Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM GUAMAN NO: DA-23NCVC-2-11/2016 ANTARA DATO’ HUSAM BIN MUSA …. PLAINTIF LAWAN MASRI BIN CHE YUSOFF …. DEFENDAN
DA-23NCVC-2-11/2016
High Court of Malaysia28 Jun 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“3. Terdapat penerbitan terhadap pihak ketiga. [39] Di dalam kes Ayob Saudi v. TS Sambanthamurthi [1989] 1 CLJ (Rep) 321, Mahkamah berkata: 14 "In our law on libel which is governed by the Defamation Act 1957 the burden of proof lies on the Plaintiff to show:”
“(a) “network service” and “network service provider” have the meaning assigned to them in section 6 of the Communications and Multimedia Act 1998 [Act 588]; and”
“ngi oleh undang-undang. [37] Mahkamah berpendapat bahawa Pembelaan Perlindungan Bersyarat hanya terpakai di dalam keadaan bila wujudnya keadaan yang dilindungi. Lord Atkin di dalam kes Adam v. Ward [1917] AC 309 pada ms 334 menyatakan: “A privilege occasion is an occasion where the person who makes a communication has”
“entingan atau tanggungjawab untuk menerimanya.” [63] Di dalam memahami persoalan mengenai Perlindungan Bersyarat ini, Mahkamah juga ingin merujuk kepada kes Abdul Rahman Talib v. Seenivasagam & Anor [1965] MLJ 142, di mana diputuskan bahawa: 27 “A common interest for the purpose of the defence of qualified privilege to”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM GUAMAN NO: DA-23NCVC-2-11/2016 ANTARA DATO’ HUSAM BIN MUSA …. PLAINTIF LAWAN MASRI BIN CHE YUSOFF …. DEFENDAN
1
Plaintif telah memfailkan satu Writ Saman terhadap Defendan pada 1.11.2016 untuk menuntut gantirugi am dan gantirugi khas serta Perintah injunksi bagi menghalang Defendan sama ada dengan sendiri dan/atau melalui wakil dan/atau pengkhidmat dalam apa cara sekalipun daripada terus mengulangi dan/atau terus menerbitkan dan/atau menyebabkan penerbitan/pernyataan/kata-kata fitnah yang sama dan/atau yang berkaitan dengan pernyataan/kata-kata fitnah tersebut terhadap Plaintif.
2
Setelah meneliti kertas-kertas kausa, afidavit-afidavit, keterangan dokumentar dan keterangan saksi-saksi, serta setelah mendengar 2 hujahan kedua-dua belah pihak, Mahkamah ini telah memutuskan untuk membenarkan tuntutan Plaintif dengan kos sebanyak RM10,000.00.
3
Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Defendan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Ini merupakan alasan-alasan Mahkamah terhadap keputusan tersebut.
4
Plaintif adalah warganegara Malaysia yang juga merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dun Salor, Kelantan dan merupakan ahli Parti Amanah Negara. Plaintif adalah bekas Yang Di-Pertua Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Kubang Kerian, Kelantan dan bekas Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Kubang Kerian serta bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Kelantan.
5
Defendan adalah seorang warganegara Malaysia yang beralamat di Lot 2680, Kedai Piah, 16450 Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.
6
Defendan adalah pemilik kepada dan/atau bertanggungjawab ke atas satu akaun laman sosial Facebook yang didaftarkan di atas nama Masri Che Yusoff di alamat capaian: https://www.facebook.com/masri.cheyusoff 3
7
Pada 27.10.2015, Defendan dikatakan telah menerbitkan dan/atau menyebabkan penerbitan satu penulisan kata-kata/pernyataan fitnah dan berbentuk status bergambar dan penulisan (kata-kata/pernyataan tersebut) di laman sosial Facebook Defendan yang didaftarkan atas nama Defendan iaitu Masri Che Yusoff dan alamat capaian adalah di laman sosial Facebook: https://www.facebook.com/masri.cheyusoff yang antara lain seperti berikut: “Istiqamah ke Putrajaya YB Dato’ Husam wajib nafi hok ni, telah di viral umum dah…. Cukup lah beri jawapan di facebook @ di DUN 2Nov.2015!!!
8
Kata-kata/pernyataan tersebut dikatakan telah diterbitkan secara awam dan terbuka serta boleh diakses oleh pengguna, pembaca dan orang ramai yang mana melibatkan jumlah yang besar. Plaintif memplidkan bahawa Defendan telah memfitnah Plaintif secara libel. 4
9
Plaintif memplidkan bahawa kata-kata/pernyataan tersebut secara keseluruhan dan secara asal serta lazimnya adalah merujuk kepada Plaintif. Plaintif menyatakan bahawa kata-kata yang diadukan apabila dibaca secara sendiri dan/atau bersama kata-kata tersebut secara keseluruhan dalam maksud asal dan lazim bermaksud dan/atau difahamkan untuk bermaksud bahawa Plaintif adalah seorang pemimpin yang melakukan pecah amanah, salahguna kuasa, penyelewengan dan rasuah.
10
Sehubungan dengan itu, Plaintif telah membuat tuntutan-tuntutan seperti berikut: a) Gantirugi Am; b) Gantirugi Teruk; c) Perintah Injunksi menghalang Defendan sama ada dengan sendiri dan/atau melalui wakil dan/atau pengkhidmat dalam apa cara sekalipun daripada terus mengulangi dan/atau terus menerbitkan dan/atau menyebabkan penerbitan kata-kata fitnah yang sama dan/atau yang berkaitan dengan kata-kata fitnah tersebut; d) Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh Writ Saman sehingga penyelesaian penuh; e) Kos; dan f) Lain-lain relif dan/atau perintah yang difikirkan manfaat oleh Mahkamah yang mulia ini. 5 C. HUJAHAN PLAINTIF
11
Plaintif menghujahkan bahawa kes ini adalah berkaitan status Facebook bersifat fitnah di laman Facebook peribadi Defendan di atas nama Masri Che Yusoff yang diterbitkan pada 27.10.2015,
12
12.09.2015, 25.10.2015, 11.01.2015, 31.01.2015, 01.02.2016,
03
03.03.2016, 05.05.2016, 29.03.2016, 24.08.2016, 17.10.2016,
10
10.11.2016, 16.11.2016 yang mana ianya telah merujuk kepada Plaintif. Tambahan lagi kesemua keratan status Facebook tersebut secara jelas menyebut secara langsung artikel yang tidak benar yang dikaitkan dengan Plaintif. [12] Plaintif menghujahkan bahawa kes fitnah secara libel adalah ‘actionable per se’ di mana Plaintif tidak perlu membuktikan kerugian yang dialami oleh Plaintif akibat daripada kenyataan fitnah tersebut. [13] Plaintif menghujahkan bahawa di dalam kes fitnah, Plaintif perlu membuktikan tiga elemen seperti di bawah dan ketiga-tiga elemen tersebut telah berjaya dibuktikan: a) Kata-kata/pernyataan yang diadukan (artikel) seperti mana yang diterbitkan adalah satu kata-kata fitnah atau bersifat memfitnah terhadap Plaintif; b) Kata-kata/pernyataan fitnah tersebut merujuk kepada Plaintif; 6 c) Terdapat penerbitan terhadap pihak ketiga. [14] Plaintif menegaskan bahawa elemen pertama telah dipenuhi di mana penerbitan fitnah tersebut secara jelas mendakwa Plaintif telah melakukan penyelewengan, pecah amanah dan salah guna kuasa dengan mengambil eset dan/atau hartanah kerajaan Kelantan untuk kepentingan peribadi dan/atau kroni beliau serta mengamalkan kronisme dan nepotisme sepanjang menjadi EXCO Kerajaan Negeri Kelantan. [15] Plaintif menghujahkan bahawa elemen kedua turut telah dipenuhi kerana apabila penerbitan/pernyataan tersebut diteliti, penerbitan/pernyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa ia merujuk kepada Plaintif. Malah terdapat gambar Plaintif terpapar bersama penerbitan/pernyataan tersebut. Nama Plaintif turut dinyatakan di dalam penerbitan/pernyataan tersebut. [16] Plaintif menghujahkan bahawa elemen ketiga juga telah dipenuhi di mana penerbitan/pernyataan tersebut telah diterbitkan secara awam atau public iaitu kesemua kenalan ataupun bukan kenalan di Facebook Defendan dapat melihat penerbitan tersebut. Malah penerbitan tersebut turut dikongsi oleh pihak ketiga yang telah membaca penerbitan Facebook tersebut. Malahan fakta sebaran kepada pihak ketiga ini tidak pernah menjadi isu dan dipertikaikan oleh mana-mana Defendan sepanjang prosiding kes ini berjalan. 7 [17] Plaintif menegaskan bahawa Defendan telah gagal mengemukakan bukti bahawa Plaintif mempunyai sebarang kaitan dengan Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad (selepas ini akan dipanggil APKB) dan terlibat dengan segala urusan berkaitan APKB. [18] Defendan telah gagal membuktikan bahawa Plaintif mendapat apa-apa faedah dan/atau manfaat keuntungan daripada APKB. [19] Defendan juga gagal membuktikan bahawa APKB didaftarkan di bawah Yayasan Darul Hijrah (yang bukan berada di bawah pengurusan Plaintif). [20] Defendan gagal membuktikan kes mereka berdasarkan kepada prinsip undang-undang ‘presumption of falsehood’ di mana terdapat tanggapan bahawa dakwaan kata-kata Defendan tidak benar, sehinggalah Defendan membuktikan kepada Mahkamah bahawa apa yang dituduh oleh Defendan adalah benar. Beban pembuktian untuk membuktikan kebenaran dakwaan Defendan adalah terletak di atas bahu Defendan. [21] Plaintif menghujahkan bahawa dengan jelas alegasi-alegasi Defendan tersebut adalah tidak benar dan ianya hanyalah bersifat memfitnah semata-mata berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi Plaintif iaitu SP1 dan dokumen-dokumen yang dikemukakan semasa perbicaraan. 8 [22] Plaintif juga menghujahkan bahawa Defendan gagal untuk membuktikan pembelaan mereka sama ada Pembelaan Justifikasi, Ulasan Saksama ataupun Perlindungan Bersyarat berdasarkan kepada keterangan-keterangan saksi-saksi Defendan. D. HUJAHAN DEFENDAN [23] Defendan menghujahkan bahawa adalah menjadi tugas dan beban kepada Plaintif untuk membuktikan bahawa penerbitan/pernyataan di laman sosial Facebook tersebut berupaya membawa maksud fitnah dan bersifat fitnah terhadap Plaintif yang mana akan menyebabkan Plaintif dibenci, dipersenda atau dihina dalam minda seseorang yang munasabah. Sekiranya Plaintif gagal membuktikan penerbitan tersebut bermaksud fitnah, maka tuntutan Plaintif wajar ditolak. [24] Defendan juga berhujah bahawa Plaintif telah melakukan kesilapan besar apabila gagal memanggil mana-mana saksi awam selain Plaintif sendiri atau mengemukakan bukti-bukti extrinsic bagi membuktikan bahawa penerbitan/pernyataan tersebut adalah bersifat fitnah terhadap Plaintif. [25] Defendan berhujah bahawa walaupun tidak dinafikan bahawa non-tendering evidence through another witness is not fatal, namun terdapat keperluan pembuktian fakta-fakta extrinsic bagi membuktikan dakwaan Plaintif ke atas kes yang diplidkan. Penerbitan tersebut hanyalah berkaitan dengan usaha pembuktian 9 malice semata-mata, tetapi tiada kaitan dengan pembuktian intipati utama kausa tindakan di dalam tuntutan ini. [26] Defendan menyatakan bahawa penerbitan tersebut sangat ringkas, dalam bentuk persoalan, dengan memuat naik dua keping foto yang sedang tular oleh umum. Ia bukan satu artikel yang boleh difahami secara jelas berdasarkan konteks sesebuah artikel yang ditulis. Justeru, dalam konteks pembuktian makna dan pertalian fitnah dengan penerbitan Facebook eksibit P1, maka Defendan berhujah bahawa pembuktian extrinsic adalah sangat-sangat diperlukan. Kegagalan berbuat demikian adalah bersifat fatal yang membatalkan keseluruhan tuntutan Plaintif. [27] Defendan juga berhujah bahawa gambar-gambar yang terkandung di dalam eksibit P1 tidak direka cipta oleh Defendan. Ia sebaliknya diterima oleh Defendan melalui sebaran aplikasi Whatsapp di dalam group i-KHIDMAT, iaitu group perbualan antara Defendan dan rakan-rakannya dari alumni Al-Azhar. [28] Defendan berhujah bahawa penerbitan/pernyataan tersebut tidak memfitnah Plaintif. Ia adalah permintaan ikhlas, wajar dan berpatutan daripada Defendan selaku seorang ahli PAS, kepada Plaintif yang ketika itu merupakan seorang Pemimpin dan/atau bekas Pemimpin Kanan PAS, untuk mengelakkan fitnah kepada parti PAS. 10 [29] Defendan menegaskan bahawa Plaintif sememangnya mempunyai kepentingan dalam pelupusan 3 Lot Tanah Pertanian milik APKB melalui manfaat kewangan dan balasan yang lain. [30] Defendan turut menegaskan bahawa Plaintif turut mempunyai kepentingan kewangan dan balasan yang lain, dalam perniagaan Kambing Jamnapari dan perniagaan dalam Syarikat Sunnah Ternak Sdn Bhd (selepas ini akan dipanggil STSB). Justeru, penerbitan di laman sosial Facebook tersebut menurut Defendan bukan bersifat kata-kata fitnah terhadap Plaintif. [31] Defendan bergantung kepada tiga pembelaan iaitu Pembelaan Justifikasi, Pembelaan Perlindungan Bersyarat dan Ulasan Saksama. [32] Defendan berhujah bahawa bagi menggunakan Pembelaan Justifikasi, Defendan tidak perlu membuktikan kebenaran setiap fakta, namun memadai jika sebahagian besarnya telah dibuktikan. Defendan menyatakan bahawa dengan pembuktian bahawa Plaintif sememangnya mempunyai kepentingan kewangan di dalam pelupusan 3 Tanah Lot Pertanian APKB dan perniagaan STSB adalah memadai bagi pembelaan ini terpakai ke atas Defendan. [33] Mengenai Pembelaan Perlindungan Bersyarat, Defendan menghujahkan bahawa penerbitan/pernyataan tersebut diterbitkan dalam keadaan Perlindungan Bersyarat berdasarkan faktor-faktor berikut: 11
a
Defendan adalah seorang Ahli berdaftar PAS dan salah seorang Ahli Jawantankuasa PAS bagi kawasan Ketereh.
b
Defendan adalah seorang pemimpin kecil kepada ahli-ahli PAS di kawasan Ketereh.
c
Defendan bertanggungjawab untuk menjawab kepada ahli bawahan PAS tentang gambar Plaintif yang sedang ditularkan tersebut.
d
Defendan perlu memainkan peranan dengan mendesak Plaintif melalui posting Facebook tersebut untuk mengelakkan fitnah yang lebih besar kepada PAS serta Kerajaan Negeri Kelantan, tambahan pula pada ketika itu Plaintif dikatakan sedang galak menyerang dan mengkritik pemimpin PAS dan pimpinan Kerajaan Kelantan bahawa kononnya atas nama ketelusan dan akauntabiliti.
e
Defendan menegaskan bahawa persoalan yang dikemukakan melalui laman Facebook tersebut adalah dibuat secara adil dan saksama berasaskan fakta-fakta yang benar dan/atau sebahagian besarnya adalah benar. Penerbitan tersebut adalah merupakan satu penyiaran soalan yang memerlukan jawapan dan penjelasan daripada Plaintif selaku bekas pemimpin kanan PAS dan pada waktu itu masih merupakan YDP Pas bagi Kawasan Kubang Kerian. 12
f
Defendan menyatakan bahawa isu yang berbangkit merupakan isu yang melibatkan kepentingan awam kerana tanah yang diawardkan kepada APKB adalah pada asalnya merupakan harta awam kerana ianya adalah Tanah Kerajaan. Memandangkan isu yang terlibat adalah merupakan isu yang berkepentingan awam, maka Defendan adalah berhak bergantung kepada Pembelaan Perlidungan Bersyarat. [34] Mengenai Pembelaan Ulasan Saksama, Defendan menghujahkan bahawa penerbitan tersebut adalah jujur, telah dibuktikan kebenaran atau sebahagian besarnya adalah benar, tidak mengandungi any new or independent defamatory matter dan tiada motif jahat melainkan mendesak Plaintif menjawab secara jujur berkenaan gambar-gambar yang sedang tular tersebut. Justeru, Defendan menegaskan bahawa Defendan telah melepasi prinsip undang-undang untuk mengguna pakai Pembelaan Ulasan Saksama. [35] Defendan menyatakan bahawa Plaintif gagal memplidkan berkenaan malice/niat jahat sama ada di dalam Pernyataan Tuntutan mahu pun di dalam Jawapan Kepada Pembelaan. Oleh itu, Plaintif telah gagal memenuhi keperluan undang-undang di bawah Aturan 78 Kaedah 3(3) KKM 2012. Justeru, pembuktian Plaintif jika ada sekalipun, sewajarnya ditolak. 13 [36] Defendan juga menyatakan bahawa Plaintif tidak mempunyai kausa tindakan kerana “facebook” didaftarkan di Amerika Syarikat dan “facebook” sepatutnya dijadikan pihak di dalam kes ini. E. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [37] Di dalam membuat penilaian dan penganalisaan, Mahkamah ini telah berpandukan kepada prinsip undang-undang yang diputuskan oleh otoriti-otoriti tersohor di bawah untuk membuat dapatan sewajarnya. [38] Di dalam kes Syed Husin Ali v. Sharikat Penchetakan Utusan Melayu Berhad & Anor. [1973] 2 MLJ 56 adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa di dalam kes fitnah Plaintif perlu membuktikan 3 elemen seperti berikut:
1
Kata-kata/pernyataan yang diadukan (artikel) seperti mana yang diterbitkan adalah satu kata-kata fitnah atau bersifat memfitnah terhadap Plaintif;
2
Kata-kata/pernyataan fitnah tersebut merujuk kepada Plaintif;
3
Terdapat penerbitan terhadap pihak ketiga. [39] Di dalam kes Ayob Saudi v. TS Sambanthamurthi [1989] 1 CLJ (Rep) 321, Mahkamah berkata: 14 "In our law on libel which is governed by the Defamation Act 1957 the burden of proof lies on the Plaintiff to show:
i
The words are defamatory
II
(ii) The words refer to the Plaintiff
III
(iii) Those words were published." [40] Justeru itu, isu-isu yang perlu dibincangkan ialah:
i
Adakah kata-kata atau pernyataan Defendan bersifat fitnah?
II
(ii) Adakah kata-kata atau pernyataan Defendan merujuk kepada Plaintif?
III
(iii) Adakah pernyataan atau kata-kata Defendan tersebut telah disiarkan atau disampaikan (published) kepada pihak ketiga? I. Adakah kata-kata atau pernyataan Defendan bersifat fitnah? [41] Bagi elemen pertama, Mahkamah perlu melihat keseluruhan kandungan penerbitan/pernyataan tersebut (secara semula jadi) dan menentukan sama ada ianya dapat disimpulkan sebagai penerbitan/pernyataan fitnah terhadap Plaintif atau tidak. [42] Kata-kata/pernyataan tersebut adalah: “Istiqamah ke Putrajaya YB Dato’ Husam wajib nafi hok ni, telah di viral umum dah…. Cukup lah beri jawapan di facebook @ di DUN 2Nov.2015!!! 15 SAHAJA AKU FARAIDKAN TANAH 414.37 HEKTAR KEPADA AKADEMI PEMBANGUNAN KELUARGA BAHAGIA BHD… (Penulisan dari gambar pertama) MILIK SIAPAKAH SYARIKAT INI? MOHON HUSAM DAN KUNCU2NYA TOLONG JAWAB !!! (Penulisan dari gambar kedua)” Perlu ditekankan di sini bahawa pernyataan-pernyataan tersebut perlu di baca secara keseluruhan termasuk gambar-gambar iringan dan artikel yang mengiringinya. [43] Mahkamah merujuk kepada kes Syed Husin Ali v. Sharikat Penchetakan Utusan Melayu Berhad & Anor [1973] 2 MLJ 56 di mana YA Hakim Mohamed Azmi J menyatakan: “There is no wholly satisfactory defininition of a defamatory imputation. Any imputation which may tend ‘to lower the plaintiff in the estimation of right-thinking members of society’ generally, ‘to cut him off from society,’ or ‘to expose him to hatred, contempt or ridicule,’ is defamatory of him. An imputation may be defamatory whether or not it is believed by those to whom it is published. Thus, the test of defamatory nature of a statement is its tendency to excite against the plaintiff the adverse opinion of others, although no one believes the statement to be true. Another test is: would the words tend to lower the plaintiff in the estimation of right-thinking members of society generally? The typical type of defamation is an 16 attack upon the moral character of the plaintiff attributing crime, dishonesty, untruthfulness, ingratitude or cruelty.” [44] Mahkamah juga menggunakan pendekatan yang diguna pakai di dalam kes Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’Kub v. Bre Sdn Bhd & Ors [1996] 1 MLJ 393 di mana dinyatakan dan ditegaskan bahawa: “As to whether the words complained of in this case were capable of being, and were, in fact, defamatory of the plaintiff, the test to be considered is whether the words complained of were calculated to expose him to hatred, ridicule or contempt in the mind of a reasonable man or would tend to lower the plaintiff in the estimation of right thinking members of society generally” [45] Mahkamah juga merujuk kepada kes Chok Foo Choo @ Chok Kee Lian v. The China Press Bhd [1999] 1 MLJ 371 di mana YA Hakim Gopal Sri Ram menyatakan bahawa: “It cannot, I think, be doubted that the first task of the court in an action for defamation is to determine whether the words complained of are capable of bearing a defamatory meaning. And it is beyond argument that this is in essence a question of law that turns upon the construction of the words published. As Lord Morris put in Jones v. Skelton [1963] 3 All ER 952 at p 958: 17 The ordinary and natural meaning of words may be either the literal meaning or it may be an implied or inferred or an indirect meaning: any meaning that does not require the support of extrinsic facts passing beyond general knowledge but is a meaning which is capable of being detected in the language used can be a part of the ordinary and natural meaning words (see Lewis v. Daily Telegraph Ltd [1963] 2 All ER 151). The ordinary and natural meaning may therefore include any implication of inference which a reasonable reader, guided not by any special but only by general knowledge and not fettered by any strict legal rules of construction, would draw from the words. The test of reasonableness guides and directs the court in its function of deciding whether it is open to a jury in any particular case to hold that reasonable persons would understand the words complained of in a defamatory sense. In my judgment, the test which is to be applied lies in the question: do the words published in their natural and ordinary meaning impute to the plaintiff any dishonourable or discreditable conduct or motives or a lack of integrity on his part? If the question invites an affirmative response, then the words complained of are defamatory (see JB Jeyaratnam v. Goh Chok Tong [1985] 1 MLJ 334).” [46] Mahkamah menekankan seperti mana di dalam kes Chok Foo Choo @ Chok Kee Lian v. The China Press Bhd [1999] 1 MLJ 371 bahawa di dalam menetukan sama ada sesuatu kata- 18 kata/pernyataan tersebut bersifat memfitnah atau tidak, ianya bukan sahaja melibatkan persoalan undang-undang bahkan turut melibatkan persoalan fakta. Mahkamah juga perlu mengambil kira tajuk penerbitan tersebut di dalam menentukan sama ada sesuatu penerbitan itu bersifat fitnah atau sebaliknya seperti di dalam kes Abdul Khalid @ Khalid Jafri bin Bakar Shah v. Parti Islam Se Malaysia & Ors. [2002] 1 MLJ 160 di mana diputuskan: “If the libel is contained in a paragraph in a newspaper, not only the paragraph but also the heading must be taken into account..” [47] Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, alegasi yang dibuat oleh Defendan di dalam penerbitan beliau terhadap Plaintif adalah bahawa Plaintif mempunyai kepentingan peribadi di dalam melupuskan 3 Tanah Lot Pertanian milik APKB melalui manfaat kewangan dan balasan yang lain. Justeru Plaintif didakwa telah melakukan penyelewengan, pecah amanah dan salah guna kuasa dengan mengambil aset dan harta kerajaan bagi kepentingannya dan/atau kroninya, dengan menggunakan APKB serta mengamalkan kronisme dan nepotisme sepanjang menjadi EXCO Kerajaan Negeri Kelantan. [48] Peguamcara Plaintif telah membangkitkan satu prinsip undang-undang yang penting khususnya di dalam undang-undang fitnah iaitu presumption of falsehood. Ke arah itu, Mahkamah merujuk kes yang diputuskan di Mahkamah Persekutuan iaitu kes International 19 Times & Ors. v. Leong Ho Yuen [1980] 2 MLJ 86, di mana YAA Tun Salleh Abas menyatakan bahawa: “The other presumption of law which operates in his favour is the presumption of falsehood. In a suit for defamation, once the words complained of are proved to be defamatory and published, the respondent being the plaintiff is not bound to prove falsity of these words because the law presumes it to be in his favour (Belt v. Lawes [1882] 51 LJ QB 359, 361). The result is that it is for the appallents, being the defendants in this case, to prove that these words are true..” [49] YAA Tun Salleh Abas selanjutnya menyatakan di dalam kes yang sama: “.. Such evidence does not shift the onus of proof on to the respondent’s side because belief is not a defence.” [50] Berdasarkan kes di atas, beban pembuktian bagi menunjukkan bahawa Plaintif mempunyai kaitan dengan APKB serta Plaintif mendapat manfaat hasil dari penjualan 3 Lot Tanah Pertanian milik APKB adalah di atas bahu Defendan. Mahkamah juga merujuk Seksyen 103 Akta Keterangan 1950 di mana telah dinyatakan di dalam Akta tersebut bahawa: “The burden of proof as to any particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence unless it is provided 20 by any law that the proof of that fact shall lie on any particular person.” [51] Setelah Mahkamah meneliti keseluruhan keterangan secara “judicial appreciation of evidence” Mahkamah mendapati bahawa Defendan telah gagal mengemukakan bukti kukuh bahawa Plaintif mempunyai sebarang kaitan dengan APKB dan Plaintif terlibat dengan sebarang urusan berkaitan APKB. Defendan juga gagal membuktikan bahawa Plaintif mendapat apa-apa faedah dan keuntungan daripada APKB. Defendan juga gagal membuktikan bahawa APKB didaftarkan di bawah alamat Yayasan Darul Hijrah. Oleh itu Mahkamah berpendapat bahawa alegasi Defendan adalah bersifat memfitnah semata-mata yang telah melaporkan secara tidak betul, tidak ebnar dan tidak jujur, berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen yang dikemukakan semasa perbicaraan. Defendan pula berdasarkan kepada “presumption of falsehood” gagal membuktikan secukupnya kebenaran dakwaan-dakwaan tersebut di dalam posting facebook tersebut. [52] Justeru pernyataan-pernyataan/ kata-kata/ penerbitan yang dimaksudkan tersebut berupaya untuk memberikan makna yang berniat fitnah (persoalan undang-undang) dan adalah terbukti bahawa ianya memang bersifat fitnah (persoalan fakta). Lihat kes Chok Foo Choo @ Chok Kee Lian v. The China Press Bhd [supra]. 21 II. Adakah kata-kata atau pernyataan Defendan merujuk kepada Plaintif? [53] Elemen kedua yang perlu dibuktikan oleh Plaintif adalah sama ada penerbitan/pernyataan tersebut merujuk kepada Plaintif. Mahkamah berpendapat bahawa adalah jelas jika dilihat secara keseluruhan penerbitan/pernyataan tersebut ianya jelas merujuk kepada Plaintif. Tambahan pula terdapat gambar Plaintif yang dipaparkan bersama-sama dengan penerbitan/pernyataan tersebut. Mahkamah berpendapat bahawa rujukan boleh dibuat secara langsung atau tidak langsung selagi mana pembaca biasa boleh mengetahui bahawa penerbitan/pernyataan tersebut adalah merujuk kepada Plaintif (rujuk Abdul Khalid @ Khalid Jafri bin Bakar Shah v. Parti Islam Se Malaysia & Ors. [2002] 1 MLJ 160). Namun, di dalam kes ini rujukan kepada Plaintif adalah amat ketara dengan nama dan gambar Plaintif di buat rujukan. III. Adakah pernyataan atau kata-kata Defendan tersebut telah disiarkan atau disampaikan (published) kepada pihak ketiga? [54] Elemen ketiga yang perlu dibuktikan oleh Plaintif adalah sama ada artikel/pernyataan tersebut diterbitkan kepada pihak ketiga. Di dalam kes Ayob Saudi v. TS Sambanthanmurti (Supra) dinyatakan seperti berikut: "In law, to constitute publication the defamatory matter must be published to a third person other than the Plaintiff. In other words, 22 it is the making known of the defamatory matter, after it has been written, to some person other than person to whom it is written." [55] Mahkamah mengambil maklum bahawa sebaran status Facebook tersebut bersifat awam atau public. Maka sesiapa sahaja mampu dan mempunyai capaian atau akses terhadap penerbitan tersebut. Isu mengenai sebaran kepada pihak ketiga ini juga tidak pernah menjadi isu sepanjang prosiding kes ini berlangsung. Maka fakta yang tidak menjadi pertikaian tidak perlu dibuktikan (rujuk Seksyen 58 Akta Keterangan 1950). [56] Mahkamah berpuas hati bahawa pihak Plaintif telah berjaya membuktikan kesemua elemen penting di dalam kes fitnah. Sekarang mahkamah akan meneliti dan menilai pembelaan-pembelaan yang dikemukakan oleh Defendan. PEMBELAAN DEFENDAN [57] Defendan bergantung kepada tiga pembelaan iaitu Pembelaan Justifikasi, Pembelaan Perlindungan Bersyarat dan Ulasan Saksama sepertimana Pernyataan Pembelaan Defendan (muka surat 11-34 Ikatan Pliding). Ini juga bermakna Defendan telah mengakui membuat pernyataan dan dakwaan di dalam posting facebook tersebut. Pembelaan Justifikasi 23 [58] Bagi membangkitkan Pembelaan Justifikasi, beban pembuktian adalah di atas Defendan untuk membuktikan bahawa Plaintif adalah bertanggungjawab terhadap kesemua perkara seperti mana yang didakwa oleh Defendan. Mahkamah sekali lagi merujuk kes International Times & Ors v. Leong Ho Yuen [1980] 2 MLJ 86, di mana YAA Tun Salleh Abas menyatakan bahawa: “The other presumption of law which operates in his favour is the presumption of falsehood. In a suit for defamation, once the words complained of are proved to be defamatory and published, the respondent being the plaintiff is not bound to prove falsity of these words because the law presumes it to be in his favour (Belt v Lawes [1882] 51 LJ QB 359, 361). The result is that it is for the appallents, being the defendants in this case, to prove that these words are true..” [59] Di dalam kes Irene Fernandez v. Utusan Melayu (M) Sdn Bhd & Anor [2008] 2 CLJ 814 Mahkamah ada menyatakan seperti berikut: "In a defamation action, the defence of justification is complete defence if it succeeds. And the question of malice or bad faith does not arise. But in order to succeed in the defence of justification a Defendant must establish the truth of all the material statements in the words complained of which may include defamatory comments made therein. And in order to justify such comments, it is necessary to show that the comments are the correct imputations or conclusions to be drawn from the proved facts. However the plea of 24 justification does not fail by reason only that the truth of every charge is not proved if the words not proved to be true do not materially injure the Plaintiff's reputation having regard to the truth of the remaining charges (see s.8 of the Defamation Act 1957 and Abdul Rahman Talib v. Seenivasagam & Anor [1966] 2 MLJ 66). It also to be noted that partial justification may be useful in the mitigation of damages." [60] Di dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim v. Utusan Melayu (M) Bhd & Anor [2013] 3 MLJ 534 pula, Mahkamah memutuskan seperti berikut: "For defence of justification, the Defendants failed to provide that the articles published were true in substance and effect. In other words, the defence of justification requires the Defendants to prove the same to be true in substance or materially different from the truth." [61] Setelah Mahkamah meneliti keterangan saksi-saksi, berdasarkan “presumption of falsehood”, Mahkamah berpendapat bahawa keterangan saksi-saksi Defendan gagal membuktikan Pembelaan Justifikasi kerana antara lain tiada keterangan yang jelas bila dan di mana dan bagaimana Plaintif kononnya melakukan penyelewengan, pecah amanah dan salah guna kuasa dan lain-lain seperti yang didakwa oleh Defendan tersebut. Defendan juga gagal menjelaskan sumber maklumat beliau. Atas alasan ini, Mahkamah 25 berpendapat bahawa Defendan gagal membuktikan Pembelaan Justifikasi ini. Pembelaan Perlindungan Bersyarat [62] Defendan membangkitkan Pembelaan Perlindungan Bersyarat sebagai salah satu pembelaan Defendan. Mahkamah merujuk kes Nik Hasmadi bin Nik Hassan lwn Malayan Banking Bhd [2013] 9 MLJ 769 di mana ia menjelaskan perihal Pembelaan Bersyarat: “[36] Di dalam pembelaan Defendan, Defendan ada kemukakan pembelaan perlindungan bersyarat. Defendan menegaskan bahawa Plaintif sebagai pelanggan Defendan dalam hubungan ‘banker-customer’ demi untuk menuntut hutang yang tertunggak dan perkataan yang digunakan dalam surat tersebut diterbitkan dalam situasi Perlindungan Bersyarat dan dilindungi oleh undang-undang. [37] Mahkamah berpendapat bahawa Pembelaan Perlindungan Bersyarat hanya terpakai di dalam keadaan bila wujudnya keadaan yang dilindungi. Lord Atkin di dalam kes Adam v. Ward [1917] AC 309 pada ms 334 menyatakan: “A privilege occasion is an occasion where the person who makes a communication has an interest or duty, legal, social or normal to make it to the person to whom it is made, and the person to whom it is so made has a corresponding interest or duty to receive it. The reciprocity is essential.” 26 [38] Beban adalah di atas Defendan untuk membuktikan fakta dan keadaan yang boleh menimbulkan keadaan yang dilindungi. [39] Dalam konteks ini saya bersetuju dan menerima pakai keputusan di dalam kes Tun Datuk Patinggi Haji Abdul-Rahman Ya’kub v. Bre Sdn Bhd & Ors. [1996] 1 MLJ 393 yang memutuskan bahawa: “It is settled law that it is for the defendants to prove the facts and circumstances which establish the occasion as qualified privilege when the words complained of were published.” [40] Bagi mewujudkan sesuatu keadaan yang dilindungi mesti terdapat hubungan dua hala di antara orang yang membuat penyataan dengan orang yang ditujukan untuk menerima atau membaca penyataan tersebut. [41] Orang yang membuat penyataan tersebut perlu mempunyai kepentingan atau tanggungjawab untuk mendedahkan penyataan tersebut kepada orang yang menerimanya dan orang yang menerimanya juga mempunyai kepentingan atau tanggungjawab untuk menerimanya.” [63] Di dalam memahami persoalan mengenai Perlindungan Bersyarat ini, Mahkamah juga ingin merujuk kepada kes Abdul Rahman Talib v. Seenivasagam & Anor [1965] MLJ 142, di mana diputuskan bahawa: 27 “A common interest for the purpose of the defence of qualified privilege to an action for libel occurs where the words complained of as defamatory were published in pursuance of an interest or of a duty, legal, social, or moral, to publish them to the person to whom they were published and the person to whom they were published had a corresponding interest or duty to receive them. The reciprocity is essential.” [64] Setelah Mahkamah meneliti keseluruhan kes secara “judicial appreciation of evidence”, Mahkamah mendapati bahawa tiada keterangan yang kukuh yang berjaya diketengahkan oleh Defendan yang menunjukkan bahawa Defendan mempunyai tanggungjawab “legal”, moral atau tanggungjawab sosial untuk memuat naik penerbitan/pernyataan tersebut di Facebook milik beliau. Defendan bukanlah seorang pemimpin kanan parti sehingga beliau perlu memikul tanggungjawab bagi pihak PAS. Tambahan pula 3 Tanah Lot Pertanian yang menjadi pertikaian adalah milik APKB. Tiada runggutan dari APKB atau wakil APKB berkenaan hal ini. Oleh itu, pada hemat Mahkamah adalah tidak wajar pembelaan ini digunakan oleh Defendan terhadap tuntutan Plaintif bahkan dakwaan Defendan bahawa penerbitan tersebut bukan berbentuk tuduhan namun hanya berbentuk pertanyaan adalah tidak munasabah sama sekali. Isu Pembuktian Wujudnya Malice 28 [65] Plaintif juga menghujahkan terdapat elemen “malice” di dalam kes ini. Pada hemat Mahkamah, malice boleh dibuktikan sama ada dengan membuktikan bahawa Defendan didorongi oleh motif tidak wajar atau beliau tidak mempunyai kepercayaan yang jujur kepada kebenaran fakta yang dinyatakan. Mahkamah merujuk kes S Pakianathan v. Jenni Ibrahim [1988] 2 MLJ 173 di mana YA Wan Hamzah SCJ menjelaskan bahawa: “The protection afforded by the law to a publication made on an occasion of qualified privilege is not an absolute protection but depends on the honesty of purpose of the person who makes the publication. If he is malicious, that is, if he uses the occasion for some other purpose than that for which the law gives protection, he will not be able to rely on the privilege.. .. but proof that the defendant knew that the statement was false or that he had no genuine belief in its truth when he made it would usually be conclusive evidence of malice. If the defendant publishes untrue defamatory matter recklessly without considering whether it be true or not, he is treated as if he knew it to be false.” [66] Mahkamah mengambil maklum hujahan Peguamcara Defendan yang bijaksana bahawa Plaintif tidak memplidkan malice di dalam pliding beliau. Sebenarnya ianya ada diplid di muka surat 4 para 12, Ikatan Pliding. Apapun, Mahkamah berpendapat bahawa tiada peruntukkan undang-undang khas yang memperuntukkan bahawa malice perlu diplidkan bagi kes-kes fitnah. Malice boleh dibuktikan 29 daripada perbuatan, kenyataan atau pengetahuan yang mana si pelaku tidak menaruh kepercayaan bahawa apa yang diterbitkannya adalah benar (rujuk S Pakianathan v. Jenni Ibrahim [1988] 2 MLJ 173). Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, perbuatan Defendan menerbitkan penerbitan secara umum tentu sekali mendedahkan Plaintif kepada kebencian, penghinaan dan cemuhan daripada masyarakat. [67] Mahkamah menyimpulkan bahawa unsur malice (niat jahat) Defendan telah dibuktikan oleh Plaintif di dalam kes ini di mana Defendan tidak mempunyai kepercayaan yang lurus akan kesahihan kandungan penerbitan/pernyataan Facebook beliau. Defendan juga gagal memastikan dan mengambil langkah yang perlu dan munasabah bagi memastikan kesahihan penerbitan beliau sebelum penerbitan tersebut diterbitkan. Dibaca pernyataan/penerbitan tersebut secara keseluruhannya, mana-mana orang yang “reasonable” akan mendapati bahawa pernyataan/penerbitan tersebut secara sendirinya bersifat keras dan jelas menggambarkan terdapat unsur malice yang bertujuan untuk menjatuhkan reputasi dan nama baik Plaintif di mata umum. Pembelaan Ulasan Saksama/Komen Berpatutan [68] Defendan turut menggunakan Pembelaan Ulasan Saksama sebagai sebahagian dari pembelaan beliau. Mahkamah merujuk kes Chew Peng Cheng v. Anthony Teo Tiao Gin [2008] 5 MLJ 577, yang 30 menggariskan perkara-perkara yang perlu dibuktikan Defendan untuk menghujahkan pembelaan ini seperti berikut: “It is trite that to succeed, the defence must establish:
i
The words complained of are comment, though it may consist of or include inference of facts;
II
(ii) The comment is on a matter of public interest;
III
(iii) The comment is based on facts;
IV
(iv) The comment is one which a fair-minded person can honestly make on the facts proved.” (Lihat juga kes Tun Datu Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub v. Bre Sdn Bhd [1996] 1 MLJ 393). [69] Setelah Mahkamah meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan, Mahkamah tidak menemui sebarang keterangan bahawa kesemua elemen di atas telah dipenuhi. Tiada kepentingan awam di dalam kes ini bagi mewajarkan pembelaan ini digunapakai memandangkan 3 Tanah Lot Pertanian terbabit adalah milik APKB dan bukannya hak milik awam. Penerbitan/pernyataan di laman Facebook Defendan juga pada hemat Mahkamah adalah berbentuk tuduhan dan bukannya pertanyaan seperti yang dikatakan oleh Defendan. Pembelaan ini adalah terbatal kerana tindakan Defendan mempunyai unsur-unsur niat jahat. Pembelaan ini adalah terbatal kerana tindakan Defendan mempunyai unsur-unsur niat 31 jahat. Ini terbukti kerana Defendan sepatutnya menggunakan saluran yang sepatutnya kerana Defendan adalah ahli parti yang sama, namun memilih untuk menyiarkan secara umum. Defendan juga tidak menanya Plaintif secara bersemuka sebelum ini. Oleh itu Mahkamah menolak pembelaan ini dari digunapakai oleh Defendan. F. LAIN-LAIN [70] Untuk melengkapkan Alasan Penghakiman ini, Mahkamah ingin merujuk satu isu yang dibangkitkan Defendan. Defendan telah menghujahkan bahawa gambar-gambar yang terkandung di dalam Eksibit-Eksibit berkenaan yang mengiringi kata-kata/pernyataan tersebut (caption) adalah bukan dicipta oleh Defendan, sebaliknya diterima oleh Defendan melalui whatsapp di dalam “groupnya” dan kemudian dimuatnaik oleh Defendan di laman Facebook Defendan dan seterusnya meletakkan kata-kata iringan (caption) tersebut. Mahkamah berpendapat ini tidak melepaskan Defendan sebagai pembuatnya berdasarkan anggapan yang terdapat di Seksyen 114A, Akta Keterangan yang berbunyi seperti berikut: “Presumption of fact in publication
114A
(1) A person whose name, photograph or pseudonym appears on any publication depicting himself as the owner, host, administrator, editor or sub-editor, or who in any manner facilitates to publish or re-publish the publication is presumed to have published or re- 32 published the contents of the publication unless the contrary is proved.
2
A person who is registered with a network service provider as a subscriber of a network service on which any publication originates from is presumed to be the person who published or re-published the publication unless the contrary is proved.
3
Any person who has in his custody or control any computer on which any publication originates from is presumed to have published or re-published the content of the publication unless the contrary is proved.
4
For the purpose of this section—
a
“network service” and “network service provider” have the meaning assigned to them in section 6 of the Communications and Multimedia Act 1998 [Act 588]; and
b
“publication” means a statement or a representation, whether in written, printed, pictorial, film, graphical, acoustic or other form displayed on the screen of a computer.” [71] Defendan juga membangkitkan isu bahawa Facebook berpangkalan di Amerika. Justeru itu ianya di luar “jurisdiction” maka tiada kausa 33 tindakan yang wujud. Tambah-tambah lagi Facebook tidak dijadikan pihak di dalam tindakan ini. [72] Ke arah itu, Mahkamah ingin merujuk kepada Privy Council di dalam kes Pegang Mining Co Ltd v. Choong Sam & Ors [1968] 1 LNS 96; [1969] 2 MLJ 52 55 yang menyatakan: “It has been sometimes said as in Moser v. Marsden ([1982] 1 Ch 487) and In re IG Farbenindustrie AG ([1944] Ch 41) that a party may be added if his legal interests will be affected by the judgment in the action, but not if his commercial interests only would be affected. While their Lordships agree that the mere fact that a person is likely to be better off fincancially if a case is decided one way rather than another is not a sufficient ground to entitle him to be added as a party, they do not find the dichotomy between ‘legal’ and ‘commercial’ interest helpful. A better way of expressing the test is: will his rights or liabilities to any party to the action in respect of the subject matter of the action be directly affected by any order which may be made in the action?” [73] Mahkamah berpandangan bahawa, sekiranya benar Defendan mahu membawa masuk Facebook menjadi pihak di dalam tindakan ini, beliau perlu melakukannya di peringkat awal kes dengan memasukkan permohonan berkaitan. Namun beliau gagal dan tidak pernah mengambil tindakan untuk memohon supaya Facebook dijadikan pihak di dalam tindakan ini (rujuk A.15 K.6 (2) KKM 2012). 34 [74] Berdasarkan otoriti-otoriti di atas juga, Mahkamah berpendapat bahawa Facebook hanyalah satu medium yang digunakan oleh Defendan bagi melaksanakan pernyataan/kata-kata fitnah beliau. Subject matter di dalam kes ini adalah pernyataan/kata-kata fitnah yang dihantar oleh Defendan menggunakan medium Facebook. Mahkamah juga perlu menentukan berdasarkan test di dalam kes Moser v. Marsden [supra]: sama ada perintah mahkamah akan memberi kesan terhadap “legal interest” Facebook? Mahkamah berpendapat, perintah Mahkamah di dalam kes ini tidak akan memberi kesan terhadap “legal interest” Facebook. Perintah Mahkamah hanyalah bagi menghalang Defendan dari terus menyebarkan pernyataan fitnah beliau terhadap Plaintif menggunakan Facebook sebagai medium. Oleh itu, Facebook tidak sepatutnya dijadikan pihak di dalam tindakan ini dan sememangnya Facebook bukan pihak di dalam tindakan ini. [75] Oleh kerena Facebook tidak akan terkesan dengan perintah dari mahkamah ini dan Facebook juga bukan pihak di dalam tindakan ini, maka, isu berkenaan dengan bidangkuasa tidak seharusnya dibangkitkan dan menjadi pertikaian di peringkat ini. Malahan sekiranya isu bidangkuasa ingin dibangkitkan, ia perlu dibangkitkan semasa peringkat awal kes dan bukannya selepas perbicaraan berakhir (A.12 K.10 (1) KKM 2012). 35 G. KESIMPULAN [76] Dari keseluruhan keterangan yang ada, Mahkamah berpuashati di atas imbangan kebarangkalian, pernyataan/kata-kata di laman Facebook kepunyaan Defendan tersebut mempunyai kata-kata/pernyataan berbentuk fitnah kerana ianya di dalam maksud semula jadinya adalah jelas membawa maksud yang merendahkan maruah dan integriti Plaintif di mata masyarakat. Defendan pula telah gagal membawa pembelaan yang bermerit. Di atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah memutuskan bahawa di atas imbangan kebarangkalian, Plaintif telah berjaya membutikan tuntutannya dan dengan itu tuntutan Plaintif dibenarkan dengan kos sebanyak RM10,000.00. Tarikh: 28 Disember 2018 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur 36 Pihak-Pihak Peguamcara Plaintif: Encik Muhammad Faiz bin Dato’ Fadzil & Encik Hisham bin Fauzi Tetuan Faiz Fadzil & Co, No. 287-1A, Jalan Haruan 5/7, Oakland Commercial Centre II, 70300 Seremban, Negeri Sembilan. Peguamcara Defendan: Encik Wan Rohimi bin Wan Daud & Encik Nik Asma’ Bahrum bin Nik Abdullah Tetuan Wan Rohimi & Associates, Lot 10906, Tingkat Satu, Wisma Sri Setia, Jalan Dusun Muda, 15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.