara hidupnya keseluruhan atau sebahagiannya dengan hasil penyeludupan migran. Pada 28.11.2016, LPJ mengeluarkan Perintah Pengawasan Polis (PPP) di bawah seksyen 15 Akta 297 terhadap responden. PPP ditandatangani oleh Pengerusi LPJ, iaitu perayu pertama di sini (muka surat 191 Rekod Rayuan). [6] Alasan responden dalam permohonan Semakan Kehakiman, inter alia ialah (muka surat 55-57 Rekod Rayuan): "8. Alasan-alasan yang atas mana permohonan ini dibuat telah dinyatakan sepenuhnya dalam afidavit sokongan Irene Pedro yang diikrarkan dan difailkan bersama-sama di sini untuk menyokong permohonan untuk Semakan Kehakiman berhubung dengannya yang mana pernyataan ini difailkan dengan alasan-alasan berikut:
a
(a)...
b
(b) Perintah Pengawasan Polis tersebut adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan atas sebab-sebab dalam alasan yang berikut-
i
(i) s.15 Akta tersebut adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan;
subparagraph
(ii) serahan Perintah Pengawasan Polis tersebut ke atas pemohon tidak menurut peruntukan Akta tersebut dan/atau undang-undang sedia ada yang berkenaannya;
subparagraph
(iii) alasan-alasan atas mana pemohon diarahkan untuk pengawasan sepertimana dinyatakan di dalam Perintah Pengawasan Polis tersebut adalah tidak termasuk dalam lingkungan dan skop Akta yang digunapakai oleh responden untuk diperintahkan pengawasan polis pemohon;
subparagraph
(iv) pemohon percaya beliau adalah bukan termasuk dalam anggota mana-mana ketegori boleh didaftar;
v
(v) pemohon percaya tahanan reman beliau selama 21 hari dan seterusnya selama 38 hari yang membawa kepada perintah pengawasan polis tersebut terhadap beliau adalah tidak berdasarkan peruntukan undang-undang.
c
(c) Pemohon sesungguhnya mempercayai dan menyatakan bahawa responden pertama dan/atau responden kedua telah secara tidak munasabah dan/atau tergesa-gesa mengeluarkan Perintah Pengawasan Polis tersebut tanpa menjalankan siasatan yang sempurna dan ini memprejudiskan pemohon kerana alasan-alasan dan dakwaan-dakwaan fakta Perintah Pengawasan Polis tersebut adalah tidak mempunyai asas dan bertentangan dengan undang-undang.” Memandangkan semua permohonan Semakan Kehakiman pemohon-pemohon dibicarakan bersekali, peguamcara pemohon juga menghujahkan PPP yang dikeluarkan oleh LPJ tidak mematuhi seksyen 15 Akta 297. Perlu kami sebutkan alasan ini tidak ada disebutkan dalam alasan-alasan permohonan Semakan Kehakiman pemohon ini. RAYUAN SIVIL NO: W-01(A) - 412 - 11/2017 [7] Responden Subashini a/p Muruthamuthu dikenakan Perintah Pengawasan Polis (PPP) di bawah seksyen 15, Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang menghendaki responden tinggal dalam kawasan Mukim Sg. Petani, Kuala Muda, negeri Kedah untuk dua (2) tahun bermula dari 03.11.2016 hingga 02.11.2018. PPP dikeluarkan oleh Pengerusi LPJ, iaitu perayu pertama dan kedua bertarikh 03.11.2016 (muka surat 131 Rekod Rayuan). Responden ditangkap di bawah subseksyen 3(1) Akta 297 pada 22.8.2016 (muka surat 143 Rekod Rayuan). Pada 23.8.2016, perintah reman dikeluarkan di bawah seksyen 4(1)(a) Akta oleh Majistret untuk responden ditahan reman selama 21 hari mulai 23.8.2016 hingga 12.9.2016 (muka surat 146 Rekod Rayuan). Pada 9.9.2016 perintah reman untuk tempoh 38 hari dikeluarkan oleh Majistret terhadap responden mulai 9.9.2016 hingga 16.10.2016 menurut seksyen 4(2)(a) Akta 297 (muka surat 150 Rekod Rayuan). Pada 29.8.2016, Timbalan Pendakwa Raya memperakukan kepada Pegawai Inkuri (PI) Kementerian Dalam Negeri untuk satu inkuri di bawah seksyen 9 Akta 297 diadakan terhadap responden (muka surat 152 Rekod Rayuan). Pada 13.10.2016, pegawai inkuiri (PI) menjalankan inkuiri terhadap responden menurut seksyen 9 Akta. Pada 18.10.2016, PI menyediakan Dapatan Inkuiri di bawah seksyen 10(2) Akta 297 (muka surat 156 Rekod Rayuan). Pada 18.10.2016 Dapatan Inkuiri PI berserta Borang I (Borang Kajian Semula Berkaitan Dengan Dapatan PI) dibuat serahan kepada responden. Responden mengaku terima dan tidak bercadang untuk membuat Kajian Semula Berhubung Dapatan yang dibuat oleh PI terhadap responden (muka surat 161-164 Rekod Rayuan). Pada 20.10.2016, PI membuat serahan laporan lengkap bertulis mengandungi alasan-alasan serta Dapatan Inkuiri dan Borang I kepada LPJ menurut seksyen 10(2) Akta. Pada 02.11.2016, nama responden telah didaftarkan dalam Kategori Yang Boleh Didaftarkan di bawah perenggan 6 Bahagian I, Jadual Pertama, Akta 297 oleh Pendaftar Jenayah menurut seksyen 12(1) Akta 297 setelah Pendaftar menerima makluman daripada LPJ pada tarikh yang sama. Asas dan alasan yang menjadi perkara siasatan dan Dapatan Inkuiri terhadap responden (Subashini) ialah bahawa responden ialah orang yang menyeludup migran, yang menyara hidupnya keseluruhan atau sebahagiannya dengan hasil penyeludupan migran. Pada 03.11.2016, LPJ mengeluarkan Perintah Pengawasan Polis (PPP) di bawah seksyen 15 Akta 297 terhadap responden. PPP ditandatangani oleh Pengerusi LPJ, iaitu perayu pertama di sini (muka surat 191 Rekod Rayuan). [8] Alasan responden dalam permohonan Semakan Kehakiman, inter alia ialah (muka surat 55-57 Rekod Rayuan): "8. Alasan-alasan yang atas mana permohonan ini dibuat telah dinyatakan sepenuhnya dalam afidavit sokongan Subashini a/p Muruthamuthu diikrarkan dan difailkan bersama-sama di sini untuk menyokong permohonan untuk Semakan Kehakiman berhubung dengannya yang mana pernyataan ini difailkan dengan alasan-alasan berikut:
a
(a)...
b
(b) Perintah Pengawasan Polis tersebut adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan atas sebab-sebab dalam alasan yang berikut-
v
(v) s.15 Akta tersebut adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan;
subparagraph
(vi) serahan Perintah Pengawasan Polis tersebut ke atas pemohon tidak menurut peruntukan Akta tersebut dan/atau undang-undang sedia ada yang berkenaannya;
subparagraph
(vii) alasan-alasan atas mana pemohon diarahkan untuk pengawasan sepertimana dinyatakan di dalam Perintah Pengawasan Polis tersebut adalah tidak termasuk dalam lingkungan dan skop Akta yang digunapakai oleh responden untuk diperintahkan pengawasan polis pemohon;
subparagraph
(viii) pemohon percaya beliau adalah bukan termasuk dalam anggota mana-mana ketegori boleh didaftar;
v
(v) pemohon percaya tahanan reman beliau selama 21 hari dan seterusnya selama 38 hari yang membawa kepada perintah pengawasan polis tersebut terhadap beliau adalah tidak berdasarkan peruntukan undang-undang.
c
(c) Pemohon sesungguhnya mempercayai dan menyatakan bahawa responden pertama dan/atau responden kedua telah secara tidak munasabah dan/atau tergesa-gesa mengeluarkan Perintah Pengawasan Polis tersebut tanpa menjalankan siasatan yang sempurna dan ini memprejudiskan pemohon kerana alasan-alasan dan dakwaan-dakwaan fakta Perintah Pengawasan Polis tersebut adalah tidak mempunyai asas dan bertentangan dengan undang-undang." Memandangkan semua permohonan Semakan Kehakiman pemohon-pemohon dibicarakan bersekali, peguamcara pemohon juga menghujahkan PPP yang dikeluarkan oleh LPJ tidak mematuhi seksyen 15 Akta 297. Perlu kami sebutkan alasan ini tidak ada disebutkan dalam alasan-alasan permohonan Semakan Kehakiman pemohon ini. RAYUAN SIVIL NO: W-01(A) - 416 - 11/2017 [9] Responden Nur Marlina binti Daraman dikenakan Perintah Pengawasan Polis (PPP) di bawah seksyen 15, Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang menghendaki responden tinggal dalam kawasan Mukim Kuala Kuantan, negeri Pahang untuk dua (2) tahun bermula dari 19.10.2016 hingga 18.10.2018. PPP dikeluarkan oleh Pengerusi LPJ, iaitu perayu pertama dan kedua bertarikh 19.10.2016 (muka surat 155 Rekod Rayuan). Responden ditangkap di bawah subseksyen 3(1) Akta 297 pada 23.8.2016 (muka surat 135 Rekod Rayuan). Pada 24.8.2016, perintah reman dikeluarkan di bawah seksyen 4(1)(a) Akta oleh Majistret untuk responden ditahan reman selama 21 hari mulai 24.8.2016 hingga
section
13. 9.2016 (muka surat 138 Rekod Rayuan). Pada 13.9.2016 perintah reman untuk tempoh 38 hari dikeluarkan oleh Majistret terhadap responden mulai 13.9.2016 hingga 20.10.2016 menurut seksyen 4(2)(a) Akta (muka surat 142 Rekod Rayuan). Pada 29.8.2016, Timbalan Pendakwa Raya memperakukan kepada Pegawai Inkuri (PI) Kementerian Dalam Negeri untuk satu inkuri di bawah seksyen 9 Akta 297 diadakan terhadap responden (muka surat 144 Rekod Rayuan). Pada 27.09.2016, pegawai inkuiri (PI) menjalankan inkuiri terhadap responden menurut seksyen 9 Akta. Pada 30.09.2016, PI menyediakan Dapatan Inkuri di bawah seksyen 10(2) Akta 297 (muka surat 148 Rekod Rayuan). Pada 30.09.2016 Dapatan Inkuiri PI berserta Borang I (Borang Kajian Semula Berkaitan Dengan Dapatan PI) dibuat serahan kepada responden. Responden mengaku terima dan tidak bercadang untuk membuat Kajian Semula Berhubung Dapatan yang dibuat oleh PI terhadap responden (muka surat 148 -152 Rekod Rayuan). Pada 04.10.2016, PI membuat serahan laporan lengkap bertulis mengandungi alasan-alasan serta Dapatan Inkuiri dan Borang I kepada Lembaga Pencegahan Jenayah menurut seksyen 10(2) Akta. Pada 19.10.2016, nama responden telah didaftarkan dalam Kategori Yang Boleh Didaftarkan di bawah perenggan 6 Bahagian I, Jadual Pertama, Akta 297 oleh Pendaftar Jenayah menurut seksyen 12(1) Akta 297 setelah Pendaftar menerima makluman daripada LPJ pada tarikh yang sama. Asas dan alasan yang menjadi perkara siasatan dan Dapatan Inkuiri terhadap responden ialah bahawa responden (Nur Marlina) ialah orang yang menyeludup migran, yang menyara hidupnya keseluruhan atau sebahagiannya dengan hasil penyeludupan migran. Pada 19.10.2016, LPJ mengeluarkan Perintah Pengawasan Polis (PPP) di bawah seksyen 15 Akta 297 terhadap responden. PPP ditandatangani oleh Pengerusi LPJ, iaitu perayu pertama di sini (muka surat 155 Rekod Rayuan). [10] Alasan responden dalam permohonan Semakan Kehakiman, inter alia ialah (muka surat 54 -56 Rekod Rayuan): "8. Alasan-alasan yang atas mana permohonan ini dibuat telah dinyatakan sepenuhnya dalam afidavit sokongan Nur Marlina binti Daraman yang diikrarkan dan difailkan bersama-sama di sini untuk menyokong permohonan untuk Semakan Kehakiman berhubung dengannya yang mana pernyataan ini difailkan dengan alasan-alasan berikut:
a
(a)...
b
(b) Perintah Pengawasan Polis tersebut adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan atas sebab-sebab dalam alasan yang berikut-
subparagraph
(ix) s.15 Akta tersebut adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan;
x
(x) serahan Perintah Pengawasan Polis tersebut ke atas pemohon tidak menurut peruntukan Akta tersebut dan/atau undang-undang sedia ada yang berkenaannya;
subparagraph
(xi) alasan-alasan atas mana pemohon diarahkan untuk pengawasan sepertimana dinyatakan di dalam Perintah Pengawasan Polis tersebut adalah tidak termasuk dalam lingkungan dan skop Akta yang digunapakai oleh responden untuk diperintahkan pengawasan polis pemohon;
subparagraph
(xii) pemohon percaya beliau adalah bukan termasuk dalam anggota mana-mana ketegori boleh didaftar;
v
(v) pemohon percaya tahanan reman beliau selama 21 hari dan seterusnya selama 38 hari yang membawa kepada perintah pengawasan polis tersebut terhadap beliau adalah tidak berdasarkan peruntukan undang-undang.
c
(c) Pemohon sesungguhnya mempercayai dan menyatakan bahawa responden pertama dan/atau responden kedua telah secara tidak munasabah dan/atau tergesa-gesa mengeluarkan Perintah Pengawasan Polis tersebut tanpa menjalankan siasatan yang sempurna dan ini memprejudiskan pemohon kerana alasan-alasan dan dakwaan-dakwaan fakta Perintah Pengawasan Polis tersebut adalah tidak mempunyai asas dan bertentangan dengan undang-undang." Memandangkan semua permohonan Semakan Kehakiman pemohon-pemohon dibicarakan bersekali, peguamcara pemohon juga menghujahkan PPP yang dikeluarkan oleh LPJ tidak mematuhi seksyen 15 Akta 297. Perlu kami sebutkan alasan ini tidak ada disebutkan dalam alasan-alasan permohonan Semakan Kehakiman pemohon ini. [11] Responden Muhamad Noor bin Long Ahmad dikenakan Perintah Pengawasan Polis (PPP) di bawah seksyen 15, Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang menghendaki responden tinggal dalam kawasan Mukim Sala Kechik, Daerah Kota Setar, negeri Kedah untuk dua (2) tahun bermula dari 27.10.2016 hingga 26.10.2018. PPP dikeluarkan oleh Pengerusi Lembaga Pencegahan Jenayah, iaitu perayu pertama dan kedua bertarikh 27.10.2016 (muka surat 194 Rekod Rayuan). Responden ditangkap di bawah seksyen 3(1) Akta 297 pada 21.8.2016 (muka surat 164 Rekod Rayuan). Pada 22.8.2016, perintah reman dikeluarkan di bawah seksyen 4(1)(a) Akta oleh Majistret untuk responden ditahan reman selama 21 hari mulai 22.8.2016 hingga 11.9.2016 (muka surat 169 Rekod Rayuan). Pada 9.9.2016 perintah reman untuk tempoh 38 hari dikeluarkan oleh Majistret terhadap responden mulai 9.9.2016 hingga 16.10.2016 menurut seksyen 4(2)(a) Akta (muka surat 175 Rekod Rayuan). Pada 5.9.2016, Timbalan Pendakwa Raya memperakukan kepada Pegawai Inkuri (PI) Kementerian Dalam Negeri untuk satu inkuri di bawah seksyen 9 Akta 297 diadakan terhadap responden (muka surat 178 Rekod Rayuan). Pada 7.10.2016, pegawai inkuiri (PI) menjalankan inkuiri terhadap responden menurut seksyen 9 Akta. Pada 11.10.2016, PI menyediakan Dapatan Inkuiri di bawah seksyen 10(2) Akta 297 (muka surat 184 Rekod Rayuan). Pada 11.10.2016, Dapatan Inkuiri PI berserta Borang I (Borang Kajian Semula Berkaitan Dengan Dapatan PI) dibuat serahan kepada responden. Responden mengaku terima dan tidak bercadang untuk membuat Kajian Semula Berhubung Dapatan yang dibuat oleh PI terhadap responden (muka surat 184-191 Rekod Rayuan). Pada 18.10.2016, PI membuat serahan laporan lengkap bertulis mengandungi alasan-alasan serta Dapatan Inkuiri dan Borang I kepada Lembaga Pencegahan Jenayah menurut seksyen 10(2) Akta. Pada 26.10.2016, nama responden telah didaftarkan dalam Kategori Yang Boleh Didaftarkan di bawah perenggan 6 Bahagian I, Jadual Pertama, Akta 297 oleh Pendaftar Jenayah menurut seksyen 12(1) Akta 297 setelah Pendaftar menerima makluman daripada LPJ pada tarikh yang sama. Asas dan alasan yang menjadi perkara siasatan dan Dapatan Inkuiri terhadap responden ialah bahawa responden (Muhamad Noor) ialah orang yang menyeludup migran, yang menyara hidupnya keseluruhan atau sebahagiannya dengan hasil penyeludupan migran. Pada 27.10.2016, LPJ mengeluarkan Perintah Pengawasan Polis (PPP) di bawah seksyen 15 Akta 297 terhadap responden. PPP ditandatangani oleh Pengerusi LPJ, iaitu perayu pertama di sini (muka surat 194 Rekod Rayuan). [12] Alasan responden dalam permohonan Semakan Kehakiman, inter alia ialah (muk surat 58-60 Rekod Rayuan Jilid 1 Bahagian A): "8. Alasan-alasan yang atas mana permohonan ini dibuat telah dinyatakan sepenuhnya dalam afidavit sokongan Muhamad Noor bin Long Ahmad yang diikrarkan dan difailkan bersama-sama di sini untuk menyokong permohonan untuk Semakan Kehakiman berhubung dengannya yang mana pernyataan ini difailkan dengan alasan-alasan berikut:
a
(a)...
b
(b) Perintah Pengawasan Polis tersebut adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan atas sebab-sebab dalam alasan yang berikut-
i
(i) s.15 Akta tersebut adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan;
subparagraph
(ii) serahan Perintah Pengawasan Polis tersebut ke atas pemohon tidak menurut peruntukan Akta tersebut dan/atau undang-undang sedia ada yang berkenaannya;
subparagraph
(iii) alasan-alasan atas mana pemohon diarahkan untuk pengawasan sepertimana dinyatakan di dalam Perintah Pengawasan Polis tersebut adalah tidak termasuk dalam lingkungan dan skop Akta yang digunapakai oleh responden untuk diperintahkan pengawasan polis pemohon;
subparagraph
(iv) pemohon percaya beliau adalah bukan termasuk dalam anggota mana-mana ketegori boleh didaftar;
v
(v) pemohon percaya tahanan reman beliau selama 21 hari dan seterusnya selama 38 hari yang membawa kepada perintah pengawasan polis tersebut terhadap beliau adalah tidak berdasarkan peruntukan undang-undang.
c
(c) Pemohon sesungguhnya mempercayai dan menyatakan bahawa responden pertama dan/atau responden kedua telah secara tidak munasabah dan/atau tergesa-gesa mengeluarkan Perintah Pengawasan Polis tersebut tanpa menjalankan siasatan yang sempurna dan ini memprejudiskan pemohon kerana alasan-alasan dan dakwaan-dakwaan fakta Perintah Pengawasan Polis tersebut adalah tidak mempunyai asas dan bertentangan dengan undang-undang." Memandangkan semua permohonan Semakan Kehakiman pemohon-pemohon dibicarakan bersekali, peguamcara pemohon juga menghujahkan PPP yang dikeluarkan oleh LPJ tidak mematuhi seksyen 15 Akta 297. Perlu kami sebutkan alasan ini tidak ada disebutkan dalam alasan-alasan permohonan Semakan Kehakiman pemohon ini. RAYUAN SIVIL NO: W-01(A) - 418 - 11/2017 [13] Responden John Mei Fonga dikenakan Perintah Pengawasan Polis (PPP) di bawah seksyen 15, Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang menghendaki responden tinggal dalam kawasan Daerah Miri, Bahagian Miri, negeri Sabah untuk dua (2) tahun bermula dari 01.11.2016 hingga 31.10.2018. PPP dikeluarkan oleh Pengerusi Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), iaitu perayu pertama dan kedua bertarikh 01.11.2016 (muka surat 143 Rekod Rayuan). Responden ditangkap di bawah subseksyen 3(1) Akta 297 pada 21.8.2016 (muka surat 151 Rekod Rayuan). Pada 22.8.2016, perintah reman dikeluarkan di bawah seksyen 4(1)(a) Akta oleh Majistret untuk responden ditahan reman selama 21 hari mulai 22.8.2016 hingga 11.9.2016 (muka surat 154 Rekod Rayuan). Pada 9.9.2016 perintah reman untuk tempoh 38 hari dikeluarkan oleh Majistret terhadap responden mulai 9.9.2016 hingga 16.10.2016 menurut seksyen 4(2)(a) Akta (muka surat 158 Rekod Rayuan). Pada 29.8.2016, Timbalan Pendakwa Raya memperakukan kepada Pegawai Inkuri (PI) Kementerian Dalam Negeri untuk satu inkuri di bawah seksyen 9 Akta 297 diadakan terhadap responden (muka surat 160 Rekod Rayuan). Pada 10.10.2016, pegawai inkuiri (PI) menjalankan inkuiri terhadap responden menurut seksyen 9 Akta. Pada 11.10.2016, PI menyediakan Dapatan Inkuiri di bawah seksyen 10(2) Akta 297 (muka surat 164 Rekod Rayuan). Pada 11.10.2016 Dapatan Inkuiri PI berserta Borang I (Borang Kajian Semula Berkaitan Dengan Dapatan PI) dibuat serahan kepada responden dan responden mengaku terima (muka surat 164-165 Rekod Rayuan). Pada 18.10.2016, PI membuat serahan laporan lengkap bertulis yang mengandungi alasan-alasan serta Dapatan dan Borang I kepada Lembaga Pencegahan Jenayah menurut seksyen 10(2) Akta. Pada 31.10.2016, nama responden telah didaftarkan dalam Kategori Yang Boleh Didaftarkan di bawah perenggan 6 Bahagian I, Jadual Pertama, Akta 297 oleh Pendaftar Jenayah menurut seksyen 12(1) Akta 297 setelah Pendaftar menerima makluman daripada LPJ pada tarikh yang sama. Asas dan alasan yang menjadi perkara siasatan dan Dapatan terhadap responden ialah bahawa responden ialah orang yang menganggotai atau bergaul dengan kumpulan seramai dua orang atau lebih yang bersekutu bagi maksud-maksud yang meliputi perlakuan perlakuan kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, oleh itu responden adalah termasuk dalam Kategori Yang Boleh Didaftarkan di bawah Perenggan 2, Bahagian I Jadual Pertama, Akta 297. Pada 01.11.2016, LPJ mengelu arkan Perintah Pengawasan Polis di bawah seksyen 15 Akta 297 terhadap responden. PPP ditandatangani oleh Timbalan Pengerusi LPJ (muka surat 148 Rekod Rayuan). [14] Alasan responden dalam permohonan Semakan Kehakiman, inter alia ialah (muka surat 58-60 Rekod Rayuan Jilid 1 Bahagian A): "8. Alasan-alasan yang atas mana permohonan ini dibuat telah dinyatakan sepenuhnya dalam afidavit sokongan Jong Mei Fong yang diikrarkan dan difailkan bersama-sama di sini untuk menyokong permohonan untuk Semakan Kehakiman berhubung dengannya yang mana pernyataan ini difailkan dengan alasan-alasan berikut:
a
(a) ...
b
(b) Perintah Pengawasan Polis tersebut adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan atas sebab-sebab dalam alasan yang berikut-
i
(i) s.15 Akta tersebut adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan;
subparagraph
(ii) serahan Perintah Pengawasan Polis tersebut ke atas pemohon tidak menurut peruntukan Akta tersebut dan/atau undang-undang sedia ada yang berkenaannya;
subparagraph
(iii) alasan-alasan atas mana pemohon diarahkan untuk pengawasan sepertimana dinyatakan di dalam Perintah Pengawasan Polis tersebut adalah tidak termasuk dalam lingkungan dan skop Akta yang digunapakai oleh responden untuk diperintahkan pengawasan polis pemohon;
subparagraph
(iv) pemohon percaya beliau adalah bukan termasuk dalam anggota mana-mana ketegori boleh didaftar;
v
(v) pemohon percaya tahanan reman beliau selama 21 hari dan seterusnya selama 38 hari yang membawa kepada perintah pengawasan polis tersebut terhadap beliau adalah tidak berdasarkan peruntukan undang-undang.
c
(c) Pemohon sesungguhnya mempercayai dan menyatakan bahawa responden pertama dan/atau responden kedua telah secara tidak munasabah dan/atau tergesa-gesa mengeluarkan Perintah Pengawasan Polis tersebut tanpa menjalankan siasatan yang sempurna dan ini memprejudiskan pemohon kerana alasan-alasan dan dakwaan-dakwaan fakta Perintah Pengawasan Polis tersebut adalah tidak mempunyai asas dan bertentangan dengan undang-undang.” Memandangkan semua permohonan Semakan Kehakiman pemohon-pemohon dibicarakan bersekali, peguamcara pemohon juga menghujahkan PPP yang dikeluarkan oleh LPJ tidak mematuhi seksyen 15 Akta 297. Perlu kami sebutkan alasan ini tidak ada disebutkan dalam alasan-alasan permohonan Semakan Kehakiman pemohon ini. KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI [15] Kelima-lima permohonan Semakan Kehakiman responden responden tersebut telah didengar secara bersama oleh YA Hakim bicara. YA Hakim bicara telah membenarkan kelima-lima permohonan tersebut dan memerintahkan suatu Perintah Certiorari di bawah Aturan 53 kaedah 2(1) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dikeluarkan untuk membatalkan keputusan perayu pertama dan/atau perayu kedua, dengan kos RM2,000 terhadap perayu-perayu. [16] YA Hakim bicara menyediakan hanya satu alasan penghakiman merangkumi kelima-lima permohonan Semakan Kehakiman tersebut seperti yang boleh dilihat di muka surat 12-43 Rekod Rayuan Jilid 1 Bahagian A, B & C dalam Rayuan Civil No. W-01(A)-416-11/2017 (Nur Marlina binti Deraman). [17] Di hadapan YA Hakim bicara, kelima-lima permohonan Semakan Kehakiman oleh responden-responden hanya membangkitkan satu isu, iaitu ketidakpatuhan prosedur di bawah seksyen 15(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 oleh Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ). [18] Penelitian kami kepada alasan penghakiman YA Hakim bicara, kami dapati Hakim bicara dalam membenarkan kelima-lima permohonan tersebut adalah disebabkan Hakim bicara telah memutuskan isu yang sama terdahulunya dalam kes Semakan Kehakiman No. WA-25-223- 11/2016, Mohamad Shahid bin Ahmad. Dengan kata lain YA Hakim bicara mengatakan bahawa beliau terikat dengan keputusan penghakiman beliau terdahulu yang telah memutuskan isu yang serupa. Hakim bicara dalam penghakimannya hampir keseluruhan menurunkan kembali alasan-alasan penghakiman yang diputuskannya dalam kes Mohamad Shahid bin Ahmad tersebut. Pada perenggan 44 dan 45 alasan penghakiman, YA Hakim bicara memutuskan seperti berikut (muka surat 41-41 Rekod Rayuan): "44. My conclusion is that the Board had failed to follow the requirement under section 15(1) of the PCA that it must be satisfied that it is necessary that control and supervision be exercised over the Applicant before it may order direct the Applicant's (sic) named in the order shall be subject to the supervision of the police. The Board cannot by merely invoke section 15(1) of the Act in the order without complying with the requirement stated in the Act otherwise the Board is seen to have abused the section itself or acted mechanically in making the order.
section
45. In view of the fact that I have dealt with the issue before and gave my opinion as to the above said, and in these five (5) Applications the issue is the same, there is no reason for this Court to depart from its earlier decision therefore, all the five (5) Applications before me should receive the same fate that the Orders issued against the Applicants are unlawful for non-compliance of section 15(1) of the PCA." RAYUAN DI HADAPAN KAMI [19] Satu-satunya isu di hadapan kami adalah sama ada ketiadaan perkataan "if the Board is satisfied that it is necessary that control and supervision be exercised over the registered person" dalam dokumen Perintah Pengawasan Polis (PPP) di bawah Seksyen 15(1) Akta Pecegahan Jenayah 1959 (Akta 297) yang dikeluarkan oleh LPJ terhadap responden-responden masing-masingnya dalam rayuan ini adalah cacat dan fatal dan seterusnya tidak sah. [20] Oleh kerana pihak-pihak bersetuju untuk Rayuan Civil No. W01(A)-416-11/2017 (Nur Marlina binti Daraman) dijadikan sebagai kes hujahan dan keputusan ke atasnya mengikat empat lagi rayuan, maka adalah berfaedah kami menurunkan relif yang dipohonkan oleh responden Nur Marlina binti Daraman dalam permohonan semakan kehakimannya. [21] Perintah yang dipohonkan oleh responden tersebut adalah seperti berikut (muka surat 45-47 Rekod Rayuan Jilid 1 Bahagian A, B dan C): 1) Bahawa kebenaran diberikan kepada pemohon di bawah Aturan 53 Kaedah 3(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah, 2012 untuk memohon suatu Perintah Certiorari untuk membatalkan keputusan Responden Pertama dan/atau Responden Kedua mengeluarkan Perintah Pengawasan Polis di bawah S15, Akta Pencegahan Jenayah, 1959 yang bertarikh 19.10.2016 (Perintah Pengawasan Polis tersebut) supaya pemohon hendaklah, antara lain, dikehendaki tinggal dalam kawasan Mukim Kuala Kuantan, Daerah Kuantan, Negeri Pahang mulai 19.10.2016 hingga 18.10.2018 selama dua (2) tahun keputusan yang mana disampaikan kepada pemohon pada 19.10.2016; 2) Bahawa Perintah Certiorari dikeluarkan untuk membatalkan keputusan Responden Pertama dan/atau Responden Kedua mengeluarkan Perintah Pengawasan Polis di bawah S15, Akta Pencegahan Jenayah, 1959 yang bertarikh 19.10.2016 (Perintah Pengawasan Polis tersebut) supaya pemohon hendaklah, antara lain, dikehendaki tinggal dalam kawasan Mukim Kuala Kuantan, Daerah Kuantan, Negeri Pahang mulai 19.10.2016 hingga 18.10.2018 selama dua (2) tahun keputusan yang mana disampaikan kepada pemohon pada 19.10.2016; 3) Seterusnya dan/atau secara alternative bahawa kebenaran diberikan kepada pemohon di bawah Aturan 53 Kaedah 3(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah, 2012 untuk memohon satu perintah deklarasi bahawa Perintah Pengawasan Polis di bawah S15, Akta Pencegahan Jenayah, 1959 yang dikeluarkan terhadap pemohon bertarikh 19.10.2016 (Perintah Pengawasan tersebut) adalah batal tidak sah dan/atau tidak berkuatkuasa di sisi undang-undang; 4) Seterusnya dan/atau secara alternative satu perintah deklarasi dikeluarkan bahawa Perintah Pengawasan Polis di bawah S15, Akta Pencegahan Jenayah, 1959 yang dikeluarkan oleh Responden Pertama dan/atau Responden Kedua terhadap pemohon bertarikh 19.10.2016 (Perintah Pengawasan Polis tersebut) adalah batal tidak sah/atau tidak berkuatkuasa di sisi undang-undang; 5) Gantirugi am, teruk dan/atau teladan; 6) Kos; dan 7) Apa jua perintah dan/atau relif lain yang difikirkan patut dan/atau sesuai oleh Mahkamah yang mulia ini. [22] Permohonan Semakan Kehakiman tersebut disokong oleh Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh responden bertarikh 28.12.2016 dan Kenyataan Menurut Aturan 53 kaedah 3 KKM 2012 ( muka surat 44-57 Rekod Rayuan). Satu kebenaran (leave) telah dibenarkan oleh YA Hakim bicara pada 2.3.2017 untuk permohonan substantif didengar. [23] Perayu-perayu (responden-responden dalam Permohonan Semakan Kehakiman) telah memasukkan afidavit jawapan yang diikrarkan masing-masingnya seperti berikut:
i
(i) Afidavit Jawapan oleh pegawai inkuiri, Peter Wong Tzyy Chuan yang diikrarkan pada 14.4.2017 (muka surat 73-83 Rekod Rayuan Jilid 1 Bahagian A, B dan C);
subparagraph
(ii) Afidavit Jawapan oleh Pengerusi Lembaga Pencegahan Jenayah, Dato' Abdul Razak bin Musa (Perayu Pertama) yang diikrarkan pada 14.4.2017 (muka surat 84-93 Rekod Rayuan) Jilid 1 Bahagian A, B dan C);
subparagraph
(iii) Afidavit Jawapan oleh Penolong Pendaftar Jenayah, ASP Mohd Roslan bin Omar yang diikrarkan pada 21.4.2017 (muka surat 94 99 Rekod Rayuan);
subparagraph
(iv) Afidavit Jawapan oleh Pegawai Kes Fail responden iaitu Inspektor Mohd Ahsani bin Mohammad Takwim yang diikrarkan pada 21.4.2017 (muka surat 100-109 Rekod Rayuan);
v
(v) Afidavit Jawapan oleh Kpl Murali a/I Pavadi iaitu anggota pengiring Insp. Mohd Ahsani bin Muhammad Takwim yang berada bersama responden semasa serahan Perintah Pengawasan Polis, yang dikrarkan pada 14.4.2017 (muka surat 110-114). [24] Responden kemudiannya telah menfailkan Afidavit Balasan yang diikrarkan pada 22.5.2017 (muka surat 115-120 Rekod Rayuan). [25] Untuk menjawab Afidavit Balasan Responden tersebut, perayuperayu telah menfailkan Afidavit Balasan perayu-perayu yang masingmasingnya diikrarkan:
a
(a) oleh Peter Wong Tzyy Chuan diikrarkan pada 7.6.2017 (muka surat 121-125 Rekod Rayuan);
b
(b) oleh Inspektor Mohd Ahsani bin Mohamad Takwim diikrarkan pada 8.6.2017 (muka surat 126-129 Rekod Rayuan). [26] Untuk memahami Perintah Pengawasan Polis (PPP) di bawah Seksyen 15 Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang dikeluarkan oleh Pengerusi Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) bertarikh 19.10.2016, kami berpendapat adalah berfaedah kandungan Perintah tersebut diperturunkan sepenuhnya, seperti berikut (muka surat 132 Rekod Rayuan): "AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959 PERINTAH PENGAWASAN POLIS DI BAWAH SEKSYEN 15 Kepada KETUA POLIS PAHANG LAIN-LAIN PEGAWAI POLIS DAN MEREKA YANG DIBENARKAN
preamble
BAHAWASANYA Lembaga Pecegahan Jenayah berpuas hati bahawa penama telah didaftarkan oleh Pendaftar Jenayah menurut subseksyen 12(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959, dan menurut kuasa-kuasa yang diberikan kepada Lembaga Pencegahan Jenayah oleh subseksyen 15(1) Aka yang sama, Lembaga Pencegahan Jenayah, adalah dengan ini memerintahkan supaya NUR MARLINA BINTI DARAMAN Nombor Kad Pengenalan 791011-06-5146 dari Pusat Tahanan Polis, Mukim Batu, Kuala Lumpur seorang yang berdaftar ditempatkan di bawah pengawasan polis bagi tempoh dua (2) tahun mulai dari 19 Oktober 2016 hingga 18 Oktober 2018 dan semasa di bawah pengawasan tersebut, hendaklah tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dinyatakan, iaitu:
a
(a) Penama hendaklah dikehendaki tinggal dalam kawasan Mukim Kuala Kuantan, Daerah Kuantan, Negeri Pahang;
b
(b) Penama tidak boleh meninggalkan Mukim Kuala Kuantan di mana penama tinggal itu tanpa kebenaran secara bertulis daripada Ketua Polis Pahang;
c
(c) Penama hendaklah sentiasa memberitahu di mana atau tempat penama tinggal kepada Ketua Polis Daerah di mana penama tinggal itu;
d
(d) Penama hendaklah berada di dalam rumah atau tempat di mana penama tinggal di antara jam 8 malam dan 6 pagi melainkan jika penama mendapat kebenaran khas yang sebaliknya daripada Ketua Polis Daerah itu;
e
(e) Penama hendaklah melaporkan diri kepada Balai Polis Kuantan pada tiaptiap hari Isnin dan Khamis pada tahun pertama dan kedua semasa menjalani tempoh Perintah Pengawasan Polis. Bertarikh pada 19 hari bulan Oktober 2016. t.t. (Dato' Abdul Razak bin Musa) Pengerusi Lembaga Pencegahan Jenayah Untuk Dan Bagi Pihak Lembaga Pencegahan Jenayah [Rujukan: KDN(S):205/1182/7-2264]". [27] Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 memperuntukkan seperti berikut: "15. Police supervision
subsection
(1) The Board may by order direct that any registered person named in the order shall be subject to the supervision of the police for any period not exceeding five years, if the Board is satisfied that it is necessary that control and supervision be exercised over the registered person but that it is not necessary to detain him and may renew any such order for a further period not exceeding five years at a time; and the registered person shall be conveyed under police escort to the State, district, mukim, town or village in which he is required to reside under subsection (2), if any." (penegasan kami) [28] Kembali kepada isu ini. Peguam Kanan Persekutuan terpelajar (PKP) bagi pihak perayu-perayu menghujahkan bahawa tidak terdapat keperluan undang-undang untuk perkataan-perkataan yang menjadi isu tersebut diulangi secara khusus di dalam Perintah Pengawasan Di Bawah Seksyen 15(1) tetapi memadai untuk LPJ menyatakan bahawa LPJ berpuas hati bahawa penama telah didaftarkan oleh Pendaftar Jenayah menurut seksyen 12(1) Akta sebelum LPJ mengeluarkan perintah tersebut. PKP selanjutnya menghujahkan adalah jelas daripada afidavit jawapan yang difailkan oleh Pengerusi Lembaga Pencegahan Jenayah, LPJ telah mengambil pertimbangan terhadap keperluan mencegah jenayah yang lebih efektif dalam mengeluarkan perintah pengawasan polis terhadap responder-responden. PPP adalah berbeza daripada perintah yang memerlukan responder diletakkan di bawah perintah tahanan menurut seksyen 19 Akta 297. PKP juga menghujahkan tidak terdapat apa-apa format yang khusus di bawah Akta yang wajib diguna pakai oleh LPJ untuk tujuan pengeluaran perintah pengawasan di bawah seksyen 15(1) Akta. PKP selanjutnya menghujahkan bahawa dalam melaksanakan kuasa di bawah seksyen 15(1), LPJ telah dengan sempurna menimbangkan bahawa wujudnya dua perkara terhadap responder-responden, iaitu (i) bahawa responder adalah merupakan orang yang berdaftar; dan (ii) bahawa perlu satu kawalan dan pengawasan dikenakan ke atas responder. [29] Perayu Pertama iaitu Pengerusi LPJ dalam afidavit jawapan yang diikrarkan pada 14.4.2017, mengatakan seperti berikut (muka surat 88- 89 Rekod Rayuan): "8. Pada 19.10.2016, Lembaga Pencegah Jenayah telah bersidang dan setelah mempertimbangkan Dapatan dan Laporan Pegawai Inkuiri di bawah seksyen 10 Akta tersebut serta berpuashati bahawa Pemohon adalah seorang yang didaftarkan di bawah subseksyen 12(1) Akta tersebut. Lembaga Pencegahan Jenayah telah berpuashati bahawa Pemohon iaitu orang yang menjadi hal-perkara siasatan ialah orang yang menyeludup migran yang menyara hidupnya keseluruhannya atau sebahagiannya dengan hasil penyeludupan migran, dan oleh itu Pemohon adalah termasuk dalam Kategori Yang Boleh Didaftarkan, Perenggan 6, Bahagian I, Jadual Pertama, Akta tersebut dan Lembaga Pencegahan Jenayah telah mengeluarkan Perintah Pengawasan Polis di bawah seksyen 15 Akta tersebut terhadap Pemohon bertarikh 10.10.2016 (selepas ini disebut "Perintah Pengawasan Polis") selaras dengan seksyen 15 Akta tersebut yang memerintahkan Pemohon ditempatkan di bawah pengawasan polis bagi tempoh dua (2) tahun mulai dari 19.10.2016 hingga 18.10.2018.
section
9. Lembaga Pencegahan Jenayah telah berpuas hati bahawa adalah perlu Perintah Pengawasan Polis dikenakan ke atas Pemohon bagi satu pengawalan dan pengawasan dilaksanakan terhadap Pemohon tanpa perlu menahan Pemohon.
section
10. Saya ingin menegaskan bahawa semua tindakan yang diambil oleh Lembaga Pencegahan Jenayah adalah menurut kuasa dalam peruntukan undang-undang dalam mengeluarkan Perintah Pegawasan Polis tersebut. Dalam hal berkaitan Pemohon, Pemohon telah diperintahkan untuk ditempatkan di bawah pengawasan polis bagi tempoh dua (2) tahun daripada tarikh Perintah Pengawasan Polis dikeluarkan terhadap Pemohon iaitu pada 19.10.2016 dan dikehendaki tinggal dalam kawasan Mukim Kuala Muda Kuantan, Daerah Kuantan, Negeri Pahang. Saya sesungguhnya menegaskan bahawa Lembaga Pencegahan Jenayah di dalam membuat keputusan tempat Pemohon disekat tersebut telah mengambil kira keperluan bagi mencegah jenayah yang lebih efektif dan bagi pengawalan penjenayah-penjenayah dan lain-lain orang yang tidak diingini. Sesalinan Perintah Pengawasan Polis tersebut adalah seperti yang dilampirkan dan ditunjukkan di sini sebagai eksibit “DARM-2” dalam Afidavit saya ini.” [30] Peguamcara terpelajar bagi pihak kesemua responden sebaliknya menghujahkan bahawa setiap perkataan yang terdapat dalam seksyen 15(1) Akta hendaklah dimasukkan dan terdapat dalam Perintah Pengawasan Polis (PPP) yang dikeluarkan oleh LPJ. Oleh kerana perintah pengawasan tidak menyebutkan perkataan "Lembaga berpuashati perlu satu kawalan dan pengawasan dikenakan ke atas orang berdaftar itu tanpa perlu menahan orang itu" (if the Board is satisfied that it is necessary that control and supervision be exercised over the registered person but that it is not necessary to detain him), maka Perintah Pengawasan yang dikeluarkan adaklah cacat dan fatal atas kegagalan mematuhi keperluan prosedur. Peguamcara terpelajar juga menghujahkan bahawa affiavit jawapan oleh perayu-perayu khususnya afidavit jawapan oleh Pengerusi Lembaga Pencegahan Jenayah tidak boleh memulihkan kecacatan yang berlaku dalam PPP yang dikeluarkan oleh LPJ. Peguamcara terpelajar merujuk kepada kes Kumareshan a/l Subramaniam v Dato' Chor Chee Heung & Anor [2003] 4 MLJ 384 dan kes Re Datuk James Wong Kim Min; Minister of Home Affairs, Malaysia & Ors v. Datuk James Wong Kim Min [1976] 2 MLJ 245 untuk menyokong penegasannya. [31] Di dalam kes Kumareshen a/l Subramaniam (supra), Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan writ habeas corpus pemohon disebabkan perintah penahanan terhadap pemohon yang dikeluarkan oleh Menteri di bawah seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah Langkah Pencegahan Khas) 1985 tidak mempunyai "pernyataan bahawa ia tersebut adalah perlu untuk menahan pemohon demi kepentingan awam". Kegagalan memasukkan perkataan-perkataan tersebut di dalam perintah menahan diputuskan sebagai kegagalan untuk mematuhi keperluan-keperluan prosedur Akta tersebut. Walau bagaimana pun kes ini adalah melibatkan keadaan di mana orang yang dikeluarkan perintah tahanan mempunyai hak untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat (advisory board) untuk perintah tahanan tersebut dikaji semula keesahannya dan yang demikian terdapat keperluan untuk perintah tahanan dengan jelas membutirkan alasan dan sebab perintah tersebut dikeluarkan terhadapnya. Di dalam rayuan semasa di hadapan kami, hak untuk membuat representasi terhadap perintah pengawasan polis tersebut tidak diperuntukkan di bawah Akta 297. Seksyen 19A(4) Akta 297 hanya memberi hak membuat representasi berkaitan perintah tahanan kepada Lembaga Penasihat. [32] Dalam kes Re Datuk James Wong Kim Min (supra), perayu memohon writ habeas corpus untuk mencabar perintah tahanan yang dikeluarkan terhadapnya oleh Federal Secretary, Sarawak di bawah Preservation of Public Security Ordinance 1962 (PPSO). Perayu mengatakan bahawa perintah tersebut tidak mengikut undang-undang kerana ketika perintah dikeluarkan perayu berada di luar negeri Sarawak. Perayu ditangkap sewaktu berada di Kuala Lumpur semasa perintah tersebut dikeluarkan. Mahkamah membenarkan permohonan perayu dan memutuskan bahawa perintah menahan perayu sebagai 'unlawful' kerana PPSO hanya terpakai di Sarawak secara ekslusif dan tidak mempunyai kesan kuat kuasa bidang kuasa di luar daripada negeri Sarawak. Kami dapati kes ini tidak dapat membantu hujahan responden kerana jelas LPJ mempunyai bidang kuasa di bawah seksyen 15 untuk mengeluarkan perintah pengawasan polis. [33] Berbalik semula kepada kes di hadapan kami. Responden-responden memohon perintah Certiorari di bawah Aturan 53 Kaedah 3(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 melalui permohonan Semakan Kehakiman yang difailkan masing-masingnya. Permohonan responden adalah untuk mahkamah membatalkan keputusan Perayu Pertama/Kedua yang telah mengeluarkan Perintah Pengawasan Polis di bawah seksyen 15 Akta Pencegahan Jenayah 1959 terhadap responden, masing-masingnya. [34] Adalah menjadi prinsip undang-undang mantap bahawa di dalam sesuatu permohonan semakan kehakiman sebegini, cabaran hanya boleh dibuat terhadap ketidak patuhan prosedur mandatori sahaja ('procedural requirement') (L Rajendran R. Letchumanan v Timbalan Dalam Negeri Malaysia & Ors [2010] 7 CLJ 653 FC). [35] Mahkamah Persekutuan dalam kes Lee Kee Sang v Timbalan Menteri Dalam Negeri [2005] 3 CLJ 914, ketika menolak rayuan perayudan mengesahkan bahawa penahanan perayu adalah mengikut undangundang, memutuskan seperti berikut: "... that it was not for the courts to create procedural requirements because it was not for the court to make law or rules. If there is no such procedural requirement then there cannot be non-compliance thereof. Only if there is that there can be non-compliance thereof and only then that the courts should consider whether on the facts there has been non-compliance." (penegasan oleh kami) [36] Mahkamah ini dalam Rayuan Civil No. C-01(A)-45-02/2017 (Tey Wei Chyi v Lembaga Pencegahan Jenayah & 3 lagi) yang diputuskan pada 2.1.2018, telah berkesempatan menimbangkan isu yang sama dan memutuskan bahawa oleh kerana format perintah pengawasan polis (PPP) bukan merupakan satu borang statutori (statutory form) yang ditetapkan di bawah Akta 297, maka tidak berlaku ketidakpatuhan prosedur apabila Lembaga Pencegahan Jenayah mengeluarkan PPP terhadap perayu tersebut. Borang dan kandungan pengataan PPP yang sama (kecuali nama orang dan tempat pengawasan yang berlainan) dikeluarkan oleh LPJ terhadap responder-responden dalam rayuan di hadapan kami ini adalah juga serupa dengan pengataan PPP dalam kes tersebut. Tidak terdapat apa-apa percanggahan pengataan atau perkataan dalam PPP terhadap responder dengan perkataan yang terdapat dalam seksyen 15 Akta. Hanya kerana PPP tidak menyatakan dan mengulangi setiap perkataan yang terdapat di bawah seksyen 15 Akta, ia tidak menyebabkan perintah yang telah dikeluarkan oleh LPJ, iaitu yang telah mematuhi pra-syarat keperluan seperti laporan dapatan inkuiri, pendaftaran orang yang didaftarkan, hak untuk didengar dan dokumen-dokumen relevan yang semuanya telah diberikan pertimbangan oleh LPJ, untuk menjadikannya sebagai tidak sah. Responden tidak membuat cabaran bahawa berlaku kecacatan prosedur atau ketidakpatuhan dalam prosedur yang telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa atau pegawai bertanggung jawab di bawah Akta sebelum LPJ membuat keputusannya di bawah seksyen 15 Akta. Malahan responder-responden telah tidak membuat sebarang bantahan atau memohon dibuat kajian semula terhadap Dapatan Inkuiri pegawai inkuiri apabila Borang Serahan Dapatan dibuat serahan oleh pegawai inkuiri kepada responder-responden yang menjadikan responder termasuk dalam Kategori Yang Boleh Didaftarkan, Perenggan 6 Bahagian I, Jadual Pertama Akta 297. [37] Dalam kes Karam Singh v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia [1969] 2 MLJ 128, perayu memohon untuk writ habeas corpus dikeluarkan terhadap responden. Cabaran yang dibuat oleh perayu adalah terhadap keesahan (validity) perintah tahanan di bawah seksyen 8(1)(a) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang dikeluarkan oleh Menteri terhadapnya. Perayu tersebut mengatakan bahawa seksyen 8 memberikan empat alasan yang membolehkan perintah tahanan dibuat sedangkan perintah terhadap perayu hanya menyebutkan tiga alasan dan ianya juga dalam bentuk alasan alternatif. Dengan kata lain perayu tersebut mengatakan bahawa di bawah alasan tahanannya, hanya satu alasan sahaja diberikan dan yang demikian perintah tersebut dikatakan sebagai melanggar seksyen 8 kerana dibuat secara yang semborono atau 'cavalier attitute'. Rayuan perayu tersebut ditolak. Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman Ali F.J. di muka surat 157 para G - I (kanan) dan muka surat 159 para D (kiri) memutuskan seperti yang berikut : "...I am of the view that an order of detention made under section 8(1)(a) of the Internal Security Act, 1960 is nothing but a written authority evidencing that power under that provision has been exercised. The provision does not prescribe the form in which the order should be made. In that context there is no statutory requirement that the recital should be stated in the order. If, as claimed by the appellant in the instant case, the recital is vague or that it is irrelevant to the objects of the detention, the most that can be said of it is that the Minister who signed the order has not clearly indicated what the real or relevant ground was. This, however, could be made the basis of an objection that the detaining authority has not performed its duty under article 151(1)(a) of the Constitution. But it certainly cannot be made the basis for impugnity the validity of the order. ...In this connection, I shall be content that in habeas corpus proceedings, such as this case, the court is not concerned with the truthfulness or otherwise of the allegations because the question whether it is necessary that a person be detained under section 8(1)(a) of the Internal Security Act, 1960 is a matter of the executive authority. Accordingly no consideration can be given to the appellant's denial and no opinion need be express on his contentions." [38] House of Lords di dalam kes Chef Constable of North Wales Police v Evans [1982] 3 All ER 141 mengatakan: "Judicial review is concerned, not with the decision, but with the decision making process. Unless the restriction on the power of the court is observed, the court will in my view under the guise of preventing the abuse of power, be itself guilty of usurping power." [39] Berbalik kepada kes rayuan ini. PKP dalam penghujahan beliau, telah juga membawa perhatian kami kepada kes Kumaravel a/l Periasamy Iwn Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri & 3 yang lain (Mahkamah Persekutuan Rayuan Jenayah No. 05-120-2008(A). Di dalam kes tersebut isu sama ada ketinggalan memasukkan perkataan-perkataan "...bagi kepentingan awam" dalam perintah tahanan menjadi suatu ketidakpatuhan prosedur dan fatal. Mahkamah Persekutuan melalui keputusan bertarikh 2.12.2008 telah menolak rayuan perayu untuk mendapatkan perintah writ habeas corpus dan sekali gus mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang antara lainnya terdapat pengataan seperti berikut: "...kesilapan pemilihan perkataan-perkataan atau ketinggalan ayat-ayat yang tidak menurut perkataan-perkataan dalam Akta bukanlah terjumlah kepada suatu kecacatan prosedur...". [40] Afidavit jawapan oleh Perayu Pertama iaitu Pengerusi LPJ jelas mengatakan LPJ telah memberikan pertimbangan bahawa selain daripada berpuas hati bahawa responden adalah penama yang telah didaftarkan oleh Pendaftar Jenayah menurut subseksyen 12(1) Akta 297, LPJ juga berpuas hati bahawa terdapat keperluan bagi kawalan dan pengawasan dijalankan terhadap responden tanpa perlu suatu penahanan bagi suatu perintah pengawasan polis dikeluarkan. Kami dapati penjelasan ini adalah memadai untuk sepatutnya diterima oleh Hakim bicara jika skim seksyen 15 tersebut dibaca secara totaliti. Keputusan LPJ itu sendiri yang memutuskan untuk responden dikenakan perintah pengawasan polis adalah suatu natijah dan membawa maksud yang jelas bahawa LPJ tidak berhasrat mengenakan tahan terhadap responden tetapi sebaliknya terdapat keperluan bagi kawalan dan pengawasan dijalankan terhadap responden melalui perintah pengawasan polis. Oleh itu, tidak terdapat kecacatan bersifat pemecahan prosedur substantif oleh perayu berkaitan perintah tersebut. Kesimpulan [41] Berdasarkan kepada alasan yang diberikan di atas, kami dapati terdapat merit dalam rayuan perayu-perayu untuk mahkamah ini campur tangan terhadap perintah yang dibuat oleh YA Hakim bicara. Seperti yang dipersetujukan oleh pihak-pihak bahawa keputusan Rayuan Civil No. W01(A)-416-11/2017 adalah mengikat empat lagi rayuan terlibat. [42] Oleh yang demikian, Rayuan perayu-perayu dalam kes Rayuan Civil No. W-01(A)-416-11/2017, Rayuan Civil No. W-01(A)-411-11/2017, Rayuan Civil No. W-01(A)-412-11/2017, Rayuan Civil No. W-01(A)-417-11/2017 dan Rayuan Civil No. W-01(A)-418-11/2017 dibenarkan. Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 1.11.2017, masing-masingnya untuk kelima-lima kes Permohonan Semakan Kehakiman tersebut diketepikan. Responden-responden dengan itu perlu menjalani perintah pengawasan polis yang masih mempunyai tempoh berbaki iaitu sehingga tempoh dua (2) tahun dipenuhi oleh mereka masing-masingnya, mulai daripada hari perintah ini dibuat. Tiada kos diperintah untuk setiap rayuan. (YAACOB BIN HAJI MD SAM) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Bertarikh 10 September 2020 Peguamcara bagi pihak Perayu-perayu: Shahidah Nafisah bte Leman Peguam Kanan Persekutuan Aras 5, Pejabat Penasihat Undang-Undang Kementerian Dalam Negeri Blok D1, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya. Peguamcara bagi pihak Responden-responden: Mohd Haijan Omar Peguambela & Peguamcara Messrs Haijan Omar & Co. No.5, $ 2^{\mathrm{nd}} $ Floor, Jalan Setiapuspa Medan Damansara 50490 Bukit Damansara Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.